Anda di halaman 1dari 6

Terdapat 3 perkara perlu diketahui oleh pelajar sebelum kita mula mengisi kad stok:

1 kad stok hanya untuk 1 jenis barang sahaja;

Stok awal mestilah sama dengan RM80 000 (ini kehendak soalan);

Hanya harga kos sahaja diambil kira dalam kad stok.

Di bawah, cikgu memperincikan setiap satu yang di atas.

1 Kad Stok Hanya Untuk 1 Jenis Barang Sahaja

Misal kata, kedai kita ada 5 model smartphone dan 3 jenis aksesori yang berbeza, maka
kita perlu sediakan 8 kad stok untuk setiap barang itu.
Contoh lagi, kalau kita ada 4 model smartphone jenama Samsung, 6 model smartphone
Sony dan 8 jenis aksesori, maka kita perlu sediakan 18 kad stok.
Pendek kata, berapa jenis barang berbeza yang kita ada, itulah bilangan kad stok yang
perlu kita sediakan. Jelas?
Stok Awal Mesti Sama Dengan RM80 000
Soalan tugasan projek ada menyatakan nilai stok awal sebanyak RM80 000. Ini
bermakna, kita perlu mewujudkan stok awal sendiri yang nilainya mesti RM80 000.

Bagaimanakah stok awal ini dapat diwujudkan?


Kita boleh wujudkan stok awal kita dengan menggunakan Stok Awal Planneryang
dibekalkan oleh Cikgu Tim di bawah.

Kita boleh copy & paste model smartphone dan aksesori beserta harga kosnya daripada
Senarai Harga Telefon Bimbit Dan Aksesori. Masukkan nama smartphone, harga kosnya
dan kuantiti yang sesuai. Buatlah pengubahsuaian pada kuantiti sehingga dapat jumlah
RM80 000.
Jika sukar untuk mendapatkan ngam ngam RM80 000, bakinya (angka
pengimbang) boleh dianggap sebagai harga model handphone baru yang akan kita cipta
sendiri.
Contohnya, katakan selepas kita masukkan model-model smartphone yang kita
kehendaki beserta harga dan kuantitinya, tetapi kurang lagi RM185 (RM185 ialah angka
pengimbang) untuk mencukupkan RM80 000. Tetapi, dalam senarai harga telefon
bimbit, tiada satu barang pun yang berharga kos RM185. Maka, untuk menyelesaikan
kemelut ini, kita cipta satu model baru, contohnya Samsung Galaxy KY dan ambil

RM185 itu sebagai harganya, dengan kuantitinya 1. Dengan cara ini, jumlah stok awal
akan menjadi RM80 000 seperti yang dikehendaki dalam soalan.
Masih rasa bingung? Tak apa, selepas muat turun, try try guna tengok, anda akan
faham dengan lebih baik.
Hanya Harga Kos Sahaja Diambil Kira Dalam Kad Stok
Jika anda menggunakan Senarai Harga Telefon Bimbit & Aksesori sebagai
rujukan harga, maka anda haruslah menggunakan harga kos sahaja, tak kiralah untuk
mengisi ruangan MASUK (beli barang atau pulangan masuk) atau ruangan KELUAR
(jual barang atau pulangan keluar) dalam kad stok, tetap guna harga kos..
Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekarang?
LANGKAH 1 ==> Muat turun Stok Awal Planner
LANGKAH 2 ==> Belajar dan biasakan diri dengan penggunaan Stok Awal Planner
LANGKAH 3 ==> Masukkan jenis barang (model handphone atau aksesori), harga kos
setiap jenis barang serta kuantitinya
LANGKAH 4 ==> Ubahsuai mana-mana kuantiti agar jumlahnya RM80 000. Cipta model
baru jika sukar tepat RM80 000.
Post ini membincangkan cara mengisi kad stok berpandukan Senarai Urus Niaga yang
telah disiapkan sebelum ini.
Untuk mengisi kad stok, kita memerlukan beberapa perkara berikut:

Senarai Urus Niaga

Dokumen perniagaan, khasnya Invois, Nota Debit, Nota Kredit, dan Bil
Tunai

Stok Awal Planner

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekarang?


LANGKAH 1 ==> Tentukan bilangan kad stok yang perlu disediakan (1 barang 1 kad
stok)

LANGKAH 2 ==> Masukkan baki-baki stok awal mengikut jenis barangnya, juga
isi kuantiti dan harga kos seunit berpandukan Stok Awal Planner (rujuk blog
post sebelum ini)
LANGKAH 3 ==> Dengan merujuk Senarai Urus Niaga dan Dokumen, isi kad stok
apabila terdapat pertambahan atau pengurangan dalam kuantiti stok (bagi setiap jenis
barang). Sila rujuk Panduan Mengisi Kad Stok di bawah.

PERHATIAN: Ketika mengisi kad stok, kita hanya menggunakan HARGA KOS;
kami TIDAK menggunakan harga jualan.
LANGKAH 4 ==> Jumlahkan baki terakhir (dalam RM) bagi setiap kad stok
yang telah dilengkapkan untuk mendapatkan nilai stok akhir. Misalnya kita ada 3 kad
stok, baki-baki terakhir bagi ketiga-tiga akd stok tersebut dijumlahkan untuk
mendapatkan nilai stok akhir.

Rujuk ilustrasi di atas. Petak yang berwarna merah merupakan baki akhir bagi barang
Samsung Galaxy P. Baki akhir setiap barang akan dijumlahkan untuk mendapatkan
angka bagi stok akhir keseluruhan.
LANGKAH 5 ==> Kosongkan / Delete formula bagi cell (petak) yang tidak
digunakan. Ini adalah kerana petak yang tidak digunakan masih lagi mempamerkan
formula excel.

Merujuk ilustrasi di atas. Sel-sel yang berwarna merah perlu dikosongkan supaya angkaangka ini tidak ditunjukkan semasa kita print nanti. Caranya: Klik dan highlight petak-

petak yang berwarna merah dan tekan DELETE pada keyboard untuk
memadamkannya.