Anda di halaman 1dari 44

PKB 3113

ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS


PENGHARGAAN
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya tujukan kepada semua pihak yang
dikasihi. Terlebih dahulu, saya ingin merangkapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat sepanjang proses Saya menyiapkan tugasan ini. Saya berasa
berbangga dan berbesar hati kerana dengan usaha yang gigih, dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan. Berdasarkan pengalaman semasa semester yang lalu telah banyak
mematangkan saya dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan.
Jutaan kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan kerana memberi kesihatan yang
berpanjangan sepanjang tempoh Saya menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya
tujukan kepada ibu bapa saya sendiri kerana sentiasa memberi semangat dan kata-kata
perangsang sepanjang menjalani tugasan harian dan lebih-lebih lagi dalam melaksanakan
tugasan kerja kursus yang diberikan seperti ini. Jutaan terima kasih khas ini saya tujukan
kepada pensyarah dari pembimbing,Pn.Hajah Satariah bt. Kamis kerana telah banyak
membantu dan memberi tunjuk ajar yang sewajarnya agar tugasan ini mencapai objektif
yang sebenar dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Seterusnya, jutaan terima kasih saya tujukan kepada pihak Perpustakaan Institut
Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana banyak membantu saya dalam mendapatkan
maklumat yang lengkap mengikut ruangan bahan rujukan dalam melaksanakan tugasan ini.
Tanpa bantuan pihak perpustakaan maka tidak dapatlah saya melengkapkan tugasan ini
sepenuhnya. Selain itu, terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang terlibat
secara langsung atau tidak langsung semasa menyiapkan tugasan ini. Justeru itu, saya
berharap tugasan seperti ini dapat diteruskan bagi memahirkan saya dalam membudayakan
nilai kerjasama dalam kalangan rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah.

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
1.0)

PENGENALAN
Program Pendidikan Khas adalah salah satu usaha dan solusi bagi menyelesaikan

masalah yang berlaku ke atas murid yang mengalami kesulitan dan kesukaran dalam
pembelajaran dan menguasai sesuatu kemahiran terutamanya dalam kemahiran membaca,
menulis dan juga mengira. Pendidikan khas adalah sebagai satu cara untuk membantu
murid-murid yang tidak bernasib baik ini untuk mendapat pendidikan yang sama rata seperti
murid-murid di aliran perdana yang lain. Pendidikan khas tidak sama dengan pengajaran
yang lain dan berbeza cara dalam penyampaian ilmu kepada murid-murid khas ini. Guru
yang mengajar juga mempunyai latihan yang tertentu dan terlatih supaya boleh mengikut
rentak yang bersesuaian dengan tahap bagi membantu membetulkan kekurangan yang ada
pada murid-murid ini.
Oleh hal yang demikian, timbul isu-isu berkaitan dengan Pendidikan Khas yang
melibatkan guru dan juga pihak-pihak yang berkaitan. Isu-isu ini kadangkala mengganggu
perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran guru dan juga murid Pendidikan Khas itu
sendiri. Antara isu yang sering dilihat dan berlaku dalam Program Pendidikan Khas ini
melibatkan Guru Pendidikan Khas, Murid Pendidikan Khas, pihak atasan atau pentadbir
sekolah, peruntukan dan dana yang diberi, bahan bantu belajar yang bersesuaian,
penglibatan ibu dan bapa dan kemudahan fizikal yang disediakan.
Dalam dunia pendidikan pada hari ini, terdapat banyak isu-isu yang diketengahkan
samada melalui media cetak dan elektronik serta media massa. Pendidikan di Malaysia juga
tidak terkecuali namun tidak ramai yang tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang isu-isu
yang terdapat dalam pelaksanaan program Pendidikan Khas di sekolah. Oleh itu, setiap dari
kita perlu segera membuka mata dan minda supaya kita dapat memberikan tumpuan
sejenak untuk menyelami duania kecil pendidikan di Malaysia iaitu Pendidikan Khas.

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
2.0)

SEJARAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS.

Bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an dalam kalangan


sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah
atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.

1948 Pendidikan khas formal bermula dengan tertubuhnya Sekolah


Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanakkanak buta.

1954 Sekolah Persekutuan kanak-kanak Pekak telah ditubuhkan di


Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak

S
1978 Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah dalam
2.1)

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap


umurnya)

1988 Program untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran baru


bermula apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.

Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan


kanak-kanak buta, pekak dan bermasalah pembelajaran

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya
penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan
pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan
tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk
kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan
di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar
lembam(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap
umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanakBermasalah
Pembelajaran baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian
Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,Kuala Lumpur.
Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan
kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas
dibarat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian.
Namun,berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih
cepat dan maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda
dapat membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di
Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta
Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang20 tahun lebih awal
daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan
serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas,
peranan undang- undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk
membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum
perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di Britain.Perkembangan
Pendidikan Khas di Amerika Syarikat.Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen)
Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta
Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act).
Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan
4

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang
perkembangan intelek mereka.
Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri
daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi
keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui
undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan
kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimanapun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak
itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam
kelas khas. Setiap sekolah disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.Pada tahun
1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggilAkta Pendidikan
Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,Public Law 94-476) atau
lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang ini menunjukkan betapa penting hak
orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah: Penyediaan pendidikan
percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanak-kanak berkeperluan
khas (Provide a free and appropriate public education).
Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanak-kanak khas
terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil
daripada

sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan

kanak-kanak ini.Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang


tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive
environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam
bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanak-kanak khas boleh
belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa.Pendidikan
bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif Kanak-kanak khas dilindungi
daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan (Protection
against discrimination in testing).
Penilaian

pendidikan

dilaksanakan

dalam

pelbagai

cara.

Namun

dengan

terlaksananya undang-undang ini,penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil


kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan
atau kekurangan mereka.Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan
perkembangan pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa
yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan
menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan
penumpuan sebelum ini.
5

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru
pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid
khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru
merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa
tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan
kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam
pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu
bapa,kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid
khas.Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan.
Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang
upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikat
mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta,kecelaruan
emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA,kini program
intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang upaya dan
pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima
pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai
pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing masing yang
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurangupaya yang belajar dalam kelas atau
bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA
dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan
khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk
semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak
mereka.
Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak
dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak
berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan
khas disesetengah negara lain.Perkembangan Pendidikan Khas di Britian Pada tahun 1974,
Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan
mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978
banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain.
Walaupun cadangan-cadangan yang di kemukakan dalam laporan itu tidak dilaksanakan
serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan
cadangan-cadangan yang dikemukakan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahuntahun berikutnya.
6

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanak
berkeperluan

khas

adalah

berasaskan

kepada

pengasingan

iaitu

kanak-kanak

berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep
percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang
dikenali sebagai integrasi atau inklusif diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif
menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa
dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan
sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam
melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989
(Childrens Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan
yang ditekankan.Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan
khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep
kolaboratifiaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan
khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat
diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat
penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.
Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai
kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.Keduanya,
konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan
konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan
kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.Kedua-dua akta (Akta Pendidikan
1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam
Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang
berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan
oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
3.0)

PERBANDINGAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


Perbandingan program pendidikan khas di antara sekolah/swasta dengan penubuhan

bukan kerajaan adalah :

Tenaga Pengajar

Bangunan Belajar

Kurikulum

Jumlah Pelajar

SEKOLAH

PENUBUHAN BUKAN

Guru-guru yang terlatih di

KERAJAAN
Tenaga pengajar yang tidak

dalam pendidikan khas

terlatih. Kebiasaannya

melalui KPM, BPG.

sebagai seorang

Proses PdP dijalanakan di

sukarelawan
Proses PdP dijalankan di

sekolah-sekolah yang

sebuah tempat yang disewa

mempunyai kelas pendidikan

khas.

khas
Menggunakan kurikulum

Menggunakan kurikulum

yang digariskan oleh pihak

sendiri

KPM
Tidak melebihi daripada 8

Terpulang kepada pihak

orang pada setiap kelas

pentadbiran

3.1)
Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas
Selain Kementerian Pendidikan,Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi , persatuan, dan badan-badan sukarelawan. Badan Bukan Kerajaan atau
NGO ( Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat
dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa
Orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti
dilaksanakan bagi menyedarkan masyarakat dan ibu bapa tentang hal-hal yang
berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut,bilangan
kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru
pendidikan khas telah bertambah,yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak
terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini.
Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas
ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik.

