Anda di halaman 1dari 34

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL

EMIAS ANAK ANTURAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)

SEMESTER 9 / JAN 2014


HBAE 3103
KRAF TRADISIONAL

TAJUK TUGASAN
Bincangkan bagaiman pengutaraan motif ukiran kayu tradisional Melayu berkait dengan
falsafah Islam. Merujuk kepada contoh yang diberi, huraikan bagaiman penjelmaan idea dari
motif asal memenuhi 6 prinsip kesenian orang Melayu.
NAMA TUTOR
EN.

NAMA
NO. MATRIKULASI
NO. KAD PENGNEALAN
NO. TELEFON
E-MEL

:
:
:
:
:

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

ISI KANDUNGAN
Bil
1.0
2.0

Perkara
Pengenalan
1.1 Definisi Kraf Tradisional
Jenis-Jenis Kraf Tradisional

Muka Surat
3-6
7

3.0

Kraf Melayu
3.1 Seni Batik
3.1.1 proses penggarapan motif seni batik
3.1.2 Ciri-ciri Islam dan pengaruh budaya dalam hasil seni
batik
3.2 Seni Ukiran
3.2.1 Proses Penggarapan motif seni ukiran
3.2.2 Ciri-ciri Islam dan pengaruh budaya dalam hasil
seni ukiran

8 - 26

3.3 Seni Anyaman


3.3.1 Proses Penggarapan motif seni anyaman
3.3.2 Ciri-ciri Islam dan pengaruh budaya dalam hasil
seni anyaman
3.4 Seni Tenunan
3.4.1 Proses Penggarapan motif seni tenunan
3.4.2 Ciri-ciri Islam dan pengaruh budaya dalam hasil
Seni tenunan
4.0

5.0

1.0

Analisis Keunikan Dan Kesepaduan Kesenian Islam


Melayu
3.1 Prinsip Kesenian Islam Melayu
3.2 Proses Penggarapan Motif
3.3 Proses Menafir Idea
3.4 Pengaruh Dalam Memberi Makna

6.0

Falsafah Dan Makna Dalam Seni Kraf Ukiran Kayu


Tradisional Melayu
Kesimpulan

7.0

Rujukan

26 - 29

30 - 32
33
34

Pengenalan
2

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Seni merujuk kepada reka bentuk dan karya sesuatu kraf atau produk yang dihasilkan oleh
seniman yang menyenangkan khalayak. Seniman merupakan individu yang kreatif yang
dapat menghasilkan sesuatu karya yang melalui beberapa proses seperti kreativiti dan
membuat lakaran. Seni hias Kesenian menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat
Melayu sejak turun temurun lagi.Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat
Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.Warisan seni tradisional di kalangan orang Melayu
disampaikan secara lisan dari generasi kepada satu generasi.Individu yang menghasilkan kraf
ini mempunyai ruang untuk menggalakan kreativiti dan mempertahankan nilai-nilai estetik
karya seni tersebut.
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil pelbagai inisiatif bagi
memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu.Kesenian
bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik.Seni rupa dalam masyarakat
Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang
Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan
memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik
hati.Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu
tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk
memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai;Kraf adalah barangan yang dihasil
dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat
atau peralatan mudah yang dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh
pengusaha-pengusaha kraf.
Manakala Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik
yang mempunyai daya tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari
sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan.

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Kraf tradisional pula merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan
yang memerlukan daya cipta dan kreativiti oleh masyarakat yang dihasilkan secara turun
menurun.Seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,
perhiasan diri dan sebagainya.Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka
nenek moyang suatu ketika dahulu.Hasil ciptaannya kaya dengan unsur-unsur budaya dan ini
jelas tercermin melalui bentuk, gaya,sifat,garis, gerak dan warna.Bahan-bahan yang
digunakan tidak terhad.
Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu
dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan
kepercayaan dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den
menyedari tentang keesaan Tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu
hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal
di akhirat.Kesedaran inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keperluan hidup di
dunia dan akhirat.
Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam
penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga
mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan
cirri-ciri Islam.
Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, membuktikan kraf
tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan
dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan
arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak
diilhamkan sebagai motif dan ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan
sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat Al-Quran turut diilham bersama.
Memang tidak pernah terfikir bahawa nenek- moyang dahulu telah memahami dan
menghayati seni yang dihasilkan. Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang
dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk
yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif
yang akan menjadi khazanah seni yang tidak ternilai.
4

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Seni Kraf Melayu telah mendapat perhatian dalam kalangan pihak berkuasa, diberi
pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan.
Budaya Kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara.
Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa
dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta mempunyai kewajipan untuk menerima
mengamalkan, menghayati, menjaga , menggali, menyelidik dan memplejari mana-mana
budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan keadaan, serta daerah. Kraf
tradisional seperti batik, anyaman, ukiran, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar
dan barang perhiasan juga mempunyai nilai estetika yang tinggi dan keistimewannya sama
taraf dengan seni budaya tamadun luar. Melalui sistem pendidikan, pengajaran dan
pembelajaran Kraf Tradisional yang terkandung dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan
Seni KBSR, KSSR, KBSM, dan KSSM, seni budaya ini dapat diperkenalkan, dikenali dan
dipraktikkan oleh anak-anak muda zaman sekarang khasnya dalam kalangan murid sekolah.
1.1

Definisi Kraf Tradisional

1.1.1

Makna Kraf

Keluaran Kraf Tangan bererti apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan
kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripapada sesuatu proses yang bergantung
semata-semata atau sebahagian kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang
walaubagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk pada atau di mana-mana
bahagian.
( Akta 222- Akta Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979)
Menurut Kamus Dewan Bahasa (1998) Edisi 3, perkataan kraf membawa maksud
perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan kemahiran terutamanya menggunakan tangan,
manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan ( kerja, seni ) yang memerlukan
daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.Menurut UNCTAD yang dikeluarkan oleh
Bangsa-Bangsa Bersatu melalui United Nation Conference on Trade and Commerce
perkataan kraf tangan didefinisi seperti berikut ( Handicraft is a manual skilled- intensive
product with or without use of tool, simple instruments or implement operated indirectly by
the craftmen).Ini memberikan satu penghayatan tinggi terhadap keistimewaan kemahiran
serta ketinggian mutu seni yang membabitkan pandai tukang.
5

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Selain itu, kraf tangan juga boleh bermaksud sebagai : the creation of original object
through an artist disciplined manipulation of materials. Collingwood pula memberi definisi
yang lebih komprehensif berbunyi seperti berikut: ( Craft always involves a distinction
between mean and end, planning and execution, raw material and artifacts, between form
and matter, every craft has a hierarchical character).
1.1.2

Makna Tradisional

Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Menurut
Kamus Dewan (1998) Edisi 3. Perkataan tradisi membawa makna sesuatu kebiasaan (Adat,
kepercayaan dll) yang kekal turun temurun, sesuatu yang sudah menjadi amalan yang sudah
sebati dengan sesuatu masyarakat ( golongan, kumpulan dsb).
Menurut Ensikopedia Malaysiana, Jilid 13 pula menyarankan bahawa tradisi
bermaksud adat sosial yang diperuntukkan daripada satu generasi ke satu generasi yang lain
melalui proses sosialisasi. Tradisi juga menentukan nilai dan moral masyarakat tersebut, iaitu
peraturan-peraturan yang betul dan yang salah, dipuji dan disanjung, dikeji dan dibenci oleh
masyarakat.
Konsep tradisi juga meliputi worldview atau pandangan dunia yang meliputi
kepercayaan mengenai persoalan hidup dan mata, kejadian alam dan makhluknya.Konsep
tradisi ini berkait rapat dengan sistem kepercayaan, nilai dan cara berfikir sesuatu
masyarakat. Orang Melayu misalnya mempunyai tradisi agama, nilai, ekonomi dan politik
yang tersendiri.
1.1.3

Makna Kraf Tradisional

Kraf tradisional didefinisikan satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan
tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar,
batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi.
Selain itu, Kraf Tradisional merupakan warisan bangsa,pusaka peninggalan nenek
moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya dengan unsur-unsur
budaya dan ini jelas terzahir melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya.
Kebiasaannya barang-barang kraf ini dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk
sesuatu kerohanian.

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

2.0

Jenis-Jenis Kraf Tradisional

Kraf tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya
ia tetap kekal dan mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran,
anyaman,tenunan, tekat, wau, gasing,songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai
nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

BATIK

UKIRAN

TENUNAN

TEKAT
JENIS-JENIS KRAF
TANGAN

WAU

GASING

SONGKET

TEMBIKAR

Rajah 1 : Jenis Jenis Kraf tangan

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

2.1

Batik

Menurut Wikipedia, batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik"
yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang
terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik
skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun,
kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di
Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India,
Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada
budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia
Tenggara
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15
Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa
dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain
batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di
negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Motif batik di Malaysia
banyak dipengaruhi oleh alam sekitar. Motif-motif ini terhasil disebabkan kepekaan
masyarakat tradisional terhadap persekitaraan. Terdapat beberapa jenis motif alam sekeliling
yang digubah menjadi corak atau ragam hias yang menarik. Di Malaysia, terdapat beberapa
jenis batik yang dihasilkan di sini. Antaranya ialah;
a. Batik Blok
Teknik pembuatan ini adalah terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang
digunakan diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan
sesuai bagi mengecap kain yang dikenali sebagi batik blok atau cop.. Kain yang
digunakan terdiri daripada kain kapas, kain sutera dan organza yang kini menjadi satu
jenama fesyen dan digemari rakyat Malaysia bahkan luar negara. Selain daripada
pakaian, batik blok juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah yang menarik.
b. Batik Canting
Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran proses yang
tinggi untuk menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih
yang diregang pada menggunakan pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan
lilin cair untuk diterapkan di atas.
lakaran pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting
memerlukan ketelitian dan kesabaran kepada pembuatnya. Kemudian, ia diwarna
8

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

mengikut kesesuaian reka corak. Reka corak dan warna yang indah bukan sahaja
menjadi tarikan dari segi fesyen pakaian malahan turut dijadikan sebagai alat
perhiasan dan kelengkapan rumah serta cenderamata. Kain yang digunakan untuk
batik canting terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.
c. Batik Skrin
Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring yang mana ia menggunakan
teknik lakaran corak dan terapan warna dibuat di atas skrin yang dhasilkan dari
poliester dan diregang di atas pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah
ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa keping pemidang dengan reka corak yang
berlainan disediakan. Ini disebabkan satu pemidang boleh disapukan satu warna
sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih bagi melakukan proses
penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak dan warna
sehelai kain batik.
3.1.1 Proses Penggarapan Motif Dalam Seni Batik
Proses penghasilan seni batik ini motif mendapati persamaan dengan seni ukiran, seni
anyaman dan seni tenunan. Motis seni batik dibahagikan kepada:
a) Motif Flora
Motif flora dikebali sebagai motif yang sinomim dengan batik.Unsur flora yang terdiri
daripada motif seperti bunga, kudup, putik,akar menjalar, daun, ranting dan pucuk
digunakan untuk menghias kain batik ela.Setiap Motif ini mempuyai motif yang
tersendiri dihiasi pada kain batik.Contohnya pada kepala kain motif pucuk rebung
digunakan selain itu reka corak digubah bukan secara realistik tetapi campuran gaya
organik dan geometri.
b) Motif Fauna
Unsur fauna seperti motif rama-rama, kumbang, burung, ayam dan sebagainya.Tapi
unsur ini kurang digunakan kena berkaitan dengan pegangan agama Islam
masyarakat.Unsur geometri seperti susunan garis-garis halus, kisi-kisi, cengkerang,
bentuk bujur, jalur dan sebagainya.Unsur ini seringkali digabungankan dengan unsur
flora dan mendapat permintaan di kalangan peminat batik. Bentuk-bentuk yang
bermotif fauna ini, boleh ditampilkan dalam bentuk yang tidak sempurna iaitu tidak
mempunyai anggota tubuh yang sempurna. Walau bagaimanapun, motif fauna seperti
burung merak melambangkan kecantikan dan kemegahan.

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

3.1.2

Susunan Motif Batik

Motif Ayam

Motif Daun Sireh

Motif Pucuk Rebung

10

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Motif Rama-rama

. Motif Bunga Buluh

3.1.3

Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Batik

Dalam kalangan masyarakat Melayu, kebanyakannya batik dipakai oleh golongan wanita.
Kain batik dijadikan sebagai penutup kepala bagi seorang wanita merupakan tanda menutup
aurat seperti yang diamalkan dalam agama Islam. Seterusnya, di negeri Kelantan batik sarung
dijadikan sebagai lilit kepala oleh golongan lelaki. Kain ini digunakan di kepala untuk
menutup kepala dari pancaran matahari apabila berkerja di sawah padi. Ia adalah
menekankan kepada kebersihan dituntut di dalam Islam.
Nilai kesabaran, tekun , dan teliti diutamakan semasa menghasilkan kain batik. Ini
menunjukkan bahawa ketelitian dalam kehidupan membawa kejayaan. Kehalusan motif yang
dilukis akan membawa kepada keindahaan dan kecantikan serta kesempurnaan yang diajar di
dalam Islam. Hasil seni dilakarkan melalui kesempuran yang menimbulkan kepuasaan dan
11

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

dapat menyenangkan, menyeronokkan dan menghiburkan hati. Hal ini menerapkan bahawa
menurut agama Islam walaupun ditimpa kesedihan maka perlu menunjukkan sikap
kegembiraan. Motif di dalam seni menekankan kepada persekitaran masyarakat. Iaitu motif
flora dan fauna. Penggunanaan motif flora digunakan dalam batik. Ini mengambarkan
bahawa kesenian Islam mempunyai hubung kait rapat antara manusia, dengan tuhan, anatar
manusia sesama manusia, anatara manusia alam sekitar dan makhluk-mahkluk yang lain.
Tumbuhan dan bunga-bungaan merupakan alam semesta ini yang mempunyai maha pencipta
yang sama seperti manusia. Hubungan ini akan menjadikan satu keakraban dan keharmonian
dalam menjalinkan hubungan yang erat sesama umat.
Selain itu, penggunaan benang sutera dalam penghasilan batik terhad bagi
pengunaan untuk kaum wanita sahaja. Hal ini kerana Islam melarang kaum lelaki memakai
pakaian yang ditenun daripada sutera. Walaupun sutera merupakan sumber alam semula jadi
maka ia amat sesuai kepada kaum wanita. Ini akan melambangkan kepada sifat perempuan
yang lemah lembut seperti benang sutera yang halus. Manakala kaum lelaki sekiranya
memakai kain sutera tidak boleh bertahan kerana cara pemakain bagi kaum lelaki adalah
kasar apabila berbanding kepada kaum wanita yang mempunyai sifat kelembutan.

3.2

Seni Ukiran

Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta
masyarakat Orang Asli. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama
seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya.
Seni ukiran merupakan satu proses menggunakan pahat untuk menorah,
menggores, memahat dan mebuat reka bentuk pada kayu atau barang hiasan. Ia adalah seni
kraf yang telah lama wujud dalam kalangan masyarakat Melayu. Seni ukiran dipersembahkan
melalui ukiran kayu, simen atau batu, logam dan sebagainya. Menurut Sejarah Melayu
menyatakan nahawa seni ukiran Melayu tradisional ini telah wujud sejak lebih 500 tahun
dahulu. Ukiran tersebut banyak didapati pada istana-istana dan rumah kediaman. Pada masa

12

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

kini, seni ukiran masih kekal pada rumah-rumah tradisional yang boleh dijumpai pada negari
Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satusatu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran pandai kayu. Tiga teknik
utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk
timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumahrumah tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid
dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat
muzik tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut
bangau, alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi
seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu..

3.2.1

Proses Penggarapan Motif dalam Seni Ukiran

Berikut adalah motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan
larat, kosmos dan geometri.

13

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

a) Unsur Flora
Unsur flora merupakan unsur yang penting bagi seni ukiran tradisional kerana flora
mempunyai motif hiasan yang terdiri daripada bunga-bungaan dan tumbuhan.
Tumbuhan yang menjalar dijadikan motif kerana sukur pautnya yang lembut dan
menjalar mudah diubah suai bentuk mengikut citarasa pengukir. Unsut flora terdapat
dua motif iaitu bunga dan tumbuhan iaitu :i. Daun
Bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, beremi, jari buaya, ketola,
ketumbit, kangkung, pucuk kacang, pucuk rebung, pucuk paku, piya,
ii.

pulut, setulang, selit, ringgit dan lain-lain.


Bunga
Cempaka, ketumbit, kecubung, kundur, kala bukit, kemunting, kedup,
ladu, lawang, pecan, raya, ros, teratai, manggis, tanjung, matahari,

cengkih dan lain-lain.


Motif ini digunakan pada perhiasan yang terdapat di dindidng rumah, istana, tebar
layar dan pintu. Motif seperti ini menampakkan lagi keunikan dan cantiknya didnding
yang diukir dengan motif bunga.

14

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

b) Unsur fauna
Motif ini merupakan adaptasi daripada haiwan yang menunjukkan kegagahan,
keberanian, kepahlawanan dan kekuatan. Pengukir banyak membentuk motif yang
dijadikan sebagai satu lambing yang bukan bersifat penuh bagi haiwan tersebut. Motif
fauna tidak digalakkan dalam Islam kerana mengikut ajaran Islam binatang tidak
boleh digunakan sebagai bahan perhiasan dari segi semua bentuk.
Unsur fauna yang digunkan ialah motif ayam berlaga, motif itik pulang
petang, motif badak mudi, motif kepala cicak, dan motif semut beriring. Motif ini
diambil daripada kehidupan haiwan itu sendiri.
c) Unsur Arabes
Motif arabes menggambarkan motif yang berulang dengan penerapan unsur geometri
yang melibatkan penggunaan pelbagai bentuk flora, fauna geometri dan kaligrafi. Otif
arabes boleh dijumpai pada dinding masjid. Motif ini mendapati banyak berlubanglubang kerana hasil ukiran banyak dijadikan lubang udara. Hal ini kerana digunakan
untuk angina memasuki ke dalam masjid dan rumah kediaman.

Bentuk geometri yang diguna di


masjid, surau atau pusat Islam

d) Unsur geometri
Dalam seni ukiran, bagi unsur geometri jarang digunakan. Motif ini merupakan corak
yang berulangan berdasarkan corak geometrid an unsur lain yang disusun dalam rupa
bentu geometri. Bentuk geometri sperti berikut :- segitiga, bulatan, segienpat tepat,
kon dan polygon. Di mana bentuk segi tiga menjadi asas kepada motif pucuk rebung
yang bertunjang kepada maha pencipta alam. Motif geometri digunakan pada tebar
layar, alang pintu, pemindang dan jeriji tingkap.

15

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

e) Unsur Khat
Seni ukiran yang mendapati ayat-ayat alquran. Kebanyakkan boleh menjumpai di
masjid-masjid.
f) Unsur Kosmos
Motif ini menggunakan unsur alam seperti matahari, bulan, bintang, awan bergerak,
bukit-bukau, ombak dan sebagainya. Motif matahari dan bintang adalah contoh yang
selalu dipakai di tebar layar bumbung rumah.

Rumah tradisional Kedah yang terdapat


di Pulau Langkawi.
Sumber: http://www.worldisround.com
(2009)

3.2.2

Ciri-ciri Seni Islam dan Pengaruh Budaya dalam Hasil Seni Ukiran

Seni ukiran kayu di kalangan masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah

tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan masjid dan
mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan masa lapang, alat-alat muzik
tradisi, perabot seperti almari, katil, kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau,
alat-alat senjata, peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi seperti
perahu, kereta kuda dan kereta lembu.
Seni ukiran ini, merupakan seni yang melibatkan ketelitian dan kekemasan yang
tinggi. Dalam seni ukiran hasil yang boleh diperolehi seperti pintu, bingkai gambar, perabot
16

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

rumah, peralatan rumah seperti rehal, kukur kelapa, hulu dan sampir keris serta bahagianbahagian tertentu rumah.
Menurut Ismail dan Ahmad (2001), seni ukiran kayu Melayu adalah sebahagian
dari seni budaya masyarakat Melayu yang mempengaruhi tiga aspek penting kehidupan
bangsa Melayu iaitu status, kepercayaan dan kebudayaan. Ketiga-tiga aspek ini dihuraikan di
setiap ukiran kayu melaui falsafah, makna dan fungsinya yang berbeza bagi setiap
penggunaannya. Status seseorang ditunjukkan melalui cara penerapan seni ukiran kayu
Melayu ke dalam seni bina Melayu seperti istana, rumah dan masjid di samping peralatan dan
perhiasan. Kenyataan ini telah diperkuat oleh Norazit (2001) yang menyatakan bertambah
banyak seni ukiran kayu sesebuah rumah semakin tinggi status tuannya. Peralatan di rumah
banyak juga menggunakan seni ukiran Melayu seperti kukur kelapa dan sengkalan. Selalunya
kayu yang digunakan untuk peralatan adalah kayu yang boleh didapati di sekitar rumah
seperti pokok kayu leban, nangka dan cengal.
Seni ukiran kayu Melayu dalam bentuk perhiasan diri mempunyai seni ukiran yang
sangat halus. Seperti keris yang hulunya diukir menggunakan kayu kenaung dan kemuning.
Aspek kepercayaan bangsa Melayu dapat ditemui pada sesetengah peralatan yang mereka
cipta, kerana ia mempunyai hubungan dengan kepercayaan atau kuasa tertentu. Contohnya,
kepala kapal nelayan diukir menggunakan motif bangau kerana bagi mereka bangau adalah
haiwan yang sangat cekap menangkap ikan dan boleh membawa kepada keuntungan dan
keselamatan di laut. Selain itu dalam kegiatan harian pun orang Melayu dikalangan
masyarakat desa menggunakan seni ukiran kayu, sebagai sumber rezeki yang lumayan,
misalnya jebak burung pun dibuat berukir indah .
Para pengukir melayu sentiasa menerapkan falsafah dan kerohanian kehidupan dan
sahsiah peribadi orang Melayu sebagai salah satu budaya , adat resam di samping
mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Jika di lihat, mengapa rehal dicipta, kerana pada masa
dahulu, masyarakat Islam membaca Al-Quran dengan memegang menggunakan tangan.
Untuk memudahkan pembaca Al-Quran, rehal dicipta dan diukir daripada kayu.

