Anda di halaman 1dari 13

SKBL 3133

STILISTIK
Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati) Usman Awang
PENSYARAH : Prof. Madya Dr. MOHAMMED FADZELI BIN JAAFAR
NAMA
NO. MATRIK

: SUMATRA KAMAN
: A141121

Membunuh Mimpi (sebuah pesan untuk Mayawati)


Usiamu menghampiri sunti dara
mengibarkan rasa diselendang sutera
menyembunyikan malu di bilik terkunci
diselubungi rindu lagu dan tari
seribu bayang seribu mimpi
yang manis indah kerana itulah mimpi.

Sunti daraku,
jangan kau pinjam lamunanku,hati seorang ayah
yang kini kubenci sebab begitu lemah
selamanya mimpiku hidup ini begitu indah.

Bunuhlah mimpi itu, anakku


kau membunuh segala palsu
lagu dan rindu
yang selalu menipumu.

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah


tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah
Dapatkan keberanian hidup baru
terasing dicermin kenyataan
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu.
kehidupan yang ganas dan kejam.

Bentuk
Bentuk sajak puisi adalah bebas dan
tidak terikat dengan mana-mana
puisi tradisional seperti pantun dan
syair.
Puisi ini terbina daripada daripada
lima rangkap.
Rangkap 1-6 baris
Rangkap 2,3,4-4 baris
Rangkap 5-2 baris

Dari segi penggunaan rima atau bunyi di


hujung baris, terdapat rangkap yang
mengekalkan persamaan bunyi. Rimanya
berbentuk bebas dan tidak terikat dengan puisi
tradisional.
Rangkap 1-a-a-b-b-b-b
Rangkap 2-a-a-b-c
Rangkap 3-a-b-b-b
Rangkap 4-a-a-a-a (sama seperti syair)
Rangkap 5-a-a

Jumlah perkataan dalam setiap baris juga tidak sama. Jumlahnya antara 2-7
perkataan sebaris.
Jumlah suku kata dalam setiap rangkap antara 5-17 perkataan sebaris.

Secara keseluruhannya, puisi ini bertemakan luahan


kasih sayang seorang kepada anaknya kerana
memberi nasihat demi masa depan anaknya.
Banyak menggunakan kata-kata yang bersifat
metafora.

INTERPRETASI

Dalam rangkap pertama ini,penulis menyampaikan beberapa pesanan


kepada anak gadisnya Mayawati yang meningkat remaja dan sudah
memperlihatkan rasa malu. Penulis menasihatkan anaknya supaya
mengikis perasaan rindu dan impian yang mengasyikkan kerana semuanya
bukan realiti dalam kehidupan yang sebenar seperti dalam rangkap:
seribu bayang seribu mimpi
Yang manis indah kerana itulah mimpi

Dalam rangkap kedua ini, penulis mengatakan bahawa sungguhpun impian-impian


yang indah itu mengasyikkan, namun impian-impian itu kelak akan akan
menyebabkan anaknya itu kecewa apabila segala yang diharapnya berlainan daripada
kenyataan hidup yang sebenarnya. Ini kerana kehidupan yang sebenarnya adalah
kehidupan yang penuh dengan keganasan dan kekejaman. Contoh:
Kehidupan yang ganas dan kejam

Dalam rangkap ini,penulis mengharapkan anaknya itu supaya tidak mengikut


jejak atau peribadinya sebagai seorang yang begitu lemah. Penulis juga selalu
mengimpikan bahawa hidup ini penuh dengan keindahan dan mengasyikkan dan
kini dia sedar realiti kehidupan yang sebenarnya. Contoh:
Jangan kau pinjam lamunanku,
Selamanya mimpiku hidup itu serba indah
Dalam rangkap keempat ini,penulis berkata bahawa zaman remaja akan
menipu anaknya. Penulis berharap anaknya boleh menghindarkan mimpimimpi zaman remaja yang boleh menjerat diri. Contoh:
Bunuhlah mimpi itu
Yang selalu menipumu
Dalam rangkap terakhir ini,penulis berharap anaknya menanamkan keberanian
hidup baru yang akan diperolehinya daripada kekuatan hati dan ketinggian
ilmu. Contoh:
Dapatkan keberanian hidup baru

ANALISIS STILISTIK:
a) METAFORA
b) BUNYI

Metafora
Gaya bahasa kiasan yang menyatakan sesuatu dengan
menyebut sesuatu yang lain. Tujuannya adalah untuk
memberi kelainan kepada susunan kata dalam sajak bagi
menimbulkan gerak imaginasi pembaca. Contoh:
Yang manis indah kerana itulah mimpi (R1)
Mimpi itu adalah keajaiban anugerah (R2)
terasing di cermin kenyataan (R2)

Personafikasi
Pemberian sifat manusia kepada benda yang konkrit.

Contoh:
mengibarkan rasa di selendang sutera (R1)
menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)
kehidupan yang ganas dan kejam (R2)
jangan kau pinjam lamunanku (R3)
bunuhlah mimpi itu (R4)
lagu dan rindu
yang selalu menipumu (R4)
dari kekuatan hati dan ketinggian ilmu (R5)

BUNYI
o Aliterasi pengulangan konsonan di awal kata
o Contoh:
seribu bayang seribu mimpi (R1)
menyembunyikan malu di bilik terkunci (R1)

o Asonansi pengulangan vokal di akhir suku kata


o Contoh:
lagu dan rindu
yang selalu menipumu (R4)

Pengulangan bunyi konsonan dan vokal dalam


setiap baris akan mewujudkan kesan bunyi yang
estetik dan mengindahkan lagi ritma yang diulang
seperti alunan muzik

Tujuannya adalah untuk menimbulkan


kemerduan dan keindahan dalam bunyi
penyebutan kata.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, tema puisi karya Usman Awang
ini berkisarkan tentang nasihat dan kasih sayang seorang
ayah kepada anak gadisnya .
Banyak penggunaan bahasa-bahasa kiasan dan sifat
kemanusiaan.