Anda di halaman 1dari 4

1.

0 PENDAHULUAN
Dr Wendy Lim (2014) ada menyatakan bahawa dalam status negara yang bergerak dari sebuah
negara membangun menuju ke negara maju, penyakit di negara ini sudah mula mengalami simptomsimptom penyakit yang sama seperti di Barat. Statistik yang dikeluarkan dalam Kajian Kesihatan dan
Kematian pada 2011 menunjukkan satu per tiga rakyat Malaysia gemuk atau mempunyai berat
badan yang lebih, satu dari tiga mengalami kolestrol yang sangat tinggi, dan satu dari lima
mengalami penyakit kencing manis. Ini menunjukkan betapa peningkatan kadar kes ini perlu
dibendung bagi mencegah kepelbagaian penyakit yang mampu menjejaskan sistem tubuh badan
manusia.

Pelbagai kajian membuktikan bahawa pengliBatan aktiviti fizikal yang konsisten mampu
mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit berbahaya yang kronik sehingga mampu
mempawa ke arah kematian.

2.0 KONSEP DAN FUNGSI SISTEM TUBUH BADAN


Sistem tubuh manusia merupakan unit kolektif yang berfungsi merangkumi beberapa organ yang
saling bekerja dalam satu penyelarasan. Setiap organ ini mempunyai keperluan tertentu bagi
memenuhi fungsinya sebagai sebuah unit sistem tubuh badan manusia. Ini bermakna setiap organ
dalam sistem tubuh badan manusia memerlukan sokongan antara satu sama lagi bagi melaksanakan
fungsi yang tertentu.

3.0 KESAN AKTIVITI FIZIKAL TERHADAP SISTEM TUBUH BADAN DAN SUMBANGANNYA KEPADA
KESIHATAN DAN KECERGASAN
Amnya, aktiviti fizikal membawa kesan terhadap kesihatan dan kecergasan terhadap sistem tubuh
badan. Secara umumnya, kepentingan dan faedah aktiviti fizikal adalah tidak terbatas. Ia banyak
menyumbang dari segi kesihatan diri dan mental. Dari segi kesihatan diri, senaman dapat
mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti penyakit obesiti ( kegemukan ),
diabetes (kencing manis), hipokinetik (penyakit yang berkaitan dengan kekurangan aktiviti fizikal)
dan penyakit kardiovaskular (sakit jantung).

Dari segi mental pula, senaman dikatakan dapat meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan
diri seseorang selain dapat mengurangkan tekanan (stress) yang dialami. Jika aktiviti senaman
dilakukan di luar kawasan rumah, seperti di tepi tasik atau di taman, ia akan dapat melegakan fikiran
apabila kita melihat persekitaran yang segar dan hijau. Keadaan ini juga akan menghilangkan rasa
tekanan di dalam diri seseorang tambahan pula dapat menghirup udara yang segar di luar kawasan
yang sesak.

Ini boleh dilihat dari aspek tiga sistem tubuh badan yang dinyatakan iaitu daya tahan kardio
respiratori bagi sistem kardiovaskular, daya tahan, kekuatan dan fleksibiliti terhadap sistem otot
rangka dan peningkatan terhadap komposisi badan dalam sistem tenaga.

3.1 Daya Tahan Kardiorespiratori

Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan kardiovaskular adalah merupakan keupayaan


seseorang untuk melakukan tugas berat secara berterusan bagi satu jangka masa yang panjang.

Ia juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu keupayaan sistem peredaran dan
respiratori untuk penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti fizikal seperti berlari,
berjalan laju, berbasikal, berenang dan sebagainya (Nieman, 2003).

Aktiviti fizikal boleh meningkatkan tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat
mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung, diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser
yang tertentu (Larsen, George, Alaxender, dan Fellingham, 2002).

Pate (1991) menyatakan bahawa terdapat hubungan yang konsisten antara pengukuran
dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Melalui ujian dan pengukuran, tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dapt dikenal pasti
dan cadangan latihan fizikal yang bersesuai dapt dicadangkan. Ia boleh dijadikan motivasi untuk
peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk
pengesanan penyakit (Miller, 1994).

3.2 Daya Tahan dan Kekuatan Otot

Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan otot menghasilkan daya submaksimum yang
berulang-ulang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu
jangka masa yang panjang.

Komponen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada
intensiti yang rendah. Skipping juga adalah antara senaman ringkas dan mudah yang boleh
anda lakukan pada bila-bila masa sahaja.

Anda hanya memerlukan seutas tali skipping dan ruang yang mencukupi. Walaupun agak
mudah tetapi manfaat yang bakal anda perolehi daripada skipping hampir sama dengan
jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan
lemak dalam badan anda.

Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot
menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen ini merangkumi aktiviti yang
melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada intensiti yang tinggi. Fox dan Mathews (1981)
menjelaskan bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau sekumpulan otot dalam mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya atau kerja.

OShea (1976) menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi otot rangka dan
keupayaannya menghasilkan daya atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa terdapat kesan
yang positif terhadap peningkatan kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap aktiviti
sukan.

3.3 Komposisi badan

Komposisi badan merujuk

perkadaran jumlah lemak

badan dengan berat

tanpa

lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih baik berbanding berat

badan. Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.
Komposisi badan adalah salah satu komponen kecergasan yang penting.

Manusia yang mempunyai komposisi badan yang optimum tampak sihat, bergerak dengan
lebih efisien dan berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Untuk mencapai kesejahteraan, kita
mesti menetapkan tahap komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan berusaha untuk
mencapai dan mengekalkan tahap komposisi badan yang optimum.

4.0 RUMUSAN
5.0

Anda mungkin juga menyukai