Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

India yang dikenali sebagai Sind atau Hind oleh orang Arab telah mempunyai hubungan

dengan kerajaan-kerajaan Arab sejak sebelum munculnya Islam lagi. Hitti mengatakan sudah
wujud hubungan di antara India dengan negara-negara Arab Selatan sejak zaman kerajaan Main
dan Saba (1200-115 SM) yang merupakan hubungan berbentuk dagangan yang dibawa dari Asia
Tenggara seperti rempah ratus dan sebagainya telah berlarutan sehingga lahirnya Islam di Tanah
Arab. Dengan ini kebenaran bahawa orang Arab adalah orang muslim pertama yang telah
memasuki India untuk menguasai sebahagian wilyah India tidak dapat dinafikan lagi. Hal ini
setelah Turki telah berada di bawah khalifah-khalifah Islam di Baghdad pada abad ke-8 dan 9
Masihi. Sebenarnya orang Arab Turki adalah orang yang bertanggungjawab dalam menyebarkan
agama Islam di kebanyakan kawasan di India pada akhir abad ke-10 Masihi. Orang Turki ini
dikatakan berbeza dengan orang Arab biasa kerana sifat agresif dan berani mereka khususnya
menyebarkan Islam dengan cara kekerasan.

Lantaran itu, orang Turki pertama yang masuk dan menguasai India sehingga

memulakan sejarah Islam India dengan mengasaskan kerajaan Ghaznawi ialah Alptigin pada 961
Masihi seterusnya menjadikan Kota Ghazna sebagai pusat pemerintahannya.

Walau

bagaimanapun beliau telah meninggal dunia pada 976 Masihi dan pemerintahan beliau telah
digantikan oleh menantunya iaitu Sabuktigin pada 977 Masihi. Tindakan utama beliau ialah
memperluaskan kekuasaan kerajaan Ghaznawi ke Timur dan Barat serta beberapa kerajaan
Hindu seperti Shahiya, Kanauj dan Kalinjar sehingga beliau telah meninggal dunia pada 997
1 Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1993, hlm. 447.
2 R. Rajakushaan & M. Rajantherah, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1994, hlm. 116.

Masihi. Seterusnya Kabul dan Kandahar pula telah berjaya dikuasai olehnya pada 998 Masihi.
3

Selepas kemangkatan Sabuktigin, beliau telah digantikan oleh puteranya yang bernama

Mahmud atau lebih terkenal dengan panggilan Sultan Mahmud al-Ghaznawi. Mahmud telah
dilahirkan pada 971 Masihi dan beliau dikatakan telah diberi didikan oleh ayahnya iaitu
Sabuktigin tentang seni peperangan dan pentadbiran serta tatacara mengurus sesebuah kerajaan.
Sebelum beliau menaiki takhta kerajaan Ghaznawi (1005-1030 Masihi) telah berlaku
perselisihan antara adiknya iaitu Ismail sehingga beliau berjaya dalam perbalahan takhta
seterusnya memenjara Ismail seterusnya menguasai takhta kerajaan Ghaznawi. 4Oleh yang
demikian, kecemerlangan kerajaan Ghaznawi telah diteruskan oleh Sultan Mahmud yang
memerintah selama 33 tahun sehingga membawa kepada perkembangan Islam di benua kecil
India dan dikatakan kemuncak kecemerlangan kerajaan ini berlaku apabila dasar Sultan Mahmud
itu sendiri telah mencorakkan kerajaan Ghaznawi sehingga muncul sebagai kerajaan terpenting
pada era itu.

KETENTERAAN
5

Antara aspek penting dalam kerajaan Ghaznawi dalam membawa kecemerlangan era Sultan

Mahmud ini ialah memperkukuhkan ketenteraan kerajaan. Hal ini demikian kerana Sultan
Mahmud dikatakan seorang pemerintah yang gagah dan seorang ketua tentera yang paling cekap
pada zamannya. Antara usaha pertama yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi adalah
3 Azharudin Md Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm.
147.
4 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India, Pokok Sena: Khazanah
Barjariyah, 1992, hlm.34.
5 R. Rajakushaan & M. Rajantherah, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994, hlm.
117.

memperkuatkan kerajaan pimpinannya dengan mendirikan beberapa buah benteng besar dan
parit panjang di sekitar perbatasan. 6Di samping itu juga, beliau terus membangun dan
meningkatkan jumlah tenteranya yang terdiri dari bangsa Turki dan Afghanistan. Tentera-tentera
ini dilatih dengan aspek keberanian menghadapi musuh, tahan menderita dan tidak mengenal erti
letih. Tambahan pula, tentera Mahmud yang merupakan orang-orang Turki ini merupakan tentera
yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Di samping itu,
Mahmud juga mewujudkan tentera berkuda yang pantas dengan taktik-taktik perang yang lebih
baik menyebabkan ia selalu memenangi sesuatu pertempuran. Pihak raja Hindu terlalu
bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang tidak sesuai
menghadapi tentera berkuda yang pantas inilah yang memberi kelebihan kepada setiap ekspedisi
ketenteraan Mahmud.

Malahan ketika itu juga, semangat perjuangan pasukan Sultan ini didorong oleh rasa

keimanan yang kuat dan keimanan yang tinggi untuk mati syahid dalam memperjuangkan agama
Islam yang suci. Dalam hal ini, setelah pertahanan negara dianggap kuat, beliau mulai
merancang untuk menakluki India dengan cara yang memperluaskan jajahan takluk Ghaznawi
walaupun adakalanya kelihatan beberapa tindakan beliau itu agak kejam. Dalam hal ini tumpuan
beliau ialah penganut-penganut agama Hindu dan Budhha yang terdapat di India yang
menyembah berhala perlu dihapuskan dan menyebarkan ajaran Islam. Jadi tidak hairanlah jika
Sultan Mahmud menyerang bandar-bandar berkuil seperti Thanesar, Kanaauj, Mathura dan
sebagainya yang mempunyai harta di dalamnya seperti emas dan batu permata bukan sahaja
6 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India, Pokok Sena: Khazanah
Barjariyah, 1992, hlm.34.
7 Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn
Bhd, 1993, hlm. 452.

mencari keuntungan kebendaan atas nama nabi malah apa sahaja kekayaan yang diperolehi hasil
rampasan akan dibelanjakan bagi keperluan ketenteraan Mahmud. Oleh itu, dengan kekuatan
ketenteraan yang kuat ini beliau telah berhasil menakluki beberapa wilayah India dengan serta
merta dan dapat mendirikan kerajaan Islam di bumi berhala itu. Sejak itu, tanah India berada di
bawah naungan kerajaan Islam selama enam abad dan agama Islam tetap bertahan serta dianuti
oleh ratusan juta rakyat India hari ini.

DASAR PERLUASAN KUASA


8

Setelah pengukuhan ketenteraan yang dibina oleh Mahmud telah dilakukan. Maka

dengan itu, Mahmud Ghaznawi telah menyiapkan tenteranya dengan ekspedisi pertama iaitu
menyerang Kota Peshwar pada 1001 Masihi dengan kekuatan tentera berkuda yang hanya 10,000
berbanding musuh iaitu Raja Jeipal dengan kekuatan berkuda seramai 12,000, 30,000 tentera
infantri dan 300 tentera bergajah. Tetapi kebijaksanaan ketenteraan Mahmud telah berjaya
menahan dan memenjara 15 orang ketua ekspedisi serta Raja Jeipal sendiri dan memenangi
peperangan tersebut. Dengan itu Raja Jeipal telah memberi rantai emas miliknya yang bernilai
180,000 dinar kepada Mahmud sebagai syarat Jeipal dibebaskan. Seterusnya, dasar perluasan
kuasa Mahmud telah diteruskan dengan menakluk Kota Multan pada 1006 Masihi di bawah
pemerintahan Abdul Fatah Daud dan juga merupakan penaung kepada ajaran Qaramithah. Hal
ini telah memberi kesempatan kepada Mahmud untuk menyerang kota ini adalah kerana fahaman
Qaramithah (ajaran Syiah melampau) yang mereka anuti telah menyimpang dari ajaran Islam
yang sebenar dan dianggap sesat. 9Selepas itu, pada tahun 1008 Masihi, Mahmud Ghaznawi telah
8 V.D Mahajan, The Muslim Rule In India, New Delhi: S. Chand & Co, 1962, hlm. 22.
9 L.D Barnett and H.C Ray, The Dynastic History of Nothern India, Calcutta: The University
Press, 1931, hlm.93.

menyerang Punjab pada tahun 1008 Masihi yang terpaksa berhadapan dengan Anandapal yang
dikenali sebagai Pertempuran Patanda. Inilah kali pertama Mahmud menghadapi angkatan
tentera yang begitu besar. Namun akibat kesilapan musuh itu sendiri maka Mahmud berjaya
menguasai Punjab seterusnya mara ke Nagarkot dan menawan Nargakot dan kuil yang berharga
di situ pada 1009 Masihi. Sementara itu, ekspedisi penaklukan Mahmud diteruskan lagi apabila
beliau berjaya menawan Thanesar pada 1014 Masihi dan Kanauj pada 1018 Masihi iaitu sebuah
wilayah yang majoritinya adalah penduduk Hindu dan harta-harta yang dimiliki pemerintah
sebelumnya juga telah dirampas oleh Sultan Mahmud. Ini diikuti lagi dengan kejayaan Sultan
Mahmud menawan wilayah Gwalior serta Kalinjar sekitar 1021-1022 Masihi.

10

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting dalam sejarah kerajaan ini apabila

peristiwa menyerang Gujerat dan memusnahkan berhala Somnath yang amat terkenal dengan
simpanan kekayaannya yang tidak terkira. Dikatakan 50,000 orang Hindu telah terkorban dalam
perebutan kota ini dan kuil suci serta Shiva Lingam mereka telah dihancurkan dan harta
rampasan yang bernilai lebih kurang 20 juta dinar emas telah turut dirampas. N.A Baluch
menegaskan bahawa penguasaan Somnath merupakan kemenangan moral yang besar kepada
Islam. 11Selain kuasa yang dikatakan dimiliki oleh kuil Somnath, bandar itu juga sebenarnya
merupakan pusat perdagangan yang penting. Kemenangan Sultan Mahmud ini telah tersebar ke
seluruh dunia pada waktu itu, terutama sekali di dunia umat Islam. Ini menyebabkan khalifah
Abbasiyah yang berpusat di Baghdad iaitu Al-Qadir Billah segera mengirim utusannya ke India
untuk menganugerahkan gelaran Yaminud Daulah kepada Mahmud yang bermaksud Tangan
10 R. Rajakushaan & M. Rajantherah, Pengantar Tamadun India, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd, 1994, hlm. 117.
11 Ibid, hlm. 125.

Kanan Negara. Dengan kejayaan ini, dikatakan walaupun Sultan Mahmud sibuk dengan setiap
siri peperangan namun ramai orang kafir India yang datang berduyun-duyun mengadap Sultan
untuk menyatakan keislaman mereka dengan rasa ikhlas tanpa paksaan sedikitpun. Di samping
beberapa buah kota India yang telah dapat ditaklukinya, beliau juga berhasil memperoleh harta
rampasan yang begitu banyak dan tidak ternilai harganya malahan beliau berhasil memikat hati
orang India untuk memeluk agama Islam. Ini semua adalah kejayaan Sultan Mahmud AlGhaznawi yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah perkembangan Islam di India.

PERKEMBANGAN INTELEKTUAL ISLAM


12

Kemasukan Islam sebenarnya adalah punca kepada kemasukan bidang ini ke dalam

benua kecil India khususnya oleh Dinasti Ghaznawi. Kebanyakan tentera kerajaan Ghaznawi
ialah ahli Sufi dan berperang dengan menggunakan konsep jihad dan matlamat adalah ingin
mengembangkan islam. Kemasukan ahli-ahli sufi dan golongan ulama ini juga memberikan satu
ruang yang luas kepada mereka untuk berdakwah menyebarkan agama islam ke India. Mahmud
juga telah membuka pintu bagi kemasukan gerakan-gerakan ahli sufi ini. Antara gerakan ahli sufi
yang terkenal ialah Chistiyah, Qadriyah dan Naqshabandiyah. Gerakan-gerakan ini telah
menambahkan lagi bilangan penganut Islam di India. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud
ini juga, beliau telah menjadikan kota Ghaznah sebagai ibu kota, kota pentadbiran dan juga pusat
kebudayaan dan ilmu pengetahuan yang membawa kepada perkembangan intelektual Islam.
Kota ini menjadi tempat pertemuan dan berkumpulnya para sasterawan dan beberapa orang
ulama serta ahli dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan agama seperti fiqh, tasauf dan hadis.
Sultan bersikap lembut dan sangat menghormati sehinggakan beliau selalu mendampingi mereka
12 Azharudin Md Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm.149.

