Anda di halaman 1dari 14

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

TAJUK 1

1.0

SUKATAN PENDIDIKAN MUZIK KBSR TAHAP 1 DAN 2

SINOPSIS

Tajuk

ini memberi peluang kepada pelajar membincangkan kandungan

kurikulum muzik sekolah rendah, memberi pendedahan kepada sukatan


pelajaran pendidikan muzik KBSR.

1.1

HASIL PEMBELAJARAN

Menganalisa kandungan kurikulum yang dipelajari dengan

melihat kepada

struktur sukatan (4 aspek), kandungan sukatan pelajaran KBSR, kandungan


huraian sukatan KBSR.

1.2

KERANGKA TAJUK

Sukatan Pendidikan Muzik


KBSR Tahap 1 & 2

dan 2
Struktur Sukatan KBSR

Kandungan Sukatan KBSR

Kandungan Huraian
Sukatan KBSR

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

1.3

Kandungan Isi

TEORI
1.4

Penelitian Sukatan Pelajaran Dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR

Pendidikan Muzik KBSR


Matlamat
Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan
kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam
penghasilan muzik , berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi dapat menghargai
dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

Objektif KBSR
Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:

Mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi


muzik.
Mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik.
Membaca dan menulis notasi muzik.
Mengetahui dan memahami teknik menyanyi.
Memperkembang kemahiran menyanyi dengan mengamalkan teknik yang
betul.
Mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik.
Memperkembang kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul.
Memperkembang ekspresi diri dan daya kreatif.
Memperkembang daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan
muzik.
Menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan
dengannya.
Mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Struktur sukatan - 4 aspek

Persepsi estetik
Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik. Dalam aspek ini, murid
mengetahui dan memahami konsep bagi unsur- unsur asas dalam muzik dan
selanjutnya murid berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik.
Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi
respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan
menulis.

a) Irama
o Detik, Tekanan dan Meter
2,

3,

4,

o Tempo
Pelbagai tempo: lambat; cepat; sederhana.

o Nilai Not dan Nilai Tanda Rehat


Nilai not: semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver
Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.

o Corak Irama
Corak irama pada rentak: Mac; Waltz; Masri; Zapin; Inang; Joget;
Sumazau. Corak irama pada ostinato: ostinato irama.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

b) Melodi
o Pic
Aras pic: pic tinggi; pic rendah.
Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga;
melompat. Solfa: do re mi fah soh lah ti do re.

o Skel
Skel diatonik:

major; minor harmonik.

o Warna Ton
Warna ton pelbagai sumber bunyi:

suara;

alat

muzik; perkusi

badan; bahan improvisasi; bunyi alam sekitar.

c) Harmoni
Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato bermelodi.
Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi.

d) Tekstur
Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal; nipis.
Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.
e) Bentuk
Pembinaan bentuk :

frasa. Jenis bentuk muzik: AB; ABA.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

f) Ekspresi
o Dinamik
Aras dinamik: kuat; lembut.
Perubahan dinamik: beransur kuat; beransur lembut.
o Mud
Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas;
takut; tenang.

g) Sistem Notasi
o Lambang Not Muzik dan Tanda Rehat
Not muzik
Tanda rehat

h) Ekspresi
o Tanda Isyarat dan Istilah

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Pengalaman muzikal
Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik.
alam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan
alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik
mengikut teknik yang betul secara amali.

a) Pengetahuan Teknik
Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran
ton; sebutan.

Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang;


cara memainkan.

Teknik

dalam

pernafasan;

permainan

rekoder:

postur;

penjarian; penglidahan; penghasilan ton.

Kriteria persembahan: keseimbangan; kesepaduan;


koordinasi; etika.

b) Pengalaman muzik

Menyanyi - menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada


lagu kanakkanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat
Malaysia.

Memainkan alat perkusi - memainkan alat perkusi ringan;


dram getar; dram tenor; dram bes bagi mengiringi
nyanyian atau muzik instrumental.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Memainkan rekoder:
Memainkan not
Memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian atau
muzik instrumental.

Ekspresi kreatif
Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid
meluahkan

fikiran

dan

perasaan

kreatif

melalui

aktiviti

meneroka,

mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih,


mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk
bahan muzik.
a) Penerokaan
Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.
b) Improvisasi
Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama,
dan melodi
c) Reka Cipta
Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.

