Anda di halaman 1dari 15

Cinta rasul

Rasulullah Membantu Melakukan


KerjaRumah

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan


oleh Imam Bukhari dan Muslim yang
maksudnya: Aisyah r.a. pernah ditanya
seorang lelaki yang bernama al Aswad bin
Yazid tentang apa yang dilakukan oleh
Rasulullah saw ketika dalam rumahnya?
Maka Aisyah menjawab:Rasulullah SAW
sentiasa membantu ahli keluarganya
dalam kerja rumah. Dan apabila sudah
tiba masuk waktu solat, Baginda keluar
untuk solat.
2

Tidur

Rasulullah saw tidur hanya beralaskan


belulang iaitu kulit yg diisi pelepah tamar.
Siti Aisyah r.a berkata bahawa alas tidur
Rasulullah SAW adalah daripada kulit yang
diisi dengan serabut [Riwayat Bukhari].
Apabila tidur, baginda berbaring disebelah
kanan dan meletakkan tapak tangan
kanannya dibawah pipinya.

Makan

Sunnah Nabi ialah semasa makan ialah


duduk di atas lantai dan bukannya di
meja. Tidaklah salah makan di meja,
cuma tidak mengikut sunnah. Semasa
makan, Nabi duduk seperti duduk tahiyyat
pertama atau duduk bertinggung.
Baginda tidak mempunyai meja makan.
Makanan diletak di atas lantai. Baginda
menyuap makanan yang ada dengan 3
jari. Baginda tidak pernah mencela
makanan. [Riwayat Bukhari dan Muslim].
4

Mengutamakan kanan

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w


bersabda:Jika kamu memakai sandal
(kasut), pakailah yang kanan terlebih
dahulu. Tetapi jika membukanya,
yang kiri dahulu dibuka. Maka yang
kanan adalah yang mula-mula dipakai
dan yang terakhir dibuka.
(al-Bukhari)
5

DERMAWAN

Dari Ibnu Abbas R.A katanya: Rasulullah


S.A.W. adalah seorang yang paling
dermawan, dan sifat dermawannya itu
lebih menonjol pada bulan Ramadan yakni
ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril
menemuinya pada setiap malam bulan
Ramadan, dibawanya mempelajari AlQuran. Maka Rasulullah S.A.W. lebih murah
hati melakukan kebaikan dari angin yang
bertiup. Hadis Riwayat Bukhari
6

BERSALAMAN

dari Anas bin Malik r.a. yang berkata, aku


pernah mendengar seseorang berkata kepada
Rasulullah saw, Wahai Rasulullah, jika
seseorang bertemu dengan saudaranya atau
temannya, apakah ia mesti menundukkan
(kepala)?
Tidak, jawab Rasul.
Ataukah menghormat dan memeluknya?
Tidak juga.
Apakah memegang tangannya (berjabat
tangan)?
Ya, jawab Rasul singkat.
7

BERSIWAK

Kalau tidaklah memberatkan atas


ummatku, sungguh aku akan
menyuruh mereka bersiwak setiap
kali berwudhu !. Hadits Riwayat
Bukhari

SENYUM

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :


Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah. AlTirmidzi dalam sahihnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Janganlah


kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun
sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis
(wajah ceria dan senyuman). Hadis Riwayat Muslim.

MEMAKAI WANGIAN

Maksudnya: Empat perkara daripada


sunnah para rasul: 1. Perasaan malu 2.
memakai wangian 3. bersiwak 4. bernikah
(Hadis daif- Tirmizi, Ahmad dan Baghawi)
Maksudnya: Tiga perkara yang disukai
oleh ku daripada dunia 1. Wanita yang
halal 2. wangian 3. rasa seronok dalam
solat. (Hr Ahmad, Hakim dan Baihaqihadis hasan)
10

SOLAT MALAM

Al-Mughirah bin Syu'bah Radhiallahu'anhu


berkata:
"Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam
berdiri (sholat pada waktu malam)
sehingga kedua kaki beliau bengkak. Maka
beliau ditanya; Bukankah Allah telah
mengampunimu dosa yang telah lalu dan
yang akan datang? Beliau menjawab:
Apakah tidak sepatutnya aku menjadi
seorang hamba yang bersyukur"
(HR. Bukhari dan Muslim).
11

KE MASJID

Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w


apabila kita melangkah ke dalam
masjid rumah suci Allah s.w.t mesti
didahului dengan kaki kanan dan
melangkah keluar didahului
dengan kaki kiri terus memijak
sandel kiri dan sarung didahului
dengan kaki kanan
12

KETANDAS

Manakala sunnah Rasulullah s.a.w


ketika masuk ke tandas mesti
melangkah dengan mendahului
kaki kiri dan keluar tandas dengan
mendahului kaki kanan

13

BERMUSAFIR

Antara sunnah Rasulullah S.A.W dalam


bermusafir ialah sunat kita bertakbir ketika
pada paras ketinggian dan bertasbih ketika
turun ke paras rendah. Ketika menaiki kapal
terbang apabila kita mula berlepas dan
terbang tinggi, sunat bagi kita bertakbir. Allahu
Akbar! dan bertasbih ketika turun.
Subhanallah! Begitu juga kalau kereta kita
mendaki bukit, jejantas atau kawasan tinggi.
Sunat bertakbir setiap kali naik ke atas. Dan
bertasbih ketika menurun. Juga sunat
digunakan di mana-mana tempat dan bandar.
14

7 sunnah utama
Pertama:tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman.
Ketiga:jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah
kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam:jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga
oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh:amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi
kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

15

Anda mungkin juga menyukai