Anda di halaman 1dari 16

MAKLUMAT SEKOLAH

NAMA SEKOLAH

: SJKC KWANG HWA BUTTERWORTH

ALAMAT SEKOLAH

: SJKC KWANG HWA BUTTERWORTH


JALAN RAJA UDA
12300 BUTTERWORTH.

NO. TELEFON

: 04-3334080

NO. FAKS

: 04-3322705

ALAMAT EMEL

: jingen.agnes@gmail.com

NAMA GURU BERTANGGUNGJAWAB: PN. LEONG CHEANG YENG

Disahkan oleh:

____________________
(Tandatangan Guru Besar)
Nama: En. Lim Geok Eong
No. Akaun Bank:
Nama Bank:
Nama Penerima:

__________________________
( Cop Rasmi Sekolah)

KATA ALU-ALUAN GURU BESAR


SELAKU PENASIHAT JAWATANKUASA INDUK
PROJEK ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2013

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi


tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan program Anugerah
Sekolah Hijau ini.
Program ini telah meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan
memelihara alam sekitar dan kaitannya dengan kualiti hidup. Saya berharap
program ini akan mendorong mereka untuk memainkan peranan yang aktif
dalam usaha-usaha memelihara alam sekitar di tempat tinggal mereka, di
sekolah mereka, di dalam komuniti mereka dan di dalam negara mereka.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang
bertungkus lumus untuk menjayakan program ini di sekolah.
Semoga program ini dapat mencapai objektifnya bagi membantu usaha
kerajaan melahirkan generasi akan datang yang seimbang dari segi ilmu
pengetahuan dan tanggungjawab kepada alam sekitar.
SELAMAT MAJU JAYA.

(LIM GEOK EONG PKT, PJK)


GURU BESAR
SJKC KWANG HWA, BUTTERWORTH

KATA ALU-ALUAN PENOLONG KOKURIKULUM


SELAKU PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK
PROJEK ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2013
Program

Anugerah

Sekolah

Hijau

ini

dibentuk

sebagai

program

pengauditan alam sekitar bagi sekolah-sekolah di Seberang Perai.


Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemulihan alam
sekitar memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penyertaan
masyarakat. Perkara ini perlu dipupuk seawal mungkin kerana ia akan menjadi
faktor penentu kearah amalan cara hidup yang mesra alam pada masa akan
datang. Satu cara yang berkesan untuk memupuk kesedaran tentang alam
sekitar adalah melalui institusi pendidikan terutamanya sekolah.
Sesungguhnya

generasi

pelajar

hari

ini

merupakan

pewaris

dan

pemelihara alam sekitar negara. Kepada merekalah diharapkan agar pemilhara


dan usaha pemuliharaan alam sekitar terus lestari.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
dan penghargaan kepada pihak penganjur yang memberi khidmat mendidik,
khidmat

nasihat

dan

pembekalan

bahan-bahan

yang

diperlukan

untuk

melaksanakan pembuatan mudball dan sabun minyak masak terpakai.


Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, kakitangan
sekolah dan semua pekerja pembersihan swasta yang telah bekerjasama untuk
menjayakan program ini.
SEMOGA BERJAYA

(KOR HOOI YEN)


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENGENALAN
Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan
menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit
sebanyak akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam
sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik. Selain daripada itu juga,alam sekitar
adalah merupakan habitat bagi semua penghuni di alam ini.Contohnya binatang, fauna
dan flora.
Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Alam Sekitar dan
Pembangunan di Rio de Janeiro pada 1992 adalah titik permulaan gagasan
pembangunan lestari diperkenalkan dan diterima oleh warga dunia sebagai
pendekatan baru menuju abad ke-21. Pembangunan lestari atau ringkasnya
dimaksudkan pembangunan yang membolehkan generasi semasa, memenuhi
keperluannya tanpa mengkompromikan kemampuan generasi akan datang memenuhi
keperluan mereka, perlu dipraktikkan oleh semua negara dunia sekiranya kita ingin
menaruh harapan bahawa bumi untuk terus menampung keperluan asas
manusia.
Selaras dengan seruan ini,maka sekolah kami mengambil cabaran ini untuk
menyertai pertandingan Sekolah Lestari. Sekolah Lestari adalah Anugerah Alam
Sekitar bertujuan untuk membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan
pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar dalam aspek pengurusan, kurikulum,
kokurikulum dan penghijauan. Sekolah Lestari juga dapat di definisikan sebagai
Anugerah Alam Sekitar membudayakan pendidikan alam sekitar dengan menerapkan
nilai murni dalam aspek pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan secara
berterusan bagi mewujudkan amalan hidup yang selaras dengan konsep
pembangunan lestari. Pendidikan Alam Sekitar ialah pembelajaran untuk memahami
interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan
bijaksana dan bertanggungjawab ke arah kelestarian hidupan di bumi. Proses ini
melibatkan pendidikan tentang alam sekitar, melalui alam sekitar dan untuk alam
sekitar.

