Anda di halaman 1dari 4

RESEPI KEK COKLAT KARAMEL

Kredit: Resepi Ummi


2 sudu besar gula dicairkn dlm loyang atas api yg perlahan...ratakn dipermukaan loyang...sejukkan..
Karamel
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila...
*putar sampai sebati...lps tu tuang dlm loyang td...kukus dlm 20-25 minit....sejukkan
*lapisan kek coklat
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko..
*masukkn dlm periuk....kacau hingga sebati di atas api yg perlahan...3-4 minit..
4 biji telur di bland...
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*bahan2 ni kena ayak
Masukkan bahan yg diayak kedalam adunan coklat...selang seli dgn telur...kacau hingga
sebati...tuang atas karamel (guna senduk)....kukus 45minit-60 minit...
Nk tau da msk cucuk ngb lidi...klu x melekat da msk...

RESEPI AYAM MASAK BLACK PEPPER


Bahan - Bahan :
ayam digaul garam dan kunyit di goreng garing
Kentang potong ala wedges dan goreng. Ketepikan
2 bawang holland belah 6
3 bawang putih hiris nipis
Halia hiris nipis
Cili api jika suka
2 sudumakan lada hitam tumbuk kasar

1/2 cawan sos black pepper x kira brand


Sedikit kicap manis jika suka
Cara-caranya:Tumis bawang dan halia hingga naik bau
Masukkan lada hitam tumbuk dam kacau
Tuang sos , gula , kicap dan garam
Masukkan ayam jika pekat sangat tambah sikit air
Tambah Kentang kedlm
Terpulang pada kepekatan yg di kehendaki sebelum tutup api
Resepi Ayam Goreng Madu Pedas
Share : Resepi Ummi
Bahan - Bahan :
1/2 ekor ayam-potong ikut selera anda
1 inci kunyit-dikisar
1 inci halia-dikisar
4 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar
1 batang serai-dikisar
3 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar kicap manis
4 sudu besar madu
Cara - Cara Membuat :
Perapkan ayam dengan kunyit,halia,bawang merah dan putih, serai, serbuk cili, madu dan
kicap manis.
perap selama 1-2 jam(lagi lama lagi rasa meresap)
gorengkan sehingga ayam masak(dengan api perlahan)
angkat dan gaulkan dengan madu lagi untuk kelihatan berkilat dan madu yang lebih terasa

2 Cwn tpg gandum.


1 1/2 Cwn air.
1/3 Cwn gula.
2 bj telur.
1 sudu teh baking powder.
1 sudu teh yis mauripan.
2 sudu besar minyak masak.
Secubit garam.
Sedikit pewarna kuning telur.
Bahan tabur.
Kacang tanah yg telah di kisar ( ikut suka).
Gula ( ikut suka)
1 tin Jagung ala cream.
Mentega (ikut suka)
Caranya.
Saya guna blend je, senang dn cepat.
Blend telur dan gula hingga kembang
Masukan baking powder,yis ,minyak dan garam, blend lg,Masukan air,blend lg,
Masukan tpg,blend lg.
Masukan pewarna blend lg.
Dah siap....,perap 1 hingga 2 jam.
Guna kuali non stikc, x perlu taruk minyak.
Saya buat yg kecik2, taruk inti bnyk2 pun dia x kuar,
senang sket nak makan.
Kalau buat besar,bila potong isinya meleleh2, keluar.

Bahan-bahan:
3 cawan tepung pulut
3 sudu besar tepung gandum
1 1/2 cawan air atau secukupnya
1 - 2 keping gula melaka / Kurosato
sehelai daun pandan
Pewarna hijau, kuning dan merah ~ k.nor hanya buat 1 warna jer (hijau)
1 cawan kelapa muda parut / 3/4 cawan kelapa kering
sedikit garam
Cara memasak :
Gula Melaka di potong kiub kecil.
Kelapa muda parut / kelapa kering di gaul dengan sedikit garam. Ketepikan.
Masukkan 1 cawan tepung pulut, 1 sudu besar tepung gandum, sedikit pewarna kuning ke
dalam mangkuk.
Bancuh dengan air sedikit demi sedkit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di
tangan, anggaran 1/2 cawan air. Ketepikan.
Ulang langkah satu dan dua untuk adunan bewarna hijau dan merah.
Didihkan air bersama sehelai daun pandan di dalam periuk.
Ambil doh sebesar ibu jari dan leperkan.
Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Gentel bulat.

Masukkan ke dalam air yang sedang mendidih.


Apabila kuih timbul bolehlah di angkat dan toskan di dalam tapis.
Bila kuih telah sejat airnya, golek-golekkan di atas kelapa parut tadi.
Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba!
TIPS
Doh di campur dengan sedikit tepung gandum supaya kurang liat semasa memakannya.
Selamat untuk kanak2, tidak mudah lekat. Kalau nak guna tepung pulut sahaja pun boleh.
Jika menggunakan kurosato, biarkan kuih timbul lama sebelum di angkat supaya kurosato
cair.
Bagi yang menggunakan kelapa kering, buah melaka lebih sedap di makan selepas 3 jam
sebab kelapa dah rasa sebati dgn garam dan lebih lembut.
Boleh juga di bancuh semua tepung kemudian di bahagi 3 dan di warnakan. Cuma cara ini
warna doh kurang sekata.
Bancuh dengan air daun pandan lagi sedap, harum semerbak baunya...
Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2013/07/buah-melakaonde2.html#ixzz36la97SOe

Anda mungkin juga menyukai