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
( Spastic Childrens Assocation ) yang menyediakan intervensi awal
untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari
Yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas tentang kemahiran hidup
serta kemahiran social.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa
Yang terlibat dengan intervensiawal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun
serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis
( Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan
kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kanak-kanak di bawah 6
tahun. Kini yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanakkanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

4.0)

ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Bahasa
dan
Komunik
asi

Ujian
Pentaksira
n dan
Penilaian

Guru
Pendidik
an Khas
Murid
Pendidik
an Khas

isu-isu

Pengliba
tan Ibu
Bapa

Kemudahan
dan
Prasarana
Perlabelan,
Pengasinga
n dan
Stigma
Masyarakat

4.1)

Strategi
Pengajara
n dan
Pembelaja
ran

Dana
dan
Kewanga
n

Guru Pendidikan Khas

Jika dilihat dari isu Guru Pendidikan Khas dan antara yang paling popular pada masa
kini di mana ada di antara sekolah yang tidak mempunyai Guru Pendidikan Khas yang
10

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
terlatih khusus untuk mengajar murid-murid istimewa ini. Walaupun sekolah itu mempunyai
Program Pendidikan Khas, namun terdapat guru yang ditempatkan di program ini tidak
mempunyai kelayakan dan latihan serta kepakaran dalam Pendidikan Khas. Isunya di sini,
guru hanya masuk sekadar untuk memenuhi masa tanpa diisi dengan pelajaran yang
sepatutnya diperoleh oleh murid-murid khas ini berdasarkan sukatan pelajaran.
Sedikit membantu guru ini memahami proses sebenar untuk mengajar murid-murid ini
adalah dengan menghadiri kursus yang berkaitan dengan Program Pendidikan Khas.
Kursus-kursus yang dijalankan akan membantu guru-guru yang tiada dalam kepakaran
faham dengan dunia dan realiti Pendidikan Khas yang sebenar.
Ada sesetengah guru aliran perdana di sesebuah sekolah yang tidak faham dengan
tugas sebenar guru-guru Pendidikan Khas ini. Mereka ini beranggapan bahawa Guru
Pendidikan Khas tidak dibebani dengan tugas-tugas yang berat seperti guru aliran perdana.
Oleh yang demikian, Guru Pendidikan Khas ini diberi tugas seperti menggantikan kelas
untuk kelas-kelas yang ketiadaan guru kerana menghadiri perkara yang lebih penting dan
juga memikul tugas-tugas bukan mengajar menyiapkan padang sekolah untuk hari
kejohanan sukan, mengecat, membaiki peralatan dan sebagainya yang tidak berkaitan
dengan kerjaya seorang guru.
Isu lain yang dilihat dalam Pendidikan Khas adalah sebilangan guru yang tidak berminat
dan tidak mempunyai komited untuk mengajar murid Pendidikan Khas ini. Masalah ini
berlaku mungkin disebabkan bidang ini dipilih sebagai jalan terakhir mereka untuk
mendapatkan pekerjaan dan sebagai meningkatkan taraf hidup yang lebih baik. Namun, hal
ini akan memberi kesan kepada murid-murid Pendidikan Khas yang sepatutnya mendapat
hak yang lebih baik dalam memperolehi ilmu untuk memajukan diri mereka ke arah yang
lebih baik kerana ada ibu atau bapa yang sanggup menghantar anaknya ke sekolah dengan
menaiki basikal walaupun jarak antara rumah dengan sekolah jauh bagi mendapatkan
sesuatu apabila pulang ke rumah. Oleh itu, guru sepatutnya memberi ilmu yang terbaik
kepada murid tersebut.

4.2)

Murid Pendidikan Khas

11

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Isu yang sering berkaitan dengan Pendidikan Khas adalah strategi dan penempatan
murid-murid khas untuk mengikuti Program Pendidikan Khas yang mana program ini sahaja
yang membantu mereka untuk maju dalam kehidupan mereka. Isu ini seringkali dilihat
berkaitan dengan penempatan seseorang murid itu. Sebagai contoh, ada murid yang tinggal
berdekatan dengan sekolah namun tiada program Pendidikan Khas yang dibuka di sekolah
tersebut. Menjadi satu masalah kepada murid itu untuk mengikuti pembelajaran di sekolah
yang agak jauh jaraknya. Ini kerana bukan semua ibu bapa yang sanggup dan mampu untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang agak jauh lokasinya dari tempat tinggal
mereka. Selain lokasi yang agak jauh, tahap kesihatan ibu bapa atau murid khas itu sendiri
turut mempengaruhi.
Setiap murid itu juga, mempunyai perbezaan dari segi penyesuaian diri mereka di
tempat-tempat tertentu. Ini boleh mendatangkan masalah kepada guru yang ingin
menjalankan proses pengajaran sekiranya murid tersebut tidak dapat menyesuaikan diri di
tempat baru contohnya keadaan yang memungkinkan murid lebih gemar untuk keluar dari
kelas kerana terdapat bunyi yang menarik perhatian mereka seperti bunyi helikopter dan
kapal terbang. Masalah ini tidak termasuk lagi dengan kecacatan yang dihadapi oleh setiap
murid yang memerlukan keselesaan semasa belajar. Sesetengah tempat yang diberi
sebagai penempatan mereka sebagai tempat belajar tidak bersesuaian dengan masalah
mereka.
Terdapat program Pendidikan Khas yang berhampiran dengan jalan raya yang
berkemungkinan besar murid yang mengalami masalah hiperaktif akan berlari keluar tanpa
pengetahuan guru dan juga Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Tanggungjawab sebagai
guru Pendidikan Khas bukanlah untuk mengawal murid sepenuhnya seperti di pusat asuhan
tetapi untuk mendidik murid-murid ini mendapat ilmu seperti murid-murid dalam aliran
perdana walaupun tahap murid-murid ini sangat lemah dan rendah kognitifnya.

4.3)

Strategi Pengajarandan Pembelajaran


12

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) turut berbeza bagi murid-murid
khas. Ini kerana mereka mempunyai masalah yang berlainan antara satu sama lain.
Terdapat sebuah sekolah mencampurkan murid-murid ini dalam satu kelas untuk belajar
sedangkan setiap murid memerlukan aktiviti P&P yang berlainan kerana individu istimewa ini
mempunyai jangka masa fokus yang sangat pendek.
P&P boleh dijalankan dan dilaksanakan sama ada secara individu atau berkumpulan.
Bagi guru-guru Pendidikan Khas, pengajaran yang dijalankan sangat berbeza dengan murid
yang berada di kelas perdana. Di kelas perdana murid-murid mudah dan boleh mendengar
kata serta kurang masalah tingkah laku jika hendak dibandingkan dengan murid-murid di
Pendidikan Khas. Pengajaran yang dijalankan secara individu bakal mengundang perasaan
iri hati murid-murid yang tidak diberi perhatian oleh guru seperti yang diberi kepada rakan
mereka. Ini boleh membawa kepada masalah tingkah laku di mana mereka membuat
perkara-perkara negatif yang boleh menarik perhatian guru.
Bagi pengajaran berkumpulan pula, bakal mendatangkan kebosanan kepada muridmurid dan mungkin hanya seorang dua murid sahaja yang memberi perhatian kepada apa
yang sedang guru ajarkan di hadapan kelas. Isu lain sekiranya mengajar secara
berkumpulan, murid yang berada dalam kumpulan lain memberontak untuk turut sama
melaksanakan aktiviti yang dijalankan pada kumpulan yang satu lagi. Mereka tertarik untuk
bermain atau melaksanakan aktiviti yang lebih menarik di situ.

4.4)

Kemudahan dan Prasarana

Seterusnya, kemudahan dan prasarana yang disediakan untuk kegunaan muridmurid khas. Sering kali kita lihat Program Pendidikan Khas dilihat sangat daif dan terletak di
kawasan belakang sekolah jika dibandingkan dengan murid-murid aliran perdana yang
berada di bangunan yang cantik dan cukup kemudahan prasarana seperti alatan elektrik
seperti kipas, lampu, papan hitam atau papan putih, kerusi meja dan lain-lain prasarana
yang disediakan untuk memberi keselesaan murid semasa belajar. Namun, tidak bagi muridmurid khas di mana prasarana yang diberi menggunakan prinsip asal ada kerana mereka
dianggap tidak belajar secara serius di dalam kelas dan belajar bukan untuk berjaya dalam
peperiksaan.

