Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Alhamdulillah, program BIG bagi fasa pertama iaitu ceramah telah berjalan
dengan lancar, baik dan memberi kesan yang positif kepada para peserta. Selain
itu, kami juga dapat menyiapkan portfolio yang dikehendaki dalam masa yang telah
ditetapkan dengan jayanya.
Program ini memberikan banyak manfaat, faedah, nasihat dan pelbagai lagi
perkara positif yang boleh para peserta iaitu kami mengambil pengajaran
daripadanya. Ini adalah penting untuk membina peribadi kami sebagai seorang
bakal guru yang akan mengajar di sekolah kelak. Maklumat-maklumat yang kami
peroleh daripada program ini amat

berguna dan boleh diaplikasikan dalam

kehidupan seharian.
Menerusi program ini juga, peserta dapat melatih diri mereka untuk menjadi
lebih baik di masa hadapan supaya setiap perkara yang dilakukan dapat dijadikan
contoh

oleh

masyarakat

di

sekeliling

kita.

Peserta

akan

lebih

merasa

bertanggungjawab terhadap masyarakat sekeliling dan tidak lagi mengambil mudah


akan hal ini.
Kesimpulannya, program seperti ini amatlah dialu-alukan penganjurannya
kerana memberikan manfaat yang sangat banyak. Diharap program seperti ini dapat
dianjurkan lagi di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai