Anda di halaman 1dari 7

1.

5 : PERATURAN DAN KESELAMATAN MAKMAL KOMPUTER

1.5.1

Peraturan makmal

Pembelajaran Teknologi Maklumat dijalankan dalam makmal komputer. Oleh kerana


makmal ini dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti mematuhi
peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan komputer.
Di bawah adalah satu contoh Peraturan Makmal Komputer. Baca dan tambahkan apaapa peraturan lain jika anda fikir sesuai dilaksanakan dalam satu makmal komputer.

Peraturan Penggunaan Makmal


1.

Semua pelajar dibenarkan masuk bila ada pensyarah TM.

2.

Semua beg hendaklah diletak diluar makmal.

3.

Semua makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam makmal
komputer.

4.

Menanggalkan sebarang sambungan pada sistem komputer akan menyebabkan


kerosakan atau tidak berfungsinya komputer.

5.

Sebarang peralatan dan perisian tidak dibenarkan bawa masuk dan keluar kecuali
dengan kebenaran pensyarah berkenaan.

6.

Penggunaan sistem komputer adalah hanya untuk tujuan pengajaran dan


pembelajaran sahaja.

7.

Akses ke Internet perlu mendapat kebenaran pensyarah.

8.

Sebarang kerosakan, bau yang asing perlu dilaporkan segera kepada pensyarah.

9.

Peraturan lain yang perlu dilaksanakan


_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

Menjaga Keselamatan Komputer

Wujudkan persekitaran yang sesuai .


Cahaya yang sesuai dengan keperluan tidak terlalu cerah dan tidak telalu
gelap.
Skrin seeloknya 15 darjah hingga 30 darjah dengan aras mata.
Jarak di antara mata dengan skrin seboleh-bolehnya 40 70 sm.
Meja kedudukan tangan dengan papan kekunci 90 darjah.

Ketinggian kerusi bergantung kepada keselesaan anda, laraskan agar


pinggang dan belakan tidak berasa sakit
Untuk ketahanan elakkan dari tempat berdebu, suhu tinggi, kelembapan
udara, aras yang tidak stabil dan bebas dari getaran.
Saiz meja yang sesuai untuk meletak komputer.
Jarak kedudukan komputer dengan dinding atau alat lain lebih kurang 7 sm
untuk peredaran udara.
Elak daripada berhampiran dengan alat elektrik- boleh berlaku elektro-magnet.
Jangan bersihkan skrin dengan larutan yang mengandungi alkohol atau
acetone.
Bersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak
menghakis.Basahkan pada kain dan lap skrin. Jangan spray pada skrin kerana
cecair mungkin masuk ke dalam.

Penyenggaraan Bahagian Dalam Unit Sistem


Putuskan hubungan bekalan kuasa dan tanggalkan palam dari soket.
Tanggalkan kabel bekalan kuasa dan kabel monitor.
Buka dan keluarkan tudung casing.
Gunakan pembersih hampagas untuk mengeluarkan habuk.

Semburkan bahagian-bahagian terlindung dengan menggunakan canned air


.
Kemaskan semua sambungan, pasangkan kembali tudung sistem, pasangkan
semua kabel dan jalankan komputer.

Menjaga keselamatan data


Fail yang dicipta dan disimpan ke dalam cakera keras perlu dibuat salinan ke
dalam cakera liut atau kedalam storan sekunder yang lain. Ini adalah untuk
memastikan salinan fail asal ada sekiranya fail asal dirosakkan oleh virus. Cakera
liut yang ada fail salinan perlu di lindungi tulis (write-protect ).

Menjaga Keselamatan Cakera Liut ( disket )

Cakera liut harus dipegang pada label dipenjurunya.


Label cakera harus ditulis sebelum dilekatkan padanya. Guna pen yang
mempunyai felt tip.
Cakera tidak boleh dilipat.
Jangan dekatkan cakera dengan bahan magent atau alat-alat yang
mengandungi magnet seperti telefon, mainan bermotor dan sebagainya,
sumber yang panas atau dedahkannya pada sinaran terus matahari.
Untuk mengelak daripada habuk, cakera harus disimpan dalam bekas cakera
setelah digunakan.

Penyenggaraan Perkakasan Komputer


Selain daripada menggunakan komputer dengan cara yang betul, peralatan
komputer perlu dijaga dengan baik. Beri cadangan bagaimanakah anda boleh
menjaga dan menyenggaraan paralatan komputer di bawah;

Alat Paparan Video ( Monitor )


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Papan Kekunci ( Keyboard )


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Tetikus ( Mouse )
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Unit sistem
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Pencetak
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Cakera liut ( disket )


_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

1.5.2

Penjagaan Ancaman Virus

Terdapat pelbagai perisian untuk menolong manusia menjalankan komputer


dengan efisyen dan memudahkan kerja seharian. Perisian ini boleh didapati dalam
pelbagai bentuk. Satu masa dahulu perisian boleh didapati dalam bentuk cakera
liut. Tetapi dengan kemajuan dalam bidang teknologi CD, kebanyakan perisian
sekarang terdapat dalam bentuk CD.
Setiap perisian yang dibeli akan dibekalkan dengan lesen penggunaannya, yang
sah untuk penggunaan satu komputer atau lesen untuk networking. Tetapi di

dalam pasaran sekarang terdapat banyak perisian cetak rompak dan harganya
adalah murah. Tetapi awas, penggunaan perisian cetak rompak ini adalah salah
dari sisi undang-undang Hak Cipta Terpelihara di Malaysia.
Perisian yang dipunyai perlu dijaga dengan baik supaya tidak rosak atau
corrupted.
Satu cara perisian atau data boleh dicorrupted adalah kerana Virus.
Virus komputer adalah program komputer . Virus komputer tidak timbul secara
ajaib tetapi ia bangunkan oleh seseorang dengan maksud tertentu. Virus komputer
berupaya merebak dan menjangkiti program lain pada sistem komputer . Biasanya
ia tersembunyi.
BOMB merupakan program komputer yang tidak merebak tetapi menghasilkan
letupan. Ia tidak dapat diramalkan bila BOMB akan meletup.
BOMB masa meletup pada sesuatu masa tertentu. Contohnya Friday the 13th.
meletup pada hari Jumaat 13 Mei 1988. Bagaiamana dengan BOMB CIH ?
BOMB logik akan meletup apabila sesuatu syarat dipenuhi. Contohnya sesuatu
program ini digunakan untuk bilangan kali yang tertentu, terutama program
Games. Bila digunakan sebanyak 10 kali, BOMB akan meletup dan program akan
rosak.
CACING adalah program dengki yang boleh menjangkiti dan merebak dalam
memori atau dalam cakera sehingga tidak ada memori penuh atau tidak ada ruang
kosong dalam cakera. Ia tidak boleh meletup.
VIRUS adalah program , skrip atau makro yang lebih merbahaya kerana ia boleh
meletup, merebak dan juga membiak.
Virus ditulis oleh orang yang mahir dalam pengaturcaraan komputer. Tujuannya
adalah untuk sabotaj, penyelidikan, jenaka ayau perniagaan.
Virus boleh memasuki sistem komputer dengan dua cara iaitu melalui salinan
program atau fail dari cakera dan melalui proses replica virus itu sendiri.
Komputer yang boleh akses ke Internet sangat terdedah kepada jangkitan virus
melaui " downloading " atau e-mel.Ia banyak menyerang fail .EXE dan .COM. Ini
menyebabkan pembesaran saiz fail dan seterusnya mengubahsuai fail tersebut.
Terdapat juga virus yang menyerang fail dokumen seperti Virus Winword Concept.
Virus komputer juga boleh merebak melalui sektor but ( boot sector ) cakera.
Apabila virus menyerang sektor but ia dapat mengawal komputer setelah
komputer diaktifkan.

