Anda di halaman 1dari 1

PENGERTIAN SEJARAH

MENURUT PANDANGAN
SARJANA MUSLIM DAN BARAT
Pendahuluan
Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat
berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak
dapat dipisahkan dari rentetan kehidupan manusia masa
lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi
berterusan yang tiada penghujungnya.
Pada hakikatnya, kepentingan sejarah telah dinyatakan
dengan jelas dalam Al-Quran Al-Karim. Ulama telah
menganggarkan kira-kira satu perenam daripada AlQuran adalah terdiri daripada kisah-kisah sejarah. Salah
satu contoh ayat Al-Quran yang menyentuh tentang
sejarah yang disebut sebagai kisah adalah seperti
berikut: