Anda di halaman 1dari 61

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui


peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Keharmonian berkeluarga dicapai
melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi
perhubungan spiritual (agama), emosi seperti kasih saying, sifat hormat-menghormati,
bertanggungjawab, berpendidikan serta sifat-sifat kebendaan (pakaian, makanan, rumah
dan sebagainya). Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam
proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan
bermoral.

Dalam arus pembangunan masa kini, bentuk dan fungsi institusi keluarga telah
banyak berubah. Peranan institusi keluarga pula dipindahkan kepada agen-agen
sosialisasi lain seperti sekolah, polis, pejabat agama, pusat-pusat pemulihan, dan orang
gaji. Agen-agen ini, bagaimanapun tidak dapat memenuhi peranan institusi keluarga.
Perhubungan spiritual contohnya tidak mungkin dapat disempurnakan oleh institusi
bukan kekeluargaan. Kekosongan jiwa boleh menimbulkan berbagai masalah sosial
serius.

Jesteru itu kajian tentang keluarga bermasalah menjadi boleh mengenalpasti ciri-
ciri masalah dan faktor-faktor penyumbang kepada masalah, agar langkah-langkah
memantapkan institusi keluarga dapat disarankan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Rancangan pembangunan di peringkat negara maupun di peringkat negeri


mengharapkan kemajuan ekonomi dan sosial yang positif. Bagaimanapun perlaksanaan
rancangan rancangan pembangunan telah mengubah peranan institusi keluarga. Pada
mulanya rancangan pembangunan telah membuka peluang pekerjaan kepada ahli
keluarga. Ramai wanita dan rakyat di luar bandar mendapat pekerjaan dalam sektor
perkilangan dan sektor awam. Penambahan pekerjaan dikalangan wanita memerlukan
tugas-tugas ibu-bapa dipindahkan kepada atau dibantu oleh agen-agen sosialisasi
seperti jiran, orang gaji dan ibu-bapa. Akhirnya banyak masalah sosial timbul akibat
pemindahan peranan keluarga ini.

Begitu juga program yang dilaksanakan melalui media massa dan elektronik.
Pada awalnya program ini bermatlamat untuk menyebar maklumat-maklumat dan
pengetahuan kepada masyarakat. Bagaimanapun terdapat juga rancangan atau halaman
yang meninggalkan kesan negatif. Rancangan berunsur keganasan contohnya, telah
memberi kesan negatif kepada anak-anak. Masalah sosial akhirnya menjadi fenomena
yang timbul akibat proses pembangunan yang ditumpukan kepada pembangunan fizikal.
Pembangunan sosial yang dilaksanakan pula , kurang memberi kesan positif kepada
masyarakat.

Oleh kerana fahaman agama penting dalam proses pembentukan keluarga, di


Malaysia dan di negeri Johor, beberapa enakmen diluluskan bagi mengawal
pembentukan institusi keluarga (Lampiran A). Kajian Jamilah Ariffin (1992: 149-162) telah
menjelaskan dan menilai hal-hal pentadbiran Enakmen Keluarga yang digunapakai di
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak. Secara ringkasnya kajian itu menyebut
bahawa pembentukan keluarga Islam adalah bidang-kuasa dan tanggungjawab kerajaan
negeri dan ditadbir di bawah ‘The Family Law Enactment’ . Pembentukan keluarga
bukan Islam pula menggunapakai ‘The Law Reform (Marriage and Divorce)
(Amendmend) Act, 1980 ( Act A498).

1
Bagi negeri Johor, selain daripada Enakmen yang disebut di atas, kerajaan negeri
telah meluluskan Enakmen No 2, 1997 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
dan telah digunapakai mulai 1 Julai, 1998. Di antara fungsi Yayasan yang berkaitan
dengan kajian ini ialah “ membantu dan melaksanakan matlamat bagi membentuk
masyarakat harmoni, bahagia, sejahtera , penyayang dengan:
a. mengukuhkan institusi keluarga
b. membawa wanita dalam arus pembangunan dan
c. menangani masalah sosial”. (Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga
Darul Ta’zim, 1998)

Bagi pengisian program yang dipertanggungjawab kepada Yayasan, kajian


Pemantapkan Institusi Keluarga Johor ini dijalankan sebagai suatu usaha ke arah
mengawal berlakunya aspek-aspek kritikal yang di alami oleh keluarga bermasalah di
negeri Johor.

1.2 Penyataan Masalah

Keluarga adalah sebuah institusi sosial asas yang memainkan peranan penting di
dalam membentuk sahsiah dan perilaku seseorang individu. Perkembangan pemikiran,
emosi dan juga tingkahlaku seseorang bermula di dalam suasana kekeluargaan sejak
peringkat bayi lagi. Pembentukan moral anak-anak diperolehi melalui peniruan dan boleh
juga dipelajari secara formal atau tidak formal.

Akibat pekerjaan di luar rumah, hubungan ahli keluarga pada masa ini bersifat
individualistik dan egoistik kerana mengejar kejayaan kerjaya. Kos kehidupan juga
meningkat sehingga kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja. Dalam banyak kes ahli
keluarga juga perlu bekerja lebih masa bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Pemeliharaan dan pendidikan anak-anak terabai.

Semua ibu dan bapa pada hakikatnya mengasihani anak-anak mereka dan
menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmuni
dan bahagia. Senario mengejar perbelanjaan harian ini bagaimanapun telah
menimbulkan tekanan emosi dikalangan ibu-bapa. Penceraian, penderaan dan kes
juvana boleh berlaku akibat tekanan emosi yang tinggi di samping sikap tidak sabar di
kalangan ibu-bapa.

Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dibuat untuk mengatasi masalah
dalam keluarga, statistik jelas menunjukkan keadaan sebaliknya. Kemungkinannya,
program dan tindakan menangani masalah adalah terlalu umum seperti ceramah,
perjumpaan dengan ibu bapa dan nasihat yang diselitkan semasa majlis diadakan. Selain
daripada itu, tiada penilaian secara formal dibuat untuk mengukur keberkesanan
program.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-Undang Keluarga


Jabatan Agama Islam Negeri Johor, keluarga yang bermasalah ialah keluarga yang
menghadapi masalah penceraian. Pada tahun 1998, terdapat 1,351 kes keluarga yang
bercerai di mana ianya menunjukkan peningkatan berbanding dengan tahun sebelumnya
yang terdapat 1161 kes. Masalah penceraian boleh meninggalkan kesan negatif kepada
sesebuah keluarga. Selain daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Biro Bantuan
Guaman juga menerima banyak permohonan menuntut cerai. Menurut perangkaan yang
dikeluarkan mereka pada tahun 1997 terdapat 32 kes penceraian yang berlaku dan
bilangan kes ini meningkat kepada 44 kes pada tahun berikutnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor pula melaporkan terdapat 50 kes


keganasan rumahtangga yang berlaku di negeri Johor. Kaum Melayu mempunyai bilangan
kes yang tertinggi iaitu 19 kes, diikuti oleh kaum Cina dan India masing-masing sebanyak
15 kes dan lain-lain kaum hanya satu kes. Ini menunjukkan satu peningkatan kerana pada

2
tahun 1996 hanya terdapat 28 kes yang dilapurkan. Daerah Johor Bahru merupakan
daerah yang tertinggi sekali mempunyai laporan kes keganasan rumahtangga iatu
sebanyak 34 kes untuk tahun 1996 dan 1997.

Kes keganasan rumahtangga ini bukan sahaja melibatkan penderaan fizikal seperti
memukul, menampar tetapi juga penderaan seksual kepada kanak-kanak. Biasanya yang
menjadi mangsa ialah anak sendiri, adik atau kakak dan saudara mara yang tinggal
bersama dalam keluarga tersebut. Keadaan hidup yang tidak teratur merupakan punca
utama berlakunya penderaan seksual.

Dalam tahun 1997, terdapat 108 kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan
kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Johor. Bagi tahun yang sama, dianggarkan
banyak lagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Kaum Melayu
mencatatkan kes penderaan tertinggi iaitu sebanyak 75 kes, diikuti oleh kaum Cina
sebanyak 16 kes dan kaum India sebanyak 17 kes. Ini menunjukkan bahawa kaum
Melayu mempunyai institusi keluarga yang sering bermasalah. Daerah Johor Bahru
mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 33 kes dan selebihnya di daerah- daerah lain di
negeri Johor.

Beberapa hipotesis tentang keluarga bermasalah di Johor adalah seperti berikut:

i. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan ketua keluarga tidak


mempunyai pekerjaan tetap. Pekerjaan sampingan /luar musim
memerlukan masa yang tidak menentu sehingga pemeliharan dan
pendidikan anak-anak terabai.

ii. Ahli keluarga ramai, pendapatan keluarga rendah dan kelulusan


akademik tidak tinggi. Keluarga bermasalah juga tinggal dalam
persekitaran yang sesak serta kurang sihat.

iii. Ketua keluarga yang berpendapatan rendah maupun berpendapatan


pertengahan mengalami tekanan emosi akibat kos hidup yang tinggi di
bandar, dimana mereka bekerja. Tekanan emosi dan pendapatan yang
rendah menjadi punca masalah keluarga.

iv. Anak-anak keluarga bermasalah tidak mendapat sokongan spiritual


yang sempurna kerana ibu-bapa sebok bekerja. Kekosongan jiwa kanak-
kanak dan remaja boleh menyumbang kepada kes juvana.

v. Keluarga mithali sebaliknya mempunyai sikap positif dan tidak


mengabaikan pendidikan akademik dan agama dan akhlak anak-anak.
Mereka juga berjaya dalam banyak aspek kehidupan.

Kajian ini berasaskan hipotesis di atas adalah bertepatan pada masa negara
dilanda oleh masalah sosial yang berpunca daripada masalah keluarga.

1.3 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian ini ialah menyediakan program-program yang sesuai untuk


memantapkan institusi keluarga Johor Darul Ta’zim.

Pengisian program adalah berpandukan kepada kekekuatan ciri-ciri keluarga


mithali Johor. Peserta program diasaskan kepada profil utama keluarga bermasalah.
Tujuan program sebegini disarankan ialah bagi mengawal berlakunya masalah keluarga.
Program pencegahan ini lebih berekonomi dilaksanakan kerana sudah banyak program
yang pernah dilaksanakan bagi mengatasi keluarga bermasalah, namun ianya kurang
berkesan.

Sehubungan dengan itu, objektif kajian adalah seperti berikut:

3
i. Mengenalpasti profil keluarga bermasalah setiap daerah di Johor
ii. Mengenalpasti faktor-faktor penyumbang masalah keluarga mengikut
jenis masalah yang kritikal di Johor.
iii. Mengenalpasti profil dan ciri-ciri kekuatan keluarga mithali Johor
iv. Mencadangkan program-program bagi memantapkan institusi keluarga.

1.4 Skop Kajian

Masalah keluarga secara umumnya bersifat berturutan. Terdapat banyak sekali


masalah keluarga yang pernah diketengahkan seperti dibincangkan dalam kajian
literatur dalam Bab 2. Perbincangan dengan pihak Yayasan memutuskan bahawa
kajian ini ditumpukan kepada lima masalah keluarga iaitu: Penceraian, Penderaan isteri,
Penderaan anak, Keluarga tunggal, Keluarga yang terlibat dengan kes juvana.
Responden dipilih daripada lapan daerah di negeri Johor iaitu Johor Bahru, Pontian,
Mersing, Kota Tinggi, Batu Pahat, Segamat, Kluang dan Muar.

1.5 Kepentingan Kajian

Hasil kajian dapat digunakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan khususnya
institusi keluarga bermasalah melalui program-program yang dikemukakan. Di samping
itu, ia diharap dapat membantu pihak kerajaan dan bukan kerajaan untuk melaksanakan
program pemantapan keluarga yang berkesan.

1.6 Masalah Kajian

Berikut adalah antara masalah yang dikenalpasti semasa kajian

1.6.1 Masalah Responden

i. Terdapat alamat responden yang diperolehi daripada Mahkamah


Syariah Negeri Johor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor tidak
dapat ditemui kerana responden telah berpindah.
ii. Senarai responden yang diberi kurang sesuai daripada aspek umur
(iaitu umur melebihi 60 tahun)
iii. Sukar mendapat kerjasama responden kecuali ibu
tunggal.
iv. Pembanci terdedah kepada ancaman keselamatan berikutan
sikap agresif responden (contohnya kes penderaan isteri, didapati
suaminya menyoal pembanci, dimanakah alamat mereka
diperolehi. Bagi kes juvana pula, ibu bapa yang disoal menjadi
marah).
v. Responden sukar ditemui kerana mereka bekerja di waktu
petang. Pembanci terpaksa pergi waktu malam dan berulang kali.
Ini melibatkan tempoh masa dan kos pembancian meningkat.
vi. Sukar mendapat responden bukan Melayu.
vii. Tidak mendapat senarai responden daripada Biro Bantuan
Guaman dan NGO.
viii. Bagi kes keganasan rumah tangga ( penderaan isteri dan anak),
sangat sukar mendapat alamat responden kerana pihak polis
menyatakan bahawa maklumat responden di kategorikan sebagai
sulit. YPK diminta untuk mendapat kerjasama daripada pihak
Jabatan Polis dan Kebajikan Masyarakat.
ix. Tidak mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri
Johor bagi membantu mendapatkan responden kes juvana.

1.6.2. Masalah Pertindanan Data

Terdapat pertindanan data antara kes penceraian dan ibu tunggal


kerana selepas bercerai, responden menjadi ibu tunggal. Ini turut mempengaruhi
tempoh proses pembancian.

4
5
BAB DUA
KAJIAN LITERATUR
2.0 Institusi Keluarga

Institusi keluarga adalah unit paling asas dan terpenting dalam proses
pembentukan masyarakat. Jika baik, sejahtera dan bahagia sesebuah keluarga maka
akan baik, sejahtera dan bahagialah generasi yang dilahirkan dalam sesebuah
masyarakat. Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan sosial dan
kesan ekonominya akan dirasai oleh masyarakat dan generasi berikutnya. Oleh itu
maju atau mundurnya sesebuah negara adalah berpunca daripada institusi keluarga.

Memandangkan peri pentingnya pembentukan institusi keluarga yang mantap,


bab ini mengkaji beberapa definisi keluarga dan membandingkan apakah yang dicapai
melalui pembentukan keluarga bahagia serta apa pula kesan-kesan yang dilaporkan
telah berlaku akibat konflik dan tidak ada persefahaman antara ahli dalam
sesebuah keluarga. Beberapa teori keluarga bermasalah juga dibentangkan bagi
membantu usaha memantapkan institusi keluarga.

2.1 Definisi Keluarga

Coleman dan Cressey (1993: 110) mentakrifkan keluarga sebagai ‘a group of


people by marriage, ancestry or adoption who live together in a common household’,
(Kamus Dewan 1994) mencatitkan definisi keluarga sebagai ‘seisi rumahtangga yang
terdiri daripada suami dan isteri sahaja atau berserta anak-anak’. Mahmood (1997)
mentakrif keluarga sebagai unit sosial yang terdiri daripada bapa, ibu dan anak dan
yang paling penting ialah wujudnya suatu pertalian hidup tertentu dalam kelompok sosial
berkenaan.

Daripada perspektif Islam, keluarga adalah suatu unit sosial yang majmuk
sifatnya (extended). Keluarga majmuk ini terangkum dalamnya, bukan sahaja ibu bapa
dan anak-anak tetapi juga datuk, cucu cicit, adik beradik dan saudara mara. Di bawah
konsep keluarga tersebut mungkin terdapat lebih daripada sebuah rumahtangga
(poligami). Dari masa ke semasa, kelompok-kelompok rumahtangga ini boleh terpisah
daripada rumahtangga yang lain, tetapi dalam masa yang sama ia terangkum dalam
suatu ikatan keluarga. Dalam banyak hal ikatan ini mempunyai bentuk perhubungan
berbagai hala (Mahmood, 1997).

Takrif keluarga daripada perspektif Islam berbeza dengan perspektif Barat.


Daripada perspektif Barat, keluarga dihadkan kepada keluarga nuklear. Ia nya
mengandungi sekurang-kurangnya dua orang yang hidup bersama melalui pertalian
darah, perkahwinan atau ‘adoption’. Keluarga juga terbentuk daripada pasangan yang
tidak berkahwin tetapi hidup bersama dan mungkin juga mempunyai anak (single parent
family) – Gullota, Adams, Alexander (1986) dan Robins (1996).

Secara umumnya, keluarga yang sah terbentuk berasaskan ikatan perkahwinan


dan dikaitkan dengan pergaulan antara ahli keluarga. Pembentukkan sebuah keluarga
mempunyai objektif-objektif tertentu. Basri (1997) menjelaskan beberapa objektif
berkeluarga daripada perspektif Islam seperti berikut:

a. Mewujudkan satu umat yang kuat. Kekuatan ini bermula dari sistem
kekeluargaan yang utuh dan padu. Selain itu, ia juga merupakan asas utama
kepada pembentukan masyarakat inovasi.

b. Mengekalkan generasi manusia melalui proses kelahiran hasil dari


perkahwinan yang sesuai dengan tuntuan syarak dan naluri kemanusiaan.

6
c. Memelihara kehormatan suami isteri dari tercemar melalui persetubuhan
yang sesuai dengan naluri kemanusiaan.

d. Mewujudkan kerjasama antara suami isteri dalam mendidik dan


menjaga keturunan mereka dengan cara yang baik.

e. Mengembangkan tabiat kebapaan dan keibuan dalam suasana


pemeliharaan anak-anak dan melahirkan perasaan belas kasihan, cinta dan
kasih mesra.

f. Memelihara spiritual, mental, agama dan juga harta benda


seseorang.

g. Menggalakkan ibadat kepada umat Islam, kerana setiap suap


makanan yang diberikan oleh seorang suami terhadap isterinya dengan ikhlas
dikira sebagai ibadat. Begitu juga dengan persetubuhan atau aktiviti-aktiviti
lain.

i. Mendapat pengampunan dari Allah S.W.t peningkatan darjat dan


kemantapan sikap.

j. Menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W kerana denagn berkahwin


dan beranak-pinak akan bertambah ramailah umat Islam yang menjadi
kebangganaan Rasulullah S.A.W di hari kiamat kelak.

2.2 Konsep Keluarga Bahagia

Persoalan pokok dalam menghuraikan maksud keluarga bahagia ialah konsep


bahagia. Ia adalah satu ungkapan yang manis tetapi sukar menentukan bagaimana ianya
boleh dicapai. Terdapat berbagai-bagai tanggapan sama ada secara betul mahupun
secara salah tentang persoalan bahagia, baik dalam konteks kehidupan peribadi
mahupun dalam kehidupan kelompok sosial seperti keluarga, kumpulan, masyarakat dan
sebagainya.

Mengikut Rusmiati (1980) kebahagian adalah nikmat yang dirasai dalm


sanubati seseorang. Khawari dan Khawari (1989) mentakrifkan kebahagian
sebagai ‘….successful family does not mean material affluence but rather an
affluence of the heart, spirit and mind. The family:
a. becomes more unified
b. becomes more loving
c. gets along well together
d. always encourage each other’s accomplishment
e. always allow everyone to be successful
f. is productive
g. is confident
h. is happy
i. is always be the source of happiness for others

Kajian Mahmood, (1997) menyifatkan kebahagian tercapai apabila seseorang:

a. Mengalami kesenangan
b. Gembira
c. Mempunyai objektif dan tujuan hidup yang jelas
d. Optimistik
e. Merasa selesa dan
f. Merasa nikmat dengan setiap yang ada

Secara ringkasnya, kebahagian adalah perasaan yang terpancar dari lubuk hati
dan bukan sesuatu yang dipaksa atau disogok dari luar. Ia bukan terletak pada kekayaan,

7
kuasa, kedudukan dan apa saja yang bersifat kebendeaan. Sebaliknya, ia adalah
sesuatu yang maknawi, dapat dirasai tetapi tidak dapat diukur atau disukat.

Sesuai dengan maksud dan konsep keluarga bahagia inilah Al-Quran dan Al-
Sunnah telah memberi panduan dalam banyak aspek tentang kekeluargaan seperti
objektif pembinaannya, cara perkahwinan dikelolakan dan hubungan yang
diamanahkan antara satu sama lain.

Tentang perhubungan antara suami isteri, Allah S.W.T menerangkan bahawa


tujuan berkeluarga ialah untuk membina keluarga yang bahagia dan mewujudkan
ketenangan serta hubungan baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain. Firman
Allah yang bermaksud:
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-
isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya dan
dijadikannya di antara kamu rasa kasih dan sayang. ” Surah Ar-Rum (30):21

Oleh itu, Allah S.W.T mengutuk perkahwinan semata-mata berasaskan kepada


tuntutan hawa nafsu dan menjelaskan bahawa kebahagiaan tidak tercapai daripada
perkahwinan berasaskan kepada hawa nafsu.

Perhubungan antara suami isteri juga perlu dihormati dengan mewujudkan


pergaulan yang baik dan menjauhkan segala perkara yang boleh mengeruhkan suasana.
Bagi membentuk keluarga bahagia, suami atau isteri perlu memahami tugas dan
tanggujawab berikut:

a. Isteri dan anak-anak adalah amanah daripada Allah dan


membentuk keluarga bahagia adalah tanggungjawab yang wajib
disempurnakan sepenuhnya dengan baik, berakhlak dan jujur. Suami
adalah ketua keluarga.

b. Mencurahkan kasih sayang, belas kasihan dan bersedia untuk


berkorban kerana kebahagiaan keluarga.

c. Memberikan bimbingan, didikan dan pengajaran menurut kehendak Islam.

d. Melindungi keluarga dari segala bentuk pencerobohan dan


ancaman di samping melindungi mereka dari neraka.

e. Memberikan nafkah dan sara hidup yang selayaknya. Makanan dan


minuman, pakaian, perubatan, tempat tinggal yang sesuai.

f. Berlaku adil kepada mereka. Tindak tanduk hendaklah didasarkan di atas


asas bergaul yang baik.

g. Menyelaraskan masalah yang timbul di antara keluarga sesama mereka atau


dengan jiran tetangga dan sahabat taulan.

h. Isteri mempunyai hak di dalam mengendalikan hartanya. Suami tidak berhak


di atas harta kepunyaan isterinya. Kewajipan suami menghormati hak individu
ini.

i. Menyelesaikan maharnya jika belum jelas.

Setiap isteri pula bertanggungjawab melaksanakan segala tugas dan kewajipan


terhadap suami dan keluarganya dengan jujur, berakhlak dan amanah. Kesimpulan
tugas-tugas dan tanggungjawab isteri ialah:

a. Wajib bagi isteri mendokong konsep sebagaimana diwajibkan ke atas suami.

8
b. Patuh, taat dan menghormati suami selama mana tidak bertentangan
dengan syariat Islam.

c. Menjaga kehormatan dirinya dan suaminya dan menjaga amanah dan harta
suaminya dan juga rahsia keluarga dan rumahtangga.

d. Berhias untuk suami, isteri hendaklah sentaiasa berada di hadapan suami


dalam keadaan menarik dan kemas.

e. Menjaga anak-anak denagn sempurna dan sewajarnya menurut lunas-lunas


Islam, menjaga kebersihan, kesihatan dan kebajikan anak-anak sesuai sebagai
tugas ibu yang penyayang dan bertanggungjawab.

f. Menjalankan urusan rumahtangga supaya sempurna dan teratur


mengendalikan kerja-kerja rumah termasauk sekitarnya.

g. Tidak meninggalkan rumah melainkan setelah mendapat izin dari suaminya


atau disebabkan mudzarat.

Usaha membentuk keluarga yang baik, sempurna dan bahagia bukanlah suatu
perkara yang mudah kerana ia memerlukan pengorbanan yang tinggi nilainya. Mengikut
Khawari dan Khawari (1989),

“ One secret of a sucessuful family is its ability to solve problems


together. But even more important is learning how to foster those positive
conditions that prevent problems from arising in the first place”.

Namun begitu, institusi keluarga masa kini tidak lagi sama seperti
mana keluarga yang wujud lima puluh tahun lalu ( Shelan & Kameyer, 1997).
Perubahan bentuk dan fungsi institusi keluarga telah menganggu proses
mencapai kebahagian berkeluarga.

2.3 Konsep Keluarga Tidak Bahagia

Keluarga tidak bahagia membawa maksud keluarga kucau - kacir.


Terdapat banyak masalah atau krisis rumahtangga hingga menyebabkan
anggota keluarga tidak tenteram. Dalam Al-Quran kebahagian disebut sebagai
kontra kepada kecelakaan atau tidak bahagia. Dalam Surah Hud (11): 105-108,
Allah telah berfirman tentang hari akhirat yang bermaksud:

“Di kala datang hari itu tidak ada seorang pun yang berbicara melainkan
dengan izinNya. Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang
berbahagia. Adapun orang-orang yang celaka maka (tempatnya) di dalam
neraka.”

Ayat di atas membayangkan orang-orang yang berbahagia itu akan


mendapat kurnia yang terus menerus dari Allah S.W.T berbanding dengan
orang yang celaka di mana mereka itu akan terseksa terus. Meskipun ayat di
atas memperkatakan tentang kebahagiaan dan kecelakaan (tidak bahagia) di
akhirat tetapi yang pentingnya bagi kita di sini ialah gambaran mengenai
kebahagiaan dan kecelakaan itu sendiri.

Melalui ayat al-Quran, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang


menggambarkan perkataan “celaka” atau tidak bahagia. Di antara contoh ayat
tersebut ialah Surah Toha (20):2 dan 117, Surah Maryam (19):48, Surah Al-Lail
(92):14-16 dan Surah Al-Mukminun (23):105-106.

Berasaskan kepada penggunaan-penggunaan dalam ayat-ayat tersebut


ternyata bahawa kecelakaan atau tidak bahagia boleh ditafsirkan dalam
berbagai sifat. Antara sifat-sifat tersebut ialah rasa susah, hilang pedoman,

9
kecewea, sesat, tidak mampu menilai kebenaran dan hilang rasa nikmat
dengan apa yang ada atau dalam kata yang lain ia merujuk kepada suatu
keadaan yang tidak bahagia (Mahmood, 1997)

2.4 Keluarga Bermasalah

Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing di


dalam rumahtangga akibat daripada masalah keluarga ( Utusan Malaysia, 27 September
1990:12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah mengakibatkan timbul berbagai keadaan
negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Seterusnya, keadaan negatid ini boleh
mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus dalam sesebuah keluarga.

Coleman dan Cressey (1993), menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti


berikut:
a. Penceraian
b. Penjagaan Anak-anak
c. Penderaan Kanak-kanak
d. Keganasan rumahtangga
e. Keluarga Tunggal
f. Ibu bapa bekerja sepenuh masa
g. Konflik keluarga

Pembangunan ekonomi dan sosial telah melibatkan perubahan sistem, bentuk dan
peranan keluarga. Misalnya, peranan institusi keluarga telah banyak dipindahkan kepada
agen-agen sosialisasi (Yaacob, 1992; Fatimah,1994). Pemindahan peranan institusi
keluarga ini telah tidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak di atas dengan sempurna. Ini
menimbulkan permasalahan sosial yang semakin serius.

Mohd Taib (1996:8) menggambar kepincangan akhlak di kalangan generasi kedua,


contohnya, kurangnya sifat menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan pemimpin.
Punca timbulnya masalah kekeluargaan ini ialah kurangnya kefahaman ketua keluarga
dan ibu bapa terhadap peranan mereka. Hubungan kekeluargaan yang longgar amat
menyumbang kepada berlakunya masalah sosial masa kini. Walaubagaimanapun,
masalah ini berbeza seriusnya di pelbagai institusi keluarga berdasarkan tempat tinggal,
jenis pekerjaan, taraf pendidikan dan pengaruh media. Malah, bentuk keluarga itu sendiri
banyak menyumbang kepada fenomena sosial generasi kedua masa kini (Mohd Taib,
1996:136).

2.5 Teori-Teori Masalah Keluarga

Coleman dan Cressey (1993) membincangkan tiga pendekatan / teori berkaitan


masalah keluarga iaitu:

2.5.1 Teori Peranan (Functionalist)

Daripada perspektif Teori Peranan, keluarga bermasalah berpunca daripada


ketidakstabilan di dalam institusi keluarga akibat perubahan sosial. Perubahan sosial
berlaku apabila sumber ekonomi masyarakat yang mengamalkan sistem pertanian
berubah kepada perindustrian. Perubahan ini menyebabkan bentuk keluarga ‘extended’
berpecah dan terbentuknya sistem keluarga ‘nuclear’. Dalam proses melaksanakan
aktiviti perindustrianlah, institusi keluarga didapati gagal memberi didikan dan
penjagaan anak-anak dengan sempurna. Teori ini menerangkan juga (G.E Dickinson dan
M.R. Leming, 1995: 485) bahawa integrasi sosial adalah sebahagian daripada peraturan
perlu dalam unsur-unsur kehidupan. Setiap seorang adalah bahagian daripada
kumpulan yang mempunyai peraturan tertentu tentang perlakuan kumpulan
berkenaan.

2.5.2 Teori Konflik

10
Teori Konflik pula mentakrifkan keluarga bermasalah berpunca daripada konflik
atau pergeseran nilai dan tingkah laku ahli keluarga. Teori ini menerangkan bahawa
masyarakat tidak stabil dan ahli kumpulan bertanding untuk punca dan khidmat yang
berkurangan. Sebagai contoh adanya ketegangan antara masyarakat kelas rendah atau
golongan miskin dengan golongan kelas tinggi. Golongan miskin tidak mendapat peluang
yang sama untuk belajar boleh menjadi punca konflik. Penderaan yang berlaku adalah
akibat keadaan keluarga yang tidak stabil. Kewangan yang tidak mencukupi boleh
memberi kesan negatif (konflik) dalam perhubungan keluarga. Mengikut Nijole V
Benokraitis (1995:32), teori ini menerangkan berbagai kesengsaraan keluarga adalah
akibat daripada masalah sosial yang berleluasa.

Daripada sumber (G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485) teori ini
mencadangkan bahawa perbezaan kuasa adalah punca berlakunya kekerasan. Keluarga
yang tidak membahagikan kuasa secara sama rata, contohnya keluarga didominasi oleh
kaum lelaki mempunyai risiko yang tinggi untuk berlakunya kekerasan dalam rumah
tangga

2.5.3 Teori Psikologi Sosial

Teori ini mendapati adanya kaitan antara kegagalan ibu bapa mendidik
anak dengan masalah mental dan perlakuan juvana. Masalah keluarga
berpunca daripada sikap ibu bapa yang mengabai dan membezakan anak-anak
mereka serta mendidik dengan menggunakan cara kekerasan seperti memukul
dan merotan.

Peristiwa trauma yang dialami di zaman kanak-kanak didapati boleh memberi


kesan buruk dalam kehidupan di zaman dewasa kelak. Pendidikan keluarga sama ada
positif atau negetif tidak dinafikan akan mempengaruhi konsep diri seseorang. Konsep ini
dijadikan panduan semasa bertindakbalas sehingga mempengaruhi tingkahlaku.
Contohnya, jika berlakunya konflik dan pergeseran dalam proses pendidikan keluarga,
maka ianya akan menimbulkan kesan negatif seperti perhubungan tidak harmoni sesama
ahli keluarga.

G.E Dickinson dan M.R. Leming, 1995: 485 juga membincang teori ini dan
menjelaskan perlakuan seseorang di asaskan kepada imej yang diharapkan olehnya
bukan daripada keadaan nyata yang sebenar. Individu membina apakah dirinya yang
sebenar dan bertindak mengikut imej yang dibina itu. Seorang wanita misalnya
percaya boleh dipukul jika perlakuanya tidak mencapai seperti yang diharapkan oleh
suaminya.

2.5.4. Teori Sumber (Resource Theory)

Nijole V Benokraitis (1996: 274) membincangkan dua teori masalah keluarga.


Pertamanya Teori Sumber dan keduanya Teori Pertukaran.

Menurut Teori Sumber, lelaki (suami) pada umumnya mempunyai sumber,


kedudukan dan kuasa yang lebih tinggi daripada pasangan/isterinya. Sumber ini
termasuklah gaji, pendidikan dan sumber-sumber sosial. Satu bentuk sumber selalunya
melengkapi sumber yang lain. Contohnya mereka yang berpendapatan tinggi selalunya
berupaya mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi juga. Seorang wanita yang
mempunyai sumber pendapatan, berkebolehan untuk tidak bergantung kepada
pendapatan suaminya dan boleh menanggung perbelanjaan dan pemeliharan anak-anak

2.5.5. Teori Pertukaran ( Exchange Theory)

Teori Sumber boleh digabungkan dengan Teori Pertukaran untuk menerangkan


‘trade-off’ (pertukaran) yang boleh dibuat oleh suami dan isteri (Nijole V Benokraitis,
1996: 274). Contoh sumber yang boleh ditukar ialah seperti masa dan wang. Contohnya,

11
wanita yang menyara kehidupan keluarga tidak menolak dominansi suaminya untuk
menyeimbangkan esteem suaminya.

Teori ini menerangkan juga bahawa saling tindakbalas sosial diasaskan kepada
usaha setiap orang untuk memaksimumkan ganjaran dan meminimumkan kos. Akibat
daripada usaha ini, individu akan meneruskan perhubungan selagi ia menjangkakan
ganjaran melebihi kos. Seseorang membawa bersamanya punca tidak nampak seperti
kesayangan atau punca nampak seperti kekayaan dan kecantikan untuk diperdagangkan
bagi ditukarkan dengan kebaikan daripada perhubungan sosial. Selama mana kos dapat
diseimbangkan atau kos kurang daripada faedah, selagi itu perhubungan sosial akan
diteruskan. Apabila kos melebihi ganjaran, kebanyakan perkahwinan dikatakan akan
menuju kehancoran atau penceraian.

2.5.6 Faham Saling Tindakbalas Simbolik (Symbolic Inter – Actionism)

Teori ini diutarakan oleh G.E Dickinson dan M.R. Leming ( 1995: 485) untuk
menerangkan salingbertindak dikawal oleh komunikasi simbolik seperti pengetahuan, ide,
kepercayaan dan perlakuan serta bagaimana seseorang membuat penterjemahan bagi
sesuatu keadaan. Setiap ahli keluarga mempunyai satu atau lebih peranan dan perlakuan
mereka adalah mengikut status serta kedudukan dalam masyarakat. Peranan simbolik
ahli keluarga membenarkan suami beranggapan bahawa isteri dan anak patut didera jika
mereka tidak melaksanakan peranan dan tidak menepati ciri-ciri institusi kekeluargaan.

2.6 Bentuk-bentuk Masalah Keluarga

Berdasarkan huraian konsep dan teori terdapat beberapa pola masalah keluarga
yang dialami dalam masyarakat. Beberapa permasalahan yang berkait dengan skop
kajian ini dihuraikan dibahagian berikut:

2.6.1 Penceraian

Menurut Coleman, penceraian berlaku akibat tekanan yang dialami oleh individu.
Tekanan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi renggang.
Benokraitis mentakrifkan penceraian sebagai ‘penamatan suatu perkahwinan yang sah
dan formal’ (Nijole V Benokraitis, 1996).

Keadaan keluarga yang tidak stabil dan sering bertengkar boleh menyebabkan
penceraian berlaku. Suami yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik, ilmu
yang tidak lengkap dalam hal-hal pengurusan rumahtangga boleh menyebabkan keadaan
keluarga tidak teratur dan sering berlaku pertelingkahan. Kurangnya pengetahuan dalam
agama juga menyebabkan bilangan kes penceraian meningkat. Sebanyak 80% daripada
wanita yang terlibat dengan penceraian adalah mereka yang tidak pernah mendapat
didikan agama dan belajar sehingga tahun tiga sekolah-sekolah agama kerajaan Johor
(Utusan Malysia, 12 Mei 1999:10). Perangkaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Undang-
Undang Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor tahun 1998 pula mendapati kadar
penceraian tertinggi di negeri Johor berlaku dalam tempoh perkahwinan satu hingga tiga
tahun.

Kajian Patterson dan Kim (1991), mendapati masalah komunikasi sebagai sebab
utama penceraian diikuti kecurangan, penderaan emosi dan penghakisan rasa cinta.
Kesan penceraian menyulitkan proses penjagaan dan didikan anak-anak.

Menurut U.S Bureau of the Census 1994b, kadar penceraian telah berganda sejak dua
dekad yang lalu, di mana lebih separuh daripada perkahwinan berakhir dengan
penceraian (Wolf, 1996). Mereka juga bersetuju penceraian selalunya menghasilkan
cabaran ekonomi/kewangan kepada wanita dan anak-anak kerana pendapatan telah
berkurangan.

Davidson & Moore melaporkan, di Amerika Syarikat salah satu sebab berlaku penceraian
di sekitar tahun-tahun 1960an, 70an dan 80an adalah peningkatan penglibatan wanita

12
dalam tenaga kerja (Davidson & Moore, 1996). Mengikut Henslin (dalam Davidson &
Moore, 1996) terdapat lapan pembolehubah yang mempengaruhi berlakunya penceraian:
a. Ketidakserasian peranan suami isteri
b. Perbezaan cara menyelesaikan masalah antara lelaki dan perempuan
kerana sosialisasi yang berbeza.
c. Keperluan hidup yang bertambah
d. Kebosanan dalam kehidupan perkahwinan
e. Perubahan-perubahan fungsi perkahwinan dan kekeluargaan
f. Peningkatan usaha memenuhi emosi
g. Peningkatan sokongan terhadap wanita yang bercerai
h. Harapan yang keterlaluan tehadap peranan isteri/suami (mengikut tradisi)

Menurut Fisher (dalam Davidson & Moore, 1996: 657) pasangan yang menghadapi
risiko yang tinggi untuk bercerai ialah mereka yang berada dalam jangka pendek
perkahwinan yang mempunyai seorang anak iaitu antara 1-3 tahun perkahwinan. Mereka
ini tidak berjaya menghadapi cabaran cabaran alam perkahwinan dan gagal
menyelesaikan soal rumahtangga seperti masalah kewangan, penjagaan dan kesihatan
anak-anak. Juga campurtangan ibu-bapa , saudara mara menambahkan lagi kompleknya
cabaran kepada pasangan yang baru berkahwin bagi terus menyesuaikan diri mereka
dengan alam perkahwinan.

Sehingga kini, para pengkaji masih lagi tidak jelas sama ada penceraian memberi
kesan yang lebih buruk kepada keluarga atau lebih baik sekiranya ahli keluarga masih
tinggal bersama walaupun tidak bahagia.

2.6.2 Penderaan Kanak-kanak

Coleman dan Cressey mengkategorikan penderaan kanak-kanak dalam kes


keganasan rumahtangga. Ianya berlaku akibat gangguan emosi yang dialami oleh ibu
bapa berpunca daripada tekanan (stress). Kegagalan mengawal perasaan menyebabkan
ibu bapa bertindak melulu dengan melepaskan kemarahan kepada anak-anak. Perlakuan
mendera anak-anak boleh berterusan daripada satu generasi kepada satu generasi
melalui pembelajaran. Selain daripada itu, tabiat meminum minuman keras yang
menyebabkan mabuk juga menjadi punca kepada berlakunya penderaan (Muhammad,
1985). Ciri-ciri kurang sihat ini mewujudkan persekitaran negatif dalam proses
pendidikan dan pembesaran anak-anak. Keadaan yang tidak memberansangkan ini
dialami oleh setiap kaum.
2.6.3 Keganasan Rumahtangga

Keganasan rumahtangga ditakrifkan sebagai penderaan seksual dan fizikal yang


dilakukan oleh suami kepada isteri dan anak-anak mereka sendiri (Robert, 1993).
Penderaan fizikal melibatkan perbuatan menyepak, menampar, mencucuh objek panas
seperti seterika dan bara rokok kepada tubuh badan serta memukul dengan
menggunakan objek keras seperti talipinggang dan kayu.
Ianya terjadi apabila kedua dua suami isteri tidak dapat menyelesaikan sesuatu
masalah dengan cara diplomasi. Pergaduhan mulanya berlaku hingga menyebabkan
suami mengambil tindakan mendera isteri. Mangsa penderaan bukan sahaja menghadapi
masalah mental yang serius seperti tekanan perasaan akibat daripada perbuatan
tersebut malah ianya menjejaskan kesihatan mangsa ( Tamadun, April, 1998: 23 ). Di
antara kesan yang diterima ialah lebam anggota badan, luka-luka, melecur kulit dan ada
kes penderaan yang membawa maut.
Di Amerika Syarikat penderaan isteri sering berlaku. Di antara 50-75 peratus wanita
pernah didera oleh pasangan mereka (Dickinson & Leming, 1995). Ia berlaku dalam
semua lapisan masyarakat di kalangan golongan kaya atau miskin, berpendidikan atau
tidak berpendidikan (Thorman, 1980).

Beberapa kajian melaporkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara


penyalahgunaan dadah dan minuman keras dengan keganasan rumahtangga (Hampton
& Coner-Edwards, 1993). Menurut Gullotan, Adams dan Alexander (1986), Gelles, et.al

13
telah membuat kesimpulan bahawa lelaki yang mendera isteri atau anak juga sama ada
pernah didera atau pernah melihat penderaan dalam keluarga sewaktu kecil. Ciri-ciri
negatif ini mewujudkan persekitaran yang tidak sihat untuk anak-anak membesar
2.6.4 Keluarga Tunggal

Fenomena bapa atau ibu tunggal semakin meningkat dari sehari ke sehari. Ianya
berlaku kerana kematian pasangan atau penceraian. Perpisahan tersebut meninggalkan
penafian, emosi dan perasaan yang tidak stabil, rasa bersalah, rasa kehilangan dan
kesepian serta perasaan lega (Kavanaugh, 1972).

Menurut Dudley (1991), mereka juga merasa tertekan dengan keperluan


mencari pekerjaan dan tanggungjawab keibubapaan seperti mendidik dan
membimbing anak-anak (Wolf, 1996). Pada masa yang sama ibu/bapa tunggal
perlu memelihara kesejahteraan keluarga seperti memberi kasih sayang
secukupnya. Bukan sahaja seorang bapa tidak boleh memain peranan sebagai
seorang ibu dan sebaliknya, tetapi juga masa amat terhad untuk membolehkan
keluarga tunggal berfungsi sepenuhnya. Tanggungjawab berat yang dipikul
oleh satu pihak sahaja ini boleh mengakibatkan penjagaan anak-anak terabai.

2.6.5. Ibu bapa Bekerja Sepenuh Masa

Arus pemodenan yang berlaku menyebabkan kos sara hidup semakin meningkat.
Oleh yang demikian, sumber pendapatan yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan
keperluan keluarga dapat dipenuhi. Ini menyebabkan bilangan isteri yang bekerja
semakin meningkat untuk meringankan beban yang ditanggung oleh suami. Taraf
pendidikan yang semakin baik diterima oleh kaum wanita membolehkan mereka
mendapat jawatan atau kerja.
Apabila kedua-dua ibu bapa keluarga bekerja, masa yang dihabiskan bersama
anak- anak semakin kurang. Ini akan menyebabkan anak-anak kurang mendapat kasih
sayang. Ini kerana keluarga yang mempunyai kualiti yang baik sperti memberi kasih
sayang yang secukupnya dapat mengurangkan masalah perlakuan anak-anak (Burbach &
Borduin,1986). Anak-anak perlu disemai dengan sifat kasih sayang untuk mewujudkan
rasa yang anak-anak ini dilindungi dan disokong oleh keluarga bagi mengelakkan
berlakunya perkembangan masalah anak-anak sana ada dari luar ataupun dalam.

Pasangan dwi-bekerja memberi kesan kepada keluarga dalam banyak cara (Benokraitis,
1996). Peranan kerja mempengaruhi kualiti perkahwinan, tanggungjawab kekeluargaan
dan kesejahteraan anak-anak. Walaubagaimanapun, Higgins et.al (dalam Berokratis,
1996) mendapati ibu yang bekerja masih dapat meluangkan masa kepada keluarga lebih
daripada bapa yang bekerja. Pengkaji-pengkaji kebelakangan ini pula mencadangkan
bahawa persoalannya bukan pekerjaan ibu semata-mata memberi kesan kepada kanak-
kanak tetapi kualiti penjagaan kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian.

2.6.6 Masalah Remaja dan Juvana

Kajian Zainal (1985) membincangkan masalah remaja yang menimbulkan konflik


kepada keluarga. Antaranya:

a. Pencanggahan pendapat dengan remaja.


b. Remaja dilayan seperti anak kecail
c. Remaja selalu dikritik oleh ibubapa
d. Keluarga menentang rancangan remaja
e. Ibubapa tidak memahami remaja
f. Remaja tidak dibenarkan keluar dengan kawan dari jantina lain
g. Ibubapa tidak membenarkan kanak-kanak remaja datang ke rumah

Masalah-masalah di atas berpunca daripada:


a. Masalah tiada kemahiran dan pengalaman pekerjaan
b. Tiada pendidikan sempurna

14
c. Suka berangan-angan dan mudah dipengaruhi
d. Keluarga miskin atau kucar-kacir
e. Kurangnya perhubungan dua hala antara ibu bapa dan anak-anak

Hasil kajian di atas menunjukkan bahawa masalah-masalah remaja mempengaruhi


kecenderungan timbulnya konflik dalam keluarga dan iklim kekeluargaan juga memberi
kesan kepada remaja.

Ibu bapa yang mengabaikan anak-anak dan tidak konsisten dalam menjaga displin
anak menjadi punca kepada kepada keganasan dan perlakuan delinkuen remaja
( Bandura & Walters, 1963). Mereka mengkaji faktor perhubungan keluarga dengan
tingkah laku delinkuen. Kajian mereka menghadkan sampel kepada remaja yang tidak
mengalami kerumitan kewangan dan yang mempunyai kedua-dua ibu bapa tinggal
serumah. Kajian itu telah menunjukkan tiada apa-apa perbezaan dari segi cara
perhubungan ibu-anak di antara remaja delinkuen dan bukan delinkuen.
Walaubagaimanapun, perbezaan besar terdapat dalam aspek perhubungan bapa-anak.
Dapatan kajian itu menggambarkan bahawa remaja delinkuen kurang
mengidentifikasikan diri mereka dengan bapa. Dalam hal ini pihak bapa dikatakan gagal
memainkan peranan yang baik dalam membina nilai-nilai moral kepada anak-anak
mereka.

Nash turut bersetuju dengan dapatan kajian Bandura dan Walters (1963). Dari
kajian klinikal yang dibuatnya, beliau telah membuat kesimpulan bahawa perhubungan
bapa-anak terutama bapa dengan anak lelaki sangat penting bagi menentukan
kemungkinan anak remaja terpesong ke arah tingkahlaku delikuen. Antara ciri-ciri negatif
yang disebutkan adalah seperti:
a. Hukuman yang diterima daripada keluarga terlalu teruk dan ganas
b. Sikap bapa terlalu autoritarian
c. Ibu biasanya dominan di rumah
d. Remaja mempunyai imej yang rendah terhadap bapanya
e. Berlaku kegagalan berkomunikasi antara ibu bapa dan remaja

Kajian berikutnya mendapati ibu bapa yang tidak mempedulikan anak


dan menjaga displin anak dengan baik dikaitkan dengan kes juvana seperti
mencuri, lari dari rumah dan bergaduh (Lefkowitz,Eron,Waldert & Huesman,
1977:57).

Masalah yang sering berlaku pada remaja juga dikatakan mempunyai


hubungan dengan pengabaian tanggungjawab ibu-bapa dalam mengawasi
aktiviti dan perlakuan anak-anak (Loeber & Stoutmer,1986). Kualiti hidup
yang dilalui oleh remaja pula boleh mempengaruhi masalah juvana dan jenis
kesalahan yang dilaku oleh remaja (Hadad,Barocas & Hollenback, 1991:.23).
Kajian Hadad (et al) menyokong penjumpaan Loeber & Stoutmer iaitu
perlakuan delinkuen mempunyai hubungan dengan kekurangan
tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak, kurang menghabiskan
masa bersama anak-anak, tidak mengambil berat tentang pelajaran, kawan-
kawan dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka diluar rumah.
Kesilapan dalam corak komunikasi pula boleh melahirkan masalah dalam
keluarga dan seterusnya mencorakkan kecenderungan untuk melakukan
kelakuan yang tidak baik (Sanders & Dadds,1992:.46).

Pertambahan ibu tunggal atau bapa tunggal pada pandangan Coleman (1993)
bukan sahaja mencetuskan masalah keluarga tetapi boleh menimbulkan masalah juvana
. Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau
bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Kemesraan yang wujud
dalam keluarga semakin berkurangan dan kasih sayang semakin luntur. Anak-anak
semakin menjauhkan diri mereka dan mula memencilkan diri. Akibatnya, hubungan
dalam keluarga semakin dingin dan suram. Sebagai penyelesaiannya, anak-anak
menghabiskan banyak masa mereka di luar rumah dan sering terdedah kepada pengaruh
negatif kawan-kawan mereka.

15
2.6.7 Jenayah Agama

Beberapa kajian berkaitan dengan keluarga telah dibuat oleh ahli-ahli akademik di
Malaysia. Penemuan-penemuan kajian menyatakan beberapa masalah keluarga
lain belum pernah diketengahkan dalam literatur. Sebagai contoh, kajian Amran
(1993) berkaitan dengan kes-kes jenayah agama yang dibicarakan di mahkamah-
mahkamah Syariah Negeri Johor. Kesalahan itu termasuklah:
a. Minum minuman yang memabukkan
b. Menjual dan membeli makanan atau minuman dalam bulan Ramadhan
c. Berkhalwat
d. Persetubuhan haram
e. Bersedudukan
f. Pelacuran dan kesalah muncikari

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa punca utama wujudnya masalah sosial di
Johor ialah keadaan latarbelakang keluarga pesalah yang mempunyai masalah-masalah
seperti:

a. Ibubapa dan anak-anak yang tidak mempunyai didikan agama yang


sempurna.
b. Kurang pengawasan daripada keluarga terhadap anak-anak.
c. Hubungan antara anggota keluarga yang tidak erat.
d. Suka membuang masa di luar rumah (lepak)
e. Keluarga yang besar bilangannya.
f. Keluarga miskin.
g. Ibu banyak menghabiskan masa di luar rumah untuk mencari rezeki.
h. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
i. Perselisihan faham antara suami isteri
j. Isteri-isteri yang telah ditinggalkan suami tanpa penceraian yang sah
(digantung tak bertali)

2.6.8. Disiplin Pelajar

Halimah (1990) telah menyenaraikan maslah-masalah sosial dan masalah-


masalah diplin di sekolah-sekolah di Semenanjung Malaysia. Bagi masalah disipilin di
sekolah rendah dan menengah pula disenaraikan seperti:

a. Memiliki dadah
b. Mencuri
c. Berjudi
d. Merosak harta sekolah dan guru
e. Merokok
f. Mengacau
g. Mengugut guru besar, guru, pengawas dan pelajar
h. Memeras ugut
i. Mempunyai senjata merbahaya
j. Ahli kongsi gelap
k. Isu sensitif
l. Minum minuman keras

Kajian berkaitan dengan kekeluargaan yang dibuat oleh Hitam (1990) terhadap
kes-kes akibat halangan dalam perhubungan kemanusiaan (fokus kepada kasih sayang)
juga telah menyenaraikan masalah-masalah sosial yang ditangani oleh Jabatan Kebajikan
Masyarakat sebagai:
a. Penganiayaan/pengabaian anak-anak
b. Ketidakharmonian di dalam perkahwinan
c. Ketagihan arak / dadah
d. Kelahiran anak luar nikah

16
e. Pesalah juvana
f. Wanita dan gadis yang terdedah kepada kerosakkan moral
g. Jenayah orang dewasa
h. Perpecahan keluarga
i. Ketiadaan tempat tinggal
j. Pelacuran
k. Kecacatan fizikal dan mental
l. Masalah kemiskinan
m. Keinginan melarikan diri

Masalah-masalah yang disenaraikan merupakan masalah yang dikenalpasti punca


yang dominan sebelum tindakan susulan diambil untuk mengatasi masalah-masalah
tersebut.

Kajian Hitam (ibid) juga merumuskan bahawa keluarga bukan sahaja dapat
mengelakkan persengketaan tetapi juga anak-anak yang membesar di dalam sesebuah
keluarga yang harmoni dan sejahtera, apabila mereka dewasa kelak akan menggunakan
pengalaman-pengalaman ini bagi membina sebuah keluarganya sendiri yang bahagia.

2.7 Faktor-Faktor Masalah Keluarga

Oleh itu perlu ada kesedaran daripada semua pihak sama ada ibu bapa, remaja
dan pendidik meneliti punca/faktor yang membawa kepada masalah keluarga. Secara
amnya, teori-teori dan kajian-kajian yang di atas mengenalpasti beberapa faktor yang
menjadi punca keluarga bermasalah. Kebanyakan faktor-faktor berikut akan dibincangkan
secar ringkas: Kemiskinan, Pengangguran, Tahap pendidikan yang rendah, Taraf
kesihatan rendah, Kurang kemahiran berkomunikasi, Pengabaian tanggungjawab,
Hubungan anggota keluarga yang tidak harmoni, Urbanisasi, Perubahan nilai dan
Globalisasi

2.7.1 Kemiskinan

Kemiskinan ditakrifkan sebagai satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak


memperoleh pendapatan yang cukup bagi menampung perbelanjaan keperluan asas
(seperti makanan, pakaian, tempat tinggal) dan juga perubatan serta pengangkutan yang
diperlukan oleh ahli keluarga bagi membolehkan mereka menjalankan kegiatan harian
dengan baik (Tamadun, April 1998:18) . Ketua keluarga yang tidak memperolehi
pendapatan yang mencukupi untuk menampung keperluan sesebuah keluarga akan
berhadapan dengan masalah rumahtangga. Pendidikan formal anak-anak seperti
persekolahan juga terganggu.

Faktor luaran seperti kos sara hidup yang meningkat juga membebankan
perbelanjaan keluarga itu, lebih-lebih lagi keluarga yang tidak mempunyai sumber
pendapatan yang tetap dan mempunyai ramai anak.

Keluarga miskin yang berpindah ke bandar biasanya terpaksa tinggal di kawasan


setinggan. Akibat kesesakan di kawasan setinggan, keluarga miskin menghadapi banyak
kekurangan contohnya sesak dan tidak teratur serta menghadapi kekurangan kemudahan
asas seperti bekalan air paip, elektrik, kemudahan tandas dan tempat membuang
sampah. Kawasan setinggan yang tidak tersusun ini menjadi sarang masalah sosial
seperti jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka yang tinggal di kawasan setinggan
juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit yang mendatangkan masalah kepada keluarga
(Tamadun, April, 1998)

Apabila masalah kewangan sering berlaku dan keadaan rumah serta persekitaran
tidak selesa, ahli keluarga sering mengalami tekanan emosi. Pergaduhan dan
pertelingkahan sering berlaku di antara suami dan isteri berpunca daripada kekurangan
wang. Keadaan negatif ini berterusan menyebabkan keadaan keluarga menjadi tidak

17
tenteram. Maka timbul lagi masalah keluarga yang lain, seperti penceraian dan
keganasan rumahtangga.

2.7.2 Pengangguran

Pengangguran ditakrifkan sebagai keadaan seseorang yang aktif daripada segi


ekonomi tetapi tidak bekerja atau tidak mempunyai sebarang pekerjaan ( Kamus Dewan,
1994). Suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau malas bekerja mengakibatkan
kehidupan dalam keluarganya tidak sempurna.

Apabila suami tidak bekerja, beban untuk menyempurnakan perbelanjaan


keluarga diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Bila isteri terpaksa bekerja untuk
menyara keluarga, pengurusan anak-anak dan rumahtangga terabai. Pengabaian ini
boleh mengakibatkan anak-anak tidak mendapat kasih sayang atau disiplin mereka
tidak dikawal. Keadaan ini membawa anak-anak terpedaya dengan aktiviti yang
merugikan sehingga timbul bermacam-macam masalah keluarga.

2.7.3 Taraf Kesihatan Rendah

Taraf kesihatan rendah ditakrifkan sebagai keadaan keluarga yang kerap ditimpa
sakit. Anak-anak sering sakit dan memerlukan perbelanjaan perubatan. Ibu- bapa
mengalami masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, lelah dan sebagainya
(Kamus Dewan, 1994: 679). Tempat tinggal yang tidak sesuai seperti di kawasan
setinggan menyebabkan masalah kesihatan keluarga bertambah serius. Kebersihan
persekitaran rumah tidak dijaga rapi, kotor dan sampah berselerak kerana kedudukan
rumah yang terlalu dekat, tidak dapat dipastikan sempadan pembersihan kawasan.
Keadaan ini memudahkan penyakit seperti denggi dan malaria merebak (Tamadun,
April,1998 : 34).

Apabila anak-anak jatuh sakit, ibu bapa keluarga yang miskin biasanya tidak
mampu menanggung kos perubatan atau kos pengangkutan untuk membawa anak-anak
ke klinik kesihatan. Anak-anak mereka tidak mendapat rawatan yang sewajarnya seperti
pemeriksaan doktor di klinik atau hospital. Sekiranya mereka mampu, ibu bapa yang
miskin akan membeli ubat yang murah, tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor
perubatan. Ini akan meningkatkan lagi risiko anak-anak kepada penyakit yang merbahaya
apabila mereka meningkat dewasa.

2.7.4. Tahap Pendidikan Rendah

Ketinggian ilmu menjadi penting dalam memelihara kebahagiaan sesebuah


keluarga (Utusan Malaysia, 12 September 1990 :11). Ilmu adalah penyuluh hidup dan
ianya akan memberi panduan dalam kehidupan seharian. Jika pendidikan rendah iaitu
‘didikan, ilmu, ajaran yang diterima oleh seseorang tidak tinggi’ (Kamus Dewan,
1994:389), pemikiran yang di ambil tidak rasional. Keputusan yang diambil lebih
mengikut perasaan tanpa mengambil kira kesannya di kemudian nanti. Jika kekurangan
ilmu, keputusan biasanya dibuat secara individu tanpa mengambil kira pandangan orang
lain. Hal ini akan menyebabkan ahli keluarga sering bertengkar (Mohamad
Hussain,1985:26). Apabila pertengkaran menjadi serius, ia biasanya menimbulkan rasa
tidak puas hati di satu pihak. Maka tiada lagi persefahaman yang wujud dalam sesebuah
keluarga.

2.7.5 Kurangnya Kemahiran Berkomunikasi

Kurangnya kemahiran berkomunikasi ditakrifkan sebagai ketidakupayaan dalam


mengadakan perhubungan melalui percakapan, perbincangan, pertukaran pendapat
dengan seseorang ( Kamus Dewan,1994:456). Masalah komunikasi dan kegagalan untuk
berinteraksi dengan betul dikaitkan dengan masalah mental anak-anak, perbuatan
delinkuen dan bertindak agresif dalam setiap perbuatan ( Foster & Robin, 1989:493 ).

18
Kesilapan dalam kaedah berkomunikasi boleh menimbulkan masalah dalam keluarga dan
seterusnya cenderung kepada pelakuan yang tidak baik.

Tiga faktor interaksi dalam keluarga yang menyebabkan berlakunya masalah


komunikasi dan menyebabkan hubungan di kalangan ahli keluarga menjadi luntur
termasuklah:
a. Suka mendiamkan diri
b. Menunjukkan kedegilan
c. Menarik diri apabila berlaku satu proses komunikasi di dalam keluarga.

2.7.6 Pengabaian Tanggungjawab

Ibu bapa yang tidak menunaikan tanggungjawab dengan baik akan menyebabkan
pengurusan keluarga tidak terurus dengan baik. Pengabaian tanggungjawab ditakrifkan
sebagai sikap yang tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kepada kewajipan
yang dipikul oleh ahli keluarga ( Kamus Dewan, 1994:237). Ibu bapa yang tidak menjaga
disiplin anak-anak menjadikan anak-anak bebas melakukan kesalahan. Ramai remaja
mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan serta perhatian
sewajarnya daripada ibu (Tamadun, Jun, 1997:14).

Selanjutnya, suami yang tidak menunaikan tanggungjawab utama seperti


memberi nafkah zahir kepada keluarga, akan memberi tekanan kepada pihak isteri dan
anak-anak untuk memikirkan cara mendapatkan wang yang cukup bagi menyara
kehidupan.

Pengabaian tanggungjawab juga boleh berbentuk, tidak memberi didikan yang


sempurna pada anak-anak. Ibu-bapa sebaliknya mengharapkan institusi formal seperti
sekolah untuk memberi didikan kepada anak-anak (Tamadun, Jun ,1997: 31 ). Ibu bapa
juga kurang memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Ini akan menjadikan
kehidupan anak-anak terumbang-ambing tanpa sebarang panduan agama yang kukuh
daripada zaman kanak-kanak. Apabila dewasa, anak-anak akan bertindak di luar hukum
agama dan mengikut naluri bebas tanpa diberi panduan oleh ibu bapa.

2.7.7 Hubungan Anggota Keluarga Tidak Harmoni

Masalah akan timbul bila perhubungan di antara keluarga tidak harmoni.


Hubungan yang tidak harmoni ditakrifkan sebagai tidak menunjukkan sebarang
penyesuaian atau persetujuan pendapat, sikap dan perasaan antara satu sama lain
(Kamus Dewan, 1994: 450). Perpecahan atau pertelingkahan di antara suami dan isteri
boleh menimbulkan keadaan kucar-kacir ( Mohammad Hussain, 1985:23).

Pertelingkahan berpunca dari wujudnya sikap tidak hormat menghormati di


antara satu sama lain. Suami tidak menghormati isteri dan anak-anak pula tidak
menghormati ibu bapa. Isu poligami sering menjadi bahan perdebatan masalah kelaurga
kerana suami tidak adil dalam melayan isteri menyebabkan satu pihak (ister) tidak
berpuas hati.

Apabila kerap berlaku pertengkaran, maka tiada lagi persefahaman yang wujud
dalam keluarga. Anak-anak pula merasa kurang mendapat kasih sayang dan panduan
(Minuchin, 1974:100 ). Setiap individu di dalam keluarga tidak mempedulikan hal ahli
keluarga yang lain. Perhubungan antara ahli menjadi semakin renggang dan tidak
harmoni.
Apabila setiap anggota dalam sesuatu keluarga tidak memeperdulikan hal ahli
yang lain, dan tidak pula memberi galakan kepada anggota keluarga yang lain, contoh
bapa tidak mengucapkan tahniah apabila anaknya berjaya dalam sesuatu peperiksaan,
maka perhubungan tidak harmoni berlaku. Begitu juga sekiranya pasangan tidak dapat
menerima kelemahan isteri atau suami, sehingga sering kali pasangan di persalahkan.
Maka hubungan harmoni tidak wujud lagi dalam keluarga.

19
2.7.8 . Urbanisasi

Penumpuan kehidupan di kawasan bandar berlaku kerana peluang pekerjaan dan


kemudahan yang lebih baik ada di bandar. Urbanisasi ditakrifkan sebagai pengubahan
atau perubahan keadaan sesuatu tempat atau daerah menjadi bandar atau kawasan
perbandaran (Kamus Dewan, 1994). Menurut kajian Sharon, menjelang tahun 2025, 61%
daripada populasi penduduk dunia akan berhijrah dan menetap di kawasan bandar. Ini
akan menyebabkan kadar kemiskinan meningkat kerana wujud persaingan akibat dari
kepadatan penduduk di kawasan bandar (Sharon & Christine, 1994 :154). Tidak
semestinya semua keluarga yang berpindah ke bandar menikmati kehidupan yang
mereka harapkan. Mereka yang gagal mendapat pekerjaan dan pendapatan yang cukup
perlu terus bekerja lebih masa di bandar.

Biasanya ibu-bapa sibuk bekerja di bandar. Hubungan berkualiti di antara ibu


bapa dan anak-anak semakin kurang. Ini melunturkan kasih sayang anak-anak kepada ibu
bapa. Anak-anak yang tidak mendapat kasih sayang dan pengawasan rapi daripada ibu
bapa sering terpedaya dengan galakan kawan-kawan. Ramai anak muda menjadi
mangsa kemewahan hidup di bandar (Mohamad Hussain, 1985: 25 ). Pada mulanya
sebagai alternatif kepada kasih sayang ibu-bapa mereka, anak-anak ini keluar dari
rumah dan menghabiskan masa dengan rakan-rakan di pusat-pusat hiburan, disko dan
pub, pusat permainan video, pusat snuker yang boleh didapati dengan mudah di kawasan
bandar-bandar. Pusat-pusat hiburan dan pusat- pusat perjudian telah terbukti
bersarangnya maksiat dan ada korelasi positif dengan gejala keruntuhan akhlak remaja di
negara ini ( Tamadun, 1998: 22 ).

2.7.9. Perubahan Nilai

Nilai adalah satu perasaan yang ikhlas dan dalam mengenai kehidupan,
kepercayaan, cita-cita dan harapan seorang individu (Prescott, 1957: 412). Nilai
ditakrifkan bukan sahaja bermaksud keinginan dan impian tetapi ianya adalah
kepercayaaan seseorang individu. Bila nilai berubah, ianya dapat memberi kesan kepada
kesihatan mental indidvidu. Sebagai contoh, apabila nilai-nilai tradisi yang
menjadi pegangan dan panduan masyarakat telah runtuh, seseorang individu akan
menjadi bingung untuk memilih perkara-perkara yang memberi kebaikan dan seterusnya
mempertahankan pilihan tersebut (Maslow, 1964: 8-9). Keadaan ini banyak berlaku
dikalangan remaja. Akibatnya mereka tidak dapat membuat keputusan, sama ada untuk
memenuhi nilai yang mereka pegang atau nilai masyarakat dan keluarga.

Seseorang individu tidak dapat menempatkan dirinya dalam masyarakat


sekiranya tidak mempunyai nilai yang sama dengan apa yang dipegang oleh masyarakat
tersebut (Arbukle, 1970: 78). Perubahan nilai yang tidak memenuhi tuntutan masyarakat
dan keluarga akan melahirkan ketidaksefahaman. Setiap pihak cuba mempertahankan
nilai yang dipercayai sehingga mewujudkan suatu suasana tegang. Sebagai contoh, bagi
golongan tua, perbuatan melepak yang dilakukan oleh remaja adalah tidak baik dan tidak
manis dipandang masyarakat tetapi bagi golongan remaja, perbuatan melepak tidak
menyalahi nilai yang mereka pegang.

Bila pertentangan nilai berlaku alam keluarga, maka ianya menyebabkan


perhubungan di antara ibu bapa dan anak menjadi keruh. Hidup berkeluarga menjadi
penghalang kepada pelakuan-pelakuan nilai yang dianuti / dipercayai. Pada saat-saat
hubungan keluarga menjadi renggang, banyak peranan institusi keluarga tidak
berfungsi.

2.7.10. Globalisasi

Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses penyatuan atau penggabungan


berbagai bangsa, ekonomi, politik dan sosio-budaya yang dikuasai oleh syarikat-syarikat

20
multinasional bagi mewujudkan satu keadaan di mana setiap negara di dunia ini tidak
lagi mempunyai sempadan, sebaliknya dunia ini adalah satu pasaran ekonomi bebas dan
terbuka lagi seragam budayanya (Sharon & Christine, 1994 :153).
Kesan globalisasi telah banyak mengubah struktur dan corak kehidupan setiap
negara di dunia. Negara miskin pula menerima banyak kesan kerana terdedah kepada
ancaman kemajuan teknologi, kesesakan, pencemaran dan pembuangan sisa toksik.
Perkara ini terjadi kerana negara- negara ini tidak dapat mengawal perniagaan pasaran
mereka kerana ianya telah dikuasai oleh pasaran dunia yang lebih mantap. Individu dan
organisasi lebih kompetitif sifatnya.

Globalisasi juga menyebabkan berlakunya monopoli dalam bidang media


massa. Budaya masyarakat telah dikawal oleh media yang lebih bersifat
komersil dan menganggap masyarakat adalah pelanggan yang menjadi sumber
kewangan kepada syarikat yang mengendalikan media massa. Dalam zaman
globalisasi, kanak-kanak tidak lagi dididik oleh institusi keluarga, sekolah dan
agama, tetapi lebih terdedah kepada media eletronik seperti internet dan
kemudahan siaran televisyen berangkaian keseluruh dunia. Media
keseluruhannya mengambil tempat dalam proses pembesaran anak-anak
menyebabkan anak-anak dididik tanpa belaian kasih sayang ibu-bapa (Harris,
1996:5).

Kemunculan budaya akibat globalisasi yang dikuasai oleh syarikat-syarikat besar


memudahkan penonton membeli barangan melalui internet. Rancangan-rancangan yang
disiarkan lebih bercorak komersil dan intelektual. Ianya menyebabkan berlakunya
perubahan nilai dan cara hidup masyarakat akibat dari pengaruh yang dibawa oleh
media (Dahl, 1998:65).

Hasil kajian Dahl menunjukkan bahawa bagi mengurangkan masalah sosial di


dalam masyarakakt, tumpuan perlu dihala kepada institusi keluarga dengan tujuan untuk
mencari punca dan faktor-faktor penggalak kepada permasalahan-permasalahan sosial
terutama di kalangan anak-anak muda. Masalah dan cabaran dalam kehidupan
berkeluarga akan terus berlalu, tetapi yang penting ialah keupayaan keluarga
menghadapi cabaran-cabaran serta tekanan hidup tanpa menjejaskan keharmonian,
kestabilan dan kebahagian hidup berkeluarga.

21
LAMPIRAN A

Peruntukan Perundangan Pemantapan Keluarga Negeri Johor

Pengawasan masalah keluarga boleh berbentuk institusional. Dalam hal ini


kerajaan negeri Johor sudah mengkanunkan peruntukan bagi menyokong pemantapan
institusi keluarga. Enakmen awal termasuklah contoh:

(i) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1978


Enakmen ini mengawasi proses perkahwinan (Bahagian V: Nikah, Cerai, Rujuk),
nafkah tanggungan dan hadarah (Bahagian VI) serta kesalahan (Bahagian VIII) antaranya
isteri tidak taat, minuman memabukkan, penceraian, pelacuran, melarikan anak dara dan
isteri orang.

(ii) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 1990


Secara umumnya Enakmen ini mengawasi proses-proses berhubungan dengan
perkahwinan (Bahagian II), pembubaran perkahwinan (Bahagian V), nafkah isteri dan
anak (Bahagian VI), penjagaan hadarah (Bahagian VII), contohnya pengiktirafan
perkahwinan di luar Johor, penalti (Bahagian IX), contohnya, poligami tanpa kebenaran
mahkamah, menganiayai isteri/suami, penceraian tanpa kebenaran mahkamah.

(iii) Enakmen Kanun Prosedur / Kesalahan Jenayah Syariah 1997.


Enakmen ini mengawasi hal-hal berkaitan dengan prosedur jenayah syariah bagi
mahkamah syariah di negeri Johor yang diluluskan pada 9 Julai 1998. Contoh kes jenayah
syariah termasuklah: enggan menjawab soalan pegawai agama yang diberikan kuasa
menyoal menghina pegawai agama dalam mana-mana peringkat proseding kehakiman,
pampasan jika tuduhan tidak berasas.

(iv) Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim 1997


Enakmen yang terbaru memantau aktiviti pemantapan institusi keluarga di Johor
ialah Enakmen Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim 1997 yang digazetkan pada
8 Oktober 1997.

Fungsi Yayasan ialah: ‘ menggalak, membantu dan melaksanakan matlamat bagi


membentuk masyarakat yang harmoni, bahagia, sejahtera dan penyayang’ dengan:
· Mengukuhkan institusi keluarga;
· Membawa wanita dalam arus pembangunan; dan
· Menangani masalah sosial

Yayasan akan beriktiar menjalankan kegiatan supaya terdapat kemudahan dan


perkhidmatan bagi maksud:
· Mengkaji dan mengumpulkan maklumat mengenai masalah-masalah berkaitan
institusi keluaraga serta mengenal pasti tindakan, program untuk mengatasi masalah
tersebut;
· Memberi bimbingan untuk membantu keluarga memanfaat kekuatan dan potensi
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi;
· Memberi perlindungan dan pembelaan kepada mereka yang mengalami
penganiayaan fizikal, seksual, emosi dan lain-lain masalah; dan
· Menggabungkan semua badan sukarela untuk sama-sama berusaha menangani
masalah sosial dalam masyarakat.

22
BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini menjelaskan rekabentuk kajian dan kaedah pemilihan sampel,


instrumen kajian yang digunakan dan proses menganalisis data.

3.1 Rekabentuk Kajian

Setelah objektif dan hipotesis ditetapkan, kajian selanjutnya direkabentuk bagi


mencapai objektif. Bagi mendapat data terperinci tentang keluarga bermasalah, kajain
ini menggunakan kaedah soalselidik (Lampiran B). Beberapa orang penemubual dilatih
dan dibayar untuk mendapat respon akan item-item yang telah dibentuk dalam soal
selidik.

Data daripada keluarga mithali pula menggunakan kaedah tinjauan berasaskan


dokumen (borang pencalonan, ibu-bapa mithali yang dibentuk oleh Jabatan Agama
Islam). Maklumat profil dan pandangan keluarga mithali yang diberi dalam dokumen
kemudian dianalisis berasaskan ciri-ciri persamaan dan perbezaan.

3.2 Persampelan
Pemilihan sampel keluarga bermasalah dibuat berasaskan populasi iaitu bilangan
keluarga masalah di Johor seperti terdapat di berbagai jabatan kerajaan dan badan
sukarela. Populasi ini dipecahkan mengikut lapan daerah dan jenis masalah. Pemilihan
sampel menggunakan kaedah strata rawak mudah. Sebanyak 30% sampel dipilih
daripada jumlah populasi. Jadual berikutnya menunjukkan taburan persampelan mengikut
kes.

Jadual 3.1 Jumlah Responden Penceraian


Daera Johor Muar Batu Segama Kluang Pontian Kota Mersin Jumlah
h Bahru Pahat t Tinggi g

Popula 231 45 55 36 67 39 100 39 512


si

Sampe 69 13 17 11 20 12 30 12 184
l
(30%)
Dari
Popula
si

Jadual 3.2 Jumlah Responden Keganasan Rumahtangga Bagi Penderaan Isteri


Daera Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
h Bahru Pahat Tinggi

Popula 96 7 36 14 12 17 7 1 190
si

Sampe 28 2 10 4 3 5 2 1 55
l (30%)
Dari
Popula

23
si

Jadual 3.3 Jumlah Responden Keganasan Rumahtangga Bagi Penderaan


Kanak-Kanak

Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Populasi 13 4 5 1 2 1 1 0 27

Sampel 3 1 1 1 1 1 1 0 9
(30%)
Dari
Populasi

Jadual 3.4 Jumlah Responden Ibu Tunggal


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Populasi 226 205 185 110 103 228 151 33 1241

Sampel 67 62 56 33 31 68 45 10 372
(30%)
Dari
Populasi

Jadual 3.5 Jumlah Responden Juvana


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Populasi 177 46 49 25 36 35 39 46 453

Sampel 53 14 15 8 10 10 12 14 136
(30%)
Dari
Populasi

Bagi mengumpul maklumat dan ciri-ciri ibubapa mithali, pencalonan ibubapa mithali
dari setiap daerah dan negeri Johor telah dipilih sebagai responden kajian.

3.3 Instrumen Kajian

Maklumat tentang keluarga bermasalah diperolehi menggunakan soal-selidik


yang dipecahkan kepada bahagian-bahagian berikut:
i. Bahagian A: Latar Belakang Responedn
ii. Bahagian B: Punca atau sebab
iii. Bahagian C: Kewangan
iv. Bahagian D: Pengangguran
v. Bahagian E: Kurang Kefahaman
vi. Bahagian F: Hubungan Anggota Keluarga Yang Tidak Harmoni
vii. Bahagian G: Perubahan Nilai

24
viii. Bahagian H: Tahap Pendidikan Rendah
ix. Bahagian I: Taraf Kesihatan Yang Rendah
x. Bahagian J: Pengabaian
xi. Bahagian K: Urbanisasi

3.3.1 Kebolehpercayaan Instrumen

Satu ujian rintis dijalankan ke atas lima puluh orang responden dengan
sepuluh orang bagi setiap kes penceraian, kes ibu tunggal, kes juvana, kes penderaan,
kanak-kanak dan kes penderaan isteri. Nilai alpha bagi item-item telah diuji.

Selepas diperbaiki item-item yang kurang memuaskan, nilai bagi setiap sehala
adalah seperti berikut:
Alpha
· Ekonomi 0.76
· Pengangguran 0.60
· Komunikasi 0.92
· Hubungan 0.83
· Nilai 0.90
· Pendidikan 0.74
· Kesihatan 0.87
· Tanggungjawab 0.71
· Urbanisasi 0.83

3.3.2 Manual Skor

Bahagian ini akan menerangkan skala yang digunakan, pemecahan item-item


mengikut subskala serta cara memperolehi skor. Penerangan dibuat seperti berikut:
a) Pemecahan item-item mengikut sub-skala adalah seperti diterangkan
dalam Jadual 3. 6 .
b) Skala Pengukuran
i) Bahagian A: Latar Belakang Responden soalan terbuka dan soalan
tertutup. Antara soalan terbuka ialah umur, bilangan anak, tahap
pendidikan tertinggi, jenis pekerjaan utama, sebab bercerai, jumlah
pendapatan dan harta yang dimiliki. Soalan profail yang lain adalah
soalan tertutup.
ii) Bagi bahagian B: Latar Belakang Keluarga/Cara hidup.
Skala Ya diberi Skor 1 dan Tidak diberi Skor 0 (Sifar).
iii) Bagi subskala-ekonomi, pengangguran, komunikasi, hubungan anggota
keluarga, perubahn nilai, tahap pendidikan, taraf kesihatan,
pengabaian, urbanisasi skalanya adalah seperti berikut:

1: Sangat Tidak Setuju


2: Tidak Setuju
3: Setuju Sedikit
4: Setuju
5: Sangat Setuju

25
Jadual 3.6: Manual Skor

Sub Skala Positive Negative Jumlah

C Kewangan S33, S34, S35, S36

0 4 4

D Pengangguran S38, S40,S41

3 3

S50, S51, S52, S43, S44, S45, S46,


Kurang kemahiran
E S53, S54, S55, S47, S48, S49, S59,
berkomunikasi
S56, S57, S58 S60

9 9 18

F Hubungan anggota
S61, S63, S64, S65,
keluarga yang tidak S69
S66, S67, S68
harmoni

1 7 8

S70, S71, S72, S73,


S74, S75, S76, S77,
Perubahan nilai S83
G S78, S79, S80, S82,
S84, S85, S86

1 15 16

H Tahap pendidikan
S91 S87, S89, S90
yang rendah

1 3 4

I Taraf kesihatan S92, S93,S94, S95,


yang rendah Nil S96

0 5 5

J Pengabaian
S99, S100 S97, S98, S101
tanggungjawab

2 3 5

Urbanisasi S102, S103, S104,


S105, S106, S107,

26
K S108, S109, S110,
S111, S112

0 11 11

Skor min disongsangkan bagi item-item negatif seperti berikut:


1: Sangat Setuju
2: Setuju
3: Setuju Sedikit
4: Tidak Setuju
5: Sangat Tidak Setuju

iv) Pemarkahan Skor


Min setiap subskala diukur dengan membahagikan jumlah item-item
sub-skala dengan bilangan item. Dengan cara ini skor maksima
adalah 5 dan skor minima adalah 1. Formula pengiraan subskala
ialah seperti berikut:
Subskala A = (S33+S34+S35+S36)
4

3.4 Penganalisisan Data

Bahagian ini menganalisis data berasaskan objektif kajian.

Profil keluarga bermasalah dibentangkan dalam bentuk peratusan dan dibuat


berasaskan kepada kekerapan serta crosstabulation dengan beberapa pembolehubah
bebas. Skor min dan peratusan bagi faktor /sebab masalah dikira .

Soal-selidik dijalankan selama 4 bulan dan dapatan bilangan soal-selidik untuk


dianalisis diterangkan dalam Jadual 3.7 sehingga Jadual 3.11.

Jadual 3.7 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Penceraian


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Dapatan 64 13 16 11 20 12 30 17 183

Sampel 69 13 17 11 20 12 30 12 184
(30%)
Dari
Populasi

Jadual 3.8 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Dera Isteri


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Dapatan 36 0 0 2 3 3 4 2 50

Sampel 28 2 10 4 3 5 2 1 55
(30%)

27
Dari
Populasi

Jadual 3.9 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Ibu Tunggal


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Dapatan 67 62 56 33 31 68 45 17 334

Sampel 67 62 56 33 31 68 45 10 372
(30%)
Dari
Populasi

Jadual 3.10 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Dera Anak


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Dapatan 64 13 16 11 20 12 30 17 183

Sampel 69 13 17 11 20 12 30 12 184
(30%)
Dari
Populasi

Jadual 3.11 Jumlah Dapatan Responden Mengikut Kes: Juvana


Daerah Johor Muar Batu Segamat Kluang Pontian Kota Mersing Jumlah
Bahru Pahat Tinggi

Dapatan 49 14 15 8 10 10 11 15 132

Sampel 53 14 15 8 10 10 12 14 136
(30%)
Dari
Populasi

28
BAB EMPAT
ANALISIS DATA KELUARGA BERMASALAH DI JOHOR
4.0 Pengenalan

Bab ini menganalisis data-data yang dikumpul daripada 783 responden


kajian ini. Soal selidik telah diedarkan di lapan daerah di negeri di antara bulan
Ogos hingga bulan Oktober tahun 1999.

Bagi memenuhi objektif kajian, analisis data disusun mengikut jenis


keluarga bermasalah iaitu: Ibu Tunggal, Penceraian, Juvana, Penderaan Isteri
dan Penderaan Anak. Bagi setiap jenis masalah pula, analisis dibahagikan
kepada 3 seksyen: Pertamanya, analisis profil keluarga bermasalah di Johor
dan seksyen kedua menerangkan latarbelakang keluarga responden. Analisis
seksyen pertama dan kedua ini disediakan bagi memenuhi objektif pertama
kajian. Seksyen ketiga pula menganalisis sebab-sebab / faktor yang
menyumbang kepada berlakunya masalah dalam keluarga, iaitu bagi
memenuhi objektif kedua kajian ini.

Secara keseluruhannya, susunan masalah keluarga dalam tahun 1999 di


Johor mengikut jenis masalah ditunjukkan dalam Jadual 1 (Apendik I). Analisis
mendapati peratus masalah ibu tunggal adalah yang terbesar (48%) iaitu
hampir separuh daripada sampel 783 orang responden kajian ini. Masalah
kedua terbesar ialah masalah penceraian (24 %), diikuti dengan masalah ahli
keluarga terlibat dalam kes juvana (16.5 %), manakala 6 % masalah keluarga
yang dilaporkan pernah mendera isteri, dan 5.5 % lagi masalah keluarga
yang pernah mendera anak.

Apabila sampel dihadkan kepada responden berasal daripada negeri


Johor sahaja, susunan masalah masih tidak berubah, iaitu kes ibu tunggal tetap
mendahului masalah keluarga (92 %) diikuti dengan masalah penceraian ( 88
%), manakala 84 % adalah masalah juvana, 75 % kes mendera isteri dan 54 %
kes mendera anak. Ringkasan profil keluarga bermasalah di Johor ditunjukkan
dalam Jadual 4.1 Apendik I

Secara keseluruhannya tiga jenis masalah keluarga di negeri Johor yang


utama dapat dikenalpasti bagi tahun 1999 ialah kes ibu tunggal, kes
penceraian dan kes juvana dan sebahagian besar responden (88.4%) adalah
berasal dari negeri Johor.

4.1 Keluarga Tunggal (Single Parent)

Sampel keluarga tunggal bagi kajian ini adalah berasingan daripada sampel
keluarga bercerai. Responden kes ini ialah ketua keluarga iaitu ibu atau bapa.

4.1.1 Profil Keluarga

Hampir separuh (48%) daripada keluarga bermasalah di Johor kes ibu tunggal.
Daripada kesemua jumlah sampel ibu tunggal, (92 %) daripadanya ialah anak negeri
Johor. Pecahan mengikut bangsa pula menunjukkan (92.5%) keluarga tunggal Melayu,
(4.3 %) India, selebihnya keluarga tunggal Cina dan lain-lain bangsa. Majoriti besar
keluarga tunggal beragama Islam kerana ramai responden ialah keluarga Melayu.
Sebanyak 4.5% beragama Hindu, hampir 2 % beragama Buddha dan 0.3 % beragama
Kristian.

29
Umur sebilangan kecil (2%) ketua keluarga tunggal, kurang daripada 30 tahun,
hampir satu pertiga berumur 30-39 tahun, hampir (40 %) lagi berumur 40-49 tahun.
Secara umumnya peratusan keluarga tunggal berumur 26 hingga 49 tahun ialah (61 %),
selebihnya (39 %) berumur lebih 50 tahun.

Ramai keluarga tunggal di Johor (65 %) tinggal bersama anak-anak.


Hampir 35% mempunyai 1-3 orang anak, 47% mempunyai tanggungan 4
hingga 6 orang anak dan (18 %) mempunyai lebih 7 orang anak. Lebih satu
pertiga keluarga tunggal mengakui tinggal dalam suasana keluarga majmuk
iaitu: 15% responden melaporkan ibu bapa mereka tinggal serumah, ibu bapa
mertua (2.2 %), 5.5 % saudara ipar, hampir 7% adik, dan 3.3% menantu / cucu.
Ibu tunggal terbentuk disebabkan kematian suami (88%) dan bercerai (11%).
Sampel 11% ini tidak dimasukkan dalam kategori penceraian bagi maksud
kajian ini. Hanya (0.5 %) daripada ibu tunggal yang berkahwin semula.

Majoriti (72 %) keluarga tunggal berpendapatan kurang daripada RM


500 dan (26 %) lagi berpendapatan RM 500 hingga RM 1000 sebulan. Majoriti
keluarga tunggal (73 %) mewarisi tempat tinggal, hampir (9%) tinggal di rumah
yang dibeli, (6 %) lagi di sewa beli dan (5 %) menumpang di rumah tanah
orang.

4.1.2 Latar Belakang Keluarga Tunggal

Bahagian ini menganalisis jawapan bagi soalan 21 hingga 27C yang


menyoal latar belakang status perkahwinan ibu-bapa keluarga bermasalah,
kewujudan kes keganasan, penderaan, suasana rumah semasa kecil, amalan
dan pengetahuan agama ibu bapa, dan sama ada ibu bapa mereka pernah
terlibat dengan pengambilan dadah, minuman keras atau berjudi.

Analisis mendapati satu pertiga daripada ibu bapa responden masih


berkahwin, hampir 10% bercerai-hidup dan 60% bercerai-mati. Ini
menunjukkan sedikit sahaja pertolongan yang dapat diberi oleh ibu-bapa ibu
tunggal. Sedikit sekali (0.6%) keganasan fizikal berlaku antara ibu bapa
mereka. Adik beradik juga hampir tidak pernah didera oleh ibu-bapa
responden. Hanya 2% keluarga tunggal pernah di dera oleh ibu bapa semasa
mereka kecil.

Majoriti besar (92%) keluarga tunggal mengakui pernah hidup aman


dimasa kecil dan 85% ibu bapa keluarga tunggal adalah pengamal agama
yang baik. Bagaimanapun 44% melaporkan ibu bapa mempunyai
pengetahuan agama tidak mendalam.

Tidak ada ibu bapa responden yang terlibat dengan penagihan dadah.
Hanya sebahagian kecil sahaja (0.8%) ibu-bapa terlibat dengan minuman
keras dan 6% ibu-bapa mereka berjudi.

Responden diminta memberi sebab pasangan dipukul atau di dera.


Sebahagian kecil (1%) menjawab, pasangan di dera sekiranya tidak membantu
perbelanjaan, dan kerana pasangan boros, 2% kerana mereka belajar daripada
ibu-bapa.

4.1.3 Persepsi Responden Kepada Faktor Keluarga Tunggal

Sebanyak sembilan faktor disoal. Persepsi responden tentang faktor


menyumbang kepada masalah keluarga tunggal ditunjukkan dalam Jadual 4. 2
. Bagi menyusun kepentingan faktor-faktor yang disoal, skor min dikira seperti
yang diterangkan dalam Bab 3, iaitu skor min diberi skil 1 hingga 5. Skil 1
bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat setuju.

30
Berkaitan dengan masalah keluarga tunggal, skor min tertinggi (4.02)
diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak berkeupayaan berbelanja mewah dan
pendapatan cepat habis (3.47). Mereka mengakui sukar mendapat kerja yang
sesuai dengan kelulusan sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Faktor
pengangguran (sukar mendapat pekerjaan di bandar ) diberi skor min 3.44.
Lantaran itu ibu tunggal bersetuju tekanan emosi mereka lebih tinggi di bandar
. Sub skala faktor urbarnisasi ( tekanan hidup di bandar lebih tinggi) juga
diberi skor min 3.44.

Jadual 4.2 Skor Min Faktor Penyumbang Masalah Keluarga Tunggal

Skor Min Sisihan


Persepsi Responden Terhadap Faktor Penyumbang Piawai
Masalah
Ekonomi:
Tidak mampu berbelanja mewah 4.02 0.92
Pendapatan cepat habis 3.47 1.13
Pekerjaan/Pengangguran
Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.73 1.28
Sukar dapat pekerjaan sesuai dengan kelulusan 3.44 1.13
Perubahan Nilai 1.63 0.75
Kekerasan cara mengubah tingkah laku
Tanggungjawab
Sering bimbing kerja sekolah anak-anak 2.22 0.86
Urbanisasi
Pindah ke bandar renggangkan hubungan 2.56 1.07
kekeluargaan
Meminati gaya hidup di bandar 2.03 0.91
Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.44 1.22
Perpindahan ke bandar mengakibatkan tekanan 3.13 1.16
perasaan

Disoal tentang sebab keluarga tunggal mengalami tekanan emosi yang tinggi di
bandar, 67% menyatakan sebab banyak tanggungan, 14% mereka menyatakan
pendapatan tidak cukup dan 3% sering sakit.

Pada pandangan 16% keluarga tunggal, faktor umur yang sudah tua dan tidak
kuat bekerja menyebabkan mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ramai (67%)
berpendapat sebab mereka tidak mempunyai kelulusan tinggi, (4 %) memberi alasan
masih perlu menjaga anak. dan (3 %) tidak mempunyai pekerjaan tetap atas sebab
kesihatan.
Hampir (20 %) keluarga tunggal sedang menganggur dan mencari pekerjaan. 15%
berpendapat, mereka menganggur ini tidak mempunyai kelulusan tinggi dan 10 %
memberi alasan masalah kesihatan, 4% menjawab: kerana menjaga anak-anak yang
ramai dan menjaga ibu yang sakit, 2.4% lagi memberi alasan tempat kerja jauh. Hampir
satu pertiga menjawab kerana umur yang tua.

Pada pandangan keluarga tunggal, faktor-faktor seperti perubahan nilai ,


tanggungjawab, beberapa sub skala urbanisasi yang lain , tidak berkaitan dengan
masalah keluarga mereka. Daripada jawapan yang diberi oleh keluarga tunggal, mereka
tidak membimbing kerja-kerja sekolah anak-anak, dan tidak bersetuju bahawa
kekerasan adalah cara mengubah tingkah laku. Mereka tidak ada masalah dalam aspek
komunikasi dan mesra dengan anak-anak. Perhubungan dengan saudara lain seperti ibu
bapa mertua, ipar dan adik beradik mereka adalah baik.

4.2 Masalah Penceraian

31
Seperti yang diterangkan dalam bahagian pengenalan masalah
penceraian adalah kedua terbesar di Johor, mewakili 24% reponden kajian ini.
Profil keluarga, dan persepsi responden tentang sebab-sebab penceraian serta
faktor-faktor yang menyumbang kepada berlakunya penceraian dihuraikan di
bawah.

4.2.1 Profil Keluarga

Responden masalah penceraian terdiri daripada keluarga yang telah


membuat pengaduan kes berkaitan penceraian di Jabatan Agama Johor, iaitu
63% wanita dan dan responden lelaki yang didakwa (37%). Oleh kerana
hampir kesemua (99%) sampel keluarga dalam kategori masalah penceraian
yang dilaporkan dalam kajian ini terdiri daripada bangsa Melayu dan
beragama Islam, sampel masalah penceraian dikalangan bangsa lain sangat
kecil (1.1%) di kalangan bangsa Cina. Peratusan penceraian dikalangan bangsa
Melayu daripada jumlah sampel orang Melayu / Islam ialah 26.6% dan
peratusan penceraian bagi bangsa Cina 5%.

Hampir kesemua ( 96 %) mereka yang bercerai berpendidikan sekolah


Melayu dan sebahagian kecil (0.6%) bersekolah Arab, 2.4 % sekolah Inggeris
dan 0.6 % lagi bersekolah jenis kebangsaan.

Tahap persekolahan di kalangan mereka yang bercerai menunjukkan


lebih separuh (54%) berpendidikan sekolah menengah atas. Responden yang
tidak bersekolah dan berpendidikan sekolah rendah adalah sebanyak 27%.
Sampel responden yang berpendidikan tinggi hanya 4%.

Kadar penceraian bagi setiap 100 sampel keluarga mengikut tahap


pendidikan ditunjukkan dalam Jadual 4.3.

Jadual 4.3: Kadar penceraian setiap 100 sampel mengikut tahap pendidikan
Sampel mengikut tahap pendidikan 100 : bilangan penceraian
Tidak bersekolah & sekolah rendah 100 : 15
Sekolah menengah atas 100 : 50.3
Pendidikan tinggi 100 : 80

Analisis masalah keluarga di Johor pada tahun 1999 berasaskan tahap


pendidikan mendapati, kadar penceraian bertambah apabila tahap pendidikan
meningkat. Kecenderungan ini berlaku kerana pendidikan menengah atas atau
pendidikan tinggi boleh membantu mereka mencari punca pendapatan
walaupun sudah bercerai.

Umur responden yang telah bercerai pula kebanyakannya masih


muda iaitu 61 % dalam lingkungan 26 – 39 tahun. Lebih separuh (57 %)
keluarga yang bercerai mempunyai 1 hingga 3 orang anak, 22 % keluarga
bercerai mempunyai 4 hingga 6 orang anak dan 5. 5% mempunyai 7-9 orang
anak. Hampir satu pertiga (32%) daripada responden yang bercerai ini
pula melaporkan ibu bapa mereka tinggal bersama dan 6 % lagi saudara
mara seperti adik, kakak, abang selain daripada mentua, ipar dan rakan yang
tinggal bersama. Bolehlah dirumuskan , bahawa selepas bercerai 30%
keluarga berubah menjadi keluarga majmuk ( extended family). Kebanyakan
(62%) sampel keluarga yang menghadapi masalah penceraian terdiri daripada
keluarga nuklear, iaitu tiada saudara mara atau ipar duai tinggal bersama
mereka.

Kadar penceraian mengikut tingkat pendapatan daripada sampel kajian ditunjukkan


dalam Jadual 4.4. Kadar penceraian tertinggi ialah 100 : 38 daripada sampel mereka
yang berpendapatan RM 501 hingga RM 1000 sebulan. Kadar penceraian di kalangan

32
orang miskin (responden berpendapatan kurang RM 500 sebulan) berbanding dengan
orang berpendapatan pertengahan rendah (RM 501 – RM 1000 sebulan ) ialah 1 : 3.2 .

Jadual 4.4: Kadar penceraian setiap 100 sampel mengikut tingkat pendapatan
Sampel mengikut tingkat pendapatan 100 : bilangan penceraian
Kurang RM 500 sebulan 100 : 12.5
RM 501 – RM 1000 sebulan 100 : 38
RM 1001 – RM 1500 sebulan 100 : 36
Lebih RM 1500 sebulan 100 : 34

Perbandingan kadar penceraian di kalangan orang miskin dengan orang


berpendapatan pertengahan (lebih RM 2500) ialah 1:1 , tetapi sampel responden
berpendapatan pertengahan sangat kecil. Oleh itu perbandingan kadar penceraian
dikalangan mereka kurang tepat.

Bagi mengira kadar penceraian di atas, peratusan sampel pendapatan keluarga


yang telah bercerai digunakan. Kategori sampel pendapatan ialah: 25 % responden
berpendapatan kurang daripada RM 500, 65 % berpendapatan RM 501 hingga RM 1,000
sebulan, hampir 10% berpendapatan RM1,001 hingga RM1, dan 2.5% daripada golongan
berpendapatan lebih RM 1500 sebulan.

Penceraian berlaku di kalangan mereka yang berkahwin seorang (90 %)


dan (10%) di kalangan mereka yang berkahwin dua atau lebih daripada dua
orang. Lebih 45% bercerai dalam lingkungan kurang daripada setahun hingga 5
tahun tempoh perkahwinan, hampir 19% bercerai dalam lingkungan 6 hingga
10 tahun tempoh perkahwinan. Jika dibandingkan keluarga monogami dengan
keluarga poligami, yang bercerai dalam tempoh kurang daripada setahun,
kajian ini mendapati kadar penceraian ialah 2:1. Kadar ini bertambah dengan
besarnya bagi keluarga monogami yang bercerai dalam tempoh perkahwinan 1
hingga 5 tahun iaitu 21:1 berbanding dengan keluarga poligami, dan 5:1
penceraian keluarga monogami kepada keluarga poligami dalam tempoh 11
hingga 15 tahun perkahwinan. Kesimpulannya, masalah penceraian banyak
berlaku dalam tempoh 1-5 tahun. Penjumpaan dalam literatur pula memberi
tempoh 1-3 tahun. Di Johor, penceraian berlaku sehingga tempoh perkahwinan
melebihi 30 tahun, tetapi sebab penceraian adalah bercerai mati.

Janda (bercerai hidup) adalah golongan terbesar (58%) , diikuti dengan


35% duda (bercerai hidup). Terdapat 93% keluarga yang bercerai tidak
berkahwin lagi, dan sebanyak 6.5 % mereka yang telah bercerai dahulunya
telah berkahwin semula. Setelah bercerai 35% daripada mereka menumpang
di rumah orang lain, manakala 17 % lagi menumpang tanah.

Daripada profil responden yang bercerai pada peringkat umur masih


muda, dan responden lain mempunyai ramai anak, diikuti dengan masalah
tingkat pendapatan dan tahap pendidikan yang rendah, apakah halatuju
keluarga-keluarga ini ?, kemanakah mereka akan pergi sekiranya mereka tidak
lagi dapat menumpang di rumah ibu-bapa/ saudara mara ? Begitulah gambaran
beberapa masalah susulan yang akan dihadapi oleh keluarga bercerai.

4.2.2 Latar belakang keluarga yang bercerai

Analisis menunjukkan lebih separuh (59%) ibu-bapa keluarga bercerai


masih berkahwin, 16% sudah bercerai-hidup dan 25% bercerai-mati. Daripada
responden yang mengakui wujudnya keganasan fizikal antara ibu bapa mereka,
26% ialah ibu-bapa keluarga / responden yang bercerai. Begitu juga daripada
sampel yang menjawab pernah melihat adik beradik mereka didera ibu bapa
28% terdiri daripada keluarga bercerai. Ditanya sama ada mereka pernah di
dera oleh ibu bapa semasa kecil, hanya 20% keluarga bercerai mengakui
pernah di dera.

33
Perceraian berlaku juga walaupun kehidupan 25 % daripada keluarga
bercerai mengakui pernah hidup aman dimasa kecil. Sampel yang mengakui
keluarga mereka mengamal agama dengan baiknya, 27% telah bercerai.
Bagaimanapun dikalangan yang bercerai ini 44% melaporkan ibu bapa
mempunyai pengetahuan agama tidak mendalam.
Tidak ada ibu bapa keluarga bercerai yang terlibat dengan penagihan
dadah atau minuman keras. Ini mungkin tepat di kalangan penganut agama
Islam di Johor. Bagaimanapun hampir 5% daripada sampel yang mengakui ibu
bapa berjudi , adalah ibu bapa keluarga yang telah bercerai.
4.2.3 Faktor penyumbang kepada masalah penceraian

Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada penceraian


ditunjukkan dalam Jadual 4. 5. Bagi menyusun kepentingan faktor itu , skor
min dikira seperti yang diterangkan dalam Bab 3, iaitu skor min diberi skil 1
hingga 5. Skil 1 bermaksud sangat tidak setuju dan skil 5 bermaksud sangat
setuju.

Skor min tertinggi (3.8) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak
berkeupayaan berbelanja mewah dan pendapatn cepat habis (3.2). Faktor
komunikasi diletak sebagai faktor kedua. Faktor ini yang dipecahkan kepada
beberapa sub-skala, mendapati pandangan responden mengenai sebab
bercerai ialah kerana pasangan atau anak tidak memenuhi peranan yang
diharapkan (skor min 3.6), anak tidak mahu mendengar cakap (3.5), isteri pula
suka berleter (3.1) dan suami isteri juga enggan berbincang (3.1).

Sementara itu faktor urbanisasi mengakui oleh responden sebagai


faktor yang boleh membawa kepada penceraian. Ini sejajar dengan hasil kajian
Petterson dan Kim (1991). dan kajian tentang kehidupan di bandar oleh Mohd
Taib (1999). Skor min (3.4) diberi kepada faktor sub skala urbanisasi iaitu
tekanan emosi di bandar lebih tinggi berbanding dengan di kampong.

Jadual 4.5 Skor Min bagi Faktor Penceraian .

Persepsi Responden Kepada Faktor Penceraian Skor Min Sisihan


Piawai
Ekonomi:
Tidak mampu berbelanja mewah 3.8 0.73
Pendapatan cepat habis 3.2 0.78
Pekerjaan/Pengangguran
Sukar mendapat pekerjaan sesuai dengan 3.1 0.99
kelulusan
Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.3 1.1
Komunikasi
Pasangan tidak memahami kemahuan 3.6 0.85
Pasangan /anak tidak dengan cakap 3.5 0.88
Pasangan suka berleter 3.1 0.97
Menggunakan kata-kata kesat bila 2.6 0.94
bergaduh
Sentiasa enggan berbincang 3.1 0.93
Sering sakiti pasangan 2.5 0.91
Perhubungan dengan ahli keluarga
Anda benci pasangan 2.0 0.88
Kurang mesra dengan anak 2.1 0.84
Ahli keluarga bekerjasama 2.5 0.89
Tidak suka ibu bapa 2.4 0.77
Perubahan Nilai
Pasangan patut dipukul/kuasa 2.3 1.0
memukul/anak

34
Kekerasan cara mengubah tingkah laku 2.5 1.1
Memukul pasangan kerana merasa puas 1.7 0.88
Memukul pasangan kerana kurang sabar 2.3 1.1
Cemburu 2.52 1.0
Tanggungjawab 3.4 0.98
Pasangan sering abai tanggungjawab
Urbanisasi
Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.4 0.97
Pendidikan
Pasangan tidak tahu didik anak 2.2 0.98
Pengetahuan agama tidak mendalam 2.8 0.94
Kesihatan
Hubungan renggang sebab kesihatan 2.0 0.90

Hampir separuh (46.7%) daripada jumlah sampel menjawab mereka


mengalami tekanan emosi. Mereka yang bercerai melaporkan punca-punca
tekanan emosi: pendapatan tidak cukup (48 %), banyak tanggungan (35 %),
kos hidup tinggi, belanja besar (8.4%), tidak dapat membeli apa yang mereka
inginkan (2.1 %), sering sakit (2% dan ada juga yang menjawab malas bekerja
(2%). Bagi sub skala urbanisasi yang lain, iaitu perubahan gaya hidup di
bandar, responden tidak bersetuju ( skor min =2.9) boleh mengakibat
penceraian.

Responden yang telah bercerai juga berpendapat bahawa penceraian


berlaku sekiranya pasangan sering mengabaikan tanggungjawab. Oleh itu
mereka memberi skor min yang tinggi (3.4) kepada faktor sub-skala
tanggungjawab (pasangan sering mengabaikan tanggungjawab menguruskan
keluarga) dan skor min 3.3 (membimbing kerja-kerja sekolah anak). Ini
menunjukkan pengabaian tanggungjawab mengurus keluarga boleh
mengakibatkan penceraian walaupun responden pernah membimbing anak-
anak.

Selanjutnya faktor pengangguran juga turut di kaitkan dengan


masalah penceraian, terutamanya jika pekerjaan yang sesuai dengan
kelulusan sukar didapati (skor min=3.1). Responden yang bercerai memberi
beberapa sebab-sebab pengangguran: kelulusan tidak tinggi (40%), tiada
kerja yang sesuai (27%), masalah kesihatan (27%), suami tidak benar kerja
(6.7%). Di kalangan mereka yang bercerai ini juga melaporkan sebab mereka
tidak dapat pekerjaan tetap: kelulusan tidak tinggi (62%), menghadapi
masalah di tempat kerja (14 %), tidak kuat bekerja kerana kesihatan dan umur
lanjut
(4.8 %) dan ada juga yang melaporkan mereka tidak minat (4.8 %).

Faktor-faktor berikut tidak dipersetujui oleh responden sebagai


penyumbang kepada masalah penceraian. Antaranya ialah: perhubungan
dengan ahli keluarga lain seperti ipar , mertua dan adik beradik. Mereka
berpendapat penceraian bukanlah kerana mereka atau pasangan tidak mesra
dengan anak-anak, ataupun ahli keluarga tidak bekerja sama, atau tidak suka
kepada ibu-bapa. Faktor perubahan nilai tidak juga dilihat sebagai
menyumbang kepada penceraian. Sub-skala faktor ini diterangkan dalam
Jadual 4.5 yang menunjukkan responden berpendapat pasangan tidak patut
dipukul dan kekerasan bukanlah cara mengubah tingkah laku. Mereka juga
bukanlah merasa puas jika memukul pasangan/ anak. Penceraian pada
pendapat responden bukanlah sebab mereka cemburu.

Apabila responden yang bercerai diminta memberi sebab memukul


pasangan, 50% sampel yang berpendapat pasangan boros datangnya
daripada sampel responden penceraian. 27% sampel yang menjawab

35
pasangan dipukul kerana belajar daripada ibu bapa, adalah sampel keluarga
bercerai.

Keseluruhannya, faktor-faktor penyumbang kepada penceraian seperti


yang ditunjukkan dalam Jadual 4.5 meletakkan faktor ekonomi, komunikasi,
urbanisasi, tanggungjawab, pengangguran dan nilai sebagai faktor utama.

4. 3 Juvana

Sampel keluarga yang anaknya terlibat dalam kes juvana adalah mewakili
16.5% daripada jumlah sampel kajian. Ia adalah masalah ketiga terbesar di Johor.

4.3.1. Profil Keluarga Yang Anak Terlibat Dengan Kes Juvana

Majoriti responden (85%) kes ini berasal dari negeri Johor dan (71 %) lelaki.
Satu pertiga responden adalah wanita. Lebih (80 %) keluarga yang anaknya terlibat
dalam kes juvana berbangsa Melayu, (11 %) keluarga bangsa Cina, (6 %) keluarga
bangsa India, sebuah keluarga sahaja daripada kategori lain-lain bangsa. Oleh kerana
bilangan keluarga Melayu ramai, peratus keluarga beragama Islam juga besar iaitu
84%, keluarga beragama Buddha hampir 9%, keluarga beragama Hindu 6% dan
hampir 2 % keluarga beragama Kristian. Umur ibu bapa yang anak mereka terlibat
dengan masalah juvana ialah 35 hingga 39 tahun (14 %), 40 hingga 44 tahun (21 %),
45 hingga 49 tahun (23 %) dan 50 hingga 54 tahun (24 %). Dalam lingkungan umur 35
hingga 54 tahun, dapat dilaporkan bahawa peratusan kes juvana bertambah apabila
umur ibu bapa meningkat. Peratusan terbesar kes juvana ialah daripada kalangan ibu
bapa yang berumur 50 hingga 54 tahun. Bagi golongan ibu bapa yang berumur lebih 61
tahun, peratusan kes juvana ialah (6%)

Keluarga yang mempunyai 1 hingga 3 orang anak melaporkan kes juvana 14%.
Kes juvana terbesar iaitu (60%) dilaporkan di kalangan keluarga yang mempunyai 4
hingga 6 orang anak, manakala bilangan anak 7 hingga 9 orang (24 % kes juvana).
Keluarga majmuk mewakili 30 % daripada sampel keluarga yang mempunyai masalah
juvana. Hampir (10 %) nenek tinggal bersama , 6 % lagi adik beradik tinggal bersama. Ini
bermakna hampir (82 %) kes juvana berlaku dalam keluarga nuklear.

Majoriti keluarga (ibu / bapa) kes juvana masih berkahwin 88%. Janda kematian
suami (mewakili 4 %) daripada sampel keluarga juvana, janda (bercerai) 3 % duda
(bercerai) dan duda (kematian isteri) mewakili 3.7 %, manakala bujang yang memelihara
anak angkat (2.3 %) sampel ialah bujang yang mengambil anak angkat. Tempoh
perkahwinan yang mencatit peratus terbesar iaitu 44 % anak-anak terlibat dalam kes
juvana ialah 16 hingga 20 tahun. Diikuti dengan tempoh perkahwinan 21 hingga 25
tahun, di mana peratusan kes juvana mencapai 24 %. Peratusan kecil kes juvana
dilaporkan bila tempoh perkahwinan ibu bapa 1 hingga 5 tahun dan 31 hingga 35 tahun.
Kes juvana masih berlaku (hampir 2 %) di kalangan keluarga yang telah berkahwin 46
hingga 50 tahun.

Keluarga berpendapatan kurang RM 500 sebulan mencatit 36 % daripada sampel


kes juvana dan hampir 44 % lagi adalah sampel ibu bapa berpendapatan antara RM 501
hingga RM 1000. Ini bermakna hampir 80 % keluarga yang anaknya terlibat dalam kes
juvana adalah keluarga berpendapatan rendah (kurang RM 1000 sebulan). Jika
keseluruhan sampel keluarga kes juvana ini diambil kira, kes juvana berkurangan apabila
pendapatan meningkat lebih daripada RM 1500 sebulan. Sebaliknya jika sampel diambil
mengikut tingkat pendapatan, peratus kes juvana di kalangan keluarga berpendapatan
tinggi (lebih RM 3500 sebulan) adalah lebih besar daripada peratus kes juvana yang
keluarganya berpendapatan rendah (kurang RM 500 sebulan. Terdapat (2 %) kes juvana,
walaupun ibu bapa berpendapatan lebih RM 3500 sebulan.

Berbanding dengan keluarga tunggal, (40 %) keluarga yang melaporkan anak-


anak mereka terlibat dalam kes juvana, tinggal di rumah sendiri yang dibeli, (21 %)

36
mewarisi tempat tinggal, (19 %) di rumah kerajaan dan (4 %) lagi sedang menumpang
rumah atau tanah.

4.3.2 Latar Belakang Ibu Bapa Keluarga Juvana

Analisis data latar belakang keluarga yang mempunyai masalah juvana mendapati
71 % ibu bapa berlatar belakangkan ibu bapa (keluarga) yang masih berkahwin, 10%
bercerai – hidup (7%) dan (22%) bercerai – mati. Sebanyak 10 % sampel keluarga juvana
mengakui wujudnya keganasan fizikal antara ibu bapa mereka. 10% lagi mengakui
pernah melihat adik beradik didera oleh ibu bapa dan 10 % juga pernah didera. Majoriti
ibu bapa yang anak terlibat dalam kes juvana ini hidup dalam suasana aman di masa
kecil dan ibu bapa mereka mengamal agama dengan baik. Bagaimanapun pengetahuan
agama bagi lebih 40% keluarga kes juvana tidak mendalam. Kurang dari 1 % ibu bapa
keluarga juvana terlibat dalam penagihan dadah, 3 % dalam minuman keras dan hampir
6 % berjudi. Apa yang ketara dengan latar belakang keluarga yang bermasalah juvana
ialah semasa kecil 25 % tidak hidup aman dan pengamalan agama tidak baik serta
pengetahuan agama tidak mendalam.

Sebahagian kecil (7 %) berpendapat penderaan pasangan berlaku kerana tidak


membantu perbelanjaan, (12 %) berpendapat pasangan didera kerana suka meminta
atau boros, 16 % berpendapat kerana mereka belajar dari ibu bapa.

Di kalangan keluarga yang menganggur pula, (21.4 %) menjawab mereka


malas bekerja dan tidak kerja sesuai (7.1%) kerana kelulusan tidak tinggi. Ibu
bapa juvana juga menganggur kerana tua (14.3%) dan sudah bersara (14.3%).
Ada yang menganggur kerana kerja ikut musim (7.1 %) dan sedang mencari
kerja (7.1%).

4.3.3. Faktor Penyumbang Kepada Masalah Juvana

Responden memberi pandangan terhadap faktor-faktor yang menyumbang


kepada kes juvana dikalangan anak-anak mereka. Skor min itu ditunjukkan dalam Jadual
4.6. Mereka bersetuju kemiskinan menjadi punca kes juvana. Skor min kepada sub skala
ekonomi (tidak mampu berbelanja mewah) adalah 3.71 dan (pendapatan cepat habis)
adalah 3.20. Keputusan bersama jarang dicapai dalam keluarga yang anak-anaknya
terlibat dalam kes juvana. Faktor urbanisasi diberi skor min kedua tinggi, 3.36 kepada

Jadual 4.6 Skor Min Faktor Penyumbang kepada Masalah Juvana

Persepsi Responden Kepada Faktor Skor Min Sisihan


Masalah Juvana Piawai
Ekonomi:
Tidak mampu berbelanja mewah 3.71 0.96
Pendapatan cepat habis 3.20 1.02
Pekerjaan/Pengangguran
Sukar dapat pekerjaan sesuai 3.32 1.02
dengan kelulusan
Komunikasi
Anak tidak dengar cakap 2.84 1.05
Sering berleter 3.29 0.93

Perhubungan dengan ahli keluarga


Kurang mesra dengan anak 2.41 0.98
Ahli keluarga tidak bekerjasama 2.48 1.00

Perubahan Nilai
Kuasa memukul pasangan hak anda 2.47 1.01
Kekerasan cara mengubah tingkah 2.36 0.99
laku

37
Memukul pasangan kerana mabuk 1.55 0.58
Mendera pasangan kerana bersikap 2.11 0.98
kurang sabar
Kesihatan
Masalah kesihatan sebab hubungan 1.78 0.79
keluarga renggang
Tanggungjawab
Pasangan sering abai 2.19 1.00
tanggungjawab
Sering bimbing kerja sekolah anak- 2.92 0,87
anak

Urbanisasi 2.60 1.06


Pindah ke bandar renggangkan
hubungan kekeluargaan
Meminati gaya hidup di bandar 2.13 1.13
Dapat ramai kawan di bandar 2.62 1.02
Sering ke pusat hiburan 2.23 0.92
Kelurga tidak rasa sesuai hidup di 2.85 1.02
bandar
Sukar dapat pekerjaan yang baik di 2.91 1.07
bandar
Pekerjaan di bandar menarik dan 2.54 0.97
mudah
Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.36 1.05
Kehidupan di bandar ubah gaya 2.98 1.13
hidup keluarga anda
Perpindahan ke bandar 3.19 1.07
mengakibatkan tekanan perasaan

sub skala tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Skor min perpindahan ke bandar
mengakibatkan tekanan perasan diberi skor min 3.19. Mereka memberi sebab-sebab
kepada tekanan emosi iaitu (43%) memberi pandangan banyak tanggungan, (32%)
pendapatan tidak cukup , suami tidak memberi nafkah, suami mabuk dan sikap ibu bapa
mereka yang negatif (2.3 %) masing-masingnya, tidak mempunyai pekerjaan yang tetap
dan kos sara hidup tinggi.

Faktor ketiga yang menyumbang kepada masalah juvana pada pandangan


responden ialah faktor pengangguran . Sub-skala (sukar mendapat pekerjaan sesuai
dengan kelulusan) diberi skor min 3.32. Lebih separuh responden berpendapat,
pekerjaan sukar diperolehi kerana kelulusan tidak tinggi, (10%) memberi alasan umur
yang sudah tua dan tidak kuat bekerja. Hampir 5% responden berpendapat kerja
mengikut musim dan memelihara anak yang masih kecil. Ditanya sebab-sebab mereka
menganggur 20% keluarga memberi pandangan malas bekerja, 14 % kerana bersara,
14% kerana umur yang tua.

Faktor komunikasi iaitu (pasangan suka berleter, skor min = 3.13) dikaitkan
sebagai faktor penyumbang kepada masalah juvana. Sub-skala anak tidak dengar cakap
diberi skor min yang rendah (2.84).

Pada pandangan responden, faktor-faktor seperti perhubungan dengan


ahli keluarga lain, nilai, tanggung jawab, kesihatan dan pendidikan tidak
menyumbang kepada anak-anak mereka terlibat dengan kes juvana.
Secara keseluruhannya, sampel responden bersetuju bahawa faktor
ekonomi, urbanisasi, pengagguran dan komunikasi menjadi penyumbang
kepada berlakunya masalah juvana di Johor.

38
4.4 Penderaan Isteri

Kes penderaan isteri mewakili 6% responden kajian. Ia terdiri


daripada suami yang dilaporkan pernah mendera isteri atau isteri yang
mengadu pernah didera.

4.4.1 Profil Keluarga

Daripada jumlah responden penderaan isteri, 75 % adalah anak Johor.


Tidak ramai wanita (8 %) yang datang membuat pengaduan. Selebihnya
melibatkan lelaki. Sebanyak 52 % sampel terdiri daripda bangsa Melayu, 25
% Cina, 19 % India dan 4 % lain-lain. Oleh itu majoriti yang mendera isteri
beragama Islam. Hampir 20% beragama Hindu, Kristian (2 %) dan agama
Buddha (23 %). Lebih separuh yang mendera isteri (55%) berumur 30 – 49
tahun mempunyai bilangan anak 1 hingga 3 orang (44%) dan 4 hingga 6 orang
(42 %).

Ahli keluarga lain yang tinggal bersama keluarga mendera isteri ini
ialah 27 % ibu bapa, 21 % lagi ibu mertua. Tahap pendidikan sekolah
menengah rendah adalah seramai 49% dan sekolah menengah atas 35 %.

Tempoh perkahwinan bagi kes penderaan isteri ialah 1 – 5 tahun,


apabila lebih 30% keluarga terlibat. Begitu juga bagi tempoh perkahwinan 6 –
10 tahun, lebih 30% keluarga yang terlibat dalam masalah mendera isteri.
Oleh itu, tempoh perkahwinan kritikal ialah antara 1 hingga 10 tahun, dimana
kadar penderaan 3:1 dijumpai (setiap 3 keluarga, satu/sebuah keluarga terlibat
dalam kes penderaan isteri).

Keluarga yang telah berkahwin antara 11 hingga 15 tahun terlibat juga


dengan penderaan isteri (19%) dan 14 % lagi antara 16 hingga 20 tahun.
Seramai 4% dikalangan mereka juga berkahwin sejak 26 hingga 30 tahun
lalu. Majoriti besar (91%) kes penderaan isteri ini berlaku daripada
keluarga monogami.

