Anda di halaman 1dari 3

PENGAJIAN AM (900)

Himpunan Soalan-Soalan Latihan


Bil

Soalan

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja sejak kebelakangan


ini sangat membimbangkan. Oleh itu, langkah untuk membendung
gejala ini perlu diambil. Bincangkan.

2
3

10

11
12

Wanita terutama ibu tunggal mempunyai tanggungjawab yang


besar untuk membesarkan anak mereka. Huraikan masalah yang
dihadapi oleh ibu tunggal dan cara untuk membantu mereka.
Belakangan ini, keganasan samseng jalan raya masih lagi
membimbangkan masyarakat. Sejauh manakah anda bersetuju
tekanan jiwa merupakan punca wujudnya keganasan samseng
jalan raya?
Sungguhpun kemasukan buruh asing telah menyelesaikan
beberapa masalah ekonomi negara, namun golongan ini juga
menimbulkan pelbagai masalah kepada negara. Bincangkan
Banyak kanak-kanak di negara yang mengalami pergolakan
politik telah menjadi tentera muda. Fenomena ini perlu diatasi
dengan segera agar mereka dapat hidup dengan gembira dan
harmoni. Bincangkan
Kegiatan kokurikulum dianggap penting kerana telah menjadi 10
peratus merit akademik dalam pemilihan para pelajar ke
universiti tempatan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan
dasar tersebut dan cadangkan cara-cara untuk menggalakkan
pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum
Konsep pendidikan peringkat awal melibatkan kanak-kanak
seawal usia 2 setengah tahun hingga prasekolah penting bagi
melahirkan generasi yang berilmu dan berguna kepada negara.
Bincangkan kebaikan dan kelemahan sistem pendidikan ini.
Bahasa Malaysia hanya dapat dijadikan bahasa dunia sekiranya
cabaran dalam amalan penggunaannya dapat diatasi. Jelaskan
bagaimanakah Bahasa Malaysia dapat dijadikan bahasa dunia
dan apakah masalah yang dihadapi dalam usaha
memartabatkannya
Industri kraftangan merupakan salah satu sektor yang dapat
membantu meningkatkan pendapatan negara. Bincangkan potensi
dan masalah yang dihadapi oleh industri kraftangan di negara
kita.
Fenomena kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar masih
membimbangkan masyarakat di negara ini. Bincangkan puncapunca masalah ini dan cadangkan langkah-langkah untuk
mengatasinya
Pelabur asing memainkan peranan yang penting dalam
pembangunan di negara ini. Usaha perlu dilakukan untuk
meningkatkan kadar kemasukan pelaburan asing untuk

Isu & Emphasis Soalan


Isu: Keruntuhan akhlak
remaja contoh?
Emphasis: langkahlangkah membendung

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23
24
25

kepentingan pembangunan negara. Huraikan.


Walaupun cadangan mengadakan sekolah satu aliran mendapat
persetujuan daripada pelbagai pihak, namun masih terdapat
sesetengah golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.
Ulaskan penyataan ini
Permainan tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia harus
dikekalkan agar permainan tersebut tidak luput di telan zaman.
Bincangkan
sebab-sebab
dan
langkah-langkah
untuk
mengekalkan permainan tradisional di negara kita
Akibat kurang kesedaran pengguna, inflasi tidak dapat
diselesaikan dengan mudah. Huraikan peranan pengguna serta
langkah-langkah bagi mengawal inflasi di negara kita.
Masyarakat seharusnya menerima golongan orang kurang upaya
tanpa perasaan prejudis terhadap kebolehan mereka sebagai
anggota masyarakat yang dipandang sebagai aset negara.
Bincangkan peranan golongan tersebut kepada pembangunan
negara dan bagaimanakah masyarakat dapat membantu golongan
ini
Gejala vandalisme semakin menular dalam kalangan remaja
sehingga membimbangkan masyarakat. Bincangkan punca-punca
gejala ini berlaku dan langkah-langkah yang wajar untuk
mengawalnya.
Amalan rasuah semakin menular dalam sistem kehidupan
masyarakat masa kini. Sejauh manakah gejala rasuah
mengancam keselamatan negara dan apakah langkah-langkah
yang wajar diambil untuk membanterasnya?
Keperluan penguasaan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan
komunikasi global dapat memudahkan masyarakat negara ini
berdaya saing di peringkat antarabangsa. Ulaskan penyataan ini.
Gejala lari dari rumah dalam kalangan remaja merupakan
fenomena sosial yang dikaitkan dengan kelemahan institusi
keluarga. Namun masih terdapat punca-punca lain yang turut
mendorong berlakunya gejala tersebut. Bincangkan
Wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju dapat dicapai sekiranya cabaran-cabaran dalam
merealisasikannya dapat di atasi. Bincangkan cabaran-cabaran
tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasinya
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dijangka menjadi semakin
penting sebagai asas dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara perindustrian. Bincangkan sumbangan IKS dalam konteks
pembangunan di negara ini.
Media massa dikatakan mampu untuk membentuk keperibadian
golongan remaja. Bincangkan kesan-kesan media massa ke atas
pembentukan peribadi golongan tersebut.
Penayangan filem teater klasik dan seni teater patut digalakkan
bagi membudayakan masyarakat setempat dengan warisan
budaya yang perlu dihayati. Huraikan
Langkah kerajaan mewajibkan komponen sastera dalam sistem
pendidikan negara bertujuan untuk meningkatkan minat generasi

26

27

28

29

30

31

muda terhadap bidang kesusteraan. Ulaskan penyataan ini.


Penggunaan bahasa kebangsaan dalam bidang perundangan
adalah wajar walaupun bahasa Inggeris dianggap penting dalam
profesion guaman dan kehakiman. Ulaskan penyataan ini.
Permainan tradisional dalam kalangan rakyat Malaysia harus
dikekalkan agar permainan tersebut tidak luput ditelan zaman.
Nyatakan sebab-sebab serta langkah-langkah untuk mengekalkan
permainan tradisional di negara ini
Industri desa boleh mendatangkan pulangan yang lumayan
sekiranya dimajukan. Nyatakan usaha-usaha yang boleh
dilaksanakan untuk memajukan industri desa di negara ini.
Amalan rasuah semakin menular dalam sistem kehidupan
masyarakat masa kini yang mementingkan kebendaan, pangkat
dan kuasa. Sejauh manakah gejala rasuah mengancam
keselamatan negara dan apakah langkah-langkah yang patut
diambil untuk membanterasnya?
Masyarakat seharusnya menerima golongan orang kurang upaya
tanpa perasaan prejudis atau syak wasangka terhadap kebolehan
mereka sebagai anggota masyarakat yang dipandang sebagai
aset negara. Bincangkan peranan golongan tersebut dan
masyarakat dalam membantu mereka menyumbangkan kepada
ekonomi negara.
Walaupun cadangan mengadakan sekolah satu aliran mendapat
persetujuan daripada pelbagai pihak namun masih ada
sesetengah golongan yang tidak bersetuju dengan cadangan ini.
Ulaskan pernyataan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai