Anda di halaman 1dari 9

JURNAL

PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENENTUKAN BENTUK TENAGA


YANG ADA PADA SESUATU OBJEK/SITUASI DENGAN
MENGGUNAKAN STRATEGI KBOX IN CLASS
Voon Mui Yee
voonmui.yee1512@gmail.com

Zaliha binti Musa


zytemys@yahoo.com
Abstrak

Tujuan penyelidikan tindakan ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan murid tentang bentukbentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi. Subjek kajian saya terdiri daripada tiga
orang murid iaitu seorang lelaki dan dua orang perempuan daripada SK Rayang. Mereka adalah
berbangsa Bidayuh. Ketiga-tiga subjek kajian ini mendapat markah yang paling rendah dalam
lembaran kerja tentang bentuk tenaga, ujian lisan dan ujian diagnostik. Mereka gagal menentukan
bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi. Strategi yang dinamakan KBox in Class
telah digunakan untuk menangani masalah ini. Ujian Pra dan Pasca, ujian lisan pra dan Pasca dan
nota lapangan telah digunakan untuk mengumpul data. Keputusan kajian menunjukkan kemahiran
semua subjek kajian dalam menentukan bentuk-bentuk tenaga telah meningkat. Mereka menjadi
lebih yakin selepas strategi dilaksanakan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pemilihan strategi
pengajaran yang diminati dan bersesuaian dengan kehendak murid mampu menolong murid-murid
yang lemah dalam pelajaran sekiranya guru prihatin terhadap masalah setiap murid di dalam kelas
mereka.

PENDAHULUAN
Konteks kajian
Saya adalah seorang guru pelatih yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Sains
Pendidikan Rendah) di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR). Saya telah
menjalani praktikum fasa ketiga dan internship di SK Rayang, Miri selama empat bulan. Selama tempoh
saya berada di sekolah, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Sains bagi kelas
Tahun 5. Kelas Tahun 5 mempunyai 14 orang murid, terdiri daripada 5 orang lelaki dan 9 orang perempuan.
Murid saya kebanyakannya terdiri daripada kaum bidayuh dan kaum iban. Menurut temubual yang telah
saya jalankan dengan guru pemulihan, kelas ini terdapat dua orang murid yang menghadapi masalah
pembelajaran iaitu Emm dan Ros. Hampir kesemua murid Tahun 5 tiada masalah dalam Sains walaupun
guru Sains menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam kelas.
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Pada 9 Februari 2012, saya telah mengajar Tahun 5 tentang topik Tenaga iaitu menentukan bentuk-bentuk
tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi. Saya telah menggunakan kaedah penyiasatan pada fasa
orientasi. Pada fasa pencetusan idea pula saya menggunakan kaedah perbincangan antara kumpulan. Saya
mendapati semua murid aktif terlibat dalam kedua-dua fasa ini.
Pada fasa penstrukturan semula idea, saya telah menggunakan kaedah chalk and talk dan saya mendapati
Dex dan Che tidak dapat menentukan bentuk tenaga. Mereka menjawab tak tahu sahaja. Pada fasa aplikasi
idea dan refleksi pula, saya menggunakan kaedah lembaran kerja dan soal jawab. Pada kedua-dua fasa ini,
saya mendapati terdapat empat orang murid yang gagal menentukan kesemua bentuk tenaga.
Dex, Che, Emm dan Ros gagal menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi.
(NL_9.2.2012)
Saya sedar bahawa kegagalan murid berkemungkinan besar adalah disebabkan pengajaran dan pembelajaran
saya yang kurang menarik dan membosankan. Selain itu, semasa aktiviti kumpulan pula, pengagihan alatalat untuk setiap kumpulan juga tidak saya buat dengan terancang. Murid hanya berpeluang mencuba alat
yang ada di kumpulan masing-masing sahaja tetapi tidak berpeluang untuk mencuba alat yang ada pada
kumpulan lain. Keadaan ini menyebabkan murid tidak faham tentang bentuk tenaga yang kumpulan mereka
tiada alat tersebut. Kelemahan saya disini adalah saya tidak berupaya menyediakan alatan yang mencukupi
untuk penglibatan setiap murid supaya proses pembelajaran berlaku dengan maksimum.

218

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Tambahan pula, kelemahan saya menggunakan kaedah Chalk and talk yang telah banyak
menyumbangkan P&P saya menjadi bosan dan kurang menarik. Maka murid saya cepat mengantuk dan
lebih cenderung untuk membuat kerja-kerja lain. Selaku guru mereka, saya harus memastikan semua murid
saya dapat menguasai kemahiran menentukan bentuk-bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi
kerana merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran untuk Sains Tahun 5 (Ministry of Education, 2006),
kemahiran ini merupakan asas dalam topik Tenaga dan harus dikuasai dahulu sebelum mendedahkan
kepada perubahan bentuk tenaga. Murid juga berkemungkinan besar akan ketinggalan dalam pelajaran.
Maka, saya patut berusaha menyelesaikan masalah murid-murid saya.
TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
Melalui pemerhatian saya sepanjang proses P&P berjalan, saya mendapati terdapat empat orang murid yang
gagal menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi. Mereka adalah Emm, Ros, Che dan
Dex. Mereka hanya aktif melibatkan diri pada fasa orientasi dan fasa pencetusan idea. Mereka berempat
banyak berdiam dan menjawab tak tahu terhadap setiap soalan yang telah saya tanya.
Dex, Che, Emm dan Ros gagal menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi.
(NL_ 9.2.2012)
Pada fasa aplikasi idea, saya telah memberi lembaran kerja kepada semua murid untuk menguji kemahiran
murid menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi. Semua murid dikehendaki
menjawab lembaran kerja yang terdiri daripada 13 soalan secara individu. Hasil dari lembaran kerja murid
menunjukkan lapan orang murid telah berjaya mendapat markah penuh iaitu 100% (Jadual 1). Enam orang
murid mendapat markah kurang daripada 50% di mana dua orang murid iaitu Soni dan Willi masing-masing
mendapat 31% dan 39%. Empat orang murid lagi tidak berjaya mendapat sebarang markah memandangkan
mereka berempat hanya melukis dan menulis tak tahu pada ruangan jawapan (Rajah 1). Mereka adalah
Che, Dex, Ros dan Emm.
Jadual 1:
Pencapaian murid dalam lembaran kerja
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.

Nama
Murid

Soalan/ Jawapan Murid


S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

S11

S12

S13

Ch
Claudio
Dexter
Efvy
Elindela
Emm
Fiomei
Jazleena
Mellenie
Ros
Soni
Viannie
Willi
Julien

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
/
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
/
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
/
/
/
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
/
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
/
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
/
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
/
/
X
/

X
/
X
/
/
X
/
/
/
X
X
/
/
/

Markah
0
100
0
100
100
0
100
100
100
0
31
100
39
100

Nota: S.1,8T.Cahaya, S.2,9- T.Haba, S.3,10- T.Bunyi, S.4,11- T.Kinetik, S.5,12- T.Kimia, S.6,13- T.Elektrik,
S.7-T.Keupayaan

219

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Rajah 1: Lembaran kerja Che


Keputusan lembaran kerja Che, Dex, Emm dan Ros adalah selaras dengan pemerhatian saya dalam kelas di
mana mereka gagal menentukan bentuk tenaga dalam P&P lepas. Soni hanya dapat menentukan tenaga
bunyi dan tenaga cahaya sahaja dalam lembaran kerja. Willi pula hanya berjaya menentukan bentuk tenaga
kinetik, tenaga elektrik, tenaga bunyi dan tenaga cahaya sahaja. Di sini, saya tertanya-tanya kenapa Willi dan
Soni gagal menjawab soalan dalam lembaran kerja sedangkan mereka dapat menjawab semua soalan saya
dalam kelas. Maka saya telah membuat ujian lisan dan temubual tidak berstruktur untuk lagi mengenalpasti
masalah murid saya yang sebenar.
Saya telah mengadakan ujian lisan dengan Willi, Soni, Dex dan Che pada 10 Februari 2012. Murid
dikehendaki menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi secara lisan. Hasil Ujian Lisan
menunjukkan Willie dapat menentukan semua bentuk tenaga (Jadual 2). Keputusan ujian lisan Willi tidak
selaras dengan keputusannya dalam lembaran kerja. Maka saya telah menemubual Willi dan Willi mengaku
bahawa dia bermain dan buat suka hati ketika menjawab soalan dalam lembaran kerja. Berdasarkan
pemerhatian saya terhadap Willi dalam P&P lepas dan juga keputusan ujian lisan ini, Willi dapat
menentukan kesemua bentuk tenaga. Maka saya tidak mengambil Willi sebagai subjek kajian saya.
Jadual 2:
Hasil analisis ujian lisan dengan Willie, Soni, Che dan Dex
Bil
1.
2.

Soalan
Willi
Soni
Che
Dex
Tenaga apa yang dihasilkan oleh kilat?
Tak tahu Tak tahu
Tenaga cahaya Tenaga cahaya
Tenaga yang dihasilkan oleh objek yang
Tak tahu
Tak tahu Tak tahu
Tenaga kinetik
bergerak?
Tenaga yang dihasilkan oleh deringan jam
Tak tahu Tak tahu
3.
Tenaga bunyi
Tenaga bunyi
loceng.
Kehangatan dapat dirasai apabila tenaga ini
Tak tahu
Tak tahu Tak tahu
4.
Tenaga haba
dihasilkan.
Tenaga yang dihasilkan apabila sesuatu
Tak tahu
Tak tahu Tak tahu
5.
Tenaga
benda di tempat yang tinggi, diregang atau
keupayaan
dimampatkan.
Tenaga yang tersimpan dalam bateri.
Tak tahu
Tak tahu Tak tahu
6.
Tenaga kimia
Tenaga untuk menghidupkan televisyen.
Tak tahu Tak tahu
7.
Tenaga elektrik Tak tahu
Nota: 1. Jawapan warna merah adalah jawapan yang betul.
2. Jawapan warna hitam adalah jawapan yang salah.

Keputusan ujian lisan Soni ini adalah selaras dengan keputusan lembaran kerjanya iaitu Soni hanya dapat
menentukan tenaga bunyi dan tenaga cahaya. Saya juga telah menemubual Soni dan Soni mengaku bahawa
dia meniru jawapan kawannya dalam kelas dan dia sebenarnya tidak dapat menentukan kesemua bentuk
tenaga. Maka, saya telah mengambil Soni sebagai subjek kajian saya memandangkan dia menghadapi
masalah dalam menentukan bentuk-bentuk tenaga. Keputusan ujian lisan Che dan Dex adalah selaras dengan

220

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

pemerhatian saya dalam P&P lepas dan juga keputusan lembaran kerja mereka di mana mereka berdua gagal
menentukan sebarang bentuk tenaga. Jadi saya telah mengambil Che dan Dex sebagai subjek kajian saya.
Pada 28 Februari 2012 saya telah memberi Ujian Diagnostik kepada Soni, Che dan Dex. Dalam ujian
diagnostik ini, murid dikehendaki menentukan bentuk-bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi.
Berdasarkan kepada Jadual 3, Soni hanya berjaya menentukan tenaga cahaya dan tenaga bunyi sahaja.
Manakala Che dan Dex pula gagal menentukan sebarang bentuk tenaga. Keputusan ujian diagnostik kepada
ketiga murid ini adalah selaras dengan keputusan lembaran kerja dan keputusan ujian lisan mereka. Rajah 2
menunjukkan hasil ujian diagnostik Che di mana dia banyak menjawab tak tahu.
Jadual 3:
Hasil analisis Ujian Diagnostik Soni, Che dan Dex tentang bentuk tenaga

Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Bentuk tenaga
Tenaga cahaya
Tenaga bunyi
Tenaga elektrik
Tenaga kimia
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan
Tenaga haba

Soni
/
/
X
X
X
X
X

Che
X
X
X
X
X
X
X

Nota: 1. Jawapan warna merah adalah jawapan yang betul

Dex
X
X
X
X
X
X
X

2. Jawapan warna hitam adalah jawapan yang salah

Rajah 2 : Ujian diagnostik Che


Fokus Kajian
Saya menyedari bahawa saya bertanggungjawab untuk menolong murid saya yang menghadapi masalah
dalam pembelajaran iaitu tidak dapat menentukan ketujuh-tujuh bentuk tenaga. Berdasarkan data-data
tinjauan awal yang diperolehi, maka fokus kajian saya adalah untuk meningkatkan kemahiran murid
menentukan bentuk-bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi dengan mendedahkan mereka kepada
ciri-ciri dan contoh-contoh setiap bentuk tenaga dengan menggunakan strategi Kbox In Class. Objektif
kajian ini ialah meningkatkan kemahiran murid menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu
objek/situasi menggunakan strategi KBox In Class.
KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada seorang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Keduaduanya berbangsa bidayuh dan tinggal berdekatan dengan sekolah. Mereka tidak memegang sebarang
jawatan dalam sekolah dan mempunyai empat ciri yang sama iaitu mereka tiada semangat untuk belajar,

221

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

selalu kelihatan sedih dan tidak yakin dalam kelas. Mereka berprestasi rendah dalam mata pelajaran Sains di
mana mereka mendapat Gred D dalam ujian Sains. Soni suka meniru jawapan kawannya dan berpura-pura
pandai dalam kelas. Che pula merupakan seorang murid yang pendiam dan pemalu. Dex pula suka bermain
dan suka bercakap dalam kelas.
STRATEGI TINDAKAN
Strategi saya
Saya telah menghasilkan strategi KBox In Class untuk kajian ini. Saya menamakan strategi ini KBox In
Class kerana murid perlu berkaraoke dalam strategi ini. Strategi ini terdiri daripada dua buah lagu ciptaan
saya sendiri yang menggunakan muzik lagu popular. Lagu pertama Semangat Bentuk Tenaga adalah
tentang ciri-ciri bagi setiap bentuk tenaga. Manakala lagu kedua Mari Belajar Contoh Bentuk Tenaga pula
tentang contoh-contoh bagi semua bentuk tenaga. Kedua-dua lagu ini disertakan dengan video klip lagu yang
berlainan supaya murid lebih mudah faham tentang bentuk tenaga.
Saya memilih strategi ini kerana semua murid saya suka menyanyi terutama berkaraoke. Mereka cepat
tertarik dengan video dan fasih lagu-lagu yang paling popular sekarang. Menurut Colwell (1994), lagu lebih
berkesan dalam membantu kanak-kanak mengenali teks berbanding pertuturan. Memainkan lagu dan muzik
juga dapat dijadikan sebagai satu motivasi supaya murid menumpukan perhatian dan menghadiri dalam kelas
(Tan & Shi, 2005).
Kedua-dua buah lagu ini menggunakan muzik lagu yang paling disukai dan terkenal di kalangan murid saya
iaitu lagu pop Senyumlah dan lagu 1 Malaysia. Muzik atau lagu pop membolehkan murid berasa
seronok, lebih kreatif, dapat menggunakan imaginasi, dapat menghadapi cabaran dan lebih tenang dalam
menangani tekanan (Novak dan Gowin, 1984). Kedua-dua video klip ini dibuat khas untuk menyampaikan
maklumat tentang ciri-ciri dan contoh-contoh bagi setiap bentuk tenaga. Rockley (1994) menyatakan bahawa
grafik dalam video boleh menunjukkan maklumat dengan lebih terperinci secara bergambar dan berfungsi
sebagai ikon yang mewakili sesuatu.
Langkah-langkah Pelaksanaan Strategi
Berikut merupakan langkah-langkah dalam pelaksanaan KBox In Class yang melibatkan langkah
penyediaan sehingga tamat pelaksanaan strategi.
Langkah 1 : Menyediakan alat-alat yang diperlukan dalam Kbox In Class
Alat utama yang diperlukan dalam strategi ini adalah CD yang mengandungi kedua-dua lagu dan video klip
karaoke yang dicipta oleh saya sendiri. Alat yang lain adalah seperti komputer riba, televisyen dan speaker
sebagai alat memasang lagu serta video klip. Salinan Ujian Pra dan Pasca buah lirik lagu untuk diedarkan
kepada murid.
Langkah 2 : Melaksanakan Ujian Lisan Pra, Ujian Pra dan temubual sebelum melaksanakan strategi
Pada 22 Jun 2012, saya mula dengan melaksanakan ujian lisan pra yang menguji kemahiran murid
menentukan bentuk-bentuk tenaga terhadap ketiga-tiga subjek kajian saya. Selepas itu, saya menemubual
mereka tentang kefahaman dan perasaan mereka. Akhirnya, Ujian Pra dilaksanakan untuk mengenalpasti
prestasi mereka sebelum melaksanakan strategi.
Langkah 3 : Mengumpulkan murid untuk melaksanakan strategi
Pada 25 Jun 2012, saya telah mengumpul semua subjek kajian saya di dalam pusat sumber sekolah selepas
waktu rehat. Kami berkumpul di depan televisyen pusat sumber dan semua dalam keadaan yang selesa serta
bersedia untuk belajar.
Langkah 4 : Mengedarkan lirik lagu
Setiap orang murid diberi sehelai lirik lagu untuk lagu pertama iaitu Semangat Bentuk Tenaga. Murid
dikehendaki membaca dan memahami lirik lagu tersebut.
Langkah 5 : Mengajar murid menyanyi lagu
Saya mengajar murid menyanyi lagu pertama Semangat Bentuk Tenaga dengan memperkenalkan muzik
lagu yang digunakan untuk lagu ini.

222

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Langkah 6: Memainkan video klip lagu pertama


Murid dikehendaki menonton video klip lagu yang dipasang pada televisyen. Murid berkaraoke dan
memahami isi video klip lagu.
Langkah 7: Menjelaskan isi video klip kepada murid
Saya menjelaskan isi video klip kepada murid agar mereka dapat memahami ciri-ciri tenaga dengan lebih
terperinci.
Langkah 8: Latih tubi berkaraoke
Murid-murid diberi kebebasan berkaraoke menggunakan video klip lagu Semangat Bentuk Tenaga secara
berulang-ulang.
Langkah 9: Membuat pemerhatian dan mengumpul data
Saya telah membuat pemerhatian dan mencatat pemerhatian dalam nota lapangan sepanjang proses
melaksanakan strategi ini.
Langkah 10 : Memperkenalkan lagu kedua
Langkah 4 hingga langkah 9 diulang sekali lagi untuk lagu yang kedua iaitu lagu Mari Belajar Contohcontoh Bentuk Tenaga.
Langkah 11 : Pelaksanaan strategi kali kedua
Pada 26 Jun 2012, saya telah melaksanakan strategi ini untuk kali kedua sebelum saya menilai pencapaian
murid saya selepas melaksanakan strategi.
Langkah 12 : Mengadakan Ujian Lisan Pasca, Ujian Pasca dan Temubual selepas melaksanakan strategi
Pada 28 Jun 2012, ujian lisan Pasca, Ujian Pasca dan temubual telah dilaksanakan untuk menilai pemahaman
murid selepas melalui pembelajaran dengan menggunakan strategi Kbox In Class.
Pengumpulan Data
Saya telah menggunakan Ujian Pra dan Pasca, ujian lisan pra dan Pasca dan nota lapangan untuk mengumpul
data.
DAPATAN
Hasil perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca menunjukkan Soni dan Che telah berjaya menentukan semua
bentuk tenaga dengan betul (Jadual 4). Sebaliknya Dex hanya berjaya menentukan tenaga bunyi sahaja
berbanding dengan sebelumnya Dex langsung tidak dapat menentukan semua bentuk tenaga dalam Ujian
Pra.
Jadual 4:
Perbandingan Bentuk Tenaga yang berjaya ditentukan oleh murid
No. Nama
murid
1.
2.
3.

Che
Soni
Dex

Ujian Pra
1
/
/
X

2
X
X
X

3
X
/
X

4
/
/
X

5
/
/
X

Ujian Pasca
6
X
X
X

7
X
X
X

Nota: 1. X=Jawapan salah


2. /= Jawapan betul
Petunjuk:
1- Tenaga haba 2 - Tenaga kinetik 3- Tenaga keupayaan
6- Tenaga kimia 7- Tenaga elektrik

223

1
/
/
X

2
/
/
X

3
/
/
X

4
/
/
X

5
/
/
/

4- Tenaga cahaya 5- Tenaga bunyi

6
/
/
X

7
/
/
X

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Rajah 3 : Hasil Kerja Soni dalam Ujian Pasca


Data Ujian Pasca disokong oleh nota lapangan yang telah saya buat sepanjang proses melaksanakan strategi
ini. Saya mendapati murid mencapai peningkatan sedikit demi sedikit dari permulaan sehingga ke
penghujung pelaksanaan strategi ini. Hasil temubual ke atas murid semasa melaksanakan strategi untuk kali
kedua iaitu pada 26 Jun 2012 menunjukkan Soni dan Che telah berjaya menentukan semua bentuk tenaga
yang ada pada sesuatu objek/situasi. Walaupun Dex hanya berjaya menentukan tenaga bunyi sahaja dalam
Ujian Pasca, tetapi Dex boleh menentukan bentuk tenaga cahaya, tenaga bunyi dan tenaga keupayaan semasa
temubual dijalankan.
Saya
Che
Saya
Che
Saya
Che
Saya
Che
Saya
Che
Saya
Che
Saya
Che

: Apakah bentuk tenaga yang ada pada sebiji bola yang bergolek?
: Tenaga kinetik.
: Apakah bentuk tenaga yang terhasil apabila bayi menangis?
: Tenaga bunyi
: Apakah bentuk tenaga yang ada pada minyak petrol?
: Tenaga kimia.
: Apakah tenaga yang ada pada lampu?
: Tenaga cahaya
: Bentuk tenaga yang terhasil dari api dapur gas?
: Tenaga haba
: Bentuk tenaga yang ada pada sebiji batu yang berada di atas bukit?
: Tenaga keupayaan
: Sesuatu yang ada litar dan wayar ada bentuk tenaga apa?
: Tenaga elektrik
(TB_26.6.2012)

Subjek kajian mencapai peningkatan dalam menentukan bentuk tenaga dengan menggunakan strategi KBox
In Class dikukuhkan lagi dengan keputusan hasil ujian lisan Pasca yang telah dilaksanakan selepas
melaksanakan strategi iaitu pada 28 Jun 2012. Dalam ujian lisan pra, Che hanya berjaya menentukan 3
bentuk tenaga sahaja (Jadual 5).Begitu juga dengan Soni, di mana dia dapat menentukan tenaga haba, tenaga
bunyi, tenaga cahaya dan tenaga keupayaan dalam ujian lisan pra. Manakala Dex pula gagal menentukan
sebarang bentuk tenaga.
Che masih dapat menentukan tenaga haba, tenaga cahaya dan tenaga bunyi.
(NL_25.6.2012)
Tetapi selepas melaksanakan strategi KBox In Class, Che dan Soni berjaya menentukan kesemua bentuk
tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi (Jadual 6). Ini bermakna mereka telah berjaya menentukan
ketujuh-tujuh bentuk tenaga tersebut.

224

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

Che dan Soni dapat terus beri jawapan yang betul sebaik sahaja saya tanya mereka. Memang
berbeza berbanding masa ujian lisan pra.
(NL_28.6.2012)
Dex juga menunjukkan peningkatan selepas melaksanakan strategi ini dengan berjaya menentukan tenaga
bunyi dalam ujian lisan Pasca. Prestasi semua murid saya dalam ujian lisan Pasca adalah selaras dengan
Ujian Pasca dan nota lapangan lepas saya.
Jadual 5:
Keputusan ujian lisan pra dan ujian lisan Pasca
Murid

Ujian Lisan pra


1

Che
Soni
Dex

Jumlah
betul

/ X
/ /
X X

/
/
X

X
X
X

/
/
X

X
X
X

X
X
X

3/7
4/7
0/7

Ujian Lisan Pasca

1
/
/
X

2
/
/
X

3
/
/
X

4
/
/
X

5
/
/
/

Jumlah
betul
6
/
/
X

7
/
/
X

7/7
7/7
1/7

Petunjuk :1 T.Haba, 2- T.Keupayaan, 3- T.Cahaya, 4- T.Kinetik, 5- T.Bunyi, 6- T.Elektrik, 7- T.Kimia

Dapatan terakhir yang menjawab objektif kajian saya adalah nota lapangan yang saya ambil pada 26 Jun
2012. Melalui pemerhatian saya pada hari tersebut, saya mendapati Che dan Soni telah dapat menentukan
kesemua bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek atau situasi melalui soalan-soalan yang saya tanya
mereka ketika melaksanakan strategi buat kali kedua. Manakala Dex pula dapat menentukan bentuk tenaga
bunyi, tenaga kinetik, tenaga keupayaan dan tenaga kimia tetapi jawapan Dex tidak konsisten. Dex hanya
dapat menentukan tenaga bunyi sahaja dengan yakin dan konsisten. Berdasarkan kepada semua dapatan yang
saya perolehi, saya membuat kesimpulan bahawa semua subjek kajian saya menunjukkan peningkatan dalam
menentukan bentuk tenaga yang ada pada sesuatu objek/situasi selepas pelaksanaan strategi KBox In
Class.
REFLEKSI
Selepas melaksanakan strategi tindakan ini, saya berjaya mempelajari dua kefahaman baru dalam usaha
menyediakan strategi P&P yang berkesan dan sesuai dengan murid. Kefahaman pertama yang saya pelajari
adalah harus memastikan persekitaran pembelajaran adalah kondusif selain memastikan strategi P&P
digunakan adalah sesuai. Melalui temubual saya dengan Soni dan Che, saya menyedari bahawa antara punca
utama mereka ketinggalan dalam kelas adalah kerana keadaan dalam kelas yang terlalu bising. Mereka tidak
dapat belajar dalam keadaan yang bising kerana mereka cepat hilang fokus dan tidak dapat mendengar apa
yang diajar oleh guru. Saya telah menggunakan pusat sumber sekolah sebagai lokasi saya melaksanakan
strategi kerana suasana pusat sumber yang sunyi dan kondusif. Sepanjang proses melaksanakan strategi, saya
mendapati ketiga-tiga subjek kajian saya dapat belajar dan memahami sesuatu dengan cepat dan mudah
berbanding prestasi mereka di dalam kelas dulu.
Kefahaman kedua yang saya dapat adalah mengajar mengikut cara pembelajaran murid adalah lebih
berkesan. Murid mempunyai cara pembelajaran yang berbeza dan mereka lebih mudah menerima dan faham
sesuatu ilmu baru jika guru dapat mengajar dengan menggunakan cara yang disukai mereka. Saya
menggunakan strategi KBox In Class selepas saya mengetahui murid saya suka menyanyi, berkaraoke dan
menonton video. Saya mendapati murid saya cepat belajar dan faham tentang bentuk tenaga selepas
melaksanakan strategi ini berbanding amalan saya dulu. Maka, sebagai seorang guru kita harus pandai
memilih cara pengajaran yang sesuai dengan cara pembelajaran dan minat murid. Pemilihan strategi
pengajaran yang diminati dan bersesuaian dengan kehendak murid mampu menolong murid-murid yang
lemah dalam pelajaran sekiranya guru prihatin terhadap masalah setiap murid di dalam kelas mereka.

225

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012, JILID 1, BIL.1

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Beberapa cadangan yang ingin saya cadangkan untuk kajian saya yang seterusnya agar kelemahan saya
dalam kajian ini tidak diulangi dan dapat menambahbaik lagi kajian saya pada masa akan datang. Saya
mencadangkan agar saya menggunakan cara pengumpulan data lain selain ujian lisan dan nota lapangan agar
saya dapat menguasai lebih banyak cara pengumpulan data. Saya harus cuba menggunakan cara
pengumpulan data seperti senarai semak, soal selidik dan temubual berstruktur agar saya boleh mendapat
lebih banyak maklumat melalui cara pengumpulan data yang pelbagai.
Di samping itu, saya juga mendapati kajian ini kurang memberi latih tubi atau latihan untuk murid.
Kekurangan latih tubi boleh menyebabkan murid saya cepat lupa dan tidak dapat mengaplikasikanapa yang
telah dipelajari. Contohnya Dex mengadu dia telah lupa bentuk tenaga yang telah dipelajari melalui strategi
KBox In Class. Maka saya cadangkan agar lebih banyak latihan dan latih tubi untuk kajian seterusnya agar
dapat memberi pengukuhan tentang apa yang telah dipelajari oleh murid. Latihan dan lembaran kerja yang
banyak juga membolehkan murid mengingat semula apa yang telah dipelajari. Ini membolehkan murid dapat
mengingat dan memahami sesuatu topik dengan lebih baik.
RUJUKAN
Colwell, C. M. (1994). Therapeutic applications of music in the Whole Language Kindergarten. Journal of
Music Therapy, 31(4), 238247.
Ministry of Education (2006). Integrated Curriculum For Primary Schools: Curriculum Specifications
Science Year 5.
Novak, J. D., & Gowin, D. B. (1984). Learning How To Learn. Cambridge: Cambridge University.
Rockley, A. (1994). Planning a multimedia documentation project. Journal of the Society for Technical
Communication, 41(4), 653-661.
Tan, S.T & Shi, S. F. (2006). Use of Songs In the Teaching of Lifeskills. Modules Ite Teachers Conference
2005.

226

Anda mungkin juga menyukai