KANDUNGAN
Prakata
Pendahuluan
13
19
AUKU 1975
23
30
31
AUKU 2009
32
33
34
40
47
48
Penutup
49
Bibliografi
50
Penulis
52
PRAKATA
Sejak 1981, saya mempunyai pendirian dan pendapat sendiri yang amat saya yakini
akan kebenarannya tentang universiti, budaya ilmu, kesepaduan dan keseimbangan antara
akademik dan kokurikulum, gerakan mahasiswa dan governans pembangunan mahasiswa.
Saya bertekad untuk terus mempertahankan pendirian dan pendapat saya ini, malahan untuk
mengembangkan dan memperkayakannya.
Kerana itu, sempena genap 100 hari saya menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi
pada 19 Julai 2009, saya membentangkan pemikiran saya ini dalam bentuk e-book ini untuk
dikongsi bersama oleh sesiapa sahaja yang sudi membacanya.
Buku ini adalah luahan pemikiran dan perasaan dalaman saya tentang idealisme dan
gerakan mahasiswa, apa yang saya lihat pada hari ini, iaitu di institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), dan apa yang saya perlu lakukan sebagai
Timbalan Menteri di Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ia saya paparkan seadanya dan
dengan kesedaran bahawa saya mungkin juga tidak mampu melakukan segala-galanya.
Buku ini tidaklah lengkap dan tentulah tidak sunyi daripada kelemahannya. Justeru,
saya amat mengalu-alukan maklum balas tentangnya, termasuk kritik dan debat.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anggota pasukan saya Nazri
Noh, Khaidir Jamal, Shamsul Qamar Abd Rani, Halimatun Saadah Othman, Mohd Yusuf
Mohd Saad, Ahmad Muhaimin bin Samsudin, Siti Fairuz binti Md Akhir, Nor Anis Aliza
binti Khalid, Jassilan Nur bin Jaafar Sidek, Mohd Khairul Sham bin Jamaluddin, Khalil
Akashah Julaihi, Abu Hanipah Majid, Sahazuddin Abu Ruddin, Norhayati Muda, Norhaliza
Abd Hamid, Ridzuan Hazimin Ramli, Ishak Mat Bakar, Suhaimi Tan, Au Tong Hai, A
Shivalingam, Ahmad Othman dan Abdul Halim Ishak.
Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak memberikan input dalam perbincangan-perbincangan tentang hala tuju baru
pembangunan mahasiswa. Antaranya, Prof Dr. Rahim Md Sail, Mohd Khair Ngadiron,
Ahmad Redza Ahmad Khairuddin, Dr Sarjit Singh, Loka Ng Sai Kai, Dr. Lee Yoke Fee,
Khalek Awang, Saiful Amin Jalun, Muhaimad Haizuan Rozali, Mohd Suji Bilang Nordin dan
ramai lagi.
Tribut juga untuk Sdr Wan Ahmad, pelukis lukisan Hafiz dan Merpati Putih yang
menghiasi kulit hadapan buku ini.
Ucapan terima kasih paling istimewa tentulah saya tujukan buat sepasang mawar
wangi dalam taman nyaman kehidupan saya, iaitu isteri tercinta, Norlin Shamsul Bahri dan
anak tersayang, Nur Madihah, yang dengan penuh kefahaman memberikan segala sokongan
dan dokongan kepada saya, termasuk memahami jiwa saya yang adakalanya seakan-akan
memberontak apabila apa yang saya ingin laksanakan tak dapat dilaksanakan akibat karenah
dan birokrasi yang punah dan basi yang diluar bidang kuasa saya.
Saifuddin Abdullah
Putrajaya
21 Julai 2009
4
PENDAHULUAN
Gerakan mahasiswa adalah suatu kuasa yang mesti diberikan perhatian dan diambil
perhitungan (a force to be reckoned with). Dalam lipatan sejarah universiti, masyarakat dan
negara, sama ada dilihat secara universal atau secara perbandingan, misalnya, antara Asia
dengan benua-benua lain, atau antara dunia ketiga dengan dunia-dunia lain, atau jika di
negara ini, sama ada di peringkat sesebuah universiti atau di peringkat nasional, gerakan
mahasiswa punya sejarahnya yang tersendiri. Kadang-kadang ia diakui dan diiktiraf sebagai
sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan negaranya, manakala kadang-kadang
pula ia hanya tercatat sebagai sejarah di kalangan aktivis dan pendokongnya sahaja. Jika ia
diakui dan diiktiraf sebagai sebahagian daripada sejarah universiti, masyarakat dan
negaranya, kadang-kadang ia mendapat penafsiran yang baik, manakala kadang-kadang ia
mendapat penafsiran yang kurang baik.
Walaupun apapun pengakuan, pengiktirafan dan penafsiran yang diberikan terhadap
gerakan mahasiswa, hakikatnya ialah ia adalah satu proses yang amat dinamik dan progresif,
sama ada kepada proses pembangunan universiti, masyarakat dan negara, atau sekurangkurangnya kepada para aktivis dan pendokongnya. Kerana itu, ia perlu dilihat dan dirakam
dengan bijaksana. Sebagai sejarah dan penunjuk arah. Bagi gerakan dan pembangunan
mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara.
Kemasukan mahasiswa baru IPTA bagi sesi 2009/2010 pada Jun/Julai 2009
menjanjikan sesuatu yang baru dalam gerakan mahasiswa negara. Ini kerana mereka adalah
kumpulan pertama yang memasuki IPTA selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti
(AUKU) dipinda dengan agak sempurna pada 2009. Manakala bagi IPTS pula, tahun ini, buat
pertama kalinya, para pemimpin Student Representative Council (SRC) dari majoriti IPTS
menganjurkan IPTS Student Leaders Summit. Di samping itu, lancarnya proses transformasi
universiti tempatan melalui Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang diketuai
Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Mohd Khaled Nordin dan, terutamanya, segarnya
gelombang 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Tun
Razak, menuntut diadakan pemikiran baru bagi memperkasa dan menentukan hala tuju baru
gerakan dan governans pembangunan mahasiswa negara.
Saya berpendapat bahawa langkah memperkasa gerakan mahasiswa banyak
bergantung kepada mahasiswa sendiri. Ini selaras dengan konsep dan pendekatan
penghakupayaan mahasiswa (student empowerment). Pada masa yang sama, kerajaan dan
universiti perlu memulakan pendekatan-pendekatan baru dalam governans pembangunan
mahasiswa.
Buku ini adalah catatan pengalaman dan pengamatan saya tentang gerakan dan
governans pembangunan mahasiswa sejak tahun 1981 hingga sekarang.
Partisipasi saya bermula sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM), Presiden Ikatan Pengkajian Islam Pahang (IKATAN), Timbalan Presiden
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Setiausaha Agung dan
kemudiannya Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Di peringkat antarabangsa, saya
pernah menjadi Konsultan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Asia Pasifik (ESCAP) dan Ahli
Panel Tertinggi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pekerjaan
5
Untuk Belia. Kini, saya Pengerusi Akademi Belia, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Salam
dan Penasihat Alumni Debat IPT (ADI).
Di samping itu, saya pernah bertugas sebagai pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama sembilan tahun (1985-1994). Di
sana, saya mengasaskan dan menjadi jurulatih pertama pasukan debat dan bola keranjangnya.
Saya juga antara pengasas Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) serta Debat Di-Raja
Antara Universiti dan adalah Ketua Hakim Bahasa Melayunya yang pertama.
Sebelum di KPT, selaku Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Usahawan
dan Koperasi (MECD), saya diamanahkan mengetuai program-program pembangunan
keusahawan mahasiswa.
Sebahagian besar kandungan buku ini pernah disiarkan sebelum ini dalam bentuk
ucapan, kertas kerja, rencana, kolum dan bahagian buku, terutamanya buku keempat saya
(2008), Politik Baru. Ia saya susun semula dengan ditambah dengan inisiatif-inisiatif awal
saya sejak di KPT dan diterbitkan dalam bentuk e-book ini sempena genap 100 hari pertama
saya di KPT.
Matlamatnya ialah untuk berkongsi pengalaman dan perjuangan bagi memperkasa
dan menentukan hala tuju baru gerakan mahasiswa dan governans pembangunan mahasiswa
yang lebih kaya idealisme, aktivisme dan idealismenya, untuk mengembalikan atau mencipta
kegemilangan baru gerakan mahasiswa nasional dan untuk membina pemikiran dan
pelaksanaan pembangunan mahasiswa yang benar-benar bersepadu dan seimbang, yang
benar-benar membangun dan menggilap potensi mahasiswa, demi agama, bangsa dan tanah
air.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama: Gerakan
Mahasiswa, membuat analisa ringkas tentang gerakan mahasiswa, gerakan mahasiswa
sebelum dan selepas 1974, AUKU 1975 dan gerakan mahasiswa IPTS. Bahagian kedua:
Governans Pembangunan Mahasiswa, merakamkan langkah-langkah transformasi negara,
AUKU 2009, Akta IPTS 1996 (Pindaan 2008), kerangka baru gerakan mahasiswa, governans
baru pembangunan mahasiswa, 100 Hari Pertama di KPT dan hala tuju baru HEP.
Saya antara mereka yang sedang merapatkan hubungan mahasiswa IPTA dan IPTS.
Seharusnya, kita tidak membeza-bezakan mereka, kecuali dari segi undang-undang tubuhnya
sahaja. Kerana itu, saya menyokong inisiatif MADUM untuk melibatkan semua universiti
(iaitu IPTA dan IPTS) dalam pertandingan-pertandingan debatnya, menggerakkan liga bola
keranjang University College Basketball League (UCBL) yang melibatkan semua universiti
dan mencadangkan agar ditubuhkan sebuah organisasi mahasiswa nasional yang
menggabungkan IPTA dan IPTS.
Justeru, dalam buku ini, seboleh-bolehnya saya mengelakkan daripada menggunakan
mahasiswa IPTA atau mahasiswa IPTS dan hanya menggunakan mahasiswa sahaja. Di
mana-mana yang saya terpaksa menggunakan istilah yang seolah-olah membeza-bezakan
mereka, ia semata-mata kerana terpaksa dan bersifat sementara sahaja.
BAHAGIAN 1
GERAKAN MAHASISWA
TULISAN TENTANG GERAKAN MAHASISWA
Tidak banyak telah ditulis tentang gerakan mahasiswa. Kebanyakan buku tentang
gerakan mahasiswa tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan dan bukannya oleh penulis
Malaysia. Antaranya ialah Donald Rogan (1966) The Campus Apocalypse: The Student
Search Today; Saymour Martin Lipset (Ed.) (1967) University Students and Politics In
Underdeveloped Countries; Lewis S. Feuar (1969) The Conflict of Generation: The
Character and Significant of Student Movements; Philip G. Altbach (Ed.) (1970) The Student
Revolution: A Global Analysis; Helen Lefkowitz Horowitz (1987) Campus Life:
Undergraduate Cultures from the end of the Eighteenth Century to the Present; dan, Mark
Edelman Boren (2001) Student Resistance: A History of the Unruly Subject.
