Anda di halaman 1dari 56

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Modul Persediaan Kerjaya Anda

Oleh :
Noor Fadilah Ambo
www.fadilahlee.com

Penafian
Naskah ini dihasilkan untuk memberi perkongsian dan menyalurkan maklumat
umum kepada pembaca. Anda mungkin perlu merujuk kepada penasihat atau
pengamal profesional untuk sesuatu keputusan yang bersifat khusus untuk diri
anda.
Tidak ada jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di
dalam naskah ini adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya dengan
ini secara khususnya tidak bertanggungjawap atas apa-apa risiko kehilangan,
liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan
dan aplikasi kandungan naskah ini, sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Strategi yang disebut di dalam naskah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap
individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua
pihak.

Hak Cipta Terpelihara 2014 Noor Fadilah Ambo.


Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin daripada pihak penulis.

Diterbitkan oleh Dynamic Image Training and Consultancy (DITC).

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

ISI KANDUNGAN
PRAKATA . 4
PENDAHULUAN 5
MODUL 1 : Imej Berpengaruh .. 10
Kod Etika Pakaian Lelaki 11
Kod Etika Pakaian Wanita 15
Perkara yang Perlu dielakkan Calon ... 18
Tips Calon Berbaju Kurung ... 19
Pengaruh Warna dalam Penampilan 21

MODUL 2 : Resume Efektif


Apa Itu Resume? . 27
Kepentingan Resume .. 27
Keperluan Standard Majikan . 27
Elemen Penting dalam Resume .. 28
Asas Penulisan Resume 28
Contoh Asas Resume . 30
Tips Penulisan Resume .... 33

MODUL 3 : Komunikasi Hebat


Penampilan ... 36
Postur ... 38
Gestur ..... 39
Ekspresi Wajah ... 40
Kontak Mata .... 41

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Tips Komunikasi Berpengaruh .. 41
Faktor Gagal dalam Temuduga ...... 45
BONUS
10 Soalan Popular Temuduga ...... 49
Tips Menjawab Soalan Latarbelakang .... 51
Tips Menjawab Soalan Cepu Emas ... 52

PENUTUP .... 54
RUJUKAN .... 55

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


PRAKATA
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sukses kepada Tuan/
Puan/ Cikpuan yang dirahamti Allah SWT dan dirindui Nabi Muhammad SAW
kerana sudi mendapatkan e-book ini.
E-book ini dihasilkan untuk membantu para pelajar, mahasiswa dan graduan
yang ingin tampil hebat dalam temuduga dan berjaya mendapatkan jawatan
yang dipohon.
Matlamat penulis adalah e-book ini menjadi alat yang akan membantu kepada
mereka yang memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam temuduga. Selain
itu, e-book ini adalah bertujuan membuat rangkaian jaringan group sokongan
FB yang berterusan dengan semua pembaca e-book agar dapat membina
hubungan yang bermanfaat dengan perkongsian-perkongsian maklumat dunia
pekerjaan yang pelbagai.

SELAMAT MEMBACA!

Noor Fadilah Ambo


Perunding Imej Professional dan Kerjaya Bertauliah
Dynamic Image Training and Consultancy

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


PENDAHULUAN

Temuduga adalah satu sesi perkenalan untuk mengenali kekuatan dan


kelemahan calon temuduga. Sebenarnya calon sudah pun mendapat jawatan
atau biasiswa tersebut tetapi untuk menyakinkan pihak organisasi maka
temuduga dijalankan. Kebanyakan sesi temuduga dijalankan paling minima
dalam tempoh 45 minit sehingga dua jam lamanya. Ianya bergantung kepada
panel temuduga.
Ada enam tips untuk berjaya dalam temuduga iaitu bersedia mental dan fizikal,
personaliti unggul, berkarisma, sopan dan elegan serta sedar diri dalam semua
aspek temuduga.
Calon temuduga hendaklah bersedia bukan sahaja fizikal tetapi juga mental.
Persediaan fizikal adalah termasuk kesihatan dan penampilan yang ditonjolkan.
Manakala persediaan mental faktor pendorong emosi untuk terus berusaha
melakukan yang terbaik. Mental harus membanyangkan dan yakin bahawa
temuduga itu berjaya mendapat jawatan tersebut.
Tips yang kedua ialah calon temuduga perlu menunjukkan personaliti yang
unggul. Harus menunjukkan bahawa kita mempunyai pengetahuan yang tinggi
terutama tentang jawatan yang dipohon serta latar belakang syarikat. Elakkan
daripada menunjukkan penampilan yang sugul seperti orang yang tidak
bermaya dan tidak mempunyai pengetahuan walhal mempunyai pengetahuan.
Menurut kajian Albert Mehrabian bahawa 55% komunikasi tanpa kata-kata
adalah daripada penampilan yang ditonjolkan. Tunjukkan personaliti yang
terbaik pada hari temuduga tersebut.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Tips yang ketiga mempunyai karisma. Gaya ini boleh dibangunkan melalui
penampilan dan cara komunikasi yang penuh yakin. Calon perlu tampil dengan
gaya professional supaya kelihatan seorang yang mempunyai ciri-ciri daya
kepimpinan. Caranya ialah dengan memakai pakaian formal mengikut etika
pemakaiannya. Paling mudah hanya menyarungkan blazer jika tidak mempunyai
sepasang suit.
Warna baju yang dipakai tidak terlalu terang kerana dikhuatiri penemuduga
tidak mengingati kebolehan calon tetapi warna baju yang dipakai oleh calon
temuduga tersebut. Warna kemeja yang dicadangkan untuk lelaki adalah putih
dan memakai tali leher biru gelap atau merah tanpa corak atau bercorak
konservatif manakala calon wanita jika memakai baju kurung hendaklah tidak
melebihi tiga warna temasuk tudung yang dipakai.
Tips yang keempat ialah tampil dengan gaya sopan sama ada dalam penampilan
mahupun tingkahlaku atau bicara. Calon perlu memakai pakaian yang
bersesuaian dengan tidak memakai pakaian yang terlalu ketat terutama calon
wanita. Aksesori yang berlebihan dan kurang sesuai seperti memakai earphone
sambil mendengar lagu, memakai cincin bersaiz besar, kepala tali pinggang yang
terlalu besar serta mempunyai lambang yang tidak sopan dan sebagainya.
Tips penampilan yang seterusnya ialah tampil elegan iaitu berpenampilan rapi,
anggun dan tampan. Jika calon mempunyai rupa paras yang kacak dan cantik
tetapi tidak rapi dalam berpenampilan, kelebihan itu akan menjadi sia-sia kerana
telah menjejaskan imej yang baik dan menarik. Sekurang-kurangnya asas
grooming seperti potongan rambut yang kemas, saiz baju yang sesuai dengan
saiz badan iaitu tidak terlalu besar atau kecil, kuku dipotong rapi dan tidak

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


berwarna, mengelakkan bau badan dan mulut serta tidak memakai wangian
secara berlebihan.
Tips yang terakhir ialah calon sedar tujuan temuduga tersebut dengan
mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta latar belakang syarikat.
Mengenali siapa panel temuduga bukan secara peribadi tetapi posisi panel
tersebut dalam organisasi dan tahu fungsi jawatan yang dipohon.
Hampir 80% calon gagal dalam temuduga bukan semata-mata kerana
komunikasi tetapi tidak menjaga perkara asas dalam temuduga. Calon sambil
lewa dalam membuat persediaan dan tidak serius. Alasan terlalu gugup bukan
menjadi isu jika tidak berjaya kerana gugup boleh dikurangkan dengan
persediaan yang rapi dan bersungguh-sungguh.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


PELAN TINDAKAN

SIAP SEDIA

UNGGUL
KARISMA
SOPAN

ELEGAN

SEDAR DIRI

Rahsia S.U.K.S.E.S Temuduga


Sebelum
Memperkasakan diri dengan maklumat syarikat
Menyiapkan fizikal dan mental
Semasa
Pakaian yang bersesuaian
Sijil/ dokumen yang berkaitan
Psikologi
Menepati masa
Selepas
Menghubungi semula dengan ucapan terima
kasih
Email
Telefon
Lelaki
Perempuan
Rambut
Tudung
Kemeja
Baju
Blazer
kurung/Kemeja
Tali leher
Blazer
Seluar
Seluar/ skirt
Stokin
Stokin
Kasut
Kasut bertutup
Profil syarikat penemuduga dan diri sendiri
Tujuan temuduga
Siapa panel temuduga
Jawatan yang dipohon

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

MODUL 1:
IMEJ
BERPENGARUH

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

10

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


MODUL 1: IMEJ BERPENGARUH
Imej memberi persepsi kepada panel temuduga secara tidak langsung dalam
masa 30 saat. Ia merupakan komunikasi tanpa lisan.

Menurut kajian Albert Mehrabian (1981) bahawa pengaruh komunikasi tanpa


lisan melebihi dari komunikasi lisan iaitu bahasa badan termasuk ekspresi wajah,
kelakuan, aksesori dan warna menguasai 55% , diikuti suara dan intonasi 38%
dan perkataan yang digunakan 7%.

Asas dalam penampilan ialah personal grooming terutama sekali soal


kebersihan dan kekemasan. Penampilan sangat penting dalam temuduga
supaya calon kelihatan professional, menyakinkan, berpengaruh dan
menyebabkan rasa hormat.

Calon tidak digalakkan daripada berpenampilan seperti pelajar walaupun calon


baru menamatkan pengajian kerana ia akan menyebabkan calon seperti belum
bersedia dan kelihatan seperti tidak serius dengan jawatan yang ditawarkan.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

11

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


KOD ETIKA PAKAIAN TEMUDUGA
LELAKI

Credit photo:Trendyrammy

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

12

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

Credit photo:Trendyrammy

BAJU KEMEJA
Perkara pertama penemuduga akan lihat adalah baju anda. Baju kemeja yang
dipakai boleh membuat panel membuat satu ukuran penilaian terhadap calon.
Jika berkemeja putih menyebabkan risiko anda kelihatan terlalu polos dan jika
terlalu gelap akan memberikan impak negatif.
Saranan: Baju berwarna lembut seperti biru pucat akan memberi komunikasi
sikap yang positif kepada majikan dan kelihatan calon berpotensi. Tambahan
pula warna biru pucat mudah disepadankan dengan hampir setiap jaket dengan
pelbagai warna dan corak. Calon diingatkan supaya memakai baju kemeja yang
bersamaan dengan saiz badan. Tidak terlalu besar atau sempit pada badan
calon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

13

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


TALI LEHER
Tali leher adalah pelengkap kepada baju kemeja yang dipakai untuk kelihatan
professional.
Saranan: Saiz tali leher perlu bersamaan dengan keseimbangan badan (body
propotion) dengan warna kontra atau lebih gelap daripada baju kemeja. Cara
untuk mengenal pasti saiz tali leher yang bersesuaian ialah dengan
memadankan dengan lebar saiz di hujung tali leher yang paling besar dengan
luas kolar kemeja.

SELUAR
Dalam persekitaran pejabat yang lebih santai, anda mungkin tidak dapat lari
dengan sepasang khakis atau sepasang jeans tetapi jika anda tidak yakin, khakis
adalah pilihan yang perlu dikompromi. Dapatkan sepasang yang sesuai dan
kelihatan segar.
Saranan: Semasa temuduga, calon tidak digalakkan memakai seluar khakis
kerana dikhuatiri calon akan kelihatan santai bekerja. Seluar yang digalakkan
adalah seluar slack yang sepadan dengan warna jaket atau blazer. Namun, perlu
diingat apabila memakai seluar khakis atau slack, baju hendaklah dimasukkan
ke dalam seluar untuk kelihatan kemas.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

14

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


SUT/ JAKET
Sut atau jaket tidak salah dipakai untuk kelihatan lebih formal semasa temuduga
tetapi jika tidak dipakai bukanlah bererti menjadi satu kesalahan.
Saranan: Pakailah jaket yang sepadan dengan warna seluar. Jangan sesekali
membutang jaket semasa duduk kerana menyebabkan anda akan kelihatan
tidak selesa dan janggal semasa duduk dan membutang semula sebelum berdiri.
Jaket juga tidak perlu berjenama untuk memastikan calon dapat jawatan
tersebut. Cukup sekadar kemampuan.

AKSESORI
Tanpa kita sedari, aksesori juga boleh menonjolkan potensi diri kita. Maka
pakailah mengikut kesesuaian dan kesepadanan aksesori.
Saranan: Warna kasut dan stokin perlu sepadan iaitu hitam. Begitu juga warna
tali pinggang dan seluar. Jika memakai cufflink dan tie-pin perlu di selaraskan
dengan kepala tali pinggan. Manakala jam tangan yang dipakai hendaklah
diperlihatkan bukan disorokkan dalam lengan baju untuk memberi impak yang
tinggi kepada calon temuduga.
Adakah calon seorang yang bertatu? Seeloknya disembunyikan untuk
menghalang panel temuduga daripada memandang serong terhadap calon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

15

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


KOD ETIKA PAKAIAN TEMUDUGA
WANITA

Credit photo: www.sbu.edu

Credit photo: www.examiner.com

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

16

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Kod Pakaian Untuk Jawatan Konservatif (Peguam. Akauntan, Kosultan dsb)

Credit photo: www.collegefashion.net


Saranan:
Secara umumnya, kod etika pakaian professional untuk wanita adalah sama.
Hanya berbeza dari segi pemakaian aksesori.
*Bagi wanita Muslimah diwajibkan pakaian yang labuh dan menutup aurat
memenuhi tuntutan syarak. Gambar-gambar diatas adalah hanya kod pakaian
yang perlu disesuaikan dengan agama Islam.

JAKET/SKIRT/KEMEJA/BLAUS
Warna jaket dan skirt hendaklah sepadan. Manakala, blaus atau kemeja
hendaklah warna yang lembut putih yang berjalur, biru muda atau tidak terlalu
gelap warnanya.
Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

17

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


KASUT
Kasut hendaklah berwarna hitam, bertutup dan sedikit bertumit (mengikut
kesesuaian kaki). Tidak digalakkan memakai kasut berwarna putih dan
mempunyai perincian seperti reben dan sebagainya kerana termasuk dalam
kasut kategori santai.

AKSESORI
Aksesori wanita disarankan tidak melebihi daripada daripada 5 perkara. Ia
adalah termasuk:
Beg Tangan
Beg tangan yang terlalu besar adalah tidak sesuai untuk dibawa ke temuduga.
Tips mengetahui kesesuaian beg kepada calon adalah lebar beg tersebut tidak
melebihi lebar badan calon.
Beg tangan juga hendaklah sepadan dengan warna kasut.
Jam Tangan
Tidak seperti jam tangan keanak-anakan atau remaja sekolah. Pakailah jam
tangan yang kelihatan professional yang mempunyai material daripada logam
atau kulit.
Gelang Tangan
Gelang dan jam seeloknya tidak dipakai sekali pada tangan yang sama kerana
calon akan kelihatan sarat dengan aksesori.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

18

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Cincin
Calon temuduga tidak digalakkan memakai cincin yang terlalu besar dan
berfesyen kerana calon akan kelihatan seolah-olah hendak ke pertunjukan
fesyen.
Brooch/ Keronsang
Keronsang dileher, bahu kiri dan kanan juga dikira. Melainkan ia kecil dan tidak
kelihatan. Besar keronsang yang sesuai ukurannya adalah tidak melebihi tiga jari
calon.

PERKARA YANG PERLU DI ELAKKAN oleh CALON:


LELAKI
Memakai topi

WANITA
Mekap terlalu tebal

Memakai baju/ seluar

Kasut terbuka bahagian depan/

bermaterialkan jeans*

belakang

Memakai kasut sukan*

Memakai skirt terlalu pendek

Baju lengan pendek

Sarat dengan corak bunga*

Haruman yang keterlaluan*

Label pereka baju yang banyak*

Membawa minuman masuk

Memakai sandal*

kedalam bilik temuduga*

Baju tanpa lengan

Memakai cermin mata hitam*

Barang kemas yang berlebihan

Memakai ear-phone

Makan gula getah*

mendengar lagu*

Aksesori yang minima


*Saranan untuk lelaki dan wanita

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

19

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


TIPS CALON YANG MEMAKAI BAJU KURUNG
Temuduga adalah satu fasa yang sangat penting selepas fasa resume dalam
kerjaya. Temuduga adakalanya mengambil masa dalam tempoh 45 minit hingga
dua jam. Hanya pada masa itu sahaja panel penemuduga boleh menilai calon
temuduga.
Oleh yang demikian, penampilan calon hendaklah yang terbaik ditunjukkan
kepada penemuduga. Penampilan perlu kelihatan professional seperti tidak
kelihatan seorang pelajar walaupun baru bergraduasi kerana imej yang anda
bawa haruslah imej yang mempamerkan bahawa anda bersedia untuk memberi
komitmen pada kerjaya calon.
Namun, jika calon tidak mempunyai blazer atau suit yang bersesuaian dan hanya
mempunyai baju kurung, calon tidak perlu risau.
Calon boleh memakai baju kurung tetapi perlu mematuhi ciri-ciri yang
disarankan agar nampak profesional walaupun berbaju kurung iaitu
i.

warna cerah tetapi tidak terlalu terang.

ii.

sekurang-kurang tidak bercorak (plain colour).

iii.

Jika bercorak, pattern bunga yang tidak terlalu besar atau bercorak
abstrak tetapi tidak terlalu sarat.

iv.

Tidak melebihi tiga warna termasuk warna tudung.

v.

Tidak nipis, ketat dan terlalu berfesyen.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

20

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

Credit photo: www.kurungcouture.com

*Abaikan kasut dan aksesori wanita tersebut. Hanya material, warna dan corak
boleh dijadikan garis panduan.
Material lycra sangat popular ketika ini. Namun, perlu dilihat kesesuaianya. Jika
ia boleh menyebabkan calon kelihatan seksi maka material tersebut kurang
sesuai dipakai oleh calon. Apatah lagi material chiffon. Maka berhati-hati dalam
memilih material kain agar calon selamat dari kelihatan seksi dan terlalu
berfesyen.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

21

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


PENGARUH WARNA DALAM GAYA PENAMPILAN TEMUDUGA
Warna adalah elemen yang sangat penting dalam menggayakan penampilan.
Namun, masih ramai calon mengabaikan penggunaan warna yang bersesuian
digayakan dalam temuduga atau semasa membuat presentasi.
Tanpa kita sedari, warna sebenarnya boleh memberi mesej yang tertentu
seperti mudah didekati, mesra, menunjukkan kuasa, menyampaikan mesej
professional dan sebagainya. Jika seseorang itu menggayakan warna kontra
yang tinggi, ia memberi mesej bahawa dia berkuasa dalam situasi tersebut tetapi
jika warna kontra yang rendah, ia memberi mesej bahawa dia mudah didekati.
Secara umumnya, warna terbahagi kepada tiga kategori iaitu warna neutral,
warna cool dan warna warm. Warna neutral seperti hitam, putih, kelabu dan
coklat. Manakala warna cool terdiri daripada warna-warna yang kebiruan atau
sejuk seperti biru, hijau, unggu dan kombinasi warna antaranya. Warna warm
pula warna yang kelihatan seperti kekuningan, oren, merah dan kombinasi
warna tersebut. Ia juga boleh dikenali sebagai warna panas.
Sebelum memilih warna yang hendak digayakan, pastikan apakah mesej yang
hendak disampaikan. Dalam situasi temuduga atau presentasi, sudah pasti
warna yang boleh mempengaruhi panel untuk memilih calon bekerja di syarikat
tersebut. Pemilihan warna yang betul boleh memberi impak yang baik kepada
diri sendiri dan orang lain.
Menggayakan warna kontra yang tinggi adalah seperti memakai seluar hitam
dan baju yang terang manakala warna yang kontranya rendah seperti memakai
seluar hitam dan baju berwarna kelabu. Dalam temuduga, disarankan memakai

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

22

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


kontra warna baju dan seluar yang sederhana. Begitu juga gaya penampilan
calon wanita.
Gaya penampilan warna kemeja biru lembut polos dan seluar hitam adalah
digalakkan kerana tidak mempunyai kontra yang terlalu tinggi dan rendah. Ia
bukan sahaja menyampaikan mesej untuk mempengaruhi panel tetapi dalam
masa yang sama ingin menunjukkan kredibiliti kepimpinan yang energetik
dengan padanan warna tali leher merah.
Setiap warna pakaian yang digayakan dalam temuduga mempunyai pengaruh
yang berbeza-beza terhadap emosi dan mesej yang berlainan tanpa disedari
oleh minda bawah sedar. Warna coklat, biru, hitam, kelabu, putih dan merah
adalah warna-warna yang lazim digayakan dalam temuduga.

APAKAH PENGARUH WARNA-WARNA TERSEBUT?


Coklat
Coklat adalah warna neutral yang membangkitkan emosi tenang dan merupakan
warna solid yang boleh digayakan dalam mana-mana temuduga.
Biru
Biru laut sangat sesuai digayakan dalam temuduga kerana mempengaruhi emosi
tenang, kepercayaan, dan keyakinan. Ia memberikan mesej kualiti yang hebat
kepada calon dan membantu panel penemuduga untuk mengesan kelebihan diri
calon. Manakala biru gelap seperti tentera laut memberi mesej kuasa dan
keyakinan. Warna biru boleh memberikan impak hebat kepada calon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

23

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Kelabu
Kelabu adalah warna neutral dan kebanyakkan digayakan pada sut klasik untuk
menggambarkan diri calon yang hebat dan berkuasa kurang sedikit daripada sut
berwarna hitam yang lebih bersifat menunjukkan kekuasaan.
Hitam
Warna hitam adalah warna yang sangat popular digayakan dalam bidang
guaman dan semasa temuduga. Warna ini sesuai digayakan dalam bidang kerja
konservatif seperti undang-undang dan temuduga untuk jawatan eksekutif dan
keatas. Namun, ia boleh menjadi keterlaluan jika digayakan dalam suasana kerja
yang santai kerana hitam memberi maksud kuasa dan autoriti dalam organisasi.
Merah
Warna merah yang terang memberi pengaruh tenaga dan semangat. Namun,
tidak disarankan dalam sepasang baju dari atas ke bawah semasa dalam
temuduga. Cukup sekadar merah dalam corak tudung atau tali leher ia sudah
boleh menyampaikan mesej keghairahan tanpa membuat anda kelihatan terlalu
emosi.
Putih
Putih warna neutral yang menggambarkan bersih dan kesucian. Ia sangat sesuai
untuk kemeja dan blaus. Warna putih memberi mesej kebenaran dan
kesederhanaan. Ia boleh dipadankan dengan warna cerah tanpa memberi impak
emosi yang keterlaluan.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

24

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Latihan kerjaya semata-mata tidak mencukupi untuk memastikan kejayaan
dalam temuduga kerana penampilan juga menjadi faktor penentu kepada
penemuduga untuk memilih calon. Penampilan yang baik dengan pemilihan
yang warna yang betul mampu membuat calon kelihatan yakin dan selamat
daripada salah laku etika semasa temuduga. Majikan bukan sahaja memerlukan
pakej pekerja yang mempunyai kemahiran bercakap yang baik tetapi juga dalam
gaya penampilan kerana ia boleh menggambarkan diri sebenar calon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

25

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

PERSOALAN:
Perlukah calon memakai lebih professional daripada panel
temuduga sedangkan mereka berpakaian biasa-biasa sahaja?
JAWAPAN:
YA, perlu untuk kelihatan professional kerana calon hanya
akan dinilai pada ketika itu sahaja dan hendaklah menunjukkan
yang terbaik TETAPI tidak perlu jika kerja yang dipohon adalah
pekerja bengkel.
Ianya mengikut kesesuaian jawatan yang dipohon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

26

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

MODUL 2:
RESUME YANG
EFEKTIF

MODUL 2: RESUME YANG EFEKTIF


Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

27

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Apa itu resume?
Resume ialah ringkasan berkaitan diri calon dan juga merupakan alat pemasaran
untuk temuduga. Resume juga dipanggil Curriculum Vitae (CV) atau biodata
calon.
Kepentingan resume
Resume dapat membantu persiapan calon sebelum menghadiri temuduga.
Malah dengan resume dapat membantu calon mengisi borang permohonan
pekerjaan dengan cepat. Selain itu, ia dapat menyumbangkan peratus terpilih
dalam temuduga adalah tinggi kerana semua keupayaan dan kebolehan calon
tercatat pada resume tersebut.
Walaubagaimanapun, resume yang hebat tidak menjamin calon mendapat
pekerjaan. Namun, penyediaan resume yang lemah bukan sahaja calon tidak
dipertimbangkan untuk terpilih malah membuang masa dan tenaga calon
menyediakan resume tersebut.
Keperluan Standard Majikan
Tidak ada standard khusus yang direka oleh majikan terhadap resume. Ia hanya
perlu disusun dengan sempurna, menarik dan mudah dibaca serta difahami oleh
majikan.
Lazimnya, panjang resume adalah tiga hingga empat muka surat. Resume yang
terlalu ringkas memberikan maklumat yang tidak lengkap manakala resume
yang terlalu panjang berkemungkinan maklumat-maklumat yang tidak
diperlukan dan bersesuaian disertakan dalam resume.
Elemen Penting Dalam Resume

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

28

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


1. Gambar
2. Tajuk
3. Tarikh
4. Maklumat Peribadi
5. Objektif kerjaya
6. Latar belakang akademik
7. Kursus-kursus yang pernah dihadiri
8. Rekod pekerjaan dan pengalaman
9. Pencapaian dan anugerah
10.Kemahiran tambahan
11.Kokurikulum/ aktiviti tambahan
12.Rujukan

Asas Penulisan Resume


1. Jenis tulisan: Times New Roman, Arial, Century Gothic dan Tahoma.
2. Saiz tulisan sekitar 10-12 point.
3. Cetakan kertas A4 berwarna putih dan jelas.
4. Tulis matlamat kerjaya yang jelas dan khusus. Contoh:
JELAS DAN SPESIFIK
Membina kerjaya sebagai akakuntan
yang berupaya mempraktikkan
semua pengalaman dan kebolehan
bagi mempertingkatkan prestasi
selaras dengan visi dan misi
organisasi.

UMUM
Satu jawatan yang membolehkan
saya memaksimumkan pengalaman
dan pengetahuan saya dalam bidang
yang berlainan.

5. Fokus kepada kemahiran bekerja yang boleh disumbangkan dengan


jawatan yang dipohon.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

29

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


6. Pastikan alamat e-mail dan nombor telefon ditulis dengan jelas.
7. Kemas dan penyampaian yang mudah.
8. Tidak menipu dalam pengalaman dan kelayakan.
9. Guna dan sepadankan maklumat calon sepadan dengan iklan.
10.Gambar yang kemas, rasmi dan bersaiz passport.

CONTOH ASAS PENULISAN RESUME


RESUME

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

30

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

1 MAC 2014

MAKLUMAT PERIBADI
Nama
Alamat

: Faizal Bin Hakimi


: No. 43, Jalan Selasih 3/6,
Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
No. Telefon
: 012-3331211
E-mel
: Faizal@gmail.com
Tarikh Lahir
: 7 Mac 1995
Tempat Lahir
: Parit Buntar, Perak
Bangsa
: Melayu
Jantina
: Lelaki
Tinggi
: 174 cm
Berat
: 70 kg
Status Perkahwinan: Bujang
OBJEKTIF KERJAYA
Membina kerjaya profesional sebagai Penolong Pengurus Pengeluaran supaya
saya boleh menimba pengalaman dalam bidang pengeluaran dan operasi
sehingga ke jawatan tertinggi sekaligus dapat memberi sumbangan sebagai
rakan strategik kepada organisasi.

LATAR BELAKANG AKADEMIK


Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

31

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


2000-2005

: Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan


(Universiti Utara Malaysia)

1995-1998

: Diploma Pentadbiran Perniagaan


(UiTM Shah Alam)

1989-1994

: SPM 7A1 2A2 1B


KURSUS-KURSUS YANG DIHADIRI

OGOS 1999

: Kemahiran Komunikasi (2 Hari)

APRIL 2000

: Pengurusan Masa Efektif (2 Hari)

JUN 2004

: Kursus Adobe Photoshop (1 Hari)


PENGALAMAN PEKERJAAN

Feb 2006 Kini

: Bank Rakyat (Cawangan Bangsar), Kuala Lumpur


Eksekutif Permasaran
Gaji Terkini : RM 2500

2002-2006

: Hong Leong Bank (Cawangan Bandar Permaisuri)


Eksekutif Pemasaran
Gaji Terakhir : RM 2200
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN

1. Anugerah Sales Tertinggi Mei 2005.


2. Anugerah Best Leadership of the Year 2005.
KEMAHIRAN
1. Kemahiran Komputer : Ms Office, Ms Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator

2. Kemahiran Bahasa

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

32

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


BAHASA
MELAYU
INGGERIS
MANDARIN

MEMBACA
BAIK
BAIK
SEDERHANA

MENULIS
BAIK
SEDERHANA
SEDERHANA

BERTUTUR
BAIK
BAIK
LEMAH

3. Memandu forklif
KOKURIKULUM
2002

: Mewakili cawangan dalam Perlawanan Boling Bank Rakyat.

2000

: Mewakili cawangan dalam Pertandingan Bola Sepak Peringkat


Negeri.
RUJUKAN

Dr Rohani Abdullah
Timbalan Dekan
Fakuti Perniagaan UUM
Sintok, Kedah.
019-5342322
Rohani@uum.edu.my

Dr Rizal Ahmad
Ketua Jabatan
Fakuti Perniagaan UUM
Sintok, Kedah.
019-5342322
Rizal@uum.edu.my
PERMOHONAN GAJI

RM 3500 (Boleh runding)

TIPS PENULISAN RESUME


Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

33

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Peraturan 7 Saat Pertama!
Jumlah purata masa pengulas menghabiskan pada resume calon adalah 7 saat
sahaja kerana terlalu banyak resume yang diterima setiap hari. Pastikan separuh
bahagian atas resume calon menarik secara professional untuk dilihat dalam
masa 7 saat pertama dan jelas kontennya.
Bilangan Mukasurat
Mempunyai resume satu halaman menunjukkan bahawa anda ringkas, jelas dan
tepat kerana tidak mahu menunjukkan butiran yang tidak relevan. Namun, agak
mustahil untuk lepasan graduan. Anggaran bilangan mukasurat bagi graduan
yang tidak mempunyai pengalaman bekerja ialah 3 4 mukasurat manakala
calon yang mempunyai pengalaman bekerja dalam 4 5 mukasurat. Ia adalah
berkaitan pengalaman yang relevan, pendidikan dan fakta yang menarik tentang
diri calon. Maklumat selebihnya akan ditanya pada calon semasa temuduga.
Ingat peraturan 7 saat pertama!
Elakkan Desain Resume yang Berlebihan
Desain resume yang berlebihan tidak menunjukkan kematangan melainkan
calon seorang pereka grafik yang mencari pekerjaan. Tidak ada keperluan
berfikir lebih dalam reka bentuk untuk resume yang efektif. Cukup sekadar
maklumat yang relevan.
Tidak Memberikan Maklumat Palsu
Katakan perkara sebenar jika calon tidak pernah mempunyai pengalaman
pekerjaan, masih belajar atau sedang menunggu konvo. Paling merbahaya ialah
menyembunyikan CGPA sebenar. Menyembunyikan CGPA yang kurang baik
adalah jaminan 90% anda akan ditolak daripada terpilih untuk sesi temuduga
Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

34

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


kerana calon sudah menggambarkan ciri-ciri peribadi yang tidak mempunyai
nilai integriti.
Standard Resume yang Baik
Tidak ada satu format resume emas. Ia hanya perlu mudah dibaca oleh mata dan
memenuhi maklumat asas yang dikehendaki oleh kebanyakan majikan.
Kelayakan utama untuk resume dipilih ialah dapat menonjolkan akademik yang
baik dan kemahiran yang unik tidak terdapat daripada calon-calon lain sepadan
dengan keperluan syarikat.
Resume yang Sesuai dengan Permohonan
Jangan gunakan resume generik untuk semua permohonan. Adalah penting
untuk menyerlahkan kemahiran tertentu, sifat-sifat , dan pengalaman calon
yang difikirkan akan menjadi aset kepada majikan baru.
Buat Satu Kelainan
Jika calon sudah menghantar beratus-ratus resume dan tidak mendapat apa-apa
jawapan, lakukan sesuatu yang berbeza seperti meletakkan gambar di atas
kanan atau kiri sudut. Menukar latar resume. Menurut salah seorang guru saya
yang merupakan seorang pengamal Master NLP (Neoro Linguistik Programming)
mencadangkan supaya latar gambar calon ialah logo syarikat tersebut.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

35

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

MODUL 3:
KOMUNIKASI
HEBAT

MODUL 3: KOMUNIKASI HEBAT


Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

36

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

Kredit photo: www.examiners.com

Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi dengan lisan dan komunikasi
tanpa lisan. Setiap tutur kata, penggunaan ayat dan intonasi suara adalah
termasuk dalam Komunikasi dengan lisan. Manakala komunikasi tanpa lisan
adalah termasuk penampilan dan bahasa badan.
Komunikasi semasa dalam sesi temuduga adalah sangat penting. Bermula calon
masuk ke dalam bilik temuduga termasuk cara jalan sehingga keluar semua,
calon akan dinilai.
Melalui komunikasi semasa temuduga, calon dinilai tahap keyakinan semasa
bercakap dan mempunyai ilmu pengetahuan pada soalan-soalan yang diajukan.
Bukan itu sahaja, calon juga dinilai dalam kepantasan membuat keputusan serta
boleh berfikiran kreatif dan kritis dalam menyelesaikan masalah.
Selain mahir dan petah dalam berkata-kata semasa memperkenalkan diri serta
menjawab soalan, calon juga dikehendaki menguasai bahasa badan seperti cara
senyum yang betul, pergerakan tangan semasa bercakap, cara duduk, berjabat
tangan, hubungan mata dan semasa mengangguk.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

37

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Komunikasi non-verbal dalam temuduga sangat penting kerana memberikan
persepsi pertama kepada panel penemuduga sama ada calon temuduga
berkelayakan atau tidak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Professor
Albert Mehrabian bahawa keberkesanan komunikasi itu dipengaruhi oleh 55%
daripada ekspresi atau bahasa tubuh termasuk pakaian dan penampilan, 38%
daripada cara kata-kata tersebut diucapkan iaitu intonasi suara dan 7% daripada
pemilihan kata-kata yang digunakan.
Elemen Komunikasi Non-Verbal
7%

38%

Bahasa badan

55%

Intonasi suara

Pemilihan perkataan

Lima perkara utama yang perlu diambil serius dalam fasa temuduga ialah
penampilan, postur badan, gaya tangan, ekpresi muka dan kontak mata.

Penampilan

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

38

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Penampilan adalah perkara pertama yang dinilai oleh panel penemuduga
terhadap calon. Bahkan sebelum calon mengeluarkan suara untuk
memperkenalkan diri, penampilan sudah memberikan sebahagian jawapan
terhadap panel untuk mengenali calon. Penampilan bukan sahaja penting dalam
temuduga tetapi juga kehidupan seharian. Orang yang pertama kali melihat kita
akan menilai personaliti secara tidak langsung kerana penampilan boleh
menggambarkan personaliti sebenar seseorang itu tanpa disedari.
Sehubungan itu, calon perlu menilai jawatan yang ditawarkan supaya boleh
tampil sesuai dengan situasi. Paling tidak, penampilan calon harus sama padan
dengan jawatan yang ditawarkan atau lebih baik. Jika suasana temuduga formal,
maka calon dikehendaki memakai pakaian formal. Calon boleh memakai blazer
untuk mengawal suhu badan yang sejuk oleh penghawa dingin atau sebab
terlalu gemuruh jika perlu.
Gaya dandanan rambut untuk lelaki juga penting kerana perlu bersesuaian
dengan pakaian dan jawatan yang ditawarkan. Begitu juga dengan kaum wanita.
Gaya tudung tidak perlu terlalu berfesyen, cukup sekadar gaya yang minima.
Jangan sesekali memakai aksesori yang berlebihan kerana calon bukan sedang
berusaha memukau panel penemuduga dengan perhiasan yang dipakai dan
aksesori yang berlebihan. Cukup sekadar jam tangan untuk calon lelaki dan
wanita serta keronsang yang kecil untuk memperkemaskan tudung.
Kasut yang dipakai juga perlu bertutup semua terutama calon wanita dan
berwarna gelap. Bagi lelaki, warna stokin dan kasut mesti sama. Manakala
wanita sewajarnya memakai stokin berwarna kulit. Calon perlu memakai kasut

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

39

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


yang bersesuaian dengan kaki agar memberi keselesaan dan keyakinan semasa
berjalan.
Postur
Postur adalah cara calon bergerak, berdiri dan duduk dalam ruangan menunggu
sehingga masuk ke dalam bilik temuduga. Justeru itu, berdiri, berjalan dan
duduk mengikut keselesaan sendiri tetapi masih boleh kelihatan profesional.
Tidak perlu berjalan dan berdiri terlalu kaku sehingga kelihatan seperti
dirancang. Atur posisi kaki, tubuh, tangan, dan kepala calon bergerak serta cara
duduk tegak dengan dada membidang memberi impak yakin kepada calon.
Jika ada ruang untuk bergerak, boleh bergerak mengikut keselesaan agar darah
gemuruh boleh dikurangkan tetapi dengan syarat pergerakan yang tidak terlalu
menggambarkan calon sedang mengalami kegemuruhan yang melampau.
Cukup sekadar memperbetulkan cara duduk agar lebih selesa atau pergerakan
yang minima.
Hindari daripada bercekak pinggang kerana boleh memberi persepsi tidak baik
kepada calon. Gaya seperti ini akan menggambarkan calon adalah seorang yang
suka mendominasi keadaan atau ingin sentiasa menang dalam perbualan. Calon
juga tidak berdiri dengan gaya posisi tangan dipegang ke belakang dan berjalan
mundar mandir kerana memberi persepsi bahawa calon terlalu gemuruh.
Selain itu, meletakkan tangan di belakang leher atau kepala semasa duduk
seperti sedang beristirehat di rumah sendiri boleh memberikan persepsi sikap
calon yang tidak sopan malah kelihatan seperti seorang pemalas.
Gestur
Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

40

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Gestur adalah penggunaan atau gerakan tangan untuk menekankan makna
perkataan. Misalnya, ketika calon hendak menyebutkan angka dalam
pembentangan, calon boleh mengangkat jari tangan untuk menunjukkan angka
yang dimaksudkan atau merentangkan tangan ketika menyatakan pengalaman
kerjaya sebelum ini.
Gerakan tangan hanya mengikut keperluan sahaja seperti ingin menerangkan
maksud sesuatu perkara yang kompleks. Jika berlebihan boleh menggambarkan
anda terlalu gemuruh. Itulah peri pentingnya untuk memposisikan tangan
dengan baik semasa duduk dibilik temuduga sebagaimana yang dinyatakan
sebelum ini.
Namun, adalah lebih baik tidak menggerakan tangan semasa sesi temuduga
berlangsung kerana dikhuatiri akan terkeluar gaya yang tidak selari dengan
perkataan yang di ucapkan atau lebih mengharukan boleh menggeletek hati
panel kerana gaya gerakan tangan tersebut melucukan mereka.
Ekspresi Wajah
Ekspresi adalah riak wajah calon yang boleh menggambarkan suasana emosi
semasa dalam tempoh temuduga tersebut berlangsung. Ekspresi wajah yang
tepat dapat menghubungkan calon dengan panel penemuduga serta boleh
memperkuatkan mesej yang hendak disampaikan.
Calon boleh menunjukkan keramahan dengan tersenyum di awal pertemuan
serta menegaskan isi yang penting seperti melebarkan mata, mengangkat alis
dan sebagainya supaya calon kelihatan serius untuk mendapatkan jawatan
tersebut.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

41

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Kontak Mata
Kontak mata antara calon dengan panel penemuduga selama sesi temuduga
berjalan adalah sangat penting dalam membangunkan kepercayaan terhadap
panel. Pelbagai pepatah berkaiatan mata. Ada yang mengatakan bahawa mata
adalah jendela jiwa. Sehubungan itu, mata merupakan senjata paling berkesan
dalam meyakinkan panel untuk mencapai tujuan temuduga tersebut.
Demikian, lima perkara yang perlu diperhatikan supaya menampilkan bahasa
tubuh yang boleh mempengaruhi panel khususnya. Ia tidak boleh terjadi dengan
sekelip mata tetapi memerlukan latihan dan persediaan sebelum pergi ke sesi
temuduga. Mungkin ada calon yang memerlukan persediaan sehari sahaja,
berminggu dan berbulan lamanya. Hanya yakin dan percaya pada diri sendiri
untuk mendapatkan pekerjaan atau biasiswa tersebut .

TIPS KOMUNIKASI BERPENGARUH


Bahasa
Calon dinasihatkan supaya menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan
memenuhi standard Bahasa Melayu baku semasa temuduga sedang
berlangsung. Elakkan daripada menggunakan dialek kedaerahan atau negeri.
Jika mahu menggunakan Bahasa Inggeris, gunakan secara sepenuhnya tanpa
mencampur adukkan Bahasa Melayu dan Bahasa Ingggeris.

Intonasi Suara

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

42

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Calon disarankan supaya bercakap dengan suara yang jelas tetapi bukan
bermaksud calon perlu menjerit semasa bercakap. Cukup sekadar butiran dan
perkataan yang disebut oleh calon jelas didengari oleh panel temuduga kerana
lazimnya jarak tempat duduk antara calon dan panel temuduga adalah jauh.
Jika suara calon kurang kedengaran boleh menggambarkan calon sedang gugup
dan memberi impak negatif kepada calon seperti kurang berkeyakinan. Gunakan
intonasi suara dengan bertujuan. Jika perkataan yang digunakan memerlukan
penekanan maka suara yang agak tegas diperlukan manakala jika sekadar
menerangkan sesuatu cukup sekadar intonasi yang mendatar.
Pemilihan Perkataan
Berhati-hati semasa memilih perkataan. Elakkan daripada menggunakan
perkataan-perkataan

yang

membawa

maksud

negatif

kerana

boleh

mengundang kecederaan emosi kepada panel atau boleh memberi kesan yang
tidak baik kepada calon terutama berkaitan fizikal manusia seperti perkataan
gemuk, kurus dan sebagainya.
Sebaiknya, pilih perkataan yang selamat, umum dan tidak merujuk kepada
sesiapa spesifik sama ada syarikat terdahulu atau individu tertentu. Calon juga
dinasihatkan tidak menyentuh unsur-unsur sensitif seperti parti politik, bangsa
dan agama.
Senyum
Jika calon seorang yang sukar untuk senyum, berita gembira buat anda kerana
ada penyelesaiaannya. Hanya sebut nombor tiga dan wajah anda sudah
kelihatan senyum. Namun, cara ini memerlukan latihan dihadapan cermin yang
kerap agar ia kelihatan semula jadi dan tidak seperti dibuat-buat.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

43

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Senyum juga boleh membuatkan debaran calon berkurangan. Senyum boleh
mempengaruhi panel temuduga dengan kemesraan yang ditunjukkan tetapi
tidak berlebihan. Jangan risau jika panel tidak membalas senyuman calon kerana
perlu difahami bahawa panel juga mempunyai perasaan letih atau stress kerana
seharian suntuk menemuduga calon. Boleh jadi mereka stress kerana tidak
menemui calon yang sesuai.
Dengan senyuman, calon boleh mengurangkan sedikit tekanan yang mereka
hadapi ketika itu. Senyum juga boleh mengaburi mata panel bahawa calon
sedang berdebar dan sedang mengawal debaran itu daripada kelihatan. Secara
tidak langsung, calon telah memberikan isyarat komunikasi bahawa calon
adalah seorang yang berkeyakinan tinggi dan berkelayakan dalam memenuhi
jawatan yang ditawarkan syarikat.

Berjabat Tangan
Ramai orang tidak tahu bahawa cara berjabat tangan yang betul adalah sangat
penting kerana seseorang itu boleh mengenal pasti personaliti seseorang itu
samaada berkeyakinan atau pun tidak.

Calon perlu berjabat tangan dengan panel sebelum duduk dengan kebenaran
panel dan selepas sesi temuduga selesai. Elakkan cengakaman tangan yang
Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

44

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


terlalu kuat agar calon tidak dinilai sebagai seorang yang suka menipu dan
mengambil kesempatan atau cengkaman tangan yang longgar kerana calon
dinilai sebagai seorang mudah ditipu dan senang diambil kesempatan.
Maka bersederhanalah dalam mencengkam tangan orang lain terutama
sewaktu temuduga. Semasa berjabat tangan, hubungan mata perlu kekal
melihat mata orang yang disalam disamping mengukir senyuman agar calon
kelihatan seorang yang berani dan yakin. Tidak perlu jika panel temuduga
berlainan jantina. Cukup sekadar memberi salam atau mengucapkan selamat.
Kelebihan Mengangguk
Perbuatan menggangguk-anggukan kepala dalam temuduga sebenarnya boleh
mewujudkan hubungan rapport kepada calon dan panel temuduga. Ia boleh
memberikan impak yang besar kepada calon kerana memberi pengaruh kepada
panel supaya bersetuju dengan apa yang diperkatakan calon.
Caranya ialah apabila calon bercakap kepada panel berhenti dan
menganggukkan kepala kepada panel. Ia akan menyebabkan panel itu akan
turut menganggukkan kepala dan mengiyakan. Cara ini memudahkan
penemuduga untuk serta merta juga menganggukkan kepala untuk menerima
calon berkerja.
Tindakan mengganggukan kepala menunjukkan calon seorang yang cepat faham
dan pantas berfikir. Ia perlu dijadikan tabiat agar setiap orang yang berbicara
dengan kita mudah terpengaruh dan mengiyakan setiap butir kata-kata kita.

FAKTOR GAGAL DALAM TEMUDUGA

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

45

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Tahniah! Sukacita dimaklumkan bahawa Tuan/Puan dijemput untuk
menghadiri sesi temuduga yang diadakan seperti berikut:...
Gembiranya hati apabila kita mendapat email atau surat selepas bersusah payah
mengharungi peperiksaan dan menghantar resume dipelbagai organisasi.
Temuduga adalah fasa terakhir yang akan menentukan sama ada calon
temuduga akan diterima atau ditolak untuk bekerja dalam organisasi tersebut.

Temuduga adalah salah satu proses pihak majikan atau pemberi biasiswa untuk
menilai calon temuduga dalam tempoh 45 minit hingga dua jam lamanya.
Bayangkan dalam tempoh sesingkat itu, bagaimana penemuduga boleh menilai
calon untuk bekerja dengan mereka selamanya. Oleh itu, calon temuduga perlu
memberikan persembahan yang terbaik dalam tempoh tersebut.

Persediaan mental adalah perkara wajib untuk kita berjaya. Ia melibatkan


imaginasi yang memberi arahan kepada emosi supaya bersemangat untuk
berjaya. Apa ertinya, jika kita sudah tahu dan biasa dengan soalan-soalan
temuduga tetapi tidak yakin dengan diri sendiri.

Sebelum hari temuduga berlangsung, betulkan persepsi minda berkaitan


temuduga. Fahami bahawa temuduga ibarat proses berkenalan. Majikan
hendak mengetahui lebih dekat tentang potensi calon temuduga. Majikan ingin
mengenali kekuatan dan kelemahan bakal ahli pasukan mereka, maka calon
temuduga perlu menunjukkan potensi yang hebat bahawa calon layak menjadi
ahli pasukan mereka.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

46

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Faktor utama kegagalan calon ialah penampilan. Calon tidak memakai pakaian
yang sesuai untuk temuduga seperti memakai pakaian kasual. Paling
mendukacitakan ialah cara pemakaian yang selekeh. Elakan daripada cara
pemakaian seorang pelajar walaupun calon baru bergraduasi. Penampilan yang
betul akan menunjukkan bahawa calon sudah bersedia untuk masuk ke alam
kerjaya.

Faktor kedua ialah jahil profil syarikat penemuduga. Alangkah sedihnya, kita
berminat dengan seseorang itu tetapi tidak tahu berkaitan latar belakangnya.
Begitu juga syarikat yang menemuduga. Calon mengatakan hendak bekerja di
syarikat tersebut dengan semangatnya tetapi tidak mengetahui apa-apa
berkaitan syarikat tersebut.

Perkara yang paling kerap terjadi kepada calon temuduga ialah datang lewat di
tempat temuduga. Sikap ini telah memberi persepsi kepada penemuduga
bahawa calon tidak berdisiplin dan tidak bersedia dengan kerja yang akan
diberikan. Sungguh memberi kesan kepada emosi calon kerana kerja yang
ditunggu-tunggu gagal dalam proses yang terakhir disebabkan kelewatan lima
minit sahaja.

Faktor keempat ialah melayari facebook ketika sesi temuduga dijalankan. Paling
mendukacitakan pula sempat mengangkat panggilan telefon. Walaupun calon
mempunyai ijazah yang hebat daripada universiti terkemuka di dunia sekalipun,
calon telah merendahkan diri calon dengan tidak mempunyai adab dan etika
berkomunikasi dengan orang.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

47

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Faktor yang terakhir ialah terlalu serius sehingga tidak kelihatan langsung garis
senyuman. Cara senyum yang paling mudah ialah dengan menyebut nombor
tiga. Bukankah mulut akan memberikan gaya seolah senyum walaupun
hakikatnya kita tidak terniat untuk senyum. Cubalah untuk mereka yang amat
sukar senyum. Amalan ini bukan sahaja amalan sedekah dalam Islam tetapi
sebagai satu daya penarik untuk orang lain mudah mendekati diri seseorang.

Konklusinya, mati selepas berjuang adalah lebih baik daripada mati tanpa
berjuang. Temuduga adalah satu perkara yang menyeronokkan jika kita
membuat persediaan dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh
menyebabkan kegagalan dalam temuduga. Buat yang terbaik untuk hasil yang
terbaik!

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

48

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA

BONUS

10 SOALAN POPULAR TEMUDUGA


Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

49

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Terdapat banyak gaya dan jenis soalan yang dikemukakan oleh penemuduga.
Tujuannya adalah:
1-Mendapatkan maklumat dan latarbelakang pemohon, kelulusan dan
pengalaman bekerja.
2-Mengetahui tujuan pemohon memohon jawatan yang ditawarkan.
3-Menilai pengalaman dan kemahiran pemohon bersesuaian dengan jawatan
yang dipohon.
4-Menilai kebolehan pemohon menjawab soalan yang diajukan.
5-Alat untuk mengukur dalam penilaian dan pemilihan calon pekerja.
Contoh 10 soalan temuduga yang popular selain soalan isu semasa atau nama
menteri yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon:
1-Ceritakan latar belakang serta pengalaman anda.
2-Mengapa anda ingin kerjaya/jawatan ini?
3-Apakah yang anda tahu tentang jawatan/ organisasi ini?
4-Apakah Keistimewaan/kelebihan/kekurangan/kelemahan tentang diri anda?
5-Mengapa anda rasa anda layak untuk mengisi jawatan ini?
6-Bolehkah anda bekerja dalam suasana tertekan dan mencabar?
7-Mengapa anda ingin meninggalkan kerjaya anda sekarang?
8-Apakah matlamat kerjaya anda dalam tempoh lima tahun dari sekarang?

