Anda di halaman 1dari 10

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBEF2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN
RUMUSAN CERAMAH TAJUK 2
(T2A2)

NO. MATRIK

820821125622001

NO.KAD PENGENALAN

820821-12-5622

NAMA PELAJAR

SITI NUR'ASYIKIN BINTI YAHYA

NO. TELEFON

013-8808082

E-MAIL

shekeen82@yahoo.com

NAMA TUTOR

ALINAH BINTI HAJI BUDIN

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Isi Kandungan

Muka surat

Pendahuluan

Rumusan Ceramah 2

Faedah Program Pensiswazahan

i)
ii)
iii)

3
5
6

Meningkatkan Ilmu
Meningkatkan Kemahiran
Meningkatkan Nilai Pendapatan

Sumbangan Guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


6
Kesimpulan

Rujukan

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

PENDAHULUAN
Perkembangan Profesionalisme Keguruan merupakan salah satu subjek penting yang mana ia
banyak mendedahkan mengenai perkembangan globalisasi dunia pendidikan yang semakin
mencabar pada masa kini. Berdasarkan video Seminar Perkembangan Profesionalisme
Keguruan yang telah disampaikan oleh Tuan Haji Ibrahim bin Sakimin menggariskan
beberapa panduan yang boleh membantu bakal siswazah untuk lebih berfikiran terbuka dan
meningkatkan integriti dalam profesion keguruan.
Pihak kerajaan khususnya pihak kementerian telah melakukan pelbagai usaha bagi
memartabatkan profesion keguruan. Antaranya ialah melalui program pensiswazahan guru
yang mensasarkan 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus di sekolah
menengah menjelang tahun 2015. Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi
yang telah diambil oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha guru memartabatkan
profesion di samping menjadikan profesion ini sebagai pilihan utama. Salah satu perkara
yang digariskan ialah Program Pensiswazahan Guru yang bermula pada Jun 1999 telah
menambahkan bilangan guru siswazah di samping kursus-kursus yang diadakan dengan
Universiti Terbuka Malaysia (OUM) untuk guru-guru bukan siswazah serta Institut
Aminuddin Baki untuk Guru Besar.
Setiap guru perlu sentiasa mengemaskini ilmu dan kemahiran dalam memastikan
perkembangan dan peningkatan profesionalisme guru yang sejajar dengan perubahan cabaran
yang dihadapi dari masa ke semasa.

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

RUMUSAN CERAMAH 2
Hasil daripada ceramah yang saya dengar ini, dapat dikenal pasti terdapat dua bahagian isi
utama iaitu faedah daripada program pensiswazahan yang akan dinikmati oleh bakal
siswazah, dan sumbangan yang patut diberikan oleh guru-guru siswazah dalam
memperkembangkan profesionalisme keguruan pada masa kini iaitu sumbangan para guru
yang mengikuti pengajian kepada KPM setelah tamat pengajian kelak. Hasil rumusan yang
saya buat diharap dapat membantu dalam membentuk pemikiran yang lebih positif ke arah
melahirkan modal insan yang menyeluruh.
Faedah Program Pensiswazahan
i)Meningkatkan Ilmu
Pendidikan guru adalah pendidikan pembelajaran seumur hidup, bermula sebelum
seseorang itu menceburi profesion perguruan pra perkhidmatan atau masa percubaan dan
terus bersambung sepanjang kerjayanya. Kedua-dua perkembangan guru dan sekolah
hendaklah seiringan dan tidak dapat dipisahkan (Micheal G Fullen. Fullen, Successful School
Improvement). Pada 16 Julai 2007, akhbar Berita Harian telah mengeluarkan satu artikel
yang bertajuk Kementerian Galak Pendidik Tingkat Kualiti Akademik. Rumusan dari
artikel berkenan menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran tetap menggalakkan guru bukan
siswazah menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi demi menyahut seruan
kementerian yang berhasrat mencapai sasaran semua guru siswazah di sekolah menengah dan
sekurang-kurangnya 50 peratus guru siswazah di sekolah rendah pada tahun 2010. Datuk
Alimuddin Mohd Dom iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran menyatakan bahawa pihak
kerajaan sudah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan guru menyambung
pelajaran.
Rentetan daripada itu, guru-guru yang mengikuti program pensiswazahan ini,
mempunyai banyak peluang dalam meningkatkan ilmu. Perubahan yang pantas memerlukan
individu yang sentiasa belajar bagi meningkatkan kebolehan, keupayaan dan sikap.
Disebabkan kemahiran memerlukan pengetahuan, maka pembelajaran berterusan adalah
penting untuk seseorang itu mejadi lebih profesional dan sentiasa releven mengikut
perubahan semasa.

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Pengetahuan dalam kalangan individu merupakan kunci kejayaan dalam sesebuah


organisasi. Jesteru, organisasi yang mana anggotanya sentiasa mencari ilmu akan berusaha
mencapai matlamat yang dikehendaki. Ilmu pengetahuan bagi setiap individu akan
meningkatkan lagi kompentensi dalam melaksanakan tugas. Pengetahuan yang diperoleh bagi
setiap individu dalam sesebuah organisasi dapat memperkuatkan lagi kemahiran bagi
menghadapi cabaran pada masa akan datang serta mewujudkan peluang baharu pada masa
hadapan.
Melanjutkan pelajaran adalah perlu kerana dalam usaha untuk mendapatkan segala ilmu
yang berkaitan, khususnya bagi subjek yang diajar. Ilmu merupakan faktor terpenting dalam
menentukan kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara.
Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir yang tinggi dan daya kreatif dalam
kalangan individu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial mahukan ahlinya menguasai
ilmu. Tambahan pula guru merupakan orang yang akan menyebarkan ilmu. Oleh itu, guru
perlu memiliki ilmu pengetahuan yang lengkap bagi memastikan penyebaran ilmu yang
disampaikan adalah tepat.
kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baik secara
langsang atau tidak langsung dengan kegiatan keilmuan di setiap kesempatan dan keadaan di
mana segala tindakan manusia baik di peringkat individu, mahupun masyarakat, diputus dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan. Budaya ilmu juga adalah satu budaya yang
meletakkan nilai tertinggi dan asas ilmu pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam
kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Oleh yang demikian, memang
sangat wajar bagi guru untuk merangka pelan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya
mereka sentiasa mempunyai pengetahuan terkini untuk dikongsi bersama dengan murid.
Pembangunan kognitif melalui penekanan penguasaan ilmu merupakan domain yang tidak
kurang penting. Melalui program pembangunan diri staf, organisasi sekolah serta setiap guru
harus mempelbagaikan usaha dalam meningkatkan ilmu pengetahuan serta menanam
perasaan cinta kepada ilmu pengetahuan. Adalah sesuatu yang amat malang sekiranya guru
sendiri tidak berminat mendalami pelbagai bidang ilmu sama ada yang secara langsung
membantu pengajaran pembelajaran atau ilmu-ilmu lain yang dapat mengukuhkan tahap
profesionalisme dan sahsiah guru.
ii)

Meningkatkan Kemahiran
4

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Guru dalam bilik darjah merupakan individu terpenting di sekolah yang perlu responsif
kepada sebarang perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Tanpa kesediaan mereka
usaha reformasi pendidikan akan mengahadapi kegagalan (Fullan, 1991; Sarason, 1982).
Antara syarat utama bagi membolehkan guru bersikap terbuka dan menerima perubahan ialah
melalui pembelajaran yang berterusan. Penghayatan konsep pendidikan tentang pentingnya
mendalami kemahiran dengan lebih meluas lagi bagi semua profesion terutamanya profesion
keguruan bagi membolehkan ahli profesion itu memberi sumbangan yang cemerlang terhadap
profesionnya secara khusus dan kepada negara secara amnya.
Antara yang terbaik dapat dilakukan oleh guru untuk mencapai pembelajaran peribadi
mereka adalah dengan berusaha untuk meningkatkan kemahiran akademik dan sentiasa
mengambil peluang untuk mengikuti pembelajaran atas rasa keperluan dan mencapai
kepuasan peribadi.
Tidak dapat dinafikan tanggungjawab dan peranan pendidik akan lebih mencabar
apatah lagi dengan ledakan perkembangan ICT masa kini yang menuntut para guru dan
pendidik untuk lebih berusaha gigih bagi menghasilkan anak didik yang benar-benar berilmu,
berakhlak mulia, mempunyai jati diri dan mampu bersaing pada peringkat nasional mahupun
global. Melalui dunia globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi
global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya,
dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas.
Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan
menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.
Melalui program pensiswazahan ini, para guru dapat meningkatkan kemahiran dari
pelbagai aspek. Contohnya aspek komunikasi yang mana ia ditekankan dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran di universiti. Kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menggunakan ICT
juga turut berkembang melalui proses pembelajaran ini. Para guru dilatih dalam pelbagai
kemahiran dan ini sangat berfaedah dalam menempuh bidang pendidikan yang semakin
canggih di masa kini. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia
dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa
sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat.

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan
penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (VirtualTeacher Education Center)
telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.
iii)

Meningkatkan Nilai Pendapatan


Jika dilihat di dada-dada akhbar mahupun laman sesawang, terdapat pelbagai berita

atau isu yang saling berkait rapat dengan profesion ini. Antaranya ialah gaji dan pengorbanan
guru. Salah satu isu yang sering menjadi topik perbincangan ialah isu gaji dan pengorbanan
guru.
Benarlah rezeki itu di tangan Tuhan. Jika kita lihat, ada individu yang dahulunya tidak
tamat persekolahan kini telah menjadi jutawan. Orang yang membuat keputusan untuk tidak
menamatkan pengajian seperti Bill Gates, Mark Zuckerberg dan beberapa orang lagi telah
menjadi jutawan walaupun mereka tidak menamatkan pengajian mereka. Jika difikirkan
kembali, mereka ini mempunyai fokus yang tinggi terhadap kemahiran yang mereka kuasai
dan bijak untuk memanipulasikan kemahiran mereka itu. Adakah anda juga sebegitu? Punyai
kemahiran yang mampu mencetuskan revolusi sekurang-kurangnya untuk negeri anda? Jika
tidak, lupakan hajat anda dan akuilah bahawa pendidikan adalah sangat penting di kala ini.

Sumbangan Guru kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


Guru-guru yang mengikuti program pensiswazahan guru ini diharap dapat menerap dan
menyemai nilai bersyukur dalam diri mereka kerana tiada negara lain yang memberikan
kemudahan yang seumpama ini di dunia melainkan negara kita. Selain itu guru-guru juga
perlu berbangga dengan jawatan dan profesion mereka kerana terdapat banyak perubahan
yang telah diberikan berbanding zaman dahulu contohnya seperti kenaikan gred ikut laluan
kerjaya dan pemberian gelaran guru pakar atau guru cemerlang.
Guru yang ada kini juga kena bersyukur kerana telah berada dalam jawatan guru yang
penuh penambahbaikan sedangkan permohonan masuk untuk menjadi gula telah
diperketatkan syarat-syaratnya. Ini membolehkan hanya pelajar yang terbaik dalam akademik
sahaja yang diambil untuk mengikuti program perguruan. Oleh itu beliau berpesan kepada

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

para guru agar menjaga profesion keguruan ini agar tidak dipandang serong oleh pihak lain.
Beliau menyatakan tiga perkara penting yang perlu disumbangkan oleh guru-guru setelah
mengikuti program pensiswazahan kepada pihak KPM iaitu ilmu, kemahiran dan nilai.
Antara contoh nilai yang perlu ada ialah menepati masa waktu bekerja, masuk ke dalam
kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan tanpa menunggu bunyi loceng. Guru perlu
sentiasa menepati masa, berperancangan, menyegerakan tugas, kreatif, produktif dan
berkualiti. Amalan menghargai masa ini juga dapat membasmi sikap suka membuang masa,
kurang perancangan, suka bertangguh, tidak siap kerja dan memberi hasil yang tidak
berkualiti. Nilai kejujuran juga penting iaitu guru perlu ada inisiatif untuk mengajar tanpa
asyik memikirkan apa yang diperolehi dari skim perkhidmatan. Jujur dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat menyumbang dalam perkhidmatan guruguru. Seorang guru juga hendaklah berusaha meningkatkan kreativiti dan inovasi mengikut
peredaran zaman ini. Iaitu menjadi guru yang bijak dalam mengelolakan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah untuk menarik minat pelajar. Guru banyak memainkan
peranan penting dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) tanpa mengira medium apa yang
digunakan.
Selain itu pihak KPM juga berharap agar bahan pengajaran mesti senantiasa
diperbaharui mengikut kesesuaian masa. Untuk menjadi guru yang berkesan para guru kena
buktikan kepada murid bahawa kita memang berkesan dalam meyampaikan pengajaran, nilai
serta kemahiran. Guru juga perlu sentiasa muhasabah diri sejauh manakah sumbangan yang
diberi sepanjang perkhidmatan sebagai guru. Sama ada perkhidmatan kita berkesan atau tidak
contohnya dalam mengatasi isu murid tidak boleh membaca dan menulis di peringkat sekolah
rendah mahupun sekolah menengah.
Penggabungjalinan dan mempraktikan kemahiran yang diperolehi semasa guru-guru
belajar di peringkat universiti perlu disesuaikan dengan perkembangan terkini. Kaedah
penyampaian pengajaran dalam proses pdp perlu senantiasa diperbaharui dari semasa ke
semasa. Kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) perlu diterapkan dalam pdp agar murid
dapat meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Di akhir ceramah beliau, Tuan Haji Ibrahim
mengharapkan agar guru-guru menjadi guru yang bertanggungjawab terhadap apa yang telah
diamanahkan ke atas bahu mereka. Nilai Ketekunan Membawa Kejayaan pula berupaya

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

membina tumpuan atau fokus kerja yang berganda ke tahap kejayaan dan kesempurnaan
dalam perkhidmatan. Penerapan nilai usaha, gigih, sabar, tabah, berdisiplin, berdedikasi
bersemangat waja, cekal dan sebagainya merupakan ramuan terpenting bagi meletakkan
pencapaian organisasi ke tahap yang terbaik. Amalan Ketekunan Membawa Kejayaan akan
melenyapkan budaya bertangguh, cepat bosan, sentiasa ingin bertukar kerja, pasif, membazir
dan berpandangan negatif dalam kalangan penjawat awam.

KESIMPULAN
Usaha pihak kerajaan untuk memartabatkan profesion ini perlu dipandang tinggi oleh
masyarakat khususnya golongan pendidik. Marilah kita bersama-sama menjayakan agenda
pembangunan pendidikan negara agar setaraf dengan negara maju yang lain. Hakikatnya,
setiap seorang daripada kita tidak kiralah sama ada beliau seorang pemimpin, pentadbir,
doktor, peguam, akauntan, jurutera, ahli sukan atau apa jua kerjayanya, telah diasuh dan
dibimbing oleh insan yang bernama guru. Kejayaan serta kelestarian seseorang guru dalam
kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.
Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas
baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru harus sentiasa
berusaha untuk menambah ilmu pegetahuan.
Oleh itu para guru dan pendidik perlu melengkapi diri dengan ciri-ciri kualiti yang
diperlukan bagi membawa tahap pendidikan negara ke era lebih cemerlang dan mampu
mengangkat kualiti bangsa yang berkemahiran, berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas
serta mampu mempertahankan kedaulatan negara, memperteguh pegangan hidup bersendikan
kekuatan iman dan taqwa.

RUJUKAN

820821125622001

HBEF2803
Perkembangan Profesionalisme Keguruan

http://www.academia.edu/1470541/PERKEMBANGAN_PROFESIONAL_KE_ARAH_PEM
BANGUNAN_MODAL_INSAN_GURU
https://www.youtube.com/watch?v=Kvli-VLY98w&feature=youtu.be

Anda mungkin juga menyukai