Anda di halaman 1dari 3

Laporan program kesihatan diri (pemakanan seimbang)

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak


dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.
Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat,
protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.
Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya malnutrisi. Makanan
seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan
tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang
seharusnya

memberikan

kita

tenaga.

Makanan

yang

mencukupi,

karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang


mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.
Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat
menjauhi kita daripada mendapat penyakit.
Karbohidrat menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap
segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan
kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh
manusia. Oleh itu, makanan yang mengandungi karbohidrat telah banyak
kami masukkan dalam jadual yang kami rancang. Kami bersarapan pagi
dengan

makan

roti,

minuman

bijirin,

biskut

dan

konfleks

yang

mengandungi karbohidrat yang tinggi. Karbohidrat terdiri daripada gula


(gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang,
ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.
Karbohidrat banyak terdapat dalam bijirin seperti beras dan gandum.
Dengan ini jelas dapat melihatkan karbohidrat adalah sangat penting
dalam pemakanan harian kami. Dalam pemakanan tengah hari dan malam
pula, kami lebih kepada makan nasi, mi, mihun dan kentang yang
merupakan makanan berkarbohidrat supaya badan kami memperoleh
tenaga yang cukup.
Selain itu, protein juga sejenis nutrien yang amat penting dalam
keseimbangan pemakanan harian kami. Protein mengandungi beberapa
zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh
diperoleh daripada haiwan. Daging ayam, ikan, ikan billi dan tauhu
mengandungi banyak protein yang diperlukan oleh badan kami telah kami

masukkan dalam jadual pemakanan. Kami merancang makanan yang


mengandungi nutrien protein dimasukkan dalam makanan tengah hari
dan malam. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas
kedua dan sedikit protein kelas pertama. Sayur-sayuran telah dimasukkan
dalam jadual pemakanan kami hampir setiap hari supaya memastikan
bekalan protein sayur cukup untuk badan kami.
Di

samping

itu,

lemak

juga

memainkan

peranannya

dalam

keseimbangan pemakanan harian kami. Lemak menyediakan lebih dua


kali ganda nilai kalori yang diperoleh daripada karbohidrat dan menjadi
sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia
kerana ia merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang
diperlukan

untuk

menjalankan

sebarang

aktiviti.

Selain

itu,lemak

berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada


badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah
kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Lemak juga mengandungi
vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan
selaput sel. Walau bagaimanapun, pengambilan lemak yang berlebihan
boleh memudaratkan kesihatan badan. Hal ini kerana lemak yang tidak
digunakan akan disimpan dalam badan dan menyebabkan berat badan
bertambah dan menjadikan seseorang itu gemuk. Oleh itu, makanan yang
mengandungi lemak seperti
Vitamin adalah bahan kimia yang terkandung dalam kebanyakan
makanan. Ia membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas
makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut
terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia
dalam sistem saraf. Tidak seperti karbohidrat, protein dan lemak, vitamin
dan

mineral

tidak

membekalkan

kalori

tetapi

membantu

badan

mendapatkan tenaga dari tubuh. Maka pengambilan vitamin adalah amat


penting

untuk

membantu

badan

kami

memperoleh

kalori

yang

secukupnya. Dalam jadual kami, makanan yang mengandungi vitamin


yang tinggi seperti buah-buahan telah kami makan untuk setiap hari
supaya badan kami dapat memperoleh tenaga dengan banyak dan lancar.
Serat atau serabut dalam diet pemakanan membantu penghadaman

dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering)
dan bijirin merupakan sumber serat penting. Serat amat penting untuk
sistem penghadaman kami. Oleh itu, buah-buahan dan sayur-sayuran
telah kami makan setiap hari bagi memastikan badan kami memperoleh
serat yang mencukupi. Untuk meningkatkan kebaikan serat, amat penting
untuk minum banyak air. Dengan minum banyak air, serat dapat berfungsi
dengan baik dalam badan kami.
Sebagai kesimpulan, demi memperoleh badan yang sihat dan cergas,
pemakanan seimbang perlu diambil beratkan. Pemakanan yang seimbang
perlu kami ambil kirakan supaya kami dapat zat-zat dan nutrien yang
diperlukan oleh tubuh kita untuk mengekalkan kesihatan atau memulihkan
tahap kesihatan yang sudah menurun atau menjejas.

Anda mungkin juga menyukai