Anda di halaman 1dari 2

9 Tips Menghadapi Peperiksaan

Menghadapi peperiksaan
Sudahkah anda bersedia menghadapi peperiksaan? Bagaimana cara terbaik dan ciri
hebat menghadapi peperiksaan? Mungkin ada yang tertanya-tanya, tetapi sebenarnya ada banyak
cara untuk menghadapi peperiksaan, namun demikian saya ada sertakan 9 tips untuk sedikit
sebanyak membantu dalam persediaan terutama seminggu sebelum menghadapi peperiksaan.
1.Ulangkaji Pantas
Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita
membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh
dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan
subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan
membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh
walaupun ianya tidak terperinci.
2.Mengajar Orang lain
Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita
tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain.
Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan
kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu,
mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak
terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.
3.Semak Jadual
Jadual perlu disemak selalu kerana ia sangat penting. Sebelum menghadapi peperiksaaan belajarlah
mengikut jadual peperiksaan sebenar kerana ia memberikan asimilasi situasi serta kebiasaan
menggunakan minda pada tempoh-tempoh tertentu. Kadangkala mungkin anda tidak terbiasa
menjawab matematik pada waktu petang, maka membiasakan diri mengikut jadual peperiksaan
perlu untuk meningkatkan keupayaan otak menjawab. Ketika peperiksaan pula, ada baiknya jadual
di buat salinan dan sentiasa diperhatikan masa peperiksaan supaya kita tidak ketinggalan atau lewat
menduduki peperiksaan.
4.Bersedia Dengan Keperluan Peperiksaan
Anda tahu apa keperluan peperiksaan yang perlu dibawa? Jika tidak, segeralah bertanya kepada
guru anda. Keperluan ini amat penting bagi membantu anda menjawab soalan nanti, perkara seperti
alat tulis, geometri, mesin kira-kira perlu diibawa. Selain itu kelengkapan lain seperti kad pengenalan
slip peperiksaan juga perlu diambil perhatian.
5.Jauhi Dari Bercinta
Ada kajian merumuskan sindrom bercinta ini akan muncul apabila semakin menghampiri
peperiksaan. Untuk hari ini saya tak nak lah huraikan tentang kajian tersebut, mungkin lain kali kita
akan bincangkan. Untuk kali ini penting untuk kita sedari bahawa jangan biarkan diri kita dipengaruhi
oleh perasaan untuk bercinta semasa dekat peperiksaan. Hal ini kerana kajian mendapati perasaan
ingin disayangi akan terbit apabila diri rasa risau berpanjangan, kesunyian akibat dari peperiksaan
yang semakin hampir. Oleh kerana kerisauan berpanjangan tersebut menggalakkan pelajar untuk
mencari pengubat diri dengan bercinta.
Hakikat sebenar tindakan tersebut mengusik emosi seseorang sehinggakan emosi tersebut
mengosongkan ingatan anda dan membuatkan anda cepat lupa dan berkhayal menjawab soalan
ketika menghadapi peperiksaan nanti.

6.Mohon Maaf
Hampir peperiksaan cubalah menjadi orang yang baik, mohon maaf, buat baik dan restu dari Ibu
bapa serta guru anda. Hal ini penting kerana perbuatan anda itu mungkin akan dibalas baik apabila
anda sedang menghadapi peperiksaan nanti. Nampak tidak logik, tetapi ia ada kaitan dengan
psikologi apabila kita banyak memaafkan orang, berbuat baik dengan orang lain terutama ibu bapa
akan membuatkan kita rasa tenang hinggakan memberi ketenangan kepada otak supaya dapat
menyusun dengan baik maklumat-maklumat yang disimpan.
7.Jangan Terlalu Ketawa dan Berseronok
Apabila hampir peperiksaan, hati-hati dengan perasaan seronok anda. Kalau boleh, ketawa dengan
kuat serta berseronok melampau boleh menggalakkan pertukaran cecair kimia badan sehinggakan
penyusunan maklumat dalam fikiran akan terganggu. Tetapi jika anda senyum dan gembira secara
sederhana pula ia memberi kebaikan dengan merembeskan hormon yang memberi ketenangan.
8.Jaga Pemakanan
Makanan juga penting, anda mungkin tidak rela ulang ke tandas dan sudah tentu ia menggangu
kosentrasi anda ketika menghadapi peperiksaan. Makanan yang baik menjelang peperiksaan ialah
sayur berwarna putih seperti bunga kobis boleh meningkatkan daya ingatan serta kekacang. Anda
boleh rujuk sini untuk khasiat sayuran.
9.Berdoa
Akhir sekali dan penting ialah berdoa, berdoa penting kerana kita hidup didunia ini semuanya
ditentukan oleh pencipta. Segala usaha serta apa yang kita alami semuanya adalah pemberian
dariNya.
GOOD LUCK SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR 2014 !!!

Anda mungkin juga menyukai