Anda di halaman 1dari 3

ISTIADAT LAUNG AGONG

Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah
digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan
bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu
ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah
diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK
1. TUJUAN
a. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
b. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
c. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
d. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
e. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"
2. CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG
1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali kuat &
nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia
2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai
isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling
Akela PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi
Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.
3. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan
besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.
Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan
tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.
4. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK
mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara
serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan
dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari
mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus

berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan
perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.
5. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan
mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?" PKK memberi hormat kepada Akela
dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK" Akela membalas hormat
dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka
sehingga Akela menjatuhkan tangannya.
3. ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA
1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera.
Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad)
menuju ke tiang bendera.
2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu
langkah di hadapan tiang bendera. Dalam keadaan sedia, tangan kanan
petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera"
dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti
pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke
tempat asalnya dengan berkawad.
3. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak
menyanyikan lagu "Negaraku" bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu
semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.
4. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan
Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi
yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil
bertafakur mengikut agama masing- masing. Selepas tamat doa Petugas
(Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan
tangan.
5. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapur kepada Ketua
Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

6. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetuklan


kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.

Anda mungkin juga menyukai