Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Pada semester ini, semua guru pelatih dari PISMP SEM 5 telah diberikan
satu tugasan yang amat besar berdasrkan kursus WAJ 3112 iaitu mengurus dan
metadbir Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan IPG kampus Gaya. Pada mulanya,
kami berasa sangat cemas dan risau sedangkan ini merupakan kali pertama kami
melaksanakan projek yang amat besar ini . Walaubagaimanapun, setiap cabaran
haruslah diatasi kami sendiri. Selepas mengharungi cabaran ini, kami akan
memperoleh banyak pengalaman tak kira keputusannya buruk ataupun bail.
Selain itu, kami juga dibimbing oleh pensyarah-pensyarah yang tertentu
dalam melaksanakan tugasan ini. Dalam tugasan ini, saya telah diberikan tugasan
sebagai AJK pengadil lorong. Pengadil lorong mempunyai tanggungjawab dalam
melihat atau memastikan kesalahan yang dilakukan oleh peserta dalam setiap acara
berlari. Ini merupakan kali pertama saya melakukan pengadil lorong.
Walaupun saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang apakan
peranan yang harus saya ambilkan sewaktu saya menjadi pengadil lorong. Oleh itu,
mulala pengembara saya mencari maklumat di pusat sumber dan internet. Di
samping itu, saya juga akan merujuk pensayarh pembimbing saya untuk
memberikan maklumat yang lebih lanjut.
Pensayarah pembimbing juga memberitahu bahawa setiap pekara yang buat
tak kira berjaya atau tak yang pentingnya adanya sikap usaha dalam hati kita dalam
melaksanakan sesuatu pekara. Perkataan inilah yang mendorong saya lebih
bersemangat dan gigih dalam melaksanakan tanggungjawab saya sebagai penjaga
lorong.
Pada hari itu, tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang saya
mengurus acara berlari. Saya berasa sangat memuaskan dengan usaha yang telah
saya laukukan. Namun begitu, bukan semua pekara yang kita lakukan dengan
usaha kita mestinya sempurna, kadang kala ia juga ada kekurangan. Oleh itu, kita
hruslah terus mempelajari sehingga menjadinya lebih sempurna.
Di samping itu, saya juga mendapati bahawa pengadil lorong bukan satu
tugass yang senang. Dia perlu berdiri di padang sehingga acara berlari tamat tak
kira cuacanya begitu terik. Oleh itu, banyak pengalaman yang telah saya pelajari

melalui sukan kejohanan ini. Walaubagaimanapub, apa yang pelajari akan dipakai
pada masa akan datang.
Akhir sekali, Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan IPG kampus Gaya dapat
memupuk kerjasama dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Jasmani Semester 5
(2011) semasa mengendalikan kejohanan ini dan juga masa hadapan di sekolah
rendah.

Anda mungkin juga menyukai