Contoh-contoh Virus



Creeper virus yang pertama dicipta pada tahun 1970


Christmas Virus dicipta pada Mar 1990. Memaparkan pokok Krismas pada
24 Disember hingga 1 Januari setiap tahun








Brain wujud sejak 1986. Rosak sektor but dan FAT dan menukar label
cakera
Dark Avenger dari Bulgaria pada tahun 1989. Menyerang fail .com , .exe dan
.ovl
Den Zuk dikesan di Indonesia pada 1988.
Ping Pong dicipta pada Mac 1988. Paparan skrin menunjukkan gambar bola
melantun.
Stoned dicipta pada Februari 1988.
Michael Angelo meletup pada Mac 1992

Tanda-tanda dijangkiti Virus .
















Sesuatu program mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk
dijalankan
Tugas-tugas operasi cakera kelihatan sukar dijalankan.
ERROR message dipaparkan.
Ingatan RAM yang bebas berkurangan.
Program atau fail atau data hilang tanpa sebab.
Perubahan pada saiz fail terutama fail dengan sambungan .exe dan .com
Terdapat fail-fail tersembunyi.
Merosakkan File Allocation Table dan sektor but. FAT yang rosak akan
menyebabkan fail dalam cakera tidak dapat dikesan dan sektor but yang rosak
tidak dapat memulakan sistem komputer.
Meroskkan fail dengan mengubah kod dan kandungan fail menyebabkan fail
rosak dan tidak dapat digunakan.

Melambat dan akhirnya mematikan perjalan sistem dengan membiak dan


mengisikan diri sendiri dalam ingatan komputer.
Mengubah label cakera.
Mencipta sektor yang tidak baik pada cakera ( bad sector ) menyebabkan data
hilang atau tidak dapat dicapai.
Menunjukkan paparan skrin yang tidak benar.

Cara-cara mengatasi Virus.




Kaedah Pencegahan
Guna kunci liut ( password )supaya orang-orang tertentu sahaja boleh
menggunakan komputer itu.
Selalu mengesan virus dengan menggunakan program pengesan virus
seperti MacFee Scan, PcCillin, TAVS dan lain-lain.
Selalu tutup tab lindungi tulis ( Write-protect tab ) pada cakera liut.
Jangan menyimpan data-data dalam cakera keras kerana sukar untuk
melindungi tulis pada cakera itu.
Selalu buat cakera bantu ( backup ) supaya ada salinan sekiranya
cakera asal rosak.
Jangan berkongsi diskette. Kemungkinan ia dijangkiti virus.

Kaedah Pertahanan

Masukkan perisian anti virus jenis TSR (bearada dalam memori )


seperti ARMOUR, DR SOLOMON dan sebagainya. Dengan cara ini,
virus akan dapat dikesan secara automatik setiap kali cakera diakses.


Kaedah Pemulihan
Tutup suis komputer anda sekurang-kurangnya 5 minit, kemudian but
semula dengan menggunakan diskette yang bersih dan write-protected.
Dalam setengah-tengah kes, menutup suis komputer akan
menghilangkan ingatan komputer. Dengan but panas ( Ctrl + Alt + Del )
selalunya tidak akan menghilangkan virus dari ingatan . Sesetengah
virus menggunakan but panas ini sebagai cara untuk merebak atau
melakukan aksi lain.
Laksanakan perisian antivirus yang terbaru untuk mengesan dan
mengenalpasti fail yang terjangkit.
Adalah lebih baik jika mempunyai disket sistem yang bersih dengan
perisian anti virus yang sedia ada di dalamnya.
Selepas menghapuskan dan membersihkan virus yang dijangkiti, Shut
Down komputer.

Hidupkan komputer semula dan laksanakan perisian anti virus untuk memastikan
ianya bersih dari virus.
Kebanyakan virus komputer tidak berbahaya dan mungkin berada dalam sistem
komputer tanpa dikesan tetapi ada setengah virus komputer yang boleh
merosakkan fail data atau memusnahkan fail dan juga cakera.
Bagaimanakah anda hendak tahu bahawa sistem komputer anda telah dijangkiti
virus ?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Sekiranya sistem anda dijangkiti virus apakah kesannya ke atas sistem komputer?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Bagaimanakah kita hendak mencegah sistem komputer kita daripada dijangkiti
virus?
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________

Apa maksud dilindungi tulis dan apakah fungsi lindungi tulis ini ?
________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai