Anda di halaman 1dari 1

Kelemahan

Dari sudut kelemahan (weaknesses), salah satu aspek lemah yang dapat dilihat
melalui Pertandingan Teka Berat ialah pengurusan kelancaran aktiviti yang tidak teratur.
Kesempurnaan

aktiviti

yang

dijalankan

agak

kurang

sempurna

dimana

berlaku

ketidakfahaman bagi para peserta dalam memahami peraturan-peraturan pertandingan.


Sebab perkara tersebut berlaku kerana kemahiran komunikasi antara dua hala yang tidak
diterapkan dengan betul.
Menurut A.L. Ramaiah (1999), komunikasi adalah satu proses yang melibatkan
pertukaran idea, maklumat dan pendapat

menjadikan proses penghantaran dan

penerimaan simbol yang bermakna. Dalam keadaan ini, hubungan manusia bagi sesebuah
organisasi sangat penting. Sekiranya keadaan berlaku dimana dua pihak tidak dapat
mengaplikasikan kemahiran komunikasi dengan sempurna, maklumat yang disampaikan
tidak dapat diterima dengan betul. Kesannya agak jelas dengan perkara yang telah terjadi
semasa pertandingan ini telah diadakan. Hal ini demikian kerana penjelasan tentang
peraturan yang dibuat oleh penganjur tidak disampaikan dengan kurang jelas. Ini
menyebabkan para peserta yang mengikuti pertandingan kurang faham dengan struktur dan
tunjuk cara pertandingan yang telah diadakan.