Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS

KERTAS KERJA KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SESI 2013


1.0 RASIONAL
Kursus ini diadakan bagi memperkasakan para pengawas dengan
memberikan pendedahan kepada mereka yang terdiri daripada semua
pengawas sekolah, dan pengawas PSS tahap 2 akan cara bagaimana menjadi
seorang pemimpin yang berketerampilan baik dari segi sahsiah mahupun
akademik. Selain daripada itu kursus ini juga diharapkan dapat memberi
panduan kepada semua pengawas sekolah dan pustakawan cara
melaksanakan tanggungjawab yang sepatutnya dijalankan sebagai tugasan
harian dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin dan
pengurusan sekolah. Selain daripada itu, melalui kursus ini mereka juga diharap
lebih fokus dan yakin dengan setiap tindakan yang perlu diambil setiap kali
berhadapan dengan sesuatu situasi yang mencabar bidang tugasan mereka.
2.0 MATLAMAT
Memperkasakan pengawas-pengawas agar mereka dapat menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan mengikut panduan yang betul dan sebagai
perantara dalam membantu pihak sekolah mengatasi masalah salah laku dalam
kalangan murid sekolah mahupun pengurusan perjalanan sekolah.
3.0 OBJEKTIF
Meningkatkan motivasi para pengawas, dan pengawas PSS serta
memberi kesedaran tentang kehebatan mereka kerana terpilih sebagai
salah seorang pemimpin murid di sekolah.
Mendedahkan bagaimana penampilan dan kepimpinan seorang pemimpin
yang dihormati dan disegani.
Mendedahkan tentang tanggungjawab dan tugas mereka sebagai
seorang pemimpin.
Mendedahkan kepada pengawas dan pengawas PSS bagaimana
menjalankan tugas dengan baik dan berkesan.
4.0 SASARAN
50 orang Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Tahap 2

5.0 PERJALANAN AKTIVITI


SABTU - 20 OKTOBER 2013
02.30 03.00 PETANG
MURID BERKUMPUL DI SEKOLAH
03.00-04.00
MURID BERGERAK MENAIKI BAS KE DVILLAGE RESORT
04.00-05.00 PETANG
- TAKLIMAT PROGRAM,PENEMPATAN
05.00-06.00 PETANG
- AGIHAN KUMPULAN
- ICE BREAKING OLEH USTAZ FADHLI SAMIN
06.00-07.00 MALAM
MAKAN MALAM
07.15-09.00 MALAM
SEMBAHYANG MAGRIB, TAZKIRAH DAN SEMBAHYANG ISYAK
09.00-10.30 MALAM
SLOT 1
KENALI DIRI SEBAGAI PEMIMPIN OLEH ENCIK SALLEH BIN HAJI HARUN
10.30 MALAM
MINUM MALAM
06.00-07.00 PAGI
SEMBAHYANG SUBUH,TAZKIRAH
OLEH USTAZ MOHAMMAD BIN HASHIM
07.00-08.30
SENAMAN PAGI,SARAPAN DAN PERSIAPAN DIRI
08.30-10.00 PAGI
SLOT 2
CERAMAH DISPILIN OLEH ENCIK AHMAD OTHMAN
10.00-10.30 PAGI
MINUM PAGI
10.30-11.30
SLOT 3
SIKAP SEORANG PEMIMPIN OLEH PN MASIHA BTE KAWI

11.30-12.00 TGH HARI


SLOT 4
REFLEKSI/ RUMUSAN AKTIVITI(KEM KOMANDEN)
OLEH ENCIK SALAHHUDDIN BIN SALLEH
12.00-12.30 TGH HARI
MAJLIS PENUTUP
12.30-01.00 PETANG
MAKAN TENGAH HARI
01.00-02.30 PETANG
PERJALANAN BALIK KE SEKOLAH

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


ANGGARAN PERBELANJAAN
NO
01.

02.
03.
04.

PERKARA

JUMLAH(RM)

BAYARAN PENGINAPAN
50 ORANG MURID X RM30
GURU 4 X RM100.

RM 1,500.00
RM 400.00

BAYARAN PENCERAMAH
5 PENCERAMAH X RM100.00

RM 500.00

BAHAN FOTOSTET
RM 1 X 153 ORANG MURID

RM 153.00

CENDERAHATI

RM 50.00
TOTAL

RM2,603.00

7.0 SUMBER KEWANGAN


Permohonan sumbangan daripada pihak tertentu dan peruntukan kewangan
sekolah 2012

8.0 JAWATANKUASA INDUK KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2012


PENASIHAT
Pn. Rogayah Mohamed Said
(Guru Besar)
PENGERUSI
Tn. Hj. Zali Othman
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI
Tuan Haji Zali Bin Othman
(GPK 1)
En. Mohd Rozhi Ibrahim
(GPK HEM)
PENYELARAS PROGRAM
Pn. Masiha Kawi
(Guru Bimbingan)
SETIAUSAHA
En. Suhaimi Salleh
En. Salahuddin Salleh
BENDAHARI
Pn. Hjh Kasmah Kasban
AHLI JAWATANKUASA
Semua AJK Badan Disiplin Pengawas
Semua AJK Pusat Sumber

10.0 PENUTUP
Dengan adanya program ini diharapkan semua pengawas dapat memahami tugas dan
tanggungjawab yang perlu dijalankan dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih
baik dan berkesan.
Disediakan oleh;

...
(EN. SUHAIMI BIN SALLEH)

Guru Badan Disiplin,


SK Telok Mas,
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai