Anda di halaman 1dari 1

Lirik Lagu Budi Bahasa Budaya Kita

Ibu bapa dan kaum keluarga


Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia
Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti
Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah
Budi bahasa budaya kita

Maksud Rangkap 1
Kita harus sayang menyayangi sesama keluarga dan sentiasa bertegu sapa dengan
jiran tetangga.
Maksud Rangkap 2
Kita harus sentiasa bersifat ceria dan bergaul mesra dengan para guru dan rakan-rakan
di sekolah serta berusaha menimba ilmu pengetahuan.
Maksud Rangkap 3
Kita sebagai bangsa Malaysia harus mengamalkan nilai hemah tinggi, ramah mesra,
bertimbang rasa serta sentiasa menghormati orang lain. Kita juga harus sudi membantu
orang yang susah dan melindungi orang yang lemah.
Maksud Rangkap 4
Kita harus bersifat jujur dan ikhlas, membantu orang tanpa meminta balasan dan
mengamalkan budi bahasa sebagai budaya kita.