Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN PROSES SAINS (PKB 3110)

________________________________________
Pemerhatian:
Proses pemerhatian melibatkan penggunaan satu atau lebih daripada pancaindera kita
dalam persepsi ciri-ciri sesuatu objek atau sesuatu perkara yang sedang berlaku;
pemerhatian boleh dibuat secara langsung dengan pancaindera atau pun secara tidak
langaung melalui peralatan sains Contohnya; bola kuning itu kelihatan berbentuk bulat.
Pengkelasan:
Proses pengkelasan melibatkan penyusunan objek atau perkara yang berlaku mengikut
ciri-cirinya
Menggunakan nombor:
Proses ini diperlukan untuk membuat pengukuran atau membuat perbandingan serta
untuk menyusunkan objek
Berkomunikasi:
Proses ini melibatkan perpindahan data; data boleh dipindahkan melalui percakapan,
penulisan, graf, rajah, lukisan, peta atau pun formula; kemahiran seperti menyoal,
berbincang, memberi penerangan juga adalah kemahiran berkomunikai
Pengukuran:
Proses ini akan menyusunkan objek atau perkara melalui magnitud seperti panjang,
luas, isipadu dan jisim; proses ini melibatkan penggunaan peralatan sains
Membuat inferens:
Proses ini menggunakan logik untuk membuat kesimpulan daripada pemerhatian;
proses ini akan kemukakan penerangan atau sebab untuk sesuatu situasi Contohnya,
seorang guru sains telah memerhati sebuah pokok besar di suatu kawasan dan beliau
mendapati ada perbezaan pokok itu dengan pokok-pokok lain yang ada di
persekitarannya.
Membuat ramalan:
Ramalan adalah berasaskan pemerhatian, pengukuran serta inferens tentang
perhubungan di antara pembolehubah; ramalan adalah spekulasi; ramalan adalah
cadangan apakah yang mungkin berlaku . Contohnya satu soalan , dalam tahun depan
bulan manakah yang paling sejuk?.
Penggunaan perhubungan ruang-masa:
Proses ini melibatkan memperihalkan perhubungan spatial objek dan perubahannya
dengan masa; contohnya adalah pergerakan, arah, bentuk dan penyusunan spatial.
Penilaian Sumatif - penilaian sumatif secara umumnya dibuat pada akhir kursus atau
projek. Dalam pendidikan penilaian sumatif banyak digunakan untuk menilai tugasan
pelajar dengan gred-gred yang ditentukan. Penilaian sumatif adalah penilaian sebenar.
Penilaian Formatif - penilaian formatif pada umumnya dibuat semasa kursus atau
projek itu berlangsung. Ia juga merujuk kepada penilaian semasa pendidikan
( "educative assessment,) untuk membantu pembelajaran Penilaian Formatif mungkin
boleh dibuat oleh guru atau pelajar sendiri, memberi maklum balas terhadap kerja
pelajar dan tidak memerlukan panduan pemarkahan. . penilaian formatif bersifat bedah
siasat ( diagnostic).

Penilaian Formal biasanya melibatkan suatu dokumen bertulis, seperti ujian, kuiz atau
kertas kerja. Penilaian formal diberi skor secara numerik atau gred berdasarkan prestasi
pelajar, di mana ianya tidak menyumbang kepada gred akhir pelajar.
Penilaian tak formal biasanya terjadi secara bersahaja dan boleh melibatkan
pemerhatian, inventori, senarai semak, ukuran kadar, rubrik, prestasi dan penilaian
portfolio, penyertaan, penilaian kendiri dan rakan sebaya serta perbincangan.
Contoh Penilaian tak formal ialah seperti guru membantu murid membaca thermometer
dengan tepat semasa murid merekod bacaan suhu air
Permodelan adalah satu teknik penilaian.Permodelan kanak-kanak boleh memberikan
satu pengaruh kepada guru-guru untuk memahami aras kefahaman mereka.
. Berdasarkan Model Lima Fasa Needham. guru boleh memikirkan suatu aktiviti
menggunakan penstrukturan semula idea yang melibatkan murid membuat
eksperimen dalam kumpulan.
Strategi Eksplorasi adalah paling sesuai bagi pembelajaran murid kelainan upaya
dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Proses perkembangan intelek adalah paling memberi pengalaman kepada murid
Pembelajaran inkuiri menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Murid boleh
menyiasat, membuat penemuan dan berfikir secara kreatif.
Pembelajaran secara berfikir adalah berkait rapat dengan fahaman bahawa
pengetahuan sains boleh diperolehi melalui pengalaman dan pemerhatian terhadap
fenomena semulajadi.
Keupayaan setiap murid adalah yang paling perlu diberi perhatian oleh guru yang
mengajar murid-murid kelainan upaya.
Alat bantu mengajar yang interaktifpaling mustahak perlu dipertimbangkan semasa
menyediakan alat bantu mengajar bagi strategi pembelajaran hands on
Murid-murid kelainan upaya memerlukan bahan yang mudah dan konkrit dalam
pembelajaran mereka. Guru-guru boleh dapatkan bahan-bahan sedia ada yang ringkas
bagi menghasilkan bahan tersebut
Seorang guru mesti mengambil kira kaedah dan teknik dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. seperti Keupayaan murid , aktiviti-aktiviti guru dan
keperibadian murid
. Kepentingan pembelajaran sains kepada murid kelainan upaya adalah untuk
membolehkan mereka memahami dan menyatakan benda-benda di sekeliling mereka
dan supaya mereka menggunakan benda-benda tersebut dengan betul

Anda mungkin juga menyukai