Anda di halaman 1dari 4

TAJUK 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

SINOPSIS
Tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan
kurikulum PJ di zaman purba, zaman renaisanse, zaman moden dan
perkembangan PJ di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat mengetahui sejarah PJ dari zaman purba, zaman
renaisanse, zaman moden dan perkembangan PJ di Malaysia.
2. Pelajar mampu menyatakan fakta-fakta penting mengenai sejarah PJ
melalui setiap zaman.
3. Pelajar mampu membuat perbandingan PJ di zaman sebelumnya dengan
PJ pada masa kini.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

ZAMAN
PURBA

PJ DI
MALAYSIA

SEJAR
AH PJ

ZAMAN
RENAISANC
EE

ZAMAN
MODEN

1.1 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN PURBA


Manusia semasa zaman purba hidup secara nomad iaitu berpindah
randah.Kegiatan seharian memerlukan kecergasan yang tinggi, untuk terus
hidup mereka perlu bergerak untuk mencari makanan dan memburu, setiap
kejayaan yang dicapai dalam usaha akan di raikan dengan berpesta

Zaman neolitik berlakunya revolusi pertanian yang membawa kepada


perubahan gaya hidup primitif. Zaman pembangunan dalam bidang pertanian,
manusia tidak perlu berpindah randah, manusia mula mengamalkan gaya hidup
sedentari dan manusia mula mengurangkan aktiviti kecergasan.
Ketika ini di negeri China manusia digalakan melibatkan diri dalam aktviti
kecergasan seperti seni bela diri untuk tujuan menyihatkan badan. Selain
daripada seni bela diri, aktiviti kecergasan yang lain juga diperkenalkan seperti
tarian, lawan pedang, memanah dan menunggang kuda.
Di India pula satu kaedah senaman dicipta iaitu Yoga yang dipercayai dapat
membawa panyatuan kepada tubuh, akal dan roh manusia serta merapatkan
manusia dengan alam. Manakala pemerintahan di Timur tengah seperti Parsi,
Egypt, Babylon dan Syria juga mementingkan kecergasan untuk tujuan
ketenteraan. Kanak-kanak didedahkan dengan aktiviti-aktiviti saperti berkuda,
memanah, memburu, berkawad dan membaling lembing untuk tujuan membina
kekuatan dan kecergasan dan bukan untuk kesihatan.
Di Greece pula masyarakat Yunani amat mementingkan kecergasan fizikal,
kota-kota yang terkenal semasa itu ialah seperti Athens dan Sparta. Kedua-dua
kota ini mempunyai objektif tersendiri. Di Sparta objektif Pendidikan Jasmani
bertumpu pada pembinaan tubuh badan untuk pembentukkan tentera yang kuat.
Manakala di Athens objektif Pendidikan Jasmani bertumpu kepada kesihatan
dan apresiasi nilai estetika untuk terus hidup lebih aktif
1.2 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN RENAISANCE
Masyarakat zaman ini masing-masing mempunyai fahaman yang berbezabeza terhadap Pendidikan Jasmani. Berikut merupakan golongan yang amat
mempengaruhi pandangan tentang Pendidikan Jasmani pada masa itu.
Golongan Humanistik mendapati terdapat nilai pendidikan dalam Pendidikan
Jasmani. Aktiviti fizikal yang diberi tumpuan ialah seperti memanah, berenang,
berlari dan aktiviti-aktiviti yang menggunakan bola.
Golongan Moralis berpendapat penglibatan dalam aktiviti merupakan
sebahagian daripada menjalankan kerja sahaja manakala masyarakat katolik di
Eropah berpendapat aktiviti fizikal sebagai saluran untuk menyatukan roh.
Golongan Realisma, masyarakat ini banyak menyokong dan berpandangan
positif terhadap Pendidikan Jasmani. Mereka menyeru otak yang cerdas
dilahirkan dalam badan yang cergas dan sihat.

1.3 PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN


Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran
ketenteraan berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat.Bertitik tolak dari situlah wujudnya
pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola sepak, hoki, ragbi,bola
keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi. Disamping itu pada ketika ini
pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk mengembang dan
membawa perubahan dalam bidang sukan dan program Pendidikan Jasmani.
Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains
dalam bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti:
Antropometrik kajian tentang bentuk dan susuk badan
Fisiologi kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak
Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan
PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA
Pendidikan Jasmani di Malaysia dapat dibahagi kepada empat peringkat
iaitu:
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British
3. Pendidikan Jasmani sebelum Merdeka
4. Pendidikan Jasmani selepas Merdeka
1. Pendidikan Jasmani sebelum penjajahan British
Sebelum kedatangan British tidak terdapat sistem pendidikan yang
teratur. Kelas-kelas dijalankan secara tidak formal dan tidak terdapat
objektif yang jelas dalam penyampaian. Pendidikan pada masa ini lebih
tertumpu kepada sistem pengajian pondok dan sebagainya. Pendidikan
jasmani lebih tertumpu kepada aktiviti-aktiviti untuk survival seperti belajar
seni bela diri, bercucuk tanam dan pertukangan.
2. Pendidikan Jasmani semasa pemerintahan British
Sejak kedatangan penjajah British banyak perubahan telah dibawa
masuk terutamanya oleh mubaligh-mubaligh kristian. Perubahan-perubahan
yang dibawa masuk banyak tertumpu di negeri-negeri selat. Banyak
sekolah di buka dan diurus oleh golongan mubaligh dan syarikat-syarikat

British. Mereka telah memperkenalkan satu sistem pendidikan yang


terdapat banyak pengaruh barat dalam sistem tersebut.
Ketika itu Pendidikan Jasmani di ajar sebagai mata pelajaran sampingan
dan digelar sebagai latihan jasmani di sekolah-sekolah melayu. Mata
pelajaran ini diajar dari darjah satu hingga darjah empat dan kurikulum
latihan jasmani ini adalah terhad. Ini adalah disebabkan kerajaan British
kurang memberi tumpuan terhadap mata pelajaran ini.
3. Pendidikan Jasmani Sebelum Merdeka
Pendidikan Jasmani pada era ini telah mula menekankan aspek
kepentingan latihan fizikal lalu dilaksanakan usaha menggubal sukatan
pelajaran bagi Pendidikan Jasmani. Sukatan yang digubal dipengaruhi oleh
sukatan daripada sekolah-sekolah di England. Hasilnya pada tahun 1946,
Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak telah menggubal
sukatan Pendidikan Jasmani. Lanjutan daripada usaha ini, guru-guru
tempatan telah dihantar mendalami ilmu perguruan di luar negara iaitu di
Kirby dan Brinsford untuk diberi pendedahan bagi bidang Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan.
4. Pendidikan jasmani Selepas Merdeka
Pada tahun 1950-an, Maktab Perguruan Sultan Idris telah diberi
kepercayaan untuk membuat semakan dan penyesuaian semula terhadap
sukatan

mata

pelajaran

Pendidikan

jasmani.

Tahun

1960,

Maktab

Perguruan Ilmu Khas telah memperkenalkan kursus tambahan setahun


dalam bidang Pendidikan Jasmani. Tahun 1971, sukatan Pendidikan
Jasmani mula dibuat semakan semula dan hasilnya sukatan ini dikeluarkan
dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bahagian
Perkembangan Kurikulum (BPK) telah menggabungkan Pendidikan Jasmani
dengan Pendidikan Kesihatan bermula pada tahun 1992 dan dijadikan
sebagai mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.
SOALAN 1 :
Bagi meningkatkan pengetahuan, anda digalakkan membaca dan
mengumpul bahan maklumat daripada bahan bacaan. Buat
perbandingan objektif-objektif sejarah Pendidikan Jasmani pada zaman
purba, renaissance, moden dan di Malaysia.