Anda di halaman 1dari 3

Cara pengiraan dividen dan bonus ASB

Email di bawah ini menunjukkan bagaimana pengiraan Dividen ASB dilakukan oleh sistem mereka. Kalau
return dividen 7% manakala bonus 1.75%, kita tidak boleh menganggap pulangan tersebut adalah 8.75%
seperti digembur-gemburkan oleh sesetengah media. Disertakan email dari asnbcare@pnb.com.my.

Baca dan fahamkan. Ia duit anda, kene tahu camna mereka kira...

---------- Mesej dikirim semula ---------Daripada: <asnbcare@pnb.com.my>


Tarikh: 2008 Disember 16 12:03
Subjek: Re: Fw: Dividen ASB
Kepada: Eddy Irwan Bin Mahamad <eddyirwan@gmail.com>

En. Eddy
Kami dengan hormatnya merujuk kepada email tuan mengenai perkara di atas.
Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana tuan memilih unit
amanah ASNB yang diuruskan oleh Kumpulan PNB melalui anak syarikatnya, Amanah Saham
Nasional Berhad (ASNB), sebagai instrumen pelaburan tuan.
Kadar pengagihan pendapatan dan bonus ASB yang diumumkan bagi tahun berakhir 2008
adalah seperti berikut:Pengagihan Pendapatan 7%
Bonus 1.75%
Berikut adalah dinyatakan cara pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB untuk
makluman tuan.
(a) Pengagihan Pendapatan
Pengiraan pengagihan pendapatan adalah berdasarkan kepada baki terendah pada setiap
bulan untuk jangkamasa 12 bulan ataupun setahun. Untuk mendapat pengagihan
pendapatan penuh pada bulan tersebut, pelaburan tambahan mestilah dilakukan pada 01
haribulan pada bulan tersebut dan dikekalkan sehingga hujung bulan. Sekiranya pelaburan
tambahan dilakukan selepas tarikh tersebut, perolehan pengagihan pendapatan hanya akan
dikira untuk bulan ke hadapannya.

Contoh pengiraan pengagihan pendapatan bagi tahun berakhir 2008:Jumlah *BMB dari bulan Januari 2008 hingga Disember 2008 x KADAR
12 Bulan
* BMB adalah Baki Minimum Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb
hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bagi setiap bulan akan ditentukan terlebih dahulu mulai Januari, 2008 sehingga
Disember, 2008 (12 bulan).
* Baki-baki minimum tersebut akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 (jumlah
bulan dalam setahun) bagi mendapatkan purata baki minimum
tahunan.
* Purata baki minimum tahunan yang diperolehi akan didarabkan dengan kadar pengagihan
pendapatan yang diisytiharkan.
(b) Bonus
Pengiraan bonus pula adalah berdasarkan kepada purata baki terendah bulanan untuk
jangkamasa 10 tahun ataupun 120 bulan terdahulu.
Contoh pengiraan bonus bagi tahun berakhir 2008 :Jumlah *BMB dari bulan Januari 1999 hingga Disember 2008 X KADAR
120 Bulan
* BMB adalah Baki Minimun Bulanan dan merujuk kepada baki yang terendah di antara 1hb
hingga hujung bulan bagi setiap bulan
* Baki minimum bulanan selama 10 tahun bermula dari Januari 1999 hingga Disember 2008
(120 bulan) dicampurkan kesemuanya dan dibahagikan dengan
120 bagi mendapatkan purata baki minimum untuk tempoh 10 tahun.
* Purata baki minimum 10 tahun yang diperolehi didarabkan dengan kadar bonus yang
diisytiharkan.
Sekiranya tuan memerlukan sebarang maklumat atau penerangan lanjut, sila hubungi kami di
Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Ejen, Ibu Pejabat ASNB, Kuala Lumpur melalui talian
telefon 03-2057 3000/2057 3111 atau mana-mana Pejabat ASNB yang berdekatan atau layari
laman web kami di www.asnb.com.my .
Sekian, terima kasih.

Pelarasan di penyata ASB

Tuan,
Emel tuan mengenai perkara di atas adalah dirujuk.
Untuk makluman, pelarasan adalah merujuk kepada urusniaga pelaburan tambahan yang
dibuat tanpa menggunakan buku pelaburan. Contoh seperti potongan gaji, tambahan secara
perbankan internet (Maybank2U/CIMB Clicks) dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di 03-2057 3000 / 03-2057 3111 atau layari
laman web kamiwww.asnb.com.my.
Sekian, terima kasih.
Amanah Saham Nasional Berhad
201-A Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2057 3000 / 2057 3111
Fax: 03-20505220
From: Eddy Irwan Bin Mahamad [mailto:eddyirwan@gmail.com]
Sent: Thursday, January 05, 2012 2:17 PM
To: ASNB Care
Subject: ASB Pelarasan
Asalamualaikum dan salam 1 malaysia;
Apa fungsi pelarasan bila kita update buku pada awal tahun?