Anda di halaman 1dari 78

LONTAR PELURU

Ahli kumpulan:
Izzat Najmi bin Ibrahim
Boon shui Meei
Cheng Swee Fong
Dato Liang Anak Seruji
Jeffrey Yeoh Ze Hui
Khairul Amin bin Mohd Sham
Punitha A/P Nagappan

Jenis Dan Spesifikasi


Peluru

Peluru adalah alatan penting dalam


acara lontar peluru. Bentuk peluru
mestilah bulat dan licin. Peluru
mestilah diperbuat daripada besi,
tembaga atau sebarang logam yang
tidak lembut dari tembaga atau
kulit dari bahan yang sama dan diisi
dengan timah hitam atau bahanbahan sejenisnya.

Syarat-syarat peluru untuk


kejohanan:
Lelaki

Wanita

Remaja Lelaki

Remaja Wanita

7.260 kg

4.00 kg

(minimum)

7.265 kg

4.005 kg

4.000 kg

3.250 kg

(maksimum)

7.285 kg

4.025 kg

5.000 kg

4.000 kg

(minimum)

110 mm

95 mm

93 mm

88 mm

(maksimum)

130 mm

110 mm

98 mm

90 mm

Berat untuk
pengesahan rekod
Berat untuk kejohanan

Diameter

PEGANGAN PELURU

Peluru harus diletak di atas tapak jarijari yang dikembangkan dengan ibu jari
dan jari kelingking memberi sokongan
sisian. Pergelangan tangan haruslah
membengkok lurus (flexed).
Para peserta tidak boleh memegang
peluru di tapak tangan. Ini merupakan
satu kesalahan biasa yang dibuat oleh
kebanyakan peserta yang baru belajar
melontar peluru.

1. Teknik asas memegang peluru dengan


tiga jari.
. Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari
tengah yang direnggangkan sedikit dan
ibu jari. Jari kelingking dibengkokkan di sisi
peluru.

2. Teknik memegang peluru dengan lima


jari
. Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan
jari kelingking mengimbangi kedudukan
peluru. Teknik ini disyorkan untuk para
pelajar sekolah rendah.

Sektor Lontar Peluru

Kawasan lontaran peluru disediakan khas


bagi membolehkan setiap atlit acara ini
melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan
ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan
sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah
2.135m pada diameternya yang diukur dari
sebelah luar garisan. Pada bahagian
hadapan bulatan lontaran dipasang penahan
untuk menentukan kaki atlit menyentuk atau
melepasi papan penahan yang
mengakibatkan lontaran dibatalkan.

Kebenaran curaman ke maksimum ke bawah, ke


arah lontaran bagi kawasan mendarat adalah
tidak melebihi 1:1000. Kawasan mendarat atau
lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan
putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika
diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat
bulatan lontaran dan bersudut 40.
Pembentukan papan penahan yang bercat putih
diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan yang
sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian
tepi dalamnya sesuai dengan bahagian dalam
tepi bulatan dan dibuat kukuh.

Papan penahan ini diletakkan di


tengah-tengah diantara dua garisan
lontaran.
Ukuran papan penahan ini adalah di
antara 112 mm dan 300 mm lebar,
1.21 m sehingga 1.23 m panjang di
sebelah dalamnya dan 98 mm
sehingga 102 mm tinggi berdasarkan
kepada paras bahagian dalam
bulatan

CARA KELUAR & MASUK


BULATAN LONTARAN

Pelontar masuk dari bahagian


belakang bulatan lontaran semasa
hendak membuat lontaran.
Peserta keluar dari bahagian
belakang bulatan lontaran selepas
membuat lontaran. Sekiranya
pelontar keluar dari bahagian
hadapan, lontaran itu dibatalkan.

TEKNIK MELONTAR
PELURU
Teknik atau gaya melontar peluru
yang biasa diamalkan ialah:
a) Gaya berdiri dan melontar
(tanpa lungsuran)
b) Gaya melungsur selangkah
c) Gaya Parry OBrien

GAYA
BERDIRI
DAN
MELONTAR
(TANPA
LUNGSURAN
)

FASA PERSEDIAAN

1. Peserta berdiri di bahagian di


hadapan bulatan dengan bahu
kirinya menghadap ke arah lontaran
(sekiranya memegang peluru di
tangan kanan.

2. Menempatkan peluru di bahagian


yang sesuai iaitu di bawah telinga
dan hampir dengan leher.

3. Lengan tangan diangkat hampir mendatar dan siku


ke luar.

4. Setelah itu, peserta haruslah merendahkan


badan dengan membengkokkan kaki
kanannya yang terletak hampir dengan
garis pusat bulatan.