Kerusi atau alatan yang masih dan boleh digunakan akan ditempatkan dan diberi
kepada program pendidikan khas untuk digunakan. Kebiasaannya juga, kelas Pendidikan
13

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Khas akan dihias dan dicantikkan sendiri oleh guru-guru Pendidikan Khas seperti mengecat,
menampal bahan bantu belajar, mengindahkan kawasan dengan menanam pokok-pokok
bunga dan sebagainya.
Isu kemudahan fizikal untuk murid-murid khas adalah isu biasa kita dengar dalam
Pendidikan Khas. Bukan semua sekolah diberi kemudahan fizikal yang selesa lebih-lebih lagi
untuk setiap murid khas yang belajar di sekolah tersebut. Kemudahan fizikal yang biasa
diberikan adalah kemudahan kerusi roda bagi murid yang tidak boleh berjalan dan juga
kemudahan tandas untuk OKU dengan menyediakan kepelbagaian kemudahan.
Namun,semua ini tidak disediakan selengkapnya terutama sekolah-sekolah luar bandar.
Daripada pengalaman melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan juga praktikum,
tandas bagi OKU kurang diberi perhatian memandangkan dan wang yang diperuntukkan
juga tidak mencukupi. Kadangkala mencukupi tetapi disalahgunakan oleh pihak lain untuk
program yang dikatakan lebih penting dan bermanfaat.

4.5)

Dana dan Kewangan

Program Pendidikan Khas telah diberi dana yang secukupnya untuk digunakan
sebagai keperluan membeli alatan terapi mahupun alatan bahan bantu belajar mereka
sebagai bantuan mereka untuk belajar. Namun, dana dan kewangan yang diberikan
kadangkala tidak mencukupi dan setaraf dengan nilai yang diberikan. Ini kerana pihak
atasan yang memegang dana tersebut dan atas persetujuan pihak atasan sahaja dana
tersebut boleh dikeluarkan untuk digunakan. Penyelaras ataupun guru Pendidikan Khas
tidak

diberi tugas unutk memegang dana tersebut yang menyebabkan kadangkala

disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak faham dengan keperluan
Pendidikan Khas.
Isu kewangan yang berkaitan dengan elaun murid-murid khas sering disalahgunakan
oleh ibu bapa. Akibat dari tabiat negatif sebilangan ibu bapa ini terdapat murid yang tidak
membayar yuran atau tidak dapat menyelesaikan bayaran bagi mengikuti program-program
yang dianjurkan di sekolah.

Dari segi pemerolehan elaun guru-guru Pendidikan Khas yang menarik perhatian
guru aliran perdana yang menyebabkan daripada permohonan guru aliran perdana ke aliran
14

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
pendidikan khas mampu menjejaskan kualiti pengajaran kerana tidak mempunyai kemahiran
dan tidak terlatih untuk mengajar dalam Pendidikan Khas.
Bajet yang tidak memcukupi juga menyebabkan banyak alatan dan kemudahan fizikal
tidak dapat disediakan dan program-program yang dirancang tidak dapat dijalankan dengan
lebih banyak dan mengakibatkan murid akan ketinggalan dan tidak berpeluang untuk merasa
keseronakkan kerana hanya mengikuti P&P di dalam kelas sahaja.

4.6)

Perlabelan, Pengasingan dan Stigma Masyarakat

Isu seterusnya adalah isu pelabelan dan isu pengasingan di mana murid-murid
Pendidikan Khas dan murid-murid di aliran perdana tidak akan disatukan dalam satu-satu
program atau aktiviti yang dijalankan di sekolah. Ini sangat ketara apabila pihak sekolah
menjalankan sesuatu aktiviti seperti aktiviti kejohanan sukan sekolah yang melibatkan
semua murid. Apabila dikatakan melibatkan semua murid, sepatutnya murid aliran perdana
mahupun Pendidikan Khas harus sama-sama merasai kemeriahan kejohanan tersebut.
Tetapi sebaliknya pula berlaku di mana, murid Pendidikan Khas adakalanya sengaja
dicutikan oleh pihak sekolah supaya tidak menganggu perjalanan kejohanan dan
kebanyakkan murid-murid ini tidak terlibat dengan acara-acara yang dipertandingkan. Muridmurid ini adalah warga sekolah yang sepatutnya dilayan seperti murid-murid yang lain juga.
Selain itu, murid khas juga diasingkan dari untuk sama-sama mengambil hadiah
semasa hari anugerah cemerlang yang memberi penghargaan kepada murid-murid sekolah
yang telah berjaya mendapat tempat terbaik di dalam kelas mahupun mata pelajaran.
Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, murid-murid tidak akan terlibat untuk sama-sama
naik ke pentas untuk mendapatkan hadiah hasil usaha mereka yang tidak seberapa namun
boleh dibanggakan sepanjang tahun mereka bergelar murid di sekolah itu.
Sesetengah pentadbir, tidak mahu mereka terlibat yang mana bakal mencacatkan
suasana dengan tingkah laku mereka yang boleh mengganggu lebih-lebih lagi jemputan
yang hadir mungkin dari bahagian-bahagian sektor atau jabatan yang terhormat. Hal ini
sangat-sangat mendukacitakan kerana murid-murid ini turut mempunyai hak untuk merasa
gembira terutama semasa mendapat hadiah daripada hasil usaha mereka.

Hasil dari pemerhatian saya juga, isu yang akan tetap ada di mana-mana sekolah
yang mempunyai program Pendidikan Khas adalah waktu rehat yang diasingkan dengan
15

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
murid-murid aliran perdana. Mereka seolah-olah tidak diberi peluang untuk bergaul sesama
rakan sebaya dan melahirkan komunikasi positif antara murid-murid lain yang berada dalam
satu keluarga besar di sekolah.
Aktiviti kokurikulum juga dijalankan secara berasingan dan semua murid khas akan
diletakkan dalam satu persatuan yang sama iaitu Unit Beruniform Pengakap. Murid-murid ini
akan bergaul antara mereka sahaja dan kepelbagaian dalam persatuan pakaian seragam
tidak wujud. Mereka hanya mengenal satu pakaian seragam iaitu pengakap.
Murid-murid khas ini, telah diberi label bagi sesetengah pihak yang mungkin tidak
memahami apa sebenarnya Pendidikan Khas dan murid serta pihak yang berada di
sekeliling murid-murid ini. Murid-murid ini sering dilabelkan dengan penerima tegar
sumbangan atau zakat terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan bulan
puasa di mana jamuan-jamuan berbuka puasa dan seangkatan dengannya adalah dipenuhi
dengan tetamu-tetamu ini yang diundang untuk menikmati hidangan yang dijamukan oleh
pihak-pihak tertentu. Label ini seolah-olah telah melekat kerana mereka ini dianggap
kebanyakannya lahir dari keluarga yang susah dan berpendapatan kurang dan tidak
bernasib baik.
Selain itu, murid khas ini juga dianggap sebagai murid yang tidak dapat menguruskan
diri mereka sendiri dengan baik. Murid-murid ini sering dipandang rendah oleh masyarakat
bahawa mereka ini tidak tahu apa-apa mengenai kehidupan.
Isu sistem sosial yang telah bersarang lama dalam sistem persekolahan di mana muridmurid ini sering dipandang jelek oleh sesetengah pihak dan menyusahkan orang lain. Stigma
masyarakat telah disetkan dalam pemikiran bahawa murid-murid ini tidak layak untuk berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah bersama-sama mereka. Seolah-olah murid-murid khas
ini bakal menyempitkan pemikiran sesiapa sahaja yang terlibat dengan Pendidikan Khas.

4.7)

Penglibatan Ibu Bapa


16

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Penglibatan ibu bapa yang kurang turut menjadi isu dalam Pendidikan Khas. Ibu
bapa hanya meletakkan harapan kepada guru untuk membentuk anak-anak mereka yang
sudah sedia maklum bukanlah dari golongan normal. Ibu bapa sepatutnya menjadi
pendamping murid-murid ini kerana ibu bapa paling rapat dengan insan istimewa ini.
Apabila anak mereka ini dibawa keluar dari sekolah oleh guru untuk mengikuti aktiviti
seperti pertandingan boling, aktiviti perkhemahan dan sebaginya, ada sebilangan ibu bapa
yang meradang akibat murid lewat pulang ke sekolah yang mengganggu masa ibu bapa
untuk mengambil anak yang terlibat dengan program tersebut. Ibu bapa ini tidak sedikit pun
berterima kasih kepada guru yang membawa anak-anak keluar dari kepompong kelas
mereka supaya diberi hak untuk sama-sama merasa aktiviti yang dijalankan seperti rakanrakan mereka yang normal di luar sana.
Apabila perjumpaan bersama waris diadakan bilangan yang hadir tidaklah seperti
yang dijangkakan kecuali perjumpaan itu melibatkan pengagihan sumbangan wang atau apa
saja bentuk kepada anak-anak mereka, barulah ibu bapa ini hadir untuk menerima yang
dikatakan hak anak-anak mereka.
Sesetengah ibu bapa tidak dapat dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka
dilahirkan sebagai insan yang istimewa di atas muka bumi Allah ini. Bagi mereka yang tidak
dapat menerima hakikat, murid-murid ini akan diberi tanggungjawab sepenuhnya kepada
guru untuk membentuk dan mendidik. Selain itu, ada juga murid yang tidak dipelihara oleh
ibu bapa tetapi oleh keluarga terdekat yang sanggup untuk memelihara.
Ibu

bapa

juga

kurang

mengajarkan

anak-anak

mereka

tentang

kepentingan

menguruskan diri terutama membuang air besar, air kecil dan lebih menyedihkan lagi bagi
murid-murid perempuan yang datang haid. Mereka tidak didedahkan dari rumah asas
kebersihan dan menggunakan keperluan yang bersesuaian semasa kedatangan haid. Ini
bakal mengganggu urusan guru semasa P&P dan murid-murid lain.

4.8)

Ujian Pentaksiran dan Penilaian


17

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Ujian pentaksiran yang dijalankan terhadap murid Pendidikan Khas adalah isu yang
turut menjadi masalah kepada program Pendidikan Khas. Kebanyakkan ujian yang diberi
kepada murid tidak diteliti terlebih dahulu sebelum diberikan kepada murid untuk dijawab.
Secara tidak langsung, bagi murid yang belum menguasai kemahiran dalam ujian diberi tidak
akan menjawab soalan tersebut dan hanya membiarkannya kosong tanpa jawapan. Masalah
ini tidak hanya memberi kesan kepada murid tetapi yang lebih besar adalah kepada guru
yang mana tidak dapat mengesan kebolehan dan juga kelemahan murid itu dalam satu-satu
tajuk dan kemahiran yang dipelajari.
Ujian biasanya diberi hanya untuk memenuhi langkah seterusnya untuk murid-murid
selepas proses P&P dijalankan bagi mengukur tahap murid-murid dan kebanyakkan markah
yang diperolehi tidak melambangkan keadaan sebenar murid. Ini kerana sebilangan besar
murid akan dibantu oleh guru semasa menjawab ujian supaya murid dapat menjawab soalan
ujian yang diberi.

4.9)

Bahasa dan Komunikasi

Isu yang biasa berlaku semasa program Pendidikan Khas juga adalah di mana
bahasa yang diguanakan oleh murid-murid semasa di sekolah kurang difahami oleh guruguru terutama bagi murid ynag baru masuk dan terlibat dengan program Pendidikan Khas.
Kebanyakkan murid yang dihantar ke program Pendidikan Khas tidak dapat bertutur dengan
baik dan sukar untuk difahami oleh guru. Ini boleh mendatangkan masalah kepada guru
sekiranya murid hanya menunjukkan tanda tanpa bercakap yang tidak difahami oleh guru
mereka. Keadaan akan bertambah buruk sekiranya petanda itu adalah tanda menunjukkan
dalam keadaan bahaya atau tidak baik.

5.0)

CADANGAN TERHADAP ISU-ISU

18

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Kepelbagaia
n
Kopentensi
Murid

Pengliba
tan Ibu
Bapa

Strategi
Pengajara
n Dan
Pembelaja
ran

cadangan

Dana
Dan
Kewanga
n

Pelabelan
Terhadap MuridMurid Pendidikan
Khas

5.1)

Kemudah
an Dan
Prasaran
a

Guru Pendidikan Khas


19

Guru
Pendidika
n Khas

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Bagi menyelesaikan masalah dan isu yang timbul berkenaan dengan guru
Pendidikan Khas, saya mencadangkan sekolah yang membuka Program Pendidikan Khas
perlu menempatkan guru yang terlatih dan berkemahiran sahaja bagi mengajar murid-murid
bekeperluan khas. Ini kerana guru yang terlatih dan biasa dengan keadaan murid-murid khas
lebih memahami dan mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup bagi mencurahkan bakti dan
tenaga dalam Pendidikan Khas.
Oleh hal yang demikian, tumpuan dan perhatian yang secukupnya boleh diberikan kepada
anak-anak khas ini semasa di sekolah. Pengetahuan dan ilmu yang cukup bakal memberi
kesan yang positif untuk menangani masalah supaya langkah seterusnya boleh diambil.
Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik, sikap sambil
lewa dan kurang bermotivasi perlu diambil serius dengan mempunyai kesedaran diri yang
tinggi dalam diri selain boleh dibantu dengan mengikuti kursus-kursus motivasi dan
bimbingan supaya mutu pengajaran boleh ditingkatkan. Semasa dalam bilik darjah, guru
perlu kreatif dan inovatif serta aktiviti bersesuaian dengan masalah pada murid. Tetapi perlu
diingatkan bahawa sikap sabar, cekap, ikhlas dan bijak menangani masalah perlu
ditanamkan dalam diri guru Pendidikan Khas itu sendiri.
Dari segi masalah perhubungan guru di aliran perdana dengan guru Pendidikan Khas
adalah dengan sering menanamkan sikap toleransi dengan kelebihan dan juga kelemahan
masing-masing. Guru-guru dari dua aliran ini perlu mewujudkan hubungan yang baik antara
satu sama lain. Pihak pentadbir perlu memainkan peranan dan bijak untuk mencari jalan
untuk mengeratkan hubungan dengan mengadakan jamuan makan bersama-sama,
perjumpaan semua guru dan meluahkan perasaan agar dapat memahami tugasan masingmasing dengan menjauhkan sikap prasangka di antara satu sama lain.

5.2)

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran


20

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Sebagai seorang guru, kita harus bijak untuk memilih kaedah pengajaran dan teknik
yang bersesuaian dengan mengetahui kelebihan dan kelemahan murid terlebih dahulu. P&P
guru seharusnya lebih menarik dan member kesan kepada murid. Guru perlu memantapkan
ilmu dalam pedagogi pengajaran yang bersesuaian supaya guru tidak berasa tertekan
dengan masalah dalam mengawal kelas dengan baik dan menghadapi masalah murid-murid
khas yang pelbagai.
Guru juga perlu memastikan bahawa sukatan pelajaran yang dibekalkan dilaksanakan
bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan juga kebolehan murid. Kita sedia maklum,
murid-murid khas mempunyai kognitif yang sangat lemah dari segi akademik. Di sini tugas
guru adalah untuk melaksanakan P&P bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan murid.
Murid-murid ini juga mudah diajar dengan cara praktikal bukannya dengan kaedah cara
formal seperti di kelas-kelas murid normal. P&P yang dilaksanakan perlu memberi
pengalaman kepada murid dan akan mudah untuk diingati serta mudah bagi murid
memahami isi pengajaran guru selain fokus murid lebih tahan lebih lama.
Sebagai contoh dalam mata pelajaran kemahiran hidup yang lebih banyak aktiviti praktikal
berbanding murid hanya mendengar P&P guru. Bahan bantu belajar yang bersesuaian
dengan mata pelajaran juga penting untuk melihat keberkesanan P&P guru terhadap murid
pada hari itu.

