Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Motivasi Anak

Komunikasi dalam keluarga merupakan salah satu faktor untuk boleh mewujudkan
keluarga yang ceria, bahagia dan harmoni. Dengan wujudkan komunikasi ynag berkesan,
anak-anak akan dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa agar mereka menjadi insan
yang bersemangat, progresif, prokatif dan berfikiran positif. Untuk memotivasikan anak-
anak, ibu bapa perlulah menggunakan kaedah komunikasi ynag berkesan agar matlamat
dan harapan kita untuk mewujudkan insan yang berguna dan berakhlak akan tercapai.
Oleh itu kaedah komunikasi untuk meningkatkan motivasi di kalangan anak-anak adalah
seperti berikut:

1. Penerangan yang jelas. Penyelelidikan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak


dan remaja tidak cemerlang dalam kerja rumah dan tugasan kerana mereka tidak tahu
apa yang patut mereka lakukan. Ibu bapa sepatutnya perlu menjelaskan perkara berikut:

a. Kenapa tugasan yang diberikan itu penting?


b. Apa kaitan sesuatu tugasan dengan kehidupan?
c. Memastikan pengetahuan asas mereka mantap.
d. Beritahu bagaimana hasil kerja mereka akan dinilai.
e. Jelaskan kepada mereka apa yang mereka akan perolehi dan kecapi hasil sesuatu
tugasan atau kerja.

2. Ganjaran. Anak yang tidak mempunyai motivasi dalaman yang kuat boleh
dimotivasikan secara luaran dengan menyediakan pelbagai bentuk ganjaran. Lihat apa
kebaikan dan kelebihan anak dan suburkannya, mereka pasti mengulangi kebaikan ini di
lain masa. Pelbagai bentuk ganjaran boleh diberikan seperti hadiah, puji-pujian,
pelepasan daripada tugas harian dan sebagainya. Ganjaran bukan sahaja diberikan
terhadap pencapaian yang diperoleh tetapi juga terhadap usaha ynag diberikan. Berikan
insentif agar anak berusaha untuk menguasai pengetahuan dan maklumat bukan sekadar
bersaing antara satu sama lain. Ganjaran luar yang berkesan ialah yang mampu menjana
motivasi dalaman anak.

3. Tetap dan Mantapkan Matlamat. Setiap anak mestilah disuruh menetapkan


matlamat untuk pendidikan dan masa depan. Ikuti perkembangan anak dan pastikan
setiap anak mampu merealisasikan matlamat masing-masing.

4. Berikan Perhatian. Anak akan memberikan tindak balas yang positif terhadap
ibu bapa yang ambil berat tentang diri dan masalah mereka. Memahami adalah lebih baik
daripada menghukum. Ada ketikanya ibu bapa perlu bercerita kisah lampau,
memberitahu kesilapan-kesilapan yang pernah mereka lakukan dan lain-lain sebagai satu
teladan untuk pelajar. Ini penting untuk mewujudkan jambatan emosi, saling
mempercayai dan saling bertanggungjawab. Sekiranya mereka lakukan kesilapan,
pastikan mereka faham bahawa semua orang boleh lakukan kesilapan tetapi jelaskan
kepada pelajar iaitu manusia berjaya ialah mereka yang belajar dari kesilapan. Sentiasa
tanya apa matlamat mereka? Apa perancangan mereka? Sejauh mana progres mereka?
Apa minat mereka? Apa kerjaya pilihan mereka? Dan sebagainya.

5. Penglibatan dan penyertaan. Salah satu kunci motivasi diri ialah


penglibatan aktif dan penyertaan dalam setiap aktiviti kekeluargaan. Rangsang anak
untuk terlibat dalam aktiviti luar, interaksi antara adik-beradik dan saling membantu.
Anak akan lebih bermotivasi apabila mereka rasa diri mereka penting dan diperlukan.
Oleh itu libatkan setiap pelajar dalam pelbagai kerja ibu bapa seperti memasak,
mengemas rumah atau berkebun.

6. Penuhi keperluan. Ibu bapa mestilah sedar bahawa setiap anak memerlukan
daya hidup, kasih sayang, kuasa memilih, keseronokan dan kebebasan. Misalnya,
memberikan peluang anak yang tua menyelesaikan masalah-masalah kecil di kalangan
adik-beradik. Atau memberi peluang kepada mereka memberikan pendapat dan
pandangan sepert aspek hiasan dalaman atau sebagainya.

7. Kepelbagaian Emosi dan watak. Kekuatan memori ada kaitannya dengan


tahap emosi yang membentuk pengalaman seseorang. Anak akan lebih mudah
mengingat dan memahami sesuatu yang disertai dengan pendekatan emosi. Anak akan
lebih bersedia untuk belajar apabila ada unsur-unsur kepelbagaian emosi dan watak
kerana mereka tidak akan bosan. Jangan malu untuk mempelbagaikan watak, gaya dan
pendekatan anda demi menarik minat anak terhadap apa yang mahu anda sampaikan.

8. Terapkan Aspek Kemahiran. Ajarkan mereka beberapa aspek kemahiran


komunikasi dan sosial. Contohnya beri peluang untuk mereka 'memberi ceramah' atau
melayan tetamu yang datang. Juga terapkan kepada mereka teknik pembelajaran yang
berkesan, pengurusan masa, kaedah membaca, kaedah mengambil nota dan sebagainya.
Tanam dalam fikiran 'boleh' dalam setiap yang dilakukan.

9. Amalkan Prinsip MAT - Mesra, Adil dan Tegas. Berkomunikasilah


dengan mesra dan memberi layanan dan adil dan saksama tanpa memilih kasih dan
dalam masa yang sama tegas dan berprinsip dalam mendisiplinkan anak-anak.

Wanita November 2001, Ms 118 - 119