dan memberi sokongan dan dorongan agar mereka terus mengembangkan bakat dan
meningkatkan keahlian mereka. 13Di samping itu, beliau juga sering mengadakan perbincanganperbincangan tentang agama dan duduk menikmati nyanyian dan syair. Hal ini kerana beliau juga
merupakan seorang pujangga dan penyair yang mahir. Perhatiannya yang amat besar terhadap
para penyair sehingga beliau sering menghadiahkan mereka hadiah-hadiah yang berharga
sebagai perangsang agar mereka terus membina dan mempertingkatkan bakat yang ada. Dalam
pada itu, ketika ini juga beliau banyak membina sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah
universiti di Ghaznah. Mahmud memperuntukkan sejumlah 200 ribu guinea setahun untuk para
cendiakawan. Universiti yang didirikannya dibekalkan dengan perpustakaan yang besar, sebuah
muzium dan profesor-profesor yang dibayar gaji serta para sarjana itu sendiri juga diberi pencen.
14

Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud inilah lahirnya penyair-penyair Parsi terkenal seperti

Al-Unshuri, Al-Farukhli, Al-Asjudi dan Merus Ajam atau lebih terkenal sebagai Al-Firdausi. AlFirdausi inilah merupakan penulis kitab Syahnamah atas perintah Sultan Mahmud. Kitab ini
mengisahkan peperangan-peperangan Sultan Mahmud dalam bentuk sajak yang indah. Dikatakan
bahawa setelah kitab Syahnamah ini berjaya dihasilkan, Al-Firdausi telah diberi 60,000 wang
emas oleh Mahmud dan dengan ini menunjukkan bahawa sokongan yang diberikan oleh Sultan
Mahmud telah memberi kesan kepada perkembangan intelektual Islam pada era ini. Di samping
itu juga, semasa pemerintahan beliau juga lahirnya dua orang sasterawan Arab yang agung iaitu
Abul Fadlal Badiuzzaman Al-Hamdzani dan Abu Bakar Al-Khawarizmi serta seorang ahli ilmu
kaji bumi iaitu Abu Raihan Al-Bairuni. Al-Bairuni yang mahir dalam matematik, falsafah,
astronomi dan sebagainya telah memberi banyak sumbangan dalam hal politik dan sosial India.
13 Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India, Pokok Sena: Khazanah
Barjariyah, 1992, hlm. 35.
14 Ibid, hlm. 46.

Perkembangan dalam ilmu pengetahuan dan kebudayaan Islam ini menunjukkan bahawa
kejayaan pimpinan Sultan Mahmud merupakan kerajaan yang kuat dan aman. Dengan adanya
keamanan sahaja, perkembangan ilmu dan kebudayaan dapat berlangsung dengan jayanya.

PENAKLUKAN KUIL SOMNATH


15

Kuil Somanth adala sebuah kuil yang terpenting bagi penganut Hindu. Mahmud telah berjaya

menakluki kawasan sebahagian Utara-Barat India tetapi beliau masih belum lagi menguasai Kuil
Somnath yang berada di Gujerat ini. Kuil ini merupakan symbol agama yang kuat bagi penganut
Hindu. Mahmud juga telah menggerakkn ketenteraannya ke Gujerat dengan membawa tentera
berkuda dan unta bagi membantu mengharungi kawasan gurun dan bersedia untuk menghadapi
pihak musuh. Hal ini telah memberi kejayaan kepada Mahmud dan ianya memberikan kekuatan
moral kepada tentera beliau, malah Mahmud juga berjaya mendapatkan kekayaan yang banyak
untuk mengukuhkan lagi kekuatan beliau di India. Selain itu, dikatakan bahawa seramai 50 000
orang Hindu telah terkorban dalam perebutan kota ini dan kuil suci serta Shiva Lingam mereka
telah dihancurkan dan harta rampasan yang bernilai lebih kurang 20 juta dinar emas juga turut
dirampas. Namun begitu, penaklukan Kuil Somanth ini bukan sahaj bermotifkan keuntungan
dengan hasil rampasan yang banyak tetapi juga Mahmud ingin menyebarkan agama islam dan
ingin mengurangkan aktiviti penyembahan berhala.

KEPERIBADIAN DAN KEBIJAKSANAAN MAHMUD

15 V.D Mahajan, The Muslim Rule In India, New Delhi: S. Chand & Co, 1962, hlm.31.

16

Dikatakan personaliti Mahmud tidaklah menarik sebagaimana sultan atau raja yang lain. Walau

bagaimanapun, beliau merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat bijak bukan sahaja
dari segi ketenteraan malah mahir dalam hal-hal berkaitan pentadbiran Negara yang memiliki
kesanggupan memimpin umat. Beliau memerintah negaranya dengan kekuasaan penuh
ditangannya. Mahmud juga seorang yang sangat tegas dalam hal berkaitan perundangan. Ketika
eranya ini, Mahmud bukan sahaja mampu mengekalkan kerajaan dan wilayah-wilayah yang
ditakluknya malah beliau telah menghiasi bandar-bandar dengan banggunan-banggunan yang
indah dan mengagumkan.

17

Contohnya Celestial Bride yang digambarkan sebagai banggunan

yang menakjubkan di timur ketika itu. Selain itu, Mahmud juga telah memperkenalkan sistem
matawang syiling perak dan emas dalam kerajaannya. Dengan ini, kota Ghazni telah menjadi
tempat bermulanya pusat budaya Islam serta menjadi salah satu bandar yang tercantik di
bahagian tengah Asia.

18

Selain daripada itu, Mahmud juga menjalankan hubungan dengan kerajaan sekitarnya

melalui perkhawinan. Hal ini telah menyebabkan beliau mampu untuk menguasai wilayahwilayah yang dijalinkan hubungan tersebut. Oleh sebab kejayaan-kejayaannya inilah yang
menyebabkan Khalifah al-Qadir (991-1031 M) iaitu khalifah Abbasiyah bukan sahaja
mengiktiraf kekuasaan Kerajaan Ghaznawi di Khurasan malah Sultan Mahmud telah
dianugerahkan gelaran Yamin al-Daulah yang bermaksud Tangan Kanan Kerajaan dan Aminul
Millah yang bermaksud Orang Kepercayaan Agama kepadanya. Dengan pengiktirafan ini dan
16 Sir George Dubar, History of India, From The Earliest Time to Nineteen Thirty-Nine, Vol 1,
London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 93.
17 Ibid, hlm. 102.
18 Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn Bhd, 1993, hlm. 452.

ditambah lagi dengan keperibadian yang dimiliki oleh Mahmud sama ada dari segi aspek
ketenteraan, pemimpin kerajaan Ghaznawi serta penaung kepada perkembangan intelektual
inilah yang menjadi aspek penting kepada kerajaannya hingga membolehkan Islam berkembang
di benua kecil India walaupun kadangkala tindakan yang agak keras dalam meluaskan kuasa
terhadap orang-orang Hindu dikecam oleh sesetengah pihak. Jadi tidak hairanlah jika
mengatakan bahawa beliau adalah salah seorang tokoh Islam yang menghiasi lembaran sejarah
perkembangan Islam khususnya di benua kecil India dan dalam masa yang sama beliau telah
berhasil menanamkan ajaran dan kebudayaan Islam di negara India yang kelak menjadi satu
kebanggaan umat Islam secara keseluruhannya.

PERKEMBANGAN SOSIAL
19

Perubahan sosial yang jelas telah dapat dilihat selepas penaklukan Sultan Mahmud ke India.

Hal ini kerana jika sebelum ini orang di India mengamalkan ajaran Hindu dan Buddha, mereka
kini telah mengenali Islam dengan lebih dekat lagi. Selain itu, yang menarik juga semasa
pemerintahan Mahmud ini juga ialah gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam
kerajaan Islam di India. Di samping itu juga, persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam
telah berjaya menawan hati penduduk tempatan terutamanya golongan bawahan yang selama ini
menjadi mangsa diskriminasi kasta yang lebih tinggi. Kebanyakan masyarakat islam yang telah
memasuki India ialah keturunan Parsi dan Turki, maka terhasilah asimilasi kaum apabila
berlakunya perkahwinan campur. Malah juga bahasa Parsi telah mulai digunapakai oleh
masyarakat di India pada ketika itu.

