Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

,








Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi melahirkan rasa
kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hambahamba-Mu yang sentiasa bersyukur di atas nia`mat yang melimpah ruah
kepada kami .

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin
menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami
sebagai hambaMu yang Engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada
kami apa kiranya ilmuMu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan
hidayahMu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati
serta mengamalkannya.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan
minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami
mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat
martabat diri, keluarga,
masyarakat dan negara.




.

Anda mungkin juga menyukai