FASA KILASAN BADAN

Kilaskan bahagian pinggang dan


mula menolak tangan kanan ke
hadapan dan ke atas sambil
menyilangkan badan.
Fasa ini melibatkan pemindahan
berat badan dari kaki kanan ke kaki
kiri.

FASA LONTARAN

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki


belakang (kaki kanan) diluruskan sambil
menekan ke atas tanah sehingga badan
menjadi terangkat.
Peluru perlu dilontar keluar dari tangan
menuju ke hadapan dan ke atas sambil
bawakan kembali tangan kiri dengan cepat
ke arah kiri.
Tangan diluruskan mengikut arah lontaran
peluru manakala tangan kiri membantu
mengimbangkan tangan.

FASA PEMULIHAN

Kedudukan kaki depan dan belakang


sama seperti semasa fasa lontaran.
Pindahkan berat badan dari kaki
belakang ke kaki hadapan.

Dalam gaya berdiri ini, pelontar tidak


melakukan lungsuran dan
pergerakan badan pula tidak begitu
kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak
ditegaskan dalam gaya ini.

GAYA
LUNSUR
SELANGKA
H

FASA PERSEDIAAN

1. Pelontar berdiri di bahagian


belakang bulatan dengan
membelakangkan kawasan lontaran.

2. Selepas menempatkan peluru di tempat


yang sepatutnya, bongkokkan badan
dengan membengkokkan kaki kanan.
3. Kaki kiri dibiarkan dalam keadaan selesa
(bengkok dan mencecah bahagian
tengah bulatan dengan hujung kaki).
4. Tangan bebas berperanan untuk
mengimbangkan kedudukan badan dan
ia diletakkan di hadapan badan pelontar
dengan sikunya dibengkokkan sedikit.

FASA LUNGSURAN

Daripada lakuan sedia, menolak


dengan kaki kiri supaya kaki kanan
pelontar dapat membuat lungsuran
ke bahagian tengah bulatan.
Lungsuran ini dilakukan secara
pantas dan licin.

Berat badan pelontar mestikan


masih berada di atas kaki kanan,
manakala bahagian badan pula
terus dibiarkan membongkok
(jangan tegakkan badan semasa
melungsur).
Kaki kiri pelontar pula diletakkan di
hadapan bulatan.

Kedudukan kaki
melakukan
teknik
lungsuran

Lakuan lungsuran yang


membatalkan lontaran
Semasa melungsur, menyentuh
bahagian atas lengkungan besi atau
papan penahan akan membatalkan
lontaran.

FASA KILASAN BADAN

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak


semula dan proses lungsuran itu
tamat, pinggul kanan dipusing ke kiri
dan ke atas serentak dengan kilasan
badan.
Bahu dan tangan kanan (yang
memegang peluru) masih menghala
ke belakang.

FASA LONTARAN

Apabila kilasan badan itu selesai, badan


menghadap ke arah lontaran
Kaki yang melungsur (kaki kanan yang di
belakang) menolak dengan kuat
sehingga badan terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli
dengan pergerakan menolak peluru
yang bermula dengan menggunakan
bahagian bahu diikuti pula dengan
tangan yang memegang peluru.

Tangan mengikut peluru sejauh yang


boleh dan kaki mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa
peluru dilontar.

FASA PEMULIHAN

Tukar dengan pantas kaki belakang


dibawa ke hadapan bulatan dan pada
masa yang sama kaki hadapan
dibawa ke belakang untuk
memindahkan berat badan.
Fleksi lutut kaki hadapan.

Pulihan ini bertujuan bagi


mengelakkan pelontar hilang
keimbangan dan terjatuh di kawasan
hadapan selepas melepaskan peluru,
pergerakan pulihan hendaklah
dilakukan jika perlu.
Pergerakan ini merupakan
sebahagian daripada pergerakan ikut
lajak.

GAYA
PARRY
OBRIEN

FASA PERSEDIAAN

1. Peserta mengambil posisi mulaan


dengan belakangnya menghadap ke
arah lontaran dan berdiri di
bahagian belakang bulatan.
2. Sebagai persediaan, pelontar
haruslah membongkokkan badannya
ke hadapan dan pada masa yang
sama membengkokkan kaki
kanannya yang berada di hadapan.

FASA LUNGSURAN

Untuk memulakan lungsuran, kaki kiri


ditendang ke atas dan ke belakang
arah lontaran.
Dengan menggerakkan badan
melintasi pertengahan bulatan, diikuti
serta merta dengan meluruskan kaki
kanan.

Kaki kanan melungsur atas tapak kaki


yang rata ke tengah bulatan. Kaki kiri
diletakkan serta merta dekat papan
penahan tanpa mengubah kedudukan
bahagian atas badannya.
Badan pelontar ketika ini masih di
dalam keadaan condong.

Lakuan lungsuran yang


membatalkan lontaran
Semasa melungsur, menyentuh
bahagian atas lengkungan besi atau
papan penahan akan membatalkan
lontaran.

FASA KILASAN BADAN

Kilaskan bahagian pinggang dan


mula menolak tangan kanan ke
hadapansambil menyilangkan
badan.
Kaki kanan menggerakkan pinggul
ke atas dan ke hadapan.
Bahu menghadap ke hadapan.
Kaki diluruskan dengan cepat dan
badan diangkat dan mengilas badan.

Lunsuran dan kilasan mestilah satu


pergerakan yang bersambung dan licin.
Ini bererti bahawa peserta tidak
berhenti selepas lunsuran tetapi ia akan
terus mengilaskan badannya sebelum
tamat lunsuran.
Perbuatan tersebut akan memberi lajak
dan tekanan yang berlebihan untuk
mencapai balingan yang cukup kuat
dan kencang.

FASA LONTARAN

Apabila kilasan badan itu selesai, badan


menghadap ke arah lontaran
Kaki yang melungsur (kaki kanan yang
di belakang) menolak dengan kuat
sehingga badan terangkat dan melentik.
Pergerakan ini hendaklah disusuli
dengan pergerakan menolak peluru
yang bermula dengan menggunakan
bahagian bahu diikuti pula dengan
tangan yang memegang peluru.

Tangan mengikut peluru sejauh yang


boleh dan kaki mestilah digunakan
untuk menahan dengan kuat.
Kedua-dua belah kaki mesti
bersentuhan dengan tanah semasa
peluru dilontar.

Peraturan - Fasa Lontaran


Peluru ditolak dari kedudukan atas
bahu
Lontaran hendaklah dibuat dalam
bulatan atau kawasan lontaran dan
peluru mesti mendarat di dalam
kawasan mendarat. Lontaran yang
keluar dari kawasan mendarat dikira
batal.

FASA PEMULIHAN

Tukar dengan pantas kaki belakang


dibawa ke hadapan bulatan dan pada
masa yang sama kaki hadapan
dibawa ke belakang untuk
memindahkan berat badan.
Fleksi lutut kaki hadapan.

MENGUKUR JARAK
LONTARAN

Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di


kawasan mendarat sehingga ke
bahagian dalam penahan atau garis
bulatan.
Hujung pita ukur ditempatkan pada
bahagian kesan peluru yang paling dekat
dengan bulatan.
Hujung pita ukur ditempatkan pada
bahagian kesan peluru yang paling dekat
dengan bulatan lontaran.

Pita ukur ditarik sehingga di tengah


bulatan.
Bacaan pita yang bertemu dengan
bahagian dalam penahan akan
menunjukkan bacaan lontaran.

Bulatan melontar peluru dan cara


mengukur jarak lontaran

Pengadil menentukan cara dan


kedudukan peluru
Terdapat empat orang pengadil yang
terlibat iaitu :
pengadil pertama menentukan cara dan
kedudukan peluru,
pengadil kedua mengawasi kedudukan
kaki peserta,
pengadil ketiga dan keempat
mengawasi tempat peluru mendarat.

Kedudukan pengadil

KAWASAN PENDARATAN

Satu kawasan khas hendaklah disediakan


bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada
sebarang gangguan.
Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus
yang ditandakan pada sudut 40 pada
tengah bulatan lontaran.
Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu
bergantung kepada peringkat pertandingan
yang diadakan serta peserta yang
mengambil bahagian

Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta


hendaklah mendarat atau terjatuh di
dalam kawasan tersebut.
Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan
atau di atas garisan yang memagarinya,
maka lontaran itu dianggap batal.
Oleh itu peserta hendaklah memastikan
supaya setiap lontaran yang dibuat akan
mendarat di dalam kawasan yang
dikhaskan.

PITA PENGUKUR

Pita ini digunakan untuk mengukur


jarak lompatan yang dibuat oleh
seseorang peserta.
Ukuran dibuat dari titik tengah
bulatan tetapi bacaan hanya diambil
dari papan penanda hingga kesan
tempat peluru mendarat.
Lontaran yang dibuat oleh peserta
perlulah diukur bagi menetukan jarak
yang dilakukan.

Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu


diukur sebaik selepas sesuatu lontaran.
Ianya bermula dari tempat peluru
mendarat hinggalah ke bahagian tengah
bulatan lontaran.
Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira
setakat bahagian dalam papan penanda
pada bulatan tersebut.
Peserta yang mencapai jarak yang paling
jauh menerusi lontaran yang sah dikira
pemenang

SEKIAN TERIMA
KASIH !