Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

SEJARAH PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT


Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Pada abad ke-20,
banyak industri bertumbuh dengan pesat dalam membangunkan sektor elektronik,
sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi yang lain. Pada ketika itu,
terdapat banyak penyelidikan telah dilakukan bagi membiayai inovasi serta
permbaharuan dalam bidang jentera dan pengkomputan.Komputer komersil yang
pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J. Presper Eckert dan John Mauchly
untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan
mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer peribadi IBM pada tahun 1981.
Sejak itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan
dan mempunyai pelbagai fungsi.Pada ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub
vakum, manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan
transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan
sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skal sangat besar (VLSI).

DEFINISI TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)


Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology)
merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat
luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.
Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah,
menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa
mengira tempat dan waktu.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang
diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek
dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer
dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan
mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang
diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan
pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax,
telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan
dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod
bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan.
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.

Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat


digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

FUNGSI-FUNGSI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI


Teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk
tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pendidikan, pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi
dan sebagainya untuk memperoleh maklumat, menyimpan maklumat, mengambil semula
maklumat, memproses maklumat dan menyebarkan maklumat.
1. Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat membantu pengurus pendidikan dalam
membuat keputusan, menyesuaikan diri dengan perubahan dan selanjutnya dapat meningkatkan
komunikasi dalam organisasinya. Hakikatnya ICT sangat membantu dan menolong mereka
(pengurus sekolah) untuk berfungsi dengan lebih cekap, berkesan, mudah, cepat dan membuat
keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja seperti pendaftaran pelajar,
pelbagai rekod, kawalan inventori, jadual waktu, opsyen guru, bilangan waktu mengajar, hal
yang berkaitan peperiksaan, pembelian stok dan sebagainya. Ini bersesuaian dengan pendapat
Laudon dan Laudon ( 1997 ) yang menyatakan sistem maklumat dan komunikasi adalah
komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan menyimpan maklumat bagi
membantu organisasi membuat keputusan, merancang, mengawal dan menganalis.
2. Guru-guru juga boleh memperolehi maklumat daripada pelbagai sumber melalui ICT untuk
tujuan pembelajaran dan pengajaran ( P & P ) dan tahu menggunakan teknologi komunikasi
seperti CD Rom, cakera padat, video, komputer, komputer bimbit, dan perisian-perisian aplikasi
komputer seperti e-mail, pengkalan data, pemprosesan perkataan, hamparan eletronik, internet,
perisian persembahan dan lain-lainnya.Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem
maklumat dan komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya
dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi supaya
mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
3. Pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Tren
semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak
bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu
dikekalkan bagi membolehkan pelajar membelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh
diperolehi melalui teknologi maklumat. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer
amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada
komputer dan melahirkan golongan yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.
4. Masa kini, semakin banyak bahan-bahan ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer.
Penukaran ini akan mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar.
Misalnya penduduk bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi
tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih banyak
teks ditukarkan dalam bentuk bit. Pelajar atau penduduk tidak perlu sampai ke perpustakaan
untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut.
5. Perdagangan elektronik ditakrifkan sebagai penggunaan telekomunikasi atau rangkaian yang
luas untuk melaksanakan pemindahan kewangan. Dengan berkembangnya perkhidmatan
sedemikian pada masa depan, pengguna tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk
membeli-belah. Di samping itu, mereka boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan
kesesakan, cuaca dan jurujual yang membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah

kerana perkhidmatan yang dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan
senang. Halangan yang wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.
6. Dengan adanya rangkaian teknologi maklumat juga membolehkan aktiviti perbankan dan
pasaran dijalankan. Ini akan memberi pengaruh yang besar ke atas guna tanah kawasan
perdagangan pusat. Aktiviti tersebut sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank
atau bursa saham. Namun dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti
tersebut dijalankan dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih
rangkaian tersebut berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan
masa dan tenaga.
PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita.
Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan
saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem
faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data
yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih
pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita supaya kita tidak lagi
jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita dibawa ke sistem video yang begitu
canggih. Sistem ini berupaya merakamkan peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat
dimainkan semula ke televisyen dalam bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian
besar dalam teknologi komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat
menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya. Manusia
telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri dengan keselesaan
membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan tenaga, bahkan
maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan kerja bagi
penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya. Teknologi maklumat
juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh melihat banyak jenayah yang
dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang disiarkan melalui media elektronik
seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.
Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh teknologi maklumat, kemungkinan
besar kita juga akan terikut-ikut dengan gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam menjamin
kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan pengetahuan kita untuk
tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa masyarakat Singapura dapat
membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan berhati mulia.
KOMPONEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian
dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain
daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah

komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( knowhow ). Ia boleh digambarkan seperti berikut

TEKNOLOGI MAKLUMAT PADA MASA KINI


Dalam zaman yang serba moden ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk
merangkumi pelbagai aspek pengkomputeran dan teknologi. Ahli-ahi profesional melakukan
pelbagai tugas yang berbeza-beza dari segi pemasangan perisian penggunaan teknologi serta
perekaan bentuk rangkaian komputer dan juga pangkalan data maklumat.Kini, tugas yang
dilakukan oleh mereka melalui teknologi maklumat adalah seperti yang berikut. Iaitu
termasuklah pengurusan data, pengurusan sistem, perangkaian komputer, perekaan bentuk
perisian, perekaan bentuk sistem pangkalan data serta sistem maklumat pengurusan (MIS) .

sumber rujukan:
http://jomkepoh.blogspot.com/2009/07/definisi-tentang-teknologi-maklumat-dan.html

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Perhubungan Maklumat (ICT)


Antara iklan terbaru dalam blog abuaslam ialah iklan MyEg Service oleh Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai membaharui cukai jalan kenderaan
secara internet online. Sebelum ini syarikat-syarikat insuran telah menawarkan perkhidmatan
tersebut untuk membaharui insuran kenderaan secara online tetapi para pemilik kenderaan
terpaksa pergi ke JPJ atau Pejabat Pos Malaysia bagi membaharui cukai jalan masing-masing.

Selain itu beberapa agensi kerajaan lain juga sudah mengorak langkah memanfaatkan teknologi
ICT misalnya LHDN yang menggunakan sistem E-Filing. Ini secara tidak langsung dapat

menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan.


Terbaru, pihak Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga sudah menggunakan sistem ETicketing dan menawarkan tambang murah bagi menyaingi Air Asia. Justeru ada baiknya
semua sistem pengangkutan terutama bas Ekspress turut menawarkan sistem sedemikian kerana
ia memudahkan orang ramai membuat tempahan tanpa perlu pergi ke kaunter tiket.
Bagi industri perbankan pula Maybank Berhad mendahului bank lain dalam menawarkan sistem
online dengan jenama maybank2u. Urusan pemindahan wang dan pembayaran bil dapat
dilakukan dengan mudah dan cepat iaitu hanya di hujung jari.
Di sebalik kemudahan-kemudahan tersebut terdapat juga keburukannya antaranya peluang
pekerjaan sebagai ajen insuran kenderaan dan pekerja di kaunter bank dan tiket pasti
berkurangan. Ini akan menambahkan kadar pengangguran dalam negara. Justeru tenaga kerja
yang ada perlu disalurkan ketempat yang sesuai bagi mengurangkan masalah tersebut. Ini kerana
warganegara Malaysia tidak lagi berminat bekerja sebagai buruh kasar dan pembantu rumah atau
pelayan restoran.
sebenarnya banyak ilmu dan manfaat yang boleh digunakan dengan kewujudan teknologi ICT
tetapi bila disalahgunakan terutama medium internet menyebabkan semua lapisan masyarakat
termasuk remaja dan kanak-kanak turut terdedah kepada bahan lucah/porno. Ini seterusnya akan
menambahkan gejala sosial seperti seks bebas dan jenayah berkaintan seks seperti rogol dan lainlain.
Diharap samada kerajaan ataupun pihak swasta dapat berganding bersama bagi menghasilkan
suatu rumusan dan pelan tindakan bagi membendung masalah dan kesan negatif dari ICT
terutama peningkatan jenayah siber dan laman-laman sesawang yang berunsur lucah

Anda mungkin juga menyukai