Penulis-penulis tersebut sering dirujuk kerana membuat analisa yang bersifat agak
universal, walaupun amat jarang menyentuh perkembangan gerakan mahasiswa di negara ini.
Dalam hal ini, di samping bukunya di atas, Altbach pernah membentangkan kertas kerja
bertajuk Student Politics in the Third World di Bengkel Pentadbiran Universiti yang
diadakan di Universiti Malaya pada 1-2 Ogos 1983.
Di Malaysia, menurut Ungku Aziz, buku yang mencerminkan kegiatan mahasiswa di
lapangan politik tulisan Mohammed Abu Bakar (1973) Mahasiswa Menggugat, adalah
bersifat peneroka. Kata Ungku Aziz, Oleh itu wajib ia dibaca oleh semua orang yang ada
hubungan dengan masalah pelajaran umumnya atau universiti khususnya dan pemudapemudi umumnya serta mahasiswa khususnya. Puisi Ungku Aziz yang memulakan buku ini
diambil daripada Kata Pengantarnya bagi buku tersebut.
Selepas karya Mohammed Abu Bakar, terbit buku-buku, misalnya, oleh Hassan
Karim dan Siti Nor Hamid (Ed.) (1984), With the People!: The Malaysian Student Movement
1967-74, Zainah Anwar (1987), Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among Students,
Junaidi Abu Bakar (1993), Mahasiswa, Politik dan Undang-undang dan Abdul Razaq Ahmad
(Ed.) (2005), Mahasiswa Abad 21.
Terdapat juga latihan-latihan ilmiah, misalnya, Noordin Abd. Razak (1972) tentang
Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, Ahmad Faiz (1979) tentang Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung, Abdul Ghani Che Amat (1980) dan Anizah Abdullah (1994) tentang
Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia dan Baharudin Ali Masrom (1988)
tentang Mahasiswa Selepas Akta.
Di samping itu, banyak seminar tentang dunia kemahasiswaan telah dianjurkan.
Sebahagian daripada prosidingnya telah dibukukan. Antaranya ialah anjuran badan serantau
seperti Asia Pacific Student Services Association (APSSA), Proceeding of the Third Asia
Pacific Conference on Student Affairs (15-17 Jun 1992, Bali, Indonesia); anjuran Biro
Tatanegara, USM dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Mahasiswa Pewaris Negara: Prosiding
Kongres Mahasiswa 2003 (10-12 April 2003, USM); dan anjuran KPT, Prosiding
Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2009 (15-19 Mei 2009, UTHM).
7
Jika menggunakan istilah pelajar Islam, maka gerakan pelajar di Malaysia telah
bermula pada tahun 1900-an. Ia ditandai oleh beberapa orang tokoh pelajar seperti Syeikh
Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Syed Salim al-Kalali dan Abas Mohamad yang pulang
dari menuntut di Timur Tengah dan dipengaruhi pemikiran Syed Jamaluddin al-Afghani dan
Muhamad Abduh, yang telah memulakan gerakan keilmuan umat Islam ke arah
pembangunan sosio-ekonomi, iaitu gerakan reformis-agama yang terawal.
Jika menggunakan istilah pelajar pula, ia ditandai oleh peranan tokoh-tokoh pelajar
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada 1930-an seperti Ibrahim Yaakub dan Hasan
Manan yang telah menggerakkan kesedaran politik tanah air. Mereka kemudiannya
bekerjasama dengan tokoh-tokoh lain seperti Ishak Muhammad, bekas pelajar The Malay
College Kuala Kangsar (MCKK), dan Ahmad Boestamam untuk menubuhkan Kesatuan
Melayu Muda (KMM), iaitu parti politik Melayu yang terawal dan radikal.
Pada tahun 1948, lahir Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS). Antara
tokoh pengasasnya ialah Abdul Wahab Arief, Aminuddin Baki dan Siti Hasmah Mohd Ali. Ia
memperjuangkan hak di bidang pendidikan dan menjalankan usaha-usaha meningkatkan
pencapaian pelajar Melayu dalam bidang tersebut. Ia berperanan menanamkan kesedaran di
kalangan pelajar Melayu dan terlibat secara langsung dalam perjuangan menuntut dan
mengisi kemerdekaan tanah air.
Manakala, jika menggunakan istilah mahasiswa, tanda permulaannya tentunya
merujuk kepada peranan mahasiswa Universiti Malaya (UM) di Singapura (ditubuhkan pada
1949), dan kemudiannya UM cawangan Kuala Lumpur (dirasmikan pada 14 September
1957), iaitu universiti yang pertama di negara ini.
Pada tahun 1950-an, semasa di Singapura, sebahagian daripada mahasiswa UM
mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan anti-kolonial, seperti wartawan dan
kesatuan sekerja. Jadi, mahasiswa telah terlibat dalam gerakan kemerdekaan tanah air.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Kuala Lumpur ditubuhkan pada
tahun 1958. Pengerusinya ialah Gurnam Singh, manakala Setiausaha Umumnya ialah V.
Selvaratnam. Jumlah mahasiswa UM di Kuala Lumpur pada masa itu ialah lebih kurang 300
orang.
Sehingga penubuhan beberapa buah universiti yang lain, iaitu Institut (kini Universiti)
Teknologi MARA (ITM, kini UiTM) pada 1967, Universiti Sains Malaysia (USM) pada
1969, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970 dan Universiti Pertanian (kini
Putra) Malaysia (UPM) pada 1971, dan masing-masing dengan Persatuan Mahasiswanya,
PMUM adalah satu-satunya gerakan mahasiswa yang wujud untuk lebih kurang sedekad
lamanya. Kerana itu, dengan kelebihan pengalaman dan tradisinya, maka adalah tidak
menghairankan jika PMUM dilihat mengetuai gerakan mahasiswa dalam beberapa peristiwa
dari pertengahan 1960-an hingga 1974, yang dianggap sesetengah pihak sebagai zaman
kemuncak gerakan mahasiswa di negara ini.
Di samping PMUM, antara persatuan mahasiswa yang awal ditubuhkan dan
kemudiannya menjadi persatuan yang amat dominan, dan adakalanya bersaing dengan lain,
9
bahkan jika di UM ia menyaingi PMUM, ialah Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM). Ia telah ditubuhkan semasa UM di Singapura, iaitu pada tahun 1955. Ini adalah di
samping beberapa persatuan lain yang telah ditubuhkan lebih awal seperti Persatuan Ekonomi
dan Persatuan Sejarah.
PBMUM lahir akibat tiga faktor. Pertama, sebagai persatuan mahasiswa Melayu yang
mempunyai minat yang sama, iaitu di Jabatan Pengajian Melayu. Kedua, ekoran cabaran
menjawab tuduhan kepada mahasiswa yang ketika itu pernah dikatakan sebagai anak-anak
penjajah. Dan ketiga, didorong oleh pergolakan politik orang Melayu pada masa itu, seperti
penubuhan UMNO pada tahun 1946, penubuhan ASAS 50 pada Ogos 1950, penubuhan
Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada Oktober 1950, dan, lebih-lebih lagi, Kongres Bahasa
dan Persuratan Melayu Kedua pada 1954 yang mendesak pemerintah Inggeris menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Pada tahun-tahun awal UM di Kuala Lumpur, kebanyakan aktiviti kemahasiswaan
terfokus kepada kehidupan di kampus, terutamanya yang berkaitan dengan kebajikan
mahasiswa. Bagaimanapun, bibit-bibit gerakan mahasiswa yang diungkapkan sebagai tradisi
mencabar itu telah mulai kelihatan. Ini ditandai, misalnya, dengan perjuangan PMUM
mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik untuk mahasiswa dan desakan Persatuan
Mahasiswa Islam UM (PMIUM) supaya kerajaan membina sebuah masjid berhampiran
dengan UM.
Beberapa protes terbuka telah berlaku sejak tahun 1961, di mana mahasiswa
menghantar telegram kepada Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bagi mendapatkan
semula kelulusan mengadakan perarakan dalam Minggu Kebajikan yang telah dilarang oleh
polis.
Pada tahun 1963, berlaku lagi beberapa protes. Pertama, mahasiswa memprotes
apabila Naib Canselor Sir Alexander Oppenheim campur tangan dalam satu mesyuarat
antara freshie dan jawatankuasa orientasi. Kedua, mahasiswa mendesak Majlis Universiti
agar menerima perwakilan mereka untuk duduk dalam pentadbiran universiti. Ketiga, PMUM
membuat protes kepada kerajaan Singapura atas perletakan jawatan Naib Canselor Universiti
Singapura Dr. B.K. Sreenivasam kerana padanya ia berlaku akibat campur tangan dari luar
(kerajaan). Dan keempat, dan terpenting, PMUM mengadakan perarakan bagi menyatakan
taat setia kepada kerajaan dalam konfrontasi yang dilancarkan Indonesia ke atas Malaysia.
Ini telah diikuti kemudiannya dengan tunjuk perasaan pada tahun 1964, apabila 1,000
orang mahasiswa tampil menuntut agar dimaafkan 5 orang sahabat mereka yang hendak
dipecat universiti kerana menjalankan ragging. Protes-protes lain yang diadakan mahasiswa
ialah menentang tindakan kerajaan memperkenalkan Sijil Kelayakan dan demonstrasi
menentang lawatan Duke of Edinburgh.
Dalam masa yang sama, pada tahun 1958, telah ditubuhkan Persatuan Kebangsaan
Pelajar-pelajar Malaysia (PKPM) yang menggabungkan pelajar-pelajar pelbagai kaum. Ia
bertujuan untuk menjaga kepentingan-kepentingan pelajar dan memperbaiki kebajikan
mereka dengan tanpa mengira jantina, bangsa, agama serta kedudukan sosial dan ekonomi.
Ini diikuti dengan penubuhan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) di Asrama Kedua UM pada tahun 1961. PKPIM menggabungkan mahasiswa dan
pelajar Islam. Tujuan asalnya ialah untuk menggabungkan semua persatuan pelajar Islam
10
negara ini dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar Islam. Ia juga bertujuan
menjadi wakil tunggal pelajar Islam negara ini apabila membuat perhubungan dengan
persatuan pelajar Islam luar negara.
