Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Pengetahuan pengurusan sukan diperoleh daripada pendidikan formal dan


pengalaman mengurus. Pendidikan formal memberi kefahaman teori-teori dan ertinya
sebagai garis panduan mental sebelum kita mengaplikasikannya dalam dunia sebenar.
Pengalaman mengurus pula adalah pelengkap kepada ilmu pengetahuan sukan yang
dipelajari. Pengalaman mengurus tanpa pendidikan formal tidak menjamin seseorang itu
menjadi pengurus sukan yang cekap dan berkesan kerana kualitipengurus yang berjaya
bermula dari ilmu khusus, idea kreatif dan kemahiran kemanusiaan. Secara operasinya,
pengurusan bermaksud mencari cara atau menyelesaikan kerja. Secara ilmiah,
pengurusan sukan didefinisikan sebagai satu proses mencari cara menentukan
tanggungjawab dan mengendalikan sumer fizikal dengan merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal perjalanan pergerakan organisasi sukan bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan.

Pengurusan sukan juga amat berkait rapat dengan sesuatu pengurusan kejohanan
olahraga. Olahraga merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal
daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud bertanding. Olahraga boleh dibahagikan
kepada acara balapan dan acara padang. Acara balapan terdiri dari acara pecut ( 100 meter,
200 m dan 400 m ), acara jarak sederhana ( 800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m
berhalangan ), acara jarak jauh ( 5000 m dan 10000 m ), lari berpagar wanita ( 100 m ), lari
berpagar lelaki ( 110 m ), lari berpagar lelaki dan perempuan ( 400 m ), dan lari bergantiganti ( 4 x 100 m, 4 x 200 m, dan 4 x 400 m ).

Acara padang terdiri daripada acara lompatan ( lompat jauh, lompat tinggi, lompat
bergalah dan lompat kijang ) dan acara balingan ( melontar peluru, merejam lembing,
melempar cakera dan membaling tukul besi ). Acara-acara lain pula ialah berjalan kaki ( 5
kilometer, 10 kilometer, 20 kilometer dan sebagainya ), acara separa maraton ( 21.0975
kilometer ), maraton ( 42.195 kilometer ), acara heptatlon ( 7 acara untuk wanita ) dan
dekatlon ( 10 acara untuk lelaki ).

Kejohanan olahraga sekolah adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam kalendar
sekolah dan mlibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah perlu berusaha
membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga sekolah agar
institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid secara seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk
semangat kerjasama, patriotik dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.

Bahagian Statistik Dan Perangkaan

MANUAL
PROSEDUR
KERJA

BAHAGIAN
STATISTIK DAN
PERANGKAAN

KETUA STATISTIK : Aisyah Illya Farhain Muhamad

AHLI-AHLI :

1. Sri Nor Syazwani Mohammad


2. Dayang Noorfadzilah Awang Damit
3. Nur Hidayah Lajim

BIDANG TUGAS :
1.

Menganalisis borang keputusan rasmi acara padang dan balapan

2.

Merekod data pemenang-pemenang dengan berpandukan rekod SIPMA

3.

Mengira jumlah mata bagi setiap rumah sukan

4.

Mengemaskini papan statistik dari semasa ke semasa

5.

Menyerahkan keputusan kepada urusetia dan kepada juruacara untuk dihebahkan

6.

Mengenalpasti calon olahragawan dan olahragawati

TUGASAN YANG TELAH DILAKSANAKAN:


1.

Merangka borang statistik bagi setiap acara

2.

Menyediakan borang statistik

3.

Mengadakan perjumpaan dengan ajk statistik

TUGASAN YANG AKAN DIJALANKAN KETIKA KEJOHANAN :


1.

Mengedarkan borang statistik kepada bahagian pendaftaran, ketua hakim balapan


dan padang serta pencatat masa

2.

Mengumpul maklumat dan borang bagi acara yang telah dipertandingkan untuk
membuat pengiraan mata dan pingat yang di perolehi

3.

Menyampaikan keputusan pertandingan kepada pengacara majlis dan penyampai


hadiah

4.

Mengemas kini kutipan pingat bagi setiap rumah sukan di papan statistik

5.

Menyimpan borang statistik bagi acara yang telah di pertandingkan

6.

Menganalisis borang keputusan rasmi acara padang dan balapan

7.

Merekod data pemenang-pemenang dengan berpandukan rekod SIPMA

8.

Mengira jumlah mata bagi setiap rumah sukan

9.

Mengemaskini papan statistik dari semasa ke semasa

10.

Menyerahkan keputusan kepada urusetia dan kepada juruacara untuk dihebahkan

11.

Mengenalpasti calon olahragawan dan olahragawati

PERHUBUNGAN DENGAN AJK YANG LAIN:


1.

Hakim balapan memastikan peserta mengikut lorong

2.

Penjaga masa taklimat mengenai memulakan dan menamatkan masa

3.

Penjaga masa memastikan penjaga masa mengambil catatan masa yang tepat
semasa acara
balapan di laksanakan

4.

Pengacara majlis memastikan pengacara majlis mengumumkan keputusan yang


tepat seperti yang terdapat dalam borang pertandingan

5.

Penyampai hadiah memberikan keputusan pertandingan yang tepat kepada ajk


penyampai hadiah

6.

Pendaftaran mengedarkan borang statistik kepada ajak pendaftaran sebelum dan


selepas acara sukan tamat

LAMPIRAN :
1.

Borang

Anda mungkin juga menyukai