Anda di halaman 1dari 6

NGU SZE LING

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

7.0 Refleksi Kendiri


Program Bina insan Guru ini telah memberi peluang kepada saya untuk
mengetahui kekuatan dan kelemahan saya. Program ini juga banyak memberi puluang
kepada saya untuk meningkat lagi kekuatan saya dan menambahbaikan kelemahan
saya. Saya juga telah menghadapi pelbagai cabaran semasa program ini dijalankan.

Semang
at
kerjasa
ma

Berani
bercakap
di
hadapan
orang
ramai

Kekuat
an

Sentiasa
memberi
galakkan

Semanga
t tidak
mudah
putus
asa

Berfikir
secara
kreatif

Rajah 10: Kekuatan yang telah diperkembangkan sepanjang Program Bina


Insan Guru
Pertama sekali, program ini telah berjaya meningkatkan semangat saya yang
tidak mudah putus asa. Semangat tidak mudah putus asa ini telah ditunjukkan melalui
aktiviti air. Walaupun saya fobia air, mabuak laut dan deman pada masa itu, saya tetap

NGU SZE LING

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

meminta cikgu untuk membernarkan saya berkayak. Pada pemulaannya, saya


menghadapi masalah dalam pengawalan arah. Walaubagaimanapun, saya tetap sabar
dan tabah menghadapi cabaran ini. Dengan sikap saya yang tidak mudah putus asa ini,
saya berjaya berkayak ke tengah laut dengan baik.
Selain itu, saya dapat meningkatkan kekuatan saya yang dapat berfikir secara
kreatif dalam membuat penghiasan. Melalui aktiviti ini, saya boleh mengaplikasikan
pemikiran kreatif saya. Saya telah menggunakan timum untuk menghiaskan hidangan
kumpulan saya. Saya memotong timum dalam pelbagai jenis bentuk seperti dalam
bentuk bunga, bintang dan sebagainya. Melalui aktiviti ini, pemikiran kreatif saya daapat
ditingkatkan.
Tambahan pula, saya telah berjaya meningkat semangat keberanian. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa pembentangan di hadapan orang ramai memerlukan
sikap keberanian. Sekiranya kita tidak berani, maka nada suara kita akan kurang jelas
dan hal ini akan menjejaskan imej kita sebagai seorang bakal guru. Pembentangan
semasa aktiviti latihan Dalam kumpulan membolehkan saya meningkatkan sikap
keberanian saya untuk membentang dan menjawab soalan yang dikemukakan secara
spontan.
Sementelahan itu, program Bina Insan Guru ini telah meningkatkan kekuatan
saya yang suka menolong dan menggalakkan orang semasa mereka dalam kesedihan,
keletihan dan kesusahan. Saya merupakan seorang yang selalu memberi sokongan
moral dan motivasi kepada rakan-rakan saya. Bagi saya, sokongan moral dan motivasi
amat diperlukan sekiranya seseorang berada dalam kesedihan dan keletihan. Galakkan

NGU SZE LING

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

dan motivasi ini akan meningkatkan semangat juang rakan saya kerana mereka
memahami bahawa walaupun mereka berada dalam kesusahan terdapat juga orang
yang menyokong dan saying mereka. Melalui program ini, saya lebih yakin bahawa
sikap saya yang suka memberi sokongan moral dan motivasi ini perlu dikekalkan dan
ditingkatkan lagi.
Bukan sahaja itu, melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Bina Insan
Guru

ini,

saya

telah

meningkatkan

semangat

kerjasama

dalam

diri

saya.

Sememangnya, sikap kerjasama perlu ada dalam sanubari setiap orang untuk
menjayakan sesuatu aktiviti. Semangat kerjasama juga dapat membantu dalam
merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Aktiviti seperti tongkat
amanah, memasak, membuat persembahan kumpulan memerlukan kerjasama setiap
ahli kumpulan. Sekiranya terdapat seorang ahli kumpulan yang tidak bekerjasama,
maka kumpulan tersebut akan menghadapi masalah. Sebagai contoh, semasa aktiviti
persembahan berlangsung, sekiranya terdapat seorang ahli kumpulan yang tidak
bekerjasama, maka persembahan tersebut tidak dapat diteruskan. Oleh itu, terbuktilah
bahawa sikap kerjasama yang ada pada saya ini sangat penting dan perlu dipraktikkan
selama-lamanya.

NGU SZE LING

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

Sikap yang sensitif

Kelemaha
n

Mabuk laut dan


fobia air
Tidak berani
mengemukakan
pendapat kepada
orang yang tidak
kenali

Rajah 11: Kelemahan saya yang perlu dipertingkatkan lagi


Sebaliknya, mealui Program Bina Insan Guru ini, saya telah mengetahui
kelemahan saya. Semasa program ini berlangsung, saya telah dipinggir dan dimarahi
oleh seorang ahli kumpulan yang berpanas baran. Saya berasa amat sedih. Walaupun
ahli kumpulan saya yang lain sentiasa bercakap dengan saya, namum. Sikap saya
yang sensitif dan mementingkan perasaan ini menyebabkan saya menghadapi
masalah. Namum begitu, dengan adanya sokongan dan dorongan ahli kumpulan yang
lain, saya telah dapat bergaul dengan rakan kumpulan yang lain.
Selain itu, kelemahan saya ialah saya mudah mabuk laut ketika berada di laut.
Kelemahan saya ini menyebabkan saya tidak dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.
Saya juga tidak cergas dari segi fizikal. Saya menghidap penyakit asma sejak kelahiran
saya. Penyakit ini merupakan salah satu sebab saya tidak cergas dari segi fizikal. Oleh

NGU SZE LING

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

sebab penyakit ini juga, saya telah mengabaikan kecergasan fizikal saya. Olehi itu,
kelemahan saya yang mudah mabuk dan tidak cergas dari segi fizikal perlu diperbaiki
dan ditingkatkan.
Kelemahan saya seterusnya ialah saya tidak berani mengeluarkan fikiran kepada
orang yang tidak saya kenali. Pada hari pertama, saya dipinggirkan kerana saya tidak
banyak bercakap. Saya cuma bercakap dengan orang yang saya kenali sahaja.
Namum begitu, ahli kumpulan saya yang ramah mesra sering bertanya pandangan
saya. Dengan dorongan rakan kumpulan saya, saya berani juga mengemukakan
pandangan say semasa aktiviti-aktiviti seterusnya.
Program Bina Insan Guru ini telah memberi banyak peluang untuk meningkatkan
kebolehan saya dan memperbaiki kelemahan saya. Pembentangan semasa aktiviti
Latihan Dalam Kumpulan telah berjaya meningkatkan pemikiran kritis saya di mana
saya boleh menjawab soalan yang dikemukakan secara spontan. Pemikiran kritis ini
memang sukar untuk dikuasai dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Namum
begitu, dengan adanya aktiviti tersebut, saya dapat meningkatkan pemikiran kritis saya
secara perlahan-lahan. Pengalaman ini banyak membantu dalam membentuk jati diri
saya yang unggul.
Tambahan pula, aktiviti air turut memberi peluang bagi saya untuk meningkatkan
keyakinan saya agar tidak takut air. Melalui aktiviti air ini, keyakinan diri saya telah
diperkembangkan dan saya yakin bahawa saya sekiranya saya berhadapan dengan
situasi di mana saya perlu berakit di laut yang berombak, saya dapat lakukannya
dengan penuh keyakinan diri.

NGU SZE LING

Slot

Moral

PISMP BI (SK) 2 AMBILAN JANUARI 2013

juga

memainkan

peranan

yang

amat

penting

dalam

memperkembangkan potensi saya sebagai seorang guru. Melalui slot Moral, saya lebih
menghayati profesion keguruan ini. Kerjaya keguruan ini sememangnya amat
mencabar. Guru akan berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran dan dugaan yang
tidak menentu. Walau bagaimanapun cabaran yang kita hadapi, kita pasti dapat
menyelesaikannya sekiranya kita yakin kepada diri sendiri bahawa kita pasti boleh
menyelesaikannya. Cabaran yang kita hadapi merupakan satu dorongan yang
membolehkan kita menjadi lebih cemerlang.
Sepanjang Program Bina Insan ini, saya telah menghadapi banyak ancaman di
mana saya mudah mabuk laut dan fobia air. Ancaman ini perlu diatasi agar saya tidak
akan terbantut dengan kelemahan saya ini malah dapat

menuju kea rah menjadi

seorang guru yang unggul pada masa yang akan datang. Selai itu, laut yang berombak
dan mempunyai batu-batu yang besar merupakan salah satu ancaman yang membuat
saya takut berakit di laut.
Natijahnya, Program Bina Insan Guru ini telah memberi banyak peluang bagi
saya untuk meningkatkan kekuatan saya dan memperbaiki serta meningkatkan
kelemahan saya. Tanpa aktiviti ini, kelemahan saya tidak dapat dipertingkatkan.