5.3)

Kemudahan Dan Prasarana

Kemudahan fizikal dan prasarana yang disediakan sangat berkait rapat dengan dana dan
kewangan yang perlu diperuntukkan untuk memberi keselesaan kepada murid-murid khas
agar mudah untuk menguruskan diri semasa di sekolah. Untuk tujuan itu, dana dan kutipan
derma dijalankan oleh pihak sekolah. Antaranya adalah kemudahah kerusi roda dan tandas
OKU.
Alatan yang bersesuaian untuk murid-murid semasa menjalankan aktiviti juga perlu
dititkberatkan. Ini kerana, ada murid yang sangat sensitif dan bukan mudah bagi mereka
untuk melakukan aktiviti sama seperti murid yang normal. Belum tentu murid khas ini dapat
menyambut bola yang berat seperti yang digunakan oleh murid normal dan guru harus peka
dengan keperluan murid.
Kemudahan yang diberi perlu dijaga bersama-sama dengan baik dengan menerapkan
nilai bersyukur dan menjaga harta benda sekolah dengan sebaik-baiknya seperti harta
sendiri. Dengan cara ini, kemudahan yang diberikan akan bertahan lebih lama dan boleh
21

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
digunakan berulang kali. Keadaan dan saiz kelas juga perlu diambil kira dengan
mengubahsuai dengan meminimakan bilangan murid dan juga alatan-alatan di dalam kelas.
Sekiranya alatan itu ingin dipamerkan, tempatkan di luar kelas dengan kaedah stesyen. Bilik
darjah juga perlu dihias dan dalam suasana ceria agar murid lebih gembira untuk belajar.
Guru perlu mengorbankan sedikit masa bagi memenuhi keperluan murid-murid ini.
Pengurusan bilik darjah turut melambangkan sikap prihatin dan professional guru itu sendiri.

5.4)

Dana Dan Kewangan

Bagi

mengatasi

masalah

yang

berkaitan

dengan

isu

kewangan

seperti

penyalahgunaan wang elaun oleh ibu bapa, pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan
Kebajikan Masyarakat perlu membuat pemantauan berkala ke atas penggunaan wang elaun
yang diberikan. Ibu bapa juga perlu diberi kaunseling supaya sedar dan prihatin terhadap
wang elaun yang diperuntukkan untuk anak-anak mereka. Mereka perlu sedar akan
tanggungjawab mereka dan pentingnya wang elaun tersebut untuk membiayai kehidupan
anak-anak khas yang kurang berkeupayaan itu.
Bagi guru yang menerima elaun khas, kerajaan perlulah meneliti dengan lebih
mendalam lagi untuk memilih guru-guru yang benar-benar berminat untuk mengajar dalam
Pendidikan Khas. oleh hal yang demikian, guru yang tidak berminat dan semata-mata hanya
menunggu elaun tidak layak untuk menerima elaun tersebut dan tidak akan diterima untuk
menjadi guru Pendidikan Khas.
Masalah dana yang tidak mencukupi untuk mengadakan program-program yang
melibatkan murid Pendidikan Khas perlu diselesaikan dengan cara ibu bapa dan pihak
pentadbir memberi perhatian yang penuh dan memberi sokongan terhadap program tersebut
dengan menyumbang dana ataupun terlibat sama mengumpul dana dengan mengadakan
jualan amal atau mencari penaja supaya dana yang ingin diperuntukkan mencukupi tanpa
meminta belas kasihan dan simpati pihak lain dengan menggunakan nama murid-murid khas
ini.

5.5)

Pelabelan Terhadap Murid-Murid Pendidikan Khas

Penyelarasan waktu rehat di sekolah di antara murid Pendidikan Khas dengan aliran
perdana boleh dijadikan sebagai cadangan supaya murid-murid khas ini dapat bergaul
22

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
dengan rakan-rakan yang lain. Pelbagai aktiviti yang menarik dan boleh mengeratkan
hubungan dua pihak boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pihak atasan perlu memberi
sokongan kerana dengan sokongan itu sahaja yang mempengaruhi berjalan atau tidak
sesuatu program yang telah dirancang. Pihak pentadbir boleh mengadakan program gotongroyong kecil-kecilan yang melibatkan semua murid dan dengan cara ini satu hubungan
positif akan timbul dalam diri setiap murid bahawa setiap murid itu mempunyai hak yang
sama di sekolah tersebut.
Selain gotong royong, kejohanan sukan juga boleh dilaksanakan dan murid-murid
khas juga sama-sama menyertai acara yang dipertandingkan dan bersesuaian dengan
kebolehan murid-murid khas. secara tidak langsung, perasaan gembira boleh dizahirkan dan
sikap toleransi serta timbul rasa hormat menghormati antara satu sama lain tanpa
memikirkan kelemahan masing-masing.
Bagi isu pelabelan murid-murid khas ini, pihak sekolah terutamanya guru hendaklah
sentiasa menekankan betapa pentingnya sifat menghormati golongan OKU. Oleh itu,
pelabelan terhadap golongan minoriti ini dapat dikurangkan. Masyarakat memandang sama
rata terhadap kanak-kanak berkeperluan khas ini. Jadi guru di sekolah hendaklah sentiasa
menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid aliran perdana.
Isu pengasingan murid-murid khas dengan aliran perdana seperti meletakkan murid di
sudut atau mengasingkan murid khas dengan murid normal, guru tersebut perlulah ditegur
secara terus. Bagi mengelakkan murid terus bertingkah laku demikian, guru tersebut perlu
merancang aktiviti yang bersesuaian supaya tingkah laku positif dapat diterapkan. Selain itu,
jika murid tersebut bertingkah laku positif tetapi lambat untuk menerima pelajaran, rakan
sebaya atau rakan yang duduk bersebelahan boleh membantu murid tersebut dalam mata
pelajaran. Secara tidak langsung, guru boleh memberi perhatian kepada semua murid dan
bukan pada murid itu sahaja.

5.6)

Penglibatan Ibu Bapa

23

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Dalam menentukan hala tuju murid-murid Pendidikan Khas, ibu bapa perlu menjadi
tunjang dan penglibatan ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu sedar bahawa sokongan
dari pihak keluarga terutama ibu bapa sangat penting. Ibu bapa perlu didedahkan dan
menambah pengetahuan tentang maklumat yang berguna mengenai Pendidikan Khas.
bukan sahaja untuk lebih mengenali masalah anak-anak tetapi membantu ibu bapa cara
yang betul dan terbaik untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Kelas kaunseling dan
bimbingan perlu dilaksanakan oleh pihak berkenaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan juga Pusat Pemulihan dalam Komuniti untuk memberi maklumat yang berguna mengena
keupayaan dan juga kelebihan yang ada pada anak-anak ini supaya tidak disisihkan.
Bagi ibu bapa yang tidak dapat menerima kenyataan, sesi kaunseling boleh dilaksanakan
oleh kaunselor yang profesional agar jiwa ibu bapa ini tenang dan boleh menerima
kekurangan dan kelebihan anak mereka. Anak-anak ini jika diajar dan dibimbing seperti
anak-anak normal yang lain, berkemungkinan besar mereka juga boleh berjaya, sekurangkurangnya dapat menguruskan diri sendiri.

5.7)

Kepelbagaian Kopentensi Murid

Bagi mengatasi masalah ini, guru itu sendiri perlu mengetahui tahap sebenar murid
mereka dengan sebaiknya. Bukan sahaja dengan ujian kertas dan pensel guru itu dapat
mengetahui tahap murid mereka, tetapi dengan pemerhatian tidak formal juga boleh
dilakukan. Lembaran kerja yang bersesuaian dan diberi pada murid boleh mengukur tahap
kemahiran murid tersebut dari segi kemahiran menulis atau mengira dan menjadi penanda
aras kebolehan murid-murid itu. Dengan cara ini, guru dapat merancang strategi seterusnya
untuk membantu meningkatkan lagi tahap pengetahuan murid.