PKPIM ditubuhkan kerana merasakan GPMS dan PKPM tidak dapat mewakili
kepentingan dan hasrat mahasiswa dan pelajar Islam dengan sepenuhnya. Penubuhan PKPIM
direstui oleh GPMS. Bagaimanapun hubungan baik PKPIM-GPMS itu hanya wujud di
peringkat permulaan sahaja. Kedua-dua persatuan ini kemudiannya tidak dapat sekata kerana
masing-masing mempunyai pendirian yang berbeza dalam beberapa isu yang kontroversial
antara pertengahan 1960-an hingga 1974. Hubungan PKPIM-GPMS kembali baik pada
pertengahan 1980-an terutamanya kerana kerjasama dalam Majlis Belia Malaysia (MBM),
walaupun selepas akhir 1990-an, ia bergantung pada isu-isu semasa yang berlaku.
Ketiga-tiga persatuan mahasiswa/pelajar di peringkat nasional itu, iaitu GPMS,
PKPM dan PKPIM menjadi sebahagian daripada badan gabungan MBM yang ditubuhkan
pada 23 Julai 1948, iaitu badan induk bagi gerakan belia di peringkat kebangsaan, yang
badan-badan gabungannya terbahagi kepada lima kategori, iaitu organisasi pelajar, organisasi
agama, organisasi sosio-ekonomi, badan beruniform dan Majlis-majlis Belia Negeri. Dalam
keadaan tertentu, kerjasama ataupun persaingan di antara ketiga-tiga buah persatuan ini turut
sama mencorakkan MBM pada zaman pertengahan 1960-an hingga 1974 itu.
Pada 1975, AUKU telah dipinda. Ia mengongkong gerakan mahasiswa. Di peringkat
kebangsaan, PKPM terkubur. Kerana itu, kerjasama dan persaingan persatuan
mahasiswa/pelajar di peringkat nasional dalam MBM dari 1975 hingga ke hari ini hanya
melibatkan GPMS dan PKPIM. GPMS dan PKPIM pula terputus hubungannya dengan
mahasiswa.
Di peringkat universiti, Persatuan Mahasiswa secara definisinya tidak lagi wujud. Ia
digantikan dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP dipilih melalui pilihan raya
kampus. Tetapi, adakalanya, pilihan raya kampus dimanipulasi oleh sesetengah HEP kerana
ingin memenangkan calon-calon tertentu.
Di samping itu, dalam keadaan tertentu, kelihatan terdapat percubaan untuk
mengurangkan kedudukan dan peranan MPP. Ini dilakukan, misalnya, dengan memberikan
fokus yang lebih kepada jawatankuasa pelajar di peringkat kolej kediaman dan dengan
menyamakan MPP dengan persatuan-persatuan mahasiswa yang lain.
Kewujudan IPTS mulai pertengahan 1990-an telah menambahkan warna gerakan
mahasiswa nasional. Sebahagian besar daripadanya mempunyai MPP dan pelbagai persatuan
mahasiswa yang lain.
Dari akhir 1990-an hingga hari ini, telah muncul beberapa buah persatuan atau
organisasi mahasiswa yang bersifat kebangsaan atau sekurang-kurangnya tidak terhad kepada
dalaman atau sesuatu kampus sahaja. Antaranya ialah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara
(BBMN), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA, Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia
(GAMIS), Universiti Bangsar Utama dan lain-lain. Tetapi, oleh kerana sebahagiannya tidak
berdaftar atau terlalu bergantung kepada individu, isu atau matlamat tertentu, maka ada yang
tidak kekal atau kurang berkembang. Namun, peranan dan sumbangan mereka perlu diambil
kira.
11
Pada tahun 1999, kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan
(MPPK) yang dianggotai oleh MPP-MPP dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana
Menteri. Ia adalah platform perundingan yang mengiktiraf peranan pemimpin mahasiswa
sebagai rakan kepemimpinan bersama-sama dengan kerajaan. Ia membincangkan pelbagai isu
dan perkara yang melibatkan dunia kemahasiswaan, universiti dan pembangunan negara.
Terdapat beberapa resolusinya yang telah diambilkira oleh kerajaan untuk tindakan yang
sewajarnya. MPPK adalah satu pendekatan governans baru pembangunan mahasiswa yang
perlu diperluaskan lagi.
Tahun 2009 adalah amat penting lagi strategik buat gerakan mahasiswa. Dari satu
segi, AUKU 1975 telah dipinda dengan komprehensif dan hampir sempurna. Ini bermakna
gerakan mahasiswa IPTA telah diberikan lebih banyak kebebasan. Saya telah mencadangkan
kepada semua MPP IPTA untuk mereka menubuhkan sebuah gabungan MPP nasional. Dari
segi yang lain, gerakan mahasiswa IPTS telah menubuhkan IPTS Student Caucus. Alangkah
baiknya, jika semua MPP IPTA dan IPTS bergabung untuk membentuk sebuah gerakan
mahasiswa nasional.
12
Tahun-tahun dari 1965 (atau menurut pendapat-pendapat lain, dari 1966 atau dari
1967) hingga 1974 dianggap sesetengah pihak sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa
negara ini. Zaman ini disorot oleh Mohammed Abu Bakar, iaitu dari pertengahan 1960-an
hingga September 1971, manakala oleh Hassan Karim, iaitu dari 1967 hingga 1974.
Baharuddin Ali Masrom pula menggunakan tahun 1975, iaitu apabila beberapa pindaan
dibuat pada AUKU 1971, sebagai garis pemisah bermulanya zaman malap mahasiswa.
Jika tahun 1965 dianggap tahun bermulanya zaman kemuncak gerakan mahasiswa,
maka ia adalah berikutan peranan PBMUM. Noordin Abd. Razak menyifatkan tahun tersebut
sebagai bermulanya Zaman Perubahan dan Perjuangan PBMUM. Sebelum tahun tersebut,
PBMUM terbatas dalam bidang-bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Sebaliknya,
bermula pada 1965, PBMUM telah memberikan pengertian yang lebih luas terhadap
kebudayaan, iaitu merangkumi setiap aspek perjuangan, termasuk politik, ekonomi,
pendidikan, sosial dan sebagainya. PBMUM telah berubah corak dan bentuk gerakannya.
Program-program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan diskusi mula dianjurkan.
Mahasiswa Melayu mula berkecimpung dengan masalah penderitaan penoreh getah, petani
dan nelayan. Kesadaran ini menggerakkan nadi mahasiswa Melayu untuk memimpin bangsa
Melayu yang mundur dan miskin itu ke arah kemakmuran, keadilan dan kebahagiaan.
Mohammed Abu Bakar pula menyifatkan tahun 1965 sebagai Tahun Pemisahan
PBMUM, di mana soal identifikasi dengan rakyat menjadi bertambah jelas. Hal ini
seterusnya dipengaruhi oleh kehadiran mahasiswa Melayu yang semakin bertambah, yang
umumnya terdiri daripada golongan miskin dari kawasan desa, terutamanya dari Pantai
Timur. Isu kemiskinan mula menjadi isu yang utama yang diperjuangkan gerakan mahasiswa.
Pada bulan Oktober tahun tersebut, TV Malaysia telah menayangkan drama bersiri
Oh! Awangku Sayang yang mengisahkan seorang mahasiswa Melayu telah mencabul
kehormatan seorang gadis kampung dan menyebabkan gadis itu mengandung. PBMUM
berpendapat yang drama itu boleh menjatuhkan maruah mahasiswa, menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap mahasiswa dan merosakkan imej bakal pemimpin
masyarakat itu. PBMUM telah mendesak supaya siri 3-5 drama tersebut dibatalkan siarannya
dan mencabar penerbit dan pengarangnya ke perbahasan terbuka. Protes PBMUM ini berjaya
dan penayangan drama itu dihentikan.
Yang menariknya, protes oleh PBMUM ini telah dikritik oleh PMUM. Kritik PMUM
itu mungkin disebabkan ia mula terasa bahawa kedudukannya sebagai badan mahasiswa yang
dianggotai semua mahasiswa di kampus telah dicabar oleh sebuah badan mahasiswa yang
dianggotai oleh sebahagian kecil mahasiswa sahaja. Ini adalah permulaan kepada beberapa
pergeseran lain yang kemudiannya berlaku antara kedua-dua buah badan mahasiswa ini.
Pada tahun yang sama juga, PBMUM dengan secara terang-terang mengeluarkan
kenyataan dan poster-poster menentang konsep Malaysian Malaysia yang dikemukakan
oleh Lee Kuan Yew.
Jika tahun 1966 diambil sebagai tahun bermulanya zaman kemuncak gerakan
mahasiswa, ia adalah berasaskan fungsi Sudut Pidato (Speakers Corner) yang ditubuhkan
13
pada 27 Mei tahun tersebut. Ia penting kerana hampir semua demonstrasi yang diadakan,
terutamanya oleh mahasiswa UM, selepas tarikh tersebut bermula dari sudut itu.
Sudut Pidato itu turut diberikan jolokan sebagai Hyde Park Malaysia. Hal ini adalah
kerana di sanalah nantinya para mahasiwa mengadakan dialog dan perbahasan mengenai
pelbagai isu dan masalah yang menyentuh mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara
dengan begitu bebas sekali. Iaitu bersesuaian dengan cita-cita pengasasnya yang mahu
mahasiswa menggunakannya dengan sepenuhnya bagi menyuarakan pemikiran mereka.
Manakala jika tahun 1967 digunakan sebagai tahun bermulanya zaman kemuncak
gerakan mahasiswa, ia adalah kerana, pada bulan Disember tahun tersebut, Kelab Sosialis
telah ditubuhkan, iaitu pertubuhan politik yang pertama di kampus. Ini menandakan
bermulanya, untuk beberapa tahun, penguasaan mahasiswa yang beraliran sosialis di UM,
misalnya, dengan Syed Hamid Ali menjadi Setiausaha Agung PMUM dan Sanusi Osman
menjadi Presiden PBMUM pada tahun tersebut, dan kemudiannya diikuti pula oleh
Hishamuddin Rais
Pada peringkat ini, harus juga diingatkan tentang kewujudan beberapa buah persatuan
mahasiswa yang bergabung dengan PMUM, iaitu selain daripada PBMUM, yang amat aktif.
Ia adalah Persatuan Bahasa China UM, Persatuan Bahasa Tamil UM dan PMIUM. Kelab
Sosialis tidak bergabung dalam PMUM.
Jika terdapat pendapat yang berbeza tentang tahun permulaan zaman kemuncak
gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, terdapat pendapat yang sama,
iaitu tahun 1974. Walaupun ramai penulis yang menggunakan tahun 1974 dalam tulisan
mereka, sedangkan Mohammed Abu Bakar dan Noordin Abd. Razak menggunakan tahun
1971, tetapi tahun 1971 yang digunakan kedua-duanya adalah kerana faktor teknikal.
