Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Kursus EDU 3053, Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


merupakan kursus yang wajib dipelajari oleh guru pelatih PISMP Semester 4. Pada
zaman ini, penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semakin
dititikberatkan. Dengan mendedahkan diri kepada kursus tersebut, kami selaku guru
pelatih dapat mempelajari ilmu dan kemahiran dalam penggunaan teknologi demi
menghasilkan pengajaran yang berkesan dan bermakna,
Dalam tugasan ini, kami dikehendaki untuk membuat pembentangan
mengikut topik masing-masing. Melalui pembentangan, kami dapat mempelajari dan
memahami tajuk kursus EDU 3053 dengan lebih baik.
Selain itu, kami turut diminta untuk mengambil gambar dengan menggunakan
DSLR mengikut jenis syot yang berbeza. Terdapat pelbagai jenis syot dalam bidang
fotografi. Antara syot yang asas yang perlu kami memberi perhatian adalah limited
depth of field, extended depth of field, panning, slow shutter speed dan fast shutter
speed. Kelima-lima jenis syot ini memerlukan penetapan yang berbeza pada kamera.
Dengan latihan yang berulang-ulang kali, kami dapat menguasai kemahiran fotografi.
Terdapat

pelbagai

format

untuk

penulisan

rancangan

pengajaran.

Penggunaan format tersebut adalah bergantung kepada guru dan kesesuaiannya


terhadap pengajaran guru. Rancangan pengajaran itu penting kerana ia memberi
guru satu panduan tentang apa yang perlu diajar pada hari itu. Dalam tugasan ini,
kami juga diminta untuk menghasilkan satu rancangan pengajaran tentang topik
sains mengikut format ASSURE. Dengan ini, kami dapat memahami cara penulisan
rancangan dalam format ASSURE dan menggunakannya pada situasi yang sesuai.
Akhir sekali, kami berharap tugasan ini dapat berjalan dengan lancar dan
dapat menguasai setiap kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai