Anda di halaman 1dari 4

1.

Pengenalan

Selamat sejahtera diucapkan kepada mentor dan para pensyarah yang


dihormati sekalian. Pertama sekali saya ingin bersyukur kepada Tuhan untuk
memberikan segala kekuatan dari segi mental dan fizikal untuk menyempurnakan kem
ini. Seterusnya saya ingin menyusun sepuluh jari berterima kasih kepada semua
pensyarah yang telah membantu kami untuk menyempurnakan kem ini. Segala
motivasi dan dorongan mereka menjadi faktor utama untuk kami menyempurnakan kem
ini dengan puas hati.

BIG iaitu singkatan bagi Bina Insan Guru adalah satu program yang
dijalankan dalam semua institusi perguruan. Tujuannya adalah untuk membentuk bakal
guru yang stabil dari segi emosi, mental dan fizikal. Program ini memberi peluang
kepada golongan pendidik untuk keluar dari kepopong mereka dan menghadapi situasi
yang benar. Setiap peserta akan diperhatikan oleh mentor masing-masing. Mereka
akan dinilai dari aspek-aspek tertentu. Selepas tamat kem setiap peserta dikehendaki
menghantar refleksi masing-masing dalam masa satu minggu kepada mentor.

Untuk BIG yang pertama, kami diperlukan untuk mengambil bahagian


dalam aktiviti air dan darat yang menguji dari segi fizikal dan mental. Walaupun sangat
mencabar, setiap individu harus melakukannya sebagai persediaan untuk diajar kepada
murid-murid untuk masa yang akan datang. BIG adalah satu program amat
memanfaatkan para pendidik. Program seperti ini harus dijalankan secara kerap untuk
membentuk bakal-bakal guru yang kuat dari segi emosi dan fizikal.

2. LAPORAN REFLEKTIF

HARI PERTAMA
Di sini saya ingin berkongsi refleksi tentang pengalaman saya di Telok Gorek,
Mersing selama 3 hari 2 malam. Ini adalah kali

kedua para pelajar IPG

Temenggong Ibrahim menjejakkan kaki di pulau tersebut pada tahun 2014.


Walaupun mempunyai pengalaman namun kem ini menjadi penambah perisa
kepada pengalaman yang sedia ada.
Setelah menyiapkan peperiksaan semester 1, kami telah menuju ke bilik
masing-masing untuk mengambil barang-barang yang diperlukan untuk kem ini, lalu
kami menuju ke tempat menunggu bas. Kami 1 PISMP Matematik dengan jiran
kelas kami 1 PISMP Sains telah menunggu di tempat tersebut agak beberapa lama.
Walaupun saya menanti-nanti saat untuk melihat pulau tersebut, ada juga rakan
saya yang masih menceritakan tentang peperiksaan yang telah tamat. Ada juga
rakan saya yang mengambil gambar untuk mengelakkan kebosanan. Setelah
beberapa jam bas telah sampai. Kami pun dengan rasa kehairaan menaiki bas.
Dalam perjalanan ke Mersing, pemandu bas kami telah menghentikan bas di
sebuah restoran makanan. Para pelajar pun dilihati rasa kelaparan. Jadi, kami
mengambil makanan tengahari di sana. Selepas mengambil makanan tengahari
kami sambungkan perjalanan kami. Pada waktu petang kami pun menjejak kaki di
Telok Gorek, Mersing. Pemandahaan pantai yang indah telah menawankan hati
kami. Kami diarahkan untuk menurunkan barang dari bas lalu menyimpankannya di
sebuah pondok. Setelah itu kami dibahagikan kepada empat kumpulan. Dua
kumpulan akan melibatkan diri dalam aktiviti laut manakala dua kumpulan yang lain
akan membuat aktiviti darat.
Apabila kumpulan saya diarahkan untuk melakukan aktiviti laut, kami pun
menuju ke arah pantai. Pada waktu yang sama, kami melihat 8 PISMP Tesl sedang
pulang ke darat. Kumpulan ini telah sampai ke destinasi tersebut pada hari
kesebelumnya. Mereka juga telah membantu kami untuk membina raket dan

mendirikan khemah. En.Ponniran telah mengetuai kami untuk melakukan aktiviti


memanaskan badan sebelum kami menjalani aktiviti laut. Walaupun aktiviti
memanaskan badan tersebut adalah baharu untuk kami, namun aktiviti tersebut
sememangnya menyeronokkan kami. Selepas itu, kami diarahkan untuk memakai
life jacket serta En.Ponniran telah memberikan kami taklimat mengenai aktiviti
yang akan dilakukannya. Setelah itu, kami diajari keyakinan air oleh En.Ponniran
dan pembantu-pembantunya. Ia menjadi pengalaman yang baru bagi saya. Setelah
menjalani aktiviti ini kami menjadi lebih yakin untuk membuat aktiviti yang
seterusnya dalam air laut itu.
Kami diarahkan untuk berakit menggunakan rakit yang telah dipasangkan
oleh pelajar 8 PISMP Tesl. Bagi menjalani aktiviti tersebut kami dipecahkan lagi
dalam empat kumpulan. Jadi, satu kumpulan terdiri oleh 6 atau 5 orang pelajar.
Kami diarahkan untuk melintasi suatu jarak yang telah ditetapkan lalu berpusing
balik ke darat. Walaupun saya seorang sahaja lelaki dalam kumpulan saya, namun
pelajar-pelajar perempuan memberikan kerjasama serta usaha mereka untuk
menjayakan aktiviti ini. Kumpulan kami didapati senang untuk berakit apabila setiap
ahli pasukan memberi kerjasamnya.
Selepas menghabiskan aktiviti laut, kami membersihkan kawasan yang kami
telah gunakan serta kami menyimpan barang-barang yang kami gunakan dengan
kemas. Selepas itu, kami menuju ke tapak perkhemahan untuk menyiapkan diri
kami. Makan malam telah disiapkan lalu kami merasai makanan tersebut. Justeru,
aktiviti LDK telah diadakan. Disebabkan oleh kami dilhati sangat letih, penceramah
tersebut mengadakan pelbagai aktiviti untuk menyegarkan minda serta jasmani
kami. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti urut-mengurut, cara
salam dengan orang lain dan berbagainya. Selepas aktiviti tersebut, diteruskan pula
dengan aktiviti mengenali potensi diri. Setiap seorang diberi sehelai kertas yang
mengandungi 192 soalan soal selidik mengenai minat kerjaya masing-masing.
Selepas menjawab soalan tersebut, para guru pelatih dikategorikan kepada
kumpulan kerjaya yang mereka minati. Antara kumpulan yang terbentuk ialah
kumpulan investigation (minat terhadap penyelidikan), kumpulan artistic(minat

terhadap seni), kumpulan sosial(minat terhadap kerja sosial seperti guru) dan
kumpulan conventional(minat terhadap matematik). Seterusnya, beliau menyatakan
ciri-ciri setiap kumpulan tersebut dan minat kerjaya yang dimiliki.
Selepas aktiviti LDK tamat, kami melakukan lagi satu lagi aktiviti pada malam
tersebut iaitu pembentukkan jawatankuasa. Jawatankuasa telah dibentukkan serta
tugas-tugas telah diagihkan. Selepas itu kami diadakan slot moral. Pelajar-pelajar 8
PISMP Tesl telah membimbing kami bagi aktiviti tersebut. Dalam kumpulan yang
telah diagihkan, kami diarahkan untuk menyediakan sebuah pembentangan
menggunakan kertas majung. Kami mengumpulkan sedikit sebanyak isi berkaitan
dengan cara menangani gejala vandelisme. Disebabkan oleh masa tidak membuka
ruang bagi kami untuk membentangkannya, kami diarahkan untuk membentangkan
pada hari keesokkannya. Selepas itu, kami mengambil minuman malam, lalu kami
menuju ke tapak perkhemahan untuk tidur.

HARI KEDUA

Anda mungkin juga menyukai