Anda di halaman 1dari 4

Nama: Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin

Kilab bin Murrah bin Kaab


Nama-nama lain :
Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-Aqib, Al-Mutawakkil.
Nama-nama Gelaran :
Abu Qasim, Al-Amin.
Bangsa :
Arab Quraisy
Agama :
Islam
Tarikh Lahir :
Hari Isnin
12 Rabiul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiul Awal )
Bersamaan 20 April 571 Masihi.
Bidan Nabi :
Ummu Masud.
Tempat Lahir :
Di Syuaib Bani Hashim di Makkah.
Bilangan Adik-beradik :
Anak tunggal [ anak yatim ].
Nama Ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab.
Nama Ibu Susuan :
Thuwaibah [ hamba Abu lahab ], Halimah bt. Abu Zuaib as-Sadiah.
Nama-nama Pengasuh :
Aminah, Thuwaibah, Halimatun as-Sadiyah, Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman,
hamba perempuan bapa Rasulullah SAW.
Nama-nama Isteri :
Khadijah bt. Khuwailid, Saudah, Aisyah bt. Abu bakar, Hafsah bt. Umar, Zainab bt.
Khuzaimah, Hindun bt. Abi Umaiyah, Zainab bt. Jahsyi, Juwairiah bt. Al-Haris, Ramlah bt. Abi
Sufian, Sufiah bt. Huyi, Maimunah bt. Al-Haris.
Nama-nama Anak :
Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum, Ruqayyah.
Nama-nama Bapa Saudara :
Hamzah, Al-Abbas, Abu Talib, Abu Lahab, Az-Zubir, Abdul Kabah, Al-Muqawim, Dhirar,
Qusam, Al-Mughirah, Al-Ghaidak.
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa :
Sufiah, Atikah, Barrah, Urwa, Umaimah, Ummu Hakim Al-Baidha.
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam :

Hamzah, Al-Abbas.
Sufiah, Urwa.
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan :
Mariah al-Qibtiah, Raihanah.
Nama-nama Hamba Lelaki :
Aslam, Abu Rafi, Sauban, Abu Kabsyah Sulaim, Syurqan, Yasar Nubi.
Nama Anak Angkat :
Zaid bin Harithah bin Syarahil.
Nama-nama Khadam :
Anas bin Malik, Abdullah bin Masud, Uqbah bin Amir, Asla bin Syarik, Bilal bin Rabah,
Abu Zar al-Ghiffari.
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran :
Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai
bin Kaab, Abdullah bin Rawa.
Setiausaha Sulit :
Huzaifah b. Yaman.
Sifat Fizikal :
Badan tinggi sedang.
Rambut ikal mayang.
Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap.
Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu.
Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang.
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang :
Siddiq [ benar ], Amanah [ jujur], Tabligh [ menyampaikan ], Fatanah [ bijkasana ].
Sifat-sifat Yang Mustahil:
Kazib [ dusta ], Khianah [ pecah amanah], Kitman [ menyembunyikan ], Baladah [ bodoh].
Sifat-sifat Yang Harus :
Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam.
Pendidikan :
Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ].
Pekerjaan :
Gembala Kambing.
Berniaga.
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul
Umur 40 tahun di Gua Hira.
Guru Pertama :
Malaikat Jibril Alaihi Salam.
Tugas Utama :
Menyeru manusia menyembah Allah SWT.

Jawatan Yang Diamanahkan :


Menjadi Nabi.
Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin .
Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah.
Keistimewaan :
Sebaik-baik makhluk yang dicipta.
Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Quran.
Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ].
Manusia pertama masuk Syurga.
Gelaran Dari Kalangan Nabi :
Ulul Azmi [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ].

Kenangan Manis :
Dibawa melancong dalam peristiwa Isra dan Miraj.
Kenangan Pahit :
Diusir oleh penduduk Taif.
Semasa peperangan Uhud.
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu
Turunnya al-Quran Ayat Iqra [1-5 ayat, di Gua Hira] pada 12 Rabiul Awal.
Pengalaman Yang Paling Menakutkan :
Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa.
Hijrah ke Madinah
Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal
bersamaan 24 September 622M.
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam :
Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq.
Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ].
Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib.
Hamba : Zaid bin Harithah.
Sahabat-sahabat Kanan :
Abu bakar as-Siddiq.
Umar al-Khattab.
Uthman bin Affan.
Ali bin Abu Talib.
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat :
Abu Bakar dan Umar [ mertua ].
Uthman dan Ali [ menantu ].
Berita Yang Mengembirakan :
Keislaman Umar bin al-Khattab.
Berita Yang Menyedihkan :
Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi].
Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].
Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi].

Peristiwa Yang Mengembirakan :


Pembukaan Kota Mekah.
Penglibatan Dalam Peperangan :
Peperangan Badar , Uhud , Khandak , Khaibar , Al-Fath , Hunain , Tabuk.
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati :
Syam , Baitul Maqdis [ Palestin ].
Catat Rekod Dunia :
Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula
selepas waktu Isya hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra & Miraj ].
Isteri Yang Paling Disayangi :
Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ].
Anak Yang Paling Disayangi :
Fatimah.
Cucu Yang Paling Disayangi :
Hassan bin Ali.
Hussin bin Ali.
Sahabat Yang Paling Disayangi :
Abu Bakar.
Nasihat Nabi :
Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.
Wasiat Nabi :
Dalam Khutbah Wida [ Khutbah Selamat Tinggal ] Aku tinggalkan dua perkara , kamu
tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab
Allah dan Sunnahku.
Syafaat Nabi :
Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya.
Tarikh Wafat :
Waktu pagi hari Isnin.
12 Rabiul Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M
Umur 63 tahun , 4 hari.
Sabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia
telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga. (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Anda mungkin juga menyukai