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

50

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


9-Apakah pencapaian anda yang boleh membantu organisasi kami?/ boleh
memberi kepuasan kepada kerjaya anda?
10-Bagaimanakah rakan-rakan sekerja menilai anda?

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

51

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


TIPS MENJAWAB SOALAN LATARBELAKANG
Sebenarnya, kebanyakan panel sudah membaca maklumat peribadi calon
sepintas lalu.Tujuan soalan latar berlakang adalah untuk memecahkan tembok
ais ice breaking dalam diri calon agar tidak terlalu gemuruh, kelancaran dan
kematangan calon dalam menjawab soalan dan mengetahui tahap minat calon
terhadap kerjaya yang dipohon.
Semasa menjawab soalan ini, elakkan daripada menceritakan hal-hal peribadi
seperti sekolah, bilangan adik beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti masa lapang
kecuali panel penemuduga meminta untuk calon menceritakan perkara
tersebut.
Kenalkan diri secara ringkas dan kaitkan dengan pengalaman kerja sebelum itu
walaupun pengalaman bekerja di restoran western food. Kunci untuk menjawab
soalan ini ialah kebijaksanaan calon untuk mengaitkan kerja sebelum ini dengan
jawatan yang dipohon.

Tell about yourself (Ceritakan berkenaan diri anda)


Struktur untuk menjawab soalan perihal diri calon adalah seperti:
# Mulakan dengan pengenalan pendek seperti nama, asal, status perkahwinan,
kelayakan akademik tertinggi dan minat yang dikaitkan dengan jawatan yang
dipohon.
# Pengalaman kerja yang telah diringkaskan dengan mengaitkan kerja sebelum
dengan kerja yang sedang dipohon walaupun hanya sementara.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

52

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


# Memberi jawapan yang padat dan ringkas tanpa bercerita kosong dengan
penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan berkenaan soalan panel harus
mempunyai makna yang akan menyokong peluang untuk mendapatkan
jawatan tersebut.
Sesi ini sebenarnya sudah boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai calon seorang
yang berkeyakinan atau tidak. Oleh itu, elakkan daripada menjawab soalan
dengan tersekat-sekat kerana boleh menunjukkan calon terlalu gugup dan
cemas atau sedang mereka-reka cerita supaya kelihatan hebat.

TIPS MENJAWAB SOALAN CEPU EMAS


Soalan cepu emas ialah soalan-soalan yang berbaur sensitif dan tidak
mempunyai kaitan dengan jawatan yang dipohon antaranya:
# status perkahwinan (faktor belum berkahwin dan sebagainya)
# politik (kecenderungan parti politik)
# umur
# fizikal
# jantina dan lain-lain

Kadang-kadang soalan-soalan tersebut disengajakan kerana penemuduga ingin


menguji kebijaksanaan calon walaupun menyalahi etika temuduga. Namun, niat
sebenar tidak dapat dikenal pasti.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

53

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Tindakan calon adalah STAY POSITIVE tidak terus beremosi dan menjawab.
Fikirkan jawapan yang baik dan senyum agar tidak mencederakan emosi
penemuduga sambil bertanya Maafkan saya Tuan/ Puan, saya kurang faham
soalan tadi dan tidak jelas perkaitannya dengan jawatan yang dipohon. Boleh
Tuan/ Puan jelaskan?

Calon mempunyai hak untuk menjawab atau tidak soalan yang berbaur sensitif
tetapi perlu bijak menjawab dengan professional. Maafkan saya, saya tidak
melihat kerelevanan soalan ini dengan jawatan yang dipohon. Saya rasa tidak
selesa untuk menjawab soalan ini sekarang.

Calon perlu bersikap bijak. Tidak semua soalan yang tidak rasional perlu dijawab.
Ada beberapa soalan yang perlu difikirkan kepentingannya untuk dijawab.
Paling penting tidak perlu beremosi untuk menjawab soalan tersebut. Anggap
penemuduga sedang menguji kebijaksanaan calon untuk menjawab.

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

54

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


PENUTUP
Kemahiran temuduga tidak boleh dikuasai dalam satu malam sahaja. Ia
memerlukan kemahiran yang terlatih. Mungkin ada sesetengah orang tidak
perlu latihan yang hebat kerana kemahiran bercakap yang sedia ada dan terlatih
semasa di universiti atau sekolah.
Namun bagi kita yang kurang mahir, ilmu-ilmu seperti kemahiran penampilan,
penulisan resume yang baik dan komunikasi boleh mengatasi kekurangan kita
semasa sesi temuduga.
Saya teringat kata-kata DatoHj. Fadzilah Kamsah dalam satu sesi pertemuan
perunding-perunding latihan dan motivasi Islam Malaysia (TAMRIN) bahawa
persembahan yang hebat adalah dari persediaan yang terbaik. Walaupun
pertemuan itu sekadar perkongsian tetapi beliau tetap membuat persediaan
selama seminggu agar memberikan perkongsian yang terbaik.
Beliau orang hebat membuat persediaan. Bagaimana pula kita yang kurang
hebat. Ilmu dan kemahiran perlu sepadu dalam persediaan agar menjadi insan
yang hebat yang berbekalkan doa ibu bapa.
Selamat beramal! Semoga bermanfaat dalam kehidupan. Bertemu kita dalam
diskusi tertutup group sokongan FB khas untuk pembaca e-book ini. GET THE
JOB!

TAMAT

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

55

RAHSIA SUKSES TEMUDUGA


Pembaca yang budiman, untuk mendapatkan sesi konsultasi/ bengkel/ ceramah
penampilan atau kerjaya boleh menghubungi di rangkaian komunikasi berikut:
FB: Noor Fadilah
Email: fadilahambo@gmail.com
Phone: 019 5351211

TAHNIAH! kerana berjaya menghabiskan bacaan. Anda akan


dimasukkan ke dalam group sokongan FB Imej2u: Tip Penampilan dan Etika
Sosial untuk membina rangkaian di seluruh Malaysia.

RUJUKAN
Alison Straw dan Mo Shapiro, (2007). Succeeding at Interviews in a Week.
London: Hodder & Stoughton Edicational.
Amin Hazyq, (2008). Cara Mudah Menguasai Kemahiran Soalan Temuduga.
Selangor: Perintis Book.
Amin Hazyq, (2012). 365 Soalan Lazim Ketika Temuduga. Selangor: Perintis
Book.
Badrul Sani, (2012). Langkah Bijak Komunikator Hebat. Kuala Lumpur; Nukilan
Unggul Publication.
F.Ghaz, (2010). Postmoterm Masalah Temuduga Anda. Selangor: Perintis Book.
Hj. Azmi Hj. Abu Bakar, (2013). Jom Cari KERJA!. Kuala Lumpur: Telaga Biru.
My Training Cube blog

Copyright 2014 Noor Fadilah Ambo www.fadilahlee.com

56