Anda di halaman 1dari 8

KERTAS CADANGAN (PROPOSEL) KAJIAN

TINDAKAN
1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan
Menurut Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik (2002) Mata pelajaran Pendidikan
Muzik dirancang untuk mencapai matlamat kearah mempertingkatkan perkembangan
murid dari pelbagai aspek meliputi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Malaysia. Melalui usaha ini, ia
seterusnya dapat menyediakan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan
kemahiran asas namun juga sihat dan aktif dari segi mental dan fizikalnya. Subjek
Pendidikan Muzik meliputi aspek Nyanyian,Gerakan,Permainan Alat Perkusi dan Teori.
Keempat-empat aspek ini sangat penting dalam Pengajaran dan pembeajaran Muzik
untuk melahirkan insan yang seimbang dan aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid.
Minat dan kecenderungan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Setiap individu yang berminat dalam perkara
yang dipelajari akan menunjukkan pencapai yang tinggi dalam perkara yang
diceburi. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang sangat
penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973),
dalam
kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh
minat seseorang.
Selain itu juga, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim
(2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubahpembolehubah motivasi.
Namun sistem pendidikan di Malaysia lebih menitikberatkan hafalan dan
pencapaian akademik sehingga menepis banyak kehendak dan keseronokan belajar
yang diperolehi murid melalui Pengajaran dan Pembelajaran Muzik dalam bilik
darjah.Pendekatan hafalan yang melibatkan pelbagai petua dan cara ringkas telah
menyebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran teori Pendidikan muzik di dalam
kelas menjadi hambar dan tidak bermakna. Ini menyebabkan murid kurang berminat
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik khususnya dalam Teori
Muzik.Oleh itu, Pendidikan yang berkualiti memberi kuasa kepada individu, memberi
mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah
penyempurnaan diri, serta meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia
tanpa sempadan (Tribus, 1992). Guru seharusnya mewujudkan satu suasana baru
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut Johnn Heinrich Pestalozzi (1746-1827) pendidikan yang baik adalah
pendidikan yang diperoleh melalui pancaindera manusia dan memberi penekanan
terhadap peluang yang mencukupi untuk murid-murid meneroka dan mengkaji muzik

melalui usaha mereka sendiri.Ini adalah kerana pendidikan muzik tidak dapat dikuasai
hanya dengan menghafal teori tetapi perlu mengadakan latihan yang kerap.
1.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu

Pada 20 Mac 2012 yang lalu, saya telah menjalankan aktiviti pengajaran saya
seperti biasa mengikut jadual. Saya telah melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik. Kelas yang saya ajar pada hari
tersebut adalah Tahun 5 Soleh.Muridnya seramai 20 orang.Murid-murid dalam kelas ini
agak lemah dalam semua mata pelajaran.
Pada hari tersebut saya telah mengajar Teori Muzik . Saya telah merancang
pembelajaran pada hari tersebut mengikut huraian sukatan yang telah ditetapkan. Bagi
Pengajaran dan Pembelajaran pada hari tersebut saya memilih sub tajuknya membaca
nilai not muzik.Dalam mencapai objektif pengajaran tersebut saya memulakan
pengajaran dengan melakukan aktiviti nyanyian solfa diikuti dengan sesi bersoal
jawab dengan murid tentang nilai not.Walaupun murid-murid telah belajar beberapa
kali tentang topik ini semasa mereka di tahun 3 dan tahun 4 tetapi hampir semua
murid tidak dapat menyatakan jawapan yang tepat tentang nilai not.Daripada
pengamatan dan penilaian saya pelajar tidak dapat mengecam not serta tidak dapat
menghafal bentuk not dan nilainya.
Oleh yang demikian saya terpaksa mengaitkan keadaan persekitaran pelajar itu
sendiri dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam membaca nilai not. Pelajar
menghadapi kesukaran untuk mengingati jenis not dan ini menyebabkan mereka tidak
dapat membaca nilai not, Oleh itu,bagi memudahkan mereka saya terpaksa
mengaitkan sesuatu yang terdapat dengan persekitaran mereka supaya mereka mudah
memahami cara membaca nilai not.Untuk itu saya menggunakan kaedah permainan
iaitu Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapatdengan ini saya percaya bahawa muridmurid akan lebih berminat dalam mempelajari teori muzik khususnya dalam membaca
nilai not.
2.0. FOKUS KAJIAN
2.1
Tinjauan dan Analisis Masalah
Sebenarnya banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar Tahun 5 Soleh dalam
mata pelajaran Pendidikan Muzik tetapi kajian ini hanya memfokuskan tentang
masalah pelajar yang tidak dapat membaca nilai not.Kesilapan yang sering dilakukan
oleh pelajar adalah :a) Kesilapan dalam mengecam not yang betul.
b) Pelajar menggunakan padanan yang salah dengan not dan nilainya.
c) Pelajar sukar untuk membezakan not-not yang terdapat titik seperti Krocet
bertitik dan Minim bertitik.
Dengan itu, amatlah diharapkan kajian ini dapat membantu meletakkan tanda
yang betul terhadap setiap penyelesaian masalah yang melibatkan dalam pembacaan

nilai not. Tindakan susulan selepas ini akan diteruskan demi kejayaan anak murid dan
sekolah.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN


Selepas kajian ini disempurnakan, adalah diharapkan pelajar yang telibat dapat
mencapai tahap minimum yang ditetapkan dalam objektif yang dinyatakan.
Penguasaan pelajar terhadap pembacaan nilai not akan dipertingkatkan. Keyakinan
pelajar juga akan bertambah apabila menyelasaikan masaalah melibatkan nilai not.

i)

iii)

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, saya telah merangka beberapa


persoalan kajian iatu:
Adakah murid-murid cepat menguasai pembacaan nilai not melalui kaedah permainan
yang disediakan oleh guru?
ii)
Adakah murid-murid lebih berminat dalam Pendidikan Muzik apabila
menggunakan kaedah berbentuk hands on seperti kaedah
permainan?
Adakah terdapat peningkatan minat murid selepas penambahbaikan dijalankan?
3.1
Objektif Am
Meningkatkan penguasaan pelajar dalam pembacaan nilai not dengan kaedah
permainan.
3.2
Objektif Khusus
Secara khususnya kajian tindakan ini akan memberi manfaat kepada pelajar dan guru.
Pelajar dapat menyatakan nilai not pada akhir pengajaran dan
pembelajaran.
Pelajar dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan nilai not.
Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar di dalam kelas.
Menjawab sekurang-kurangnya 70% dalam ujian yang diberi.
Mengubah persepsi pelajar dari kelas lemah mengenai pengajaran
dan pembelajaran Muzik.

4.0
Kumpulan Sasaran
Kajian ini akan melibatkan sebahagian daripada 20 orang pelajar Tahun 5 Soleh yang
keseluruhannya terdiri dari pelajar melayu. Pelajar tersebut akan disaring berdasarkan
daripada temubual dan hasil pemerhatian yang dijalankan. Ini kerana terdapat pelajar
yang yang teramat lemah dan tidak boleh membaca. Selepas saringan dilakukan,
hanya 15 orang pelajar sahaja yang terpilih.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Perancangan langkah-langkah tindakan
5.1.1. Tinjauan Masalah

Tinjauan terhadap masalah mengenalpasti kelemahan mereka. Langkah


pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap mereka.
Tinjauan dilakukan adalah berdasarkan kepada beberapa cara :a)
Hasil dapatan dan pemerhatian daripada jawapan pelajar
semasa ujian yang diberi.
b)
Temubual dijalankan terhadap pelajar mengenai masalah yang
mereka hadapi semasa menjawab soalan.
c)
Ujian pra yang dijalankan terhadap pelajar untuk mengenalpasti masaalah yang
dihadapi oleh mereka.
e)
Buku latihan dan buku nota dilihat untuk mengetahui tahap
kefahaman pelajar.
5.1.2. Program RODA AJAIB DAN SIAPA CEPAT DIA DAPAT.
Kaedah perlaksanaan
a) Pengajaran dijalankan menggunakan kaedah Roda Ajaib dan Siapa Cepat Dia Dapat.
b) Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diedarkan kid permainan
Roda Ajaib Dan Siapa Cepat Dia Dapat serta menerangkan cara-cara bermain.
c) Pelajar juga akan diberikan contoh berkaitan dengan kehidupan
seharian seperti pengiraan wang setiap hari.
d) Ujian post diberikan untuk menguji tahap kefahaman pelajar
terhadap kaedah yang telah digunakan.
5.2

