Anda di halaman 1dari 7

Prosedur sebelum graduation

Step 1 : Isi borang SPA8i


i.

ii.
iii.

Boleh tengok link dibawah sebagai rujukan cara mengisi borang tersebut
http://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp bezanya cuma pada institusi yang
mengeluarkan sijil. Pilih ukrida.
Jangan lupa print details akhir k.
Borang ni valid selama setahun, jadi untuk yang dah nak perlantikan, kalian dah
boleh mula isi dah borang ni. Dan ia boleh dikemaskini kan pun, so no worries, isi
je.

Setelah perlantikan dan pulang ke Malaysia, boleh teruskan step berikutnya..

Prosedur setelah graduation (bila dah ada salinan ijazah dokter)


Step 2: Mendaftar di MMC

Alamat : Setiausaha, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Blok B, Aras Bawah, Jalan
Cenderasari,

50590, Kuala Lumpur. Telp : 03-22628480/8481/8482

# Dokumen yang diperlukan


i.
Bank draft atau wang pos RM 20 atas nama Pendaftar Pengamal Perubatan dan
1 gambar berukuran passport latar biru
ii.
Borang perakuan pendaftaran sementara (Borang 4) :
http://mmc.gov.my/v1/docs/form/1.Sementara%20-%20kemaskini12122013.pdf
iii.
Pengakuan saksi (ada di bahagian belakang Borang 4)
iv.
Salinan I/C
v.
Salinan Sijil Kelahiran
vi.
Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (bukan transkrip SPM yang nipis tu)
vii.
Salinan Sijil S. Ked dan salinan Transkrip nilai S. Ked
viii.
Salinan Ijazah Dokter (sila push TU ukrida kampus 1 supaya mereka siapkan
sebelum graduation).
ix.
Borang Fitness to Practice (ada di bahagian belakang Borang 4).
# Dokumen (ii): jangan lupa minta tandatangan dan cop pegawai golongan A pada
bagian perakuan
pengenalan saksi.
# Dokumen (iv)-(viii): hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan
pengurusan dan
professional (golongan A). Nak mudah dan selamat, minta dokumen disahkan oleh
Pengetua /
Penolong Kanan (gred atas DG41) di mana-mana SEKOLAH MENENGAH k =)
# Serahkan semua dokumen diatas, tunggu surat pendaftaran sementara (siap terus).
Fotostat
surat tersebut dalam 3 helai.

** Gambar kat atas contoh surat sementara dari MMC. (surat pendaftaran sementara
tanpa no
pendaftaran MMC seperti ini dikeluarkan disebabkan masalah seperti system
computer down).
** Kalau jadi macam ni, jangan lupa tick pada box supaya surat dihantar ke rumah jadi
kita tak
penat ulang-alik KL
# Lanjutkan ke step berikutnya.

Step 3: Mendaftar di KKM


Alamat: Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Sumber Manusia,
Unit Pengurusan & Profesional, Aras 9, Blok E7, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62590, PUTRAJAYA Telp: 03-8883 2735 / 8883 2804 (Puan Aminah/Puan
Nurul Huzal)
Dokumen yang diperlukan:
i.
ii.
iii.

Borang Maklumat Diri - Pegawai Perubatan Tetap (download the form) :


http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/981
Semua dokumen seperti yang dihantar di MMC (iv)-(viii) : (semua perlu disahkan)
Salinan surat pendaftaran sementara dari MMC : (tidak perlu disahkan)

Hantar semua dokumen. Selesai urusan di KKM.


Step 4: Tempahan Temuduga SPA
i.

Tempahan tarikh temuduga boleh dibuat melalui telefon, email atau datang
sendiri bertemu dengan Cik Hidayah : 03-8885 6338 / Cik Zuraini : 03-8885
6339 atau call line SPA 03-8885 6372 / 03- 8885 6338.

ii.

Faks: 03-8888 5044


Email: Alamat: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Aras 6, Blok C7, Kompleks C,
Bahagian Pengambilan, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62520,
Putrajaya.

iii.

Jika korang datang ke pejabat SPA sendiri, korang akan diminta isi seperti borang
di bawah untuk memastikan nama korang masuk dalam waiting list interview.
Borang ni nanti akan disuruh isi sekali lagi waktu interview -_-

iv.

v.

vi.

vii.

Make sure call mereka untuk tempahan tarikh temuduga, biasanya selagi kita tak
hubungi mereka, selagi itu kita takkan dipanggil. Rajin2 call SPA untuk follow up
interview k.
Tempat dan tarikh temu duga ditentukan KKM dan akan dimaklumkan melalui
telefon oleh SPA. Antara tempat interview : Pusat interview SPA Jalan
Cenderasari, SPA Putrajaya, ada juga yang dapat di Petaling Jaya.
Dah dapat tarikh temuduga, pergi temuduga jam 8 pagi dan bawa dokumen
ASAL dan SALINAN seperti berikut : (Selalunya student universiti oversea lain
byk tak prepare mengikut urutan waktu interview nanti)
a) MyKad
b) Sijil lahir
c) Sijil SPM
d) Ijazah / Transkrip
e) Surat Keterangan
f) Surat pendaftaran Sementara (dari MMC)
g) Gambar (Ukuran Passport)
Pakai pakaian rasmi semasa hadiri temu duga
Lelaki kemeja lengan panjang & tie
Perempuan Baju Kurung

[Kiri]
: Nanti korang akan diberi number bilik temuduga. [A,B,C,D atau E] Ni kalau di
KL.
[Kanan] : Suasana sebelum masuk bilik temuduga. Digabung sekali dgn budak non
medical juga
Step 5: Setelah selesai temuduga.

Tunggu surat perlantikan dari SPA. Nanti dapat surat seperti ini.

Dah dapat surat,


i. Hantar surat terima perlantikan ke SPA. (Setelah interview dia akan langsung
minta kita isi surat tu depan kerani SPA dan dia akan ambil 1 salinan surat
penerimaan lantikan)
ii. Buat akuan sumpah di pesuruhjaya sumpah

iii. Medical check up kalau sempat. If tak sempat, boleh buat di hospital tempat
korang posting nanti.

Kemudian, tunggu surat panggilan untuk mengikuti kursus induksi / Program


Transformasi Minda (PTM). (Kursus ini diadakan 2 bulan sekali)

Step 6: Kursus induksi

Alamat: Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian


Pengurusan Latihan, Aras 6, Blok Plot 3C4, No. 26, Jalan Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675, PUTRAJAYA.

Telefon : 03-8885 0600 (Puan Betty) untuk pertanyaan tentang kursus induksi
E-mail : betty_agan@moh.gov.my

SELESAI =)

Catatan:
1. Sementara tengah cuti, cari waktu untuk buka akaun KWSP di mana-mana
bangunan KWSP (perlukan I/C sahaja).
2. Buka akaun bank di mana-mana bank yang kalian nak gaji masuk nanti.
3. Fotostat halaman depan buku bank. Bagi bank yang tidak sediakan buku bank,
minta bank statement.
4. Untuk students MARA dan JPA, kalian perlu lapor diri tamat pengajian ke penaja
masing-masing. Dokumen yang diperlukan seperti link dibawah ini :

Untuk MARA
baca syarat dulu :
http://apps.mara.gov.my/conversiononline/SYARAT.pdf
Baru download (borang lapor diri dan borang permohonan pengurangan
pembayaran balik) :
http://convo.kptm.edu.my/2013/images/static/pdf/borang-penguranganconversion.pdf
Nak cek baki pinjaman? Klik sini :
http://apps.mara.gov.my/ebakiv2/

Untuk JPA :

baca dulu :
http://www.jpa.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=451%3Apengurusankerjaya&catid=55&lang=ms
Baru download (borang lapor diri):
http://docs.jpa.gov.my/docs/blatihan/lapordiri2007.pdf
Lapor diri secara online :
http://esila.jpa.gov.my/esimos

Last update by : Emir 2008, 14/11/2014 09.00 am

Ringkasan :

Anda mungkin juga menyukai