Berlari, melompat dan melontar atau membaling merupakan perlakuan semula jadi manusia yang melambangkan keupayaan dan kemahiran asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai fikiran. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Dari masa ke semasa, kebolehan manusia ini menjadi satu acara pertandingan yang menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara seperti berlari, melompat dan melontar. Mereka yang melibatkan diri dalam olahraga ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki) dan olahragawati (perempuan). Olahraga trek dan padang biasanya dikenali sebagai olahraga atau trek dan padang adalah satu koleksi acara sukan yang melibatkan larian, balingan dan lompatan. Nama "olahraga" berasal daripada perkataan Greek "athlos", bermaksud "bertanding. Berdasarkan catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun sebelum masihi di Greece Kuno. Hal ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia. Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece dan merupakan tempat bermulanya tamadun manusia. Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olahraga, walaupun matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656 sebelum Masihi. Beliau telah melompat sejauh 23 kaki 1 inci. 1.1 OLIMPIK KUNO Pada awal sejarah Olimpik Kuno, terdapat tempat untuk menjalankan tradisi olahraga tanpa pakaian Greek yang diperkenalkan pada 720 Sebelum Masihi. Anak-anak lelaki bangsawan yang sememangnya dilatih untuk berlawan, bermain pedang, melompat, menunggang kuda, bermain tombak dan sebagainya telah menjadikan pentas sukan Olimpik untuk mempamerkan kehandalan mereka. Menurut legenda, Olimpik Kuno mula diperkenalkan oleh Hercules, anak kepada Zeus dari zaman Yunani yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi. Sukan ini, diadakan pertama kalinya di Olympia, Greece iaitu tempat suci tuhan Greek. Pada awal kewujudannya, Olimpik Kuno hanya disertai oleh kaum lelaki sahaja. Hadiah yang diberikan kepada pemenang adalah mahkota atau kalungan yang diperbuat daripada daun zaitun. Selain itu, pemenang juga akan menjadi pujaan ramai dan menjadi orang yang sangat dihormati. Nama pemenang juga akan dijadikan puisi atau dibuat satu ukiran patung khas yang menyerupai pemenang. Oleh yang demikian, mereka bersemangat untuk memenangi acara yang dipertandingkan. Mengikut catatan, Coroebus, seorang pelari yang mengambil bahagian dalam temasya itu telah memenangi acara lari 192 meter, sekaligus menjadikannya 1
NOR NADIA NABILAH BINTI MOHD NOR AZAN
sebagai juara pertama dalam sejarah Olimpik Kuno. Coroebus, atlet yang merupakan pemenang pertama dalam sejarah Olimpik Kuno. Tahun silih berganti, Sukan Olimpik Kuno terus berkembang dan mula diperkenalkan dalam empat tahun sekali selama 1,200 tahun. Bagaimanapun, pada tahun 393 selepas Masihi, kerajaan empayar Yunani yang diperintah oleh Maharaja Theodosius 1, seorang yang berfahaman kristian mengharamkan sukan itu yang dikatakan menjadi festival bagi orang tidak beragama (pagan). Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Ketiadaan sukan itu menyebabkan penduduk pada ketika itu berasa kehilangan sesuatu. Mereka tidak lagi dapat berkumpul dan bertanding seperti sebelumnya. Oleh sebab pertandingan sukan olahraga menerusi Sukan Olimpik Kuno itu diadakan khusus untuk penduduk sekitar Greek sahaja, tiada negara lain yang sanggup meneruskan tradisi sukan tersebut akhirnya berkuburlah sukan itu. Hal ini berlanjutan sehingga abad ke-19. Walaupun tanpa sukan tersebut mereka terus mengadakan pertandingan sesama mereka secara kecil-kecilan. 1.2 OLIMPIK MODEN Menjelang abad ke-19 barulah timbul ura-ura untuk menghidupkan semula Sukan Olimpik yang sekian lama berkubur. Dalam pada itu terdapat pula usaha negara-negara lain, yang mula menunjukkan minat (selain Greek) untuk menghidupkan semula sukan olahraga. Di England, Sukan Olahraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian, kelab olahraga pertama dunia ditubuhkan. Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu, semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun 1850, sebuah kelab olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang. Tahun-tahun 1860-an, merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England. Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland. Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan. Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diikhtiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke-20 menunjukkan sebahagiannya dikuasai oleh Amerika Syarikat. Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah banyak berkembang ke beberapa buah negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat. Walau bagaimanapun prestasi yang ditunjukkan oleh atlet-atlet 2
NOR NADIA NABILAH BINTI MOHD NOR AZAN
Amerika Syarikat masih tidak tergugat. Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini. Atlet-atlet dari negara-negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi dan menjadi ukuran kepada peserta -peserta Amerika Syarikat serta Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand. Selepas tahun-tahun 1960-an, barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum memberansangkan tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khususnya dalam sukan Olimpik. Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan kebangsaan telah diadakan. Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di peringkat Olimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan. Penubuhan persatuan-persatuan olahraga di sesebuah negara telah memberi kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau perjumpaan sukan olahraga yang dianjurkan oleh manamana badan atau persatuan yang bergabung di dalam Sukan Olimpik. Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olahraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Olimpik tidak akan dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dibawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Individu yang bertangungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian. Daripada jumlah itu, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar. Olahraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan. Selepas itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang diadakan di Barcelona 1992, seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah berusaha. Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melbourne. Malaysia telah mngambil bahagian di dalam empat acara sukan iaitu hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula 3
NOR NADIA NABILAH BINTI MOHD NOR AZAN
dari tahun itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat yang tidak turut serta. Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau prestasi membanggakan. Walau bagaimanapun, semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia. Perubahan konsep Olimpik telah berlaku, iaitu semasa Sukan Olimpik di Los Angelas pada tahun 1984, iaitu dengan menswastakan menerusi penajaan yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit telah memeriahkan lagi sukan ini. Begitu jugalah penyertaan ahli-ahli sukan profesional ke dalam sukan ini, walaupun mendapat tentangan, namun telah meningkatkan kemeriahan dan prestasi ahli-ahli sukan yang terlibat. Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan olahraga di dunia ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara masing-masing ini termasuklah negara kita. Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun mendapat kebenaran daripadanya. Walau bagaimanapun, ianya masih merupakan satusatunya persekutuan yang mengikhtiraf sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang atlet. Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan demikian, IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini. Sukan Olimpik 2012 merupakan Olimpik terakhir dan sukan antarabangsa utama yang diadakan di London serta beberapa buah bandar raya lain di United Kingdom, dari 25 Julai hingga 11 Ogos 2012. Sukan Olimpik London 2012 mempertandingkan sebanyak 26 jenis sukan dan 302 jenis acara yang disertai oleh 204 buah negara. Antara acaranya adalah, Angkat berat, Artistic Gymnastics, Gusti, Judo, Lumba basikal, Memanah, Menembak, Olahraga, Pentatlon moden, Ping pong, Renang, Badminton, Besbol, Bola baling, Bola tampar dan sebagainya.