Perancangan cara mengumpul data


Data sangat diperlukan untuk membuktikan bahawa masalah yang akan saya
kaji benar-benar berlaku di sekolah dan data juga diperlukan untuk mengetahui sejauh
mana keberkesanan penambahbaikan yang telah dibuat. Terdapat beberapa instrumen
yang telah saya laksanakan bagi tugasan ini.
Bukti/ data

Bagaimana atau bila bukti/ data telah


dikutip

Nota dan pemerhatian peribadi murid

Semasa p&p
-aktiviti teori dan amali iaitu melalui
pemerhatian dan tingkah laku murid.

Gambar foto

Semasa aktiviti teori dan amali dalam


subjek Pendidikan Muzik
-foto murid melaksanakan teori dan amali
semasa pengajaran dan pembelajaran.

Temu bual- guru-guru lain, murid,pihak


sekolah dan lain-lain.

Waktu lapang
-bertanya guru-guru tentang pengalaman
mengajar Pendidikan Muzik.

Soal selidik

Di luar waktu p&p


-guru membantu murid menjawab soal selidik
untuk mengetahui kecenderungan atau minat
murid.

Saya akan melaksanakan beberapa kaedah mengutip data. Antaranya, melalui


nota dan pemerhatian terhadap murid-murid kelas tersebut. Saya juga akan

melaksanakan perbincangan dengan guru-guru Pendidikan Muzik yang lain tentang


pengalaman dan kecenderungan minat murid berkaiatan aktiviti Nyanyian,Gerakan
serta Permainan Alat Perkusi dan teori bagi subjek tersebut.
Analisis awal terhadap minat dan kecenderungan murid dalam matapelajaran
Pendidikan Muzik juga dilakukan secara bertulis. Selain itu, saya akan mengenalpasti
murid tertentu dan menjalankan temubual secara lisan untuk mengetahui
kecenderungan mereka. Saya juga akan menjalankan shadow study iaitu
pemerhatian secara dekat terhadap seseorang murid dalam jangka masa tersebut.
Selain itu, borang soal selidik akan diedarkan juga kepada guru-guru opsyen
lain untuk mendapatkan pendapat mereka. Borang soal selidik juga digunakan untuk
mengetahui kesan yang diperolehi setelah menjalankan usaha penambahbaikan. Bagi
soal selidik guru, terdapat 7 item yang telah saya bina manakala bagi mengetahui
keberkesanan penambahbaikan yang telah dijalankan, terdapat 10 item yang telah
saya tadbirkan untuk murid-murid.
5.3 Perancangan menganalisis data
5.3.1 Pra ujian
(Set A- sebelum penambahbaikan dijalankan)Analisis data Set A/Pra Ujian merujuk
kepada
dapatan
yang
diperolehi
sebelum
penambahbaikan
pengajaran
dijalankan.Terdapat 3 jenis analisis yang akan dibincangkan meliputi instrumen:
a)
Data melalui nota
b)
Data melalui temubual awal
c)
Data melalui soal selidik guru
5.4
Bil

Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Perkara Pelaksanaan
Tindakan

Cara

Rasional

Mengenalpasti focus
dan relevenya

Mengumpul data, membuat


perbincangan, temubual

Penting untuk mengesahkan bahawa


isu kajian memang wujud di sekolah
tersebut.

Mengumpul data dan


dapatan

Soal selidik, temu bual,


menyemak rekod-rekod
keputusan akademik,
pemerhatian

Untuk mendapatkan maklumat yang


lebih terperinci.

Menganalisis data

membuat jadual, carta, graf.

Dapatan dan maklumat dapat


difahami dengan lebih mudah dan
tepat.

Mengenalpasti kelas /
murid yang terlibat

Berdasarkan analisis data

Usaha penambahbaikan dapat


dilaksanakan dan dapat melihat
kesan yang diperolehi selepas
tindakan.

Menjalankan

Melalui p&p di dalam kelas

Mengaplikasikan alternatif baru bagi

Catatan

penambahbaikan

atau program yang telah


dirancang dengan keizinan
pihak sekolah.
USAHA
PENAMBAHBAIKAN
*memberikan pendedahan
kepada murid tentang amali
dan persekitaran serta
kerjaya.
*menjalankan aktiviti amali
secara berkumpulan
-memberi kebebasan murid
memilih rakan.
-memberi lebih banyak input
& inkuiri penemuan.
-bersoal jawab dengan
murid
*mengiktiraf pencapaian
murid dalam amali.
-memberikan ganjaran
kepada murid yang
melaksanakan tugas dengan
baik.
*guru mempelbagaikan
kaedah mengajar teori (lebih
teori berbanding kemahiran
lain murid teroka).
*sifat guru-adil, kecindan,
asertif

mengubah perspektif dan


pencapaian murid.

Menilai keberkesanan
penambahbaikan

Soal selidik, pemerhatian,


temubual.

Mengetahui kesan daripada usaha


penambahbaikan yang telah dibuat
samada positif atau negatif.

5.4.1 Jadual Pelaksanaan KajianTindakan


Bil

Aktiviti

Tarikh

1.

Mengenal pasti masalah dan pengumpulan maklumat awal

20.03.2012

2.

Menulis proposal kajian

22.03.2012

3.

Menghantar proposal kajian

27.03.2012

4.

Merancang tindakan

30.03.2012

5.

Melaksanakan aktiviti 1

04.04.2012

6.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1

06.04.2012

7.

Melaksanakan aktiviti 2

12.04.2012

8.

Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2

14.04.2012

9.

Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar

18.04.2012

10.

Refleksi kajian

30.04.2012

11.

Menulis laporan kajian

05.05.2012

12.

Pembentangan dapatan kajian

12.12.2012

5.4.2 Kos Kajian


Bil

Jenis Alatan/Bahan

Kos

1.

Kertas A4/ 80g(1 Rim X RM 13.00)

RM 13.00

2.

Kad Manila (6 X RM 0.60)

RM 3.60

3.

Marker Pen (4 X RM 2.20)

RM 8.80

4.

Mountin Board (4 X RM4.00)

RM 12.00

5.

Dakwat Pencetak

RM 25.00

6.

Photostat Bahan & Laporan Kajian RM 15.00

RM 15.00

7.

Buku Catatan Guru

RM 3.00
Jumlah

RM 80.40

BIBLIOGRAFI

Sang, M. S. (2008). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
Dunn (1980); Joseph Gomez (1999, 2000). Gaya Pembelajaran: Satu
Literatur.Jabatan Ilmu Pendidikan MPSK. Jilid 2: Bil. 3

Kolb (1990); Naina Mohd. B. Md. Noor (1999, 2000). Stail pengajaran guru
dan gaya pembelajaran murid. Jurnal Maktab Perguruan Sultan Abdul
Halim. Jilid 2: Bil. 3

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000).Sukatan pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur : Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Holland (1973); Noran Fauziah Yaakub, Ahmad Mahdzan Ayob (1993).
Guru dan Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Thorndike, Weics dan Danis (1968), dalam Hashim (2000); Noran
Fauziah Yaakub,Ahmad Mahdzan Ayob (1993). Guru dan
Perguruan. Edisi Kedua. KualaLumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tribus, M. (1992). Quality first: Selected papers on quality and productivity
improvement.National Society of Professional Engineers (4th Ed.).
ASIN: B0006OXP8Y
Rosli Sahat, Badrul Hisham Alang osman,Kartini Abdul Mutalib. Ahmad Shabudin Yahaya.
(2011). Kajian Tindakan Untuk PISMP. Ipoh: IPG kampus Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai