Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

(Tanpa Program LINUS - Numerasi)


Mata Pelajaran dan kelas :
Matematik Tahun 2 Maju
Tajuk
: Jisim
Masa
: 30 minit
Standard Pembelajaran : 11.1 (ii ) (a),(b,) (iii) (a),(b)
Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Mengenal pasti unit jisim dan menulis menggunakan simbol dengan betul.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
Set Induksi:
Suasana di pasar.
Soalan guru :Apakah yang kamu nampak dipasar
Guru menunjukkan alat penimbang.
Murid diminta menamakan alat tersebut.
Aktiviti 1 :
Guru memberi penerangan ciri-ciri alat penimbang tersebut
Aktiviti 2
Guru mengenalkan unit gram dan kilogram serta simbol berdasarkan
kad .
Aktiviti 3:
Dengan menggunakan dua alat penimbang gram dan kilogram, guru
menimbang sesuatu bahan untuk membandingkan unit kecil (gram)
atau
unit besar(kilogram). Nota : 1kilogram =1000 gram.
Aktiviti 4:
Guru meletakkan lima jenis objek yang berbeza di atas kedua-dua alat
penimbang serta bertanya kepada sepuluh orang murid bacaan yang
ditunjukkan pada kedua-dua penimbang.Murid melakukan aktiviti
menimbang dan berlakon sebagai peniaga.
Murid menyebut dan menulis bacaan dihadapan kelas.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
Keusahawanan membaca timbangan berat,TMK-penggunaan Power
Point (guru), membanding dan membeza
Bahan Bantu Belajar:
Alat penimbang, kad manila,objek sedia ada dan lembaran kerja
Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:
Penilaian melalui pemerhatian semasa p&p dan perbincangan aktiviti
kumpulan
Refleksi:
2 daripada 25 murid perdana belum mencapai objektif pembelajaran dan
akan dibimbing dalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang.

Anda mungkin juga menyukai