Anda di halaman 1dari 9

SCE 3102 Childrens Learning in Science

TOPIC 3

MEMAHAMI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang teori Perkembangan Kognitif Piaget dan implikasinya
dalam pengajaran Sains. Teori ini memperihalkan tentang tahap-tahap perkembangan
kognitif yang dilalui oleh semua kanak-kanak. Kefahaman tentang cara bagaimana
kanak-kanak belajar akan dapat membantu guru-guru untuk menyediakan persekitaran
yang kondusif bagi mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran sains.

Hasil Pembelajaran
Menerangkan teori perkembangan kognitif Piaget
Mengenalpasti ciri-ciri utama yang terdapat pada setiap tahap teori Piaget
Menjelaskan aplikasi teori Piaget dalam pengajaran Sains

Pengenalan

20

SCE 3102 Childrens Learning in Science

4.1

Teori Perkembangan Piaget

Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos


1896. Bapanya bernama Arthur Piaget, yang merupakan seorang
Profesor Sastera dalam bidang Sejarah dan ibunya pula bernama
Rebecca Jackson. Jean merupakan anak pertama yang suka
berdikari dan berminat tentang ilmu alam. Beliau menghembuskan
nafasnya yang terakhir pada usia 84 tahun,

Beliau telah kemukakan teori yang memfokuskan kepada perkembangan kognitif


kanak-kanak.

Sebelum membincangkan tentang teori kognitif Jean Piaget, kita perlu terlebih dahulu
mengetahui beberapa konsep penting yang diutarakan oleh beliau. Antara konsepkonsep penting tersebut adalah :
Konsep
1. Skema

Huraian
Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk
melakukan

sesuatu dengan

cara

tertentu.

-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan


beberapa gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema seperti
gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang,
serta

menggerakkan

tangan

dan

kaki.

-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang


benda yang tidak menyakitkan. Oleh itu, bayi juga akan cenderung
memegang benda-benda yang tidak menyakitkan seperti jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi
bertindakbalas

2. Asimilasi

dengan persekitarannya.

Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang


baru

diperolehi

dengan skema

21

yang

sedia

ada.

SCE 3102 Childrens Learning in Science

Konsep

Huraian
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikut
sesuatu modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang baru
diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat
sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema
memegang (skema yang sedia ada) dan sekaligus merasanya.
Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat pengetahuan yang
baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi

Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami


perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi
(menyesuaikan) persekitaran baru yang belum lagi berada dalam
perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses
pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak
ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya
dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

4. Adaptasi

-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara


akomodasi dan asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa
yang dipelajari dengan kehendak persekitaran.

Apakah satu contoh asimilasi yang anda telah lakukan? Cuba kenalpasti
satu contoh akomodasi yang anda telah lakukan.

Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
22

SCE 3102 Childrens Learning in Science

proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu
mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat
tahap yang mengikut turutan umur. Setiap peringkat dicirikan oleh kebolehan baru dan
cara memproses maklumat. Piaget percaya semua kanak-kanak melalui semua
peringkat ini dalam susunan yang sama, dan tiada kanak-kanak yang melompat manamana peringkat. Walau bagaimana pun kanak-kanak yang berbeza akan melaluinya
pada kadar yang berbeza. Juga seseorang individu boleh melakukan tugasan yang
berkaitan dengan peringkat yang berbeza pada masa yang sama terutama pada titik
perubahan ke peringkat yang baru. (Slavin, pg. 33)."

Tahap-tahap perkembangan
1. Sensori-motor

[Sumber :http://emilywalker.efoliomn.com/piaget-bruner-vygotzky]

(dari lahir hingga 2 tahun)

2. Preoperational
( 2 hingga 7 tahun)

23

SCE 3102 Childrens Learning in Science

3. Operasi Konkrit
(7 hingga 12 tahun)
4. Operasi Formal
(12 tahun hingga dewasa)

4.1. Tahap Sensorimotor


Pada tahap ini, perkembangan mental ditandai oleh kemajuan yang besar dalam
kemampuan bayi untuk mengorganisasikan dan mengkoordinasikan sensasi (seperti
melihat dan mendengar) melalui gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan fisik.

4.1.2 Tahap Praoperasi


Pada tahap ini anak mulai melukiskan dunia dengan kata-kata dan gambar-gambar.
Mulai muncul pemikiran egosentrisme, animisme, dan intuitif. Egosentrisme adalah
suatu ketidakmampuan untuk membezakan antara perspektif seseorang dengan
perspektif orang lain dengan kata lain anak melihat sesuatu hanya dari sisi dirinya.

Animisme adalah keyakinan bahwa objek yang tidak bergerak memiliki kualiti semacam
kehidupan dan dapat bertindak. Seperti seorang anak yang mengatakan, Pohon itu
bergoyang-goyang mendorong daunnya dan daunnya jatuh. Sedangkan intuitif adalah
apabila kanak-kanak mulai menggunakan penalaran primitif dan ingin mengetahui
jawaban atas semua bentuk pertanyaan. Mereka mengatakan mengetahui sesuatu

24

SCE 3102 Childrens Learning in Science

tetapi mengetahuinya tanpa menggunakan pemikiran rasional.

4.1.3 Tahap Operasi Konkrit


Pada tahap ini anak dapat melakukan penalaran logik menggantikan pemikiran intuitif
sejauh pemikiran dapat diterapkan ke dalam contoh-contoh yang spesifik atau konkrit.
4.1.4 Tahap Operasi Formal
Pada tahap ini, individu melampaui dunia nyata, pengalaman-pengalaman konkrit dan
berfikir secara abstrak dan lebih logik. Sebagai pemikiran yang abstrak, remaja
mengembangkan gambaran keadaan yang ideal. Mereka dapat berfikir seperti apakah
orang tua yang ideal dan membandingkan orangtua mereka dengan standar ideal yang
mereka miliki. Mereka mulai mempersiapkan kemungkinan-kemungkinan bagi masa
depan dan terkagum-kagum terhadap apa yang mereka lakukan.

Bahasa akan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep


sains yang dibincang. Kumpul maklumat tentang perkembangan
bahasa dalam setiap tahap perkembangan kognitif Piaget.

Mari semak kefahaman anda!

1. Dalam teori Piaget, potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu dipanggil sebagai
A. skema

B. adaptasi C. asimilasi D. organisasi

2. Benar atau salah: Dalam teori Piaget, keseimbangan kognitif akan dicapai bila
kanak-kanak mengakomodasikan skema mereka untuk menerima pengalaman
baru.
3. Ciri utama kanak-kanak dalam peringkat preoperasi cenderung gunakan
pemikiran _______ (refleks, intuitif, abstrak, hypotetikal)
25

SCE 3102 Childrens Learning in Science

4. Benar atau salah: Apabila kanak-kanak boleh memberi jawapan yang betul
kepada masalah keabadian, itu tandanya kanak-kanak itu telah masuk dalam
peringkat preoperasi.
5. Zikri yang berumur 2 tahun menunjuk kepada lori dan berkataItu kereta
merah. Memanggil lori sebagai kereta adalah satu contoh
A. keseimbangan
B. akomodasi
C. pengabstraksi
D. asimilasi
6. "merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada". Ini menerangkan .........................
a) skema
c) akomodasi

b) asimilasi
d) adaptasi
Berehat sebentar!

4.2 Implikasi teori untuk mengajar sains sekolah rendah

Teori Piaget ini dapat membantu anda untuk mempertingkat pengajaran sains daripada
aspek-apek berikut.

A.

Inkuiri-penemuan

Pembelajaran sains perlu menggunakan aktiviti `hands-on, minds-on yang


menggunakan bahan-bahan konkrit. Melalui aktiviti sebegini, kanak-kanak akan dapat
membentuk pengetahuan mereka dengan lebih mudah. Anda sebagai guru patut
bertindak sebagai fasilitator , menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai bagi
perkembangan kognitif mereka.

B.

Kesesuaian mengikut tahap kognitif

Aktiviti-akiviti pembelajaran yang dirancang perlulah mengikut tahap perkembangan


kognitif kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak berada di tahap operasi preoperasi dan
operasi konkrit maka aktiviti itu perlu menggunakan bahan-bahan konkrit bagi

26

SCE 3102 Childrens Learning in Science

menerangkan konsep atau kemahiran sains yang ingin disampaikan. Contohnya, anda
ingin menyampaikan konsep tumbuhan, maka pelbagai contoh tumbuhan perlu
digunakan. Murid pada tahap ini akan menggunakan deria untuk memerhati dan
mengelas contoh-contoh tumbuhan bgi membentuk konsep tumbuhan. Kalau kanakkanak itu telah berada di tahap operasi formal maka tidak perlulah anda menggunakan
banyak bahan konkrit lagi sebab kanak-kanak ini sudah boleh membentuk konsep
abstrak.

C.

Membentuk operasi mental

Perkembangan operasi mental kanak-kanak boleh dilatih dengan menggunakan aktiviti


yang sesuai.seperti menyusun mengikut urutan, pengelasan dan keabadian.

D.

Motivasi dalaman

Anda sebagai guru perlu senantiasa menyediakan peluang-peluang supaya kanakkanak akan terlibat sama dalam proses pembelajaran. Apabila melibatkan kanak-kanak
secara aktif supaya memikirkan pembelajaran mereka akan rasa seronok dan dihargai.
Ini akan bertindak sebagai motivasi untuk kanak-kanak itu sendiri akan senantiasa ingin
terus mempelajari sains.

Pilih satu topik daripada Huraian Kurikulum Sains Tahun 4. Bincangkan


dengan rakan anda untuk mengaplikasikan teori Piaget dalam satu sesi
pengajaran. Bentangkan semasa tutorial.

27

SCE 3102 Childrens Learning in Science

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th


Edition) USA, Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Martin, R.E., Sexton, C., Wagner, K.,Gerlovich, J. (1994). Teaching Science for all
children. USA, Allyn & Bacon.
http://www.psikologizone.com/teori-kognitif-psikologi-perkembangan-jean-piaget
http://teoripiaget.blogspot.com/

28

Anda mungkin juga menyukai