Objektif Sekolah Lestari ini adalah untuk memupuk nilai murni alam sekitar
pada kalangan warga sekolah. Selain daripada itu juga, ia dapat meningkatkan tahap
kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar.Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar sekolah
sememangnya perlu peka terhadap perkembangan dan aspek-aspek yang berkaitan
dengan alam sekitar. Objektif seterusnya pula, adalah menggalakkan warga sekolah
melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan.Melalui sekolah lestari ini, ia
dapat meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan
pendidikan alam sekitar dan dapat mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi
melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
Pencemaran alam sekitar dan perubahan iklim merupakan ancaman yang
terutama dekad ini. Kewujudan isu ini mungkin tidak disedari dan masih kurang diberi
perhatian oleh masyarakat kini. Di Malaysia, masih terdapat segelintir masyarakat
yang memandang ringan isu ini.
Sebagai sebuah institusi pendidikan, kami telah dikomitkan untuk mendidik
generasi baru untuk menghadapi dunia serba-serbi. Maka, sekolah kami berusaha
memainkan peranan kami dalam pemuliharaan alam sekitar khasnya dalam
pemupukan kesedaran terhadap pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar dalam
setiap jiwa anak murid sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan menggunakan
pendekatan 7R.
Setiap hari, kita menghasilkan lambakan sampah baru. Sisa buangan ini boleh
dikitar semula dengan menggunakan konsep 7R iaitu Rethink, Reduce, Reuse,
Recycle, Repair, Reject dan Responsibility. 7R merupakan kaedah yang boleh
diamalkan oleh orang ramai dalam usaha bersama-sama untuk memulihara alam
sekitar. Istilah 7R merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal.
Penerapan amalan 7R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat
mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
Semua warga sekolah digalakkan mempraktikkan konsep ini dalam aktiviti
harian agar boleh mewujudkan persekitaran yang lebih sihat kepada alam sekitar dan
turut meningkatkan kualiti hidup semua.

LATAR BELAKANG SEKOLAH


SJK(C) KWANG HWA BUTTERWORTH merupakan salah sebuah sekolah
rendah dimana bilangan muridnya yang terbesar di Malaysia. Sekolah Kwang Hwa
berasal daripada dua gabungan buah sekolah iaitu Sekolah Shi Tai dan Sekolah
Chung Yi.
Pada tahun 1936, Sekolah Shi Tai ditubuhkan oleh Encik Ong Chin Yu
manakala Sekolah Chung Yi ditubuhkan oleh penduduk tempatan.
Pada tahun 1945, selepas Jepun menyerahkan diri, penduduk-penduduk telah
berusaha menyusun semula polisi sekolah dengan mengabungkan Sekolah Shi Tai
dan Sekoah Chung Yi. Pengabungan dua buah sekolah ini dengan penukaran nama
sebagai Sekolah Kwang Hwa. Encik Ong Jia Xia dilantik sebagai guru besar. Pada
masa itu, bilangan murid hanya 127 orang dan 3 orang gura sahaja.
Pada tahun 1946 bilangan murid bertambah. Dengan pertambahan bilangan
murid, sekolah telah menubuhkan satu Ahli Jawatankuasa Pembinaan sekolah yang
pertama untuk membina 3 buah bilik darjah yang baru.
Pada tahun 1950, disebabkan bilangan murid semakin bertambah, Ahli
Jawantankuasa Pembinaan Sekolah Kedua telah ditubuhkan untuk membina 2
buah bilik darjah lagi.
Pada tahun 1956, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Sekolah Ketiga telah membeli
300 meter persegi tanah dan membina semula blok bilik darjah di depan sekolah. Pada
bulan November, kerajaan telah mengadakan kempen Obor untuk menghapuskan
buta huruf. Oleh itu, Ahli Jawatakuasa Pembinaan Sekolah Keempat ditubuhkan untuk
pembangunan sekolah. Kempen ini telah berjaya mengutip derma lebih kurang 30 ribu
dengan kerjasama orang ramai di masayarakat.

Pada tahun 1959, lapan bilih darjah dan sederet tandas telah dibina.
Pada hujung tahun 1961, guru besar Ong Jia Xia bersara dengan sebab
kesihatan yang kurang baik. Beliau telah mengurus Sekolah Kwang Hwa selama 20
tahun. Beliau telah memberi sumbangan yang banyak kepada sekolah ini.
Pada tahun 1962 sekolah ini telah menerima subsidi kerajaan. Pada masa itu
Lembaga Pengurus sekolah telah melantik Encik Nee Tze Chong sebagai guru besar
untuk mengurus pentadbiran sekolah. Pada tahun itu bilangan murid lebih kurang 800
orang.
Pada tahun 1963, sebuah dewan, kantin dan 3 buah bilik darjah telah dibina.
Pada tahun 1964, semasa Perayaan Tahun Baru Cina, pihak sekolah telah
mengadakan satu pesta untuk mengutip derma. Pihak Sekolah berjaya mengutip
sebanyak 38 ribu ringgit dan menjemput Ketua Menteri Pulau Pinang untuk
merasmikan pembukaan dewan yang telah dibina.
Pada tahun 1967 bilangan murid di sekolah ini telah bertambah lebih kurang
1500 orang. Ahli Jawatankuasa Pembinaan Sekolah sekali lagi ditubuhkan untuk
menyeru orang ramai menderma wang supaya pihak sekolah dapat membina lagi bilik
darjah untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. Pada tahun itu
pihak sekolah telah membeli sebidang tanah seluas 70 ribu meter persegi digunakan
sebagai padang sukan, 8 buah bilik darjah dalam dua tingkat dan membaiki semula
tandas dan lain-lain.
Pada 4hb November 1967, Menteri Pendidikan Encik Johari merasmikan
pembukaan bilik darjah yang baru. Pihak sekolah telah mengadakan satu pameran
seni lukis. Pameran ini telah mendapat pujian daripada orang ramai.
Pada tahun 1971, bilangan murid telan meningkat dengan mencapai bilangan
lebih kurang 2071 orang. Dengan peningkatan bilangan murid meyebabakan sekolah
ini terpaksa membahagikan kelas kepada sesi pagi dan sesi petang sebanyak 43 buah

kelas. Dengan kepesatan penambahan bilangan murid pada masa akan datang, Ahli
jawatankuasa Pembinaan Sekolah Kelima ditubuhkan untuk mengutip derma. Wang
yang dikutip dan bantuan kewangan daripada kerajaan yang bernilai 46 ribu ringgit
digunakan untuk membina 16 buah bilik darjah lagi. Pada hujung tahun, 16 buah bilik
darjah baru bersamaan 8 buah bilik darjah dahulu menjadi sebuah bangunan 3 tingkat.
Pada tahun 11hb Mei 1974, Menteri Pendidikan Tun Haji Muhammad Yaakob
dijemput untuk merasmikan upacara pembinaan dewan baru. Pada awal tahun 1975
dewan besar baru telah siap dibina. Tinggi dewan baru ialah 30 kaki. Di dalam dewan
terdapat dua buah gelanggang badminton. Dewan ini dapat menampung sebanyak
1000 orang penonton. Pentas yang luas, bilik solek, tandas, kipas dan sistem suara
disediakan . Pada 15hb Jun 1975, Timbalan Ketua Menteri Pendidikan Encik Chan
Siang Sun telah dijemput untuk merasmikan dewan baru ini.
Pada tahun 1977, perpustakaan yang berhawa dingin telah dibina dengan
tujuan memberi keselesaan kepada murid semasa membaca di perpustakaan.
Pada tahun 28hb Jan 1979, guru besar sekolah ini Encik Nee Tze Choong telah
bersara. Kementerian Pendidikan telah melantik Encik Lim Wai Long sebagai guru
besar baru Sekolah Kwang Hwa pada tahun 1hb Mac 1979.
Pada 1hb Jun 1986, sebuah bangunaan 3 tingkat yang mempunyai 18 buah
bilik darjah dan kantin sekolah telah dibina semula. Bilik darjah baru dan kantin baru
sekolah mula diguna pada tahun 1987.
Pada tahun 1993, Ahli Jawatankuan Pembinaan Sekolah ketujuh ditubuhkan
untuk mereka bentuk dewan kecil yang dibina pada tahun 1964 kepada sebuah dewan
serbaguana yang bertingkat tiga. Tingkat bawah bangunaan digunakan untuk
menjalankan aktiviti senaman dan ko-kulikulum. Tingkat kedua digunakan sebagai
pejabat guru dengan kelengkapan berhawa dingin yang boleh menampung lebih

kurang 120 orang guru bekerja di pejabat ini. Tingkat ketiga digunakan sebagai
pepustakaan sekolah yang berhawa dingin.
Selepas Encik Lim Wai Long bersara pada tahun 5hb Julai 1994, Kementerian
Pendidikan telah melantik Encik Lim Eng Seng sebagai guru besar yang keemapat di
sekolah ini pada tahun 1hb Ogos 1994. Beliau telah bersara pada tahun 26hb
September 2001. Pada tahun 1hb Oktober 2001 Kementerian Pendidikan telah
melantik Encik Lim Geok Eong sebagai guru besar yang kelima di Sekolah Kwang
Hwa. Kedua-dua orang guru besar ini mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi,
pengetahuan yang luas dan berpengalaman dalam pengurusan pentadbiran sekolah.
Mereka juga dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan Lembaga Pengurus
Sekolah, Ahli Jawatankuasa PIBG dan orang awam di sekitar sekolah.
Kini sekolah ini mempunyai sebuah dewan besar yang berhawa dingin, sebuah
dewan serbaguna, sebuah kantin dan 58 buah bilik darjah termasuk bilik gigi, bilik
muzik, bilik komputer, bilik makmal bilik TV pendidikan, pusat sumber sekolah,
perpustakaan, bilik kemahiran hidup, bilik bimbingan dan kaunselling, bilik tayangan,
bilik rehat, dan bilik sukan.
Untuk mencapai Wawasan Negara, Sekolah telah mengguanakan teknologi
yang canggih untuk meningkatkan pentadbiran sekolah. Sekolah Kwang Hwa telah
menggunakan sistem automasi untuk pepustakaan sekolah dan pentadbiran sekolah.
Kemajuaan sekolah kini adalah kerjasama Lembaga Pengurus Sekolah, pihak
PIBG dan orang awam yang sentiasa memberi sumbangan kepada pihak sekolah.

VISI SEKOLAH

1. Mendidik dan menghasilkan generasi baru yang berkemahiran 3M untuk


melanjutkan pendidikan lebih tinggi serta pembelajaran seumur hidup.
2. Melalui program Kurikulum dan Ko-kurikulum sekolah memperkembangkan
intelek, jasmani, rohani dan emosi generasi baru secara menyeluruh demi untuk
menjadi insan yang seimbang dan hamonis.
3. Menjadikan sekolah ini sebuah institusi pendidikan yang dihormati oleh
masyarakat dan diingati oleh murid- murid tua.

MISI SEKOLAH
1. Membantu setiap murid menguasai kemahiaran 3M.
2. Meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam semua aspek.
3. Mengawasi keselamatan setiap murid.
4. Menyemai budaya berasaskan nilai-nilai murni supaya menghasilkan murid
yang baik sahsiah serta sihat rohani.
5. Menjayakan aktiviti-aktiviti Kurikulum dan Ko-kurikulum supaya setiap murid
mendapat faedah dan berkembang potensinya secara menyeluruh.

Rasional

Pengisytiharan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato


Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak pada 7-18 Disember 2009 sempena
Persidangan Iklim Copenhagen, di mana Malaysia akan mengurangkan intensiti
karbon sehingga 40% secara sukarela menjelang tahun 2020.
Ini adalah satu tindakan yang syabas di mana negara kita telah menunjukkan
keperihatinan menetapkan sasaran menangni fenomena pemanasan global dan
perubahan

iklim.

Perkembangan

ini

menampakkan

perubahan

besar

minda

masyarakat kita dalam soal kelestarian alam bumi ini.


Dasar Perubahan Iklim Negara serta Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang digubal bagi memastikan keseragaman
undang-undang dalam pengawalan dan pengawalseliaan perkara-perkara yang
berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di seluruh
Semenanjung Malaysia dan Wilayah-wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan, akan
memastikan pembanguanan mampan dan lestari dikekalkan tanpa menjejas segala
kelangsungan perancangan.
Alam sekitar merupakan satu pemberian tuhan yang amat istimewa dan tidak
ternilai kepada penduduk dunia. Manusia sebagai makluk yang berakal diberi peranan
dan tanggungjawab untuk mengurus, menjaga dan memelihara kesejahteraan dan
keharmonian alam agar generasi yang akan datang masih boleh dan mampu
menikmati kehidupan yang baik.

OBJEKTIF SEKOLAH HIJAU

1. Memupuk nilai murni alam sekitar pada kalangan warga sekolah.


2. Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
3. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan.
4. Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam
menjayakan pendidikan alam sekitar.
5. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah
yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

VISI SEKOLAH HIJAU


1. Menjadikan institusi menyedarkan serta memupuk konsep hidup LOHAS
( Lifestyles of Health and Sustainability) di kalangan warga sekolah.

2. Merealisasi konsep eco- school merangkumi bidang Biodiversity ,


Litter(sampah), Waste(sisa) ,Energy(tenaga), Water(air),
Transport( pengangkutan) ,Healthy Living( Kehidupan Sihat), School Grounds
pada masa depan.
3. Menjadi pelopor dan rujukan serantau memberi latihan kepada para guru agar
menerapkan isu-isu global seperti perubahan iklim dalam kurikulum serta
mempraktikkannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Pendedahan, pendidikan, kesedaran serta perlaksanaan kepada warga sekolah
membantu usaha-usaha global menangani fenomena pemanasan global sejajar
dengan Dasar Perubahan Iklim Negara.
5. Menarik minat dan memotivasikan warga sekolah untuk melibatkan diri dengan
aktif dalam usaha Daripada sisa kepada sumber lalu kepada kasih sayang
(from Trash to resources then love,.

MISI SEKOLAH HIJAU

1. Mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar


dan masalah.

2. Meningkatkan kesedaran, kepekaan dan keprihatinan terhadap alam dan


masalahnya.
3. Memperolehi nilai, memupuk sikap positif, cintai alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif.
4. Memahami pembangunan negara perlu diterusksn dengan menggunakan
sumber semulajadi yang ada dengan terancang.
5. Menguasai kemahiran bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.
6. Memberi peluang penglibatan diri secara aktif dalam penyelesaian masalah
alam sekitar.

CIRI-CIRI AMALAN SEKOLAH HIJAU

Warga sekolah menghayati kepentingan menjaga alam sekitar.


Warga sekolah mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kehidupan.
Warga sekolah mesti tahu cara membuat baja kompos dan enzim.
Warga sekolah mesti mengamalkan 7R.
Meminimumkan penggunaan beg plastik di kawasan sekolah.
Mengelakkan pembaziran kertas , air dan elektrik.
Setiap pelajar harus melibatkan diri sekurang-kurangnya satu aktiviti alam

sekitar peringkat sekolah.


Setiap pelajar harus menjaga keceriaan kelas.

Setiap bilik darjah harus sentiasa bersih dan ceria.


Tidak boleh membuang sampah di merata tempat.
Tidak dibenarkan menconteng kemudahan sekolah.