Kayu

ditebuk bersilang dan berjejari kemudian dicantumkan supaya Al-Quran boleh diletakkan
pada rehal tersebut. Ini melambangkan keunikan yang terdapat dalam masyarakat betapa
tinggi tahap kreativiti manusia dapat mereka dan mngukir dengan cantik . Sinonimnya,
apabila kita berdoa menadah tangan kepada Allah, maka diumpamakan dengan rehal yang
digunakan ketika membaca Al-Quran sama seperti kita memohon kepada Allah.
17

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

3.3

Seni Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini
biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Secara keseluruhannya seni anyaman tidak banyak
perbezaannya, bergantung kepada bahan tumbuhan yang digunakan. Menganyam merupakan
salah satu aktiviti kraftangan yang telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi,
kebanyakannya menjurus kepada kepada barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung
saji.Wujudnya teknologi baru telah merubah dan menyebabkan lebih banyak barangan dicpta
seperti perabot dan perhiasan diri.
Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan
masyarakat Melayu. Menganyam merupakan proses menyalin jaluran daun, lidi, rotan, kar,
buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan
dihasilkan melalui anyaman demi mencipta sesuatu alat keperluan untuk menghasilkan topi,
tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk.
Menganyam merupakan proses menjalinkan jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh, dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui
anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian seperti menghasilkan topi,
tudung saji, bakul dan tikar untuk alas tempat duduk.

3.3.1

Proses Penggarapan motif dalam seni anyaman

Anyaman yang biasa tidak dihiasi dengan kelarai dipanggil anayaman atau ghadas.
Anyaman kelarai adalah anyaman yang terancang dan dilakukan secara serentak ketika
proses menganyam dilakukan. Kelarai merupakan corak atau motif berbentuk dam pada
anyaman. Sebuah anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai.Kelarai dapat
digubah secara tersusun tunggal atau tersusun dalam ruang tertentu. Biasanya,
penganyam akan menggunakan dua jenis warna yang kontra untuk mendapat hasil
yang menarik. Pembentukan kelarai dilakukan serentak dengan proses menganyam.
Walaubagaimanapun,

pembentukan

kelarai

dirancang

terlebih

dahulu

dengan

menggunakan mata ataulangkah yang betul dan tepat supaya motif kelarai yang diingini
dapat diwujudkan.
18

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Hampir semua jenis kelarai dicipta berdasarkan unsur-unsur alam seperti unsur
tumbuhan, bunga dan binatang. Namun begitu, terdapat kelarai yang berunsur corak
geometrid an abstrak. Ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan nama tempat,
sontohnya kelarai Sambas da nada yang dikaitkan dengan nama orang mahir dalam bidang
seni anayaman. Contohnya Kelarai Mak Mek dan Kelarai Cik Kedah. Kelarai dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut
a)
Kelarai berasaskan Flora
Kelarai yang berasaskan flora ini menggunakan nama-nama yang bunga-bungaan dan
tumbuhan yang terdapat di sekitar kampong atau hutan pada masa dahulu. Nama
bunga atau tumbuhan diambil kerana, bunga membawa kepada maksud cantik, wangi
dan menarik untuk dihias. Selain itu, nama-nama bunga diambil dan dipindahkan
dalam bentuk kelarai dengan melihat keratan pada bunga tersebut atau pandangan dari
sudut tepi atas pandangan atas.Contoh kelarai yang dapat dilihat ialah :Kelarai bunga Cina
Kelarai bunga durian
Kelarai bunga cengkih
Kelarai bunga ator

Kelarai
bunga
a)

Kelarai bunga durian

Kelarai bunga cengkih

Kelarai bunga ator

Cina

b) Kelarai berasaskan Fauna


Kelarai Kelarai berasaskan fauna seperti kelarai kepala gajah, kelarai siku keluang,
kelarai mata ketitir dan sebagainya yang mengambil sempena nama haiwan. Nama
haiwan diambil kerana keperibadian yang terdapat pada haiwan tersebut. Contohnya
19

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

kelarai kepala gajah diilhamkan daripada corak kain yang terletak di atas kepala
gajah yang menjadi tunggangan raja-raja pada zaman dahulu. Gajah merupakan
kenderaan yang digunakan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Di samping itu, gajah juga melambangkan kegagahan, kekuatan dan kebesaran yang
memberikan semangat kepada masyarakat Melayu.
Kelarai jari kedidi
Kelarai buntut siput
Kelarai siku keluang
Kelarai kepala gajah

Kelarai buntut siput

c)

Diambil daripada tapak jari burung kedidi.


Diambil daripada cengkerang kulit siput
Menyerupai seperti sayap seekor keluang
berdasarkan corak kain yang menutupi kepala
gajah tunggangan raja-raja

Kelarai siku keluang

Kelarai berasaskan Rupa Geometri


Kelarai anyaman gila- bentuk enam segi
Kelarai belah ketupat- bentuk ketupat yang dipotong
Kelarai tulang belut
- corak tegak (kelarai berdiri )

Kelarai anyaman gila

d)

Kelarai tulang belut

Kelarai berasaskan Abstrak

20

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Contoh kelarai berasaskan abstrak ialah kelarai empat sebilik, kelarai bunga pecah
lapan dan kelarai bunga api. Kelarai bunga api merupakan kehidupan masyarakat di
kalangan kanak-kanak yang sering bermain bunga api di waktu perayaan sebagai
tanda kegembiraan. Pecahan bunga api ini, menjadi simbolik kepada kelarai bunga
api ini. Ini membuktikan bahawa kehidupan seharian mempengaruhi adat resam dan
budaya kepada satu-satu hasil seni.
Kelarai bunga api
Kelarai gelung paku
Kelarai madu manis
Kelarai putus masa

Kelarai bunga api

e)

- bentuk seakan-akan bunga api


- didapati di Kampung Paka, Terengganu
- berasal dari Ulu Paka, Terengganu
- menggambarkan edaran bintang yang dianggap
simbol tuah. Motif ini berkemingkinan berasal
Sebagai dari Negeri Cina

Kelarai gelung paku

Kelarai berasaskan Nama Pereka dan Tempat

Kelarai berasaskan nama manusia ini diilhamkan kepada pencipta asal kelarai
tersebut. Contohnya seperti kelarai Mak Mek yang diambil sempena nama pencipta
asal iaitu Hajah Semek yang digelar Mak Mek. Nama pencipta diambil sebagai tanda
penghargaan di atas kreativiti yang telah digubah sendiri tanpa meniru atau melihat
simbolik daripada sumber lain.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat Melayu

menekankan penghargaan dan nilai murni di dalam penghasilan seni anyaman ini.

Kelarai sambas

- mengambil sempena nama sebuah daerah di Borneo


Barat

21

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Kelarai mak mek -dihasilkan


oleh
Hajah
Semek
dengan
mengubahsuai sejenis kelarai dari Ulu Marang,
Terengganu
Kelarai cik kedah berakar - dikenali sebagai kelarai permaidani di
Paka, Terengganu kerana coraknya
Corak permaidani
3.3.2

Ciri-Ciri Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Anyaman

Anyaman di atas

bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah

berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini
banyak digunakan oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap
mudah dan indah. Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di
sekitar rumah mereka dan bentuk-bentuk geometri di rumah yang sering dilihat dan menjadi
sumber inspirasi dalam penghasilan motif yang akhirnya di kenali dengan pelbagai nama
rekaan mereka sendiri. Motif-motif ini saling berkait antara budaya Melayu dengan kesenian
Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah berlandaskan ciptaan Allah yang Esa.
Penghasil anyaman selalunya menitikberatkan unsur Islamik dengan mengagungkan
kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah dengan syariat agama.
Seni anyaman juga mempunyai pengaruh kerohanian yang tinggi apabila nilai budaya
diterapkan di dalam kehidupan harian. Dapat dilihat melalui motif anyaman tikar yang
digunakan terdiri daripada motif flora. Ini kerana Islam tidak menggalakkan unsur unsur
haiwan dijadikan barang perhiasan untuk tujuan dipamerkan. Motif anyaman merupakan
motif yang disusun secara berulang dan tepat yang boleh membawa maksud ketepatan adalah
ciri-ciri penting dalam kehidupan. Selain dari ketepatan, susunan yang rapat melambangkan
keakraban dan eratnya hidup dalam masyarakat yang boleh mewujudkan perpaduan.
Bahan-bahan pewarna yang digunakan merupakan bahan-bahan sumber alam
semulajadi seperti kunyit untuk warna kuning, buah kesumba India untuk warna jingga dan
merah, daun bemban untuk warna hijau dan daun mengkudu untuk warna biru dan biru tua.
Prinsip mengekalkan penggunaan sumber alam ini menunjukkan tiada bahan pengawet dan
hasil tiruan digunakan di dalam penghasilan seni anyaman ini. Sumber ala mini merupakan
sumber yang selamat digunakan tanpa kandungan racun dan sebagainya. Dapat dikatakan
bahawa seni anyaman merupakan satu sumber kraf yang mempunyai nilai estetik yang tinggi
dari aspek penghasilannnya.
3.4

Seni Tenunan
22

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Tenunan merupakan seni tekstil yang terkenal di Malaysia. Hasil tenunan Malaysia yang
pelbagai, halus dan tinggi mutnya mencerminkan kreativiti dan kemahiran pandai tukang
tempatan dalam bidang ini. Perusahaan tenunan banyak terdapat di negeri Kelantan,
Terengganu dan Pahang.
Tenunan merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Ia memberi satu pendedahan
dengan secra mendalam tentang asal usul, reka bentuk, reka corak, alat dan media, dan teknik
untuk menghasilkan tenunan. Selan itu, tenunan juga dapat mendedah kita kepada bagaiman
untuk menghasilkan satu reka corak baru tenunan melalui sato proses stailisasi berdasrkan
kepada satu bahan semula jadi yang disarankan.
Karya tenunan dengan menggunakan bahan yang mudah bersesauian dengan aktiviti
untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan
berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga
diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada murid untuk memperbincangkan
tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.
3.4.1

Proses Penggarapan Motif Dalam Seni Tenunan

Seni tenunan songket menggunakan motif tertentu yang mempunyai persamaan dengan motif
seni anyaman. Perbezaan antara kedua-dua adalah bahan mentah yang digunakan dalam seni
tenunan songkat dengan menggunakan benang emas dan perak agar menunjukkan
keanggunan. Antara motif yang terdapat di dalam seni tenunan songket adalah:-

a) Motif flora
Tumbuh-tumbuhan juga turut digunakan sebagai motif tenunan kain pua. Antara
tumbuh-tumbuhan yang sering ditenun ialah rotan, pucuk paku, pucuk rebung, buahbuahan, biji benih dan bungha-bungaan.Antara motif yang ditenun ialah motif bulan,
awan larat, alat tenun dan sebagainya.

23

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

b) Motif Fauna
Antara motif binatang yang digunakan ialah motif buaya, ular, katak, harimau dan
tikus kasturi, rusa dan serangga. Motif buaya dipercayai mempunyai kuasa untuk
menjaga tempat berhuma (tanaman padi). Adalah menjadi kepercayaan kaum Iban
bahawa buaya adalah jelmaan saudara-mara mereka. Motif ular pula tidak ditenun
dengan sewenang-wenangnya kerana binatang ini membawa petanda buruk.
Kemunculan ular dikaitkan dengan kuasa jahat atau hantu. Motif katak pula ditenun
dengan gaya seperti manusia. Menurut kepercayaan kaum Iban, selampai iaitu roh
perempuan sering menjelma sebagai katak. Selampai dikatakan mempunyai kuasa
menciptakan bayi. Motif harimau dan tikus kesturi sering dikarang dalam bentuk
abstrak. Dipercayai orang yang memakai kain tenunan ini dianugerahkan keberanian.
Burung pula dikatakan pembawa alamat baik. Kain yang mempunyai motif burung
dipercayai boleh menyembuhkan penyakit dan mendatangkan kekayaan dalam apa
pekerjaan. Motif rusa pula mendatangkan kejayaan atau tuah semasa berburu. Motifmotif serangga seperti labah-labah, kunang-kunang, kala jengking dan lipan sering
dimasukkan dalam tenunan pua.
c) Motif Makanan
Motif seperti potong wajik, tepung talam, potong putu dan potong ladu merupakan
hidangan tradisional masyarakat Melayu. Wajik dipotong secara serong-serong, maka
dengan itu, motif pada songket ditenun secara serong. Cara pemotongan kuih atau
makanan ini, membuktikan bahawa orang Melayu mempunyai seni yang tersendiri
dan sentiasa mementingkan kecantikan dan keindahan. Selaras dengan falsafah yang
24

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

menyatakan Islam itu indah, maka setiap apa yang dilakukan perlu menitikberatkan
kecantikan dan keindahan. Bentuk yang terdapat pada wajik ini dikaitkan dengan
sifat Allah yang maha pemurah.
3.4.2

Ciri-Ciri Islam dan Pengaruh Budaya Dalam Hasil Seni Tenunan

Kain songket adalah hasil tenunan tradisional masyarakat Melayu yang sangat bernilai.
Kebiasaannya pembuatan songket ini diketuai oleh kaum perempuan. Ia banyak dihasilkan di
Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur Semenanjung clan di negeri Sarawak.
Sejarah bermulanya penggunaan songket ini tidaklah diketahui dengan pasti, tetapi dipercayai
ia merupakan satu warisan yang berasal daripada istana atau ada kaitannya dengan kesultanan
Melayu, khususnya sebelum sistem pemerintahan tradisional beraja, kecuali di Malaysia,
dihapuskan oleh penjajah Barat.
Istilah songket adalah berasal daripada perkataan Melayu, menyungkit menggunakan
benang gimpal (emas clan perak). Ia bukanlah kaedah membuat kain atau kain secara sulam
kerana penghasilan motif dibuat sebagai hiasan pada kain dilakukan semasa proses tenun.
Proses menghasilkan kain songket melibatkan proses menyungkit benang gimpal pada
benang loseng. Ini bermakna benang pakan emas diselitkan pada benang biasa (kapas clan
sutera) bagi menghasilkan motif pada songket (Haziyah Hussin, 2004: 33).
Di dalam teks tersebut terdapat catatan tentang kisah atau ruang lingkup kehidupan di
istana, perhubungan diplomatik dan perdagangan, perkembangan kebudayaan dan adat
istiadat yang dilambangkan melalui penganugerahan persalinan kepada mereka yang berjasa
dalam bentuk kain songket yang lengkap. Sesungguhnya kemasukan pelbagai budaya
mengayakan songket Melayu dan kemasukan Islam mengemaskan lagi keindahannya itu.
Pada awal perkembangan songket ini, berdasarkan maklumat yang didapati daripada hikayathikayat lama tadi ia adalah pakaian golongan bangsawan, golongan istana ini menggunakan
songket untuk menunjukkan kedudukan dan kebesarannya. Pihak istana sahaja yang
dikatakan mampu dan dibenarkan memiliki songket dan mengupah penenun tempatan dan
Sumatera bagi menghasilkan corak pilihannya (Selvayagam, 1990).Rata-rata penggunaan
songket ini dikaitkan dengan upacara adat dan perayaan tertentu, paling utamanya ialah pada
majlis perkahwinan. Selain itu, ia turut dipakai di majlis atau keraian lain seperti majlis
berendoi, berkhatan, dan khatam Al-Quran. Apabila seni telah merakyat, khususnya istana
hilang fungsinya sebagai penaung seni, rakyat biasa dibenarkan memakai songket sewaktu
25

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

majlis perkahwinan, namun fungsi simboliknya masih kekal, lantaran itu pasangan yang
berkahwin itu dipanggil Raja sehari.
Hasil tenunan songket dijadikan pakaian untuk majlis keramaian. Pakaian merupakan
satu kewajipan untuk menutup aurat yang dituntut dalam agama Islam. Dengan berpakaian
seseorang itu akan nampak lebih bersih dan kemas.

Kecantikan dan kekemasan ini

sememangnya dituntut dalam Islam. Motif yang ditenun dan dijadikan pakaian yang dapat
melambangkan kesopanan si pemakai.
4.0

Analisis Keunikan dan Kesepaduan Kesenian Islam dan Melayu

Zakaria Ali (1989), mengemukakan enam prinsip estetika Melayu iaitu halus, berguna,
bersatu, berlawanan, berlambang dan bermakna. Elemen-elemen ini tidak dapat dipisahkan
dalam Kesenian Melayu dan juga bertindak sebagai bahasa penyampai yang dapat
menghuraikan adat budaya masyarakat Melayu. Gabungan prinsip-prinsip estetika ini telah
menghasilkan keseimbangan dan keharmonian dalam mereka cipta Kesenian Melayu.
4.1

Prinsip Kesenian Melayu


a) Prinsip Halus
Prinsip ini menonjolkan daya kreatif orang Melayu. Ia melibatkan konsep di antara kraf
ataukemahiran dengan seni. Kemahiran amat diperlukan untuk mencipta sebarang objek
senivmengikut Sejarah. Prinsip Halus yang dikaitkan dengan kehalusan objek seni
Melayu tradisi hasil dari pengamatan dan imbangan senima Melayu melahirkan katya
dengan begitu harmoni, terkawal, cantik yang menimbulkan emosi lembut pada orang
yang melihatnya. Kehalusan ini lahir dari dua factor uatama iaitu cara pembuatannya dan
kejujuran pada bahan iaitu memahami sifat-sifat bahan, had-hadnya dan setakat mana
kecemerlangan bahan dapat dilah menjadi hasil cipta seni. Sikap tidak acuh, tiada bakat,
tidak tahu teknik, tidak berbakat boleh meninggalkan kesan kepada penyudahan sesuatu
kerja yang dilakukan. Tenunan Melayu, kehalusan seni tenun dapat dipandang dari daya
cipta penempatan gasri-garis dengan pelbagai variasi.umapanya pembentukan garis-garis
lurus, gelombang, zig-zag dan lingkaran disusun dalam irama yang teratur dan harmonis.
b) Prinsip Berguna

26

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Prinsip berguna masih penting disamping hiasan atau kepelbagaian bentuk, warna dan lailain. Bahkan ia dibuat atau dicipta sebagai sebahagian dari keseluruhan seperti boleh
digunakan oleh sesiapa sahaja yang menunjukkan sifat perkongsian. Umpamanya kain
sarung, ia boleh dipakai oleh sesiap saja dan juga mempunyai pelbagai kegunaan.
c) Prinsip Bersatu
Prinsip Bersatu ialah unity datau kesatuan yang nampak jelas dalam karya seni tekstil
tradisi Melayu. Tiap-tiap bahagian berharmoni dan kena dengan tempatnya secara
keseluruhan, ada mula dan akhirnya, contohnya corak-corak motif yang dihasilkan adalah
lebih lengkap dan bersatu. Wujudnya integrasi di anara unit-unti yang dicipta iaitu dari
sekuntum bunga keserumpun, sehelai daun ke sepohon. Susunan motifnya adalah
harmoni dan tidak berkeliaran tanpa arah tetapi dapat berpaut pada satu kesatuan. Hailhasil tenunan yang dicipta memberi gambaran bahawa penenun-penenun atau pembatik
pada masa dahulu amat selektif dan teliti dalam meletak, menyusun dan mengatur motif
serta komposisi pada hasil ciptaan mereka.
d) Prinsip Berlawan
Melibatkan permukaan yang kasar atau licin. Setiap permukaan kasar ataupun licin
akanmenimbulkan kesan ketegangan yang menjurus kepada kesan penyudahan karya seni
yangmenarik. Penyudahan yang baik dan sempurna ini diakibatkan oleh jenis-jenis
permukaan yang berbeza.Prinsip ini dapat dilihat dalam penghasilan kraf anyaman yang
berbentuk perhiasan dinding,bunga pada bakul atau bekas perhiasan yang dihasilkan.
e) Prinsip Berlambang
Lambang yang dimaksudkan adalah penentu kepada penyatuan antara isi dengan
bentuk.Menurut Zakaria Ali (1989), keris merupakan satu-satunya hasil ciptaan yang
membawa segal aunsur lambang yang amat diperlukan bagi mempertahankan maruah
orang Melayu. Elemen perlambagang juga terpapar dalam tekstil dan pakaian lama
orang-orang Melayu. Lambing memainkan peranan penting dalam seni tekstil Melayu
kerana ia berupa penyatuan antara isi dan bentuk yang mempunyai nilainya yang
tersendiri dari segi bentuk dan falsafahnya. Dari segi reka bentuknya ia adalah hasil
stailisasi benda-benda yang terdapat dari sekelilingnya. Contoh, nyata ialah penggunaan
motif pucuk rebung yang dipamerkan dalam bentuk dua dimensi yang terdapat pada
27

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

bahagian kepala kain sarung. Dari sudut falsafahnya, pucuk rebung mempunyai
hubungkait dengan pepatah Melayu berbunyi kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya yang membawa makna jika hendak membentuk anak-anak, ketika mereka
masih kecil. Disinilah terletaknya keunikan tekstil Melayu yang mempunyai falsafah dan
rahsianya yang tersurat.
f) Prinsip Bermakna
Sesuatu objek seni wujud secara intrinsik dan ekstrinsik. Ia menjadi dasar kepada
setiap penghasilan karya seni seperti anyaman,ukiran kayu, pembuatan keris dan
pembentukan huruf-huruf kaligrafi. Jika sesuatu karya seni yang bermakna tidak diambil
kira dan tidak difahami olehgenerasi muda maka kesenian itu akan hilang maknanya.
setiap karya seni perlu membawamakna tertentu seperti konsep sirih junjung membawa
makna pihak pengantin lelaki menjunjungkeperibadian pengantin perempuan.Motif
anyaman yang dihasilkan juga mempunyai makna-makna tertentu yang dikaitkan dengan
unsure-unsur alam Fauna dan flora yang terdapat disekeliling kita.Dari hasil anyaman
juga kita dapat melihat makna tersirat seperti corak hasilanyaman dari kaum peribumi
Sarawak.
4.2

Proses Penggarapan Idea

Proses penggarapan idea di dalam kesenian Islam merupakan tunjang yang penting. Motif
merupakan salah satu medium di dalam penggarapan idea. Dapat dilihat, di dalam kesenian
ini, motif yang digunakan adalah leibh kurang sama dan yang berbeza hanyalah penggunaan
nama pada motif tersebut.

Kebanyakan pengukir atau pengkarya menggunakan motif

berasaskan kepada flora dan fauna iaitu sebagai sumber alam. Sebagai contoh, sulur kacang,
daun sirih, bunga cengkih, pokok kopi dan sebagainya.
Selain daripada motif flora dan fauna, motif kaligrafi seringkali digunakan di dalam
ukiran. Tulisan-tulisan khat diukir dan dibingkaikan untuk menjadi perhiasan di rumah.
Motif kaligrafi digantung pada dinding-dinding masjid sebagai tanda memuji keagungan
Allah maha pencipta. Tulisan khat yang terdiri daripada pelbagai bentuk berupaya menghias
dinding-dinding masjid atau bangunan-bangunan yang berkonsep keislaman.

Keunikan

kaligrafi ini bermula dari tulisan biasa kepada tulisan khat yang bersambung dan dijadikan
perhiasan pada dinding dan dibingkaikan.

28

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

4.3

Proses Menafsir Data

Di dalam menafsir idea, setiap motif mempunyai maksud yang tersendiri yang berkaitan
dengan kehidupan bermasyarakat dan nilai keagamaan.

Menurut kajian yang dilakukan

dimana tidak diketahui penulisnya dalam artikel yang bertajuk Songket Adalah Seni Warisan
Asli Melayu ada menyatakan bahawa orang tua Riau mengatakan makna dan falsafah yang
terdapat di dalam motif bukan sahaja dapat meningkatkan minat orang yang menggunakan
motif tersebut tetapi juga dapat menyebarkan nilai-nilai yang terkandung dalam ajaran agama
Islam. Antara proses menafsir idea yang diperolehi ialah:
Motif arabes yang digunakan sebagai lubang angin pada rumah kediaman dan
bangunan kerajaan atau masjid membolehkan udara di dalam bangunan tersebut dikitar
supaya ia menjadi sejuk. Ini menjadikan keadaan selesa dan nyaman.
Seni anyaman seperti tudung saji yang dianyam rapat, digunakan untuk menutup
makanan yang dihidangkan dimeja untuk menggelakkan makanan dihinggap lalat atau semut.
Seni anyaman yang rapat, memerlukan ketelitian di dalam pengiraan dan anggaran
melibatkan matematik. Dari pandangan Islam, makanan yang dihidangkan perlu ditutup
supaya kebersihan makanan dapat dikekalkan. Ini membuktikan bahawa ada kesamaan di
dalam konsep Islam dan kehidupan masyarakat.
4.4

Pengaruh Dalam Memberi Makna

Seni ukiran yang menggunakan motif tertentu dapat memberikan maksud yang tersurat dan
tersirat. Di dalam ukiran, nilai kesabaran, kekemasan dan ketelitian perlu ada pada seorang
pengukir.

Berbekalkan dengan sifat sabar dan teliti, hasil ukiran akan menampakkan

kekemasan yang menampilkan keunikkan yang tersendiri.


Kelembutan membawa makna yang tersirat di sebalik pengaruh motif yang
digunakan.

Contohnya, di dalam seni anyaman, golongan wanita merupakan golongan

pelopor yang mahir dengan teknik menganyam.

Liuk-lentuk

tangan

yang

lembut

menjadikan hasil seni anyaman seperti tikar, bakul dan sebagainya dapat dihasilkan dengan
kemas. Di samping itu, kaum wanita juga cerdik di dalam mengadun warna ketika proses

29

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

menganyam kelarai dilakukan. Warna kontra yang dipilih mestikah sesuai dengan tema atau
motif yang dipilih supaya hasil nampak menarik dan unik.
Sifat kreatif juga membawa makna yang tersirat dalam menghasilkan sesuatu karya.
Contohnya, di dalam menggunakan motif geometri yang digabungkan dengan motif arabes,
kreativiti yang tinggi diperlukan dalam penyusunan yang tepat.

Penyusunan motif

memerlukan kemahiran yang tinggi supaya motif yang digunakan tidak akan bertindih dan
sesuai digunakan pada tempat-tempat tertentu. Perancangan yang teliti membolehkan motif
disusun dengan terancang. Secara tidak langsung, kraf yang sempurna dapat dihasilkan.
5.0

Falsafah Dan Makna Dalam Seni Kraf Ukiran Kayu Tradisional Melayu

Kefahaman mengenai falsafah dan motif seni ukiran kayu Melayu penting untuk dijadikan
panduan penganalisaan hasil seni ukiran kayu Melayu . Seni ukiran kayu mempunyai motif
yang lebih rumit dan kompleks berbanding dengan seni ukiran batu, tanah, perak, tembaga,
emas dan sebagainya. Amalan seni ini memerlukan peralatan yang banyak dan bermacam
macam jenis bentuk dan ukirannya. Seni ukiran juga adalah berbeza dengan seni pahatan.
Menurut Affandi (1976) dalam bukunya Sejarah Seni Rupa Indonesia seni ukiran kayu
Melayu termasuk di bawah kategori seni pahat, tetapi tidak semua hasil pahatan termasuk di
bawah seni ukiran kayu.
Seni ukiran kayu telah wujud seiring dengan reka bentuk seni rupa Melayu itu sendiri.
Seni rupa pula menggambarkan kewujudan bentuk 3 dimensi yang diselaraskan dengan
fungsi dan nilai estetika budaya tempatan. Ukiran kayu juga boleh didefinisikan sebagai seni
menyobek/ mengoyak permukaan papan atau bongkah kayu bagi mencorakkan sesuatu motif,
Tukang ukir akan melahirkan ilham yang timbul kepada satu jisim yang nyata berdasarkan
apa yang berlaku dalam kehidupan seharian seperti budaya, kepercayaan dan keagamaan,
pemikiran, sosial, alam persekitaran seperti flora dan fauna dan sebagainya. Terdapat juga
ukiran kayu yang menggambarkan peristiwa peristiwa penting seperti percintaan atau
pergaduhan (Ismail dan Ahmad, 2001). Seni ukiran kayu mengandungi beberapa elemen
untuk menjadikannya lebih berseni. Menurut Wan Mustapha (2009) elemen estetik, motif dan
falsafah adalah unsur utama yang membezakan sesuatu ukiran berseni atau tidak.

30

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Falsafah seni ukir kayu Melayu di Semenanjung Malaysia boleh dikatakan hampir
sama di semua negeri. Ini mungkin disebabkan pengukir-pengukir yang ada di setiap negeri
itu belajar daripada guru yang sama. Contohnya, seorang pengukir kayu yang terkenal dari
Besut, Terengganu iaitu Allahyarham Wan Su Othman telah menjadi tempat rujukan dan
pembelajaran dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat baik dari dalam mahu pun dari luar
negara. Pelajaran ini akan dibawa pulang diamalkan di tempat masing masing. Aliran ini
terus berkembang dan diperturunkan kepada anak beliau iaitu Wan Mustapha. Kemudian
jejak ini diikuti pula oleh anak Wan Mustapha iaitu Wan Qamar dan Wan Nurhakim.
Kini falsafah seni ukir Melayu di Semenanjung Malaysia banyak dipengaruhi oleh
ajaran agama Islam. Islam sebagai falsafah hidup masyarakat Melayu yang mempercayai
hanya satu Tuhan, iaitu Allah yang patut disembah, menjadi titik tolak ukiran kayu yang mula
dibuat berlandaskan ajaran agama Islam. Menurut Wan Su Othman, (1984) Falsafah ukiran
kayu Melayu boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Falsafah Ketuhanan dan Falsafah
Kemasyarakatan; malangnya banyak pengukir kayu Melayu kini tidak lagi menerapkan
falsafah ini dalam ukiran mereka. Falsafah ini bermula dengan cara kita memulakan awan
larat, istilah yang amat kerap muncul dalam penghasilan ukiran kayu Melayu. Gambar
dibwah adalah klasifikasi falsafah ukiran kayu Melayu yang pernah diamalkan.
Wan Su Othman menerapkan motif awan larat dalam ukiran kayu Melayu ke
bangunan dengan memetik imej awan berarak yang bergumpal dan terapung tiupan angin.
Menurut tafsirannya awan menurunkan hujan dan memberi manfaat kepada manusia dan
makhluk lain di bumi. Lakaran awan larat mempunyai konsepnya yang tersendiri. konsep
pada batang, merupakan satu gambaran perkembangan dan pertumbuhan alam itu sendiri.
Alam itu hidup, berkembang, membiak dan membesar dengan cabang cabang keturunannya
yang melata di bumi. Pertumbuhan dan perkembangan alam itu digambarkan oleh pengukir
Melayu di mana sifat dan bentuknya yang indah dirasai dengan akal dan hati. Ia merupakan
panduan hidup yang menggalakkan pencarian ilmu dan mengamalkan ilmu itu untuk
memberi manfaat kepada manusia lain dan sekaligus ketaatannya kepada Allah swt. yang
memberi ruang kehidupan ini.

31

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

Pola pemidang yang bermotif


bunga kuda laut.Sumber: Muzium
Negara (1974)

Ukiran yang bermotifkan Ayam


Berlaga.
Sumber:
Malaysian
Timber Industry Board (1990)

Awan Larat

Falsafah Ketuhanan

Falsafah Kemasyarakatan

Awan larat dimulai


dengan kepala kala
Awan larat beribu
Awan larat dengan punca
rahsia
Awan larat dengan punca
pasu
Awan larat dengan punca
tanah
Fa Awan larat dengan punca
air

Bahagian tumbuhan yang


tajam tidak menikam
bahagian lain tumbuhan
Batang muda perlu
tumbuh dibawah atau
dibelakang batang tua.
Sibardayang
Ruang
Lili tidak memaut kawan

Falsafah yang terlibat dalam ukiran kayu Melayu

32

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

6.0

Kesimpulan

Kraft tangan melambangkan jati diri rakyat Malaysia .Kraf tangan masyarakat peribumi ini
adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran mereka yang berkaitan dengan alam
Melayu.Sumber proses pembutan juga mudah didapati di persekitaranya.Namun keunikan
yang terserlah ialah pemikiran kreatif mereka dalam dalam mengolah dan mengubah
barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetika dan fungsi kraf tradisional
Melayu mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang
memerlukan daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang
mempunyai pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu
mempunyai hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu
Islam. Proses penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap
daripada kraf mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna,
geometri, arabes, abstrak dan sebagainya. Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti
haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya
berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan
hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh mewujudkan satu elemen pemujaan dan
tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada ciptaan asal
Dalam bidang seni, seni kraftangan dan tradisional Melayu mahupun bangsa lain
adalah di antara kandungan yang disenaraikan dalam kurikulum kebangsaan selain daripada
lukisan dan catan. Kandungan kurikulum seni memberi penegasan untuk identiti dan rupa diri
kebangsaan dalam struktur dan filosofinya. Bukan sahaja seni tetapi mata pelajaran lain
seperti sejarah, geografi, kesusasteraan telah direncanakan untuk memberi tumpuan kepada
kandungan tempatan. Tujuannya ialah untuk mengembangkan perpaduan kebangsaan dalam
masyarakat berbilang kaum dan kebudayaan di Malaysia di samping menekankan aspek
aksiologi keilmuannya kepada generasi muda, sistem pendidikan adalah untuk menerapkan
nilai-nilai petriotisme di samping menghargai tradisional dan budaya sendiri.
Saya bukan manusia yang dilahirkan lalu mempunyai ilmu pengetahuan. Namun saya
adalah menusia yang menggemari warisan budaya lama serta berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
33

HBAE 3103 KRAF TRADISONAL


EMIAS ANAK ANTURAN

(Konfucius : Lun Yu)


7.0

Rujukan

E-man, ( 2008 ), Siri Warisan Seni Kraf Anyaman, Cipta Publishing


Khairuddin Talib 2009, HBAE Kraf Tradisional, Selangor, Open University Malaysia
Leela R (1995). Pengajaran Pendidikan Seni: Memperkenalkan Kraf Tradisional. Kuala
Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Norwani Mohd. Nawawi, 2002. Songket Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.
Siti Zainon Ismail (1986).Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi.Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Zailani Yaacob & Azimah A.Samah, (2011). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual KBSM
Tingkatan 4&5. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd
.
Zakaria Alu (16-17 Jun 1993), Rupa dan Jiwa, Ceramah terbua di balai Senu Lukis Negara
Kuala Lumpur, Malaysia
Batik Dalam Perkembangan Seni Lukis Moden Malaysia (2009).[online]
Available: http://batik painting dan painting batik dalam perkembangan seni lukis
moden Malaysia. (27 Feb 2014)
Corak Dan Motif Songket.[online]
Available:http://ms.wikipedia.org/wiki/Songket#Corak_dan_motif(26 Feb 2014)
Motif Songket Bercirikan Orang Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?
y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive
(27 Feb 2014)
Mengenal Kraf Tradisional
http://www.slideshare.net/fairuzdavinci/mengenal-kraftangan-tradisional(27Feb 2014)
Tenunan Songket(2009).[online]
Available:http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html(8 March
2014)
Ukiran Kayu Tradisional
http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html (27 Feb 2014)
Warisan Buadaya Malaysia,Seni Halus.Batik
Available:http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.(10 Jan2014)

34