Anda di halaman 1dari 3

UNIT DISIPLIN & PENGAWAS

MINIT MESYUARAT KALI


PERTAMA
UNIT

Disiplin & Pengawas

TARIKH

13hb Januari, 2014 (Isnin)

MASA

09:10 am

Puan Farah Waheda Binti Mansor

KEHADIRAN

29 orang

NAMA YANG HADIR

: 1.
2.
3.
4.

PENGERUSI

BI
L
1

MESYUARAT

Puan Mahani Binti Sulaiman (GPK HEM)


Puan Farah Waheda Binti Mansor
Puan Norul Aina Binti Mohd Isa
Pengawas Sekolah (26 orang)

AGENDA
Ucapan Pengerusi Puan Mahani Binti Sulaiman

Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.


Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada JK
Disiplin & Pengawas kerana dapat mengadakan mesyuarat
Unit Disiplin & Pengawas buat kali pertama bagi tahun
2014.
Pengerusi memaklumkan bahawa Guru Besar tidak dapat hadir
kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan
tentang perancangan Unit Disiplin & Pengawas yang
meliputi pelbagai perkara sepanjang tahun 2014 ini.
Pelantikan Pengawas Sesi 2014
Pengerusi menjelaskan bahawa murid yang terpilih menjadi
pengawas bagi tahun 2014 ini telah dipersetujui oleh guru
kelas dan guru besar.
Pengerusi mengharapkan agar amanah yang diberikan ini akan
dilaksanakan oleh pengawas dengan sebaik mungkin.
Pembahagian Tugas Pengawas
1

TINDAKAN

Penyelaras Disiplin & Pengawas telah mengedarkan lampiran


senarai nama pengawas dan tugasan yang akan dilaksanakan
sepanjang tahun ini.
Pengerusi telah menerangkan dengan jelas setiap tugasan
tersebut dan meminta agar setiap pengawas dapat
menjalankan tugasan yang telah ditetapkan ini dengan penuh
dedikasi.

Perancangan Tahunan Unit Disiplin & Pengawas


Pengerusi membentangkan cadangan perancangan tahunan unit
Disiplin & Pengawas.
Pengerusi menjelaskan bahawa mesyuarat Unit Disiplin &
Pengawas akan dilaksanakan setiap bulan dan setiap
pengawas wajib menghadiri mesyuarat tersebut.
Pengerusi juga menjelaskan bahawa sebahagian daripada
bilik siaraya ini akan menjadi bilik gerakan pengawas dan
segala maklumat berkaitan pengawas akan dipaparkan di
ruangan ini.

Hal-Hal Lain
Pengerusi meminta setiap pengawas dapat memastikan
peraturan sekolah dapat dipatuhi oleh semua murid sekolah
ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada murid
yang melanggar peraturan sekolah.
Pengerusi juga memberi peringatan kepada pengawas agar
tidak melakukan kesalahan disiplin kerana ia akan memberi
imej yang kurang baik kepada murid yang lain.
Mana-mana pengawas yang melanggar peraturan sekolah akan
dikenakan tindakan yang tegas dan boleh dilucutkan
jawatannya.
Puan Mahani pula mengharapkan agar setiap pengawas dapat
menjalankan tugasnya seperti yang telah disusun oleh
penyelaras disiplin dengan penuh jujur dan ikhlas agar
sekolah pada tahun ini akan berjalan dengan penuh lancar
dan tenteram.
Pengerusi menyeru agar pengawas dapat memberi contoh
terbaik kepada semua guru dan murid.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada bulan hadapan
mengikut kesesuaian tarikh.
Ucapan penangguhan

Pengerusi mengucapkan terima kasih, memohon ampun dan


maaf sekiranya ada kesalahan dalam mengendalikan
mesyuarat dan menangguhkan mesyuarat pada jam 10:10 pagi.

Semua Pengawas
Sekolah

Semua pengawas
sekolah

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

......................

.......................

Pn Farah Waheda Mansor


Penyelaras Disiplin