Penghargaan Estetik
Memberi

pendapat

terhadap

hasil

karya

dan

persembahan

muzik

masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya


secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak
nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa,
mengecam,

mengenal

menganalisis,menghuraikan,

pasti,

membanding

berkongsi

beza,

pandangan

mengklasifikasi,
dan

berbincang

secara lisan dan bertulis.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Nyanyian
Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau
persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi,
bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan
teknik persembahan.

Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan;


nyanyian dua lapisan suara.

Muzik instrumental
Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau
persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama,
melodi, bentuk ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian,
upacara); dan teknik persembahan.
Pelbagai muzik instrumental - solo dan berkumpulan.

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

1.5

Kandungan Sukatan Pelajaran KBSR


(Rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR- Tahun1)

1.6

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik


9

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ini disusun mengikut aspek seperti berikut:
Kandungan setiap aspek tersebut dibentangkan dalam lajur-lajur utama iaitu lajur
ITEM, lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP), dan lajur CADANGAN AKTIVITI /
CATATAN.

10

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

a) Lajur ITEM
Lajur ini menyenaraikan konsep muzik dan kemahiran muzikal yang perlu
dikuasai murid.

b) Lajur HASIL PEMBELAJARAN (HP)


Pada asasnya pernyataan HP mengandungi butiran berikut:

Perlakuan;
Faktor;
Kualiti / standard; dan
Situasi / syarat.
Bagi setiap item disediakan HP yang harus dicapai oleh murid. Dalam pada
itu, erdapat item yang dilengkapkan dengan dua atau tiga aras pencapaian.
Kebanyakan item disediakan

dengan

tiga

aras

pencapaian.

Walau

bagaimanapun, bagi item yang merupakan konsep asas kemahiran muzik


yang fundamental kepada amalan yang berterusan dalam bidang muzik, murid
perlu mencapai satu tahap penguasaan sahaja. Demikian juga, bagi item yang
difikirkan pencapaiannya adalah pada tahap maksimum untuk sesuatu
peringkat pembelajaran, maka hanya satu aras di sedia.
Penjelasan tentang aras pencapaian adalah seperti berikut:

Jadual 1.1
Aras Pencapaian
Aras I
Aras II
Aras III

Penjelasan
Tahap umum yang disasarkan untuk dicapai oleh semua
Tahap
murid yang lebih maju daripada pencapaian umum yang
Tahap
pencapaian yang lebih tinggi menuju ke arah
ditetapkan.
pencapaian maksimum murid.

Bagi tujuan pentafsiran, semua murid hendaklah mencapai ARAS 1.


c) Lajur CATATAN
11

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Lajur ini mengandungi maklumat dan panduan am yang merangkumi contoh


aktiviti

dan

peringatan

am.

Keempat-empat

aspek

dalam

program

pembelajaran Pendidikan Muzik KBSR hendaklah dilihat secara menyeluruh


sebagai perkara-perkara yang saling berkaitan. Susunan aspek dan item
dalam dokumen ini hanyalah bagi kemudahan merujuk dan mengesan item
dan bukanlah sebagai satu urutan yang mesti dipatuhi.

Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada mana-mana aspek atau unit
item yang difikirkan sesuai oleh guru dengan mengambil kira konteks, latar belakang
murid, kesediaan aptitud mereka.

Rumusan
Peranan guru sangat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian guru adalah pemudah
cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran Pendidikan Muzik.
Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga
mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam menguruskan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dengan itu guru Pendidikan Muzik
perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahuan muzik dan
Peranan guru sangat penting dalam menentukan tahap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran yang dilaksanakan. Oleh yang demikian guru adalah pemudah
cara, penggalak dan pembimbing dalam proses pembelajaran Pendidikan Muzik.
Peranan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan oleh guru yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja dalam bidang muzik tetapi juga
mempunyai pengetahuan, kemahiran, dedikasi dan inovasi dalam menguruskan
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik. Dengan itu guru Pendidikan Muzik
perlu mempertingkatkan profesionalisme mereka dalam pengetahuan muzik dan
metodologi mata pelajaran ini dari masa ke semasa.

AMALI
12

MZU 3114 KURIKULUM & PENGAJARAN MUZIK 1

Perancangan Tahunan

Menuliskan rancangan kerja tahunan.

13

MZU3114 Kurikulum & Pengajaran Muzik 1

14

Anda mungkin juga menyukai