Anda di halaman 1dari 17

PROJEK KOLABORASI

KUMPUL SOALAN dan


MERANGKA JAWAPAN

Hasil Kerja
Kumpulan 11
1. Muhammad Saifullah b Suhairi

2. Nurhafizah bt Md Nor

TEMA 5: IMPAK ALAM SEKITAR DAN PENGURUSANNYA


SOALAN -1

a) APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN “KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI”? .(5M)

b) JELASKAN LIMA KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI
PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI. (10M)

c) BINCANGKAN BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DITERAPKAN DALAM


SEKTOR PERHUTANAN DI MALAYSIA. (10M)

SOALAN – 2

a) DALAM KONTEKS SEKTOR PERTANIAN,TERANGKAN SECARA RINGKAS KONSEP


PEMBANGUNAN BERTERUSAN (LESTARI) .(6M)

b) BERDASARKAN KEPADA MANA-MANA SEBUAH NEGARA DI RANTAU ASIA PASIFIK,JELASKAN


BAGAIMANA PEMBANGUNAN PERTANIAN YANG DIJALANKAN DI DALAM NEGARA TERSEBUT
BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKALNYA . (9M)

c) CADANGKAN LIMA LANGKAH YANG WAJAR UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN


NEGATIF DI ATAS . (10M)

JAWAPAN...
SOALAN – 1
a) PEMBANGUNAN YANG BERTERASKAN KEPADA PRINSIP ‘PEMBANGUNAN BERTERUSAN’.
PEMBANGUNAN SECARA BERTERUSAN TANPA TEMPOH MASA YANG TERTENTU DAN NIKMAT
PEMBANGUNAN ITU BUKAN UNTUK SATU-SATU GENERASI SAHAJA TETAPI BOLEH DIRASAI DAN
BERTERUSAN SAMPAI KE GENERASI-GENERASI AKAN DATANG. DALAM KONTEKS ALAM
SEKITAR, PEMBANGUNAN LESTARI BERMAKNA MEMBANGUN TANPA MENGORBANKAN ALAM
SEKITAR. UNTUK MENCAPAI NIKMAT PEMBANGUNAN YANG BERTERUSAN MAKA
PEMBANGUNAN EKONOMI MESTILAH DIADUNKAN DENGAN USAHA PEMELIHARAAN DAN
PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR AGAR IA TIDAK MEROSOT, SENTIASA BERNILAI UNTUK SEMUA
GENERASI. PEMELIHARAAN MEMBAWA MAKSUD MENJAGA/MELINDUNGI SUMBER-SUMBER
ALAM SEKITAR MANAKALA PEMULIHARAAN BERMAKNA MEMBAIK-PULIH ATAU
MENGGANTIKAN SUMBER-SUMBER YANG SUDAH ROSAK/PUPUS.
CONTOH PEMBANGUNAN LESTARI PEMBANGUNAN BANDAR: ’ BANDAR DALAM TAMAN’,
PEMBALAKAN DENGAN PENGHUTANAN SEMULA DAN PERINDUSTRIAN DENGAN KITAR
SEMULA.
b) KESAN-KESAN TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA AKTIVITI PERINDUSTRIAN
YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI.

- PENCEMARAN UDARA. INDUSTRI MEMPROSES MEMBEBASKAN ASAP, HIDROKARBON, GAS


KARBON DIOKSIDA, SULFUR DIOKSIDA DAN LAIN-LAIN PENCEMAR YANG BOLEH
MENINGKATKAN INDEKS IPU SERTA MENGGALAKKAN FENOMENA JEREBU. CONTOHNYA
INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH, KILANG PAPAN, KILANG PADI DAN
LAIN-LAIN.
- PENIPISAN LAPISAN OZON DAN KESAN RUMAH HIJAU YANG BOLEH MENINGKATKAN
INDEKS SUHU SEKITAR. PEMANASAN GLOBAL ATAU PULAU HABA BANDAR MELALUI
PEMBEBASAN CFC. KARBON DIOKSIDA, KARBON MONOKSIDA SULFUR DAN LAIN-LAIN
DARIPADA INDUSTRI KIMIA, PEMBUATAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK DAN SEBAGAINYA
TANPA KAWALAN.
- FENOMENA HUJAN ASID. INDUSTRI PETROKIMIA, INDUSTRI BAJA KIMIA DAN LAIN-LAIN
YANG MEMBEBASKAN SULFUR DIOKSIDA, NITROGEN OKSIDA, KARBON DIOKSIDA DAN LAIN
SEBAGAINYA BERTINDAK SEBAGAI NUKLEUS KONDENSASI MENARIK WAP-WAP AIR
MEMBENTUK MANIK-MANIK HUJAN ASID, MELUNTURKAN WARNA BANGUNAN,
MEROSAKKAN LIANG STOMA DAUN SERTA TISU BADAN.
- PENCEMARAN AIR KHUSUSNYA SUNGAI DAN LAUT YANG MENJADI TEMPAT PERLEPASAN
ENFLUEN HASIL-HASIL INDUSTRI. SISA-SISA TOKSID INI MEMUSNAHKAN EKOSISTEM
AKUATIK. DI MALAYSIA SEPERTI KES SUNGAI GOMBAK, SUNGAI KLANG DAN JUGA SUNGAI
LANGAT.
- PENYAHHUTANAN UNTUK PEMBINAAN INDUSTRI AKAN MEMUSNAHKAN BIODIVERSITI,
KUALITI DAN KUANTITI AIR, EKOSISTEM HUTAN, MENGGALAKKAN HAKISAN, BANJIR DAN
SEBAGAINYA.

c) BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DITERAPKAN DALAM SEKTOR


PERHUTANAN DI MALAYSIA :

- LANGKAH PERUNDANGAN SEPERTI MEWARTAKAN HUTAN SIMPAN (HUTAN


PERLINDUNGAN, HUTAN LIPUR DAN HUTAN BERHASIL) DAN PERLAKSANAAN AKTA
PERHUTANAN NEGARA 1984. DENDA, HUKUMAN PENJARA DAN MENARIK BALIK
LESEN/KONSESI BALAK.
- MELAKSANAKAN KAEDAH PENEBANGAN HUTAN SECARA SISTEMATIK SEPERTI SISTEM
SEBAYA MALAYA (MUS) DAN JUGA SISTEM PENGURUSAN TEBANGAN MEMILIH (SMS).
- MELAKSANAKAN SIVILKULTUR ATAU PROJEK PERLADANGAN HUTAN SECARA
KOMPENSATORI (CFPP) DENGAN MENANAM SPESIS KAYU YANG CEPAT BERHASIL SEPERTI
ACACIA MANGIUM, YAMANE, BATAI, SENTANG DAN EXOTIC.
- MENGEMBANGKAN BIDANG R&D YANG BERKAITAN DENGAN PERHUTANAN SEPERTI
PENGURUSAN HUTAN, BIAK BAIK, KEPELBAGAIAN SPESIS, PERAWATAN PEROSAK DAN
PENYAKIT HUTAN, LATIHAN PERHUTANAN DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.
- MENGITAR SEMULA BAHAN BUANGAN SEPERTI KERTAS BAGI TUJUAN MENJIMATKAN
PERGANTUNGAN KEPADA BAHAN-BAHAN YANG BERASASKAN SUMBER HUTAN ATAU
BERALIH KEPADA SUMBER-SUMBER PENGGANTI SEPERTI BARANGAN PLASTIK, GETAH,
SIMEN, FIBER, ASBESTOS DAN LAIN-LAIN AGAR PERMINTAAN KEPADA HASIL HUTAN DAPAT
DIKURANGKAN.
- MELAKSANAKAN KEMPEN-KEMPEN KESEDARAN DAN KEFAHAMAN KEPADA MASYARAKAT
UMUM TENTANG PERI PENTINGNYA KHAZANAH HUTAN DIPELIHARA SERTA DIPULIHARA
MELALUI SUMBER MEDIA, AGENSI PEMBANGUNAN SETEMPAT DAN PIHAK BERKUASA
TEMPATAN.

JAWAPAN
SOALAN – 2
a) KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERTANIAN
PEMBANGUNAN BERTERUSAN YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN UNTUK
MEMPERTINGKATKAN SUMBER-SUMBER PERTANIAN DAN PRODUKTIVITI PERTANIAN AGAR IA
DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN MASA KINI DAN GENERASI AKAN DATANG. NIKMAT KEMAJUAN
PEMBANGUNAN PERTANIAN BUKAN HANYA UNTUK GENERASI SEMASA SAHAJA TETAPI
BERTERUSAN SAMPAI KE BILA-BILA PUN. TAMBAHAN PRODUKTIVITI DAN PENDAPATAN DALAM
SEKTOR PERTANIAN KOMERSIL YANG DINIKMATI KINI, PERTAMBAHAN PENGELUARAN
TANAMAN MAKANAN MESTILAH DAPAT MENAMPUNG KEPERLUAN PENDUDUK SEMASA DAN
GENERASI SETERUSNYA AGAR MEREKA JUGA TIDAK MENGALAMI KRISIS.
ADUNAN PEMBANGUNAN PERTANIAN DENGAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
SUMBER-SUMBER PERTANIAN AGAR IA TIDAK MEROSOT BERTERUSAN. KUALITI ALAM SEKITAR
PERTANIAN MESTI DIJAGA AGAR EKOSISTEMNYA TERUS STABIL. MISALNYA KEMEROSOTAN
KUALITU TANAH/KESUBURAN TANAH HARUSLAH DIBENDUNG, PERTANIAN YANG
MENGURANGKAN RISIKO HAKISAN, TANAH RUNTUH, BANJIR, PENCEMARAN AIR, UDARA,
TANAH DAN LAIN-LAIN LAGI. KELESTARIAN JUGA BERMAKNA MENGOPTIMUMKAN SUMBER-
SUMBER PERTANIAN KHUSUSNYA SUMBER TANAH AGAR IA TIDAK MEMBAZIR DAN TERBIAR.
CONTOH-CONTOH PEMBANGUNAN LESTARI DALAM SEKTOR PERTANIAN ADALAH SEPERTI
KAEDAH PERTANIAN HIDROPONIK, KAEDAH KAWALAN BIOTIK UNTUK MENGAWAL PEROSAK
,PENGGUNAAN BAJA ORGANIK, AMALAN TANAMAN TUTUP BUMI DAN LAIN-LAIN KAEDAH
YANG MEMBAWA KESAN YANG PALING MINIMUM TERHADAP ALAM SEKITAR SERTA PADA
MASA YANG SAMA PRODUKTIVITINYA MENGUNTUNGKAN.

b) BAGAIMANA PEMBANGUNAN PERTANIAN BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL DI


SEBUAH NEGARA ASIA PASIFIK.

NEGARA YANG DIPILIH IALAH MALAYSIA. ANTARA KAEDAH/AMALAN PEMBANGUNAN


PERTANIAN YANG BOLEH MENJEJASKAN ALAM SEKITAR FIZIKAL IALAH :
MELALUI PROGRAM PEMBANGUNAN TANAH/PEMBUKAAN TANAH BARU UNTUK PERTANIAN
LADANG OLEH KERAJAAN ATAU SWASTA YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA PENYAHHUTANAN
SECARA BESAR-BESARAN SEPERTI DALAM RANCANGAN PEMBANGUNAN
WILAYAH.PENYAHHUTANAN INI AKAN MENYEBABKAN KEMUSNAHAN EKOSISTEM SERTA
KEPELBAGAIAN BIOLOGINYA,KETERDEDAHAN TANAH KEPADA HAKISAN,BANJIR
LUMPUR,PENCEMARAN DAN KECETEKAN SUNGAI DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.CONTOH-
CONTOH KAWASAN YANG PERNAH MENGALAMI IALAH SEPERTI WILAYAH
JENGKA,DARA,KEJORA,KESEDAR DAN JUGA KETENGAH PADA PERINGKAT PEMBUKAAN TANAH
TERSEBUT DI SEKITAR TAHUN 1970-an.
AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA UNTUK PEMBERSIHAN TAPAK LADANG/TANI ATAU UNTUK
PROSES PENANAMAN SEMULA. SATU KAEDAH YANG PALING CEPAT DAN MUDAH BAGI TUJUAN
MEMBERSIHKAN LADANG IALAH MELALUI PEMBAKARAN.MISALNYA PEMBAKARAN TERBUKA DI
LADANG TEBU CHUPING PERLIS,SETELAH TEBU DITEBANG DAN DIAMBIL,PEMBAKARAN
KAWASAN SAWAH SETELAH PADI DITUAI ATAU PEMBAKARAN POKOK KELAPA SAWIT YANG
TELAH DITEBANG UNTUK PENANAMAN SEMULA. KAEDAH INI TELAH MENYEBABKAN
BERLAKUNYA PENCEMARAN UDARA DAN JEREBU. MISALYNYA KETIKA NEGARA DILANDA
FENOMENA EL-NINO PADA TAHUN 1997 AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA DI TAPAK-TAPAK
PERTANIAN TELAH MEMUDARATKAN LAGI KEADAAN JEREBU YANG SEDIA ADA SEKALI GUS
MENINGKATKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU).
PENYEMBURAN RACUN SECARA BESAR-BESARAN/PENGGUNAAN BAJA KIMIA BERLEBIHAN
YANG BOLEH MENYEBABKAN PENCEMARAN SUMBER AIR, TANAH DAN UDARA. DALAM
KONTEKS PEMBANGUNAN PERTANIAN LADANG YANG BEGITU LUAS, PENYEMBURAN RACUN
DAN PENABURAN BAJA BIASANYA DILAKUKAN DENGAN MENGGUNAKAN KAPAL
TERBANG.KAEDAH INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENCEMARKAN UDARA MALAH
MEMUNGKINKAN BERLAKUNYA HUJAN ASID WALAUPUN PADA SKALA YANG KECIL.SELAIN
ITU,RACUN DAN BAJA KIMIA YANG DILARUT-RESAPKAN KE DALAM TANAH DI KAWASAN
PERTANIAN MENYEBABKAN SITEM AKUIFER DAN AIR BAWAH TANAH TERCEMAR. LARIAN AIR
PERMUKAAN PULA BOLEH MEMBAWA SEBATIAN RACUN DAN BAHAN KIMIA TERSEBUT KE
DALAM SUNGAI-SUNGAI YANG BERHAMPIRAN DENGAN KAWASAN PERLADANGAN. APABILA
SISTEM SUNGAI TERCEMAR DENGAN RACUN, IA AKAN MEMUSNAHKAN EKOSISTEM AKUATIK.
AMALAN PERTANIAN TANPA TANAMAN TUTUP BUMI DAN TANPA JAGAAN YANG RAPI
TERHADAP TANIH PERTANIAN.KAWASAN TERBUKA DAN TERDEDAH KEPADA HAKISAN PERCIKAN
AIR HUJAN DAN LARIAN AIR PERMUKAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KETANDUSAN TANIH.
TANPA TANAMAN TUTUP BUMI TERUTAMANYA DI KAWASAN RELIEF YANG BERCERUN SEPERTI
KAWASAN LERENG BUKIT YANG DITANAMI DENGAN GETAH DAN KELAPA SAWIT AKAN
MENDEDAHKAN SECARA LANGSUNG KEPADA PERCIKAN HUJAN. SETIAP TITISAN HUJAN
MEMPUNYAI TENAGA KINETIK DAN POTENSI UNTUK MENGHEMPAS DAN MELONGGARKAN
IKATAN BUTIRAN TANIH. APABILA TANIH SUDAH TEPU DENGAN AIR HUJAN, LARIAN AIR
PERMUKAAN AKAN BERTINDAK UNTUK MENGANGKUT LAPISAN ATAS TANIH YANG SUBUR (TOP
SOILS) DAN MENINGGALKAN LAPISAN TANIH YANG KURANG SUBUR. REGOLITH TANIH YANG
DIBAWA OLEH LARIAN PERMUKAAN ITU PULA AKAN MEMASUKI SISTEM SUNGAI, SUNGAI
TERCEMAR , TERMENDAP/MENCETEKKAN SUNGAI, MENINGKATKAN RISIKO KEJADIAN BANJIR.
AMALAN TANAMAN TUNGGAL/TANPA GILIRAN YANG BOLEH MENYEBABKAN
KETIDAKSEIMBANGAN NUTRIEN TANAH DAN JUGA ULANGAN TANAMAN BERTERUSAN
TANPA MEREHATKAN TANIH SERTA PEMBAJAKAN YANG TERLALU INTENSIF. TANAMAN
SEJENIS (MONOCULTURE) SEPERTI KELAPA SAWIT SAHAJA ATAU GETAH SAHAJA MENYEBABKAN
BEBERAPA JENIS MINERAL TANAH DIGUNAKAN DENGAN INTENSIF OLEH TUMBUH-TUMBUHAN
BERKENAAN.TANAH CEPAT HILANG KESUBURANNYA DAN KITARAN NUTRIEN TANAH MENJADI
TIDAK SEIMBANG.
AMALAN PERTANIAN DI KAWASAN CERUN/LERENG BUKIT TANPA MENGIKUTI KONTUR/TANPA
TERES YANG MEMUDAHKAN BERLAKUNYA HAKISAN TANIH DAN KEHILANGAN KESUBURAN
TANAH.KAWASAN TANAH TINGGI/BERBUKIT YANG DIJALANKAN DENGAN AKTIVITI
PENANAMAN SAYUR BIASANYA TIDAK MENGIKUT KONTUR. SISTEM INI MEMBOLEHKAN TANAH
CEPAT TERGONDOL DAN TERHAKIS KERANA HALAJU LARIAN AIR PERMUKAAN BOLEH
BERTINDAK DENGAN CEPAT MENGANGKUT LAPISAN ATAS TANAH.
AMALAN TEBUS GUNA TANAH DI KAWASAN-KAWASAN TANAH LEMBAB (WET LAND) SEPERTI
PAYA UNTUK DIJADIKAN KAWASAN PERTANIAN AKAN MEMUSNAHKAN EKOSISTEM
AKUATIK.SELAIN ITU, KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU DAN NIPAH JUGA SERING DIMUSNAHKAN
UNTUK DIBINA KOLAM-KOLAM TERNAKAN AKUAKULTUR. AMALAN INI JUGA BOLEH
MEROSAKKAN EKOSISTEM AKUATIK KHUSUSNYA EKOSISTEM MUARA DI SAMPING
MEMPERCEPATKAN KADAR HAKISAN PANTAI. HAL INI KERANA FUNGSI POKOK BAKAU DAN
NIPAH SEBAGAI ZOM PENAMPAN HAKISAN OMBAK SUDAH TIADA LAGI.

c) LANGKAH-LANGKAH YANG WAJAR DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN KESAN-KESAN NEGATIF


PEMBANGUNAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR
LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF AKIBAT
PEMBANGUNAN PERTANIAN TERHADAP ALAM SEKITAR ADALAH MELIPUTI LANGKAH
PERUNDANGAN/PENGAWALAN DAN PENGURUSAN YANG CEKAP.ANTARANYA IALAH:
KAWALAN TERHADAP AMALAN PEMBAKARAN TERBUKA DI TAPAK PERTANIAN.KAWALAN INI
BOLEH DILAKSANAKAN MELALUI AKTA DAN PERUNDANGAN SEPERTI AKTA JEREBU 1997 UNTUK
MENGAWAL DAN MENCEGAH SEBARANG AKTIVITI PEMBAKARAN TERBUKA KHUSUSNYA DI
TAPAK-TAPAK PERTANIAN. ANTARA TINDAKAN-TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL SEPERTI
DENDA/KOMPAUN KEPADA MANA-MANA INDIVIDU ATAU SAMAN/MENARIK BALIK LESEN
PERNIAGAAN/DISITAR KEPADA MANA-MANA SYARIKAT ATAU AGENSI YANG DIDAPATI
BERSALAH. SELAIN ITU, MEMPERBAIKI AMALAN PENGURUSAN TAPAK LADANG SEPERTI
TEBANG-BAKAR DITUKAR KEPADA TEBANG-REPUT UNTUK MENGHASILKAN BAJA ORGANIK DI
SAMPING DAPAT MEMELIHARA ALAM SEKITAR.
MENGAMALKAN KAEDAH PERTANIAN CAMPUR, TANAMAN BERGILIR DAN TANAMAN
SELINGAN (LUAR MUSIM). KAEDAH TANAMAN BERGILIR INI AMAT PENTING UNTUK
MENYEIMBANGKAN NUTRIEN TANAH DI SAMPING DAPAT MENGURANGKAN KADAR HAKISAN
KETIKA TANAH ITU DIREHATKAN UNTUK MUSIM PENANAMAN SETERUSNYA. MISALNYA DALAM
KONTEKS SAWAH PADI PERLU DIGILIRKAN DENGAN JAGUNG, KACANG TANAH, TEMBAKAU DAN
LAIN-LAIN LAGI. KACANG TANAH SEBAGAI CONTOH MEMBEKALKAN NITRAT YANG TINGGI
KEPADA TANAH. TANAMAN BERCAMPUR DAN TANAMAN SELINGAN PULA SESUAI DILAKUKAN
DI KAWASAN LADANG GETAH DAN KELAPA SAWIT DI PERINGKAT AWAL PENANAMAN ATAU
SELEPAS PROSES TANAM SEMULA DILAKUKAN.SEBAGAI CONTOH, KELAPA SAWIT DISELANGI
DENGAN TANAMAN PISANG, UBI KAYU, KELEDEK, KACANG TANAH DAN LAIN-LAIN LAGI YANG
BERSIFAT JANGKA PENDEK. TANAMAN-TANAMAN INI BUKAN SAHAJA BOLEH MENJADI
PELINDUNG TANAH KEPADA AGEN-AGEN HAKISAN MALAH IA MAMPU MENGEKALKAN NUTRIEN
SEMULA JADI TANAH.DENGAN ITU, KITA BOLEH MENGELAKKAN KEBURUKAN AMALAN
TANAMAN SEJENIS.
MENANAM TANAMAN TUTUP BUMI DAN JUGA POKOK-POKOK PELINDUNG BAGI SESUATU
KAWASAN TANAH YANG BARU DIBUKA/DITANAM. TANAH-TANAH YANG BARU DIBUKA SEPERTI
UNTUK PERLADANGAN GETAH DAN KELAPA SAWIT MEMPUNYAI STRUKTUR YANG AGAK
LONGGAR AKIBAT KETERDEDAHAN KEPADA AGEN-AGEN GEOMORFOLOGI. JUSTERU, DI
PERINGKAT AWAL PENANAMAN ATAU KETIKA POKOK SEDANG MEMBESAR, TANAMAN
KEKACANG AMAT PERLU DITANAM SEBAGAI PELINDUNG TANAH DARIPADA MENGALAMI
HAKISAN DAN LARUT RESAP YANG BERTERUSAN. TANAMAN KEKACANG ATAU RUMPUT
MAMPU BERTINDAK MENGIKAT BUTIRAN TANAH MELALUI SISTEM AKARNYA YANG
BERSERABUT DAN KOMPLEKS. DI SAMPING ITU, TANAMAN KACANG JUGA BOLEH
MENAMBAHKAN KANDUNGAN NITRAT TANIH.
AMALAN PERTANIAN BERTERES/MENGIKUT KONTUR, TANAMAN BERJALUR SERTA
MEMBINA ALUR DAN SISTEM PERPARITAN/KAWASAN PENGAIRAN TERUTAMANYA DI
KAWASAN LERENG-LERENG BUKIT YANG BERALUN ATAU BERELIEF CURAM SEPERTI DI
KAWASAN TANAH TINGGI CAMERON YANG DITANAM DENGAN SAYUR-SAYURAN, BUNGA-
BUNGAAN DAN TEH. TANAMAN BERKONTUR BOLEH MENGURANGKAN PERGERAKAN HAKISAN
LARIAN AIR PERMUKAAN MANAKALA SISTEM PERPARITAN YANG SESUAI JUGA MENYEDIAKAN
LALUAN-LALUAN AIR AGAR IA TIDAK MELIMPAHI PERMUKAAN. KEDUA-DUA LANGKAH INI
BERTUJUAN UNTUK MENGURANGKAN HAKISAN PERMUKAAN SEKALI GUS MENGEKALKAN
LAPISAN ARAS TANAH YANG SUBUR (TOP SOIL).
MELAKSANAKAN KAWASAN EKOLOGI DI KAWASAN-KAWASAN TANAH PERTANIAN TERMASUK
MEMPERBAIKI TEKSTUR TANIH DENGAN BANTUAN BAJA ORGANIK. DI ANTARA CONTOH
KAWALAN BIOTIK IALAH PENGGUNAAN BURUNG HANTU BAGI MENGAWAL TIKUS DI KAWASAN
SAWAH PADI.KAEDAH INI AKAN MENGURANGKAN TANIH DI KAWASAN TANAMAN
SAYUR.DENGAN ITU, KEBERGANTUNGAN KEPADA BAJA KIMIA DAPAT DIKURANGKAN YANG
KELAK BOLEH MENGURANGKAN KESAN NEGATIF KEPADA ALAM SEKITAR.
MENGGALAKKAN PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI DAN MENINGKATKAN R&D DALAM BIDANG
PERTANIAN KHUSUNYA TEKNOLOGI BARU YANG BERSIFAT MESRA ALAM. SEPERTI
PENGGUNAAN KAEDAH HIDROPONIK. KAEDAH TANAMAN INI TIDAK MEMERLUKAN TANAH DAN
BAJA KIMIA SEBALIKNYA LARUTAN-LARUTAN NUTRIEN DIGUNAKAN. DENGAN ITU, TEKANAN
KEPADA SUMBER TANAH DAPAT DIKURANGKAN

SOALAN – 3
a) BERDASARKAN CONTOH-CONTOH NEGARA YANG ANDA TELAH KAJI DI KAWASAN ASIA
TENGGARA,TUNJUKKAN EMPAT KESAN FENOMENA PENYAHHUTANAN TERHADAP ALAM
SEKITA NEGARA-NEGARA TERSEBUT. (10M)

b) “MALAYSIA MERUPAKAN SALAH SEBUAH NEGARA ASIA TENGGARA YANG TERBAIK DALAM
MELAKSANAKAN PROGRAM PENGURUSAN SUMBER-SUMBER .

c) PERHUTANANNYA”.BERDASARKAN PERNYATAAN INI, HURAIKAN ENAM PEMELIHARAAN


DAN PEMULIHARAAN YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MALAYSIA. (12M)

JAWAPAN...
SOALAN – 3

a) KESAN-KESAN FENOMENA PENYAHUTANAN DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA


TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BOLEH DIBINCANGKAN IALAH:
KESAN KE ATAS SISTEM GEOMORFOLOGI.
- PENYAHHUTANAN AKAN MENDEDAHKAN PERMUKAAN BUMI SECARA LANGSUNG KEPADA
PELBAGAI PROSES GEOMORFOLOGI SEPERTI LULUHAWA DALAMAN, HAKISAN DAN TANAH
RUNTUH.PERMUKAAN BUMI KINI KEHILANGAN PELINDUNG, KEHILANGAN DAYA PENGIKAT
DAN DAYA CENGKAMAN TANAH YANG MENYEBABKAN STRUKTUR TANAH MENJADI
LONGGAR DAN CERUN-CERUN BUKIT MENJADI TIDAK STABIL.WUJUDNYA KESAN-KESAN
GEGALUR DAN KEJADIAN HAKISAN SERTA TANAH RUNTUH.
- PENCEMARAN SUNGAI/KEKERUHAN DAN DASAR SUNGAI MENJADI CETEK YANG
MEMPERCEPATKAN FENOMENA BANJIR. BAHAN REGOLITH DARIPADA HAKISAN DAN
TANAH RUNTUH SEPERTI KELODAK,LUMPUR SERTA BAHAN AMPAIAN AKAN MEMASUKI
SISTEM SUNGAI,MENGERUHKAN AIR SUNGAI. BAHAN-BAHAN TERMENDAP DI DASAR
SUNGAI MENYEBABKAN SUNGAI MENJADI CETEK DAN LEBIH CEPAT MENGALIR-
LIMPAHKAN AIRNYA. MISALNYA KEJADIAN BANJIR LUMPUR.

KESAN KE ATAS SISTEM HIDROLOGI


- MENGGANGGU KESTABILAN KITAR HIDROLOGI. PENYAHHUTANAN AKAN
MENGHILANGKAN KAWASAN TADAHAN HUJAN YANG MENJADI STOK/SIMPANAN AIR
UTAMA KEPADA SISTEM SALIRAN SEPERTI SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN LAIN-LAIN
MENERUSI EDARAN AIR BAWAH TANAH.PROSES SUSUPAN TIDAK BERLAKU, STORAN AIR
TANAH (AKUIFER) AKAN BERKURANGAN, SUMBER AIR KEPADA SUNGAI DAN TASIK JUGA
AKAN BERKURANGAN SEKALI GUS BOLEH MENGGANGGU SISTEM BEKALAN AIR.
- MENGURANGKAN JUMLAH HUJAN TEMPATAN. PENYAHHUTANAN BERERTI
MENGHAPUSKAN PROSES SEJAT-PELUHAN TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG MENJADI
PENYUMBANG UTAMA KEPADA KELEMBAPAN UDARA UNTUK MENGHASILKAN AWAN DAN
HUJAN. AKHIRNYA, CURAHAN HUJAN DI KAWASAN TERSEBUT AKAN BERKURANGAN DAN
KAWASAN TERSEBUT AKAN MENGALAMI KEMARAU.

KESAN KE ATAS ATMOSFERA


- PENYAHHUTANAN MENGUBAH IKLIM MIKRO HUTAN/PENINGKATAN INDEKS SUHU
SEKITAR. PENGHAPUSAN HUTAN MENYEBABKAN KESAN PEMANASAN SETEMPAT. HUTAN
TIDAK LAGI BOLEH BERFUNGSI UNTUK MENYEDERHANAKAN SUHU DAN MENGEKALKAN
PERATUS KELEMBAPAN UDARA YANG TINGGI. UDARA MENJADI KERING (DRY
AIR).KAWASAN TERSEBUT JUGA AKAN TERDEDAH KEPADA BAHANGAN MATAHARI SECARA
LANGSUNG TANPA DITAPIS DAN DISERAP OLEH TUMBUHAN. AKIBATNYA, SUHU SEKITAR
AKAN MENINGKAT

KESAN KE ATAS SISTEM EKOLOGI


- PENYAHHUTANAN AKAN MENYEBABKAN KESAN NEGATIF KEPADA BIODIVERSITI. SPESIES
FLORA DAN FAUNA AKAN DIANCAM KEPUPUSAN BERIKUTAN DARIPADA KEMUSNAHAN
HABITAT DAN EKOSISTEMNYA SERTA RANTAIAN MAKANAN YANG SEDIA ADA. SELAIN
KEPUPUSAN SPESIES, PENGHIJRAHAN SPESIES JUGA AKAN BERLAKU UNTUK MENCARI
HABITAT YANG BARU.
b) ANTARA USAHA-USAHA YANG TELAH DIJALANKAN OLEH MALAYSIA IALAH:

- PENUBUHAN KAWASAN HUTAN SIMPAN KEKAL YANG DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA


KELAS,IAITU HUTAN PERLINDUNGAN, HUTAN BERHASIL DAN HUTAN LIPUR YANG
DIURUSKAN DENGAN SEMPURNA,SISTEM SISTEMATIK DAN SAINTIFIK.CONTOH: TAMAN
NEGARA, HUTAN BELUM DI PERAK DAN HUTAM SIMPAN ENDAU-ROMPIN DI PAHANG.
- LANGKAH PERUNDANGAN, MELULUSKAN DAN MELAKSANAKAN AKTA PERHUTANAN
NEGARA 1984 YANG MENGENAKAN HUKUMAN DENDA DAN PENJARA KE ATAS MANA-
MANA INDIVIDU/SYARIKAT YANG MENCEROBOH KAWASAN HUTAN SIMPAN KEKAL SAMA
ADA AKTIVITI, MENEBANG, MEMOTONG, MENGGELANG,MENANDA ATAU MENGAMBIL
SUMBER-SUMBER YANG ADA DENGAN APA JUA CARA SEKALIPUN.
- MELAKSANAKAN DUA SISTEM PENEBANGAN HUTAN, IAITU SISTEM SEBAYA MALAYA (MUS)
DAN SITEM PENGURUSAN TEBANGAN MEMILIH (SMS). KEDUA-DUANYA MEMBOLEHKAN
TUMBESARAN DAN KEMATANGAN POKOK DENGAN SEMPURNA BAGI MENJAMIN
KEBERTERUSAN PENGUSAHASILAN DAN PENGELUARANNYA PADA MASA-MASA AKAN
DATANG.
- MENANAM SEMULA HUTAN/PERLADANGA HUTAN MELALUI PROJEK LADANG HUTAN
KOMPENSATORI. SPESIS-SPESIS POKOK KAYU KERAS TROPIKA YANG CEPAT MEMBESAR
DAN MATANG SEPERTI ACACIA MANGIUM, YAMANE, SENTANG, EXOTIC, DAN BANTAI
DITANAM SEMULA SECARA SISEMATIK DAN SAINTIFIK DI KAWASAN-KAWASAN HUTAN
YANG SUDAH DIBALAK
- MELAKSANAKAN USAHA-USAHA PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) KHUSUSNYA
YANG BERKAITAN DENGAN SIVIKULTUR, PENJAGAAN DAN PERAWATAN HUTAN DARIPADA
PEROSAK DAN PENYAKIT ,BIAKBAIK POKOK SERTA SIFAT DAN KEPELBAGAIAN GUNA
SUMBER-SUMBER HUTAN. KEBANYAKKAN PROGRAM R&D DIJALANKAN OLEH FRIM DAN
UPM. DI SAMPING MENJALANKAN PROGRAM LATIHAN PERHUTANAN DAN SAINS
PERHUTANAN.
- BERALIH KEPADA SUMBER-SUMBER PENGGANTI DAN MENGELAKKAN PENGGUNAAN
SUMBER-SUMBER HUTAN SECARA BERTERUSAN SEPERTI PENGGUNAAN SIMEN/BATU
BATA DALAM INDUSTRI PERUMAHAN, PENGGUNAAN KAYU GETAH DALAM PEMBUATAN
PERABOT ATAU MENGITAR SEMULA (RECYCLE) BAHAN-BAHAN KAYU YANG TERPAKAI.
- KEMPEN KESEDARAN. MEMUPUK KEFAHAMAN YANG MELUAS KEPADA MASYARAKAT
UMUM TENTANG PERI PENTINGNYA HUTAN SECARA FAEDAH-FAEDAHNYA KEPADA
GENERASI AKAN DATANG MELALUI PELBAGAI SALURAN MEDIA ELEKTRONIK DAN MEDIA
CETAK. SEPERTI KEMPEN PENGHIJAUAN BUMI, CINTAILAH HUTAN KITA, HUTAN WARISAN
KITA DAN LAIN-LAIN KE ARAH MELESTARIKAN SUMBER-SUMBER PERHUTANAN NEGARA.

SOALAN – 4

BERDASARKAN NEGARA-NEGARA DI RANTAU ASIA TENGGARA:

a) BAGAIMANAKAH FENOMENA PENYAHUTANAN BERLAKU DI NEGARA-NEGARA


BERKENAAN? (10M)
b) JELASKAN LIMA KEPENTINGAN USAHA-USAHA PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
SUMBER HUTAN DI NEGARA-NEGARA TERSEBUT. (15M)

JAWAPAN...
SOALAN – 4

a) FENOMENA PENYAHUTANAN BERERTI PEMUSNAHAN SUMBER-SUMBER HUTAN YANG


BERLAKU SECARA BESAR-BESARAN. DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA, FENOMENA
KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN INI BERLAKU MELALUI PELBAGAI CARA. ANTARANYA
IALAH:
- PEMBUKAAN TANAH BARU YANG MELIBATKAN KAWASAN HUTAN UNTUK PELBAGAI
PEMBINAAN KAWASAN INDUSTRI, JARINGAN PENGANGKUTAN SEPERTI LEBUH RAYA DAN
SEBAGAINYA. KAWASAN DAN SUMBER HUTAN AKAN DIMUSNAHKAN SECARA BESAR-
BESARAN DEMI MENGEJAR PEMBANGUNAN ATAU UNTUK MENAMPUNG PERTUMBUHAN
PENDUDUK YANG BEGITU PESAT.
- MELALUI AKTIVIT PEMBALAKAN YANG TIDAK TERKAWAL SEPERTI PEMBALAKAN HARAM
ATAU KEGIATAN PEMBALAKAN YANG TERLALU LAMA DI SATU-SATU TEMPAT. AKTIVITI
PEMBALAKAN TANPA KAWALAN AKAN MENYEBABKAN SEGALA SPESIES KAYU YANG
BERHARGA TERUTAMA SEKALI KAYU KERAS TROPIKA AKAN DIAMBIL TANPA
MEMPEDULIKAN USAHA-USAHA BAIK-PULIHNYA.
- AMALAN PERTANIAN PINDAH. MELALUI AKTIVITI HUTAN-HUTAN PRIMER AKAN DITEBANG-
BAKAR OLEH PUAK-PUAK ASLI DI KAWASAN PENDALAMAN BAGI MENJALANKAN KEGIATAN
PERTANIAN MEREKA. APABILA SESUATU KAWASAN SUDAH TIDAK MENJADI SUBUR LAGI IA
AKAN DITINGGALKAN DAN KAWASAN HUTAN YANG BARU PULA AKAN DIMUSNAHKAN
UNTUK DIJADIKAN TAPAK PERTANIAN. PROSES YANG SAMA DALAM JANGKA MASA YANG
TERLALU LAMA AKHIRNYA MENYAHKAN HUTAN TERSEBUT.
- MELALUI PROJEK HIDROELEKTRIK. AKTIVITI INI AKAN MEMUSNAHKAN HUTAN DENGAN
DUA CARA, IAITU PERTAMA PENEBANGAN DAN PEMBERSIHAN HUTAN UNTUK PEMBINAAN
EMPANGAN DAN KEDUA PENENGGELAMAN HUTAN BAGI TUJUAN MENAKUNG AIR.
PENENGGELAMAN HUTAN LEBIH BESAR KEMUSNAHANNYA MELIBATKAN SATU KAWASAN
TADAHAN AIR DAN SUMBER-SUMBERNYA AKAN DILENYAPKAN TERUS.
- KEMUSNAHAN SEMULA JADI. SEPERTI KEBAKARAN HUTAN BESAR-BESARAN YANG
BERLAKU SECARA SEMULA JADI AKIBAT CUACA PANAS EL-NINO SEPETI MANA YANG
TERJADI DI SUMATERA DAN KALIMANTAN INDONESIA PADA TAHUN 1997. HUTAN JUGA
BOLEH MUSNAH AKIBAT LETUSAN GUNUNG BERAPI ATAU ANCAMAN PEROSAK DAN
PENYAKIT HUTAN.
-
b) PEMELIHARAAN HUTAN MELIBATKAN AKTIVITI PENJAGAAN DAN PENGAWALAN HUTAN
DARIPADA DITEROKA/DIMUSNAHKAN MANAKALA PEMULIHARAAN PULA MELIBATKAN
AKTIVITI MEMBAIK-PULIH SUMBER HUTAN YANG SUDAH DITEROKA/ DIMUSNAHKAN.
ANTARA SEBAB-SEBAB HUTAN PERLU DIPELIHARA DAN DIPULIHARA.
- UNTUK MENGEKALKAN/MENGAWAL KAWASAN TADAHAN AIR. HUTAN MENADAH DAN
MENYIMPAN AIR HUJAN MELALUI FUNGSI CEGATAN SILARA OLEH KANOPINYA DAN JUGA
PROSES SUSUPAN. OLEH ITU, SIMPANAN AIR DALAM TANAH DI KAWASAN HUTAN ADALAH
TINGGI. AIR BAWAH TANAH INI MENYUMBANG/MEMBEKALKAN AIR KEPADA SISTEM
SUNGAI AGAR SENTIASA ADA DAN BERTERUSAN YANG SETERUSNYA MENJAMIN KITAR
HIDROLOGI SESUATU TEMPAT TIDAK TERGANGGU.
- UNTUK MENGAWAL KADAR HAKISAN TANIH, TANAH RUNTUH DAN BANJIR LUMPUR.
HUTAN BERTINDAK SEBAGAI PELINDUNG SEMULA JADI TANAH YANG TERBAIK. KANOPINYA
YANG BERLAPIS-LAPIS SERTA CENGKAMAN AKARNYA BOLEH MENGURANGKAN KADAR
HAKISAN LARIAN AIR PERMUKAAN SETERUSNYA MENJAMIN KESTABILAN CERUN.
- MENGEKALKAN EKOSISTEM SEMULA JADI DAN MENJAMIN KEPELBAGAIAN
BIOLOGI/KEPELBAGAIAN SPESIS DARIPADA DIANCAM KEPUPUSAN. PENGEKALAN ALAM
SEMULA JADI MEMBOLEHKAN PULA PEMBANGUNAN ‘EKO-PELANCONGAN’ DAPAT
DILAKSANAKAN YANG BERUPAYA MENAMBAHKAN PENDAPATAN NEGARA-NEGARA ASIA
TENGGARA.
- MENJAMIN BEKALAN KAYU BALAK YANG BERHARGA PADA MASA DEPAN. APABILA SUMBER
HUTAN DIKAWAL DAN DIPULIHARA MAKA SUMBER KAYU YANG BERHARGA SEPERTI
MERANTI, CENGAL, SERAYA, KERUING, JATI DAN SEBAGAINYA SENTIASA ADA,TERJAMIN
BEKALANNYA DAN BERTERUSAN. HAL INI AKAN DAPAT MEMBANTU MENGEKALKAN
PENDAPATAN EKSPORT NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA.
- MENJAMIN INDUSTRI-INDUSTRI YANG BERGANTUNG SEPENUHNYA KEPADA SUMBER
HUTAN BOLEH BEROPERASI PENGILANGAN PAPAN DAN PAPAN LAPIS, PEMBUATAN
PERABOT DAN IKS-IKS YANG BERKAITAN. DENGAN ITU, PELUANG PEKERJAAN MASIH
TERBUKA SEKALI GUS PENGANGGURAN DALAM SESEBUAH NEGARA DAPAT DIELAKKAN.
JIKA SUMBER HUTAN TIDAK DIKAWAL DAN DIPULIHARA MAKA INDUSTRI YANG
BERGANTUNG KEPADANYA AKAN DITUTUP, PENGANGGURAN AKAN BERLAKU.
- MENJAMIN MASYARAKAT ORANG ASLI MENERUSKAN KEHIDUPANNYA.HUTAN SEBAGAI
PERSEKITARAN, HABITAT, SUMBER MAKANAN BAGI PUAK-PUAK ASLI YANG MASIH RAMAI
DI NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA. MASYARAKAT INI AMAT BERGANTUNG KEPADA
SUMBER HUTAN.JIKA DIMUSNAHKAN, ’SURVIVAL’ MEREKA AKAN TERPUTUS. SELAIN ITU,
HUTAN JUGA BERTINDAK SEBAGAI MEDAN UNTUK MENJALANKAN PENYELIDIKAN
KHUSUSNYA YANG BERKAITAN DENGAN PERUBATAN DAN HERBA.

SOALAN – 5
a) HURAIKAN EMPAT KESAN NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR YANG BERPUNCA DARIPADA
AKTIVITI PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI.
(12M)

b) BAGAIMANAKAH KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DILAKSANAKAN DALAM


PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN DI SEBUAH NEGARA SEDANG MEMBANGUN YANG
TELAH ANDA KAJI? (13M)
JAWAPAN...
SOALAN - 5
a) DI ANTARA KESAN-KESAN NEGATIF TERHADAP ALAM SEKITAR AKIBAT AKTIVITI
PERINDUSTRIAN YANG TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI IALAH :

PENCEMARAN UDARA.I NDUSTRI MEMPROSES MEMBEBASKAN ASAP, HIDRO


KARBON, GAS KARBON DIOKSIDA, SULFUR DIOKSIDA DAN LAIN-LAIN PARTIKEL TERAMPAI
(PM 10) YANG BOLEH MENINGKATKAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) SERTA
MENGGALAKKAN FENOMENA JEREBU TERUTAMA SEKALI DI KAWASAN ESTET
PERINDUSTRIAN. CONTOHNYA INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH, KILANG
PAPAN, KILANG PADI, DAN LAIN-LAIN. KUANTITI DAN KUALITI ATMOSFERA AKAN BERUBAH
DICEMARI OLEH GAS TEROKSIDA YANG MERBAHAYA UNTUK KESIHATAN DAN BIOTIK LAIN.

PENIPISAN LAPISAN OZON DAN KESAN RUMAH HIJAU. BOLEH MENINGKATKAN


INDEKS SUHU SEKITAR/PEMANASAN SETEMPAT ATAU GLOBAL JIKA BERLAKU DI SELURUH
DUNIA. GAS-GAS RUMAH HIJAU TERUTAMANYA KARBON DIOKSIDA DAN KARBON
MONOKSIDA BERTINDAK SEBAGAI SATU LAPISAN YANG MEMBENARKAN BAHANGAN
MATAHARI MASUK TETAPI MEMRANGKAP BAHANGAN BUMI DARIPADA DIPANTULKAN
SEMULA KE ANGKASA. MANAKALA GAS-GAS CFC DAN BROMIN BERTINDAK MEMUTUSKAN
IKATAN KOVALEN OZON YANG MENYEBABKAN SINAR LEMBAYUNG (UV) MELEPASI SISTEM
ATMOSFERA BUMI DENGAN MUDAH.KEDUA-DUA MEKANISME INI MEMAKSA SISTEM BUMI
MENERIMA INPUT HABA YANG LEBIH BANYAK MENYEBABKAN KESAN PENINGKATAN SUHU
SEKITAR.

FENOMENA HUJAN ASID. INDUSTRI PETROKIMIA DAN INDUSTRI PEMPROSESAN


YANG LAIN BANYAK MEMBEBASKAN SULFUR OKSIDA, NITROGEN OKSIDA, KARBON
DIOKSIDA DAN SEBAGAINYA. BAHAN-BAHAN PENCEMAR INI BOLEH BERTINDAK SEBAGAI
NUKLEUS KONDENSASI UNTUK MENARIK WAP-WAP AIR, MEMBESAR, TEPU DAN AKHIRNYA
MEMBENTUK MANIK-MANIK HUJAN ASID. MISALNYA ASID NITRIT DAN ASID SULFURIK.
HUJAN ASID BOLEH MENJEJASKAN EKOSISTEM AKUATIK SEPERTI PLANKTON DAN TERUMBU
KARANG DI SAMPING MELUNTURKAN WARNA BANGUNAN, MEROSAKKAN LIANG STOMA
DAUN SERTA TISU BADAN MANUSIA.

PENCEMARAN AIR. KHUSUSNYA SUNGAI DAN LAUT YANG MENJADI TEMPAT


PERLEPASAN ENFLUEN SISA-SISA TOKSID INDUSTRI.SEPERTI INDUSTRI MEMBUAT CAT,
SABUN (DETERGENT), PETROKIMIA SERTA INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN
GETAH. LEBIH MERBAHAYA JIKA SESETENGAH INDUSTRI MELUPUSKAN SISA-SISA
RADIOAKTIFNYA KE DALAM LAUT. HAL INI KERANA BAHAN RADIOAKTIF TIDAK MUSNAH DAN
MEROSAKKAN ALAM SEKITAR DALAM JANGKA MASA YANG PANJANG. PEMBUANGAN SISA
TOKSID KE DALAM SUNGAI MENYEBABKAN SUNGAI BERACUN, MENINGKATKAN
KANDUNGAN BODnya SERTA BEBERAPA JENIS BAKTERIA PENCEMAR SEPERTI COLIFORM
DAN E-Coli YANG JELAS MENUNJUKKAN KUALITI AIR MEROSOT.
KEMUSNAHAN EKOSISTEM AKUATIK. PEMBUANGAN SISA TOKSID INDUSTRI DAN
SISA RADIOAKTIF KE DALAM SUMBER-SUMBER AIR AKAN SECARA LANGSUNG
MEMUSNAHKAN EKOSISTEM DAN HIDUPAN AIR TERSEBUT. LAUT YANG TERCEMAR AKAN
MEMATIKAN TUMBUH-TUMBUHAN PLANKTON DAN HIDUPAN ZOO PLANKTON YANG
BERTINDAK SEBAGAI PENGELUAR MAKANAN UTAMA KEPADA MASYARAKAT PENGGUNA
SAMUDERA. KESANNYA IKAN, UDANG, SOTONG, DAN LAIN-LAIN AKAN MENGHADAPI
KEKURANGAN SUMBER MAKANAN. SELAIN ITU,KAWASAN TERUMBU KARANG TURUT
MUSNAH YANG SEKALI GUS MEMUSNAHKAN HABITAT HIDUPAN LAUT. BEGITU JUGA
DENGAN SISTEM SUNGAI YANG TERCEMAR, SEGALA KOMPONEN BIOTIK DAN ABIOTIK
DALAM EKOSISTEM TERSEBUT TURUT ROSAK.

PENCEMARAN BAU. UDARA DAN PERSEKITARAN BERBAU BUSUK KESAN


SESETENGAH INDUSTRI YANG MELEPASKAN BAU BUSUK APABILA SUMBER KITU DIPROSES.
SEBAGAI CONTOH, INDUSTRI MEMPROSES KELAPA SAWIT DAN GETAH. PERSEKITARAN
YANG BERBAU BUSUK AKAN MENJEJASKAN KUALITI DAN KEHARMONIAN HIDUPAN DI
SEKITARNYA.

b) BAGAIMANA KONSEP PEMBANGUNAN LESTARI BOLEH DILAKSANAKAN DALAM SEKTOR


PERINDUSTRIAN
MENYEBUT SEBUAH NEGARA YANG DIKAJI – MALAYSIA. TERDAPAT TIGA ELEMEN
PENTING YANG MESTI DITERAPKAN DALAM SEKTOR PERINDUSTRIAN DI MALAYSIA BAGI
MENCAPAI TAHAP PEMBANGUNAN LESTARI, IAITU : PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG,
AMALAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR INDUSTRI YANG CEKAP DAN BERKESAN, DAN
KEMPEN KESEDARAN KEPADA MASYARAKAT INDUSTRI.DI ANTARA LANGKAH-LANGKAH
YANG BOLEH DILAKSANAKAN IALAH :

LANGKAH PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KETAT KEPADA


MANA-MANA PENGUSAHA/SYARIKAT YANG MENCEMARKAN ALAM SEKITAR. SEPERTI KES-
KES PEMBANGUNAN SISA TOKSID, MENCEMARKAN SUNGAI, MENCEMARKAN UDARA YANG
TERUK DAN LAIN-LAIN.HUKUMAN DAN DENDA MAKSIMUM PATUT DIKENAKAN
SEPERTIMANA YANG DIPERUNTUKKAN DALAM AKTA KUALITI ALAM SEKITAR 1974. SELAIN
ITU,TINDAKAN MENGGANTUNG/MENARIK BALIK LESEN OPERASI/MENYITA MANA-MANA
SYARIKAT YANG TIDAK MEMBERSIHKAN PERSEKITARAN YANG DICEMARINYA. DI SAMPING
ITU, LANGKAH-LANGKAH PEMANTAUAN DAN KAWAL-SELIA YANG LEBIH KERAP DAN TEGAS
HARUSLAH DILAKUKAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR (JAS) BERDASARKAN STANDARD
KUALITI (SQ) YANG TELAH DITETAPKAN. PIHAK PENGURUSAN KILANG JUGA DIWAJIBKAN
MENYEDIAKAN LAPORAN EIA DARI MASA KE SEMASA DAN BERTERUSAN KEPADA PIHAK-
PIHAK YANG BERWAJIB BAGI MENJAMIN INDUSTRINYA SENTIASA ‘MESRA ALAM’.

MENGURUSKAN SISA TOKSID DENGAN CEKAP DAN BERKESAN. TERUTAMA SEKALI


SISA-SISA PEPEJAL HARUSLAH DIURUSKAN DENGAN SISTEMATIK DAN SAINTIFIK. SEPERTI
SETIAP KILANG MESTI MENYEDIAKAN TAKUNGAN KHAS UNTUK SIMPANAN SISA TOKSIDNYA
DAN TIDAK MEMBUANGNYA KE DALAM SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN LAIN-LAIN. PADA
MASA YANG SAMA, SISA-SISA TOKSID TERSEBUT MESTI DIRAWAT DAHULU SEHINGGA
RISIKIONYA PALING MINIMUM SEBELUM DIALIRKAN KE DALAM SUNGAI DAN SUMBER AIR
LAIN-LAIN. JUSTERU BIDANG R&D DALAM KONTEKS PENGURUSAN SISA PEPEJAL HARUSLAH
DIKEMBANG-LUASKAN OLEH SETIAP SYARIKAT. MISALNYA R&D DALAM KITAR SEMULA
BAHAN BUANGAN AGAR IA TIDAK MEMBAZIR BEGITU SAHAJA.

MENGURUSKAN BAHAN PENCEMARAN UDARA. INDUSTRI YANG MELEPASKAN ASAP


PENCEMAR MELEBIHI SQ YANG DIBENARKAN OLEH AKTA KUALITI ALAM SEKITAR MESTILAH
MENGGUNAKAN BEBERAPA KAEDAH SEBELUM BAHAN-BAHAN PENCEMAR TERSEBUT
DILEPASKAN KE UDARA. MISALNYA MENGGUNAKAN SISTEM (FILTER) DI DALAM
SEROMBONG ASAP, MENINGGIKAN SEROMBONG ASAP AGAR KONSENTRASI BAHAN
PENCEMAR BOLEH TERSERAK DAN TIDAK TERKUMPUL DI DALAM ATMOSFERA SETEMPAT,
TIDAK MENJALANKAN PEMBAKARAN TERBUKA SEPERTI HABUK KAYU DALAM INDUSTRI
PEMPROSESAN KAYU BALAK ATAU SEKAM PADI. SEBALIKNYA BAHAN-BAHAN BUANGAN
TERSEBUT BOLEH DIKITAR SEMULA, DIJADIKAN BAHAN MENTAH UNTUK IKS YANG LAIN
ATAU DIBIARKAN REPUT SEBAGAI BAJA KOMPOS.

BERALIH KEPADA TEKNOLOGI INDUSTRI YANG MESRA ALAM DAN TIDAK MENCEMARKAN
ALAM SEKITAR TERUTAMANYA DALAM KONTEKS PENGGUNAAN TENAGA, SEBAGAI CONTOH
TERLALU BERGANTUNG KEPADA BAHAN API FOSIL PETROLEUM HARUSLAH DIKURANGKAN
SEBALIKNYA LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN TENAGA ALTERNATIF YANG MURAH DAN
BERSIH SEPERTI MENGGUNAKAN TENAGA HIDROELEKTRIK, GAS ASLI (NGV) ATAU
MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR.SEKALI LAGI PIHAK INDUSTRI HARUSLAH
MENGEMBANGKAN R&D MASING-MASING DALAM BIDANG TENAGA KHUSUSNYA TENAGA
SOLAR YANG AMAT BERPOTENSI DI MALAYSIA.SELAIN ITU, INDUSTRI PENCUCIAN DAN
PELARUT SEBOLEH MUNGKIN TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN YANG MENGANDUNGI CFC
SEBALIKNYA MENGGANTIKAN DENGAN BAHAN YANG LEBIH BERSIH DAN MESRA ALAM
SEPERTI MENGGUNAKAN AIR.

MENGGIATKAN KEMPEN-KEMPEN KESEDARAN TERUTAMANYA KEPADA PENGUSAHA-


PENGUSAHA DAN KAITANGAN SEKTOR INDUSTRI YANG MENJADI ‘MASYARAKAT INDUSTRI’
TENTANG PENTINGNYA MENGURUSKAN ALAM SEKITAR DENGAN BIJAK DAN HIDUP
HARMONI DENGAN ALAM SEKITAR.KEMPEN BOLEH DILAKUKAN DENGAN PELBAGAI CARA
SEPERTI PROJEK PENGHIJAUAN PERSEKITARAN INDUSTRI, MEMBERSIH DAN MENJAGA
SUNGAI MELALUI AKTIVITI AMAL DAN SOSIAL, MELAKSANAKAN PERADUAN KILANG YANG
MESRA ALAM DAN LAIN-LAIN. KEMPEN JUGA BOLEH DILAKUKAN MENERUSI CETAK DAN
MEDIA ELEKTRONIK, BENGKEL PEMAHAMAN DAN PENGHAYATAN ALAM SEKITAR DAN LAIN-
LAIN YANG BERSESUIAN.DALAM HAL INI, IA HARUSLAH DIGERAKKAN OLEH BAHAGIAN
TEKNOLOGI DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI KEMENTERIAN SAINS DAN TEKNOLOGI.

SOALAN – 6
BERDASARKAN MANA-MANA SEBUAH NEGARA DI RANTAU ASIA TENGGARA YANG ANDA TELAH KAJI
:

a) JELASKAN EMPAT PUNCA UTAMA YANG MENYEBABKAN BERTAMBAHNYA PENCEMARAN


SUMBER AIR DALAM NEGARA TERSEBUT (13M)
b) HURAIKAN EMPAT LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENJAMIN SUMBER AIR DALAM
NEGARA TERSEBUT BERSIH DAN BERTERUSAN. (12M)

JAWAPAN...
SOALAN – 6
a)

SEBUAH NEGARA YANG DIKAJI IALAH MALAYSIA. DI ANTARA PUNCA-PUNCA UTAMA YANG
MENYEBABKAN MENINGKATNYA KADAR PENCEMARAN SUMBER-SUMBER AIR SAMA ADA DI DALAM
SUNGAI,TASIK,KOLAM,AIR HUJAN DAN LAIN-LAIN.

PUNCA PERINDUSTRIAN. MENINGKATNYA KADAR PEMBUANGAN PELBAGAI JENIS BAHAN


SISA PERINDUSTRIAN ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI SISA-SISA TOKSID SEPERTI MINERAL TERLARUT,
OTORAN MINYAK, BAHAN-BAHAN ORGANIK, BAHAN-BAHAN KIMIA, HAMPAS DAN LAIN-LAIN KE
DALAM SUNGAI, TASIK, KOLAM DAN AKHIRNYA KE LAUT (TERMASUK PEMBUANGAN BAHAN SISA
RADIOAKTIF). ENFLUEN DAN PERINDUSTRIAN INI BUKAN SAHAJA MENYEBABKAN SUMBER AIR
BERBAU BUSUK TETAPI JUGA MENINGKATKAN KANDUNGAN BOD DALAM AIR YANG BOLEH
MENCERMINKAN KUALITI AIR TIDAK LAGI BERSIH, TEROKSIDA (BERACUN), MENGANDUNGI
BERBAGAI JENIS BAKTERIA YANG MERBAHAYA SEPERTI E-Coli DAN COLIFORM YANG BOLEH
MEMUSNAHKAN HIDUPAN AKUATIK.CONTOH KES SEPERTI SUNGAI GOMBAK, SUNGAI KLANG,
SUNGAI JURU, SUNGAI PRAI DAN SEBAGAINYA.

PUNCA DOMESTIK. MENINGKATNYA KADAR PEMBUANGAN SISA-SISA DOMESTIK DARI


PERUMAHAN SEPERTI SAMPAH SARAP OLEH PENDUDUK DAN JUGA SISA KUMBAHAN
TERUTAMANYA SETINGGAN YANG TINGGAL DI TEPI SUNGAI. SISTEM PEMBUANGAN SAMPAH DAN
SALIRAN NAJIS YANG TIDAK TERURUS TELAH MENJADIKAN SUNGAI SEBAGAI MANGSA YANG PALING
MUDAH SEBAGAI TEMPAT BUANGAN.ALIRAN SUNGAI AKAN TERSEKAT, KOTOR DAN BERBAU BUSUK.

PUNCA TUMPAHAN MINYAK. MENINGKATNYA KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK DAN PADA


PEMBUANGAN BAHAN-BAHAN BERMINYAK DI KAWASAN LAUT, TELUK, MUARA SUNGAI DAN DI
SEKITAR PELABUHAN TERMASUK PERLANGGARAN DAN PEMBUANGAN OLEH KAPAL-KAPAL TANGKI.
TOMPOKAN MINYAK AKAN MENUTUPI PERMUKAAN LAUT MENERUSI PROSES PEMBAURAN. KUALITI
AIR LAUT AKAN TERCEMAR DENGAN KETULAN-KETULAN MINYAK MENTAH DAN SETERUSNYA
MEMBERIKAN IMPAK NEGATIF KEPADA EKOSISTEM LAUT DAN HIDUPAN MARITIMNYA. BANYAK KES
TUMPAHAN MINYAK DI PERAIRAN SELAT MELAKA DAN JUGA LAUT CHINA SELATAN.

PUNCA PERTANIAN. MENINGKATNYA PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN KIMIA (BAJA DAN


RACUN SERANGGA) DALAM BIDANG PERTANIAN.BAHAN-BAHAN INI AKAN SEBATI DENGAN AIR
HUJAN DAN DILARUT-RESAPKAN KE DALAM TANAH, MENCEMARKAN SUMBER AIR TANAH
SETERUSNYA KE SUNGAI SERTA TASIK. SEKTOR TERNAKAN SEPERTI PEMBUANGAN NAJIS KHINZIR
JUGA MENJADI PUNCA UTAMA PENCEMARAN SUNGAI. SUNGAI BUKAN SAHAJA BERBAU BUSUK
DAN SUKAR UNTUK MENGALIR (DIANGGAP SEBAGAI SUNGAI MATI). CONTOH; SUNGAI SEPANG DI
SELANGOR DAN SUNGAI NIPAH,BUKITPELANDUK NEGERI SEMBILAN.

PUNCA PEMBANGUNAN TANAH. MENINGKATNYA AKTIVITI PENYAHUTANAN UNTUK


PELBAGAI TUJUAN SEPERTI UNTUK PERTANIAN LADANG, KAWASAN PERINDUSTRIAN, PERUMAHAN,
JARINGAN LEBUH RAYA, PEMBINAAN LAPANGAN TERBANG, PADANG GOLF DAN SEBAGAINYA.
AKTIVITI INI AKAN MENCEMARKAN SUNGAI-SUNGAI YANG BERHAMPIRAN.PENYAHHUTANAN AKAN
MENYEBABKAN PELBAGAI PROSES GEOMORFOLOGI SEPERTI HAKISAN DAN TANAH RUNTUH. LARIAN
AIR PERMUKAAN AKAN MEMBAWA LUMPUR, KELODAK, SELUT, BAHAN-BAHAN AMPAIAN SERTA
BAHAN ENAPAN LAIN MEMASUKI SISTEM SUNGAI YANG MENYEBABKAN AIR SUNGAI BERUBAH
WARNA,KERUH DAN BERLUMPUR SELAIN PROSES MENDAPAN YANG AKAN MENCETEKKAN DASAR
SUNGAI.

b)

BAGI MENJAMIN SUMBER-SUMBER AIR DI MALAYSIA SENTIASA BERSIH DAN BERTERUSAN, MAKA
BEBERAPA LANGKAH PATUT DIAMBIL. ANTARANYA IALAH :

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG. PENGAWASAN YANG TELITI, PEMANTAUAN


(KAWAL SELIA) DAN TINDAKAN YANG TEGAS TERMASUK DENDA, PENJARA, MENARIK BALIK LESEN
OPERASI KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT MENCEMARKAN SUMBER-SUMBER AIR SAMA ADA
KE ATAS KILANG, PENTERNAK, PEMILIK-PEMILIK KAPAL DAN SEBAGAINYA. JABATAN ALAM SEKITAR
(JAS) SEBAGAI SEBUAH BDAN KERAJAAN DIBERI KUASA SEPENUHNYA UNTUK MENGAMBIL
TINDAKAN UNDANG-UNDANG SEPERTI MANA YANG DIPERUNTUKKAN DI BAWAH AKTA KUALITI
ALAM SEKITAR 1974.

MEMPERTINGKATKAN R&D UNTUK MERAWAT AIR YANG TELAH TERCEMAR KHUSUSNYA


DARIPADA PERKUMUHAN KILANG.HAL INI TERMASUK JUGA TEKNOLOGI KITAR SEMUA AIR,
MEMPROSES AIR MISALNYA MEMPROSES AIR LAUT YANG MENGANDUNGI GARAM MENJADI AIR
TAWAR YANG AKHIRNYA BOLEH DIGUNA ATAU MENGUBAH TEKNOLOGI PERINDUSTRIAN YANG
TIDAK MENCEMARKAN AIR. KAJIAN, PENYELIDIKAN DAN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI DAN
LAUT/PESISIR PANTAI HENDAKLAH DILAKUKAN DARI MASA KE SEMASA.

MENGAWAL AKTIVITI PENYAHHUTANAN TERUTAMANYA YANG BERDEKATAN DENGAN


KAWASAN TADAHN AIR. HUTAN-HUTAN DI SEKITAR 10 KM PERSEGI DARI KAWASAN TADAHAN
HENDAKLAH DIKEKALKAN. HUTAN SEMULA JADI BUKAN SAHAJA BOLEH BERTINDAK SEBAGAI
KAWASAN TADAHAN UNTUK MEMASTIKAN KEBERTERUSAN SUMBER AIR, IA JUGA BOLEH
BERTINDAK SEBAGAI PENAPIS SEMULAJADI (FILTER) YANG PALING BERKESAN UNTUK MENJAMIN
SUMBER AIR SENTIASA BERSIH DAN SELAMAT. JUSTERU KAWASAN HUTAN SIMPAN HENDAKLAH
DIKEKALKAN DARIPADA SEBARANG BENTUK PEMBANGUNAN TANAH.

KEMPEN MENINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG PENTINGNYA AIR BERSIH


DAN MENJAGA SUMBER AIR SEBAGAI PENERUS KEHIDUPAN. KEMPEN-KEMPEN BOLEH DILAKUKAN
MENERUSI MEDIA MASSA, MEDIA CETAK ATAU MENGANJURKAN AKTIVITI-AKTIVITI SOSIAL YANG
MELIBATKAN MASYARAKAT SEKITAR UNTUK MENGHAYATI KEPENTINGAN AIR. CONTOHNYA
KEMPEN CINTAI SUNGAI KITA, HARGAI AIR DAN LAIN-LAIN YANG BERKAITAN.
MEMPERTINGKATKAN KERJASAMA SERANTAU BAGI MENGAWAL PENCEMARAN LAUT
TERUTAMANYA DI PERAIRAN SELAT MELAKA. SEBAGAI RAKAN ASEAN, MALAYSIA, INDONESIA,
SINGAPURA BOLEH BEKERJASAMA DALAM PELBAGAI ASPEK SEPERTI RONDAAN DAN PEMANTAUAN,
BEKONGSI KOS PEMULIHARAAN PERAIRAN, PERKONGSIAN TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT SERTA
PENYELARASAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN LAUT AGAR AKTIVITI PENCEMARAN LAUT
KHUSUSNYA OLEH KAPAK-KAPAL TANGKI BOLEH DIBENDUNG.