24

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.0)

KAJIAN KES ( Kajian Tingkah Laku Sasaran - MengigitTangan)


6.1)
Profil pelajar yang dikaji

Nama : Muhammad Nazir Akid


Nama Manja : Akid
Umur : 11 Tahun
Tarikh Lahir : 11 10 - 2002
Tempat Lahir : Hospital Besar Ipoh
Alamat Rumah : Blok L, Tingkat 1 No 1 Kem Syed Putra Ipoh Perak
Nama Ibu : Noor Rita binti Osman
Nama Bapa : Noor Hisham bin Ahmad
Keturunan : Melayu
Agama : Islam
No Surat Beranak : BA 96146
Jenis Ketidakupayaan : Masalah Pembelajaran (Autisme)
Nama Sekolah : SK SUNGAI ROKAM IPOH
Tarikh Masuk Sekolah : 08.08.2011

25

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Pelajar pendidikan khas yang saya pilih untuk dibuat kajian mengenai masalah
tingkah laku ialah adik Muhammad Nazir Akid atau lebih dikenali dengan adik Akid. Adik Akid
merupakan seorang murid yang petah berkata-kata dan mempunyai pelbagai cerita yang
ingin dikongsikan bersama-sama saya apabila saya menjalankan amali di sekolah.
Nama Murid
Tarikh Mula
Masalah Tingkah Laku
Tarikh Lahir
Umur
Pengetahun Sedia Ada

Muhammad Nazir Akid


25 Julai 2014
Mengigit tangan
03 Mei 2001
11 Tahun
Dimarahi Dan Ditegur Oleh Guru Jika Mengiigt

Matlamat

Tangan
Mengurangkan / Menghentikan Aktiviti Mengigit

Pemerhatian

Tangan
Memukul Kawan Semasa Proses Pengajaran

Tingkah Laku Yang Hendak

Dan Pembelajaran Berlaku.


Suka Mengigit Tangan

Diuruskan
Tingkah Laku Sasaran
Masa

Tingkah

Berhenti Daripada Tingkah Laku Tersebut


Semasa Tiada Sebarang Aktiviti
Semasa Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Berseorangan

Laku

Dilakukan
Murid Tidak Dapat Membezakan Antara Tingkah
Sebab Keutamaan

Laku Positif Atau Negatif.


Mengelakkan Tingkah Laku Tersebut Menjadi
Ber Terusan Sehingga Dewasa.
Sentiasa Mengawal Tingkah Laku Tersebut.
Melaksanakan Aktiviti Yang Diminatinya Seperti

Strategi Atau Kaedah

Membaca Cerita
Memberi
Peneguhan

Negatif

Untuk

Mengurangkan Tingkah Laku Tersebut.


Memberi Ganjaran Seperti Pujian Jika Berjaya
Peneguhan

Menghentikan Tingkah Laku Tersebut.


Positif
Memberikan Ganjaran
Memberikn Pujian Seperti Good
Bagus.
Negatif
Memberi Teguran
Hukuman

26

Atau

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.2)

DAPATAN KAJIAN

6.2.1) Data Awal Tingkah Laku Sasaran (mengigit tangan)


Masa

9.00-9.15

9.15-9.30

10.00-10.15

10.15-10.30

Jumlah

Hari
Jumaat

pagi

pagi

pagi

pagi

(25-7-14)
Jumaat

25

(8-8-14)
Jumaat

17

(15-8-14)

20

Tingkah laku sasaran iaitu mengigit tangan mempunyai jumlah kekerapan yang

berbeza pada setiap hari.


Sesi kedua iaitu pada selepas waktu rehat mempunyai kekerapan yang tinggi jika
dibandingkan pada sesi pertama iaitu pada sebelum waktu rehat pada ketiga-tiga hari

data diambil.
Jumlah kekerapan yang paling tinggi adalah 25 kali iaitu pada hari jumaat 25/07/2014
manakala jumlah kekerapan yang paling rendah semasa pemerhatian awal ialah
sebanyak 17 kali iaitu pada hari jumaat 25/07/2014.

27

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

JUMLAH KEKERAPAN TINGKAH LAKU SASARAN (MENGIGIT TANGAN) SEMASA PEMERHATIAN AWAL

JUMLAH KEKERAPAN

18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

MASA / TARIKH
SEBELUM WAKTU REHAT SELEPAS WAKTU REHAT

GRAF A
Menerusi hasil daripada pembinaan graf A di atas, mengenai jumlah kekerapan tingkah laku
sasaran Adik Akid iaitu mengigit tangan semasa pemerhatian awal selama 3 minggu
berturut-turut, dapat disimpulkan bahawa jumlah kekerapan tingkah laku sasaran pada
selepas waktu rehat iaitu pada pukul (10.15 10.30 AM) lebih tinggi berbanding kekerapan
tingkah laku sasaran pada waktu sebelum rehat iaitu pada pukul (9.15 - 9.30 AM).
Selain itu juga, kita dapat lihat kekerapan pada setiap 15 minit sebelum waktu rehat adalah
tidak melebihi sebanyak 5 kali, manakala kekerapan tingkah laku sasaran iaitu mengigit
tangan akan meningkat selepas waktu rehat dan jumlah kekerapanya adalah diantara 5-9
kali bagi setiap 15 minit.
Secara keseluruhannya, Adik Akid jarang untuk mendengar teguran dan nasihat daripada
gurunya. Ini menyukarkan gurunya untuk mengubah tingkah laku tersebut sehingga langkah
yang sesuai dapat diaplikasikan.

6.2.2) Semasa Menjalankan Intervensi


Masa

9.00-9.15

9.15-9.30

10.00-10.15
28

10.15-10.30

Jumlah

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
Hari
Jumaat

pagi

pagi

pagi

pagi

(22-8-14)

11

Sesi kedua iaitu pada selepas waktu rehat (10.15 10.30 AM) mempunyai kekerapan
yang tinggi jika dibandingkan pada sesi pertama iaitu pada sebelum waktu rehat
(9.15 - 9.30 AM).
Jika dibandingkan dengan kekerapan semasa pemerhatian 3 minggu sebelum
menjalankan pogram intervensi, terdapat begitu banyak perbezaan yang dapat dilihat
menerusi pandangan mata kasar terutamanya melalui jumlah kekerapan tingkah laku
sasaran Adik Akid iaitu mengigit tangan yang mempunya banyak perubahan yang
positif.
Manakala dari segi bilangan jumlah kekerapan pula, perbezaan jumlah kekerapan
tingkah laku sasaran diantara minggu pertama iaitu semasa pemerhatian awal
dijalankan dengan minggu yang keempat iaitu semasa proses intervensi dijalankan
terdapat satu angka pengurangan yang positif iaitu daripada 25 kali kepada 11 kali.

29

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

JUMLAH KEKERAPAN TINGKAH LAKU SASARAN (MENGIGIT TANGAN) SEMASA MENJALANKAN INTERVENSI
6

4
jumlah kekerapan

1
0
09.00-09.15

09.15-09.30

10.00-10.15

10.15-10.30

MASA / PAGI (am)

GRAF B
Semasa menjalankan intervensi terhadap masalah tingkah laku sasaran Adik Akid iaitu
mengigit tangan, kekerapan yang dapat dicatat adalah sedikit jika dibandingkan dengan
kekerapan sebelum menjalankan intervensi awal
Jadi, kesimpulan awal yang dapat saya buat ialah, teknik intervensi yang digunakan adalah
bersesuaian. Hal ini kerana kekerapan tingkah laku sasaran semakin berkurangan. Semasa
menjalankan intervensi untuk mengurangkan tingkah laku mengigit tangannya, pelbagai
teknik telah digunakan. Daripada peneguhan hinggalah kepada dendaan mahupun
hukuman.
Adik Akid seorang yang gemarkan akan makanan. Setiap yang dilakukan hendaklah diberi
ganjaran berbentuk makanan. Oleh itu, untuk mengurangkan tingkah laku, makanan
dijadikan sebagai umpan agar Adik Akid dapat mengurangkan tingkah laku tersebut. Hasil
semasa menjalankan intervensi ini boleh dikatakan hasil yang positif. Selain itu, saya
menjalankan aktiviti yang disukai oleh pelajar iaitu dengan membaca buku cerita. Untuk
mengukuhkan lagi, saya memberikan peneguhan yang negatif agar Adik Akid takut dan tidak
mengulangi tingkah lakunya negatifnya lagi.

30

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

6.2.3) Selepas Menjalankan Intervensi


Masa

9.00-9.15

9.15-9.30

10.00-10.15

10.15-10.30

Hari
Jumaat

pagi

pagi

pagi

pagi

(29/8/14)

Jumlah

Jumlah kekerapan tingkah laku sasaran iaitu mengigit tangan semakin berkurangan
Jika dibandingkan dengan jumlah tingkah laku sasaran pada minggu pertama dan
minggu terakhir, perbezaanya ialah sebanyak (25-7) 18 kali.

