Anda di halaman 1dari 1

Hari ini negara digemparkan dengan peristiwa sedih dan duka akibat kehilangan pesawat MH370.

Namun, amat menduka citakan sekali apabila konsert Future Music Festival Asia (FMFA) telah
berlangsung baru-baru ini tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat yang saat ini mengkhuatiri
kehilangan pesawat MH 370.
Bertambah malang lagi apabila konsert tersebut telah mengorbankan 6 nyawa penonton akibat
pengambilan dadah dan alkohol secara berlebihan. Ini adalah suatu kerugian kepada masyarakat
terutamanya golongan belia yang seharusnya didedahkan dengan program-program yang berunsurkan
pembinaan jati diri dan rohani.
Kecenderungan golongan belia kepada hiburan yang melampau memberi kesan yang buruk kepada
masa depan negara kerana mereka adalah pewaris kepimpinan negara pada masa hadapan. Konsert
yang telah berlangsung baru-baru ini jelas menunjukkan suatu petanda yang negatif kepada
pembentukkan jati diri golongan belia hari ini.
Sikap penganjur yang tidak melihat kepada sensitiviti isu ini seharunya diambil tindakan penuh oleh
Kementrian Belia dan Sukan untuk menangani masalah ini daripada terus berulang. Penganjuran konsert
hiburan seperti ini sudah tentu sahaja membuka ruang kepada masaalah sosial dalam kalangan belia.
Hari ini kita sudah cukup digemparkan dengan kes-kes zina, buang bayi, rogol, bunuh dan sebagainya.
Apakah telah berlakunya kebuntuan terhadap penyelesaian masalah seperti ini sehinggakan penganjuran
konsert hiburan tidak pernah di ambil tindakan?
Sikap segelintir pihak yang ingin mencari populariti dengan menganjurkan program-program hiburan
melampau seperti ini tidak selayaknya mendapat tempat di mata masyarakat. Apakah motif sebenar dan
pencapaian yang ingin dicapai melalui penganjuran program seperti ini?
Adakah kesan akhir daripada penganjuran program hiburan seperti ini dapat mengeluarkan belia
daripada kemelut gejala sosial yang tidak berkesudahan? Atau adakah ianya menambahkan kekusutan
dan kecelaruan terhadap gejala sosial dalam kalangan belia?
Ini adalah persoalan yang perlu dijawab oleh pihak penganjur mahupun pihak kementerian.

Anda mungkin juga menyukai