Anda di halaman 1dari 10

1

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
SEMESTER 1 SESI 2014/2015

SKSE 3153: NASIONALISME MALAYSIA

KAJIAN MEMOIR RAZALEIGH HAMZAH: CITA-CITA & PERJUANGAN


FAHRUR RAZI BIN NASUKA A140496

PENSYARAH:
DR.MOHD BIN SAMSUDIN

ULASAN BUKU

Judul

: Razaleigh : Cita-cita dan Perjuangan

Pengarang

: Ranjit Gill

Penerbit

: Pelanduk publications, Petaling Jaya

Tahun Terbit : 1987


Halaman

: 210 muka surat

Pemberian gelaran seorang patriot kepada tokoh politik Tengku Razaleigh Hamzah oleh
Tunku Abdul Rahman sememangnya tepat memandangkan sumbangan dan jasa yang telah
beliau tumpahkan kepada Negara ini. Memoir yang diterbitkan pada tahun 1987 ini
sememangnya sebuah naskah yang menarik untuk dibaca bagi memahami perjalanan
kehidupan tokoh politik berjiwa besar ini. Hal ini ditambah lagi dengan penerbitan naskhah
ini yang diterbitkan didalam bahasa inggeris dan bahasa melayu bagi menambah sasaran
pembaca. Buku ini mengandungi 29 bab kesemuanya yang menceritakan perjalanan hidup
sosok individu berdarah diraja Kelantan ini dari kecil sehinggalah pada tahun 1985 iaitu
ketika beliau memegang portfolio sebagai menteri perdagangan. Penulisan ini ditulis dengan
menggunakan cara kronologikal, iaitu disetiap peristiwa besar yang berlaku dicatatkan
mengikut kronologi masa tepat. Ranjit Gill banyak menggunakan kaedah temubual secara
langsung dengan Tengku Razaleigh sendiri ataupun dengan teman-teman rapat disekeliling
beliau seperti Robert Kuok, Dato Mokhzani, Tengku Aziz Hamzah dan lain-lain lagi bagi
menyiapkan penulisan ini selain dari sumber-sumber bahan kedua. Hal ini menjadikan
ketepatan fakta didalam buku ini adalah ditahap yang tinggi.
Bab pendahuluan didalam memoir ini memberikan pengenalan terhadap asal usul keluarga
dan tempat lahir Tengku Razaleigh atau lebih selesa digelar sebagai Ku Li ini. Nama penuh
beliau adalah Tengku Mohd Hamzah ibni DYTM Raja Muda Tengku Zainal Abidin Ibni
DYMM Sultan Muhammad II. Beliau merupakan putera kedua Almarhum Tengku Sri
Maharaja Tengku Mohamed Hamzah bin Tengku Zainal Abidin dan juga merupakan bapa
saudara kepada Raja Perempuan Kelantan pada hari ini, Tengku Anis. Didalam bab
pendahuluan ini juga penulis menceritakan serba sedikit mengenai latar tempat kelahiran Ku