Tahap pendidikan sampel keluarga yang mendera isteri ialah , 16 %


tidak bersekolah dan berpendidikan sekolah rendah, 49 % bersekolah
menengah rendah, 35 % bersekolah menengah atas. Kadar penderaan tinggi
bagi keluarga berpendidikan menengah rendah ( 100 sampel : 11 penderaan
isteri ). Kadar seperti dinyatakan dalam Jadual 4 7, diukur berasaskan
keseluruhan sampel mengikut tahap pendidikan.

Sampel mengikut aliran pendidikan mencatitkan 46 % aliran kebangsaan


Melayu, hampir separuh (49%) pendidikan jenis kebangsaan Cina / Tamil, lebih
2% aliran Inggeris dan aliran Agama (lebih 2%). Jika diukur berasaskan
sampel aliran pendidikan, kadar penderaan isteri dikalangan aliran jenis
kebangsaan lebih tinggi daripada aliran kebangsaan, Inggeris dan Arab.

Jadual 4.7: Kadar penderaan setiap 100 sampel mengikut tahap pendidikan
Sampel mengikut tahap pendidikan 100 sampel : bilangan
penderaan
Sekolah rendah 100 : 3
Sekolah menengah rendah 100 : 11
Sekolah menengah atas 100 : 7

Lebih separuh (63%) sampel melaporkan menerima pendapatan RM 501


hingga RM 1000 sebulan, 12 % berpendapatan RM 1001 hingga RM 1500
manakala 7 % lagi berpendapatan RM 1501 hingga RM 2000 sebulan, 7 % lagi
berpendapatan antara RM 2001 hingga RM 3000. Hampir 5% responden yang

39
mendera isteri berpendapatan lebih RM 3000. Mereka yang mendera isteri
tidak memiliki rumah sendiri (35%) dan 2 % tidak memiliki tanah.

Kadar penderaan isteri bertambah dua kali ganda bagi setiap 100
sampel berpendapatan kurang RM 1000 dibanding dengan setiap 100 sampel
berpendapatan lebih RM 1000 sebulan. Perbandingan kadar penderaan
mengikut tingkat pendapatan ialah seperti di Jadual 4. 8.

Jadual 4.8 Kadar penderaan setiap 100 sampel mengikut tahap pendapatan
Sampel mengikut tahap pendapatan 100 sampel : bilangan penderaan
< RM 500 100 : 1
RM 501 < RM 1000 100 : 9
> RM 1000 100 : 18
4.4.2 Latar Belakang Keluarga

Ramai responden (70%) yang mendera isteri mencatitkan ibu-bapa


mereka masih berkahwin dan 40 % melaporkan wujud keganasan fizikal di
kalangan ibu bapa mereka, manakala 35% responden pernah melihat adik
beradik mereka didera. Seramai 29% responden mengakui pernah didera
sewaktu kanak-kanak.

Sebahagian besar (lebih 60%) keluarga mendera isteri melaporkan


kehidupan mereka semasa kecil tidak aman dan latar belakang keluarga
mereka terdiri daripada keluarga yang tidak mengamal agama dengan baik.
Mereka (40%) menyatakan pengetahuan agama ibu-bapa tidak mendalam.
Tidak ada ibu bapa responden yang mendera isteri terlibat dengan penagihan
dadah, 23% ibu-bapa mereka terlibat dengan minuman keras dan 21% berjudi.

Jika diambil daripada sampel ibu-bapa keluarga bermasalah di Johor


yang melaporkan ibu-bapa mereka terlibat dengan minuman keras, lebih
separuh (55%) adalah ibu-bapa keluarga yang mendera isteri dan daripada
sampel ibu-bapa yang berjudi pula, 47% adalah ibu-bapa keluarga yang
mendera isteri.

4..4 .3 Faktor penyumbang kepada masalah penderaan isteri

Persepsi responden tentang faktor menyumbang kepada penderaan


isteri ditunjukkan dalam Jadual 4.9.
Jadual 4 .9 Skor Min Faktor Penyumbang Penderaan Isteri
Persepsi Responden Terhadap Faktor Skor Min Sisihan
Piawai
Ekonomi:
Tidak mampu berbelanja mewah 3.48 0.81
Pendapatan cepat habis 3.17 0.91

Sering alami tekanan emosi 3.00 1.11

Pekerjaan/ Pengagguran
Sukar mendapat pekerjaan sesuai dengan 3.32 0.89
kelulusan
Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.2 0.78
Komunikasi
Memukul pasangan untuk beri pengajaran 3.29 0.83
Pasangan suka berleter 3.31 0.80
Pasangan tidak dapat fahami kemahuan anda 3.52 0.68
Pasangan /anak tidak dengar cakap 3.21 0.81
Bila bergaduh guna kata-kata kesat 3.16 0.85
Sentiasa enggan berbincang 3.26 0.77

40
Sering berleter 3.31 0.81
Sering sakiti hati pasangan 3.27 0.85
Perhubungan dengan ahli keluarga
Kurang mesra dengan anak 2.91 0.85
Ahli keluarga tidak bekerjasama 3.13 0.66
Anda tidak suka ibu bapa mertua 2.9 0.90
Perubahan Nilai
Pasangan patut dipukul/kuasa memukul/anak 2.72 0.74
Anda sangat cemburu 2.97 0.87
Kuasa memukul hak anda 2.93 0.66
Kekerasan cara mengubah tingkah laku 2.89 0.85
Memukul pasangan kerana kalah judi 2.47 1.01
Memukul pasangan kerana ketagih dadah 2.20 0.87
Memukul pasangan kerana mabuk 2.43 0.92
Memukul pasangan kerana merasa puas 2.41 0.76

Mendera pasangan kerana bersikap kurang sabar 3.08 0.84

Anda tidak begitu mesra dengan jiran 3.06 0.83

Kesihatan 2.42 0.81


Masalah kesihatan sebabkan hubungan keluarga
renggang
Tidak ambil berat tentang kesihatan pasangan 2.50 0.90
Tanggungjawab
Pasangan sering abaikan tanggungjawab 3.04 0.87
Mendera kerana tidak bersedia jalankan peranan 2.37 0.64
ibu bapa
Urbanisasi
Pindah ke bandar renggangkan hubungan 3.32 0.89
kekeluargaan
Meminati gaya hidup di bandar 3.42 0.94
Sering ke pusat hiburan 3.39 1.17
Dapat ramai kawan di bandar 3.33 1.05
Keluarga tidak rasa sesuai hidup di bandar 3.48 0.93
Sukar mendapat pekerjaan yang baik di bandar 3.48 0.90
Pekerjaan di bandar menarik dan mudah 3.28 0.89
Tekanan hidup bandar lebih tinggi 3.79 0.70
Perpindahan ke bandar sebab tekanan perasaan 3.81 0.66
Kehidupan di bandar ubah gaya hidup keluarga 3.86 0.96
anda

Skor min tertinggi (3.81) diberi kepada sub skala faktor urbanisasi iaitu
perpindahan ke bandar menyebabkan tekanan perasaan dan skor min 3.71
diberi kepada faktor tekanan hidup di bandar lebih tinggi.

Faktor komunikasi diletak sebagai faktor kedua. Faktor ini yang


dipecahkan kepada beberapa sub-skala, mendapati pandangan responden
mengenai mendera isteri ialah kerana pasangan tidak dapat memahami
kemahuan suami (skor min = 3.52), dan semua sub-skala lain yang
disenaraikan dibawah faktor komunikasi diberi skor min diantara 3.16 hingga
3.31. Faktor ekonomi (tidak mampu berbelanja mewah (skor min = 3.48),
sering alami tekanan emosi (3.00). Selanjutnya mereka diminta memberi
sebab- sebab mengalami tekanan emosi: 61% sampel memberi alasan
pendapatan tidak cukup, dan 26% sampel menjawab kos sara hidup tinggi,
sebahagian kecil responden (4.3%) menjawab kerana suami mabuk .

41
Faktor pengangguran disenaraikan selepas faktor ekonomi. Sub skala
skor min bagi faktor ini ialah 3.32 (sukar mendapat pekerjaan yang sesuai
dengan kelulusan ). Responden yang mendera isteri memberi beberapa sebab
pengangguran: 40% mereka menjawab, kelulusan tidak tinggi , 20% tiada
kerja yang sesuai dan 20% sampel melaporkan malas bekerja. Sekiranya
mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap, separuh daripada responden
memberi sebab kelulusan rendah, dan 17% responden lagi mempunyai
masalah di tempat kerja, dan 17% lagi tiada minat. Bagaimanapun mereka
tidak mengaitkan faktor pekerjaan tidak tetap dengan penderaan.

Perhubungan dengan ahli keluarga lain seperti saudara, ipar dan mertua
boleh dikait dengan penderaan isteri apabila responden memberi skor min 3.13
kepada faktor ahli keluarga tidak bekerja sama. Seperti juga responden yang
menghadapi masalah penceraian , pendera mesra dengan anak-anak dan suka
ibu-bapa mentua. Hanya dua sub skala faktor perubahan nilai dilihat sebagai
menyumbang kepada penderaan isteri, iaitu mendera pasangan kerana kurang
sabar (3.08) dan tidak mesra dengan jiran (skor min = 3.06). Pada pandangan
mereka, penderaan bukan sebab mereka cemburu, tidak juga sebab-sebab
mereka kalah judi, mabuk dan ketagih dadah. Penderaan dilakukan bukan
sebab merasa puas bila isteri dipukul. Walaupun mereka mendera, kekerasaan
pada pendapat mereka, bukan cara mengubah tingkah laku. Pendera isteri di
Johor mengakui mereka tidak mesra dengan jiran (skor min 3.06).

Penderaan berlaku sekiranya pasangan sering mengabaikan


tanggungjawab. Faktor sub-skala tanggungjawab (pasangan sering
mengabaikan tanggungjawab menguruskan keluarga) diberi skor min 3.04,
tetapi pendera menjawab mereka mendera bukan kerana mereka tidak
bersedia menjalankan peranan sebagai seorang bapa. Responden yang
mendera isteri tidak bersetuju dengan faktor kesihatan sebagai penyumbang
kes penderaan.

Boleh dirumuskan , persepsi pendera tentang faktor yang menyumbang


kepada penderaan ialah: tekanan perasaan akibat suasana urbanisasi,
kebanyakan aspek komunikasi, tekanan emosi atas sebab-sebab ekonomi,
pengangguran, perhubungan ahli keluarga lain, perubahan nilai dan
tanggungjawab. Mereka berpendapat, tidak sampai isteri didera sekiranya
mereka tidak mendapat pekerjaan tetap. Seperti yang diakui oleh responden,
penderaan isteri boleh berlaku walupun dalam keadaan/suasana berikut:

· pendera mempunyai hubungan baik dengan ibu-bapa mertua


· mesra dengan anak-anak,
· isteri mengambil berat tentang kesihatan ahli keluarga,
· pendera tidak mabuk / tidak cemburu

Daripada aspek nilai, responden diminta memberi sebab-sebab


mendera/memukul isteri, responden menjawab: 62% pasangan (isteri) suka
berbangga diri, 54% pasangan tidak membantu perbelanjaan, lebih 70% isteri
suka meminta-minta, 57% isteri boros dan hampir 47% kerana ibu bapa mereka
juga berbuat demikian.

4.5 Penderaan Anak

Peratusan kes dera anak dalam sampel kajian ialah (5.5 %) dan warga asal negeri
Johor terdiri daripada (84 %). Responden kajian ialah ketua keluarga iaitu bapa (40%)
atau ibu (60%) . Mereka terdiri daripada yang didakwa mendera anak atau mendakwa
anak mereka didera oleh pasangan ( sama ada bapa atau ibu).

4.5.1 Profil Keluarga

42
Daripada segi bangsa, (76 %) daripada kes ialah bangsa Melayu diikuti dengan
bangsa India (14 %), manakala bangsa Cina dan lain-lain masing-masingnya (5 %).
Peratusan lebih besar dikalangan kaum India yang mendera anak berbanding dengan
kes penderaan isteri. Sebaliknya bagi kaum Cina kes penderaan isteri lebih besar
daripda kes penderaan anak.

Seperti juga kes penceraian, majoriti sampel (84 %) terdiri daripada pendera
beragama Islam diikuti dengan responden beragama Hindu (12%). Pendera di kalangan
keluarga beragama Buddha di bawah 5%. Lebih separuh (54 %) keluarga yang mendera
anak berumur di bawah 39 tahun. Responden yang berumur antara 40 hingga 49 tahun
adalah sebanyak 23% dan yang berumur lebih 50 tahun juga sebanyak 23%.
Kesimpulan yang dapat dilaporkan ialah, separuh daripada kes penderaan anak
dilakukan oleh ibu-bapa berumur kurang daripada 39 tahun.

Tahap persekolahan mereka yang mendera anak, tidak bersekolah (9%),


berpendidikan sekolah rendah (29%), sebanyak 43 % bersekolah menengah rendah dan
17 % responden bersekolah menengah atas. Mereka yang berpendididkan tinggi (3%)
juga mendera anak. Kadar penderaan anak mengikut peringkat pendidikan mendapati
setiap 100 sampel yang berpendidikan sekolah menengah rendah, 8 kes penderaan
dilaporkan, berbanding dengan kadar daripada sampel berpendidikan sekolah rendah
dan sekolah menengah atas sebanyak 100: 4 dan 100: 3 masing-masingnya.

Aliran pendidikan yang mendera anak, jenis kebangsaan Melayu dan Arab ialah
(78%) jenis kebangsaan Cina/India (14 %) dan jenis kebangsaan Ingeeris (8%). Ramai (45
%) daripada keluarga yang berkahwin mendera anak (30 %) kes dera anak berlaku di
kalangan janda kematian suami dan (15 %) di kalangan janda bercerai. Manakala (5 %)
kes dera anak dilakukan oleh duda dan (5 %) lagi daripada pasangan yang hidup
bersama.

Di kalangan mereka yang mendera anak, lebih 50% sampel melaporkan


berpendapatan kurang daripada RM 500 sebulan. Sejumlah 32% sampel lagi
berpendapatan RM 501 hingga RM 1000 sebulan. Sebahagian kecil (3%) berpendapatan
lebih RM 2500 sebulan. Peratusan mendera anak berkurangan apabila pendapatan
bertambah.

Sampel keluarga yang berkahwin dan mendera anak adalah sebanyak 45 %,


diikuti dengan janda bercerai mati (30%) dan janda bercerai-hidup (15%). Duda juga
mendera anak, sampel mereka berjumlah 5%. Kajian ini menemuduga 5% sampel
pendera anak yang terdiri daripada pasangan yang hidup bersama. Oleh itu di Johor,
penderaan anak boleh berlaku sama ada dalam keluarga (berkahwin ) atau keluarga
bercerai (janda kematian suami), maupun daripada pasangan hidup bersama.

Satu pertiga keluarga yang mendera anak telah berkahwin sejak setahun hingga
5 tahun lalu. Kadar penderaan mengikut tempoh perkahwinan, contohnya 6-10 tahun
perkahwinan, hanya terdapat 10% sampel mendera anak, dan 5% sampel penderaan
anak dikalangan mereka yang berkahwin selama 21- 25 tahun. Ada yang mengakui
mendera anak (13 % sampel) setelah berkahwin selama 26 hingga 30 tahun. Tempoh
perkahwinan tidak dapat menjadi pengukur mutlak akan banyaknya kes penderaan
anak. Penderaan anak berlaku dalam keluarga monogami (38 %) dan hanya 22 %
berlaku dalam keluarga poligami.

Lebih separuh daripada pendera juga tidak mempunyai ramai anak (1 hingga 3
orang anak) sahaja. Manakala 28% lagi, mempunyai 4 hingga 6 orang anak dan hampir
13% mempunyai lebih daripada 6 orang anak. Kesimpulannya, lebih separuh penderaan
anak berlaku dalam keluarga yang mempunyai 1-3 orang anak. Dalam kajian ini, tiada
kes mendera anak, daripada keluarga yang mempunyai lebih 10 orang anak.

Kes mendera anak yang datangnya daripada keluarga yang mana ibu bapa
mereka tinggal bersama ialah (17%) diikuti dengan warga yang tinggal bersama iaitu
samada abang atau adik yang tinggal bersama.

43
Didapati 39% keluarga mendera anak mewarisi tempat tinggal, 25% membeli
rumah sendiri, 21% menumpang, 11% menyewa beli dan 4% menduduki rumah
kerajaan.

4.5.2 Latar belakang keluarga

Hampir separuh ibu-bapa keluarga yang mendera anak masih berkahwin, 14%
bercerai-hidup dan 37% bercerai-mati. Dalam linkungan 13-14% pendera mengakui adik
beradik didera oleh ibu-bapa dan pernah berlaku keganasan fizikal antara ibu-bapa
mereka. Hampir 19% sampel menjawab mereka pernah didera oleh ibu-bapa.

Dikalangan mereka yang mendera anak, majoriti telah hidup aman semasa kecil
dan berasal daripada keluarga yang mengamal agama dengan baik, tetapi 63% ibu-bapa
mereka tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Tiada kes ibu-bapa
mereka yang terlibat dengan penagihan dadah. Sebahgian kecil ibu-bapa pendera, iaitu
(5%) terlibat dengan minuman keras dan berjudi (5 %).

Pendera atau yang mendakwa anak didera juga diminta memberi sebab-sebab
pasangan/ anak dipukul. Lebih 20% memberi jawapan, pasangan tidak membantu
perbelanjaan atau suka meminta-minta. Sebanyak 18% pula menjawab, pasangan/anak
berbelanja boros, dan hampir 12% berpendapat mereka memukul kerana belajar
daripada ibu-bapa. Dapatlah diringkaskan bahawa keluarga yang mendera anak-anak
boleh meninggalkan kesan pembelajaran yang salah ke atas diri anak-anak iaitu anak
anak yang didera akan melakukan penderaan kepada anak-anak mereka di masa
hadapan. Penjumpaan ini diterangkan dalam penulisan Coleman (1993).

4.5.3 Faktor Penyumbang Kepada Penderaan Anak

Kajian ini mengukur pandangan responden terhadap faktor yang menjadi


penyumbang kepada penderana anak-anak. Persepsi responden tentang faktor
menyumbang kepada penderaan anak-anak ditunjukkan dalam Jadual 4.10.

Skor min tertinggi (3.61) diberi kepada faktor ekonomi iaitu tidak mampu
berbelanja mewah dan pendapatan cepat habis (3.18). Faktor kedua diberi kepada
faktor komunikasi. Faktor ini dipecahkan kepada beberapa sub-skala. Responden
berpendapat, penderaan anak boleh berlaku sekiranya pasangan suka berleter (skor min
3.5), juga kerana anak tidak mahu mendengar cakap (3.2) dan pasangan dipukul / didera
untuk memberi pengajaran (3.1) .

Jadual 4 .10 Persepsi Responden terhadap Faktor Penderaan Anak


Faktor Penyumbang kepada Penderaan Skor Min Sisihan
Anak Piawai
Ekonomi:
Tidak mampu berbelanja mewah 3.61 1.16
Pendapatan cepat habis 3.18 1.35
Pekerjaan/Pengangguran
Tidak mendapat pekerjaan tetap 2.78 1.31
Komunikasi
Memukul pasangan untuk beri pengajaran 3.10 1.51
Pasangan / anak tidak dengar cakap 3.2 1.46
Pasangan suka berleter 3.5 0.94
Perhubungan dengan ahli keluarga
Kurang mesra dengan anak 2.1 0.84
Ahli keluarga tidak bekerjasama 2.75 1.15
Anda tidak suka ibu bapa mertua 2.37 1.2

44
Perubahan Nilai
Kuasa memukul pasangan hak anda 2.62 1.27
Kekerasan cara mengubah tingkah laku 2.62 1.20
Kesihatan
Masalah kesihatan sebab hubungan keluarga 1.58 0.69
renggang
Tanggungjawab
Pasangan sering abai tanggungjawab 2.27 1.32
Urbanisasi
Pindah ke bandar renggangkan hubungan 2.64 1.39
kekeluargaan
Meminati gaya hidup di bandar 2.13 1.13
Dapat ramai kawan di bandar 2.55 1.29
Keluarga tidak rasa sesuai hidup di bandar 2.51 1.16
Sukar dapat pekerjaan yang baik di bandar 2.36 1.19
Tekanan hidup di bandar lebih tinggi 3.48 1.34
Perpindahan ke bandar mengakibatkan 2.94 1.33
tekanan perasaan

Faktor urbanisasi diakui oleh responden sebagai faktor ketiga yang


boleh membawa kepada penderaan anak. Skor min (3.48) diberi kepada faktor
sub skala urbanisasi iaitu tekanan hidup di bandar lebih tinggi. Faktor sub
skala urbanisasi yang lain tidak menjadi penyumbang kepada penderaan
anak. Faktor ini termasuklah minat gaya hidup di bandar dan mendapat ramai
kawan di bandar. Responden diminta memberi sebab mengapa mereka
mengalami tekanan emosi yang lebih tinggi di bandar ? Jawapan yang diberi
oleh 67% responden ialah pendapatan tidak mencukupi, 25% lagi responden
memberi alasan kos hidup tinggi di bandar dan 8.3% reponden memberi
sebab belanja besar.

Responden yang mendera anak berpendapat faktor tanggungjawab;


pengangguran; perhubungan dengan ahli keluarga lain ; perubahan nilai dan
kesihatan tidak menyumbang kepada penderaan anak. Sub skala faktor
tanggungjawab termasuklah: pasangan tidak sedia menjalankan kerja rumah;
pasangan tidak memberi bimbingan kepada anak-anak dan sub skala faktor
kesihatan termasuklah: kecacatan fizikal, terencat akal dan pasangan tidak
sihat. Sub skala itu dinyatakan sebagai tidak menjadi sebab mereka mendera
anak.

Di antara soalan-soalan aspek perhubungan yang disoal termasuklah:


perhubungan kurang mesra dengan anak-anak; ahli keluarga tidak bekerjasama dan
perhubungan dengan ipar serta ibu bapa mentua. Soalan-soalan perubahan nilai pula
adalah mendera menjadi: suatu hak ketua keluarga, dan menjadi cara mengubah
tingkah laku.
Aspek pendidikan yang dijadikan faktor penderaan dalam kajian ini juga
mendapati responden penderaan anak tidak bersetuju bahawa penderaan adalah
disebabkan pasangan tidak tahu mendidik anak ataupun pasangan tidak mengambil
berat tentang pendidikan agama anak-anak .

Kesimpulannya, bagi kes penderaan anak, faktor-faktor berikut boleh dijadikan


faktor penyumbang faktor-faktor disusun mengikut kepentingan:
· Ekonomi
· Komunikasi dan
· Urbanisasi

4.6 Rumusan Profil Keluarga Masalah dan Faktor Penyumbang Masalah

Separuh daripada sampel keluarga bermasalah yang dikumpul dalam


kajian ini terdiri daripada keluarga tunggal diikuti dengan 24% masalah

45
penceraian, hampir 17% masalah juvana, 6% masalah penderaan isteri dan
5.5% masalah penderaan anak. Majoriti responden (92%) anak Johor.
Responden bangsa Melayu adalah paling ramai. Kebanyakan keluarga
bermasalah mempunyai ramai anak (4-6 orang) dan hampir 20% mempunyai
lebih daripada 7 orang. Majoriti keluarga bermasalah berpendapatan kurang
RM 1000 sebulan, kecuali dalam kes penceraian yang diwakili oleh lebih
separuh responden berpendidikan menengah atas dan berpendapatan lebih
RM 1001 sebulan.

Ketua keluarga bermasalah juga muda, berumur 26-39 tahun, kecuali


dalam kes keluarga tunggal serta keluarga yang anak mereka terlibat dalam
kes juvana. Majoriti ketua keluarga tunggal ialah wanita. Terdapat 2% ketua
keluarga tunggal berumur kurang 25 tahun dan 39% melebihi 50 tahun,
manakala peratus terbesar bagi kes juvana datangnya daripada keluarga
bertaraf berkahwin dan ketua keluarga berumur lebih 50 tahun. Satu pertiga
kes juvana datangnya daripada keluarga majmuk.

Keluarga monogami mencatitkan kadar penceraian dua kali ganda kadar


penceraian dikalangan sampel keluarga poligami. Kadar penceraian juga meningkat
mengikut taraf pendidikan dan kadar di kalangan keluarga berpendapatan kurang RM
500 sebulan adalah satu pertiga kadar penceraian di kalangan responden
berpendapatan melebihi RM 501 sebulan. Kadar penceraian tinggi dalam tempoh
perkahwinan 1-5 tahun. Dalam kes juvana 44% kes datangnya daripada keluarga yang
berkahwin 16-20 tahun. Ramai bangsa Cina mendera isteri jika dibandingkan dengan
bangsa India.

Dalam kes penderaan anak, bangsa India lebih ramai mendera anak berbanding
dengan bangsa Cina. Jika diukur mengikut aliran pendidikan , kes penderaan isteri
banyak berlaku dikalangan responden yang bersekolah aliran jenis kebangsaan. Lebih
satu pertiga mereka yang mendera isteri tidak memiliki tempat tinggal. Penderaan
anak banyak dilakukan oleh pendera yang berumur kurang 39 tahun . Mereka (3%)
yang berpendidikan tinggi juga mendera anak. Kes dera anak dilakukan juga oleh duda
(5%) dan 5% lagi oleh pasangan hidup bersama. Lebih separuh kes penderaan anak
dilaporkan daripada keluarga yang mempunyai 1-3 orang anak.
Latar belakang keluarga bermasalah menunjukkan ibu-bapa mereka
mengamal agama tetapi tidak mempunyai pengetahuan agama yang
mendalam, terutamanya seperti yang diakui oleh 63% keluarga bermasalah
yang mendera anak. Sebahagian kecil melaporkan kehidupan mereka aman di
masa kecil tetapi pernah melihat adik beradik didera atau mereka juga pernah
didera. 12% responden yang mendera anak melaporkan mereka mendera
kerana belajar daripada perbuatan penderaan yang dilakukan oleh ibu-bapa
mereka.

Faktor penyumbang kepada keluarga bermasalah diringkaskan dalam Jadual 4.


11 yang menunjukkan dua faktor utamanya ialah faktor Ekonomi dan Urbanisasi.

Jadual 4.11 Faktor Penyumbang Keluarga Bermasalah di Johor

Jenis Masalah Faktor mengikut Persepsi Responden


( Disusun Mengikut Kepentingan)

Keluarga Tunggal Ekonomi , Penganggguran, Urbanisasi.

Penceraian Ekonomi, Komunikasi, Urbanisasi, Tanggungjawab,


Pengangguran

Juvana Ekonomi, Urbanisasi, Pengangguran, Komunikasi.

Penderaan Isteri Urbanisasi, Komunikasi, Ekonomi, Pengangguran ,

46
Perhubungan Ahli Keluarga Majmuk, Perubahan Nilai,
Tanggungjawab.

Penderaan Anak Ekonomi, Komunikasi, Urbanisasi,

Komunikasi di kalangan saudara mara, ipar dan mentua diakui baik oleh keluarga
tunggal dan keluarga bermasalah penceraian. Keluarga tunggal tidak ada masalah
komunikasi dengan anak-anak. Keluarga bermasalah penceraian pula menyifatkan
pengabaian tanggunjawab dan pasangan enggan berbincang sebagai faktor penting
hingga perkahwinan terpaksa dibubarkan. Pasangan masih mengasihi anak-anak
walaupun sudah bercerai.

Kes juvana, penderaan isteri dan penderaan anak dikaitkan dengan faktor
komunikasi, isteri suka berleter, faktor tekanan emosi yang tinggi di bandar dan akibat
suami yang tidak bertanggungjawab atau pemabuk, penagih dadah atau terlibat
dengan judi. Keseluruhannya, responden berpendapat faktor kesihatan dan
pendidikan tidak menyumbang secara langsung kepada masalah keluarga.

47
BAB 5

KELUARGA MITHALI JOHOR

5.0 Pengenalan

Maklumat diperolehi berasaskan kepada soalan-soalan yang direkabentuk


oleh Jabatan Agama Islam Johor dan digunakan sebagai asas pencalonan Ibu Bapa
Mithali Peringkat Negeri Johor Tahun 1999. Soalan-soalan diedarkan ke lapan daerah di
negeri Johor.

5.1 Analisis Maklumat Keluarga Mithali

Maklumat Ibu Bapa Mithali dikumpul daripada maklumat yang diberikan oleh calon
Ibu Bapa Mithali. Setiap calon ibu bapa mithali yang menjadi responden dalam kajian ini
adalah pemenang ibu bapa mithali di peringkat daerah masing-masing.

Ringkasan maklumat Keluarga Mithali Johor Tahun 1999 ditunjukkan dalam


Jadual 5.1. Pembolehubah yang dibandingkan di kalangan Ibu Bapa Mithali setiap daerah
ialah berdasarkan angkubah:
i. Tempoh Perkahwinan
ii. Pendidikan Suami dan Isteri
iii. Pekerjaan Suami dan Isteri
iv. Penglibatan Suami dan Isteri Dalam Masyarakat
v. Bilangan Isteri dan Anak
vi. Hubungan Di Kalangan Ahli Keluarga
vii. Hubungan Kejiranan
viii. Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga
ix. Cara Mendidik Anak
x. Sifat-sifat Keistimewaan
xi. Penghargaan Yang Diterima

5.1.1 Tempoh perkahwinan


Pada puratanya tempoh perkahwinan pemenang Ibu Bapa Mithali mengikut
daerah-daerah di negeri Johor pada tahun 1999 ialah 39 tahun.

5.1.2 Pendidikan Suami dan Isteri

Latar belakang pendidikan suami dan isteri untuk responden ini pelbagai dan julat
pendidikan di kalangan suami ialah daripada pendidikan darjah lima (5)
hingga kepada ijazah manakala isteri pula julat pendidikan adalah antara darjah enam (6)
hingga Diploma Khas (Al-Quran). Semua pasangan keluarga mendapat pendidikan formal
sekolah agama sama ada sekolah agama kerajaan negeri mahupun sekolah Arab.

5.1.3 Pekerjaan Suami dan Isteri

Latar belakang pekerjaan ketua keluarga (suami) ialah guru (80 peratus) dan
seorang peneroka, serta seorang ketua kerani. Isteri pula kebanyakkannya (50 peratus)
adalah terdiri daripada surirumah, tiga orang guru dan seorang bidan.

48
Jadual 5.1 Profil Keluarga Mithali Johor Tahun 1999

Item/ JB Muar Batu Segana Kluang Pontian Kota Mersin


Daerah Pahat t Tinggi g

Tempoh 99-52 99-65 99 –64 (36) 99-64 99-60 99-44 99-65 99-68
kahwin (48) (35) (36) (40) (56) (35) (32)
P’didikan Drj.5 LCE Drj 6 LCE MCE Drj 6 Ag Drj 6 Drj 6
Isteri Sek.Mel Guru Drj Khas Drj 4
Drj 6 Dip’lma Al-
(Ag) Q
Suami Drj 5 MCE Drj 6 SPM SPM MPSI Sek. Ijazah
Sek Drj Khas Melayu
Melayu Agama
Pekerjaa
n Ibu Suri- Guru (B) Pence- Surirum Guru Suri Surirumah Bidan
rumah ramah. ah Qur’an rumah Hosp

Bapa Guru Ketua Guru. Guru Guru Peneroka Guru


(B) Kerani Agama (B) Guru Sek.Ren Besar (B)
(B) Sek.Ren (B) Sek Ren
(B) (B)

Pengliba AJK AJK Pert. P.M’sji, S/U JKK, P.Surau, Aktif P.Ketua Pengeru
tan dlm Surau, Msy, N Ketua AJK Ahli Msy Blok, si Surau,
masy. Ke’jika Bend. UMNO Caw, UMNO, Per.A. SU Khairat Naib
Bapa Tim P Masjid, N.Imam AJK Yatim,AL YPD
UMNO P Pjara, SUJKK, Pladang P Ko-op, A.Yatim
Caw, AJK Pjara Pmdam Ahli
Ahli Muar, ALP Koop UMNO
Lemb. AJK
Koop, Batuk
Kering
Daerah K.Wan
UMNO,PPen AJK K.W., P.K Blok,
Ibu -Tiada- Khidmat g.B.Ag.,P.H P.KPW, AJK Ahli P.Guru Q
Msy, elwa, N.K.W MWARAJ seumur AJK W.I
Gotong- Perkim,AJK UMNO, K UMNO hidup MAWAR
R,Kendur Dbates, Pen. anak
i Pencera Belia, yatim/W
Bebas Ahli anita
Yasin

Bil Anak 8 7 8 5 8 11 5 4
Mula 7 Thn 7 Thn 7 Thn 7 Thn 6Thn 7 Thn 7 Thn 10 Thn
Anak
solat

49
Item/ JB Muar Batu Seganat Kluang Pontia Kota Mersing
Daer Pahat n Tinggi
ah

Peran
an Ambil tahu, Prihatin, Awasi, Jaga Agama Urus Kerjasam Layan
Ibu sentiasa Didik nilai Akhlak pakai, didik, rumah a kpd karenah
cuba atasi murni dan anak, makan dibela tangga tgjwb suami/
masalah kasih. ceria pelajaran & anak Suami Anak dgn
wlaupu jauh sayang dgn tabah,
akhlak sabar
-sda-

Tegas, Ekon, Tumpu Jaga Sama Ambil


Bapa anak awasi disiplin rumah Sama berat
akademik/aga anak dgn Didik tadbir Nasihati asas,
ma akhlak anak ahli Prihatin
Jumpa dgn keluarga kpd anak
guru nilai dgn
anak murni akhlak
Cara
Asuh Raikan Minta Selesai Jemaah, Sabar, Makan Beri Makan
Anak Kejaya/Perist Pendapat,Bim, masalah makan Kerja sama, Nasihat sama,
Ibu iw Penting Bantu dgn sama, Galak, bincang,
Bapa istikarah, berkelah, fikiran ambil
bincang Hargai pendapat
keluarga kejayaan,
Bincang,
Bual,ceri
a

Solat Magrib&Isya Magrib& Isyak Magrib& Magrib & Magrib& Magrib&Semua Semua
Jemaa k Isyak Isyak Isya Isya
h

5.1.4 Penglibatan suami dan isteri dalam masyarakat

Dilihat daripada segi penglibatan pasangan dalam masyarakat didapati


secara purata suami terlibat secara aktif dalam persatuan dan aktiviti
keagamaan, kebajikan dan politik (UMNO). Demikian juga purata isteri
kebanyakkannya terlibat dengan aktif dalam persatuan dan aktiviti
keagamaan, kebajikan dan sosial.

5.1.5 Bilangan Isteri dan Anak

50
Kesemua responden (suami) hanya mempunyai seorang isteri dan mempunyai
bilangan anak-anak kebanyakkannya lebih daripada empat orang sehingga sebelas
orang.

5.1.6 Hubungan Di Kalangan Ahli Keluarga

Secara keseluruhan kesemua pasangan mempunyai hubungan yang


mesra, saling berkunjung dan berhubungan antara satu sama lain. Mereka juga
bekerjasama dan saling mengambil berat tentang soal keluarga masing-masing
sama ada dengan mertua, adik beradik mahupun ipar duai.

5.1.7 Hubungan Kejiranan

Setiap pasangan keluarga menjalin hubungan kejiranan yang baik, saling


mempercayai, bersepakat, bekerjasama, beramah mesra, dan saling tolong-menolong
antara satu sama lain serta perihatin dengan jiran-jiran.

5.1.8 Peranan Suami Dan Isteri Dalam Rumahtangga

Daripada segi peranan yang dimainkan oleh pasangan keluarga mithali, secara
keseluruhannya suami memiliki sifat tegas, menitikberatkan pendidikan akademik dan
agama kepada anak-anak, berjimat cermat dalam perbelanjaan harian, sering memberi
galakan kepada isteri, menjadi perancang ekonomi keluarga, prihatin terhadap masalah
keluarga, mempunyai cogan kata dalam keluarga, bersifat terbuka dan sering memberi
ingatan terhadap peneguhan agama kepada ahli-ahli keluarga.

Antara pesanan yang diperlihatkan oleh isteri mithali ini ialah menjalankan
tanggungjawab terhadap suami dan keluarga dengan tabah dan sabar, bekerjasama
dengan suami dalam soal pendidikan akademik dan agama kepada anak-anak,
membantu dari segi kewangan, memberi sumbangan fikiran, memantau soal-soal
keluarga dan mempunyai matlamat yang positif dalam kehidupan.

5.1.9 Cara Mendidik Anak

Pasangan ibu bapa mithali berganding bahu dalam mendidik anak-anak,


memberikan asuhan atau didikan akademik dan agama yang seimbang, bersifat terbuka
dan toleransi, komunikasi yang baik sesama ahli keluarga, meluangkan masa bersama
ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan atau kebaikan ahli-ahli keluarganya.

Kesemua ibu bapa mithali berjaya menghasilkan anak-anak yang berpendidikan


tinggi. Secara purata, 90 % anak-anak pasangan berjaya ke pusat pengajian tinggi sama
ada dalam mahupun luar negara. Di samping itu, kesemua anak-anak responden
mendapat pendidikan agama secara formal sebagai mengimbangi pencapaian akademik
mereka sekurang-kurangnya darjah tiga (3) sekolah agama. Ibu bapa mithali ini juga
memperlihatkan sifat-sifat keistimewaan sehingga mereka ini berjaya mewujudkan rumah
tangga yang harmoni.

5.1.10 Sifat-sifat Keistimewaan

Bagi pihak suami, mereka sering menjadi sumber rujukan keluarga dan
masyarakat, berpandangan jauh dan memiliki misi dan visi, dalam keluarga memiliki
gaya kepimpinan yang baik, komunikasi yang berkesan dan pengurusan masa yang
cekap.

Bagi pihak isteri pula, pasangan keluarga ini mempunyai sikap yang positif dan
berpandangan jauh, bertanggungjawab, penyayang dan pendidikan agama yang baik.
Kesemua sifat-sifat istimewa ini membantu ke arah menjadikan pasangan hidup dalam
harmoni dan bahagia.

5.1.11 Penghargaan Yang Diterima

51
Hasil daripada sumbangan yang diberikan di dalam masyarakat, semua ibu bapa
mithali pernah menerima penganugerahan dan pengiktirafan sama ada oleh majikan atau
kerajaan negeri. Antaranya:
- Guru Cemerlang
- Anugerah Guru Aktif
- Pingat Ibrahim Sultan (P.I.S)
- Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P)
- Guru Kreatif Daerah
- Pingat Four Merit Medal (Home Guard)
- Tokoh Guru Daerah
- Tokoh Guru Negeri

5.2 Kekuatan Ciri-ciri Ibu Bapa Mithali Johor

Berdasarkan pembolehubah-pembolehubah ibu bapa mithali yang telah


dipaparkan tadi, didapati terdapat beberapa ciri-ciri penting yang diamalkan seperti::
i. Kesedaran terhadap keperluan akademik dan
agama
ii. Bertanggungjawab
iii. Bekerjasama dan bersefahaman
iv. Komunikasi berkesan
v. Hubungan keluargaan yang baik dan terbuka
vi. Interaksi sosial yang baik
vii. Penyertaan aktif dalam masyarakat
viii. Memahami tugas dan peranan masing-masing
ix. Memberikan perhargaan kepada pasangan
x. Pendidikan agama yang kukuh
Ciri-ciri tersebut boleh dijadikan sebagai ciri-ciri kepada model ibu bapa mithali di
negeri Johor.

52
BAB ENAM

PROGRAM-PROGRAM PEMANTAPAN
INSTITUSI KELUARGA
NEGERI JOHOR
6.0 Pengenalan

Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian: Bahagian pertama membandingkan


ciri-ciri dominan keluarga bermasalah dan keluarga Mithali seperti yang terkumpul
melalui kajian ini. Bahagian kedua memuatkan program pemantapan keluarga. Pengisian
program ditumpukan kepada aspek-aspek memperbaiki kelemahan dan kekurangan
seperti yang dikenalpasti melalui keluarga bermasalah. Program juga berpandukan
kepada kekuatan ciri-ciri keluarga mithali yang boleh dilaksanakan secara individu atau
berkumpulan.

6.1 Perbandingan Ciri-ciri Keluarga Bermasalah dengan Keluarga Mithali

Jadual 6.1 membandingkan secara ringkas ciri-ciri keluarga bermasalah dengan


keluarga mithali. Aspek-aspek yang dibandingkan ialah dalam jadual tersebut dirujuk
kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada jawapan responden melalui soal-
selidik kepada kedua-dua pihak. Setiap aspek yang dibandingkan jelas menunjukkan
berlakunya keadaan tidak harmoni di kalangan keluarga yang

Jadual 6.1 Perbandingan Keluarga Bermasalah Dengan Keluarga


Mithali

Faktor Keluarga Bermasalah Keluarga Mithali

Ekonomi · Tidak mengurus kewangan · Semua mengurus kewangan


keluarga. Pendapatan cepat habis. keluarga
(KT, P, DI, DA, J)

Pekerjaan · Sukar dapat pekerjaan sesuai · Pendidikan, Peneroka, Ketua


dengan kelulusan . Kerani – kebanyakan Pekerjaan
· Pendapatan bermusim (KT,P, DI, tetap.
DA, J)
Nilai · Tiada mesra dengan jiran (DI) · Sabar, pentingkan nilai murni
· Kurang sabar (DI), Memukul utk dan kasih sayang.
beri pengajaran · Menasihati ahli keluarga.
· Mabuk, berjudi, terlibat dengan · Mengawasi aktiviti sekolah anak,
pengambilan dadah urus rumah
(P, DI, DA, J)
Tanggungjaw · Kurang perhatian terhadap · Mengawasi aktiviti sekolah anak,
ab didikan/kerja sekolah anak-anak urus rumah.
(KT,J,DA)
· Pasangan sering abai
tanggungjawab (P)

Pendidikan · Ibu bapa tidak mempunyai · Pentingkan didikan agama yang


pengetahuan agama yang kukuh
mendalam (P, J) · Membimbing sembahyang,
berjemaah.
· Kesedaran terhadap keperluan
akademik

53
Hubungan · Ahli keluarga tidak bekerjasama · Hubungan kekeluargaan yang
Ahli Keluarga (KT,P,DI, J) baik dan terbuka
· Pasangan/Anak tidak dengar · Bekerjasama dalam masyarakat
cakap (P,J,DI,DA) · Penyertaan aktif dan pemimpin
· Enggan berbincang (P, DI) masyarakat
· Saudara tidak minat membantu · Penglibatan aktif dalam
(J) masyarakat
· Hubungan kekeluargaan baik
dan terbuka

Komunikasi · Pasangan sering berleter (DI, J) · Bersefahaman, sepakat,


· Bergaduh guna kata-kata kesat, mengawasi anak, komunikasi
sering sakit hati (DI) berkesan
· Pasangan (DI) · Interaksi sosial yang baik
· Pasangan tidak memahami
kemahuan (P, DI)
Bert’ggung · Pasangan abai tanggungjawab · Semua mengambil berat peranan
Jwb (P, DI) ahli keluarga

Perhubungan · Tidak mesra dgn jiran (P,DA,IT,J) · Suami dan isteri aktif dlm
dengan masyarakat.
Masyarakat · Mendapat penganugerahan/
pengiktirafan

* KT = Keluarga Tunggal DI = Penderaan Isteri


P = Penceraian DA = Penderaan Anak
J = Juvana

bermasalah, tekanan emosi akibat daripada perbelanjaan tidak cukup dan akibat
kehidupan di bandar yang tertekan. Gambaran di pihak keluarga mithali pula
memaparkan kesefahaman antara ahli keluarga. Penumpuan diberi kepada pendidikan
agama sejak kecil kepada anak-anak, beramal secara berjemaah dan mengurus hal-ehwal
kewangan dan rumah tangga secara teratur. Keluarga bermsalah melaporkan
perbelanjaan cepat habis dan setengahnya menyatakan tidak mampu berbelanja mewah
(kes juvana, penderaan isteri dan penderaan anak). Ini menunjukkan berlaku pengurusan
kewangan yang tidak betul. Salah pengurusan kewangan ini mengakibat disokong pula
dengan pekerjaan tidak tetap di kalangan keluarga bermasalah. Kedua-dua keadaan ini
menjadi punca kepada tekanan perasaan sehingga berbagai masalah boleh tercetus.

Berlaku juga pengabaian tanggungjawab di kalangan ibu bapa atau ketua keluarga
yang bermasalah. Terdapat ahli keluarga yang enggan berbincang, tidak memberi
kerjasama, anak tidak dengar cakap yang berpunca daripada pengabaian
tanggungjawab. Ketua keluarga bermasalah juga tidak membimbing kerja-kerja sekolah
anak-anak sepertimana yang diberikan penekanan oleh keluarga mithali.

Kaedah pendidikan di kalangan keluarga mithali juga dibantu oleh kawalan


disiplin. Walaupun kawalan ini dikenakan kepada ahli keluarga atau anak-anak gambaran
yang diberikan oleh pihak keluarga mithali ialah ahli-ahli keluarga saling membantu. Hal
ini tidak berlaku di kalangan keluarga bermasalah contohnya kes juvana. Keluarga mithali
telah berjaya memberi sokongan spritual (nilai murni, kasih sayang, nasihat-menasihati,
akhlak yang mulia, amalan agama yang kukuh) sehingga anak-anak berjaya mendapat
pendidikan tinggi. Walaupun ketua keluarga berkelulusan sekolah rendah, bekerja sebagai
peneroka atau sebagai seorang guru. Latar belakang ibu bapa kepada keluarga
bermasalah kebanyakkannya tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam
seperti dalam kes penceraian dan juvana.

Komunikasi yang berkesan dari keluarga mithali contohnya melalui disiplin, akhlak
kurang digambarkan dalam keluarga bermasalah. Daripada aspek komunikasi didapati

54
pasangan keluarga bermasalah sering berleter dan menggunakan kata-kata kesat bila
bergaduh.

Jika dibandingkan daripada aspek nilai, perbezaan jelas antara kedua keluarga ini
ialah, keluarga bermasalah berpendapat penderaan pasangan berlaku kerana kurang
sabar, tidak mesra dengan jiran dalam kes penderaan isteri. Keluarga mithali sebaliknya
bukan sahaja mempunyai nilai-nilai positif dalam keluarganya tetapi boleh memimpin
keluarga lain. Ketua-ketua keluarga mithali menjawat pelbagai jawatan dalam
masyarakat. mana anak mereka terlibat dalam kes juvana. yang ketatkedua-kedua
responden keluarga.

6.2 Program-program Pemantapan Institusi Keluarga

Program-program yang dicadangkan di bawah ini ditumpukan kepada aktiviti-


aktiviti untuk memantapkan institusi keluarga. Walaupun profil keluarga bermasalah
telah dikaji, program-program bagi mengurangkan masalah mereka tidak
dipertimbangkan kecuali program-program yang difikirkan boleh membantu pemantapan
keluarga tunggal. Pemilihan ini dibuat kerana beberapa kekurangan yang ada di kalangan
keluarga bermasalah seperti umur mereka yang melebihi 40 tahun, sikap-sikap negatif
dengan jiran, kurang sabar, pengabaian tanggungjawab dan latar-belakang keluarga yang
tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam. Kesemua ini akan
membantutkan usaha-usaha pemantapan keluarga mereka walaupun program yang betul
dilaksanakan kepada mereka.

Pendekatan yang dicadangkan diambil bagi memantapkan keluarga di Johor ialah


mensasarkan keluarga yang belum lagi bertaraf keluarga bermasalah tetapi berada
dalam kategori atau lingkungan berasaskan penjumpaan kajian ini baik daripada aspek
profil keluarga bermasalah atau faktor yang membawa kepada masalah. Contohnya bagi
kes penceraian, kajian ini mendapati penceraian banyak berlaku dalam tempoh
perkahwinan 1-5 tahun, maka keluarga yang belum bercerai tetapi tempoh perkahwinan
berada dalam lingkungan 1-5 tahun, mereka ini patut menyertai program yang
dicadangkan nanti. Pendekatannya sebegini boleh menghalang masalah-masalah ynag
diketengahkan berlaku.
Selanjutnya, di bawah ini di cadangkan jenis-jenis program, pengisian dan
peserta sasaran.

6.2.1 Program Pendidikan

55
Pendidikan adalah kaedah terpenting bagi membentuk keperibadian ahli keluarga
secara sihat, harmoni dan terkawal daripada gejala buruk yang membawa kepada
berbagai masalah dalam keluarga. Kepentingan pendidikan ini dibayangkan oleh
kesemua keluarga mithali di Johor, seperti yang dijelaskan dalam Bab 5. Sebaliknya,
kurang sekali keluarga bermasalah memberi penekanan kepada aspek pendidikan.
Kebanyakan keluarga bermasalah berpandangan bahawa pendidikan tidak
menyumbang kepada berlakunya penceraian , penderaan dan kes juvana.

Bagi tujuan memantapkan keluarga Johor, terutamanya bagaimana rakyat Johor


hendak mengharungi cabaran alam pengetahuan iaitu K-ekonomi adalah dicadangkan
program pendidikan dibahagikan kepada dua bentuk: Program yang ditujukan kepada
semua kaum dan yang dinamakan Program Pendidikan Keluarga dan satu lagi program
pendidikan khas dan dinamakan Program Pendidikan Agama.

a. Program Pendidikan Keluarga

Program pendidikan ini hendaklah berbagai pendekatan. Rakyat Johor yang


berpendidikan tinggi serta usahawan-usahawan yang berjaya di Johor, digalakkan
memberi ceramah-ceramah dan penerangan apakah itu K-Ekonomi, kepentingan
melibatkan diri dalam K Ekonomi dan bahaya-bahaya globalisasi. Saluran utama
penyampaian pendidikan ini ialah melalui media massa (surat kabar, majalah dan lain-
lain bahan bercetak) dan media elektronik (televisyen, video, VCD, kareoke dll).

Contoh program pendidikan melalui media elektronik ialah: iklan, dokumentari,


ceramah, temubual, teledrama akan kisah-kisah dalam keluarga dan sebagainya.
Program disasarkan kepada anak-anak muda yang belum berumah tangga dan diberi
penekanan kepada kebahagian dan kejayaan berkeluarga. Ia bertujuan mendidik anak-
anak tentang peri pentingnya memelihara dan mengekalkan institusi keluarga yang
mantap, beragama lagi suci keturunannya. Dengan kebenaran Kementerian Pendidikan,
program ini dimantau oleh Jabatan Pendidikan Johor kerana ianya perlu disebar ke
sekolah sekolah. Sekiranya program ini berbentuk drama, maka kepentingan moral di
sebalik cerita/drama itu dibincangkan oleh guru dan pelajar, tidak seperti program
televesyen.

Temubual tentang peranan ahli keluarga dibuat disemua daerah kerana suasana
kehidupan berbeza. Semua peringkat umur perlu dilibatkan, terutamanya kanak-kanak
dan remaja supaya mereka merasakan keluarga atau masyarakat bersedia
mempertimbangkan pandangan daripada perspektif dan suasana kehidupan mereka
yang sangat berbeza dengan kehidupan ibu-bapa atau orang yang sudah berkeluarga.
Kanak-kanak yang terlibat dengan kes juvana wajib ditemubual oleh kaunselor
bertauliah. Pihak Yayasan Pembangunan Keluarga memantau pandangan ini supaya
disalurkan ke pihak berwajib yang akan membuat tindakan susulan. Setiap daerah
perlu dibekalkan dengan kaunselor bertauliah/profesional. Bilangan dan penempatan
mereka boleh di pertimbangkan mengikut kemampuan Yayasan, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Balai Polis, Hospital Daerah, Sekolah dan Badan Sukarela.

Panduan-panduan bagi membentuk keluarga bahagia juga dibincang dalam


media massa. Panduan ini mengganti ruang akhbar dan majalah yang sebelum ini
menyebar berita dan kisah yang memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dan remaja.
Dengan kebenaran Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri, sebuah
Badan Sukarela perlu dibentuk untuk menilai program dan ruangan penerbitan yang
dicetak atau disebar. Penerbit program dicadangkan didenda sekiranya Badan
Sukarela itu berpendapat sesuatu program memberi kesan buruk kepada kanak-kanak
dan remaja. Badan Sukarela ini boleh dilantik oleh kerajaan negeri Johor.

Sepekara lagi dalam yang patut dipertimbang dalam progam pendidikan ini ialah
penjumpaan kajian ini bahawa ramai keluarga bermasalah di Johor tidak berpendidikan
tinggi. Peranan yang boleh dimainkan oleh Yayasan dalam hal pendidikan ialah
menyebarkan maklumat bahawa ibu-bapa dan ahli keluarga lain perlu bergilir-gilir

56
mengawal aktiviti akademik dan persekolahan anak-anak. Yayasan juga perlu
mengambil tindakan susulan kepada keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. Di
samping itu, Yayasan perlu menyakinkan semua keluarga bermasalah di Johor dan
pasangan baru berumah tangga akan kepentingan pendidikan dan kesanya kepada
pencapaian ekonomi keluarga.

Taraf pendidikan yang rendah yang dijumpai dalam kajian ini memberi indikasi
bahawa banyak pembaikan perlu dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri. Program yang
dicadangkan ialah latihan guru, kaedah pengajaran, peralatan pengajaran di sekolah
sekolah, kaedah pembelajaran juga memain peranan. Dalam aspek pendidikan ilmiah,
nampaknya guru-guru perlu mengambil alih peranan ibu –bapa semetara ibu- bapa
harus lebih bertanggungjawab dalam aspek rohaniah seperti yang dijelaskan dibawah ini.
Anugerah juga diberi di peringkat daerah kepada tokoh pendidik dan pemimpin rumah
tangga yang baik.

b. Program Pendidikan Agama

Tempat beribadat dan balai raya dijadikan tempat penyebaran terpenting


Biasanya mereka yang dapat hadir diri ke ceramah bersifat agama ialah mereka yang
boleh diperbaiki akhlaknya. Semua ibu-bapa sama ada bermasalah atau tidak
bermasalah harus dilibatkan. Institusi mesjid contohnya menumpukan kepada ibadah
berjemaah iaitu kaedah beribadah yang digambarkan oleh keluarga mithali.

Ceramah agama diselangselikan dengan aspek psikologi yang boleh ditayang


dalam bentuk drama pendek atau kareoke agama. Drama ini mencerminkan kisah
benar tentang kesan negatif penceraian, pertelingkahan ahli keluarga atau kesan negatif
daripada kes-kes juvana dan sebagainya. Drama sebegini bukan sahaja memberi
pengajaran, kesedaran dan keinsafan tetapi juga mengingatkan peserta tentang peranan
serta tanggungjawab memelihara keluarga. Bagi ketua keluarga pula, program-program
pendidikan ini boleh menjadi pembimbing ke arah pengurusan keluarga yang lebih
berkesan.

Peserta program ini ialah ibu-bapa dan kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri
terhampir dengan profil pendera yang dijumpai oleh kajian ini. Pendera, anak anak
yang terlibat dengan juvana dan ibu bapa juvana adalah sudah terlambat untuk menjadi
peserta. Oleh itu profil pendera dan ketua keluarga juvana yang diterangkan dalam
Bab 4 sangat berguna untuk mengelak daripada kes /masalah keluarga berlaku.
Contohnya, umur ibu-bapa yang kritikal bagi masalah juvana ialah 50-54 tahun . Jadi
sebelum keluarga sampai ke peringkat umur ini, pihak Yayasan sudah memantau
perkembangan laporan di setiap daerah. Kes-kes masalah keluarga yang kecil-kecil /
kurang serius dibanteras segera oleh jawatan kuasa daerah/ kawasan setinggan atau
perumahan.

Kerjasama yang erat perlu dijalin antara Jabatan Agama Islam Johor Darul Ta’zim
dengan Jabatan Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kerjasama ini bukan sahaja
berbentuk maklumat ( data) tetapi pendekatan ke arah menyelesaikan kes penceraian
, penderaan dan kes juvana. Proses undang-undang juga dibaiki supaya kes-kes tidak
tertunggak begitu lama, sehingga mangsa tidak dibela atau terbiar sekian lama. Kesan
kes-kes masalah sosial dan masalah keluarga yang tertunggak ini bukan sahaja
merugikan keluarga tetapi kewangan negeri.

6.2.2 Pusat Perniagaan Komuniti

Faktor ekonomi khususnya masalah kewangan dan pengangguran dikenalpasti


oleh keluarga bermasalah di Johor sebagai faktor utama penyumbang masalah.
Keperluan hidup di bandar telah juga menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi
yang lebih tinggi berbanding dengan hidup di kampung. Mereka menyatakan
pendapatan bulanan tidak mencukupi untuk menanggung pembiayaan keluarga yang
tinggi dan kos sara hidup di bandar tinggi. Ramai keluarga tunggal pula menganggur,
walaupun keluarga tunggal mempunyai ramai anak (4-6 orang, ada yang melebihi 7

57
orang anak). Terdapat jua keluarga tunggal yang melaporka saudara mara, ibu, bapa
dan mertua tinggal bersama.

Oleh kerana anak/tanggungan yang ramai ini, adalah dicadangkan agar


diwujudkan lebih banyak pusat-pusat perniagaan komuniti di kawasan-kawasan
perumahan, taman, kampung, kawasan Felda dan sebagainya. Jika perniagaan berbentuk
industri kotej, maka pemasaran dan penstorannya dimantau oleh suatu pihak
awam/swasta supaya penawaran tidak terputus dan keluaranya berkualiti eksport.
Dengan cara ini peluang pekerjaan yang boleh memberi pendapatan tetap bertambah di
Johor.

Dalam kes keluarga tunggal, apabila ibu atau bapa bekerja, perlu pula
diintegrasikan dengan permasalahan anak-anak mereka, baik daripada segi
pengangkutannya atau mengawasi kerja-kerja sekolahnya. Anak-anak keluarga tunggal
yang mencapai umur bekerja sepatutnya diberi keutamaan bekerja di Pusat Perniagaan
Komuniti.

Pengisisan program hendaklah berpandukan kepada kelemahan peniaga sebelum


ini., contohnya kaedah melayani pelanggan, kebersihan tempat berniaga dan
pemantauan kekerapan pembelian yang menjadi pemboleh ubah kritikal dalam proses
pemasaran. Aspek-aspek ini perlu dilatih sebelum usahawan mencebur diri dalam
perniagaan.

Peserta perlu juga didik untuk tidak boros dalam perbelanjaan. Jika diteliti
daridapa jawapan responden kajian ini, kebanyakan keluarga bermasalah memberi
faktor perbelanjaan cepat habis, dan tidak mampu berbelanja mewah seolah-olah,
berbelanja mewah itu suatu keperluan. Kerajaan tempatan atau lembaga
pembandaran dicadang agar mengkaji semula sistem pemberian lesen promosi jual
murah di pusat perniagaan sekitar bandar Johor Bahru dan bandar-bandar daerah.
Sekiranya, pemantauan tanda harga kerap dibuat dan kempen berbelanja secara
berhemat dihayati oleh keluarga berpendapatan rendah maka banyak keperluan
keluarga dapat dibeli.

Konsep Pusat Perniagaan Komuniti yang dicadangkan ini adalah bebas daripada
kaedah peminjaman riba. Dana yang perlu dibentuk untuk membantu golongan
miskin juga hendaklah ditadbir mengikut landasan Islam. Jika pihak tertinggi
kerajaan Johor membuat enakmen yang melarang pemberian pinjaman atau
penerima pinjaman berbentuk riba dan ianya dilaksanakan dengan penuh yakin,
Insya Allah banyak perubahan kewangan dapat dinikmati oleh kerajaan dan rakyat
di Johor. Contoh tauladan yang baik ini bukan sahaja mendapat ganjaran tetapi diharap
dapat diikuti oleh negeri–negeri lain di dalam maupun di luar negara.

6.2.3 Pusat Kaunseling

Keluarga yang terlibat dengan kes penceraian, penderaan isteri , penderaan


anak, dan kes juvana semuanya memberi skor min yang tinggi kepada faktor kurang
kemahiran komunikasi sebagai sumber masalah. Ahli keluarga ini memerlukan
kaunselor profesional untuk memberi bantuan moral dan psikologi ketika menghadapi
situasi yang getir.

Dicadangkan pusat ini diletakkan di bawah pengawasan dan tanggungjawab


ketua-ketua di peringkat tempatan seperti Ketua Kampung, JKKK, Wakil Rakyat, Pengerusi
KRT dan sebagainya.

Pusat Kaunseling dibentuk untuk berfungsi sebagai:

i. sumber rujukan kepada ahli masyarakat. Keluarga bermasalah lebih


berhak menggunakan pusat kaunseling bagi membantu mereka
menyelesaikan kebuntuan.

58
ii penyampai maklumat kepada penghuni kawasan perumahan atau tempat
kerja. tersebut dalam berbagai bidang.

iii Pusat ini juga harus memainkan peranannya sebagai `orang tengah’
menemukan mereka yang bermasalah dalam keluarga dengan pihak-pihak
atau agensi yang berkaitan. Misalnya, ibu tunggal yang dibantu untuk
bertemu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat ataupun Baitulmal.
Demikian juga keluarga yang menghadapi masalah anak-anaknya terlibat
dengan kes-kes juvana ataupun dadah, boleh merujuk kepada pusat ini
untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang langkah-langkah
pencegahan atau pemulihan yang perlu diambil.

Pusat-pusat Kaunseling tidak `menunggu pelanggan’ bahkan perlu bertindak


proaktif dan agresif dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar seperti ceramah, kursus
motivasi, kursus keibubapaan dan sebagainya. Program seumpama ini memerlukan
sokongan moral dan kewangan daripada pihak kerajaan dan swasta. Di bawah tema
masyarakat penyayang, pertandingan boleh diadakan bagi menarik sektor swasta
menaja program kaunseling anjuran kerajaan negeri.

Pusat Kaunseling juga memantau kesan daripada program yang telah


dilaksanakan setiap enam bulan / setiap tahun bagi memperbaiki kaedah menangani
sesuatu masalah secara lebih berkesan. Penilaian keberkesananya sesuatu program
diukur daripada aspek sama ada ianya berjaya mewujudkan keluarga dan masyarakat
harmoni.

Pengisisan kursus hendaklah disasarkan berpandukan profil keluarga bermasalah


yang telah dikenalpasti dalam Bab 4., contohnya ibu-bapa yang bercerai melaporkan
mereka masih mesra dengan anak-anak, dan dalam kes juvana pula ibu-bapa
melaporkan mereka tidak mendapat bantuan dan sokongan saudara mara. Jadi
kumpulan sasaran bagi kes juvana ialah saudara mara disamping ibu-bapa yang
anaknya terlibat dalam kes juvana.

Pusat Kaunseling dijangka memerlukan dana yang besar. Adalah dicadangkan


suatu sekim insuran dibentuk. Caruman premium dicadang dikumpul semasa ibu-bapa
datng untuk pendaftaran perkahwinan. Satu jawatan kuasa juga dibentuk terdiri
daripada pakar insuran/ takaful , ahli usahawan dan pentadbir undang-undang awam
dan undang-undang Islam bagi menrealisasikan skim insurans keluarga yang boleh
membantu anak-anak /isteri selepas penceraian / kematian pasangan.

6.2.4 Kursus Kejurulatihan

Sasaran kursus adalah di kalangan Ketua-ketua Kampung, Penghulu, JKKK, Ketua


Felda, Ketua Blok dan ketua-ketua masyarakat yang mewakili komuniti mereka. Tujuan
kursus adalah untuk memberi latihan kepakaran mengendalikan latihan dalam bidang-
bidang seperti `attitude reengineering’, motivasi, pengurusan masa dan sebagainya.
Setelah tamat kursus pendek ini pihak Yayasan memantau laporan kumpulan sasar
sambil membuat lawatan ringkas bagi menemui peserta-peserta di peringkat akar
umbi. Mereka termasuklah keluarga dalam saat kritikal untuk bercerai dan keluarga
yang berkecenderungan mendera isteri dan mendera anak.
Pengisisan program pula ditumpukan kepada tanggungjawab ketua keluarga,
pengurusan kewangan rumahtangga, kaedah berkomunikasi dua-hala, serta memberi
pengisian memperbaiki hubungan ahli keluarga kerana responden kajian ini
melaporkan pasangan suka berleter.

Perbincangan boleh menggunakan kaedah ‘ Affinity Charts’ terutamanya bagi


memantau laporan responden tentang kes anak / pasangan tidak dengar cakap atau
ada ks responden memberi alasan tidak mesra dengan jiran. Oleh itu perlu dipastikan
apakah sebenarnya arahan –arahan yang tidak dipatuhi oleh pasangan dan anak dan
apakah keadaan sehingga keluarga tidak berbaik-baik dengan jiran. Peserta juga
perlu memberi cadangan mengatasi halangan berkomunikasi.

59
Ukuran kejayaan program ini adalah peningkatan semangat juang keluarga yang
dahulunya bermasalah ( ibu – bapa yang malaporkan mereka malas bekerja, tidak sabar
dsb.), bertambahnya kerjasama, meningkatnya tanggungjawab dan semangat kekitaan
di kalangan ahli masyarakat.

6.2.5 Lawatan ke lokasi

Kursus-kursus Kejurulatihan seperti yang disebutkan di atas boleh dilakukan


secara `Locational Visits’ oleh pihak agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Jabatan Agama Islam, Jabatan Perpaduan Negara, PDRM, MARA dan
sebagainya. Lawatan ke lokasi bukan hanya untuk memantau perkembangan
masyarakat dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi, tetapi juga dapat
memberikan sokongan moral dan spiritual kepada ahli masyarakat. Ini juga boleh
dikenali sebagai program `turun ke padang’ atau yang kini lebih dikenali sebagai
`Program Pemimpin Bersama Rakyat’.

Di musim cuti sekolah umpamanya, ramai pelajar boleh dijadikan petugas


sukarela. Pengisian program yang ditumpukan kepada ibu-bapa muda ialah menjalankan
projek untuk menunjukkan faedah-faedah memelihara keharmonian berkeluarga.
Sekiranya peserta terdiri daripada kanak-kanak atau remaja, maka projek tertumpu
kepada kaedah-kaedah mencegah keruntuhan institusi keluarga, serta mengenalkan
kepada mereka kesan buruk penggunaan dadah dan sebagainya.

Oleh kerana ketua-ketua masyarakat ini diharap memberi penerangan dan


menjadi fasilitator kepada program yang dicadangkan, maka adalah penting ketua-
ketua ini berpendidikan disamping mempunyai pengaruh sosial dikalangan peserta
program yang dipimpinnya. Kaedah-kaedah kepimpinan yang bersistematik diterapkan.

Masalah sosial dan masalah keluarga yang berlaku di kawasan setempat


dibincangkan dengan beberapa ketua-ketua masyarakat semasa lawatan dibuat.

6.2.6 Program Riadah

Program ini juga dicadangkan ditaja oleh organisasi, syarikat atau majikan. Ianya
bukan berbentuk sukaneka atau bersukaria sahaja, sebaliknya kaedah-kaedah pameran,
jualan dan aktiviti sukan digalakkan. Dengan ini para pekerja bukan sahaja dapat
melepaskan penat lelah daripada bekerja malah dapat juga menambah pendapatan,
menjaga kesihatan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

Dengan adanya program seumpama ini, beberapa objektif tercapai dan aktiviti–
aktiviti luar yang tidak berfaedah dikurangkan. Ini bermakna program riadah ini perlu
dilakukan seberapa kerap yang boleh oleh pihak majikan.

Kerajaan negeri dengan bantuan sektor swasta perlu menyebar kemudahan


bersukan dan riadah ini di merata kampung atau secara berpusat sekurang-kurangnya,
supaya kemudahan tidak tertumpu di bandar sahaja.

Riadah adalah perlu bagi mengurang tekanan emosi yang dilaporkan oleh
banyak responden kajian ini. Sebaiknya riadah ini dilakukan bersama keluarga atau
dua orang daripada ahli keluarga yang mana kaedah ini boleh gejala penderaan
terhadap ahli keluarga mereka.

6.2.7 Program Pengikhtirafan dan Penghargaan

Pihak majikan perlu menyediakan lebih banyak ganjaran kepada golongan pekerja
sama ada dalam bentuk ganjaran intrinsik maupun ganjaran ekstrinsik. Ini termasuklah
hadiah, anugerah, pingat dan penghargaan dalam berbagai bentuk kepada para pekerja
agar mereka merasakan khidmat mereka dihargai dan diikhtiraf. Jika dilihat model

60
keluarga mithali, didapati penghargaan dan pengikhtirafan ini merupakan ransangan
untuk mereka membina keluarga yang bahagia dan berjaya.

Oleh itu, dengan adanya berbagai bentuk pengikhtirafan dan penghargaan, ianya
memberikan kepuasan kepada para pekerja dan dapat meningkatkan lagi komitmen
bekerja. Penghargaan juga dapat mengurangkan stres bekerja dan meningkatkan usaha
untuk menambahkan lagi pendapatan mereka. Secara tidak langsung, taraf hidup
keluarga lebih baik dan suasana harmoni akan terbawa-bawa dalam keluarga. Ini dapat
mengurangkan kecenderungan berlakunya konflik dalam keluarga.

Suka memberi penghargaan ini suatu budaya. Pembentukan budaya positif tidak
tercapai dalam masa yang singkat. Memberi penghargaan juga perlu dengan niat
membantu bukan minta dibantu (jenayah - rasuah). Adalah dicadangkan kriteria dan
prosedur memberi penganugerahan kepada pemimpin masyarakat disusun semula.
Sistem dan prosedur hendaklah berteraskan kepada ajaran Islam, supaya
penganugerahan tidak bertukar menjadi pesta pertelingkahan.

6.8 Penutup

Jadual 6.2 meringkaskan bentuk- bentuk program yang dicadangkan boleh


mengelak berlakunya atau mengurangkan beban keluarga bermasalah di Johor.

Jadual 6.2 Cadangan Program Pemantapan Institusi Keluarga Johor.


Faktor Penyumbang Cadangan Program Program Khas
Isu / Jenis Masalah (Mengikut Keutamaan)
Masalah
Keluarga
Pusat Perniagaan Ibu dan anak-anak
Keluarga Ekonomi, Komuniti, Program perlu berhampiran
Tunggal Pengangguran, Pendidikan Keluarga dan tempat tinggal.
Urbanisasi Agama, Pusat Kaunseling Assertive Programme,
dan Lawatan Lokasi. Bantuan moral.
Insurans Keluarga
Ekonomi, Komunikasi Pusat Kaunseling, Program pendidikan
Penceraian Urbanisasi, Tanggung Pendidikan, Pusat Keluarga (Pasangan
Jawab, Pengangguran, Perniagaan Komuniti, Berkahwin 1- 5 tahu)
Dokumentari, Riadah, Bantuan kpd. Isteri
Lawatan Lokasi ramai tanggungan.
Insurans Keluarga.
Ekonomi, Urbanisasi, Pendidikan, Dokumentari, Saudara terdekat perlu
Juvana Pengangguran, Pusat Kaunseling, Pusat menyertai program
Komunikasi Perniagaan Komuniti , Pendidikan . Program
Lawatan Lokasi, Riadah. Keluarga Kreatif.
Aktiviti Pasukan
Urbanisasi, Komunikasi, Pusat Kaunseling, Isteri yang mendakwa
Penderaan Ekonomi, Pendidikan, Pusat didera di beri
isteri Pengangguran, Perniagaan Komuniti, keutamaan utk bekerja.
Perhubungan Ahli Dokumentari, Riadah, Anak- anak di awasi
Keluarga, Perubahan Lawatan Lokasi oleh Pusat Kaunseling.
Nilai, Tanggung Jawab.
Penderaan Ekonomi, Komunikasi, Pusat Kaunseling, Anak ditempat di
Anak Urbanisasi,. Pendidikan, Dokumentari, pusat Kaunseling.
Riadah, Lawatan Lokasi Parenting Programme.

61