Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Daun Sirih

Daun sirih yang dikenal ada 3 jenis, iaitu sirih merah, sirih hitam dan sirih hijau. Namun yang
paling banyak dikenal dan digunakan di masyarakat adalah daun sirih merah dan hijau, yang biasa
dibezakan hanya dengan melihat warna daunnya. Daun sirih pada umumnya banyak ditemui ditanam
di kawasan kampung. Namun setelah khasiat sirih diketahui secara ilmiah, kini daun sirih sudah
banyak dijadikan sebagai bahan untuk sabun kesihatan, ubat kebersihan kewanitaan, minyak sirih
dan lain-lain.
1. Mampu mengubati sakit gigi, gusi bengkak dan bau mulut
Caranya sangat mudah, kunyah daun sirih hijau, atau berkumur dengan air rebusan daun sirih. Maka
Sakit gigi mahupun gusi bengkak akan hilang. Ketika berkumur dengan rebusan sirih hijau, bau mulut
juga akan hilang.
2. Membantu mengatasi masalah haid
Minum air rebusan daun sirih juga dapat membantu mengatasi haid yang tidak teratur.
3. Mengubati luka bakar.
Caranya ambil daun sirih hijau, panaskan hingga layu, lalu tampalkan pada luka bakar. Mungkin
karana sifat antiseptiknya, sehingga kuman penyebab infeksi tak akan menyentuh luka sehingga
cepat sembuh.
4.Pendarahan Hidung
Jika terjadi pendarahan hidung
menghentikan pendarahan.

, gulungan daun sirih hijau yang disumbatkan di hidung dapat

5. Mengawal Masalah pernafasan dan batuk


Rebusan air daun sirih biasa menjadi ubat rumah untuk mengubati batuk. Daun sirih juga berkhasiat
untuk orang yang menderita masalah pernafasan seperti asma.
6. Mengawal diabetes
Daun sirih memiliki sifat antidiabetes, yang membuatnya menjadi ubat rumah yang sangat baik untuk
mengawal diabetes
7. Jerawat dan bekas luka
Daun sirih baik untuk perawatan kulit. Ia dapat menghentikan jerawat dan dapat membersihkan
bekas luka dari kulit secara alami.
8. Menyembuhkan Luka
Menerapkan daun sirih pada luka dalam waktu 3-4 hari . Hal ini juga mengurang rasa sakit

http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/khasiat-daun-sirih-hijau.html

Adat Budaya Cina


Masyarakat Cina mempunyai adat resam atau pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian
mereka yang dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekeliling menyebabkan mereka banyak
bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang tilik mempunyai peranan yang besar
sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adat resam dan pantang
larang ini diamalkan secara berbeza-beza mengikut kaum-kaum tertentu dalam masyarakat Cina,
namun apa yang diterangkan seperti berikut merangkumi adat resam masyarakat Cina secara
keseluruhannya.

Kelahiran
Pelbagai adat resam dan pantang larang tertentu diamalkan oleh masyarakat Cina dalam aspek ini
dan ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung dan selepas lahir.

Sewaktu Mengandung

Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita masyarakat Cina
semasa mengandung dan juga selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak
ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan atau kematian. Wanita-wanita masyarakat Cina
yang mengandung sentiasa diberikan kawalan ketat di dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan
seharian mereka.
Dalam masyarakat Cina ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan
bukannya suami. Masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh
melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya
menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu sahaja dan apabila berkahwin, mereka dianggap
menjadi milik keluarga suaminya.

Pantang Larang

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya mereka
tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan
mengalami kecacatan. Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan
kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Hindari Permasalahan

Di samping itu mereka juga digalakkan bekerja bagi memudahkan proses bersalin. Sewaktu
mengandung sebarang konflik atau perselisihan perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami
sebarang gangguan. Memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung juga adalah
antara pantang larang dalam masyarakat Cina. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan kecewa bila
harapan tidak tercapai.

Di Larang menggosok Perut/ Makanan Yang Tajam

Selain itu wanita hamil tersebut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka
kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dari segi penjagaan makanan,
wanita yang hamil dilarang sama sekali makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga
serta tidak digalakkan makan banyak kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan
membuatkan ibu sukar untuk bersalin. Untuk menentukan sam ada kandungan itu lelaki atau
perempuan, maka masyarakat Cina melihat bentuk perut wanita yang hamil, terutama apabila
kandungan berusia empat bulan ke atas. Jika perut ibu agak bulat, bayi yang di kandung adalah
perempuan dan sebaliknya lelaki jika perut kelihatan tajam.

SELEPAS LAHIR
Adat-adat berikut diamalkan oleh masyarakat Cina selepas melahirkan bayi.
Wanita-wanita Cina yang baru melahirkan anak terpaksa berpantang selama empat puluh hari
hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin. Pusat bayi yang baru
dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut
bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang tenggelam ke dalam adalah
petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan menjalani kehidupan yang senang
pada masa depan. Manakala pusat yang tersembul dikaitkan dengan hidup yang kurang baik. Bayi
yang baru lahir selalu diperhatikan bentuk fizikalnya oleh orang-orang tua. Mereka akan mengaitkan
telinga yang lebar dan tebal sebagai bakal menjalani kehidupan yang kaya. Masyarakat Cina
mempercayai sekiranya terdapat lebih daripada satu pusar di atas kepala, bayi akan menjadi nakal
dan tidak mendengar kata.
Dari segi pemakanan, masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada
beras yang diperam dalam masakan mereka. Arak tersebut dimasukkan bersama-sama ayam, halia
dan lada, kemudiannya digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan
angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.

Kenduri
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga turut mengadakan kenduri iaitu apabila bayi
mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang
berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan kepada
saudara-mara yang terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan
membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu.
Mencukur Rambut
Seperti masyarakat Melayu, masyarakat Cina juga mengamalkan adat mencukur rambut Mereka
mencukur rambut bayi kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.
Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk menumbuhi rambut baru. Adat
ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat.

Memberi Nama
Nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah kata kedua
mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ketiga pula
merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Sistem nama yang baik perlu mengambil kira makna ,
unsur Yin dan Yang serta dibuat mengikut perhitungan matematik Cina. Terdapat lima aspek penting
yang perlu diberi perhatian dalam memberi nama bayi yang baru lahir.

Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang kekayaan,
kemewahan dan kesejahteraan.

Bunyi nama mestilah sedap didengar.

Nama mestilah dibuat berdasarkan kiraan matematik iaitu angka yang terhasil tidak
bertentangan dan seelok-eloknya sepadan.

Nama yang diberikan patut mempunyai timbangan unsur Yin dan Yang yang sama berat.

Nama mestilah mempunyai lima unsur iaitu emas, air, api, tanah dan kayu serta saling
melengkapi.
Oleh yang demikian, nama seseorang bayi harus disusun secara seimbang yang mengandungi unsur
Yin dan Yang. Kegagalan memberikan nama yang baik juga akan mempengaruhi perjalanan hidup
seseorang, sam ada akan ditimpa kecelakaan atau mendapat kesejahteraan.
Kerumitan orang Cina memilih nama yang sesuai untuk seseorang bayi kadangkala menyebabkan
mereka mengambil masa yang agak lama, khususnya bagi mereka yang masih terikat dengan adat
yang terpaksa merujuk kepada kitab-kitab tertentu.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/5725-warisan-budaya-cina.html

Anda mungkin juga menyukai