Li iaitu negeri Kelantan. Pada ketika Tengku Razaleigh dilahirkan, keadaan negeri Kelantan
adalah sangat terkebelakang dari aspek ekonominya. Penulis juga menceritakan serba sedikit
mengenai sejarah Kelantan dari zaman awal abad ketujuh hinggalah ke waktu Tengku
Razaleigh ini dilahirkan. Kehidupan tengku Razaleigh secara langsung tidak banyak
ditekankan didalam bab pendahuluan ini dan hanya dimulakan pada bab seterusnya.
Pada bab dua ianya menceritakan latar peristiwa kehidupan zaman kanak-kanak Tengku
Razaleigh dan keadaan negeri Kelantan ketika itu yang dibawah pengaruh Jepun. Ku Li
dikatakan seorang kanak-kanak yang periang dan berada didalam kehidupan yang dipenuhi
dengan kemewahan dikediaman rasmi keluarganya di Palm Manor. Pada bab dua ini juga
diceritakan mengenai latar belakang kehidupan bapa dan ibu Tengku Razaleigh Hamzah.
Bapanya merupakan seorang pegawai daerah dipasir Puteh dan Pasir Mas sebelum bertugas
sebagai setiausaha kerajaan sebelum kedatanagn Jepun. Bapanya Tengku Hamzah juga
seorang yang tegas dan mendidik Tengku Razaleigh agar tidak leka dengan kemewahan.
Ibunya pula, Nik Zainab merupakan seorang wanita yang penyayang Walaubagaimanapun,
langit tidak selalunya cerah, kehidupan keluarga Ku Li mula terugat apabila Jepun mula
mendarat di Kelantan pada bulan disember 1941 dan Jepun mula menguasai kawasan
kediamannya di Palm Manor. Keadaan ini memaksa Tengku Hamzah membawa keluarganya
berpindah ketempat yang lebih selamat iaitu dirumah nendanya di Kubang Kerian.
Kehidupan Ku Li yang mewah pada asalnya telah bertukar apabila Jepun menduduki
Kelantan, bapanya mula bercucuk tanam bagi menjana ekonomi dan ibunya pula menjual
kuih muih. Keadaan susah ini telah menjadikan Tengku Razaleigh semakin matang dan beliau
sendiri menolong ayahnya bercucuk tanam. Pada
Pada bab tiga, latar penceritaan adalah selepas Jepun keluar dari Kelantan dan kisah
pendidikan awal tengku Razaleigh. Sekolah awal beliau adalah sekolah elit majlis ugama
islam Kelantan dan kemudiannya berpindah ke ismail English School (Kemudiannya bertukar
nama kepada Maktab Sultan Ismail). Bapanya sangat menekankan kepentingan pendidikan
kepada beliau. Tengku Hamzah juga mencorakkan anaknya agar menyeimbangkan
kehidupannya iaitu antara pelajaran dan sukan. Tengku razaleigh walaubagaimanapun tidak
aktif didalam sukan tetapi beliau lebih minat dalam tugasan menguruskan aktiviti sukan. Pada
bab ini juga diceritakan mengenai tindakan british yang mengenalkan Malayan Union dan
perlembagaan persekutuan sehingga menyebabkan berlakunya penentangan dari kaum
melayu. Bermula dari sini, Tengku Razaleigh kerap dibawa oleh bapanya ke majlis-majlis

yang berunsur politik dan beliau sendiri pernah bersua muka dengan tokoh kemerdekaan
tanah melayu iaitu tengku abdul Rahman dan tun abdul razak pada usia yang masih kecil.
Pada bab empat pula ianya menceritakan latar pendidikan tinggi tengku razaleigh. Pada tahun
1954, Tengku Razaleig telah menyambung pelajarannya ke Maktab melayu, kuala kangsar
tetapi hanya dalam tempoh yang sebentar sebelum menyambng pelajarannya di kolej
Anderson, Ipoh. Kehidupan beliau di kolej Anderson adalh tidak sama sepert pelajar lain
apabila beliau menyewa tempat kediamannya sendiri kerana tidak mahu kebebasan beliau
disekat oleh pihak kolej. Beliau mengambil matapelajaran ekonomi sebagai fokusnya.
Tengku razaleigh digambarkan sebagai seorang yang sangat bijak dan menyukai perkaraperkara yang rumit. Beliau juga disenangi oleh rakan-rakanya yang lain di kolej tersebut.
beliau kemudiannya telah merancang untuk belajar diluar Negara selepas itu iaitu di Queens
University dengan mengambil kursus ekonomi. Beliau juga telah merancang untuk
mengambil kursus undang-undang selepas mendapat ijazah dalam bidang ekonomi.
Kehidupan beliau ketika sedang belajar di Queens University, London diceritakan oleh
penulis pada bab lima dan enam. Pada dua bab ini juga diceritakan langkah awal beliau
mengorak langkah dalam hal politik di Malaysia memandangkan pada ketika itu juga tanah
melayu sedang berada didalam tempoh masa kearah kemerdekaan. Sikap beliau yang
peramah dan adakalanya lucu, membolehkan beliau senang diterima dengan komuniti
masyarakat disana. Walaupun berada jauh di United Kingdom, beliau sering mengambil tahu
mengenai perkembangan politik tanah melayu. Tengku Razaleigh menamatkan pngajiannya
pada tahun 1958 dan sejurus itu beliau terus pergi ke London untuk menjadi setiausaha
persatuan

melayu

dan

kemudiannya

menjadi

presiden

persatuan

pelajar-pelajar

Malaya.sebagai seorang presiden, beliau mudah untuk berhubung dengan pemimpinpemimpin dar Malaya dan singapura. Hal ini telah membentuk sisi kepimpinan politik beliau.
Tengku Razaleigh juga telah membina perhubungan yang baik dengan tokoh-tokoh politik
utama di Tanah melayu pada ketika itu terutamanya Tengku Abdul Rahman dan tunku sendiri
sering bersama dengan Ku Li apabila beliau berada di London. Tengku Razaleigh pada ketika
itu juga merupakan antara pelapis-pelapis yang disasarkan oleh kepimpinan UMNO untuk
menggantikan tempat yang sedia ada pada hari ini dimasa hadapan.
Kematian ayah Tengku Razaleigh, Tengku Hamzah pada tahun 1962 telah membuatkan
Razaleigh pulang ke Kelantan dan dari situlah beliau mula menceburkan diri secara langsung
didalm politik tanah melayu. Sisi baru kehidupan beliau didalam bidang politik di Malaysia

telah dibincangkan dari bab tujuh hinggalah bab sepuluh. Tengku Razaleigh diamanahkan
oleh Tunku abdul Rahman untuk mengembalikan kepimpinan negeri Kelantan kepada
pemerintahan UMNO setelah tewas dalam pilihanraya sebelum ini kepada PAS. Beliau
melihat kepimpinan politik UMNO di Kelantan umpama retak menanti belah dan tiada
kesatuan. Tengku razaleigh kemudiannya menggalas jawatan setiausaha jawatankuasa
perhubungan negeri Kelantan yang dipimpin sendiri oleh Tengku Abdul Rahman. Sepanjang
beliau memegang jawatan di Kelantan, beliau telah membuat banyak pemerhatian mengenai
kekalahan UMNO di Kelantan, dan beliau menyandarkan kepada kepimpinan UMNO
dikelantan yang tidak mesra rakyat an tidak mengambil berat apa yang dimahukan oleh
rakyat Kelantan. Berikutan hal itu, beliau telah mula berkempen dengan kerap turun
kekampung-kampung dan mendengar rintihan rakyat Kelantan. Kesungguhan beliau sangat
jelas dapat dilihat apabila sanggup pergi keceruk mana pun kawasan dikelantan itu walaupun
adakalanya sendirian hanya untuk mengambil tahu keadaan masyarakat disana. Beliau juga
menggunakan sumber kewangan sendiri untuk segala kempen yang dilakukan kerana
kepimpinan parti keputusan wang. Walaupun tidak Berjaya sepenuhnya, tetapi usaha yang
dgembleng oleh tengku razaleigh ternyata membuahkan hasil apabila beliau Berjaya
menambah tujuh kerusi dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri Kelantan. Selepas
hamper 30 bulan beliau berkhidmat dikelantan, kemudiaanya beliau diangkat untuk
menjalankan kerja diperingkat yang lebih tinggi. Beliau telah beberapa dihantar oleh Tunku
untuk ke London, untuk berbincang dengan beberapa pakar ekonomi dan pengerusi bank
disana bagi memajukan ekonomi Malaysia secara keseluruhannya dan hasilnya beberapa
perubahan dan idea telah diterjemahkan beliau melalui beberapa institusi berkaitan dengan
ekonomi yang dumulakan dengan kongres ekonomi bumiputera. Sumbangan beliau
kemudiannya dikembangkan melalui penubuhan PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad)
yang ditubuhkan pada November 1969. PERNAS adalah sebuah syarikat milik penuh
kerajaan untuk memenuhi hasrat resolusi di Kongres Ekonomi Bumiputera yang ke 2. Antara
pemegang-pemegang saham terbesar adalah Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara
Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad. Beliau telah menerajui PERNAS ini dari
tahun 1970-1974. Beliau juga bertugas menjadi erancang ekonomi di Malaysia dan antara
actor disebalik penubuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB).
Pada bab 11 dan 12, penulis memfokuskan kepada peristiwa pilihanraya 1969 yang
menyebabkan berlakuanya peristiwa rusuhan kaum pada 13 mei. Pilihanraya ini
menyebabkan parti perkatan tewas dibanyak kerusi. PAS juga terus berkuasa di Kelantan dan

mula Berjaya memasuki kedah, perlis dan Terengganu. Pada pilihanraya ini, banyak tokohtokoh pemimpin dalam UMNO telah tewas seperti dato senu dan dr Mahathir. Dalam
pilihanraya ini juga, Tengku Razaleigh telah bertanding buat kali pertamanya dan Berjaya
memenangi pilihanraya tersebut. ketika peristiwa rusuhan kaum berlaku, tengku razaleigh
juga berada di Kuala Lumpur dan melihat sendiri kejadian tersebut. beliau juga telah
ditugaskan oleh sultan Kelantan untuk membawa masuk semua penduduk Kelantan dikuala
lumpur agar bersembunyi di istana Kelantan, dijalan Kia Peng. Pada ketika itu juga, tengku
razaleigh terus bersama dengan tun abdul razak untuk berbincang langkah yang sepatutnya
diambil bagi mengatasi masalah ini.
Kesinambungan penglibatan tengku razaleigh didalam ekonomi dan politik Malaysia
diteruskan dengan lebih mendalam dalam perbincangan di bab 13,14, 15, 16, 17 dan 18.
Beliau merupakan pelopor didalam perjuangan ekonomi nasionalis. Beliau juga berperanan
besar dalam bidang diplomatic dan buktinya pada tahun 1971, beliau telah mulakan lawatan
bersejarah apabila telah pergi kenegara China sebagai ketua delegasi perdagangan ke China
yang bertujuan untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua
Negara. Melalui rombongan ini juga, satu jaminan dari pihak Negara China bahawa mereka
akan membeli lebih banyak lagi barang buatan Malaysia. Melalui hubungan ekonomi ini
juga, peranan PERNAS diperluaskan dan sering melakukan transaksi perdagangan dengan
Negara China. Sebelum tahun 1972, Tengku Rzaleig telah Berjaya meletakkan PERNAS
sebagai satu badan perdaganagn yang paling aktif diMalaysia. Ketika di China, Razaleigh
telah berjumpa dengan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai dan bermula dari
peristiwa itu semakin kerap berlakunya rombongan Malaysia ke Negara china yang
kemudiannya dirasmikan menjadi hubungan politik pada lawatan tun abdul razak ke china
pada tahun 1974.
Pada tahun 1971 juga, beliau telah dilantik menjadi biro ekonomi UMNO. Pada tahun itu
juga, tengku razaleigh telah mengambil kepimpinan tertinggi di Kelantan. Beliau telah
menunjukkan semangat professionalisme yang tinggi apabila bersedia untuk bekerjasam
dengan PAS dalam apa aspek sekalipun asalkan demi kepentingan rakyat Kelantan.
Disebabkan oleh dedikasi yang tinggi inilah beliau mudah mendapat tempat dalam menjadi
ahli majlis tertinggi UMNO. pada tahun tersebut juga, tengku razaleigh telah menyuarakan
satu cadangan yang menggemparkan apabila beliau mahukan cukai dikenakan bagi setiap
kapal yang melalui selat Melaka. Walaubagaimanapun, cadangan ini tidak diterima.
Menjelang tahun 1974 juga, senarion politik diKelantan telah berubah. Hal ini dapat dilihat

apabila PAS telah bersetuju untuk memasuki Barisan Nasioanal. Gabungan ini telah
menyebabkan BN menang besar di Kelantan dengan mencapai peratusan 75 peratus. Tengku
Razaleigh juga telah menang dikawasan parlimen Ulu Kelantan. Beliau juga telah didesak
agar

menerima

jawatan

naib

presiden

UMNO

dan

menjadi

menteri

cabinet.

Walaubagaimanapun, perancangan ini tidak terjadi apabila satu simpanan telaga minyak dan
gas asli telah dijumpai diperairan Malaysia dan ini umpama satu tuah yang tidak boleh
ditolak. Berikutan hal ini, tertubuhlah satu badan untuk menyelenggara segala urusan
berkaitan minyak dan gas asli ini iaitu PETRONAS. Kepakaran Tengku Razaleigh didalam
bidang berkaitan dengan ekonomi dan perbankan dipandang tinggi oleh Tun Abdul Razak dan
berikutan hal itu daripada cadangan awal untuk memberikan jawatan menteri cabinet kepada
beliau telah bertukar kepada Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional
Berhad) pada 6 September 1974. Berikutan Perlantikan tersebut, Tengku Razaleigh terpaksa
meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PERNAS yang telah dipegang sejak 1970, tetapi
mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Bank Bank Bumiputra.
Isu-isu dan permasalah sepanjang penubuhan PETRONAS sehinggalah dibawah kepimpinan
Tengku Razaleigh ditekankan didalam bab 19, 20 dan bab 21. Penubuhan PETRONAS ini
diikuti dengan penggubalan akta kemajuan petroleum tidak lama selepas itu. Antara individu
yang bertanggungjawab menggubal akta ini adalah Tengku Razaleigh sendiri. Akta ini
menerangkan objektif penubuhan dan bidang kuasa PETRONAS itu sendiri. Ketika diawal
penubuhannya, PETRONAS menerima banyak tekanan dari syarikat-syarikat luar atau multinasioanal dan Tengku razaleighlah yang berusaha menjaga PETRONAS sebagai penjaga dan
pembela khazanah minyak Negara dan beliau telah membuatkan syarikat-syarikat luar yang
mendesak ini untuk tunduk kepada hak kepentingan Negara melalui PETRONAS. Hal ini
telah meninggian martabat Malaysia tetapi pada masa yang sama menimbulkan perasaan
tegang diantara PETRONAS dan ibu pejabat syarikat luar seperti SHELL dan EXXON di
Amerika Syarikat dan Britain. Ketegasan dan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan isu
PETRONAS ini telah menyebabkan beliau digelar sebagai putera Minyak Negara. Dewan
perniagaan Melayu juga telah menggelarkan beliau sebagai bapa ekonomi malaysia. Pada
ketika ini juga, jangkaan beberapa pemimpin yang mengatakan bahawa tengku razaleigh akan
menjawat jawatan perdana menteri Malaysia suatu hari nanti semakin meningkat.
Didalam bab 22, penulis ranjit Singh telah memfokuskan bab ini kepada penglibatan Tengku
Razaleigh didalam politik pula. Kejayaan Tengku Razaleigh dalam isu PETRONAS dan lainlain hal berkaitan ekonomi Negara telah meningkatkan popularity beliau dalam UMNO dan

ini diterjemahkan dalam perhimpunan agung UMNO pada tahun 1975. Beliau telah
mengekalkan posisi asalnya seperti sebelum ini iaitu bendahari UMNO. Didalam bab ini juga
diceritakan mengenai perhubungan beliau dengan syarikat Fleet, Strait times dan Bank of
Commerce. Didalam bab 23 pula, penulis hanya menceritakan mengenai saat-saat akhir
Tengku Razaleigh bersama-sama dengan Tun Abdul Razak sebelum beliau menghembuskan
nafas yang terakhirnya akibat penyakit leukimia. Disini juga ditulis bahawa antara wasiat
terakhir Tun kepada Tengku Razaleigh adalah agar beliau menjawat jawatan menteri
kewangan Malaysia. Perkara ini ditunaikan oleh tengku razaleigh apabila beliau akhirnya
bersetuju untuk menjawat jawatan Menteri kewangan dan pada ketika itu, jawatan perdana
menteri disandang oleh Tun Hussein Onn dan Dr. Mahathir sebagai timbalannya.
Pada bab ke 24 dan 25, Ranjitt Singh telah memfokuskan kepada keadaan politik dalaman
iaitu diantara UMNO dan PAS yang banyak berkisarkan mengenai isu tanah. Keadaan yang
semakin rumit ini telah menyebabkan Tun Hussein Onn mengisytiharkan darurat di Kelantan
pada tahun 1977. Tengku Razaleigh juga telah dihantar untuk memantau ketegangan yang
berlaku di Kedah kerana beliau dikatakan individu didalam UMNO yang paling mengenali
taktik PAS. Setelah isytihar darurat ditarik balik, pilihanraya negeri telah diadakan di
Kelantan yang melibatkan pertembungan tiga parti iaitu PAS, UMNO dan BERJASA.
Pilihanraya ini telah membawa jendela baru perjuangan UMNO di Kelantan apabila telah
menang besar dengan memenangi 23 kerusi, BERJASA 11 kerusi dan PAS hanya 2 kerusi
sahaja. Disini juga dapat dilihat, tengku razaleigh didalam ucapannya telah berjanji akan
membela nasib masyarakat Kelantan dan memberi kemajuan ke negeri tersebut. kemenangan
Kelantan dibawah beliau ini sekali lagi membuatkan beliau mendapat gelaran baru iaitu
arkitek kejayaan UMNO di Kelantan. Pada pemilihan majlis tertinggi UMNO yang
dijalankan pada tahun 1978, beliau telah menduduki tempat ketiga dalam pucuk pimpinan
UMNO apabila Berjaya mendapat undian tertinggi dalam jawatan naib presiden UMNO.
Kesinambungan mengenai sumbangan Tengku Razaleigh didalam bidang ekonomi dan
politik diteruskan pada bab 26 dan 27. Keadaan ekonomi yang dipimpin oleh Tengku
Razaleigh pada ketika itu sangat memberangsangkan apabila KDNK Negara menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan. Menerusi pembentangan kewangan yang dibuat oleh
beliau juga, beliau menekankan bahawa sasaran DEB iaitu untuk memperkasakan masyarakat
melayu itu masih jauh lagi dari sasaran. Beliau juga menggesa agar masyarakat bumiputera
bangkit dan mengambil segala peluang yang diberikan didalam DEB. Pada bab ini juga, satu
lagi peristiwa penting dalam kepimpinan Negara diketengahkan iaitu peristiwa pengunduran

Tun Hussein Onn dari arena politik akibat penyakit yang dihidapi dan kenaikan Dr.Mahathir
sebagai perdana menteri Malaysia yang baru. Perhatian pada waktu itu juga tertumpu kepada
pertandingan jawatan nombor dua iaitu diantara Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Musa
Hitam. Perkara yang mengejutkan adalah apabila Tengku Razaleigh telah tewas didalam
pemilihan jawatan ini dan apa yang lebih mengejutkan adalah beberapa tindakan Tun Hussein
yang menyebelahi Musa Hitam walaupun sebelum dapat dilihat hubungan yang rapat diantara
beliau dan Tengku Razaleigh. Walaupun pada asalnya, tengku razaleigh mahu mengundurkan
diri dari jawatan politik di Malaysia, tetapi hasil pujukan kepimpinan tertinggi UMNO,
akhirnya beliau bersetuju untuk meneruskan portfolio beliau sebagai menteri kewangan dan
beliau mengatakan, tindakan beliau ini adalah semata-mata kerana seruan tanah air. Beliau
terus menjalankan tugasnya didalam kementerian kewangan dengan membentangkan
belanjawan 1982, yang dilihat sebagai satu langkah untuk menentang inflasi dan mencapai
sasaran didalam DEB. Pada tahun 1983 juga menunjukkan ketegasan beliau dalam hal
kewangan negara. Kemelut ekonomi dunia telah memberi kesan kepada ekonomi Malaysia,
dan disebabkan itu, beliau telah menggesa agar pihak kerajaan melakukan perbelanjaan
berkhemah dan rakyat Malaysia juga harus berjimat. Beliau juga menguatkan peranan
syarikat-syarikat swasta agar bersama-sama membantu kerajaan memajukan ekonomi
Malaysia.
Bagi bab 28 pula, latar masanya adalah pada tahun 1984 dan latar peristiwa adalah berkenaan
dengan perhimpunan agung UMNO dan pemilihan majlis tertingginya. Perebutan kerusi
nombor dua diantara tengku razaleigh dan Musa hitam sekali lagi menjadi tumpuan. Pada
ketika itu, reputasi Tengku Razaleigh tergugat diakibatkan oleh kematian seorang bank
bumiputera di Hong Kong. Beliau sangat sangsi mengenai kejadian ini dan merasakan ada
kuasa ghaib didalam kerajaan yang mengatur smua kejadian bagi menjatuhkan beliau.
Berikutan kontroversi itu, beliau sekali lagi telah tewas kepada tangan Musa Hitam dan Dr.
Mahathir kelihatan gembira dengan keputusan itu. Selepas pemilihan ini, Tengku Razaleigh
sudah tidak menjawat apa-apa jawatan yang penting didalam parti termasuk di Kelantan.
Bab 29 merupakan bab yang terakhir didalam memoir razaleigh Hussein: cita-cita dan
perjuangan ini. pada bab ini, penulis menceritakan mengenai sumbangan yang dilakukan oleh
tengku razaleigh ketika menjawat jawatan menteri perdaganagan dan perindustrian. Tetapi
latar penceritaan penulis pada bab 29 ini sebenarnya lebih berkisarkan mengenai pandangan
peribadi penulis mengenai pemilihan majlis tertinggi UMNO pada tahun 1987 dan peluang

10

tengku razaleigh didalamnya yang mana pada ketika buku ini siap ditulis, peristiwa tersebut
masih belum berlaku lagi.
Secara keseluruhannya, penulisan buku memoir tengku razaleigh ini sangatlah berharga bagi
semua golongan lapisan masyarakat terutamanya bagi sesiapa yang mahu mencari ciri-ciri
role-model kepimpinan yang diperlukan diabad-abad mendatang. Ketokohan dan kepakaran
Tengku razaleigh didalam hal melibatkan ekonomi dan kewangan sukar untuk ditandingi
sehingga Berjaya memajukan ekonomi Negara kita. Penulisan buku ini juga dilihat jujur dari
kejadian sebenar. Oleh itu sememangnya wajar bagi masyarakat diluar untuk membaca
penulisan ranjitt Gill ini. walaubagaimanapun, pengalaman membaca buku ini sedikit
meninggalkan rasa ketidakpuashatian kerana terdapat beberapa peristiwa kontroversi yang
tidak dicerita lebih lanjut, mungkin atas arahan Tengku razaleigh sendiri. Bagi masyarakat
yang berminat untuk mengetahui selok belok scenario politik Malaysia terutamanya tentang
apa yang terjadi pada pemilihan presiden UMNO pada tahun 1987 diantara tengku razaleigh
dan Dr. Mahathir, mereka haruslah membaca buku ini terlebih dahulu agar dapat lebih
memahami konflik luaran dan dalaman yang berlaku.