Anda di halaman 1dari 7

Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah & Teknik (Bahagian 3)

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA


Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik
darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk
membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

digunakan.Keberkesanannya

bahasa,

bergantung

kepada

pelbagai
sejauh

teknik
mana

guru

boleh
dapat

memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan
dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini
diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guruguru dalam pengajaran mereka.
1.TEKNIK BERSOAL JAWAB
Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling
popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini
bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling
berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia
menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk
pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan
kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di
kalangan pelajar.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalansoalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan
mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar,
tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak
satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini
biasanya

bergantung

kepada

kebolehan

guru

merancang

soalan-soalan

dan

mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi
oleh pelajar.
2.TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh

pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran


pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa
bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ambil
peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan
dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada
dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula
dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar
dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen,
mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.
3. TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI
Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama
digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orangorang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan
mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali.
Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :
1. Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan
perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
2. Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga
apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk
menyebutnya.
3. Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat
menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku.
4. Mengingatkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses
menghafaz .
Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu
supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan
yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran
tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai
dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk

mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan,


membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai
kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya
memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus
ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka,
jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan
membosankan.

4. TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH


Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah
penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau
halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan beberapa
langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : (a) Kenal masalah Biasanya teknik ini
memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula
menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau
mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan
yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini dijalankan,
guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa banyak sekatan .
5.TEKNIK BERCERITA
1.

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.

2.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat


disampaikan.

3.

Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca


dan menulis dikalangan pelajar.

4.

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan,


kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik
persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.

5.

Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan
mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

6.

Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

7.

Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

8.

Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.

9.

Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

10.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.

11.

Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

12.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.

13.

Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan


aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

6.TEKNIK DRAMA
1.

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.

2.

Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak
tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau
perbuatan.

3.

Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar


menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

4.

Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi


sesuatu.

5.

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.

6.

Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada


pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.TEKNIK PERBINCANGAN

untuk

1.

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas


pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan
fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85).

2.

Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk


perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan
seorang guru.

3.

Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam


mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik
yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

4.

Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk
bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja
sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk
bercakap dan mengeluarkan pendapat.

5.

Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar
sendiri.

6.

Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :

7.

Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

8.

Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih


seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua
aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.

9.

Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan


cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.

10.

Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan
yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan
mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11.

Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap


kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti
penulisan dan sebagainya.

8.TEKNIK SUMBANGSARAN
1.

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.

2.

Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah
dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks
pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.

3.

Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan


pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran
1.

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid

2.

Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas

3.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk


dibincangkan dalam sesi umum.

4.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak

5.

Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan

6.

Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea

7.

Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.

8.

Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan


mencukupi

9.

Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )

10.

Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik

11.

Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

9.TEKNIK SIMULASI
1.

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai


keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri
berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan
masalah, isu atau tugasan semula.

2.

Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan
mencatat isi-isi penting.

3.

Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri


situasi dan masalah.
4.

Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan


terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.

5.

Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi


kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

10.TEKNIK PERMAINAN BAHASA


1.

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.

2.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar


memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.

3.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran


berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.

4.

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan


dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :

5.

merangsang interaksi verbal pelajar

6.

menambah kefasihan dan keyakinan

7.

menyediakan konteks pembelajaran

8.

bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

9.

bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

Anda mungkin juga menyukai