31

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

JUMLAH KEKERAPAN TINGKAH LAKU SASARAN (MENGIGIT TANGAN) SELEPAS MENJALANKAN INTERVENSI
3.5
3
2.5
2
JUMLAH KEKERAPAN

1.5
1
0.5
0

09.00-09.15

9.15-9.30

10.00-10.15 10.15-10.30

MASA (PAGI)

GRAF C
Hasil daripada dapatan kajian dapat kita lihat jumlah kekerapan tingkah laku sasaran Adik
Akid iaitu mengigit tangan semakin berkurangan jika dibandingkan dengan hasil kajian
semasa membuat pemerhatian 4 minggu sebelum menjalankan intervensi.
Jadi, secara kesimpulannya dapat saya katakan bahawa strategi intervensi yang diguna
pakai adalah bersesuaian dan bertepatan dengan pelajar. Walaupun saya tidak berjaya
untuk menghilangkan terus tingkah laku negatif ini tetapi matlamat untuk mengurangkan
tingkah laku negatif itu masih terlaksana dan dapat saya katakan bahawa objektif
pembelajaran adalah tercapai
Secara tuntasnya, perubahan tingkah laku negatif merupakan satu perkara yang amatlah
sukar untuk kita ubah, lebih-lebih lagi jika ianya telah menjadi satu rutin seseorang kanakkanak bermasalah pembelajaran. Peranan guru amatlah penting sebagai role model kerana
guru yang baik dan bagus akan menjadi pemangkin kepada generasi yang akan datang.

32

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.2.4) Data Keseluruhan ( Sebelum, Semasa dan Selepas intervensi )
Masa

9.00-9.15

9.15-9.30

10.00-10.15

10.15-10.30

Jumlah

Hari
Jumaat

pagi

pagi

pagi

pagi

(25-7-14)
Jumaat

25

(8-8-14)
Jumaat

17

(15-8-14)
Jumaat

20

(22-8-14)
Jumaat

11

(29/8/14)

DATA KESELURUHAN ( SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS )


MENJALANKAN INTERVENSI
30
25
20
15
10
JUMLAH KEKERAPAN

5
0

HARI / TARIKH

GRAF D

33

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.3)

TEKNIK YANG SESUAI UNTUK MENGURANGKAN TINGKAH LAKU


SASARAN

Pebagai teknik/cara dan pendekatan yang sesuai yang telah saya jalankan untuk
mengurangkan tingkah laku sasaran Adik Akid iaitu mengigit tangan. Pemilihan teknik yang
sesuai dengan situasi adalah sangat penting, hal ini kerana sekiranya teknik yang sesuai
digunakan maka peratusan untuk mengurangkan atau menghilangkan tingkah laku sasaran
adalah lebih tinggi. Antara teknik yang saya gunakan semasa menjalankan intervensi
terhadap Adik Akid untuk mengurangkan tingkah laku sasarannya ialah :

6.3.1) Kontrak bersyarat


Kontrak bersyarat merupakan satu persetujuan di antara dua pihak atau lebih
iaitu di antara saya dengan Adik Akid yang dijalankan secara lisan. Saya memilih
untuk melakukan kontrak bersyarat ini secara lisan bukan secara bertulis kerana
kesesuaian pelajar dan kebolehan pelajar iaitu Adik Akid lebih kepada secara lisan.
Hal ini kerana Adik Akid belum lagi dapat menguasai kemahiran membaca dan
menulis dengan baik.
Dalam kontrak bersyarat ini, ganjaran akan diberikan kepada Adik Akid
sekiranya Adik Akid dapat mengurangkan atau menghilangkan tingkah laku
sasaranya iaitu mengigit tangan dalam satu jangka tempoh yang ditetapkan di dalam
kontrak bersyarat. Tujuan utama kontrak bersyarat ini dijalankan adalah untuk
membina rasa tanggungjawab ke atas diri sendiri.
Sebagai contoh kontrak bersyarat yang telah saya jalankan dengan Adik Akid ialah :
Saya:kamu nak hadiah?
Adik Akid :nak!
Saya : ok kalau kamu nak hadiah kamu tidak boleh mengigit tangan. Boleh?
Adik Akid :boleh boleh.. saya janji!

34

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.3.2) Ekonomi token
Ekonomi token adalah strategi dimana ganjaran yang berbentuk simbolik atau
token diberikan sebaik sahaja tingkah laku sasaran dilakukan.Ganjaran token dengan
sendirinya tidak bernilai, tetapi ia boleh ditukar dengan sesuatu yang bernilai.
Ekonomi token diberi dalam satu jangka masa tertentu untuk kerja atau usaha yang
diterima oleh guru. Hal ini demikian kerana agar membolehkan guru menstruktur
suasana pembelajaran ke arah peneguhan positif dan memberi maklum balas
menerusi pemberian token.
Penggunaan strategi ini dapat membantu murid kerana tiada pertandingan
dengan orang lain (kerja ikut tahap pelajar itu sendiri). Tidak banyak gangguan
kepada proses pengajaran. Jika menarik kepada murid, nilai token akan meningkat
dengan

sendirinya.

Fleksibel-boleh

diubah-ubah

menunya

supaya

tidak

membosankan .

6.3.3) Shaping (pembentukan)


Shaping merupakan proses mengajar tingkah laku baru melalui peneguhan
langsung dan berturut-turut. Shaping merupakan satu kaedah yang menghampiri
tingkah laku akhir.Ia berlaku dengan cara kita memberi galakan setiap tingkah laku
sasaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Oleh itu, guru perlu tahu berapa lama
peneguhan di satu-satu tahap itu perlu diberi. Murid mempelajari tingkah laku melalui
beberapa langkah yang lebih ringkas. Ganjaran diberikan untuk setiap langkah
ringkas dan bukan untuk tingkah laku sasaran yang terakhir.

6.3.4) Statiation
Statiation atau Over Correction adalah satu teknik yang membiarkan murid
melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan berhenti
sendiri.Selepas saya mencuba beberapa teknik untuk mengurangkan tingkah laku
sasaran Adik Akid iaitu mengigit tangan tetapi keputusan yang diterima adalah
negetif, jadi saya menggunakan pendekatan statiation ini dimana saya hanya
memerhati tingkah laku mengigit tangan yang dilakukan oleh Adik Akid sehingga Adik
Akid sudah bosan dan berhenti dengan sendirinya.

35

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
6.3.5) Extinction (pelupusan/pengamatan)
Extinction merupakan strategi yang dilaksanakan untuk murid-murid daripada
terus melakukan tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan
dengan tingkah laku baru yang positif.
Sebagai contoh menerusi kajian saya terhadap Adik Akid, selepas waktu rehat
merupakan satu tempoh masa yang membawa kepada kekerapan tertinggi tingkah
laku sasaran Adik Akid iaitu mengigit tangan berlaku. Jadi dalam usaha untuk
mengurangkannya, saya menggunakan teknik extinction dimana saya menggantikan
tingkah laku menggit tangan itu tadi dengan satu aktiviti yang hampir sama iaitu
dengan memberikannya gula-gula lolipop kepada Adik Akid. Hal ini kerana,peranan
gula gula lolipop hampir sama dengan tingkah laku sasaran lolipop iaitu mengigit
tangan.

6.3.6) Time-out (pengasingan)


Time-out adalah proses yang akan mengalihkan pelajar dari seting yang
mempunyai peneguhan ke seting yang tiada peneguhan dalam masa yang tertentu
dan terhad. Murid dikeluarkan daripada situasi yang positif yang disukainya, untuk
tempoh yang singkat, dimana tiada pengukuhan diberikan pada masa itu jenis.
Sebagai contoh, sekiranya Adik Akid masih lagi tidak dapat mengurangkan
tingkah laku sasaran pada satu tempoh masa yang telah ditetapkan,teknik ini akan
digunakan. Adik Akid akan diasingkan daripada proses pembelajaran dan pengajaran
dan diletakkan disalah satu sudut di dalam kelas dengan pengawasan daripada
pembantu pengurusan murid.

36

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS
7.0 PENUTUP
Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan khas dan di
akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan khas bukannya mudah
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Untuk kelas pendidikan
khas yang berjaya , guru aliran perdana atau guru biasa dan guru pendidikan khas
perlu memberi kerjasama dan penekanan terhadap komunikasi semua guru yang
terlibat dalam program ini mestilah bersikap jujur dan terbuka dalam menangani
segala masalah dan peranan yang timbul. Guru-guru yang terlibat dengan kelas
pendidikan khas hendaklah bersedia untuk menghadapi sebarang rintangan dan
halangan yang mendatang. Mereka juga perlu belajar untuk berkompromi dan juga
membuat sesuatu yang berlainan sama sekali daripada apa yang dirancangkan.
Disamping itu juga guru kelas biasa dan guru kelas pendidikan khas perlu
bekerjasama dan menerima kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai
pelbagai perbezaan individu dan tingkah laku. Pelaksanaan program pendidikan khas
memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan murid dan program yang
dilaksanakan dapat diterjemahkan dalam hasil yang positif. Program Pendidikan
Khas dan juga kelas inklusif dapat memberi peluang ke arah pemantapan sistem
pendidikan untuk golongan murid berkeperluan khas di Negara kita dan sekali gus
dan mengangkat dan memartabatkan pendidikan Malaysia dipersada dunia kelak..

37

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

TUGASAN BERKUMPULAN
INSTRUMEN SENARAI SEMAK
SATHYAN ILANGOVAN & ARCHANAH CHARLES
MAGALINGAM

38

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

INSTRUMENT PENILAIAN KENDIRI KEMAHIRAN SOSIAL DAN TINGKAH LAKU


MURID PENDIDIKAN KHAS
SK SUNGAI ROKAM,IPOH,PERAK

NAMA MURID:
KELAS

A. TINGKAH LAKU
Skala:

1- kerap
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Skala:

1.
2.

3. Tiada

Jenis Tingkah Laku


A. Agresif
Hiperaktif
Suka memukul
Suka mencubit
Cepat marah
Suka berkelahi
Suka bertumbuk
Suka mencederakan diri sendiri
Suka mencederakan orang lain
Suka merosakkan harta sendiri
Suka merosakkan harta orang lain
Suka mengejek kawan atau orang lain
Suka mengganggu kawan
Suka menjerit-jerit
Membaling benda-benda kepada kawan
Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai
Menggoyang-goyangkan badan
Mengetuk-ngetuk di tempat duduk
Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian
Menggunakan bahasa kesat
Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian

1- kerap

IL

2- kadang-kadang

2- kadang-kadang

Jenis Tingkah Laku


B. Pasif
Hipoaktif (berdiam diri)
Mengasingkan diri / bersendirian
39

3. Tiada

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

3.
4.
5.

Suka berkhayal
Suka membebel / berleter seorang diri
Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata saya tidak

6.
7.

boleh
Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna
Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap

8.
9.
10.

susah
Mempunyai pergerakan yang lambat
Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan
Lambat dalam menjalankan tugas

Skala:

1- kerap

BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.

Skala:

1.
2.
3.

3. Tiada

Jenis Tingkah Laku


C. Masalah Emosi dan Sosial
Suka menghisap jari
Suka menggigit kuku
Kelihatan sugul
Merasa takut dan cemas
Takut pada situasi baru
Terlalu malu dan kurang bergaul
Suka meminta perhatian
Suka berbohong
Suka mengambil barang orang
Tidak suka berkawan
Menyalahkan orang lain
Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru
Menggangu apabila guru bercakap
Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah
Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat
Tidak memberi kerjasama pada orang lain
Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan
Tidak suka pada rancangan yang diatur
Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin
Tidak bertindakbalas apabila berbual

1- kerap

BIL

2- kadang-kadang

2- kadang-kadang

3. Tiada

Jenis Tingkah Laku


D. Masalah Pembelajaran (kognitif)
Kurang tumpuan perhatian
Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja
Tidak boleh ikut arahan
40

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

4.
5.
6.
7.
8.
9.

Kurang daya ingatan


Kurang kefahaman
Kurang daya taakulan
Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan
Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna
Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan

10.
11.

sesuatu
Tidak peka terhadap bising
Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi

12.
13.
14.
15.

bising
Kebersihan diri tidak memuaskan
Tidak boleh menulis huruf sendiri
Tidak tahu menulis nama sendiri
Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

Kemahiran
1- kerap
2- kadang-kadang
3- tiada

Skor

41

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

REFLEKSI

Tugasan ini dijalankan secara individu dan saya telah diberikan penerangan yang
jelas mengenai tugasan ini. Selain itu,untuk memastikan bahawa saya menjawab soalan
tugasan ini dengan tepat, saya mendapatkan pendapat daripada pensyarah dan membuat
rujukan terlebih dahulu.
Secara tidak langsung menerusi tugasan ini banyak perkara serta input-input baru
yang telah saya perolehi. Antaranya ialah membincangkan dan membandingkan Program
Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah dengan pihak swasta dan pertubuhan bukan
kerajaaan.Selain itu juga, menerusi tugasan ini, saya dikehendaki untuk menganalisis isuisu yang berkaitan dengan murid pendidikan khas di sekolah yang dipilih.Tambahan lagi,
menerusi tugasan ini juga, saya dikendaki untuk menghasilkan satu kajian kes terhadap
seorang murid pendidikan khas yang dipilih.Jadi menerusi tugasan ini, pelbagai input-input
yang berguna dapat saya perolehi.
Selain itu, menerusi tugasan ini, saya juga telah memahami cara-cara untuk
membuat pemerhatian klinikal dan mengumpul data murid. Selain itu juga, saya juga
didedahkan dengan cara-cara untuk menganalisis data yang telah dikumpul tadi dan
menunjukkan data pemerhatian tadi secara visual yang bertujuan untuk memudahkan kita
untuk menganalisis data-data yang telah dikumpulkan. Selain itu juga, menerusi tugasan ini
saya diminta untuk memilih teknik-teknik yang sesuai untuk mengurangkan tingkah laku
sasaran murid yang dikaji.
Tambahan pula, menerusi tugasan ini, saya dapat memahami dengan lebih
mendalam lagi mengenai proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam
kelas amat bergantung kepada kawalan kelas yang baik oleh guru. Oleh itu sebagai seorang
guru, kita perlulah menyiapkan diri dengan cabaran dan memantapkan lagi nilai nilai serta
kemahiran-kemahiran mengawal kelas dan pengurusan kelas agar masalah tingkah laku
yang dihadapi oleh murid dapat dibendung dan dikurangkan serta terkawal dan berdisplin.

42

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Tambahan pula, menerusi tugasan ini juga, saya dapat melihat, pendekatan
berpusatkan pelajar merupakan satu medium dan acuan yang terbaik dalam melahirkan
seorang pelajar yang berkembang secara holistic dari segi JERISnya. Hal ini kerana guru
hanya berperanan sebagai pemudah cara dan pelajarlah yang menentukan pembinaan
pengetahuan yang bermakna dalam hidup mereka.
Secara keseluruhannya, saya mendapat pelbagai manfaat dan hal ini dapat
diaplikasikan apabila saya ditugaskan ke sekolah kelak. Justeru, semua pihak terutamanya
pihak sekolah perlulah bekerjasama dalam mendidik murid-murid dengan sumber
pembelajaran yang betul seterusnya membentuk insan yang seimbang dan berketerampilan
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhir kata ,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Pn.Hajah Satariah bt
Kamis selaku pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Isu dan Trenda Dalam Pendidikan
Khas (PKB 3113) bagi semester 6 ini, yang sentiasa membantu saya dan rakan-rakan tanpa
jemu. Jutaan terima kasih saya ucapkan.

43

PKB 3113
ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Rujukan
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad, Sharifuddin Ismail (2005).
Punca dan Rawatan Kecelaruan Tingkahlaku. Bentong : PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.
Azman Bin Kanil. (2000). Keberkesanan Kaedah Kuliah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Sabah: Jabatan Ilmu Pendidikan, Maktab Perguruan
Keningau.
Baharom Mohammad Ph.D, Llyas Hashim (2009) Teori & Amali Kaunseling.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Choong Lean Keow, Ph,D (2008).Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin (1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi dalam Bilik Darjah.
Petaling Jaya. Longman Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kertas mesyuarat perancangan jangka
panjang dan pendek, program Pendidikan khas, Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia. Julai.

Khadijah Rohani, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala
Lumpur; UNITEM Sdn. Bhd.

44

Anda mungkin juga menyukai