Mohammed Abu Bakar menyiapkan tulisannya pada Jun 1972 dan ia diterbitkan pada 1973.
Manakala Noordin Abd. Razak menyiapkan tulisannya untuk menamatkan pengajiannya pada
tahun 1972. Ini dapat dinyatakan dengan demikian kerana melalui ungkapan-ungkapan
kedua-duanya selepas tahun 1974, pendapat mereka jelas menunjukkan bahawa tahun 1974
dikira sebagai tahun akhir zaman tersebut. Pendapat ini turut dikongsi oleh ramai pemerhati
gerakan mahasiswa yang lain.
Yang menjadikan tahun 1974 adalah tahun akhir zaman kemuncak gerakan
mahasiswa ialah kerana setelah peristiwa demonstrasi Baling pada Disember 1974, pindaan
telah dibuat terhadap AUKU 1971 pada awal tahun 1975 (dikenali sebagai Pindaan 1975),
dan setelah itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang besar dari segi bermulanya zaman
kelembapan gerakan mahasiswa.
Bagi pendapat yang mengatakan bahawa tempoh masa dari tahun 1965 hingga tahun
1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara, ia diukur dari segi tindakantindakan mahasiswa yang bercorak politik. Menurut Mohammed Abu Bakar, ini termasuklah:
(1)
(2)
(3)
(4)
(5)
Sama ada ukuran politik yang sedemikian rupa adalah ukuran paling tepat untuk
zaman tersebut, dan sama ada pemilihan zaman tersebut itu sendiri adalah pemilihan yang
tepat, ia terserah kepada pandangan masing-masing individu. Ini adalah kerana tidak wujud
satu kayu ukur, indikator atau kriteria yang saintifik tentang keaktifan, kelembapan atau
kemuncak gerakan mahasiswa. Bagi mereka yang mengukurnya dengan ukuran politik,
antara hujah utamanya ialah gerakan mahasiswa harus berbeza daripada sekadar penganjuran
aktiviti kokurikulum oleh pelajar sekolah menengah tinggi.
Kerana tiada ukuran yang tepat, maka persepsi pihak-pihak yang berlainan adalah
berlainan. Lantaran itu, ada pihak yang menggunakan beberapa cetusan, yang luar dari
kebiasaan (tidak semestinya yang luar biasa), oleh mahasiswa sebagai ukuran keaktifan
gerakan mahasiswa. Contohnya, jika mahasiswa berdemonstrasi, dan demonstrasi itu
dianggap bersifat anti-establishment, maka akan dianggap adalah aktif dan positif, manakala
satu pihak yang lain pula melihatnya sebagai negatif.
Oleh kerana zaman dari tahun 1965 hingga tahun 1974 itu telah banyak dibincangkan
oleh penulis-penulis lain, buku ini sekadar mencatatkan beberapa isu atau peristiwa utama
yang berlaku dalam tempoh masa tersebut:
(1)
Isu Antarabangsa
(2)
(3)
(4)
Isu Kemiskinan
mahasiswa berdemonstrasi dan beberapa orang lagi ditahan untuk beberapa ketika,
manakala ramai yang tercedera akibat bertempur dengan polis.
Pada November-Disember 1974, berlaku Peristiwa Baling. Pada 19 November
1974, lebih 1,000 orang petani yang miskin di Baling mula mengadakan demonstrasi.
Pada 21 November, jumlahnya menjadi lebih 13,000 orang dan menjadi 30,000 pada
1 Disember. Seramai 5,000 orang mahasiswa mengadakan demonstrasi pada 3
Disember di Kuala Lumpur sebagai menyokong nasib mereka dan mendesak kerajaan
supaya dengan segera menyelesaikan masalah inflasi; menaikkan harga getah ke tahap
yang munasabah; dan, mendedahkan dan menghukum semua Menteri dan Menteri
Besar yang rasuah. Seramai 1,128 orang mahasiswa telah ditahan.
(5)
(6)
PMUM memainkan peranan dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 1969
dengan mengadakan 13 perhimpunan umum dalam bulan April dan Mei, iaitu
sebelum pilihan raya diadakan. Jumlah kehadiran ialah seramai 100,000 orang,
manakala 100,000 naskah manifesto PMUM telah diedarkan.
(7)
Kempen anti-Tunku
(8)
AUKU
Pada 18 Mac 1971, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 telah
diluluskan oleh Parlimen. Mahasiswa telah bangkit menentang AUKU kerana
merasakan ia bertujuan menyekat kebebasan bersuara di kalangan mahasiswa,
menamatkan autonomi universiti dan berlawanan dengan prinsip demokrasi.
Berdasarkan catatan di atas, adalah jelas bahawa isu utama yang menjadi dasar
gerakan mahasiswa pada zaman kemuncak gerakan mahasiswa itu adalah isu kemiskinan.
Pada waktu yang sama, jika diteliti dengan mendalam isu-isu dan peristiwa-peristiwa yang
dicatatkan itu, iaitu dengan merujuk bahan-bahannya yang berkenaan, akan didapati bahawa
sebahagian daripada reaksi radikal mahasiswa, seperti dengan mengadakan demonstrasi,
adalah akibat reaksi negatif terlebih awal daripada pihak-pihak atasan terhadap pandangan
dan permintaan mahasiswa yang pada mulanya adalah bersifat sederhana.
17
Walaupun tempoh masa itu dianggap zaman kemuncak gerakan mahasiswa, ini tidak
bermakna bahawa tidak wujud sebarang kelemahan dalam gerakan mahasiswa itu sendiri.
Sebagai contohnya, tidak semua tindakan yang kontroversial sentiasa mendapat sokongan
majoriti daripada mahasiswa. Malahan, adakalanya, di kalangan badan mahasiswa yang
radikal itupun terdapat konflik dalam isu-isu tertentu. Satu perkara lagi ialah hakikat bahawa
mahasiswa yang benar-benar aktif hanyalah sebilangan kecil sahaja, iaitu the active few. Ini
sebenarnya adalah fitrah dalam mana-mana zaman dan mana-mana badan. Di samping itu,
terdapat polarisasi kaum terutamanya dalam isu-isu tertentu di mana mahasiswa daripada
kaum tertentu lebih kehadapan manakala yang daripada kaum yang lain tidak begitu terlibat.
18
Pada sesuatu ketika sebelum pindaan dibuat kepada AUKU pada tahun 2009, ia
kembali dibincangkan di kalangan khalayak. Seorang bekas Menteri Pendidikan
mencadangkan supaya, jika perlu, ditambah syarat tertentu atau baru supaya dipastikan yang
mahasiswa benar-benar belajar. Syarat baru ini mungkin sahaja termasuk dalam maksud
AUKU diperketatkan. Jika ini berlaku, tentu ramai yang akan menentang. Persoalannya
bukan menyokong atau menentang. Persoalannya, bekas Menteri Pendidikan itu mempunyai
ukuran tersendiri yang berasaskan nilai tertentu yang dianggapnya benar sejak beliau menjadi
Menteri Pendidikan dahulu. Baginya, nilai yang dipegangnya tidak berubah.
Ini berbeza dengan seorang lagi bekas Menteri Pendidikan. Sebelum menjadi Menteri
Pendidikan, atau lebih jelas lagi sebelum menjadi orang kerajaan, beliau begitu kuat
menentang AUKU yang dianggapnya tidak kondusif untuk gerakan mahasiswa. Semasa
menjadi orang kerajaan, iaitu tidak terhad kepada tempoh masa beliau menjadi Menteri
Pendidikan sahaja, tidak pula terdapat rekod mengenai usaha-usaha seriusnya untuk meminda
AUKU supaya menjadi lebih kondusif. Kini, setelah tidak lagi menjadi orang kerajaan, beliau
kembali mengkritik AUKU. Jadi, ukuran positif atau negatifnya adalah berlandaskan nilai
yang dipegangnya yang kelihatan berubah-ubah.
AUKU tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak bergerak. Walaupun ia sering
dijadikan faktor dan hujah, tetapi, wujud juga beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi
gerakan mahasiswa menjadi tidak sehebat zaman sebelum AUKU.
Antara faktor tersebut ialah:
(1) Kemunculan lebih banyak universiti, bermula dengan Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) pada 1975. Ini diikuti dengan mula tertubuhnya secara serentak
IPTS. Jumlah mahasiswa yang semakin besar ini tidak lagi menjadikan mereka
yang bergelar mahasiswa itu istimewa lagi. Lalu, tarikannya tidak begitu
menggamit masyarakat.
(2) Pengenalan Sistem Semester dan CGPA menyebabkan mahasiswa perlu
bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan pada setiap semester. Masa
lapang untuk bergerak yang dinikmati di bawah Sistem Penggal tidak wujud lagi.
Jika semasa Sistem Penggal dahulu, kebanyakan mahasiswa aliran liberal arts
lazimnya lebih aktif daripada mahasiswa aliran sains, kini semuanya berhadapan
dengan beban akademik yang hampir sama.
(3)
(4)
(5)
(6)
Lebih ramai pemimpin parti-parti politik terdiri daripada bekas aktivis dan
pendokong gerakan mahasiswa. Ini menyebabkan bukan lagi gerakan
mahasiswa yang mempengaruhi parti politik, tetapi sebaliknya, parti politik
yang mempengaruhi gerakan mahasiswa.
(7)
(8)
(9)
(10)
Sebenarnya, gerakan mahasiswa selepas 1974 tidaklah mati. Cuma, ia tidak sehebat
pada zaman kemuncaknya itu. Sementara itu, dalam keadaan tertentu, misalnya semasa krisis
politik dan ekonomi pada akhir tahun 1990-an, gerakan mahasiswa kelihatan bangkit semula.
Umumnya, apabila membincangkan gerakan mahasiswa, akan terjumpa beberapa
ungkapan yang sinonim dengannya, seperti: kumpulan pendesak (pressure group), watch
dog, tradisi mencabar, student rebellion, student revolt, student resistance, student
power, bersama rakyat dan sebagainya. Ada waktunya, masyarakat memberikan pula
ungkapan yang tidak begitu sesuai sebagai reaksi: rebel without cause dan angry young
men.
Buku ini tidak berhajat untuk membahaskan ungkapan-ungkapan tersebut. Ia sekadar
menyatakan bahawa ungkapan-ungkapan tersebut mencerminkan pemikiran, pandangan
dunia (world view), perspektif, set minda atau ideologi kerangka tertentu. Dalam konteks
ini, kerangkanya ialah yang bersifat anti-establishment atau konfrontatif.
Pihak-pihak yang berpegang kepada kerangka ini tentunya punya alasan dan hujahhujah bagi mempertahankan alasan tersebut. Tetapi, jika keadaan dapat diubah atau telah
berubah, jika sistem dapat diubah atau telah berubah, dan jika budaya dapat diubah atau telah
21
berubah, apakah tidak mungkin diwujudkan suatu kerangka baru yang lebih baik untuk
semua?
Kerangka baru yang dimaksudkan ialah kerangka konsultatif, iaitu kerangka
governans baru pembangunan mahasiswa yang merupakan intipati bahagian kedua tulisan ini.
22
AUKU 1975
Mereka yang menganggap AUKU 1975 tidak menyekat gerakan mahasiswa lazimnya
menggunakan, antara lain, data tentang banyaknya program yang dilaksanakan mahasiswa.
Tetapi, banyaknya jumlah program tidak semestinya menunjukkan gambaran suatu gerakan
mahasiswa.
Ini kerana program terdiri daripada tiga jenis. Pertama, ialah aktiviti. Ada organisasi
mahasiwa hanya melaksanakan aktiviti. Aktiviti tidak semestinya bersiri, ada yang bersifat
sekali buat, ada yang bersifat mengisi jadual tahunan semata-mata, ada yang disuruh buat dan
sebagainya. Aktiviti yang sekadar aktiviti kurang meninggalkan kesan.
Kedua, ialah bakti. Ada organisasi mahasiswa tidak hanya menganjurkan aktiviti
sekadar aktiviti. Sebaliknya, ia menganjurkannya dalam satu siri atau pakej yang punya
matlamat tertentu. Bakti begini perlu perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
lebih sistematik serta meninggalkan kesan yang lebih.
Dan ketiga, ialah advokasi. Ada organisasi mahasiswa menjalankan advokasi, iaitu
proses pembuatan atau mempengaruhi pembuatan keputusan. Ia dilakukan melalui
memorandum, perundingan, melobi dan sebagainya. Ada masanya ia melibatkan proses
24
25
Ada yang berpendapat bahawa AUKU 1975 perlu untuk mengawal mahasiswa
daripada berpolitik kerana bimbang mahasiswa menentang kerajaan. Persoalannya,
mengapakah tidak ditanya mengapakah kerajaan ditentang oleh mahasiswa?
Tetapi, bukankah ada waktunya yang, sebahagian kalaupun tidak seluruh, gerakan
mahasiswa kelihatan menyokong kerajaan, seperti sejak akhir-akhir ini? Di samping itu,
bukankah sejarah menunjukkan bahawa pendirian politik mahasiswa mungkin berubah
apabila meninggalkan kampus? Jadi, apa masalahnya?
Di samping itu, ada juga yang berhujah secara double standard dengan mengatakan
bahawa tugas sebenar mahasiswa ialah belajar kerana mahasiswa hendaklah
bertanggungjawab terhadap biasiswa atau bantuan kewangan yang disediakan kerajaan
melalui wang daripada rakyat. Masalahnya, orang yang sama lazimnya menyokong pula
Kelab UMNO ditubuhkan dan dianggotai oleh mahasiswa yang belajar di luar negara dengan
sebahagian besarnya menggunakan biasiswa dan bantuan kewangan yang jauh lebih besar
jumlahnya.
partisipasi politik, Islam menjadi landasan yang selamat yang melaluinya mahasiswa dapat
menyuarakan rasa tidak puas hati, menyalurkan tenaga, memenuhi keinginan berbakti kepada
masyarakat dan mencari ketenangan daripada tekanan kehidupan kampus dan kota.
Zainah seterusnya mengatakan bahawa sekatan-sekatan yang ditambah apabila
AUKU dipinda pada tahun 1975 hanya menyebabkan perjuangan Islam meningkat. Gerakan
dakwah masih belum diketahui sangat pada masa itu. Kerajaan yang dihantui oleh agitasi
mahasiswa atas isu-isu sosio-ekonomi tidak melihat Islam sebagai satu ancaman terhadap
kawalannya ke atas kegiatan mahasiswa atau sebagai ancaman terhadap kuasanya.
Jika politik menjadi tanda yang digunakan untuk melihat tahun 1974 sebagai tahun
akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa, maka, ternyata bahawa AUKU setakat yang
dikuatkuasa pada 30 April 1971 tidak berjaya memadamkan api gerakan mahasiswa. Ini
kerana pada 14 Jun 1971, mahasiswa mengadakan demonstrasi membantah lawatan Perdana
Menteri Thailand Thanum Kittikachorn yang menindas penduduk Islam di Thailand Selatan.
Begitu juga, ia tidak memadamkan api gerakan mahasiswa dalam demonstrasi Baling pada
Disember 1974.
Pindaan-pindaan utama yang dibuat pada tahun 1975, seperti Seksyen 15, 15A, 15B,
15C, 15D, 16, 16B, 16C dan lain-lain adalah jelas merujuk kegiatan politik gerakan
mahasiswa. Selepas tarikh tersebut, adalah jelas bahawa partisipasi gerakan mahasiswa dalam
politik menjadi berkurangan.
Kerana itu, ia menjelaskan dua perkara. Pertama, jelaslah bahawa politik menjadi
tanda utama yang digunakan untuk mengukur gerakan mahasiswa. Ini digunakan oleh pihak
mahasiswa yang terlibat dalam gerakan mahasiswa, oleh pemerhati gerakan mahasiswa, dan
juga oleh kerajaan yang menggubal AUKU untuk menyekat gerakan mahasiswa. Ini tidak
menghairankan kerana politik adalah salah satu daripada kaedah operasi advokasi, iaitu ciri
yang menentukan organisasi atau aktiviti mahasiswa itu bersifat gerakan mahasiswa. Dan
kedua, jelaslah bahawa tahun 1974 sebagai tahun akhir zaman kemuncak gerakan mahasiswa.
Dalam konteks politik kampus, sejak sesi 2001/2, satu peraturan baru pilihan raya
kampus IPTA telah dilaksanakan. Peraturan ini boleh dibuat kerana AUKU 1975
membenarkannya. Dalam rencana Utusan Malaysia pada 3 Disember 2001, saya telah
menyoal: sejauhmanakah peraturan baru itu menjana iklim dan budaya serta pendidikan
politik yang berhikmah? Sejauhmanakah ia berada di landasan menyediakan demokrasi yang
matang seperti yang dikehendaki oleh Wawasan 2020? Adakah ia bertujuan membantu caloncalon tertentu? Adakah ia bertujuan menutup kelemahan pihak-pihak tertentu pada masa lalu?
Adakah ia berjaya menamatkan wujudnya calon-calon yang bertanding secara kumpulan?
Dua tahun kemudian, apabila media memberikan liputan yang begitu meluas terhadap
kemenangan besar calon-calon pilihan raya kampus yang dikatakan pro-kerajaan, atau
dengan bahasa yang lebih politically correct, pro-aspirasi, dalam rencana Utusan Malaysia
pada 8 September 2003, saya menyoal: adakah ini tanda-tanda mahasiswa akan kembali
menggugat?
Idris Ahmad (2004) telah membuat analisis tentang politik mahasiswa dekad 80-an
dan 90-an. Beliau menyoal hipokrasi kerajaan dan sesetengah pemimpin universiti yang
menghalang parti pembangkang daripada memasuki kampus atau mahasiswa daripada
menyertai programnya, tetapi, pada masa yang sama, parti kerajaan bebas keluar masuk
27
kampus dan ada pula dua orang Naib Canselor yang secara terbuka menyokong UMNO.
Walaupun kenyataan Idris ini ada kebenarannya, tetapi, pada masa yang sama, parti
pembangkang seperti PAS, sekurang-kurangnya mengikut pengakuan Wan Norhayati Wan
Alias, turut dan dapat juga bertapak di kampus.
Idris mahu mahasiswa dibenarkan bergerak bebas di kampus, termasuk menubuhkan
parti politik masing-masing seperti yang pernah diamalkan sebelum ini. Jika tidak, ia akan
merugikan mahasiswa, kerana mahasiswa mengundi bukan lagi atas sentimen dasar
perjuangan, isu-isu yang dibangkitkan dan manifesto yang ditawarkan, tetapi atas dasar
kawan, kenalan, rupa paras atau mengundi entah siap-siapa, sehingga menyebabkan mereka
tidak tahu apa tujuan mengundi dan akhirnya minat untuk turun mengundi hilang.
Apabila terdapat mahasiswa yang berani kehadapan untuk memperjuangkan sesuatu
isu, maka terdapat kemungkinan yang mereka akan didapati bersalah dan dihukum oleh
AUKU 1975. Ada masanya, beliau akan dihadapkan juga kepada undang-undang lain seperti
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Ini antara yang disorot oleh Ahmad Fadzli Yusof (2004) apabila menyentuh kes Mohd
Rizal Mohd Adnan yang digantung pengajian kerana didapati bersalah atas tuduhan
menjatuhkan reputasi universiti, dan kemudiannya didenda kerana bekerja tanpa kebenaran
universiti ketika menghadapi hukuman gantung itu; Lee Yen Ting yang didapati bersalah
kerana mengeluarkan kenyataan akhbar; Nor Helmi Mohd Jamil yang didapati bersalah
kerana terlibat dengan BBMN; sebilangan mahasiswa yang didapati bersalah kerana terlibat
dengan perhimpunan anjuran Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA; dan lain-lain lagi.
Jika wajar dan jelas kesalahannya dan telus pula prosedur yang menyebabkan thabit
kesalahannya, ia tidak menjadi persoalan. Yang menjadi persoalan, sehingga menimbulkan
tuduhan bahawa AUKU 1975 dan pelaksanaannya adalah tidak adil, ialah kerana terdapatnya
kes mahasiswa yang dithabitkan dengan kesalahan yang tidak wajar atau tidak jelas atau
perbicaraan terhadapnya pula tidak dijalankan dengan betul.
Kerana semua kesan yang negatif itu, maka, terdapat satu perjuangan yang panjang
yang mendesak kerajaan supaya meminda dan memansuhkan beberapa peruntukan dalam
AUKU 1975, yang dianggap drakonian dan menyekat gerakan mahasiswa.
Antara perbincangan AUKU yang terakhir yang saya terlibat ialah Forum AUKU
anjuran PKPIM di Gombak, Selangor, pada 14 Okt 2006. Dua buah kertas kerja dibentangkan
iaitu Sejarah Gerakan Mahasiswa Malaysia 60-an Sehingga Kini: Penglibatan Mencorak
Lanskap Sosio-Politik Negara oleh Prof. Emiretus Datuk Khoo Kay Kim dan Kesan
AUKU kepada Corak Politik dan Ekonomi Tanahair oleh Azuan Effendi Zaira. Ini diikuti
dengan diskusi bertajuk Sejauhmana relevannya AUKU pada masa ini yang melibatkan
Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan saya.
Antara tulisan saya yang terakhir tentang AUKU ialah dalam kolum saya di Berita
Harian, Perspektif, iaitu sebaik sahaja selepas pilihan raya kampus sesi 2007/2008. Dalam
rencana itu, saya menyatakan bahawa apa yang paling menyerlah ialah pengundian di Kolej
Ke-12 UM, iaitu universiti tertua dan pendahulu calon Universiti Apex (ketika itu, belum
tahu lagi universiti mana yang akan dipilih sebagai Universiti Apex) serta peneraju gerakan
mahasiswa negara, terpaksa diadakan semula akibat kewujudan pengundi hantu.
28
29
Seperti yang telah saya sebutkan dalam pendahuluan buku ini, kita perlu dengan
segera mengikis perbezaan antara IPTA dan IPTS, kecuali dari segi undang-undang tubuhnya
sahaja. Di negara-negara maju seperti di US misalnya, apabila disebut nama-nama universiti,
ia tidak diberikan label universiti awam atau swasta, kecuali dalam hal-hal yang amat
memerlukan sahaja. Program-program mahasiswa melibatkan semua jenis universiti. Cuma,
sekadar untuk sementara waktu, buku ini terpaksa, sesekali, akur akan kewujudan dua jenis
universiti ini.
Umumnya, gerakan mahasiswa IPTS mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan
IPTA. Namun demikian, oleh kerana IPTS wujud kemudian daripada IPTA, iaitu hanya sejak
pertengahan 1990-an, maka, sejarah gerakan mahasiswa IPTS adalah tidak sepanjang
sejarahnya di IPTA. Di samping itu, oleh kerana buat masa ini wujud perbezaan yang nyata
antara kedua-duanya, dan hubungan antara pertubuhan mahasiswanya (bukan antara
mahasiswa secara individu) masih belum begitu akrab, maka, sekurang-kurangnya dari segi
pemikiran dan isu-isu yang mendapat tempat di kalangan para pemimpin gerakan mahasiswa,
di sana kelihatan ada sedikit perbezaan di antara IPTA dan IPTS.
Antara isu-isu yang sering dibincangkan oleh pemimpin mahasiswa IPTS ialah:
(1) KPT perlu membuat dasar yang tidak membezakan antara IPTA dan IPTS yang
menyebabkan IPTS terasa kurang diberikan perhatian.
(2) Kerajaan perlu memberikan bantuan kepada IPTS untuk membeli peralatan mengajar
tertentu yang mahal harganya yang tidak mampu dibeli sendiri oleh IPTS.
(3) KPT perlu memastikan IPTS menawarkan semua perkara yang dijanjikannya dalam
iklan mereka di luar negara. Ini kerana terdapat sesetengah IPTS yang iklannya adalah
indah khabar dari rupa dan terdapat mahasiswa luar negara yang tertipu.
(4) Terdapat sesetengah IPTS yang tidak mempunyai pengurusan HEP yang memuaskan
jika dibandingkan dengan IPTA.
(5) Terdapat aduan pemimpin mahasiswa bahawa Akta IPTS 1996, yang lebih dikenali
sebagai Akta 555, dan sesetengah pemimpin IPTS, mengongkong kebebasan
mahasiswa.
30
BAHAGIAN 2
Saya memang sejak dari tahun 1981 kurang bersetuju dengan banyak perkara yang
berlaku dalam HEP. Semasa menjadi pegawai HEP di UIAM pada 1985-1994, saya cuba
sedaya upaya untuk melaksanakan sesuatu yang baru yang saya anggap benar, walaupun saya
turut melakukan beberapa perkara yang sekarang saya kesali. Kerana itu, dalam banyak
forum, saya sentiasa mencadangkan supaya diwujudkan pendekatan-pendekatan yang baru.
Hari ini, terdapat tiga langkah utama transformasi negara yang sedang berjalan
serentak, iaitu gagasan 1Malaysia, PSPTN dan AUKU yang telah dipinda pada 2009. Ini
seharusnya menyebabkan kita lebih serius dan segera melaksanakan pendekatan-pendekatan
baru dalam pembangunan mahasiswa, termasuk dari segi governansnya.
Kebanyakan idea tentang governans baru dalam bahagian ini telah dibincangkan juga
dalam buku saya sebelum ini, iaitu Politik Baru.
31
AUKU 2009
Akhirnya, iaitu setelah sekian lama diperjuangkan, maka AUKU 1975 dipinda.
Bermula dengan kerja-kerja awal oleh Datuk Mustapa Mohamad selaku Menteri Pengajian
Tinggi sebelum ini, maka, pada Khamis, 17 Julai 2008, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri
Mohd Khaled Nordin telah membentangkan cadangan meminda AUKU di Dewan Rakyat
bagi bacaan kali pertama. Ia kemudiannya diluluskan dan digazetkan pada Februari 2009.
Saya berasa lega kerana ketika berada dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini, ia bersetuju
memindanya.
Ini bermakna bahawa perjuangan meminda akta ini yang digerakkan, misalnya, oleh
PKPIM, iaitu organisasi paling lama dan konsisten dalam hal ini, hampir berhasil. Saya
katakan hampir berhasil kerana masih terdapat sekurang-kurangnya satu peruntukan yang
belum dipinda, iaitu berhubung dengan kebebasan mahasiswa menjadi anggota parti politik.
Saya tetap berpendirian bahawa mahasiswa perlu diberikan kebebasan untuk menjadi anggota
parti politik walaupun saya bersetuju jika mereka tidak dibenarkan memegang jawatan dalam
parti politik.
Menurut Prof. Dr. Shad Saleem Faruqi (2009) dan Prof. Dr. Shaik Md Noor Alam SM
Hussain (2009), daripada 109 peruntukan AUKU 1975, sebanyak 61 peruntukan telah
dipinda, dibuang atau dimasukkan. Matlamat utama pindaan tersebut yang secara langsung
berkaitan dengan gerakan mahasiswa ialah untuk memberikan mahasiswa hak dan kebebasan
yang lebih luas untuk berpartisipasi, berpersatuan, bersuara dan terlibat dalam struktur dan
proses membuat keputusan tertentu universiti. Antaranya ialah:
(1) Mahasiswa diberikan hak perwakilan dalam jawatankuasa tertentu di universiti,
seperti Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa dan Senat.
(2) Mahasiswa, sama ada secara individu atau kumpulan, dibenarkan menjadi ahli,
berhubung dan bergabung dengan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau
kumpulan di luar kampus, tanpa perlu mendapatkan kelulusan Universiti terlebih
dahulu, kecuali parti politik dan yang bersalahan dengan undang-undang.
(3) Mahasiswa dibenarkan berinteraksi dengan ahli politik dan parti politik.
(4) Mahasiswa lebih bebas bersuara termasuk dibenarkan membuat kenyataan
mengenai politik pada mana-mana majlis, seminar atau simposium dengan syarat
ia tidak dianjurkan oleh mana-mana parti politik.
(5) Kaedah-kaedah tata tertib adalah lebih adil daripada sebelum ini.
32
33
berkhidmat kepada masyarakat. Manakala ahli panel kedua berhujah dengan mengatakan
bahawa di samping belajar, mahasiswa perlu sedar bahawa masyarakat memerlukan khidmat
mereka ketika mereka masih belajar lagi.
Kefahaman ahli panel manakah yang lebih tepat dan dekat? Tepat dan dekat dari
sudut pandangan mahasiswa. Bukan tepat dan dekat dari sudut pandangan bukan-mahasiswa.
Ahli panel pertama itu tidak akan menjamin mahasiswa di depannya akan lulus
dengan cemerlang. Manakala ahli panel kedua tidak pula menggalakkan mahasiswa untuk
tidak lulus dengan cemerlang. Bezanya, ialah salah seorang daripada ahli panel itu akan lebih
didekati oleh mahasiswa. Dan yang lebih didekati itu akan lebih didengar nasihatnya,
termasuk supaya belajar dan lulus cemerlang.
Mahasiswa/Masyarakat Sivil
Perbincangan ini tidak bermaksud untuk memberikan definisi terperinci atau terlibat
dalam discourse akademik atau polemik epistimologikal mengenai makna masyarakat sivil.
Bagaimanapun, adalah dimaklumi tentang dua perspektif utama yang popular kini mengenai
masyarakat sivil. Pertama, ialah masyarakat sivil sebagai satu bentuk masyarakat atau
tamadun yang diimpikan, iaitu seperti yang terkandung dalam makna civility atau madani.
Dan kedua, ialah masyarakat sivil yang merujuk kepada sektor bukan kerajaan atau
perniagaan, iaitu merujuk suatu ruang dalam konteks governans baru. Perbincangan ini ialah
lebih mengenai perspektif yang kedua.
Istilah masyarakat sivil digunakan secara wawenang, iaitu dari segi ruang, kedudukan
dan peranannya dalam sistem bermasyarakat dan bernegara. Dalam sistem bermasyarakat dan
bernegara, terdapat 3 sektor utama. Pertama, ialah kerajaan yang dikenali juga sebagai Sektor
Pertama. Kedua, ialah perniagaan yang dikenali juga sebagai Sektor Kedua. Dan ketiga, ialah
masyarakat sivil yang dikenali juga sebagai Sektor Ketiga atau istilah-istilah lain seperti
rakyat dan social enterprise.
Dalam konteks ini, masyarakat sivil ialah rakyat yang secara kedudukan dan
peranannya tidak tergolong dalam kerajaan atau perniagaan. Anggota masyarakat sivil
termasuk kanak-kanak, belia, mahasiswa, warga tua, wanita, pekerja, karyawan, profesional,
akademia, media dan lain-lain.
Setiap anggota masyarakat sivil ini mempunyai gerakannya yang tersendiri yang
diwakili oleh persatuan atau organisasi masing-masing. Belia diwakili oleh MBM. Warga tua
diwakili beberapa buah persatuan yang sedang berusaha mewujudkan sebuah organisasi
induk. Wanita diwakili oleh pelbagai persatuan yang bergabung dalam Majlis Kebangsaan
Pertubuhan-Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO). Pekerja diwakili terutamanya oleh
MTUC dan CUEPACS. Karyawan diwakili beberapa buah persatuan peringkat kebangsaan
seperti GAPENA, TEMA, MAHKOTA dan lain-lain. Golongan profesional diwakili oleh
pelbagai persatuan profesional termasuk yang bergabung dalam Balai Ikhtisas Malaysia
(BIM). Akademia diwakili misalnya oleh persatuan peringkat kampus dan akademi-akademi.
Para wartawan diwakili oleh NUJ dan beberapa buah persatuan lain.
Di samping itu, terdapat juga organisasi-organisasi yang mewakili kepentingankepentingan tertentu seperti FOMCA untuk pengguna dan kepenggunaan, Majlis Kebajikan
35
Rukun Perjuangan
berbekal ilmu, maka ia tidak tahu bagaimana hendak menghasilkan kemajuan dan
keberkesanan yang berganda. Hanya memiliki idealisme dan intelektualisme pula, tetapi
tanpa aktivisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat sivil bersemangat dan
cerdik, tetapi kerana tidak berbuat apa-apa, maka ia tidak akan menghasilkan sesuatu yang
praktikal dan konkrit. Manakala hanya memiliki aktivisme dan intelektualisme, tetapi tanpa
idealisme, memungkinkan pemimpin mahasiswa/masyarakat sivil rajin dan cerdik, tetapi
kerana tidak berprinsip, maka ia boleh dijual-beli.
Di samping itu, pemimpin mahasiswa/masyarakat sivil perlu mempunyai sudut
pandangan dunia (tasawwur atau world view) perjuangan dan gerakan yang holistik. Ini amat
penting bagi memastikan ia mempunyai perspektif yang tepat terhadap makna dan cara
perjuangan yang sebenarnya. Ia juga penting bagi memastikan semboyan perjuangan tidak
dilaungkan sebagai retorika semata-mata, tetapi benar-benar sebagai komitmen yang terbit
dari lubuk hati, yang memungkinkan perjuangan dipacu secara bersungguh-sungguh dan
berkesinambungan.
Membantu mengadakan situasi dan kondisi, melalui dasar dan program, yang
mendatangkan kesan-kesan positif.
(2)
Membantu mengadakan situasi dan kondisi, melalui dasar dan program, yang
menghalang dan memperbaiki kesan-kesan negatif.
(3)
(4)
(5)
(6)
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
(8)
(9)
(10)
(11)
Di samping itu, dan lebih penting lagi, ialah mereka telah membuktikan kemampuan
advokasi, iaitu dengan bersuara, menyampaikan pandangan, mempengaruhi pendapat
khalayak serta menggerakkan dan melahirkan atau menyebabkan lahirnya beberapa dasar dan
program pembangunan negara. Antaranya ialah:
(1) Cadangan mewujudkan Dasar Belia Negara pada 1985 dikemukakan oleh MBM
sejak masih dianggotai oleh PKPM, termasuk sebuah seminar yang diadakan di
Universiti Malaya pada awal 1970-an.
(2) Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Universiti Malaya
digerakkan, antara lain, oleh PBMUM.
(3) Idea penubuhan UKM diutarakan, antaranya, oleh PBMUM dan PKPIM.
(4) Penyediaan biasiswa dan bantuan kewangan serta kelas bimbingan untuk pelajar
Melayu, dan kini diterjemahkan sebagai sistem baucer kelas bimbingan,
dicetuskan oleh GPMS.
(5) Penubuhan UIAM dan Bank Islam mula-mula dicadangkan oleh PKPIM dan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
38
(6) Dasar penerapan nilai-nilai Islam adalah sambutan kerajaan terhadap gerakan
dakwah oleh belia dan mahasiswa Islam yang dipelopori PKPIM, ABIM dan PMI
di universiti-universiti.
(7) Pindaan AUKU 2009 banyak digerakkan oleh pelbagai organisasi mahasiswa,
termasuk PKPIM sebagai yang paling lama dan konsisten memperjuangkannya.
(8) Dasar terbaru kerajaan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan pada bulan Julai
2009, antara lain, terdapat saham perjuangan mahasiswa dalamnya.
Mengapakah mahasiswa perlu berkongsi dengan masyarakat sivil? Mahasiswa perlu
berkongsi dengan masyarakat sivil kerana mahasiswa adalah sebahagian daripada masyarakat
sivil. Kerana yakin dengan pendekatan bekerjasama dengan pihak yang mempunyai
persamaan perjuangan. Kerana terdapat banyak persamaan dari segi objektif dan orientasi di
antara mahasiswa dan masyarakat sivil. Kerana banyak kepentingan mahasiswa turut
diperjuangkan oleh masyarakat sivil. Kerana perkongsian ini selaras dengan hasrat untuk
meluaskan horizon dengan meneroka bidang baru dan mencari pendekatan baru. Kerana ia
sesuai dengan impian untuk mempunyai pembangunan yang lebih bersepadu dan antarabidang. Kerana ada lebih banyak keuntungan yang akan dapat diraih melalui jaringan
sedemikian ini. Dan kerana dari segi perkongsian antara sektor-sektor dalam governans,
adalah lebih baik jika setiap kumpulan masyarakat sivil bergabung.
Berdasarkan sejarah gerakan mahasiswa dari abad ke-19 lagi, apabila bergerak
sendirian, ia jarang mencapai apa-apa kejayaan yang diimpikannya. Kejayaan yang paling
tinggi yang dicapai hanyalah pada tahap mencetuskan sesuatu isu. Kemudian, isu itu akan
diambil pihak-pihak yang lain. Tetapi, apabila gerakan mahasiswa berganding bahu dengan
anggota-anggota masyarakat sivil yang lain, maka ia akan mencapai kejayaan yang lebih
cemerlang.
Di samping itu, bagi pihak kerajaan pula, apabila mana-mana anggota masyarakat
sivil membuat sesuatu tuntutan, kerajaan sukar memenuhi semua tuntutan tersebut. Antara
alasannya, nanti ada pula tuntutan anggota masyarakat sivil lain yang tidak dapat dipenuhi.
Kerana itu, mahasiswa dan anggota-anggota masyarakat sivil yang lain perlu mempunyai
jaringan untuk mendapatkan satu kefahaman. Supaya kerajaan lebih mudah membuat
keputusan.
39
Sudah sampainya masanya pembangunan mahasiswa kita mempunyai hala tuju yang
baru yang lebih benar dan segar. Tetapi, hala tuju baru yang demikian akan hanya menjadi
kenyataan jika beberapa pemikiran asas dan fundamental serta pendekatan sesuai dan mesramahasiswa difahami dan dihayati oleh semua pihak berkepentingan, iaitu kerajaan, universiti,
HEP, pemimpin dan aktivis mahasiswa serta mahasiswa keseluruhannya.
HEP yang sedia ada perlu pemikiran-semula dan diberikan nafas baru. Ini kerana ia
sedikit sebanyaknya dilekati stigma sebagai pengawal dan pengongkong mahasiswa kerana
kelemahan sebahagian daripadanya ketika menguruskan AUKU 1975. Kini, dengan AUKU
2009, ia perlu berubah daripada hal ehwal pelajar kepada pembangunan mahasiswa,
daripada mengawal kepada memfasilitasi, dan daripada mengurus kepada
menghakupaya.
Rakan Pembangunan
Terdapat beberapa isu penting yang mengaitkan mahasiswa/masyarakat sivil dan
pembangunan. Mahasiswa/masyarakat sivil memerlukan pembangunan. Pembangunan
banyak memanfaatkan mahasiswa/masyarakat sivil. Pada waktu yang sama, usaha-usaha
pembangunan juga memerlukan mahasiswa/masyarakat sivil. Ini adalah kerana
mahasiswa/masyarakat sivil merupakan penggerak dan sumber utama yang membolehkan
pembangunan berjalan dan maju.
Sebenarnya, mahasiswa/masyarakat sivil mampu menjadi rakan pembangunan yang
berkesan. Tetapi, masyarakat sivil, terutamanya mahasiswa, selalunya dilihat lebih sebagai
penerima manfaat pembangunan (beneficiaries of development). Masyarakat sivil,
terutamanya mahasiswa, amat jarang diberi peluang dan hakupaya untuk terlibat secara aktif
sebagai rakan tulin pembangunan, terutamanya dalam struktur dan proses membuat
keputusan. Frasa rakan pembangunan dan penghakupayaan tercatat dalam dasar-dasar
kerajaan, tetapi sejauhmana ia dihayati dan diamali masih belum dapat dipastikan.
Seperti yang dibincangkan lebih awal, terdapat tiga sektor yang menggerakkan sistem
bermasyarakat dan bernegara, iaitu kerajaan, perniagaan dan masyarakat sivil.
Tidak ada kerajaan yang dapat menyediakan semua. Begitu juga, tidak ada perniagaan
yang dapat menyediakan semua. Manakala masyarakat sivil tidak berhasrat menggantikan
fungsi dan peranan kerajaan atau perniagaan.
Bottom-line bagi kerajaan ialah undi. Bottom-line bagi perniagaan ialah untung.
Tetapi, terlalu banyak perkara dalam kehidupan harian yang tidak ada kena mengena dengan
undi dan untung. Inilah relevannya masyarakat sivil. Sebab itulah sejarah mencatatkan
bahawa pelbagai jenis dan bentuk organisasi masyarakat sivil telah sentiasa berakar, mekar
dan segar pada sepanjang zaman.
Ketiga-tiga rakan pembangunan ini perlu memahami bahawa setiap satu daripadanya
mempunyai budaya dan gaya kerja yang amat berbeza di antara satu sama lain. Kerana itu
ketiga-tiga sektor ini perlu mempunyai kesediaan tanpa syarat dan bersetuju dengan
40
peraturan (ground rules) tertentu untuk be-rakan bagi membolehkan konsep dan pendekatan
ini diamalkan. Jika kesediaan wujud, dan kerakanan itu dapat dilaksanakan dalam suasana
harmoni, maka akan terjelma sinergi yang akan membuahkan hasil manfaat yang amat ranum
buat pembangunan negara.
Demokrasi bukan bermakna sekadar mengundi lima tahun sekali. Ia melibatkan
partisipasi yang lebih menyeluruh dan meluas. Ini termasuk, antaranya, keluarga yang
demokratik; partisipasi tempatan (local participation); partisipasi setiap kumpulan umur;
partisipasi yang sensitif gender; dan kerjasama atau perkongsian antara kerajaan, perniagaan
dan masyarakat sivil.
Ini adalah pendirian sederhana yang berhikmah, yang mengetengahkan peranan
mahasiswa/masyarakat sivil, konsep partisipasi, konsep rakan pembangunan, dan
penghakupayaan untuk governans baru pada hari ini, iaitu suatu ruang yang lebih besar dan
segar daripada sekadar kerajaan dengan K huruf besar (government with capital G) dalam
kerangkanya pada masa ini.
Pada waktu yang sama, ICT menjadi katalis dalam pendemokrasian maklumat dan
ilmu di seluruh dunia. Ia juga menyediakan mahasiswa/masyarakat sivil dengan saluran
komunikasi dan penyiaran bagi membolehkan suara mereka didengar dalam proses-proses
membuat keputusan yang berkaitan dengan kehidupan mereka dan orang lain. Kerana itu,
mahasiswa/masyarakat sivil yang terhakupaya oleh capaian ICT serta oleh maklumat dan
ilmu yang relevan, semakin hari semakin mendesak supaya struktur, keadaan dan proses
governans yang diamalkan kini diubah.
Governans Baru
Zaman maklumat dan ilmu memerlukan model governans yang baru, bersepadu dan
holistik, yang mengikutsertakan semua sektor sebagai rakan pembangunan yang setaraf.
Matlamatnya ialah semata-mata untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik dan
kebahagiaan untuk semua.
Dalam konteks ini, Dr. Mahathir Mohamad, selaku Pengerusi Majlis IT Negara NITC (1998), mendefinisikan governans sebagai:
The fine art of balancing the different interests of subgroups through processes of
exercising authority and influence to safeguard the ultimate interest of the whole
group while guaranteeing social responsibility and basic human/individual
freedoms.
Di samping ICT, faktor-faktor kontemporari yang lain, misalnya perkembangan dunia
tanpa sempadan, globalisasi dan liberalisasi turut menuntut agar kerajaan menilai semula
kedudukan, peranan dan fungsinya. Malah, politik sebagai institusi terpenting bagi kerajaan
juga mulai berubah. Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi aplikasi internet sebagai pentas
baru politik, yang sedang merubah peraturan dan cara gaya berpolitik.
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu - UNDP (1997)
menakrifkan governans sebagai:
41
43
(2)
(3)
(4)
(5)
(6)
(7)
membantu
membuat
Sebab itulah konsep penghakupayaan yang sebenar perlu disentised dan difahami.
Penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil bukan bermakna memberikan kuasa kepada
mahasiswa/masyarakat sivil. Sebaliknya, ia adalah proses menyalurkan idealisme, wawasan,
ilmu, pengalaman, aktivisme, motivasi dan tenaga yang mereka telah sedia miliki.
Semua individu, agensi dan organisasi perlu bersedia untuk melakukan anjakan
paradigma dari segi cara berfikir dan berbuat. Struktur dan hiraki yang wujud perlu
dinipiskan. Ini akan melibatkan penyesuaian dalam sekurang-kurangnya tiga aspek. Pertama,
peraturan membuat keputusan diubah. Keputusan ditarik ke bawah sehingga ke tahap
tindakan. Kedua, deskripsi tugasan diperluaskan dan setiap yang terlibat menjadi multitrampil dan mampu membuat keputusan apabila berurusan dengan rakan atau pelanggan. Dan
ketiga, komunikasi yang formal dan berlapis-lapis digantikan oleh jaringan komunikasi yang
fleksibel dengan bantuan ICT.
Peranan kerajaan, universiti dan golongan dewasa juga perlu berubah. Organisasi
yang terhakupaya meletakkan sumber manusianya dalam pasukan-pasukan kerja dan tidak
lagi mengikut fungsi-fungsi yang rigid. Pasukan-pasukan ini didorong oleh matlamat, bukan
oleh arahan; dan ketua tidak lagi mengawas, tetapi mengenalpasti mereka yang mampu
menjalankan tugas dan membenarkan mereka menjalankannya mengikut budibicaranya.
Ketua berubah menjadi fasilitator.
Ini tidak pula bermakna yang peranan kerajaan, universiti dan golongan dewasa
sebagai perancang, strategis, serta memberi bimbingan dan perpektif akan hilang sebaik
sahaja penghakupayaan mahasiswa/masyarakat sivil dijalankan. Tetapi, cara-cara tradisional
yang dari atas ke bawah, memaksa ketaatan, mengekalkan conformity dan
menghukum apabila silap perlu ditamatkan. Kerajaan, universiti dan golongan dewasa
perlu membimbing, menyokong dan menjadi teladan. Masyarakat sivil jangan lagi
diperbodohkan. Mahasiswa jangan lagi diperbudakkan.
44
46
Sebaik sahaja dipilih sebagai Timbalan Menteri di KPT dalam kabinet Dato Sri
Mohd Najib Tun Razak, saya telah meletakkan misi untuk bertemu dan berdialog dengan
seramai mungkin mahasiswa tanpa mengira kaum dan agama. Kuantiti itu bukanlah KPI
peribadi saya, tetapi dengan bertemu mereka, saya percaya mahasiswa akan dapat
menyampaikan rasa dan idea mereka kepada pemimpin kerajaan. Saya juga akan dapat
memahami keperluan mereka dan membawanya ke peringkat tertinggi kerajaan.
Saya sentiasa berpegang kepada tiga permintaan asas generasi muda iaitu mereka
mahu suara mereka didengar, peranan mereka diiktiraf dan isu-isu mereka ditangani dengan
cara yang berorientasikan mereka. Lantas, program pertama yang saya jalankan telah saya
namakan sebagai 3M iaitu Menyelami Minda Muda. Kini, setelah genap 100 hari saya di
KPT, saya telah bertemu dan berdialog dengan seluruh mahasiswa di semua 20 IPTA di
Malaysia.
Program 3M ini memperkenalkan pendekatan mesra siswa dalam erti kata saya
sebagai ahli dalam kelompok kerajaan, turun padang dan bertemu dengan mahasiswa yang
merupakan salah satu entiti dalam masyarakat sivil. Pertemuan sebegini adalah amat penting
kerana saya percaya bahawa kerajaaan tidak dapat menyelesaikan semua masalah. Kerajaan
memerlukan rundingan yang berterusan dengan rakyat dan dalam konteks ini semestinya
mahasiswa.
Sepanjang program 3M ini berlangsung, saya dapati tanggapan bahawa mahasiswa
semakin lesu dan kurang cakna itu tidaklah begitu tepat. Ada ramai yang melontarkan idea
serta pandangan, merangkumi politik negara hinggalah isu memartabatkan pengajian tinggi
dan kelihatannya jauh lebih kemas dan bernas pendapatnya dari sesetengah Ahli Dewan
Rakyat. Cuma kita kurang meluangkan masa bersama mereka. Jurang itu dijarakkan dengan
protokol dan peraturan-peraturan yang kadang kala hanya menyusahkan dan tidak membina
potensi. Kalaupun ada majlis-majlis rasmi, kita hanya melihat mahasiswa tidak lebih dari
seorang penonton atau lebih dahsyat lagi sebagai pemenuh kerusi-kerusi dewan!
47
48
PENUTUP
Kita perlu melakukan satu pencarian roh (soul searching) tentang kualiti universiti
kita, iaitu dari segi penghayatan budaya ilmu, keseimbangan antara akademik dan
kokurikulum, pemantapan kokurikulum dan kemahiran insaniah, gerakan mahasiswa,
pembangunan mahasiswa serta kepemimpinan universiti dan HEP.
Kita perlu menyelami dan memahami permintaan-permintaan mahasiswa. Kita perlu
lebih mengiktiraf kepemimpinan mahasiswa. Kita perlu lebih mendengar suara mahasiswa.
Kita perlu mencari, mencipta dan menggunakan pendekatan-pendekatan pembangunan
mahasiswa yang baru dan yang lebih berorientasi dan mesra-mahasiswa.
Kita perlu memfasilitasi dan menyediakan iklim yang kondusif agar gerakan
mahasiswa dapat dikemuncakkan oleh mahasiswa sendiri. Tidak semestinya seperti zaman
kemuncaknya yang telah berlalu itu. Tetapi, zaman kemuncak yang baru, yang lebih berjaya,
dan yang lebih cemerlang. Bukan sahaja untuk mahasiswa, tetapi juga untuk universiti,
masyarakat dan negara.
Kita perlu benar-benar bermatlamat untuk membangun dan menggilap potensi
mahasiswa. Kita perlu mempunyai pemikiran, dasar dan kerangka governans yang baru dan
menghayati makna rakan pembangunan, penghakupayaan dan perwakilan mahasiswa dalam
erti katanya yang sebenar. Kita perlu memperbaiki aspek-aspek pengurusan, penyelidikan dan
latihan.
49
BIBLIOGRAFI
Abd. Ghani Che Amat, 1980. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia:
Satu Analisa Ringkas tentang Organisasi dan Ideologi Pergerakannya. Latihan bagi Sarjana
Muda Sastera, Jabatan Sosiologi dan Antropologi, Universiti Malaya.
Akhbar Mahasiswa, Ogos 2003; September 2003; November 2003.
Anizah Abdullah, 1994. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia: Usaha-usaha
Ke Arah Penghayatan Islam. Latihan bagi Sarjana Muda Pengajian Islam, Jabatan Pengajian
Al-Quran dan Al-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ashwin, Paul, (Ed.) 2006. Changing Higher Education. London: Routledge.
Baharudin Ali Masrom, 1988. Mahasiswa Selepas Akta: Kajian Ringkas tentang Gerakan
Pelajar Islam di Malaysia. Kertas Projek bagi Diploma Pengajian Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Boren, Mark Edelman, 2001. Student Resistance: A History of the Unruly Subject. New
York: Routledge.
Giroux, Henry A, 2007. The University in Chains. Boulder: Paradigm Publishers.
Horowitz, Helen Lefkowitz, 1987. Campus Life: Undergraduate Cultures from the
Eighteenth Century to the Present. Chicago: University of Chicago Press.
Janoski, Thomas, 1998. Citizenship and Civil Society: a Framework of Rights and
Obligations in Liberal, Traditional and Social Democratic Regimes. Cambridge: Cambridge
University Press.
Mann, Sarah J, 2008. Study, Power and the University. New York: McGraw Hill.
Mohammed Abu Bakar, 1973. Mahasiswa Menggugat. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
National Information Technology Council Malaysia, 2000. Access, Empowerment and
Governance in the Information Age. Kuala Lumpur: NITC Malaysia Publication.
Nixon, Jon, 2008. Towards the Virtuous University. New York: Routledge.
Noordin Abd. Razak, 1972. Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Latihan bagi
Sarjana Muda Sastera, Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Rohana Man, 2002. Pilihan Raya Kampus Dedah Sikap Sebenar Pelajar. Utusan Malaysia
23 Disember 2002.
Saifuddin Abdullah, 2008. Politik Baru. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia.
50
Singgelkow, Richard A, 1991. Dissent and Disruption: A University Under Siege. New York:
Prometheus Books.
Walzer, Michael (Ed), 1998. Towards a Global Civil Society. Providence Berghahn Books.
Zaini Ujang, 2009. Mengangkasa Pengajian Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia Press.
51
PENULIS
52