Anda di halaman 1dari 2

Dengan menganjurkan karnival permainan tradisional ini, terdapat banyak kelebihan yang kami perolehi

sepanjang proses perlaksanaannya. Antaranya ialah sepanjang karnival ini berlangsung, para
perserta dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh pihak penganjur. Permainan yang
dijalankan juga adalah bersesuaian dengan peringkat para peserta kerana mereka kelihatan ceria dan
sentiasa menunjukkan semangat bersaing dan bersungguh-sungguh untuk memenangi setiap acara
permainan tradisional. Selain itu, karnival permainan tradisional ini juga sedikit sebanyak mempunyai kaitan
dengan program Malaysia Cergas. Malaysia Cergas adalah satu idea dan konsep yang lahir untuk
memberikan penekanan ke arah meluaskan kegiatan sukan dan rekreasi fizikal kepada penglibatan
seberapa banyak rakyat Malaysia. Justeru dengan penglibatan semua guru pelatih semester 5 dalam
karnival ini, ia dapat memupuk semangat kesukanan serta jati diri setiap guru pelatih.
Seterusnya melalui perlaksanaan karnival permainan tradisional ini juga dapat memberi gambaran serta
pengalaman kepada guru pelatih semester 5 mengenai cara bermain, peraturan permainan dan alatan
permainan yang digunakan dalam setiap permainan tradisional yang diadakan. Oleh itu, secara tidak
langsung karnival ini dapat menyemai sikap menghargai warisan permainan tradisional dengan
memastikan permainan tradisional ini tidak dilupakan oleh generasi masa kini. Karnival permainan yang
diadakan ini juga melibatkan semua jenis bangsa iaitu melayu, india, cina, iban dan sebagainya.
Oleh itu, melalui penganjuran karnival permainan tradisional yang telah dilakukan bersama-sama, ia dapat
mengeratkan hubungan antara guru pelatih semester 5 tanpa mengambil kira perbezaan bangsa atau
budaya. Malah guru pelatih juga didedahkan dengan permainan tradisional bangsa-bangsa lain iaitu
permainan tradisional bangsa india serta bangsa cina. Secara keseluruhannya, Karnival Permainan
Tradisional ini memberi banyak kelebihan kepada setiap guru pelatih dan dapat dijalankan dengan lancar
dan mengikut apa yang telah dirancang. Sepanjang karnival tersebut berlangsung, tiada masalah besar
yang timbul seperti pergaduhan atau penyalahgunaan bahan.