19 Henry Beveridge, A Comprehensive History of India, Civil military and Social, London:
Blackip and Son Co., 1964, hlm. 52.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kerajaan Ghaznawi telah melalui landasan kegemilangan pada zaman
Sultan Mahmud Ghaznawi selama 33 tahun. Hal ini jelas dapat dilihat apabila aspek ketenteraan
diperkukuhkan olehnya bagi membolehkan Mahmud melakukan dasar perluasan kuasanya
dengan sempurna sehingga membawa kepada perkembangan pengaruh Islam bertapak terhadap
benua kecil India yang sinonimnya dikuasai oleh pemerintah-pemerintah Hindu tempatan. Walau
bagaimanapun, ketika kerajaan Ghaznawi yang mula menguasai sebahagian kawasan dan
wilayah di India ini khususnya ketika pemerintahan Mahmud, dikatakan orang-orang Hindu
menerima pemerintahannya dengan hati terbuka. Hal ini disebabkan orang-orang Hindu tidak
tertindas ketika pemerintahan Ghaznawi. Cuma apa yang diperjuangkan oleh Mahmud hanyalah
berjuang untuk menghapuskan seluruh penyembahan berhala dari muka bumi India dan beliau
digelar sebagai Pemusnah Berhala dan bukannya kebanggaan dengan harta rampasan perang
yang banyak diperolehinya dalam perluasan kuasanya. Oleh itu tanggungjawab untuk
menyebarkan agama Islam yang menjadi pegangan dan asas kerajaannya adalah tujuan utama
Mahmud dalam membawa Islam ke benua kecil India.

Di samping itu, beliau juga mementingkan ilmu-ilmu terutamanya ilmu seperti


kesusasteraan dan bahasa sehingga muncul tokoh-tokoh terkenal dalam bidang ilmu tersebut
seterusnya membawa kepada perkembangan intelektual dalam masyarakat ketika itu. Namun,
selepas kemangkatan Sultan Mahmud pada 1030 Masihi dan digantikan oleh Masud iaitu
anaknya, kerajaan Ghaznawi mulai lemah. Hal ini kerana dikatakan Masud tidaklah setanding
Mahmud dalam menguruskan kerajaan kerana lebih bersifat duniawi dan mencintai kemewahan.
Di samping itu, sering berlaku perebutan kuasa dalam istana antara anak-anak Mahmud iaitu

Muhammad dan Masud yang berbalah antara satu sama kerana merebut takhta. Dengan ini,
secara perlahan-lahan kerajaan Ghaznawi telah mengalami kemorosotan sehinggakan kerajaankerajaan lain mula membebaskan diri dari kerajaan Ghaznawi dan bangkit mengatasi mereka
seperti kerajaan Ghori pada 1160 Masihi.

SUMBER RUJUKAN

1) Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi, Sejarah Perkembangan Islam di India,


Pokok Sena: Khazanah Barjariyah, 1992.
2) Azharudin Md Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004.
3) Henry Beveridge, A Comprehensive History of India, Civil military and
Social, London: Blackip and Son Co., 1964.
4) L.D Barnett and H.C Ray, The Dynastic History of Nothern India, Calcutta:
The University Press, 1931.
5) Mahayudin Hj. Yahaya & Ahmad Jelani Halimi, Sejarah Islam, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1993.
6) R. Rajakushaan & M. Rajantherah, Pengantar Tamadun India, Kuala
Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd, 1994.
7) Sir George Dubar, History of India, From The Earliest Time to Nineteen
Thirty-Nine, Vol 1, London: Nicholson & Watson, 1949.
8) V.D Mahajan, The Muslim Rule In India, New Delhi: S. Chand & Co, 1962.

AEEA 2320
SEJARAH ISLAM DI ASIA SELATAN
SESI 2010/2011

JELASKAN SUMBANGAN DINASTI GHAZNAWI DALAM SEJARAH


ISLAM DI BENUA KECIL INDIA

NAMA: SALIAH BINTI MOHD SHAWAL


NO MATRIK: AEA 090315
HARI: ISNIN
MASA: 4.00-5.00 P.M
NAMA PENSYARAH: AZHARUDIN BIN MD DALI

Anda mungkin juga menyukai